pembingkaian isu-isu penapisan : polemik …repository.unimal.ac.id/3510/1/tesis chapter1...

39
PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK PEMBERITAAN INDUSTRI FILEM DI INDONESIA CINDENIA PUSPASARI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2011

Upload: phamdang

Post on 24-May-2019

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK PEMBERITAANINDUSTRI FILEM DI INDONESIA

CINDENIA PUSPASARI

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAANUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

2011

Page 2: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

3 JUN 2011 CINDENIA PUSPASARIP46240

Page 3: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

PENGHARGAAN

Sujud syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana telah memberikan kekuatan,kesihatan serta hidayah dan inayahNya sehingga atas kehendakNya penulis dapatmenyelesaikan kajian ini. Shalawat dan salam kepada Rasullallah SAW yang telahmenjadi pedoman bagi umatnya.

Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penyelia yangberbahagia, Dr. Wan Amizah Wan Mahmud, yang telah banyak membimbing,memberikan tunjuk ajar dan meluangkan waktu bagi membantu penulismenyelesaikan kajian ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah yangberbahagia, Prof. Madya Dr Asiah Sarji, Prof. Dr. Samsudin A. Rahim, Prof. MadyaDr. Faridah Ibrahim, Dr. Chang Peng Kee, Prof. Dr. Mohd Safar Hasim, Prof. MadyaDr Latiffah Pawanteh, Prof. Madya Dr Mus Chairil Samani, Dr. Normah Mustaffa danProf. Madya Fuziah Kartini Hassan Basri, yang telah berjasa mendidik dan mengajarselama penulis menempuh pendidikan di jabatan ini. Terima kasih juga kepada wargakerja di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial danKemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tesis ini penulis persembahkan kepada ibubapa tercinta, Dewi Atmaja danAgus T, yang tidak pernah lepas memberikan sokongan dan doa kepada penulis, sertaadik beradik lelaki Chaidir Ashari, M.Hum. dan Muhammad Subuh Rezki, S.H.Teruntuk rakan sehati penulis Dr.M.Sayuti, ST.,M.Sc.Eng., terima kasih atas segalapengertian dan perhatiannya yang sangat mendukung dan memotivasi penulis untuksegera menyelesaikan tesis perjuangan ini. Ucapan terima kasih juga kepada keluargapenulis di Jakarta dan Gorontalo, Indonesia, keluarga penulis di Taman Sri PutraRoyal Domain Kuala Lumpur, Malaysia, serta para sahabat yang disayangi baik diJakarta mahupun di Malaysia. Para rakan dan kerabat di Kedutaan Besar RepublikIndonesia Kuala Lumpur, Persatuan Pelajar Indonesia, organisasi InternationalScientifict Conference 2011 dan Aceh Development International Conference, sertapara AJK/AJKk Risisita II. Penulis ucapkan banyak-banyak terima kasih atas segalapengalaman saling membagi ilmu sepanjang penulis tinggal di Malaysia, ini sebagaipembelajaran untuk terus maju dalam semua aspek kehidupan. Semoga Allah SWTdapat memberikan balasan yang setimpal, baik rahmat dan karuniaNya.Amiin Ya Rabbal Alamiin.

Page 4: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

ABSTRAK

Kajian ini meneliti pembingkaian berita dalam akhbar mengenai isu-isu penapisanfilem yang telah menjadi polemik pemberitaan dalam industri perfileman diIndonesia. Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamatikepada peranan sistem penapisan di Indonesia. Tujuan kajian ini untuk menerokaimakna teks dalam berita pada sesebuah peristiwa yang terjadi dalam industriperfileman. Oleh itu, akan menjadi penting bagi khalayak untuk memahami realitidalam industri filem di Indonesia. Penelitian ini dilakukan dengan menggunakananalisis kandungan kualitatif untuk menentukan bagaimana media membingkaiperistiwa dalam pembinaan tertentu. Sampel kajian ini adalah membingkaikankedua-dua akhbar dalam talian iaitu Republika dan Kompas. Berdasarkan teoripembingkaian, kajian ini memahami implikasi daripada kaedah yang digunakandalam menganalisis berita. Data dianalisis menggunakan Pan & Kosicki (1993)model pembingkaian yang memberikan makna terhadap teks berita sebagai elemenutama pada kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa wujud pembingkaian yangberbeza pada kedua-dua akhbar mengenai isu-isu penapisan filem di Indonesia.

Page 5: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

FRAMING OF CENSORSHIP ISSUES : THE POLEMIC OF NEWSDISCOURSE ON MOVIES INDUSTRY IN INDONESIA

ABSTRACT

This study examines the framing of newspaper on issues of film censorship whichhas become a polemic in public debate of the film industry in Indonesia. Contentanalysis was made on media coverage on the role of censorship system in Indonesia.The aim of this study to explore textual meaning of news in an events that happenedin the film industry. Thus it will become important for the audience to understand thereality in the film industry in Indonesia. The study was conducted using qualitativecontent analysis to determine how the media framed the events in a particularconstruction. The sample of this study is the framing of two online newspapers,namely Republika and Kompas. Based on framing theory, these study explore theimplications of the methods used in analyzing news. Data were analyzed using Pan& Kosicki (1993) framing model in giving meaning to the text of news as the mainelement of this study. Results from this study found that there are different framingof both newspapers on the issues of film censorship in Indonesia.

Page 6: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL ix

SENARAI RAJAH x

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Permasalahan Kajian 5

1.3 Tujuan Kajian 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Kewajaran Kajian 9

1.6 Skop Kajian 10

1.6.1 Akhbar Dalam Talian Republika dan Kompas 101.6.2 Pemilihan Berita Yang Dilakukan Hanya Berhubungkait 10

Dengan Cabaran LSF dan Contoh Kes

1.7 Takrifan Konsep 11

1.7.1 Pembingkaian 111.7.2 Industri Perfileman 121.7.3 Polemik Pemberitaan 131.7.4 Penapisan Filem 131.7.5 Akhbar 14

1.8 Kesimpulan 15

BAB II ULASAN LITERATUR DAN TEORI

Page 7: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

2.1 Pengenalan 16

2.2 Latar Belakang Sejarah Industri Filem dan LSF Di Indonesia 17

2.2.1 Perkembangan LSF Semasa Orde Baru 202.2.2 Industri Filem Memasuki Era Teknologi Informasi 23

2.3 Kajian Penapisan Filem Di Peringkat Antarabangsa 25

2.4 Teori Pembingkaian (Framing Theory) 31

2.4.1 Teori Pembingkaian Model Pan & Kosicki (1993) 342.4.2 Kajian Teori Pembingkaian Lainnya 39

2.5 Kesimpulan 43

BAB III KAEDAH KAJIAN

3.1 Pengenalan 45

3.2 Analisis Kandungan Kualitatif 46

3.3 Kaedah Pembingkaian 47

3.4 Teknik Pengumpulan Data 51

3.5 Unit Analisis 54

3.6 Sumber Data 54

3.6.1 Akhbar Republika 553.6.2 Akhbar Kompas 56

3.7 Analisis dan Interpretasi Data 57

3.8 Kesimpulan 57

BAB IV HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan 59

4.2 Analisis Pembingkai Model Pan dan Kosicki (1993) PadaAkhbar Dalam Talian Republika 60

4.2.1 Sintaksis 614.2.2 Skrip 664.2.3 Tematik 704.2.4 Retorik 72

Page 8: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

4.3 Analisis Pembingkai Model Pan dan Kosicki(1993) PadaAkhbar Dalam Talian Kompas 74

4.3.1 Sintaksis 754.3.2 Skrip 794.3.3 Tematik 804.3.4 Retorik 83

4.4 Perbandingan Pembingkaian Isu Penapisan Perfileman 85

4.5 Kesimpulan 89

BAB V RUMUSAN DAN PENUTUP

5.1 Pengenalan 91

5.2 Penemuan Kajian 92

5.2.1 Objektif 1 : Mengenal Pasti Pembingkaian AkhbarRepublika Mengenai Isu Penapisan Dalam IndustriFilem di Indonesia 92

5.2.2 Objektif 2 : Mengenal Pasti Pembingkaian AkhbarKompas Mengenai Isu Penapisan Dalam IndustriFilem di Indonesia 93

5.2.3 Objektif 3 : Membuat Perbandingan Ke AtasPembingkaian Kedua-dua Akhbar Dalam TalianRepublika dan Kompas 94

5.3 Implikasi Kajian 95

5.3.1 Implikasi terhadap Teori 955.3.2 Implikasi terhadap Kaedah 96

5.4 Batasan Kajian 97

5.5 Cadangan Kajian akan Datang 98

5.6 Penutup 99

RUJUKAN 100

LAMPIRAN

A Liputan Berita Akhbar Republika 105

B Liputan Berita Akhbar Kompas 118

Page 9: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

2.1 Pembingkaian Model Pan &Kosicki (1993) 35

4.1 Berita Penapisan Akhbar Dalam Talian Republika 61

4.2 Berita Penapisan Akhbar Dalam Talian Kompas 75

4.3 Perbezaan Pembingkaian Republika dan Kompas 87

Page 10: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah Halaman

3.1 Rancangan Penyelidikan MFA Kajian 58

4.1 Q! Filem Festival Poster 83

4.2. Pelakon Asing 84

Page 11: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

BAB I

PENDAHULUAN

1.1. PENGENALAN

Penyampaian maklumat dalam pelbagai bentuk kepada khalayak melalui media

amatlah penting. Salah satu bentuk media cetak yang lazim digunakan dalam

menyampaikan maklumat melalui berita adalah akhbar. Begitu pula dengan

penyampaian maklumat melalui teks dalam wujud berita pada akhbar yang

disampaikan kepada khalayak. Teks pada media bukanlah ditulis hanya sekadar

untuk mencatat sesuatu peristiwa, namun juga untuk menyampaikan mesej yang

bermakna kepada khalayaknya. Teks dibuat tentu dengan menggunakan simbol, tanda

dan gambar bagi mewakili sesebuah wacana mahupun kes tertentu. Teks sebagai hasil

pembentukan daripada sesebuah realiti, kerananya tiap pernyataan dalam susunan teks

tidak lepas dalam pelbagai kepentingan. Maka dalam membingkai sesebuah peristiwa

ke dalam wacana berita tidak melihat teks komunikasi sebagai struktur makna yang

dikategorikan secara objektif, melainkan bergantung pada tafsiran masing-masing.

