pemotong kayu yang jujur

3
Pemotong Kayu Yang Jujur Tersebutlah kisah di sebuah desa, Pomotong Kayu miskin dan tua, Sebilah kapak peneman setia, Sumber rezeki Pak Dolah Mak Leha. Cerita saya hari ini mengisahkan Pak Dolah Si Pemotong Kayu Nun jauh di pedalaman, tinggal Pak Dolah dan isterinya Mak Leha. Kehidupan mereka, kais pagi makan pagi, kais petang, kadang-kadang tak makan. Kemampuannya Pak Dolah hanyalah sebagai penebang pokok. Hanya isterinyalah Mak Leha peneman hidup saban hari. Mereka tidak dikurniakan walau seorang cahaya mata. Walau bagaimanapun, mereka sentiasa bersyukur dengan kehidupan miskin mereka. Tidak pernah mereka mengeluh akan kesusahan yang dilalui. Sesungguhnya takdir penentu segala... Pada suatu pagi....... Pergilah Pak Dolah jauh ke hutan untuk menebang pokok. Biasanya Pak Dolah ke hutan bersama-sama Mak Leha. Kali ini dia berseorangan. Sebelum terbit matahari, Pak Dolah telah memulakan perjalannya ke hutan mencari kayu api.

Upload: jaiho-jambari

Post on 31-Jul-2015

98 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemotong kayu yang jujur

Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah di sebuah desa,

Pomotong Kayu miskin dan tua,

Sebilah kapak peneman setia,

Sumber rezeki Pak Dolah Mak Leha.

Cerita saya hari ini mengisahkan Pak Dolah Si Pemotong Kayu

Nun jauh di pedalaman, tinggal Pak Dolah dan isterinya Mak Leha. Kehidupan mereka, kais pagi makan pagi, kais petang, kadang-kadang tak makan.

Kemampuannya Pak Dolah hanyalah sebagai penebang pokok. Hanya isterinyalah Mak Leha peneman hidup saban hari. Mereka tidak dikurniakan walau seorang cahaya mata. Walau bagaimanapun, mereka sentiasa bersyukur dengan kehidupan miskin mereka. Tidak pernah mereka mengeluh akan kesusahan yang dilalui.

Sesungguhnya takdir penentu segala...

Pada suatu pagi.......

Pergilah Pak Dolah jauh ke hutan untuk menebang pokok. Biasanya Pak Dolah ke hutan bersama-sama Mak Leha. Kali ini dia berseorangan. Sebelum terbit matahari, Pak Dolah telah memulakan perjalannya ke hutan mencari kayu api.

Seharianlah Pak Dolah menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur itu. Apabila penat, Pak Dolah berhenti seketika. Pak Dolah melepaskan dahaganya.Tidak lama berehat, Pak Dolah meneruskan kerjanya. Oleh kerana terlalu lama memegang kapak, tangan Pak Dolah lemah. Akhirnya kapak itu terlepas dari genggamannya

Page 2: Pemotong kayu yang jujur

lalu tercampak ke dalam sungai yang dalam. Menangis sayulah Pak Dolah kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Pak Dolah terkejut dengan suara yang didengarnya.lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada Pak Dolah.... Dengan sedih jawab Pak Dolah .bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada Pak Dolah. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah Pak Dolah dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

Page 3: Pemotong kayu yang jujur

Kawan-kawan sikap bersyukur dengan takdir yang menimpa kita menjadikan kehidupan lebih bernilai. Pak Dolah yang miskin namun tekun berusaha mencari rezeki yang halal. Kejujuran seseorang insan menjadikan