pembinaan dan penilaian modul pembelajaran …€¦ · 1.8.4 biologi kbsm 23 ... e huraian sukatan...

29

Upload: lamnguyet

Post on 02-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan
Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan
Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

PEMBINAAN DAN PENILAIAN

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI ENZIM

BAGI MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN EMPAT

NUR SALWANA BINTI FAUZI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Biologi )

Fakulti pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER 2003

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan
Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat insan-insan tersayang dan bermakna dalam hidupku…………

Ayahanda Fauzi Bin Hj. Hussin dan Bonda Siti Norma Bt. Riffin

yang teramat kukasihi dan kusanjungi selalu….

Pengorbananmu tidak ternilai harganya…. Nasihat dan dorongan yang diberikan

menjadikanku lebih tabah dan tenang menghadapi perjuangan ini …

dan mengenalkanku erti sebuah kehidupan.

Restumu ku pohon selalu….

Untuk Adinda-adindaku tersayang……

Nur Bahiyah dan Nur Fasihah yang sentiasa diingatan….

Belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depanmu.

Semoga kejayaan akan menjadi milikmu…

Teristimewa buat insan yang kukasihi…..

Abang Muhammad Huzaini Bin Husain

…Terima Kasih Untuk Segalanya…

Sahabat seperjuangan……

yang sentiasa memberiku semangat dan sama-sama

mengharungi pahit manis hidup ini….

Moga kenangan bersama tetap terpahat dalam lipatan memori

yang indah dalam hidup kita…

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih kerana

dengan rahmat dan limpah kurniaNya memberikan kekuatan dan kemudahan dalam

menyempunakan Projek Sarjana Muda ini.

Setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Prof. Madya. Dr. Hj.

Shaharom Bin Noordin di atas bimbingan, dorongan dan nasihat yang berterusan dan

bermakna yang telah diberikan sepanjang melaksanakan projek ini. Segala jasa baik

dan budi yang dicurahkan akan tetap dikenangi dan dihargai.

Ucapan terima kasih juga di tujukan kepada guru-guru sekolah yang terlibat

kerana sudi meluangkan masa untuk memberi pandangan dan juga berkongsi idea

dalam menjayakan projek ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Semoga Allah merahmati dan membalas jasa kalian semua.

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

v

ABSTRAK

Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan serta penguasaan para pelajar

terhadap pembelajaran, pemilihan dan penggunaan bahan bercetak yang bermutu

adalah merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian. Tujuan kajian

ini adalah untuk membina dan menilai status kesesuaian tiga MPK Biologi KBSM

tingkat empat yang bertajuk Enzim : MPK Pengenalan Kepada Enzim, MPK 2

Penghasilan Enzim dan MPK 3 Aktiviti Enzim yang dibina menggunakan Model

Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Status kesesuaian MPK yang dibina dinilai melalui

penilaian formatif. Seramai 14 orang guru Biologi di sekitar daerah Johor Bahru terlibat

dalam penilaian formatif yang dijalankan iaitu Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil. Penilaian formatif yang dilakukan merentas

satu pemboleh ubah bebas iaitu tempoh mengajar. Satu set soal selidik iaitu Soal

Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) yang dibina oleh

Shaharom (1994), digunakan sebagai alat kajian dan data yang diperolehi dianalisis

secara statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan min. Hasil kajian mengesahkan

MPK Enzim yang dibina adalah sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan

pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan kurikulum dan menekankan penglibatan

pelajar. Di samping itu juga, didapati tidak terdapat perbezaan terhadap status

kesesuaian MPK Enzim merentas tempoh mengajar dalam kedua-dua peringkat

penilaian formatif yang dilakukan. Kesemua MPK masing-masing memberikan status

Sesuai dan Amat Sesuai. Implikasi bagi MPK Enzim yang dibina ini dapat memberi

manfaat kepada para pelajar, para guru, penggubal kurikulum dan institusi pendidikan.