Sering kali akhbar yang membuat liputan sesuatu peristiwa memilih sumber

tertentu. Maka pemilihan ini bererti tidak semua berita yang disampaikan oleh

pembuat berita dimasukkan seratus peratus teks sebagai mesej. Oleh itu,

penyampaian maklumat melalui teks berita yang ingin disampaikan menjadi sangat

penting. Teks yang ingin disampaikan mengenai sesuatu peristiwa melalui berita

didapatkan daripada sumber melalui wartawan mesti ditapis, maka terjadilah

pembingkaian atas maklumat yang ingin disampaikan dalam berita.

Pada 1993, Zhongdang Pan dan Gerald M. Kosicki berhujah bahawa wujud

pembingkaian ada pada dua konsep iaitu sosiologi dan psikologi. Amadeo (2002)

Page 12: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

pembingkaian dalam ilmu sosiologi iaitu mempertimbangkan makna sosial daripada

sesebuah peristiwa, manakala dalam ilmu psikologi berpusat pada proses kognitif

individu yang berlaku ketika memaknai sesatu berita (Pan & Kosicki 1993:56-57,

dalam Amadeo 2002). Seterusnya ini juga disokong oleh Takeshita

(1997:23, dalam Amadeo 2002) pada pemikiran sosiologi, pembingkaian dilakukan

untuk menganalisis ke atas kandungan media, apa persepsi wartawan, mengapa dan

bagaimana wartawan menyampaikannya, serta pada seterusnya kajiannya juga dapat

menganalisis kesan yang menonjol ke atas khalayak mahupun organisasi yang

memiliki kepentingan. Pada sudut pandang pemikiran psikologi, tumpuan kajian lebih

kepada pengaruh pembingkaian mesej pada khalayak (Takeshita 1997:23-24, dalam

Amadeo 2002).

Media akhbar dapat membentuk persepsi mengenai realiti sosial dalam

sesebuah masyarakat. Ini kerana sifat akhbar yang dapat mengumpul dan membentuk

kecenderungan umum terhadap pelbagai isu. Begitu pula dengan wujudnya

kecenderungan pihak tertentu untuk memiliki dan menguasai institusi media kerana

penguasaan institusi tersebut, maka ini turut bermakna sebagai usaha menyalurkan

idea para wartawan pembuat berita kepada khalayaknya. Ini juga kerana media

sememangnya berinteraksi dengan para khalayaknya. Namun begitu, perlu diketahui

yang pihak penerbit, para pemilik atau wakil pemiliknya sememangnya mempunyai

kuasa juga untuk menentukan dasar tersebut (Severin & Tankard 2001:315).

Pengembangan media di Indonesia, datang daripada euforia demokrasi yang

terjadi di Indonesia. Oleh adanya persaingan media global di dunia, di Indonesia juga

wujud pelbagai konglomerasi media, termasuk juga konglomerasi media dalam

industri filem, antaranya Multivision, SinemaArt dan MD Pictures. Kewujudan

konglomerasi media ini kadang kala tidak diimbangi dengan kewujudan Lembaga

Sensor Filem (LSF) sebagai kawalan terhadap kemasukan bagi media asing.

Pembentukan Lembaga Sensor Filem (LSF) Indonesia dalam pengembangan

industri perfileman telah menjadi polemik yang tidak berkesudahan bagi para

pembuat filem di Indonesia. Kajian ini melihat polemik pemberitaan ke atas para

penggiat filem yang menganggap LSF telah mengehadkan kreativiti mereka.

Page 13: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

Lembaga Sensor Filem (LSF) merupakan sebuah badan penapisan filem yang

dibentuk oleh pemerintah Indonesia sebagai badan yang memberi kawalan ke atas

perfileman di Indonesia, iaitu visi dan misinya telah ditetapkan ada dalam UU No.8

Tahun 1992 tentang dasar perfileman.

Media mempunyai pengaruh dan peranan tersendiri dalam kalangan

masyarakat. Namun perdebatan yang masih hangat berlangsung dalam pengajian

komunikasi adalah berhubungkaitan dengan persoalan apakah bentuk pengaruh media

terhadap masyarakat atau khalayaknya. Perdebatan antara LSF dan para pembuat

filem berhubung kait dengan persoalan apa-apa yang dipaparkan dalam akhbar telah

mempengaruhi dasar dalam industri perfileman khususnya kepada sistem penapisan

filem di Indonesia.

Dalam konteks negara membangun seperti Indonesia, agenda yang amat

penting adalah kestabilan politik, sosial, budaya dan ekonomi. Kajian ini, ingin

melihat pembingkaian yang dilakukan oleh kedua-dua akhbar kebangsaan, Republika

dan Kompas mengenai isu-isu penapisan filem yang menjadi polemik dalam

pemberitaan akhbar yang bermula pada bulan Julai hingga Disember 2010.

Pengamatan ini diambil kerana merebaknya pelakon asing yang digunapakai dalam

industri perfileman dan LGBT (Lesbian Gay Bisexual and Transexual) ini melalui

filem yang menjadi cabaran bagi prestasi LSF, sebagai pengampang bangsa Indonesia.

Mengikut Furnival (1947, dalam Vickers 2004), masyarakat yang berbilang

kaum atau majmuk adalah masyarakat yang mana setiap kaumnya berpegang teguh

kepada kepercayaan dan agama, bahasa, budaya dan amalan adat masing-masing.

Maka dalam membincangkan tentang sistem, peranan dan keadaan media di

Indonesia, sewajarnya kita membincangkannya dalam konteks struktur masyarakat

Indonesia yang pelbagai ini. Ini boleh menjadi kunci dalam memahami dan mendapat

gambaran yang lebih luas tentang sejarah perlaksanaan sesuatu sistem media di

Indonesia, khususnya dalam hal media perfileman. Ini juga telah mencorakkan aliran

ekonomi, perlembagaan, mempengaruhi sistem industri dan amalan demokrasi di

Indonesia.

Page 14: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

Filem sebagai sebahagian daripada media komunikasi yang berkebolehan

menggalakkan wujudnya perubahan ke atas masyarakat. Pernyataan ini menjelaskan

bahawa proses awal daripada perubahan masyarakat adalah bersumber daripada

komunikasi. Maka, menerusi komunikasi inilah lahir pendapat, idea, keyakinan dan

budaya yang dapat disebarluaskan (Taneko 1994:139). Kandungan filem merupakan

mesej yang mempunyai kuasa mempengaruhi dan mendesak pendapat yang membuat

berlakunya perubahan di dalam masyarakat, baik perubahan pada dunia sosial

mahupun budaya. Pemerintah memandang filem sebagai media komunikasi massa

yang mempunyai peranan penting dalam pengembangan budaya bangsa. Sesebuah

media massa yang mampu berkomunikasi dengan banyak khalayak dalam masa yang

bersamaan. Filem, sebagai media komunikasi massa, mampu menjadi pemangkin

sekaligus agen dalam pengembangan budaya bangsa, maka filem perlu dibina dan

dikembangkan demi mempertahankan budaya bangsa.

Di tengah-tengah pembelajaran demokrasi negeri Indonesia, terdapat filem-

filem yang berkualiti dan masih mempertahankan ideologi bangsa. Kajian ini memberi

contoh seperti filem wayang dan sinetron “Kiamat Sudah Dekat” (KSD) arahan Dedy

Mizwar; filem “Gie”, salah satu filem yang mempertahankan ideologi kalangan

pelajar yang mengkritik pemerintah pada masa Soeharto, arahan Riri Reza; filem

“Marsinah”, filem yang membuka tabir sejarah atas kuasa pihak tentera, arahan

Slamet Raharjo.

