pembukaan kota emas dbp makkah seruan yang di-pertuan ... · yang terdapat di nusantara dari...

1
Bil: 26 RABU, 19 JULAI 2006 BUKU BAHARU DALAM PASARAN PEMBERITAHUAN Galeri Ilmu Koperasi DBP Aras Bawah Menara DBP Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. SIRI KAJIAN NASKHAH KESULTANAN MELAYU : KESULTANAN MELAYU Buku Kesultanan Melayu ini me- ngandungi 19 buah kertas kerja yang secara umum menyentuh naskhah-naskhah penting Melayu yang terdapat di Nusantara dari Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Sambas. DBP SETENGAH ABAD Oleh Mashitah Taharin P erkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, menyempurnakan perasmian Menara DBP sempe- na sambutan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 22 Jun lalu, bolehlah dianggap sebagai satu nilai simbolik kepada keagu- ngan bahasa Melayu dan sokongan baginda terhadap usaha memarta- batkan bahasa Melayu sejak lebih lima puluh tahun dahulu. “Beta sedar betapa pentingnya mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu seperti waktu dahulu. Pada hemat beta, bahasa Melayu mampu menjadi bahasa yang perkasa jika kita memberi- kannya makna baharu sesuai de- ngan tuntutan zaman.” Demikian titah baginda pada majlis tersebut di Auditorium DBP, Menara DBP di hadapan khala- yak yang terdiri daripada tetamu kenamaan, tokoh-tokoh pejuang bahasa, sastera dan budaya di samping mantan warga DBP yang diundang khas bagi memperingati zaman kegemilangan bahasa Melayu. Baginda menyeru rakyat Malaysia agar sentiasa menjulang bahasa Melayu, demi jati diri, maruah, martabat dan kelang- sungan bangsa, supaya kita tidak hilang jejak sejarah serta tidak lemas dalam gelombang globalisa- si. Turut berucap dalam maj- lis tersebut ialah Menteri Pe- lajaran Malaysia, Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan sokongan penuh beliau terhadap segala usaha DBP dalam memartabatkan bahasa kebang- saan. Beliau berharap agar dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, matlamat untuk melahirkan generasi bangsa Malaysia yang ber- bangga dengan bahasa yang men- jadi identiti mereka, fasih mengua- sainya, menghormati kedudukan- nya serta suka mempromosikan- nya di mana-mana sahaja mereka berada di dunia ini. Di samping memberikan jaminan beliau untuk tidak membiarkan DBP bersendi- rian dalam memartabatkan bahasa kebangsaan, beliau turut berharap agar semua warga DBP belajar daripada pengalaman dan kejayaan silam dan menyedari hakikat bahawa DBP kini bukan lagi milik orang Melayu semata-mata, tetapi kini menjadi hak bangsa Malaysia yang berbilang kaum. Terdahulu, dalam ucapan alu-alu- annya, Ketua Pengarah DBP, Y. Bhg. Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah berjasa dan bekerjasama dengan DBP, ter- utama kepada para pejuang dan pencinta bahasa serta para budaya- wan yang merintis kewujudan DBP serta kepada semua yang pernah dan masih berkhidmat dengan DBP dalam berbagai-bagai peranan dan jawatan. “Sesungguhnya realiti yang dihadapi oleh DBP sekarang ber- beza dengan realiti yang dihadapi oleh DBP pada masa lalu. Dahulu, DBP mempunyai nama-nama besar seperti Tun Syed Nasir, Keris Mas dan Usman Awang yang merupa- kan towering personalities atau watak-watak yang menjulang ting- gi dalam dunia sastera dan budaya Melayu. Pada waktu itu, DBP wujud di tengah-tengah landskap sosio- politik Malaysia sebagai a towering institution atau institusi yang men- julang tinggi, gagah dan berwibawa serta disegani dan dihormati. Tetapi, kini rempuhan gelombang globalisasi dari luar serta realiti sosiopolitik dalam negeri semenjak satu dekad yang lalu menyebabkan pandangan dan persepsi masya- rakat terhadap status dan peranan bahasa Melayu mengalami peru- bahan sedikit demi sedikit. Oleh itu, DBP memerlukan sokongan dan komitmen yang berterusan daripada setiap pihak dan semua kaum. Untuk menghadapi cabaran ini, kita mesti memandang jauh ke hadapan, dan sempena perasmian Menara DBP yang menjulang tinggi ini, marilah kita bersama-sama menjadikannya mercu tanda serta lambang keazaman dan kesunggu- han kita menghadapi masa depan bahasa kebangsaan yang lebih, cemerlang, gemilang dan terbilang dalam usaha kita membina sebuah negara bangsa mengikut acuan kita sendiri.” Demikian Y. Bhg. Dato’ Dr. Firdaus mengakhiri ucapan- nya dalam majlis gilang-gemilang yang diserikan oleh persembahan koir DBP yang menyanyikan rang- kaian lagu yang menyemarakkan kembali semangat memartabatkan bahasa kebangsaan, dengan iringan Orkestra Universiti Malaya. RASMI... Yang di-Pertuan Agong XII, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bertitah merasmikan Menara DBP sempena sambutan Jubli Emas DBP. BH PILIH L1 17 emel MUNSYI Rasanya pelancong lebih gemar berkunjung ke “Pasar Seni Pinang”. “Little Penang Street Market” akan dibuka untuk menarik pelancong asing Seruan Yang di-Pertuan Agong "Perkukuhkan Bahasa Kebangsaan" Pada hemat beta, bahasa Melayu mampu menjadi bahasa yang perkasa jika kita memberikannya makna baharu sesuai dengan tuntutan zaman.” Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Yang di-Pertuan Agong XII Perayaan Jubli Emas DBP Peringkat Cawangan dan Wilayah 9 Program Apresiasi Sastera Meriahkan Sambutan Jubli Emas DBP 10 Siri Perjuangan Rasulullah: Pembukaan Kota Makkah 11

