pembinaan kayu

4
2. 1 LATAR BELAKANG BIEY DONE MASALAH Lambakan produk yang dikeluarkan dari negara kita dan diimport dari luar negara bukanlah seratus peratus mesra pelanggan dan ia juga kadangkala tidak mampu memenuhi keinginan dan menepati citarasa kita sebagai pengguna. Pengusaha kilang yang mengeluarkan produk mempunyai pandangan mereka sendiri dan menghasilkan produk mengikut pendapat merek sendiri dan tidak mampu memenuhi setiap permintaan pengguna sepenuhnya. Malahan dinegara kita yang berbilang kaum ini sudah tentulah terdapat jurang perbezaan yang ketara dari segi agama dan kepercayaan. Disinilah tercetusnya permasalahan dan konflik khususnya wanita bertudung yang kekurangan produk untuk menyimpan barang-barang peribadi seperti tudung. Wanita bertudung yang sering menghadapi masalah ini kebiasaanya adalah murid-murid, pelajar dan mahasiswi yang tinggal dirumah sewa kerana mempunyai almari yang ruangnya terhad dan tidak mampu untuk membeli rak yang memakan ruang didalam bilik dan kosnya juga mahal bagi seorang pelajar. Walaupun terdapat pengeluar yang mengeluarkan produk tempat menyangkut tudung, tetapi ia masih tidak mampu menyelesaikan dilema ini kerana ianya tidak mesra pelanggan dan tidak tampak kemas, malah ia terdedah kepada debu. Kami juga tidak terlepas dari permasalahan ini apabila tinggal dirumah sewa dan jauh dari ahli keluarga. Dengan ruang yang terhad dan kos yang mahal, kami terikat

Upload: asmatsalsabila

Post on 10-Apr-2016

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kayu

TRANSCRIPT

Page 1: pembinaan kayu

2. 1 LATAR BELAKANG BIEY DONE

MASALAH

Lambakan produk yang dikeluarkan dari negara kita dan diimport dari luar

negara bukanlah seratus peratus mesra pelanggan dan ia juga kadangkala tidak

mampu memenuhi keinginan dan menepati citarasa kita sebagai pengguna. Pengusaha

kilang yang mengeluarkan produk mempunyai pandangan mereka sendiri dan

menghasilkan produk mengikut pendapat merek sendiri dan tidak mampu memenuhi

setiap permintaan pengguna sepenuhnya. Malahan dinegara kita yang berbilang kaum

ini sudah tentulah terdapat jurang perbezaan yang ketara dari segi agama dan

kepercayaan. Disinilah tercetusnya permasalahan dan konflik khususnya wanita

bertudung yang kekurangan produk untuk menyimpan barang-barang peribadi seperti

tudung. Wanita bertudung yang sering menghadapi masalah ini kebiasaanya adalah

murid-murid, pelajar dan mahasiswi yang tinggal dirumah sewa kerana mempunyai

almari yang ruangnya terhad dan tidak mampu untuk membeli rak yang memakan

ruang didalam bilik dan kosnya juga mahal bagi seorang pelajar. Walaupun terdapat

pengeluar yang mengeluarkan produk tempat menyangkut tudung, tetapi ia masih

tidak mampu menyelesaikan dilema ini kerana ianya tidak mesra pelanggan dan tidak

tampak kemas, malah ia terdedah kepada debu.

Kami juga tidak terlepas dari permasalahan ini apabila tinggal dirumah sewa

dan jauh dari ahli keluarga. Dengan ruang yang terhad dan kos yang mahal, kami

terikat dengan permasalahan ini. Kadangkala ia juga menjadi faktor lambat kekelas

kerana tudung yang digosok sudah renyuk kerana tiada tempat untuk menyangkut

tudung serta agak sukar untuk mencari warna tudung yang dikhendaki. Oleh itu, ia

memakan masa untuk saya mencari tudung dan menggosoknya. Kami berharap

dengan hasil rekacipta rak tudung yang dilengkapi dengan tempat meletak pin ini

mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pelajar diluarsana.

Page 2: pembinaan kayu

2.7 PENCETUSAN IDEA : BIEY DONE

Senarai pelbagai idea penyelesaian masalah berikutnya:

2.8 PEMILIHAN IDEA TERBAIK : BIEY DONE

Pada mulanya, kami menghadapi masalah dalam memilih idea yang terbaik

atas sebab pencetusan masalah berikut dihadapi oleh kami sendiri. Tambahan lagi, ia

merupakan idea yang datangnya dari setiap ahli kumpulan kami dan sungguh sukar

untuk kami membuat keputusan. Walaubagaimanapun, secara rasionalnya kita sudah

ketahui bahawa rak buku dan rak kasut sudah menjadi lambakan pasaran yang mereka

juga sudah sedia maklum pelajar menghadapi masalah untuk menyusun buku dan rak

kasut dengan kemas, malahan harganya juga sudah semakin murah. Oleh yang

demikian, kami memilih rak tudung serbaguna bagi menyelesaikan masalah ini.

Tujuan kami memilih rak tudung ini kerana rak tudung merupakan sesuatu yang sukar

untuk didapati dipasaran dan rekabentuknya juga tidak menepati kehendak kami

sebagai pengguna selain daripada harganya yang agak mahal untuk kami sebagai

seorang pelajar. Selain itu, kami juga ingin mengelak dari masalah tudung yang

bersepah dan sukar untuk memilih tudung yang terbaik, pin tudung di merata-rata

tempat dan seringkali hilang, barang-barang ini sering kali tidak disusun dalam laci

dan ia juga tidak tampak kemas dengan hanya melipat dan ruang juga terhad.

Rak tudung serbaguna

Rak buku

Rak kasut

SENARAI

IDEA

rak hiasan

rak serbaguna

rak alat tulis

Page 3: pembinaan kayu

Hasil dari pemilikan idea ini besar harapan kami agar kami juga turut dapat

menyelesaikan masalah pelajar atau wanita-wanita bertudung diluarsana yang

menghadapi masalah seperti yang diterangkan diatas. Tambahan pula, kami berhasrat

selepas berjaya merekacipta rekabentuk rak tudung serbaguna ini para pengguna juga

dapat melepasi daripada masalah emosi yang dihadapinya sebelum ini.