Namun kewujudan Lembaga Sensor Film (LSF) kini masih dirasai kurang

memberikan manfaat bagi membaiki moral kehidupan bangsa, maka sebahagian

aktiviti yang dilakukan LSF belum begitu berkesan. Masih banyak masa dihabiskan

untuk menapis terlebih dahulu filem yang telah ditayangkan di masyarakat, dan masih

banyak filem lucah dan keganasan dikesan. Din Syamsudin (2008) mengatakan,

bahawa apabila industri perfileman Indonesia mahu berjaya menjalankan peranan

pendidikannya dengan jaya, tanpa merosak moral, sepatutnya undang-undang untuk

memperketat penapisan filem dan tayangan televisyen digalakkan. Menurutnya,

Indonesia yang sedang mengalami perubahan situasi politik dan ekonomi telah

membuat masyarakatnya mudah kehilangan arah dalam mengambil keputusan,

khususnya dalam kes tuntutan sekelompok penggiat perfileman terhadap pembubaran

Page 15: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

LSF. Ini membabitkan masyarakat menjadi bertindak cepat apabila melihat prestasi

sebuah lembaga tidak efektif, tanpa memikirkan akibat yang akan timbulkan selepas

itu. Oleh sebab itu, yang diperlukan adalah klasifikasi penontonan filem yang sesuai

dengan umur dan kepentingannya (interest).

Inilah yang terjadi dalam industri filem di Indonesia dalam era globalisasi,

yang mana para penggiat filem menginginkan perubahan ke atas para penapis filem

(LSF) menjadikan LSF sesebuah badan klasifikasi filem. Ini kerana penapisan

dianggap telah menjadi sesuatu propaganda dan kuasa daripada pemerintah Indonesia

dalam mengawal medianya. Penapisan juga dikategorikan sebagai potong-memotong

kreativiti para pembuat filem, manakala apabila klasifikasi filem tiada unsur potong

memotong kreativiti para pembuat filem. Ini yang menjadi perdebatan antara para

penggiat filem dengan penapis filem. Maka isu ini telah menjadi polemik bagi

masyarakat Indonesia yang mengambil berat mengenai industri filem di Indonesia

kerana telah menimbulkan pro dan kontra. Namun kajian ini hanya melihat ke atas

pembingkaian teks media mengenai bagaimana perdebatan yang telah menjadi

polemik tiap isu-isu penapisan di Indonesia ini dibentuk dan dibingkai oleh kedua-dua

akhbar kebangsaan, antara Republika dan Kompas.

Kajian ini melakukan pengamatan terhadap isu-isu penapisan dalam industri

perfileman yang dilaporkan dalam akhbar, terutamanya dari kedua-dua akhbar yang

berbeza ideologi, iaitu Republika dan Kompas. Ini akan kelihatan apakah setiap berita

yang diterbitkan oleh akhbar mempunyai nilai dan perhubungan yang rapat dengan

institusi politik, ekonomi, sosial dan kuasa golongan tertentu dalam sesebuah

masyarakat. Maka pertimbangan inilah yang sepatutnya akan diberikan perhatian oleh

para pemilik akhbar sebelum menerbitkan sesuatu berita. Malahan pertimbangan

sebegini akan menentukan corak dan isi kandungan sesuatu media tersebut (Ball-

Rokeach & Cantor 1986).

1.2. PERMASALAHAN KAJIAN

Pengembangan isu sesebuah peristiwa di masyarakat tentu tidaklah lepas daripada

sesebuah persepsi atas pembingkaian yang dibuat oleh media. Fungsi dan peran

Page 16: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

media, sangatlah penting utamanya dalam memberikan maklumat yang

diperlukan setiap saat. Malahan keberadaan fungsi media pun boleh membentuk suatu

pentafsiran media untuk mempengaruhi perilaku dan sikap masyarakat. Maka isu-isu

yang dibuat dan dituliskan di media massa, dibentuk dari suatu masalah yang diangkat

dan disebarluaskan oleh media dalam bentuk berita dengan pelbagai macam tampilan.

Apabila isu tersebut memiliki perkembangan yang cukup pesat, maka media pun akan

mengagendakan berita tersebut terus-menerus ke atas masyarakat dan menjadi

konsumsi rutin bagi publik untuk masa tenggang tertentu.

Isu penapisan ini merupakan cabaran bagi pemerintah untuk terus menapis

pembuatan filem bagi memantapkan program pembinaan negara bangsa dan jati diri.

Pemerintah mewujudkan peraturan dan penapisan sebagai alat kawalan ataupun

mengurangkan ancaman kepada pemerintah dan budaya tempatan, walaupun dasar-

dasar itu akan menodai nilai estetika daripada filem yang dibuat. “Regulation and

censorship were tools to control or reduce such threat. However, with such policy it

tarnishes the aesthetic value of a film” (Wan Amizah WM, Chang Peng Kee &

Jamaluddin Aziz 2009).

Di sinilah peranan media dalam menyampaikan mesej yang disampaikan ke

dalam berita, dan daripada proses menyampaikan inilah peristiwa polemik tersebut

dapat dilihat. Berita mengenai polemik dalam perfileman yang terjadi pada masa itu

menjadi menarik dan mempunyai makna bagi khalayak, yang mana menimbulkan

persepsi khalayak sesuai dengan pembingkaian yang ingin dibentuk oleh media.

Mengetahui makna teks pada sesebuah peristiwa yang terjadi dalam industri

perfileman ini, maka akan menjadi sesuatu yang penting bagi khalayak dalam

memahami suatu realiti yang terjadi dalam industri perfileman di Indonesia dan untuk

dikaji lebih mendalam. Ini disebabkan filem merupakan media komunikasi massa

yang menjadi pemangkin sekaligus agen dalam pengembangan budaya bangsa.

Pembingkaian media yang digunakan adalah sebagai sebuah cara untuk

penyusunan agenda tingkat kedua. Struktur dalam pembingkaian media merupakan

cara-cara yang dapat membatasi bagaimana khalayak menafsirkan kejadian tersebut.

(Littlejohn & Foss 2008:416). Pembingkaian juga merupakan pendekatan untuk

Page 17: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

mengetahui bagaimana perspektif atau cara pandang yang digunakan oleh wartawan

ketika memilih isu dan menulis berita. Cara pandang yang pada akhirnya menentukan

fakta-fakta apa yang diambil, bagian mana yang ditonjolkan dan dihilangkan, dan

seterusnya hendak dibawa ke mana berita tersebut (Eriyanto 2002:68).

Memandangkan kajian ini untuk mengetahui bagaimana realiti dalam industri

perfileman di Indonesia dibingkai oleh media, iaitu penelitian khusus kepada hubung

kaitan antara akhbar sebagai institusi budaya, institusi masyarakat, institusi politik dan

kesannya terhadap bentuk pelaporan akhbar tersebut. Persoalannya, adakah akhbar ini

hanya memberikan peluang kepada pemerintah atau golongan elit perfileman ke atas

masyarakat untuk menyatakan pandangan mereka terhadap isu-isu yang ditonjolkan

dalam akhbar tersebut? Dalam erti kata lain pandangan siapakah yang diutamakan

oleh akhbar ini dalam laporan mereka yang berkait dengan isu polemik ini? Kajian ini

khusus melihat bagaimana pemaparan berita yang menjadi polemik dalam isu

penapisan ke atas industri filem di Indonesia. Kebanyakan para pembuat filem merasa

kewujudan LSF sebagai badan penapisan yang hanya mengekang kreativiti mereka

menjadi terhad. Isu penapisan ini pun menjadi persoalan sosial manakala acara festival

filem antarabangsa bertemakan Q! File ini tayang. Q! Filem ini adalah kumpulan

filem yang mengisahkan mengenai isu-isu LGBT yang tersingkirkan secara sosial

dan budaya. Ini menjadi ironi, kerana filem Q! tanpa melalui LSF boleh berlangsung

di negara yang kebanyakan agama islam.

Fakta daripada sesebuah peristiwa merupakan pembentukan realiti. Realiti

media akhbar yang disiarkan ada kerana pandangan daripada pemikiran subjektif

wartawan. Realiti yang diciptakan melalui pembentukan, sudut pandang tertentu

daripada wartawan. Realiti pun boleh berbeza tafsiran, bergantung pada bagaimana

konsep realiti yang difahami secara subjektif oleh wartawan (Eriyanto 2002:19).

Kajian ini memfokuskan bagi mengetahui bagaimana kedua-dua akhbar boleh

membangun dan membingkai isu-isu penapisan ini menjadi sesebuah berita. Dengan

melihat bagaimana persepsi awam terhadap pemberitaan mengenai isu penapisan? Ini

juga menjadi penting untuk dikaji kerana filem boleh mempengaruhi minda seseorang

dalam kesan ke atas tingkah laku, maka media menjadi penting dirasai untuk

Page 18: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

memberikan pemberitaan yang lebih membangun mengenai industri filem yang juga

dapat dikatakan boleh mampu mewakili realiti baik dari sudut pandang sosial, politik,

budaya mahupun ekonomi.

1.3 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui bagaimana media massa menyajikan

peristiwa tertentu bagi memenuhi keperluan maklumat khalayak, khususnya dalam

mengangkat isu polemik yang terjadi antara LSF yang secara kritis ke atas penapisan

mahupun pembuat filem dan cabaran bagi pemain industri filem di Indonesia untuk

membuat filem yang tetap dikawal bagi memantapkan budaya dan jati diri bangsa

Indonesia. Clifford (2009) mengatakan bahawa, dalam pemerintah yang demokrasi,

pemerintah tidak akan pernah berlaku secara betul-betul, begitu pun dengan perkara

penapisan yang tidak akan pernah lepas. Sebagaimana diungkapkannya dalam buku

Media Ethics : cases and moral reasoning,

....the great paradox of democratic theory : Liberty can never be absolute;

censorship can never be absent. Liberty requires constraints at every level-

speech, sex, movement, health care, business, religious practice-in order for

people to create an ordered society.. (Clifford et al. 2009:301).