Upload: phamngoc

Post on 21-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembukaan Kota Emas DBP Makkah Seruan Yang di-Pertuan ... · yang terdapat di Nusantara dari Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Sambas. ... nya serta suka mempromosikan-nya

Bil: 26 RABU, 19 JULAI 2006

BUKU BAHARU DALAM PASARAN

PEMBERITAHUAN

Galeri Ilmu Koperasi DBP Aras Bawah Menara DBP

Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan

Am9.00 pagi hingga 3.00 petangPertanyaan Sila hubungi03-2143 3504/3505 ataufaks 03-2148 7887.

Siri Kajian naSKhah KeSultanan Melayu : KeSultanan Melayu

Buku Kesultanan Melayu ini me-ngandungi 19 buah kertas kerja yang secara umum menyentuh naskhah-naskhah penting Melayu yang terdapat di Nusantara dari Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Sambas.

DBP SETENGAH ABAD

Oleh Mashitah Taharin

Perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni

Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, menyempurnakan perasmian Menara DBP sempe-na sambutan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 22 Jun lalu, bolehlah dianggap sebagai satu nilai simbolik kepada keagu-ngan bahasa Melayu dan sokongan baginda terhadap usaha memarta-batkan bahasa Melayu sejak lebih lima puluh tahun dahulu.

“Beta sedar betapa pentingnya mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu seperti waktu dahulu. Pada hemat beta, bahasa Melayu mampu menjadi bahasa yang perkasa jika kita memberi-kannya makna baharu sesuai de-ngan tuntutan zaman.”

Demikian titah baginda pada majlis tersebut di Auditorium DBP, Menara DBP di hadapan khala-yak yang terdiri daripada tetamu kenamaan, tokoh-tokoh pejuang bahasa, sastera dan budaya di samping mantan warga DBP yang diundang khas bagi memperingati zaman kegemilangan bahasa Melayu.

Baginda menyeru rakyat Malaysia agar sentiasa menjulang bahasa Melayu, demi jati diri, maruah, martabat dan kelang-sungan bangsa, supaya kita tidak hilang jejak sejarah serta tidak lemas dalam gelombang globalisa-si.