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

vi

ABSTRACT

In order to establish the effectiveness and the command of students towards

learning, the way of choosing and applying printed material are the aspects that should

be given essential attention. The aim of this study, is to design and evaluate the

suitability status of three Self Instruction Module ( SIM ) Form Four KBSM Biology

entitled Enzim: MPK Pengenalan Kepada Enzim, MPK Penghasilan Enzim and MPK

Aktiviti Enzim using the Teras-Cabang Model (Shaharom, 1994). The SIM suitability

status designed was evaluated formatively. 14 teachers in Johor Bahru district were

involved in two levels of formative evaluation, i.e. The One To One Formative

Evaluation and The Small Group Formative Evaluation. The formative evaluation that

were carried out were based on one independent variables i.e. the teaching duration. A

set of questionaires designed by Shaharom (1994), which was called as Soal Selidik

Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri ( MPK ) ( Guru ) was used as an instrument of

study and the data obtained was analysed using the descriptive statistics method in the

form of mean and standard deviation. The results of study found that the SIMs Enzim

designed was suitable as learning and teaching material which would fill the needs of

curriculum and emphasized students involvement. In addition, the results of the

formative evaluation indicated that there was no differences in the SIM suitability

status of MPK Enzim based on teaching duration. The status was Suitable and Very

Suitable in all case of study. Implication of SIM could benefit the students, teachers,

legislator curriculum and also institution of education.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

I PENGENALAN 1

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.1.1 Ketidakseragaman Takrifan 5