Ini menjadi salah satu sebab, mengapa perfileman memerlukan perhatian

khusus, apatah lagi dalam proses demokrasi di Indonesia. Tujuan kajian ini juga

sebagai ruang lingkup kajian yang cuba memfokuskan pengembangan pemberitaan

industri perfileman di Indonesia. Manakala cabaran LSF menjadi besar ketika isu

LGBT melalui filem yang ditayangkan semasa berlangsungnya International Festival

Film pada bulan September hingga 3 Oktober 2010. Penapisan filem sebagai institusi

yang kritikal dalam menapis penayangan di Indonesia diharap dapat membawa

kemajuan yang lebih bererti bagi industri perfileman di Indonesia.

Menurut Asiah Sarji dan Wan Amizah Wan Mahmud (2010), cabaran kepada

bahagian kawalan filem bukan saja menghadapi kesukaran untuk mengesankan

sumber kandungan dan jenis kandungan yang dipaparkan, tetapi cabaran masa apabila

Page 19: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

pergerakan pengedaran itu berlaku secara sangat cepat, terutama apabila terdapat

kemudahan yang disediakan oleh teknologi baru untuk menambah saluran-saluran

televisyen secara digital dan maya yang menyediakan tempat berkarya filem yang

mempunyai akses khalayak yang tinggi. Kajian ini juga mahu mengetahui dan

menerokai polemik pemberitaan dalam kandungan mesej yang disampaikan media

khususnya akhbar, antara para pembuat filem sama ada lembaga penapisan filem yang

merupakan cabaran kepada industri filem di Indonesia.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti pembingkaian akhbar Republika mengenai isu penapisan

dalam industri filem di Indonesia

2. Mengenal pasti pembingkaian akhbar Kompas mengenai isu penapisan dalam

industri filem di Indonesia

3. Membuat perbandingan ke atas pembingkaian kedua-dua akhbar tersebut.

1.5 KEWAJARAN KAJIAN

Kajian ini wajar dijalankan memandang impak globalisasi terhadap filem-filem

Indonesia telah menjadi unsur penting dalam industri perfileman di Indonesia, baik

daripada segi proses mahupun cerita yang dipertontonkan kepada khalayak. Dapatan

yang diperoleh daripada hasil kajian akan dapat memberi gambaran jelas mengenai

bagaimana pemberitaan tentang industri perfileman dan seterusnya contoh kebebasan

para pembuat filem dihubung kaitkan sebagai proses era keterbukaan pada masa

globalisasi ini disampaikan melalui proses pembingkaian terhadap berita yang

disampaikan. Seterusnya kajian ini mengamati media dalam membuat berita, juga

dapat menggunakan simbol-simbol dalam gambar yang diperlihatkan untuk

mendedahkan sesuatu peristiwa, yang mana pada akhirnya akan menentukan

gambaran imej yang terbentuk dalam minda khalayak mengenai sesuatu peristiwa

yang menjadi makna. Maka daripada pemberitaan tersebut akan dilihat dan ditafsirkan

oleh khalayak bagaimana kewujudan LSF sebagai penjaga budaya bangsa menguasai

penapisan terhadap filem-filem tentunya semata untuk menghindari akibat daripada

Page 20: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

adanya penyebaran propaganda asing melalui filem untuk mempertahankan karakter

budaya dan jati diri bangsa, tanpa harus mematikan kreativiti para pembuat filem

untuk membuat filem yang lebih baik.

1.6 SKOP KAJIAN

Kajian ini melihat ke atas fenomena industri perfileman Indonesia, dengan wacana

berita yang terdapat dalam perbandingan dua akhbar dalam talian iaitu Republika dan

Kompas. Kandungan berita akan menerokai bagaimana polemik yang terjadi antara

LSF dan pembuat filem, dan memfokuskan pada kandungan wacana yang akan

dianalisis teks pada kedua-dua akhbar.

1.6.1 Akhbar Dalam Talian Republika dan Kompas

Akhbar-akhbar harian ini dipilih kerana kedua-dua akhbar harian ini memiliki kadar

pembacaan yang paling tinggi dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, ia akan

memberikan kelebihan dalam mengkaji, menganalisis dan menilai perkaitan antara

makna teks yang disampaikan dan juga penyusupan idea golongan dominan

masyarakat melalui akhbar tersebut.

1.6.2 Pemilihan Berita Yang Dilakukan Hanya Berhubungkait DenganCabaran LSF dan Contoh Kes

Dalam kajian ini, hanya berita-berita yang berhubung kaitan dengan isu-isu penapisan

filem saja yang dianalisis, khususnya pada berita-berita utama. Berita yang dipilih

adalah berita yang diterbitkan dari bulan 1 Julai hingga 31 Disember 2010, iaitu

selama 6 bulan. Pada bulan September hingga 3 Oktober 2010, berlangsung acara

festival filem antarabangsa di Jakarta, yang memaparkan banyak polemik berita di

kedua-dua akhbar. Pemerhatian dilakukan pada setiap hari, melihat kepada

pemberitaan mengenai isu penapisan iaitu 3 bulan sebelum dan 3 bulan sesudah acara

festival filem antarabangsa dijalankan. Ini memberikan peluang kepada kajian ini

untuk meneliti isu-isu perfileman yang muncul dan menjadi polemik antara LSF dan

sekelompok penggiat perfileman di Indonesia. Walaupun berita yang didapati dipilih

Page 21: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

lagi menjadi kumpulan berita yang memaparkan draf berita ke atas isu-isu

penapisan filem, maka didapati setiap bulan pada satu berita utama saja yang menjadi

analisis kajian ini.

1.7 TAKRIFAN KONSEP

Takrifan konsep kajian ini adalah memberi makna kepada sesuatu konsep daripada

tema kajian.

1.7.1 Pembingkaian

Pembingkaian berhubung kaitan dengan penentuan agenda, namun ianya diperluas

lagi kajiannya dengan berfokus pada inti pati penanganan masalah yang lebih baik

berbanding hanya sekadar mengangkat topik tertentu. Pembingkaian memiliki

peranan untuk mengatur atau memberi makna pada struktur sosial di dalam

masyarakat. Pembingkaian dapat mempengaruhi persepsi penonton pada suatu berita.

Berbeza daripada agenda-setting, pembingkaian ini tidak hanya untuk mengetahui apa

yang harus difikirkan oleh khalayak, tetapi juga membentuk khalayak untuk berfikir

tentang suatu hal. Inilah yang di hujah oleh Baran & Davis (2003, dalam Chang Peng

Kee, Fauziah Ahmad & Wan Amizah Wan Mahmud 2009) “..framing theory explains

how to think about by the audience…”.

Pada analisis pembingkaian ini biasanya wartawan akan mengangkat topik

daripada isu yang mengembang di masyarakat dan menjadi polemik. Seterusnya

wartawan menggunakan kaedah pembingkaian dalam menyatakan teks dalam berita.

Kaedah pembingkaian ini tentu memiliki tujuan untuk mempengaruhi pandangan atau

persepsi masyarakat daripada suatu wacana tertentu. Menurut Fairhurst & Sarr (1996,

dalam Deetz, Tracy & Simpson 2000) pembingkaian dikategorikan menjadi tiga unsur

antaranya bahasa, idea dan berfikir lebih dahulu (forethought). Mengetahui teks

bahasa yang digunakan dalam menyampaikan maklumat melalui berita akan

mengubah cara pandang khalayak terhadap suatu situasi. Melalui bahasa, seseorang

mesti memiliki pemikiran daripada sudut pandangnya sendiri mahupun melihat

daripada sudut pandang orang lain ( dalam Deetz, Tracy & Simpson 2000).

Page 22: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

Maka dalam kajian ini dapat dikatakan bahawa pembingkaian merupakan

cara bagaimana media mengemaskan sesuatu maklumat dalam berita untuk

disampaikan kepada khalayak, juga untuk mengetahui makna yang disampaikan di

sebalik makna dalam teks media.

1.7.2 Industri Perfileman

Menurut Michaels (2004) definisi industri dikatakan:

Defining the scope of an industry includes a description of what is to be

included in the industry, and what is not. Industry scope needs to be defined in

terms of what products and services are included, what buyer types are

included, and what geographical areas of the world are included.

Skop industri yang dinyatakan oleh pakar ekonomi terkenal, Michaels (2004),

setidak-tidaknya menyedarkan kita tentang produk dan perkhidmatan filem dalam

konteks yang lebih luas termasuklah kedudukan geografi.

Manakala menurut UU No.8 Tahun 1992, filem adalah karya cipta seni dan

budaya yang merupakan media komunikasi massa pandang-dengar yang dibuat

berdasarkan asas sinematografi dengan dirakam pada pita seluloid, cakera video,

piringan video, dan/atau bahan hasil penemuan teknologi lainnya dalam segala bentuk,

jenis, dan ukuran melalui proses kimia, proses elektronik, atau proses lainnya, dengan

atau tanpa suara, yang dapat dipertunjukkan dan/atau ditayangkan dengan sistem

projektor mekanik, elektronik, dan/atau lainnya.

Maka industri perfileman boleh dimaksudkan kepada seluruh aktiviti yang

berhubungan dengan pembuatan, jasa teknik, pengeksportan, pengimportan,

pengedaran, pertunjukan, dan/atau penayangan filem yang dilakukan para penggiat

filem.