Turut berucap dalam maj-lis tersebut ialah Menteri Pe-lajaran Malaysia, Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan sokongan penuh beliau terhadap segala usaha DBP dalam memartabatkan bahasa kebang-saan. Beliau berharap agar dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, matlamat untuk melahirkan generasi bangsa Malaysia yang ber-bangga dengan bahasa yang men-jadi identiti mereka, fasih mengua-sainya, menghormati kedudukan-nya serta suka mempromosikan-nya di mana-mana sahaja mereka

berada di dunia ini. Di samping memberikan jaminan beliau untuk tidak membiarkan DBP bersendi-rian dalam memartabatkan bahasa kebangsaan, beliau turut berharap agar semua warga DBP belajar daripada pengalaman dan kejayaan silam dan menyedari hakikat bahawa DBP kini bukan lagi milik orang Melayu semata-mata, tetapi kini menjadi hak bangsa Malaysia yang berbilang kaum.

Terdahulu, dalam ucapan alu-alu-annya, Ketua Pengarah DBP, Y. Bhg. Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah

merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah berjasa dan bekerjasama dengan DBP, ter-utama kepada para pejuang dan pencinta bahasa serta para budaya-wan yang merintis kewujudan DBP serta kepada semua yang pernah dan masih berkhidmat dengan DBP dalam berbagai-bagai peranan dan jawatan.

“Sesungguhnya realiti yang dihadapi oleh DBP sekarang ber-beza dengan realiti yang dihadapi oleh DBP pada masa lalu. Dahulu, DBP mempunyai nama-nama besar seperti Tun Syed Nasir, Keris Mas dan Usman Awang yang merupa-kan towering personalities atau watak-watak yang menjulang ting-gi dalam dunia sastera dan budaya Melayu. Pada waktu itu, DBP wujud di tengah-tengah landskap sosio-politik Malaysia sebagai a towering institution atau institusi yang men-julang tinggi, gagah dan berwibawa serta disegani dan dihormati. Tetapi, kini rempuhan gelombang globalisasi dari luar serta realiti sosiopolitik dalam negeri semenjak satu dekad yang lalu menyebabkan pandangan dan persepsi masya-rakat terhadap status dan peranan bahasa Melayu mengalami peru-bahan sedikit demi sedikit. Oleh itu, DBP memerlukan sokongan dan komitmen yang berterusan daripada setiap pihak dan semua kaum. Untuk menghadapi cabaran ini, kita mesti memandang jauh ke hadapan, dan sempena perasmian Menara DBP yang menjulang tinggi ini, marilah kita bersama-sama menjadikannya mercu tanda serta lambang keazaman dan kesunggu-han kita menghadapi masa depan bahasa kebangsaan yang lebih, cemerlang, gemilang dan terbilang dalam usaha kita membina sebuah negara bangsa mengikut acuan kita sendiri.” Demikian Y. Bhg. Dato’ Dr. Firdaus mengakhiri ucapan-nya dalam majlis gilang-gemilang yang diserikan oleh persembahan koir DBP yang menyanyikan rang-kaian lagu yang menyemarakkan kembali semangat memartabatkan bahasa kebangsaan, dengan iringan Orkestra Universiti Malaya.

rAsMI... Yang di-Pertuan Agong XII, Tuanku syed sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku syed Putra Jamalullail bertitah merasmikan Menara DBP sempenasambutan Jubli Emas DBP.

BH PILIH L1 17 emel

MUNSYI MUNSYI MUNSYI

Rasanya pelancong lebih gemar berkunjung ke “Pasar Seni Pinang”.

“Little Penang Street Market”akan dibuka untuk menarik

pelancong asing

Seruan Yang di-Pertuan Agong "Perkukuhkan Bahasa Kebangsaan"

Pada hemat beta, bahasa Melayu mampu menjadi bahasa yang perkasa jika kita memberikannya makna baharu sesuai dengan tuntutan zaman.”

Tuanku syed sirajuddinIbni Al-Marhum Tuanku

syed Putra JamalullailYang di-Pertuan Agong XII

Perayaan Jubli Emas DBP Peringkat Cawangan dan Wilayah

9Program Apresiasi Sastera Meriahkan Sambutan Jubli Emas DBP

10Siri Perjuangan Rasulullah:Pembukaan KotaMakkah

11