pemilihan lensa (group 5)

2

Click here to load reader

Upload: diana-murad

Post on 08-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sumber

TRANSCRIPT

Pemilihan lensaRamai yang memilih kamera berdasarkan megapiksel (mp) padahal yang memberi kesan yang lebih besar pada kualiti gambar ialah lensa. Kalau tak percaya bandingkan gambar yang diambil dengan lensa 50mm dengan kitlens 18-55mm. Bukan sahaja boleh yang lebih sedap, tapi dari segi ketajaman dan warna yang dihasikan juga berbeza. Kali ini saya akan spesifik kepada tips memilih lensa yang terbaik memandangkan ramai yang tanya soalan ini. 1. Suka ambik gambar apa?Paling penting sebelum beli apa-apa lensa adalah kena tau apa yang kita hendak shoot. Contohnya kalau minat landskap, beli lensa UWA (Ultra Wide Angle) 10-24mm. Untuk potret mungkin 85mm f1.8 dan kalau suka ambik gambar burung, 75-300mm adalah pilihan yang sesuai.

2. Minimum AperturePilih lensa yang mempunyai nilai aperture yang kecil sebab sangat berguna untuk keadaan yang kurang cahaya seperti prime lens 50mm f1.8. Perlu diingatkan, semakin kecik nilai aperture, semakin mahal lensa tersebut. Sebab itu lensa 55-200mm f4.5-5.6 berharga RM500 manakala lensa dengan focal length yang sama tetapi dengan aperture f1.2 boleh mencecah harga puluhan ribu.

3. Pendek lebih baik dari panjangLensa yang mempunyai focal length (zoom) pendek akan menghasilkan kualiti imej (IQ) yang lebih baik. Contohnya kualiti imej 18-55mm lebih baik dari yang dihasilkan oleh 18-250mm. Lebih baik beli 18-55mm dan 55-200mm dari beli 18-200mm.

4. Lensa primeKalau nak cari lens yang murah tapi IQ yang baik, sila beli prime lens. Prime lens yang popular seperti 50mm 1.8 memang wajib korang beli. Lensa jenis ini boleh menghasilkan foto dengan IQ yang tinggi, warna yang lebih menarik dan bokeh yang sedap.

5. RatingBagi saya apa-apa jenama pun tak kisah, tapi sebelum beli pastikan cari dulu ulasan berkenaan lensa tersebut. Biasanya saya akan rujuk di laman web seperti DxOMark. Kat sana korang boleh tengok ulasan yang sangat detail dan rating untuk lensa atau kamera.

+ pilih lensa yang mempunyai banyak bilah aperture untuk mendapatkan bokeh yang lebih cantik.

6. D, G, IS, VC, DT, AF-S DX .Setiap lensa ada singkatan untuk menunjukkan fungsi atau jenis lensa tersebut. Contohnya IS dan VR untuk lensa yang ada stabilizer. D untuk lensa manual Nikon dengan aperture ring, tak boleh autofocus manakala G boleh autofocus.

Lensa yang terbaik tak semestinya mahal. Memilih lensa terbaik mengikut bajet adalah sangat penting untuk elak pembaziran memandangkan kebanyakan kita bukanlah golongan kelas atas. Lepas ni buat pelaburan untuk lensa dan bukannya body kamera semata-mata. Harus diingati bahawa kualiti imej lebih dipengaruhi lensa dan bukannya megapiksel.

Web Pemilihan Lensa.