Page 23: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

1.7.3 Polemik Pemberitaan

Polemik merupakan perbahasan dengan rencana atau tulisan dalam akhbar, majalah

dan lainnya yang mewujudkan perbahasan yang sihat mengenai keilmuan ataupun isu

semasa di kalangan cerdik pandai dalam membahaskan sesuatu isu semasa.

Menurut Foucault (1984, dalam Rabinow 1997) polemik biasanya menentukan titik

yang berwujud dogma, prinsip fundamental dan ada kerana musuh telah mengabaikan,

diabaikan atau melanggar, dan tidak dapat menerima kesalahan seterusnya menjadi

kes terus menerus yang dikembangkan media. Polemik mendefinisikan aliansi,

menggabungkan penyokong suatu kelompok, mempersatukan kepentingan atau

pendapat, menetapkan yang lain sebagai penentang.

Manakala pemberitaan merupakan liputan kajian yang bersifat objektif yang

berlaku, yang dilaporkan berdasarkan nilai-nilai berita. Oleh itu, pembentukan realiti

termasuk ke dalam tafsiran media, seperti wartawan, media owner, editor (Mus

Chairil Samani 1992). Maka polemik pemberitaan ini dapat dihubung kaitkan

definisinya menjadi wacana perdebatan yang diliputi sesebuah kes yang kajiannya

seterusnya dijadikan berita, yang selalunya menimbulkan kesan sama ada baik

mahupun buruk ke atas pandangan publik yang berterusan menjadi liputan dalam

media.

1.7.4. Penapisan Filem

Penapisan filem diumpamakan sebagai pengaturan yang luas terhadap sesebuah

kreativiti yang dibuat sebagai reaksi kerisauan ke atas kemodenan hidup (Grieveson

2004:348). Grieveson (2004) juga menambahkan, pemeriksaan yang dibuat terhadap

bahan terbitan mahupun tayangan, dengan tujuan untuk menghalang penyebaran atau

pengeluaran bahan yang boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau mem-

bahayakan keselamatan; biasanya berperanan untuk mengawal dan mengenal pastikan

semua bahan-bahan terbitan yang dibawa masuk ke negara ini, sama ada untuk dijual,

diedarkan, dipamerkan atau untuk kegunaan sendiri, adalah betul dan tidak

bercanggah dengan dasar-dasar negara serta tidak menimbulkan kegelisahan dan

kekeliruan di kalangan orang ramai.

Page 24: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

LSF merupakan badan yang ditugaskan pemerintah Indonesia untuk menapis

kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Indonesia. Badan

yang mengurus penapisan filem di Indonesia semula sudah wujud ada sejak masa

kolonial Belanda, pada 1926 dibawah akta perfileman Film Ordonnantie 1925 /

Staadblad No.477. Pada 1951 lembaga ini dinamakan Badan Pemeriksaan Filem

yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan, Pengajaran dan Kebudayaan

(UU No.23/1951). Badan penapisan ini mengganti nama menjadi Lembaga Sensor

Filem (LSF) yang diatur dalam Peraturan Pemerintah Nombor 7 Tahun 1994 dan

ditubuhkan di bawah Kementerian Kebudayaan dan Pariwisata dengan menetapkan

dasar-dasar perfileman (UU No.8/1992) yang bertujuan guna menjaga keselamatan

negara dan keselarasan kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat

daripada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif yang dipaparkan dalam sesetengah

filem. LSF juga merupakan sesebuah badan yang bertanggungjawab mengelakkan

filem-filem yang hendak memasuki pasaran industri filem Indonesia mengikut

kesesuaian dengan masyarakatnya.

Maka penapisan filem di sini boleh dimaksudkan kepada proses pemilihan

mesej yang disampaikan melalui setiap adegan dalam filem, iaitu dengan cara

memotong adegan-adegan bagi kawalan keselamatan sesebuah bangsa.

1.7.5. Akhbar

Akhbar menyiarkan pelbagai judul berita setiap hari. Berita-berita ini daripada

berbentuk pentadbiran pemerintah sampai kepada kehidupan peribadi seseorang

individu dapat diperoleh dalam berita akhbar. Sumbernya biasa dibahagikan kepada

sumber terpilih dan sumber pilihan. Sumber terpilih biasanya berkait rapat dengan

kuasa yang dimiliki oleh sumber berita itu. Menurut pendapat Gans (1980, dalam Mus

Chairil Samani 1992) berita mungkin saja mempunyai kepentingan dalam politik,

sosial, ekonomi dan budaya. Maka kajian ini memberi makna pada konsep berita

iaitu teks yang disiarkan secara bermakna mengenai peristiwa sebagai mesej daripada

wujudnya kepentingan yang ingin disampaikan kepada khalayaknya melalui sesebuah

alat media.

Page 25: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

1.8 KESIMPULAN

Kajian ini memberikan penjelasan bahawa penelitian ini dirasai perlu dikaji kerana

telah menjadi polemik antara pihak pemerintah iaitu LSF sebagai lembaga yang

kritikal terhadap kebebasan filem yang telah menjadi perdebatan masyarakat di

Indonesia. Manakala para penggiat filem di Indonesia merasa dikekang kreativiti

mereka dalam mengungkapkan kebebasan berkarya mereka. Maka ada yang

memihak dan tiada memihak dalam menanggapi permasalahan yang terjadi di industri

perfileman Indonesia saat ini, yang mana pembingkaian berita ini dapat dilihat dalam

setiap draf berita yang disampaikan melalui kedua akhbar dalam talian yang berbeza

iaitu Republika dan Kompas.

Page 26: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

BAB V

RUMUSAN DAN PENUTUP

5.1 PENGENALAN

Berdasarkan analisis yang telah dihuraikan pada bab sebelumnya, dapat disimpulkan

bahawa dalam pemberitaan perfileman di Indonesia, Republika bersikap memihak ke

atas pemerintah dan malahan membangun pandangan pemerintah untuk lebih

mementingkan perlunya kewujudan penapisan dalam industri perfileman. Akhbar

dalam talian Republika didapati tidak memberikan tempat bagi para pembuat filem

mahupun pihak-pihak yang berkenaan ke atas isu-isu penapisan. Republika juga lebih

memberikan pemecahan terhadap persoalan yang sudah terjadi dalam polemik

pemberitaan. Maka ini menjadi cabaran bagi sistem penapisan di Indonesia melalui

filem yang kontroversi pada saat itu yang diberi makna adanya petunjuk untuk

membawa bangsa Indonesia menuju kerosakan moral.

Kompas bersikap tidak berpihak ke atas pemerintah mahupun mana-mana

hujahan, walaupun secara analisis kritikal daripada wartawan selalu mencuba

mengangkat masalah yang sebenar dan memberi pandangan yang dirasai lebih

mementingkan bagi mereka yang dipinggirkan pandangannya dan menjadi minoriti.

Kompas juga selalu melihat isu ini daripada alasan kepentingan kemanusiaannya.

Manakala dari sudut pandang pegawai tinggi negara, Kompas banyak mengambil

berita yang sama daripada akhbar lain. Hal ini memberi kesan neutral kepada imej

Kompas yang di sebalik pendapatnya yang kritikal dan analisisnya tetap menyokong

berita sama ada kesan berpihak juga ke atas pemerintah. Maka analisis yang sebenar

daripada kritikal wartawan Kompas hanya menjadi bentuk tanggungjawab dalam

mengangkat isu-isu dalam perfileman untuk lebih melihat kepada sudut pandang yang

berbeza, iaitu sudut pandang yang logik tanpa menekankan sudut pandang agama.

Isu mengenai filem Q! pada masa pengamatan kajian ini menjadi cabaran ke

atas sistem penapisan filem di Indonesia dalam memperlihatkan kelemahan daripada

Page 27: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

sistem penapisan tersebut. Filem Q! yang telah ditayangkan tanpa adanya izin

daripada lembaga penapisan, yang merupakan badan kuasa pemerintah, seharusnya

menjadi pengampang bagi kemasukan budaya, apabila filem tersebut jelas tidak

berkenaan dengan identiti budaya masyarakat Indonesia. Maka dilihat daripada kajian

budaya, filem tersebut telah membuat pergeseran budaya bangsa Indonesia, yang tidak

lagi sesuai dengan budaya masyarakat Indonesia di Asia. Penapisan filem di Indonesia

menjadi diperlukan kerana menjadi satu kawalan pemerintah ke atas industri filem

sebagai kehendak daripada masyarakat Indonesia sendiri.

Berdasarkan dapatan kajian, jelas bahawa kajian ini menyokong beberapa

kajian terdahulu yang menyebutkan pentingnya peranan penapisan ke atas filem

sebagai pengampang yang mengawal identiti budaya tempatan yang dipengaruhi oleh

budaya global. Ini kerana filem dapat memotivasikan pemikiran dan tingkah laku

penonton, yang dipercayai boleh memberikan perhatian yang cukup tinggi dan mudah

dirakam dalam minda. Ini tentu dapat merisaukan dan berpotensi membawa

penyuburan ke atas tingkah laku individu apabila tidak ada pemilihan yang baik ke

atas filem tersebut. Kajian ke atas filem Indonesia diakui masih kurang untuk

diberitakan secara luas. Oleh itu, kajian seperti pemberitaan polemik ke atas isu-isu

penapisan filem Indonesia dan industri perfileman Indonesia lain amatlah disarankan.