1.1.2 Skop Isi Kandungan Yang Tidak 6

Memenuhi Sukatan Pelajaran

1.1.3 Bilangan Judul 7

1.1.4 Maklum Balas 8

1.1.5 Bahasa Melayu Merentas Kurikulum 10

1.2 Pernyataan Masalah 11

1.3 Objektif Kajian 11

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

viii

1.4 Persoalan Kajian 12

1.5 Rangka Kerja Konsep 13

1.6 Kepentingan Kajian 15

1.6.1 Pelajar 15

1.6.2 Guru 17

1.6.3 Penggubal Kurikulum 18

1.6.4 Lembaga Peperiksaan Malaysia 20

1.6.5 Institusi Perguruan 20

1.7 Skop Kajian 21

1.8 Takrifan Istilah 22

1.8.1 Bahan Pembelajaran 22

1.8.2 Bahagian Pemulihan 22

1.8.3 Bahagian Pengayaan 23

1.8.4 Biologi KBSM 23

1.8.5 Kesesuaian 24

1.8.6 Modul Pembelajaran Kendiri 24

1.8.7 Para Guru 25

1.8.8 Pembinaan 25

1.8.8 Penilaian Formatif 26

1.9 Rumusan 26

II SOROTAN PENULISAN 28

2.0 Pendahuluan 28

2.1 Teori-teori pembinaan MPK 28

2.1.1 Model Burns 29

2.1.2 Model Klingstedt 30

2.1.3 Model Eijl 32

2.1.4 Model De Vito 33

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

ix

2.1.5 Model Meyer 35

2.1.6 Model Shaharom 37

2.2 Rasional Penggunaan Model Teras- 45

Cabang Shaharom

2.3 Penilaian Formatif 47

2.3.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu 48

2.3.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 49

2.3.3 Penilaian Formatif Kelompok Percubaan 50

2.4 Kajian Tentang Pembinaan Dan Penilaian MPK 51

Bagi Mata Pelajaran Biologi Di Luar Negara Dan

Di Dalam Negara

2.4.1 Di Luar Negara 51

2.4.2 Di Dalam Negara 57

2.5 Kajian Tentang Pembinaan Dan Penilaian 62

MPK Bagi Bidang-bidang Lain Di Luar Negara

Dan Di Dalam Negara

2.5.1 Di Luar Negara 63

2.5.1.1 Kimia 63

2.5.1.2 Fizik 64

2.5.2 Di Dalam Negara 66

2.5.2.1 Fizik 66

2.5.2.2 Sains 69

2.5.2.3 Vokasional 70

2.6 Rumusan 71

III PENGKAEDAHAN 73

3.0 Pendahuluan 73

3.1 Kandungan MPK 73

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

x

3.2 Subjek Kajian 74

3.3 Tempat Kajian 75

3.4 Alat Kajian 76

3.5 Tatacara Kajian 77

3.5.1 Kajian Tahap Satu 80

3.5.2 Kajian Tahap Dua 82

3.5.3 Kajian Tahap Ketiga 85

3.6 Andaian Kajian 87

3.7 Batasan Kajian 88

3.8 Rumusan 88

VI KEPUTUSAN KAJIAN 90

4.0 Pendahuluan 90

4.1 Hasil Kajian Rintis 92

4.2 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian 92

MPK Oleh Guru Biologi

4.2.1 Persoalan Kajian 1 92

4.2.2 Persoalan Kajian 2 94

4.3 Penilaian Formatif Merentas Tempoh Mengajar 95

4.3.1 Persoalan Kajian 3 95

4.3.2 Persoalan Kajian 4 97

4.4 Rumusan 99

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 101

5.0 Pendahuluan 101

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

xi

5.1 Ringkasan Dan Perbincangan 101

5.2 Kesimpulan 107

5.3 Implikasi 108

5.3.1 Pelajar 108

5.3.2 Guru 109

5.3.3 Pihak Penggubal Kurikulum 110

5.3.4 Pensyarah Dan Bakal Guru 111

5.4 Cadangan 111

5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 112

5.6 Rumusan 113

BIBLIOGRAFI 114

LAMPIRAN 122

A : Soal Selidik Kesesuaian Modul Pembelajaran 112

Kendiri ( MPK ) ( Guru )

B : Pengesahan Bahan Kajian ( MPK ) 128

C : Pengesahan Pakar Bidang 130

D : Jadual Pemeringkatan Kesesuaian 131

MPK Untuk Guru

E : Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132

Empat 2001, PPK (KPM, 2001)

F : Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 137

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK 76

4.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Oleh 93

Guru Biologi Terhadap Kesesuaian MPK

4.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Oleh 94

Guru Biologi Terhadap Kesesuaian MPK

4.3 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu 96

Merentas Tempoh Mengajar

4.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 98

Merentas Tempoh Mengajar

5.1 Analisis PFSS dan PFKK Penyelidik 105

Dengan Pemboleh Ubah Bebas

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep 13

2.1 Model Teras-Cabang Shaharom 39

2.2 Perlaksanaan Proses Pembelajaran MPK 44

3.2 Rangka Kerja Kajian Kesuluruhan 78

( Sumber : Ubahsuai Salohi, 1999 )

3.3 Rangka Kerja Keseluruhan Tahap 79

( Sumber : Shaharom, 1994 )

3.4 Rangka Kerja Kajian Pembinaan MPK 81

( Sumber : Shaharom, 1994 )

3.5 Rangka Kerja Tahap Satu 82

( Sumber : Ubahsuai Salohi, 1999 )

3.6 Rangka Kerja Kajian Rintis 83

( Sumber : Ubahsuai Muhamad Sam, 1999 )

3.7 Rangka Kerja Penilaian Formatif 85

( Sumber : Ubahsuai Salohi, 1999 )

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

xiv

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN

_

X - Min

n - Bilangan Markat

∑ - Jumlah

X1 - Markat Subjek Pertama

Xi - Setiap Markat

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

FPSN - Falsafah Pendidikan Sains Negara

HSP - Huraian Sukatan Pelajaran

JPK - Jadual Pemeringkatan Kesesuaian

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

MPK - Modul Pembelajaran Kendiri

PB - Pembelajaran Bermodul

P & P - Pengajaran dan Pembelajaran

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

SP - Sukatan Pelajaran

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran 122

Kendiri ( MPK ) (Guru )

B Pengesahan Bahan Kajian ( MPK ) 128

C Pengesahan Pakar Bidang 130

D Jadual Pemeringkatan Kesesuaian 131

MPK Untuk Guru

E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132

Empat 2001, PPK (KPM, 2001)

F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 137

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang merupakan suatu

usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu, usaha untuk membina generasi masa depan yang

berpengetahuan, berpemikiran tinggi, kreatif dan berketerampilan haruslah

dilaksanakan dan diterapkan dalam diri para pelajar kerana merekalah yang akan

menyambung hasrat dan cita-cita negara.

Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, semua pihak yang terlibat dalam dunia

pendidikan di negara ini perlulah menggemblengkan tenaga, fikiran dan usaha untuk

memastikan ianya menjadi kenyataan. Ini kerana generasi muda inilah yang akan

meneruskan perjuangan negara dan merealisasikan Wawasan 2020 seperti yang

diimpikan oleh kerajaan.

Untuk memastikan para pelajar dapat mencapai penguasaan pembelajaran yang

maksimum, bahan pembelajaran yang digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P & P) mestilah bersesuaian dan dibina berdasarkan kurikulum yang

telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia juga haruslah

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

2

mempunyai ciri-ciri yang dapat menggerakkan para pelajar untuk terlibat secara aktif

dalam aktiviti pembelajaran yang telah ditetapkan (Rahil, 1997 ).

