pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar

6
B6D4E1 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR Nurul A-tsirah Farhanah Binti Romzie 1 Zamrud Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah

Upload: a-tsirah-farhanah

Post on 18-Jun-2015

24.437 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains band 6

TRANSCRIPT

Page 1: pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar

B6D4E1PEMELIHARA

AN DAN PEMULIHARA

AN ALAM SEKITAR

Nurul A-tsirah Farhanah Binti Romzie1 Zamrud

Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah

Page 2: pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar

MAKSUD PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Pemeliharaan bermaksud perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan, manakala pemuliharaan adalah perihal proses,

usaha, perbuatan memulihara sesuatu. Dalam konteks  alam sekitar, sudah tentu kedua-dua perkataan tersebut berkaitan

dengan perbuatan atau proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui amalan kitar semula merupakan satu

perkara yang patut diamalkan dalam usaha kita untuk mencapai pembangunan yang lestari ( tidak berubah-ubah,

 kekal, tetap),  berkualiti dan seimbang.

Page 3: pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR• Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.• Mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar.• Mengelakkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan

pemanasan global.• Untuk mengelakkan organisma-organisma seperti

harimau dan tumbuh-tumbuhan tertentu daripada ancaman kepupusan (extinction).

• Untuk memastikan bahawa komposisi gas di udara kekal seimbang.

• Untuk memastikan bahawa bekalan keperluan asas manusia tidak terjejas (not jeopardized).

• Untuk memastikan bahawa bekalan logam (metal) dan bukan logam (non-metal) di dalam kerak Bumi (Earth's crust) tidak kehabisan (not depleted).

Page 4: pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar

AMALAN GUNA SEMULA BAHAN Beg jinjing (beg plastik) dan beg ikatan berpintal. Beg jinjing (beg

plastik) boleh digunakan semula sebagai beg untuk membuang sampah sisa dapur di rumah. Beg kertas berguna sebagai kertas pembalut dan beg ikatan berpintal boleh digunakan untuk mengikat wayar komputer. 

Sampul surat. Dengan melekatkan label baru pada alamat penerima anda dapat menggunakan semula sampul surat tersebut. Sampul surat yang lama boleh juga digunakan semula sebagai kertas untuk membuat nota. 

Bekas botol kaca dan pasu. Dengan membersihkan botol kaca dan pasu kecil, anda boleh menggunakannya semula sebagai bekas makanan atau untuk

menyimpan barang – barang lebihan yang tidak diperlukan.

Surat khabar, kertas kadbod dan pembalut beg udara (bubble wrap). Boleh digunakan untuk membungkus barang – barang apabila berpindah rumah atau untuk menyimpan barang – barang yang mudah pecah. 

Page 5: pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar

AMALAN KITAR SEMULA BAHAN

Kitar semula mengikut jenis barang Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.

Beli produk yang boleh dikitar semula Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.

Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut.

Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.

Tong kitar semula dan pusat pengumpulanKenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.

Page 6: pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar

SEKIAN , TERIMA KASIH