5.2 PENEMUAN KAJIAN

Pada penemuan kajian, ini telah berjaya menerapkan teori pembingkaian dengan

struktur model Pan & Kosicki (1993), sebagai tahap untuk menganalisis data dan

memperoleh jawapan daripada objektif kajian.

5.2.3 Mengenal Pasti Pembingkaian Akhbar Republika Mengenai IsuPenapisan Dalam Industri Filem di Indonesia

Hasil kajian mendapati bahawa berita-berita yang menjadi data daripada kajian ini

saling berhubungkaitan. Ini telah dipaparkan ke dalam huraian berita-berita yang

melihat kepada unit analisis daripada draf berita yang didapati. Republika

Page 28: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

menonjolkan setiap berita yang disiarkan sebelumnya selalu berhubungkait dengan

berita yang disiarkan seterusnya. Republika juga, dalam menanggapi isu-isu penapisan

yang sedang ditonjolkan pada masa itu lebih melihat ke atas prestasi lembaga

penapisan filem. Republika’ pun lebih unggul dalam memberi makna secara positif

para sumber daripada penguasa (dalam hal ini pegawai tinggi negara), dalam

menganalisis bahkan bersifat pembujukan ke atas perbaikan pentingnya peranan

penapisan iaitu LSF sebagai bahagian daripada pengampang media filem.

Pada Republika, keempat-empat struktur yang menjadi unit analisis kajian ini

telah memaparkan pembingkaian akhbar Republika secara cergas dan unggul dalam

menganalisis isu-isu penapisan dan perfileman yang terjadi di Indonesia. Struktur

sintaksis, skrip dan tematik pada Republika dirasai unggul baik dalam menganalisis

mahupun menginterpretasikan data. Ini memberi makna bahawa Republika memiliki

perhatian serius ke atas persoalan yang membabitkan prestasi penapisan filem di

Indonesia. Maka boleh dikatakan pada akhbar Republika lebih berjaya dalam

menerapkan teori dan menganalisis dengan menggunakan model pembingkaian Pan &

Kosicki (1993).

5.2.4 Mengenal Pasti Pembingkaian Akhbar Kompas Mengenai Isu PenapisanDalam Industri Filem di Indonesia

Pada akhbar dalam talian Kompas mempunyai keunggulan dalam membangkitkan

wacana yang lebih kritikal ke atas contoh-contoh kes, tanpa banyak berhujah kepada

dasar permasalahan dalam polemik penapisan. Akhbar dalam talian Kompas

menonjolkan setiap berita yang disiarkan, walaupun tidak secara langsung Kompas

memaparkan ke atas prestasi lembaga penapisan filem. Kompas juga lebih berani

memaparkan gambar yang lebih mencabar, bahkan membincangkan kepada isu-isu

utama yang dipersoalkan. Dalam berita yang sama, Kompas semakin banyak

mengambil dan memasukkan gambar yang berbeza daripada Republika dalam

pemberitaannya. Ini untuk mendapatkan kesan daripada khalayak mengenai berita

yang disampaikan, yang mensiratkan makna bahawa hujahannya terhadap masalah

prestasi penapisan dan contoh kesnya yang menjadi kontra di masyarakat dirasai

Page 29: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

sudah sesuai dengan tanggungjawabnya apabila dihubung kaitkan dengan keseluruhan

berita yang disampaikan.

Pada Kompas, keempat-empat struktur model pembingkaian Pan & Kosicki

(1993), yang menjadi unit analisis kajian ini telah memaparkan pembingkaian ke atas

akhbar Kompas. Akhbar Kompas dikatakan unggul secara kritikal pada struktur

retorik. Ini kelihatan saat wartawn menyampaikan isu-isu dalam industri perfileman

yang terjadi di Indonesia. Melalui pengamatan pada unsur grafik, ini dapat dilihat

pada gambar-gambar yang mentafsirkan makna imej disebalik gambar yang

ditonjolkan. Namun akhbar Kompas tiada memberikan hujahan dari sudut pandang

mengenai isu penapisan filem yang terbabit. Ini memberi makna bahawa Kompas

tiada mengambil berat persoalan yang membabitkan prestasi penapisan filem di

Indonesia. Malahan sikap neutral seperti yang dihujahkan dalam struktur retorik

banyak memberikan makna dan melihat secara kritikal dari sudut pandang lain

mengenai kes yang terjadi dalam industri filem.

5.2.5 Membuat Perbandingan Ke atas Pembingkaian Kedua-dua AkhbarDalam Talian Republika dan Kompas

Pada objektif ketiga ini, akhbar dalam talian Republika dan Kompas didapati ada

pembingkaian ke atas berita-berita yang disampaikan kepada khalayak. Ini dipaparkan

dalam perbincangan Bab 4 yang menunjukkan polemik ini ke atas pelbagai isu yang

timbul, yang mempersoalkan sikap LSF sebagai rujukan negara untuk mengurus

semua penayangan filem di Indonesia. Malahan polemik ini menjadi semakin besar

yang membuat jurang komunikasi antara para karyawan filem dengan pihak penguasa

berdasarkan satu kes yang terkenal pada masa itu, iaitu penayangan filem LGBT yang

tidak melalui penapisan LSF untuk Filem Festival International. Hal ini sungguh

ironik, kerana LSF dirasai tiada lagi berperanan dalam industri perfileman dengan

beredarnya tayangan tersebut. Maraknya filem kini yang memasukkan unsur-unsur

lucah dalam setiap filem Indonesia dan kebanyakan para pembuat filem kini membuat

filem seram.

Filem merupakan bahagian daripada media, yang semestinya dapat dijadikan

pendidikan ke arah pengembangan minda yang bermoral, menjaga etika dan dapat

Page 30: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

diambil faedah baiknya dengan menonton filem yang bernuansa baik dan mendidik.

Namun hanya kerana tuntutan karya seni dan kepentingan ekonomi semata-mata,

seperti halnya pada filem Q! yang bernuansa LGBT, dirasai tidak sesuai dengan

budaya masyarakat Indonesia. Apabila dilihat pada sudut pandang politik, kajian ini

juga diberi makna sebagai unsur pembentukan imej terhadap kepemimpinan

pemerintahan pada masa kini. Ini dapat dilihat pada judul berita “Q! Film Festival

Didemo, Penonton Pertanyakan Sikap Pemerintah”, bertarikh 28 September 2010.

Dari segi ekonomi, pembuat filem dianggap hanya mencari keuntungan segera

melalui perniagaan perfileman dan mahu mempertahankan kelangsungan syarikat

penerbitan dalam era globalisasi kini. Namun apabila dilihat dari sudut pandang

budaya, tanpa penapisan dalam penayangan filem, hingga muncul filem LGBT dalam

tayangan Filem Festival International yang diadakan di Indonesia, maka ini seolah-

olah memberi bukti bahawa telah wujud sekelompok pengikut dan komuniti LGBT

dalam sebahagian kecil masyarakat Indonesia. Melalui filem ini juga justeru didapati

adanya pergeseran budaya didalam masyarakat Indonesia, yang bukan menyatukan

atau mengembangkan minda masyarakatnya.

Pembingkaian dalam teks berita dapat dianalisis melalui empat struktur

antaranya sintaksis, skrip, tematik dan retorik. Oleh itu penting mengetahui dan

mengenal pasti pentafsiran apa yang dipaparkan dan hujahan apa yang kelihatan.

Dalam kajian mengenai isu-isu penapisan ini didapati pembingkaian ke atas apa yang

dibingkai media selama terjadinya perubahan pelbagai isu filem yang disajikan media.

5.3 IMPLIKASI KAJIAN

Seterusnya kajian ini akan didapati implikasinya terhadap teori yang digunakan,

kaedah yang digunakan dan implikasinya ke atas media.

5.3.1 Implikasi Terhadap Teori

Kajian ini melihat hubungkaitan dengan teori pembingkaian, yang mana teori ini telah

banyak digunakan dalam kajian ilmu komunikasi untuk melihat kepada bagaimana

Page 31: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

media mengemaskan sesebuah realiti ke dalam susunan struktur penulisan. Maka teks

yang digunakan di dalam draf berita menjadi lebih bermakna mesejnya.

Teori pembingkaian pada kajian ini untuk memfokuskan ke atas kajian

pembingkaian berita pada kedua-dua akhbar dalam talian, iaitu Republika dan

Kompas. Teori ini melihat dari sudut bagaimana usaha media mengemas berita.

Proses pembingkaian menjadikan media massa sebagai arena yang maklumat pelbagai

masalah tertentu dibuat mempunyai minat tersendiri dalam perang simbol antara

pelbagai pihak yang juga menginginkan pandangannya didukung pembaca (Sobur

2009:166). Wartawan boleh menerapkan standard kesahihan, objektiviti serta batasan

tertentu dalam mengolah dan menyuguhkan berita. Maka pembentukan suatu realiti,

wartawan juga cenderung mengikuti pengalaman dan pengetahuannya yang telah

mengekal dalam skema pentafsiran tersendiri. Oleh itu wartawan dapat memilih

sumber berita, mentafsirkan hujahan-hujahan sumber berita serta memberi tafsiran

pada sudut pandang yang berbeza ke atas perspektif yang muncul dalam setiap

wacana.