Bahan P & P yang dikatakan sesuai seharusnya memberi perhatian ke atas aspek

perbezaan individu di kalangan para pelajar. Perbezaan individu yang dimaksudkan

ialah dari segi gaya belajar, perhatian terhadap pembelajaran, latar belakang, nilai dan

motivasi (Shaharom, 1993). Oleh yang demikian, di sinilah pentingnya mutu sesuatu

bahan pembelajaran itu kepada para pelajar. Ini kerana penggunaan bahan

pembelajaran yang terancang serta digunakan dengan berkesan dapat meningkatkan

lagi keberkesanan proses P & P.

Namun begitu, persoalan yang timbul ialah ‘adakah mutu bahan pembelajaran

bercetak yang terdapat di pasaran benar-benar memenuhi keperluan kurikulum KBSM

bagi mata pelajaran Biologi yang melibatkan pelajar dalam proses P & P serta menguji

kemahiran berfikir ?’. Hasil daripada pemerhatian penyelidik, didapati semakin banyak

penerbitan buku-buku rujukan di pasaran yang menyatakan ianya mengandungi fakta-

fakta terkini, bermaklumat, pembelajaran penguasaan, pembelajaran kontekstual, dan

sebagainya. Kesemua ini perlulah diteliti terlebih dahulu sama ada ianya benar-benar

memenuhi keperluan ciri-ciri kurikulum yang ditetapkan. Shaharom (2000 : 2)

menyatakan:

“Penyediaan bahan pembelajaran dan penggunaan kaedah pengajaran yang

bersesuaian, cekap dan berkesan yang menekankan penglibatan para pelajar

dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting demi mengembangkan

potensi individu pelajar dan ia merupakan hasrat murni yang seharusnya diberi

perhatian sewajarnya.”

Berdasarkan petikan di atas, para guru perlulah sedar bahawa setiap pelajar

dalam sesebuah kelas itu adalah berbeza dari segi intelek antara satu sama lain kerana

mereka terdiri daripada latar belakang yang berbeza. Menurut Ee (1997 : 32) :

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

3

“Bahan pelajaran dan pengalaman hendaklah disesuaikan dengan tahap

kebolehan serta minat murid-murid..”

Kajian telah membuktikan bahawa antara faktor yang menyebabkan

pembelajaran di kalangan para pelajar kurang berkesan adalah kerana penggunaan

bahan pembelajaran yang digunakan kurang bersesuaian dan organisasi kandungan

bahan yang dipelajari kurang terancang (Shaharom , 2002).

Pemilihan bahan pengajaran yang menepati kehendak sukatan pelajaran adalah

faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan proses P & P (Zailawati, 1998). Jika

kita perhatikan dalam sesetengah buku rujukan yang terdapat di pasaran, terdapat

beberapa penggunaan istilah dan takrifan yang kurang tepat digunakan. Ini

menyebabkan para pelajar keliru apabila guru memeriksa kertas jawapan mereka

berpandukan skima jawapan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

(LPM).

Kekeliruan juga sering berlaku pada keputusan hasil eksperimen yang terdapat

dalam buku-buku rujukan. Mereka seolah-olah sengaja mengorientasikan fahaman para

pelajar kepada data yang dipersembahkan. Ini secara tidak langsung menyebabkan

fikiran para pelajar tidak berkembang dan mereka hanya sekadar membaca fakta

semata-mata. Keadaan ini akan mendorong mereka belajar dalam keadan pasif serta

kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis tidak dapat dicungkil kerana fikiran mereka

tidak dapat berkembang kepada maklumat luar selain daripada bahan pembelajaran

yang mereka gunakan (Shaharom dan Mohd Tajuddin, 2001).

Oleh yang demikian, bahan pembelajaran yang dibina haruslah memberi

kebebesan kepada para pelajar untuk mencuba dan melibatkan diri secara aktif dalam

proses P & P di samping belajar mengikut kadar kebolehan masing-masing dan

mengulang semula bahan pembelajaran berkenaan apabila objektif pembelajaran tidak

tercapai (Shaharom dan Yap, 1993).