Teori pembingkaian model Pan & Kosicki (1993) ini berjaya diterapkan ke

atas pembingkaian yang menjadi isu penapisan filem. Ini membuktikan bahawa teori

pembingkaian boleh digunakan untuk melihat ke atas pelbagai kes dalam setiap

liputan berita, tidak hanya pada kes politik saja. Oleh itu, pembingkaian pada model

ini memang tidak melihat ke atas faktor-faktor lain yang menyebabkan sesebuah

peristiwa tersebut terjadi, yang disampaikan dalam berita.

5.3.2 Implikasi Terhadap Kaedah

Semasa khalayak membaca sesebuah berita, biasanya khalayak sebagai pembaca

akhbar hanya menerima saja apa yang telah menjadi tulisan wartawan dalam berita

tersebut. Padahal sebelum berita tersebut disiarkan kepada khalayak, ianya telah

melalui alur proses pemilihan ayat, idea daripada pelbagai pemikiran yang berbeza.

Dengan melihat ke atas teori pembingkaian ini, maka telah diketahui bagaimana

perspektif mahupun cara pandang yang digunakan oleh wartawan dalam memilih isu

dan menulis berita, hingga berita tersebut dibaca kepada para pembaca. Pada asasnya

Page 32: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

model analisis pembingkaian (Model Framing Analysis) membuat anggapan bahawa

ketika membuat atau menyiarkan berita, media massa selalu mempunyai bingkai

tertentu yang membuat sesebuah isu dalam berita menjadi kelihatannya semula jadi

(natural). Bingkai inilah yang cuba dihuraikan ketika berita tersebut dianalisis dengan

menggunakan model pembingkaian Pan & Kosicki (1993). Model ini khusus

menekankan kepada pemerhatian keempat-empat struktur antaranya sintaksis, skrip,

tematik dan retorik. Maka didapati pembingkaian ke atas berita mengenai isu

penapisan di Indonesia.

Pembingkaian selalunya dilakukan ke atas kajian liputan berita yang

membentuk fakta dalam pemberitaannya. Pembingkaian digunakan media untuk

menonjolkan mahupun memberikan penekanan kepada aspek tertentu sesuai dengan

kepentingan media (Kriyantono 2006:252, dalam Moleong 2007). Apabila

membingkai sesebuah berita mesti ada bahagian tertentu yang lebih penting

seterusnya disimpan dan juga ada bahagian yang dibuang dengan mengesampingkan

bahagian lain. Ini bermakna sesuatu berita tersebut tidaklah wujud begitu saja tanpa

adanya proses pemilihan ayat yang menjadi bermakna.

Seterusnya melalui pembingkaian teks berita menjadi mesej yang lebih

bermakna, menarik serta mudah diingat oleh khalayak. Ini memunculkan pelbagai

pentafsiran ke atas khalayak terhadap persepsi yang telah dibingkai dan yang ingin

dibentuk oleh media. Apabila memahami makna dalam mesej tersebut khalayak mesti

memahami realiti yang diwacanakan, serta memahami mesej yang cuba diungkapkan.

Penggunaan kaedah pembingkaian kajian ini dengan pemerhatian ke atas keempat-

empat peranti pembingkai menurut model Pan & Kosicki (1993): sintaksis, skrip,

tematik dan retorik, telah membentuk tema yang menghubungkaitkan unsur-unsur

mengisahkan berita menjadi suatu cerita koheren yang global.

5.4 BATASAN KAJIAN

Penelitian kajian ini terhad hanya kepada analisis teks media saja, tanpa meneliti

faktor lainnya yang dapat mempengaruhi agenda pemberitaan media. Republika dan

Kompas sebagai media nasional ternyata mempunyai pandangan yang berbeza dalam

Page 33: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

menangani isu pemberitaan penapisan dalam industri perfileman di Indonesia. Kaedah

kajian dalam penelitian ini menggunakan satu model daripada pelbagai model

pembingkaian lain, iaitu model Pan & Kosicki (1993), iaitu penekanan yang lebih

kepada pembahasan struktur bahasa yang mikro.

Berhubungkait dengan sikap media massa terhadap polemik pemberitaan isu

penapisan filem dan isu-isu cabarannya dalam industri filem di Indonesia, tidak

menutup kemungkinan pola yang digunakan oleh media massa menjadi berbeza dalam

memberitakan kes lainnya. Oleh itu kajian ini adalah bagi membandingkan peristiwa

yang berterusan, dengan babak yang sama dan model pemberitaan yang banyak

menggunakan kutipan daripada pelbagai dialog dengan temu bual pendapat daripada

tokoh-tokoh yang berkepentingan. Peranti pembingkaian model Pan & Kosicki (1993)

ini pada analisis struktur skrip dan sintaksis telah melihat perbezaan antara akhbar

dalam talian Republika dan Kompas yang diperbandingkan.

5.5 CADANGAN KAJIAN AKAN DATANG

Kajian yang telah dilakukan ini lebih berfokus pada pembingkaian berita dalam media

massa dengan menerokai struktur analisis menurut model pembingkaian Pan &

Kosicki (1993) sebagai unit analisis ke atas isu penapisan dalam industri perfileman.

Tempoh kajian ini dilakukan selama enam bulan, bermula pada pertengahan Julai

hingga Disember 2010, berita yang diamati khusus kepada pemilihan berita yang

kontra pada masa itu yang berkaitan. Kajian ini lebih kepada proses mesej yang

dibingkai dalam pemberitaan media massa dengan membandingkan kedua-dua

akhbar yang berbeza ideologi. Polemik yang dihadapi industri perfileman di Indonesia

pada masa enam bulan tersebut, khususnya mempersoalkan kepada prestasi kerja

penapisan filem di Indonesia telah kelihatan jelas dalam huraian unit analisis kajian

ini. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar dibuat kajian ke atas industri perfileman

di Indonesia. Maka peranan prestasi kerja lembaga penapisan ini akan lebih diperluas

lagi ruang lingkup beritanya, bagi mengembangkan dan membuka wacana ke atas

khalayak, bahawa pentingnya berfikiran kritikal terhadap filem untuk kebaikan dan

pengembangan industri perfileman.

Page 34: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

Selain itu dicadangkan juga kepentingan peranan penapisan filem baik yang

dilakukan oleh pemerintah, para penggiat filem dan masyarakat Indonesia dalam

memberi kawalan ke atas pengembangan filem. Ini disebabkan banyaknya para

penggiat filem yang dipengaruhi budaya luar sama ada kesan daripada globalisasi.

Kajian ini pun diharapkan dapat menambah khazanah bagi para pengkaji ulasan

berita, khususnya mengenai berita perfileman.

5.6 PENUTUP

Berdasarkan kesimpulan daripada bab-bab sebelumnya didapati perbezaan yang

signifikan dalam menyusun berita dan memberi makna pada teks berita, dengan

melakukan pemerhatian dari sudut pandang yang berbeza dalam membingkai

sesebuah berita. Ulasan literature yang membahas mengenai sistem penapisan

daripada luar negara Indonesia ini dapat menjadi penyokong dan menjadi panduan

kajian ini bagi menjawab permasalahan yang terjadi dalam industri perfileman di

Indonesia. Implikasi pemaparan teori dan kaedah telah membawa teori pembingkaian

dalam menerokai bagaimana fenomena peranan LSF sebagai lembaga penapisan di

Indonesia dikemas oleh media. Seterusnya kajian sebelumnya yang menggunakan

teori pembingkaian model Pan & Kosicki (1993) dan model pembingkaian lainnya,

digunakan untuk menyokong implikasi terhadap kaedah yang digunakan dalam

menganalisis pemberitaan kedua-dua akhbar tersebut.

Keseluruhan data yang telah dimasukkan dan telah diolah untuk dianalisis,

mendapati semua proses pembuatan berita pada teks-teks yang diberi makna mampu

ditafsirkan mengikut struktur pembingkaian model Pan & Kosicki (1993) dalam

kajian ini. Maka kajian ini berjaya melihat kewujudan pembingkaian yang ada pada

kedua-dua akhbar dalam talian Republika dan Kompas. Pada masyarakat awam, mesej

yang disampaikan dalam berita akan dinilai sebenar dan diberi makna sebagai

pembelajaran ke atas minda yang penuh objektif. Namun akan menjadi berbeza

dengan golongan yang memahami aktiviti kewartawanan mahupun pengkaji media

massa, iaitu filem dan berita akhbar.

Page 35: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

RUJUKAN

Amadeo, B. 2002. Framing, Adgenda Setting and Priming : Different Answer ToDifferent Questions. Universidad De Buenos Aires, Conicet, Argentina.

Ball-Rokeach, S. & Cantor, M. 1986. Introduction: The Media and Social Fabric.Dlm. S. Ball-Rokeach & M. Cantor (Pnyt), Media, Audience, and SocialStructure. Newbury Park, CA: Sage. p.10-20.

Barzilai-Nahon, K. 2008. Gatekeeping : A Critical Review. Annual Review ofInformation Science and Technology.

Berry, J.W. 2008. Globalization and Acculturation. International Journal ofIntercultural Relations 32:328-336.

Berger, P.L. & Luckmann,T. 1979. The Social Construction of Reality: A Treatise InThe Sociology of Knowledge. Harmondsworth, Penguin Books.

Blommaert, J. & Van Der Donckt, L. 2002. African Literature and Globalization:Semiotizing Space In Tanzanian Novel. Journal of African Cultural Studies15(2).

Bose, N. 2009. The Hindu Right and The Politics of Censorship : Three Case Studiesof Policing Hindi Cinema, 1992-2002. The Velvet Light Trap 63(24).

Brennan, J.R. 2005. Democratizing Cinema and Censorship in Tanzania, 1920-1980.International Journal of African Historical Studies 38(3):486.

Chan, J.S. 2004. Refashioning Womanhood In 1990s Taiwan: An Analysis of theTaiwanese Edition of "Cosmopolitan" Magazine. Modern China 30(3).

Chang Peng Kee, Fauziah Ahmad & Wan Amizah Wan Mahmud. 2009. IndigenisingFraming Knowledge From Content – Analysing The Weblog Frames Built OnChedet.com. Malaysian Journal Communication 26:47-61.

Cheng, K.G. & Barker, T. (pnyt.). 2010. Mahu Dibawa Ke Mana Perfilman Kita?Beberapa Wacana Seputar Filem Indonesia.Terj : EkkyImanjaya. Indonesia :Salemba Humanika Pustaka.

Cheng, K.G.& Barker,T. 2010. Asian Cinema Special Issue: Indonesian CinemaToday. Asian Cinema Journal 21(2).

Clifford, G.C., Fackler, M., McKee, K.B., Kreshel, P.J. & Woods, R.H, Jr.. 2009.Media Ethics:Cases and Moral Reasoning.Ed.8. Boston:Pearson.

Crane, D., Kawashima, N. & Kawasaki, K. 2002. Global Culture.: Media, Arts,Policy, and Globalization. New York : Routledge Publication.

Page 36: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

Deetz, S.A., Tracy, S.J. & Simpson, J.L. 2000. Leading Organizations ThroughTransition : Communication And Cultural Change. Sage Publications, Inc.Thousand Oaks,California.

Eriyanto. 2002. Analisis Framing, Konstruksi, Ideologi dan Politik Media.Yogyakarta: LKIS.

Garcia, M.M. 2010. Perception Is Truth : How Elite US Newspaper Framed The “GoGreen” Conflict Between BP and Greenpeace. University of Missouri,Columbia. Perception Is Truth p.1-15.

Grieveson, L. 2004. Policing Cinema : Movies and Censorship in Early-Twentieth-Century America. Berkeley and Los Angeles : Univeristy of CaliforniaPress.Review of Books American Historical Review.

Groshek, J. 2008. Coverage Of The Pre Iraq War Debate as A Case Study of FrameIndexing. Media, War and Conflict 1(3):315-338.

Hutchinson, R. 2007 Censorship In the Japanese Arts Introduction. Japan Forum19(3):269-280.

Jin, D.Y. 2006. Cultural Politics in Korea’s Contemporary Films Under NeoliberalGlobalization. Media, Culture and Society 28:5-23.

Kracauer, S. 1952. The Challenge of Qualitative Content Analysis. The PublicOpinion Quarterly 16(4).

Leslie, D.A. 1995. Global Scan: The Globalization of Advertising Agencies,Concepts, and Campaigns. Economic Geography 71(4).

Leeuwen, V.T & Jewitt, C. 2001. The Handbook of Visual Analysis. London:SagePublication.

Littlejohn, S.W., & Foss, K.A. 2008. Theories of Communication. Belmont,CA:Thomson Wadsworth.

Listerman, T. 2008. Framing of Science Issues In Opinion Leading News :International Comparison of Biotechnology Issue Coverage. PublicUnderstanding of Science 1:1-11.

Mankekar, P. 2004. Dangerous Desires: Television and Erotics in Late Twentieth-Century India. The Journal of Asian Studies 63(2).

Moleong, L.J. 2007. Metodologi Penelitian Kualitatif. Penerbit Rosda.

Mrazek, R. 2006. Engineers of Happy Land : Perkembangan Teknologi danNasionalisme di Sebuah Koloni. Edisi 1. Bre Redana (Pnyt.), Terj.Hermojo.

McQuail, D. 2000. McQuail’s Mass Communication Theory 4th Edition. London:Sage Publications.

Page 37: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

Mus Chairil Samani. 1992. Sumber Berita : Analisis Isi Kandungan Empat AkhbarHarian Nasional Malaysia. Jurnal Komunikasi 8:49-63.

Pan, Z. & Kosicki, G.M. 1993. Framing Analysis : An Approach to News Discourse.Political Communication 10(1):55-57.

Park, S.H. 2002. Filem Censorship And Political Legitimation In South Korea, 1987-1992. Journal Film 42(1):120.

Rabinow, P. 1997. “Ethics” of “Essential Works of Foucault”. The New Press vol.1.

Reese, S.D & Lewis, S.C. 2009. Framing The War On The Terror : TheInternalization of Policy In The US Press. Journalism Article 10(6):777-797.

Romli, ASM. 2003. Jurnalistik Terapan. Batic Press Bandung. www.romeltea.com

Severin, W. & Tankard, J. 2001. Communication Theories: Origins, Methods, Uses.New York : Longman.

Sobur, A. 2009. Analisis Teks Media : Suatu Pengantar Untuk Analisis Wacana,Analisis Semiotik, dan Analisis Framing. Bandung:PT Remaja Rosdakarya

Smith, J. 2008. Reflection. Nursing Standard article 22:52.

Smith, R.W. 1998. Civility Without Sencorship :The Ethics of Internet – Cyberhate.Vital Speeches of The Day. LosAngeles, California.

Taneko, S. 1994. Struktur Sosial. Jakarta : Bina Aksara.Theberge, P. 2004. The Network Studio: Historical and Technological Paths To a

New Ideal in Music Making. Social Studies of Science 34(5).

Tomlinson, J.B. 2000. Globalization and Culture.Chicago University Press.Tuchman, G. 1980. Making News:A Study In the Construction of Reality. New York:

The Free Press

Van Heeren, K. 2007. Return of the Kyai:Representations of Horror, Commerce andCensorship In Post-Suharto Indonesian Film and Television. Inter-AsiaCultural Studies 8(2).

Vickers, A. 2004. The Classics in Indonesian Studies: J.S Furnivall’s NetherlandsIndia. Centre for Asia Pacific Social TRANSformation Studies. Faculty ofArts.University of Wollongong. The 15th Biennial conference of the AsianStudies Association of Australia, Canberra.

Wan Amizah Wan Mahmud. 2010. Sumbangan Kesarjanaan Dalam PerkembanganDasar dan Sistem Penapisan Filem di Malaysia. SEBUMI InternationalSeminar :Generating Integrated Knowledge Towards Sustainable Researchand Academic Excellence. Universiti Kebangsaan Malaysia

Wan Amizah WM, Chang Peng Kee & Jamaluddin Aziz. 2009. Film Censorship InMalaysia: Sanctions of Religious Cultural and Moral Values. MalaysianJournal of Communication 25: 42-49.

Page 38: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki

Wimmer, D.R. & Dominick, J.R. 2003. Mass Media Research : an IntroductionSeventh Ed. Thomson Wadsworth.

Wu, H.& Chan, JM. 2007. Globalizing Chinese Martial Arts Cinema: The Global-Local Alliance and The Production of “Crouching Tiger, Hidden Drgaon”.Journal of Media, Culture and Society 29(2).

Yang, J. 2003. Framing The Nato Air Strikes On Kosovo Across Countries :Comparison of Chinese and US Newspaper Coverage. Gazette : TheInternational Journal For Communication Studies 65(3):231-249.

Bahan Tidak Terbit

Asiah Sarji & Wan Amizah Wan Mahmud. 13 November 2010. Budaya Pasca Moden: Cabaran Penapisan Filem di Malaysia. Conference of Film CensorshipMalaysia, Minister of Internal Affairs. Port Dickson Negeri SembilanMalaysia. Unpublished.

Aubuchon, J.D. 2005. Framing Analysis of the 2004 Student Government Election AtThe University of Florida In A College Media Setting. Master Thesis ofUniversity of Florida.

Dudo, A.D. 2005. An Environmental Controversy : How Newspapers FramedCoverage Of The Bush Administration’s Proposal To Drill For Oil AndNatural Gas In The Arctic Natural Wildlife Refuge. Master Thesis ofUniversity Delaware.

Laman Sesawang

Michaels, A.S. 2004. [email protected] copyright. [ 10 Oktober 2010]

Syamsudin, D. 2008. http://www.eramuslim.com/berita/nasional/meski-sering-kecolongan-lsf-dibutuhkan-untuk menjaga-moral-bangsa.htm.[1 Disember 2010]

Sterriitt, D. 2009. Film Criticism, Scholarship, Reviews. http://www.davidsterritt.com/[1 Januari 2010]

UU No.8 Tahun 1992 & UU No.33 Tahun 2009. www.lsf.go.id [1 November 2010]

http://republika.co.id:8080/halaman/174 [1 November 2010]

http://www.kompas.com/. [1 November 2010]

Page 39: PEMBINGKAIAN ISU-ISU PENAPISAN : POLEMIK …repository.unimal.ac.id/3510/1/Tesis Chapter1 UKM.pdf · Analisis kandungan yang dilakukan ke atas liputan media ini mengamati ... & Kosicki