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

4

Justeru, pada pandangan penyelidik pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri

(MPK) yang bersesuaian haruslah dilaksanakan untuk membantu para pelajar dalam

proses pembelajaran. Dengan menggunakan MPK, para pelajar dapat belajar mengikut

tahap kebolehan dan cara masing-masing. Ini secara tidak langsung dapat mengatasi

masalah perbezaan individu di kalangan para pelajar dalam sesuatu kelas. Diharapkan

dengan pembinaan MPK ini, sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam

menjelajahi ilmu Biologi dengan lebih bermakna dan menyeronokkan, seterusnya

dapat merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

1.1 Latar Belakang Masalah

Bahan P & P merupakan faktor asas yang perlu diberi perhatian wajar oleh para

guru untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam proses P & P. Selain dapat

menjelaskan sesuatu konsep, ia juga dapat menarik minat para pelajar untuk belajar

dalam keadaan aktif, terancang dan sistematik . Ini selaras dengan reformasi pendidikan

yang menekankan aspek mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat dan

melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang unggul serta cemerlang (Abu Hassan, 1999).

Lantaran itu, seseorang guru perlulah peka dalam penyediaan bahan pengajaran

yang bermutu untuk para pelajar. Masalah yang timbul ialah bahan pembelajaran yang

digunakan oleh para pelajar itu kurang bermutu dan tidak bersesuaian dengan pelajar

dari beberapa aspek seperti gaya belajar, perhatian terhadap pelajaran, latar belakang,

nilai dan motivasi.

Hasil daripada tinjauan, penyelidik mendapati bahawa bahan-bahan

pembelajaran bercetak yang terdapat di pasaran sekarang adalah kurang memuaskan

dan tidak mengikut ciri-ciri yang diperlukan dalam kurikulum. Ini menyebabkan para

pelajar tidak dapat mencerap ilmu pengetahuan yang mereka pelajari dengan sempurna

dan terbimbing. Faktor-faktor yang menyebabkan bahan-bahan pembelajaran bercetak

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

5

kurang bermutu adalah kerana kelemahan dari segi ketidakseragaman takrifan, skop isi

kandungan yang tidak memenuhi sukatan pelajaran, bilangan judul yang kurang,

maklum balas dan penggunaan Bahasa Melayu merentasi kurikulum.

1.1.1 Ketidakseragaman Takrifan

Penggunaan takrifan yang tidak seragam dalam banyak buku-buku rujukan di

pasaran seringkali membuatkan para pelajar keliru terhadap sesuatu isi pelajaran yang

disampaikan dan mereka tidak dapat mengenal pasti kesahihan terhadap sesuatu

takrifan. Jika diperhatikan dalam buku-buku rujukan Biologi di pasaran, terdapat

pelbagai takrifan diberikan untuk menyatakan sesuatu maksud.

Sebagai contoh, dalam buku rujukan Biologi Tingkatan Empat; 1001 Soalan

Topikal, terbitan Sistem Publication ( Paraminder, 2002 ), takrifan untuk enzim

diberikan sebagai “mangkin organik yang terbina daripada protein dan

mempercepatkan kadar tindak balas kimia dalam organisma.” Begitu juga dalam buku

teks Biologi Tingkatan Empat terbitan Pelangi Sdn. Bhd. ( Choo dan lain-lain, 2001 ),

yang mentakrifkan enzim sebagai “molekul protein yang bertindak sebagai mangkin

organik untuk mempercepatkan tindak balas biokimia.” Takrifan yang berbeza-beza

dan tidak lengkap ini akan menyebabkan para pelajar keliru dan mereka juga kurang

yakin terhadap kefahaman sendiri. Sedangkan takrifan yang sebenar bagi enzim adalah

“ bahan protein yang dihasilkan oleh sel hidup dan berfungsi sebagai mangkin dalam

mempercepatkan kadar tindak balas biokimia dalam sel.”

Sekiranya para pelajar tidak dapat mengenal pasti dan mengetahui takrifan yang

tepat, mereka akan menghadapi masalah apabila menjawab soalan peperiksaan kelak.

Apa yang paling membimbangkan ialah kemungkinan juga mereka tidak dapat

memahami konsep sebenar yang ingin disampaikan terhadap sesuatu isi pelajaran. Jika

Page 23: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

6

keadaan ini berlaku, hasil pembelajaran yang diharapkan tidak dapat dicapai dan para

pelajar juga tidak dapat menguasai sesuatu isi pelajaran yang disampaikan dengan baik.

1.1.2 Skop Isi Kandungan Yang Tidak Memenuhi Sukatan Pelajaran

Kurikulum Biologi adalah bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang

mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam bidang Biologi dan mampu

mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang tersebut dalam membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.

Untuk itu, isi kandungan sesuatu isi pelajaran yang disampaikan kepada para

pelajar mestilah memenuhi keperluan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Dewasa

ini terdapat banyak sekali buku-buku rujukan yang mempunyai skop isi kandungan

yang tidak memenuhi sukatan pelajaran. Sekiranya keadaan ini tidak diambil perhatian

wajar khususnya kepada warga pendidik, bagaimanakah matlamat untuk menghasilkan

suatu pembelajaran yang berkesan akan tercapai.

Jika dilihat dari segi skop isi kandungan yang terdapat dalam buku teks dan

buku-buku rujukan di pasaran, terdapat sesetengah daripadanya yang

mempersembahkan skop isi kandungan yang kurang daripada apa yang ditetapkan

dalam sukatan pelajaran. Sebagai contoh, dalam buku teks Biologi Tingkatan Empat

terbitan Pelangi Sdn. Bhd. (Choo dan lain-lain, 2001 ), isi kandungan mengenai

Keperluan Enzim Dalam Proses Hidup sebagai aras pertama dalam tajuk enzim tidak

dinyatakan dengan tepat. Sebaliknya apa yang dinyatakan ialah maksud bagi

metabolisma.

Jika dilihat dari sudut psikologi, sepatutnya sebelum memperkenalkan sesuatu

tajuk yang belum pernah para pelajar pelajari, ia tidak seharusnya diperkenalkan

dengan sesuatu istilah yang sukar atau pengetahuan aras tinggi. Keadaan ini akan

Page 24: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

7

memberi motivasi yang negetif kepada para pelajar dan menyebabkan mereka kurang

keinginan untuk terus mempelajari sesuatu isi pelajaran. Jika keadaan berlaku, usaha

untuk meningkatkan penguasaan para pelajar terhadap pembelajaran agak sukar untuk

dicapai kerana isi kandungan yang disampaikan tidak memenuhi apa yang ditetapkan

oleh sukatan pelajaran.

1.1.3 Bilangan Judul

Daripada tinjauan penyelidik ke atas 10 orang pelajar, didapati kebanyakan

daripada mereka menggunakan hanya satu atau dua jenis buku rujukan sahaja selain

daripada buku teks. Ini disebabkan oleh kurangnya bilangan bahan pembelajaran

bercetak yang dapat mereka perolehi terutamanya bagi mata pelajaran Biologi. Apabila

situasi seperti ini terjadi, pemikiran para pelajar tidak meluas kepada maklumat lain

yang terkini dan bersesuaian dengan tahap kognitif mereka. Para pelajar juga akan

kurang berminat untuk mendalami sesuatu mata pelajaran itu dengan penuh

kesungguhan dan mendalam.

Apa yang menjadi masalah kepada para pelajar kita sekarang ialah mereka tidak

mempunyai bahan rujukan yang pelbagai. Jika diperhatikan suasana pengajaran di

sekolah, para guru nampaknya lebih sibuk untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan

mereka tidak mempunyai masa untuk mengembang atau mencari bahan-bahan rujukan

yang bermutu dan terancang untuk para pelajarnya. Memang tidak dapat dinafikan,

faktor kesuntukan masa dan bebanan kerja yang semakin bertambah mendorong para

guru untuk hanya menggunakan bahan pembelajaran yang sedia ada dan mudah

diperolehi. Jika diamati secara mendalam, perlukah keadaan ini berterusan dalam

proses mengembangkan ilmu pengetahuan kepada para pelajar ?

Hasil daripada tinjauan, penyelidik mendapati iklim di sekolah sekarang

banyak menekankan objektif pembelajaran yang berpusat kepada peperiksaan. Kesan

Page 25: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

8

yang dapat dilihat ialah para guru lebih cenderung dan tergesa-gesa untuk

menghabiskan sukatan pelajaran dalam jangkamasa yang ditetapkan tanpa mengambil

kira setakat mana tahap penguasaan para pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.

Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung para guru telah mengabaikan aspek

penyediaan bahan pembelajaran yang bermutu dan pelbagai untuk para pelajar.

Menurut Kamaruddin dan Kamarul (1994 :102) :

“Dalam pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM, bahan dan aktiviti

diutamakan. Oleh itu, guru yang berkesan perlu memahami konsep, prinsip dan

tujuan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan bahan-

bahan pelajaran dan aktivitinya.”

Oleh yang demikian, salah satu cara untuk mengatasi masalah ini dan

membantu para guru ialah dengan membina Modul Pembelajaran Kendiri (MPK).

Dengan adanya MPK dalam bentuk pakej Pembelajaran Bermodul (PB) ini, para

pelajar dapat menggunakannya dalam proses pembelajaran yang terancang dan

bersepadu di samping mempelbagaikan bahan pembelajaran sedia ada serta menjadikan

para pelajar lebih berfikiran kritikal.

1.1.4 Maklum Balas

Seperti yang kita sedia maklum, bahan pembelajaran sedia ada contohnya

seperti buku teks yang digunakan oleh para pelajar masih lagi memerlukan bantuan

para guru untuk mereka mendapatkan penjelasan atau perincian lanjut. Keadaan ini

sememangnya menimbulkan masalah kepada para pelajar apabila mereka membuat

ulangkaji di rumah ataupun apabila ketiadaan guru.

Page 26: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

9

Dalam konteks pendidikan sekarang, didapati bahawa para pelajar tidak mampu

untuk berdikari dalam mendapatkan maklum balas terhadap pelajaran yang

dipelajarinya tanpa kehadiran guru. Menurut Ee (1999 : 248) :

“Guru juga perlu menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi

aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Isi-isi penting diulangi,

kesalahan murid-murid dibetulkan dan punca kesalahan ditunjukkan. Dalam

setiap tugas tersebut, guru memberikan perhatian dan pertolongan kepada

murid-murid secara individu atau juga berkumpulan.”

Berdasarkan petikan di atas, telah jelas kepada kita bahawa maklum balas

daripada guru amatlah penting dalam proses P & P. Oleh yang demikian salah satu

cara untuk mengatasi masalah ketiadaan maklum balas daripada guru semasa para

pelajar membuat ulangkaji di rumah atau di luar waktu persekolahan ialah dengan

menggunakan MPK. Dengan adanya MPK ini, para pelajar tidak lagi mempunyai

masalah untuk mendapatkan maklum balas dan bimbingan semasa mereka membuat

aktiviti ulangkaji sendiri sewaktu ketiadaan guru. Ini kerana dalam pembinaan MPK ini

penyelidik telah mengambil kira aspek-aspek penting dalam pengajaran yang sistematik

untuk membimbing para pelajar dalam menguasai dan menerokai ilmu Biologi dengan

penuh keyakinan. Menurut Shaharom (2000 : 10 ) :

“Modul Pengajaran Kendiri (MPK) biasanya mempunyai unsur-unsur

penilaian di tempat-tempat yang strategik dan juga di akhir sesuatu MPK

berkenaan. Ini membolehkan para pelajar mencuba ujian-ujian yang

disediakan itu dan pada masa yang sama mereka akan mendapat maklum balas

yang segera dan berterusan tentang tahap pencapaian dan kefahaman

mereka.”

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan di sini bahawa penggunaan MPK

dalam pembelajaran adalah amat berguna untuk para pelajar dalam membuat ulangkaji

pada bila-bila masa sahaja. Dengan adanya MPK ini, para pelajar dapat mengenal pasti

Page 27: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

10

kelebihan serta kelemahan mereka dan mereka juga bolehlah mempelajari semula

bahan pembelajaran berkenaan menerusi aktiviti-aktiviti yang disediakan.

1.1.5 Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum

Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan perlu

dimantapkan supaya ia mampu menjadi bahasa ilmu dan bahasa perhubungan yang

berkesan bagi semua peringkat ( Abu Hassan , 1999 ). Justeru, penggunaan bahasa

Melayu yang bermutu dan berkesan dalam P & P perlulah diberi perhatian wajar.

Namun begitu, perkara yang menjadi masalah kepada para pelajar kita hari ini

ialah kurangnya bahan-bahan rujukan yang dapat mereka perolehi dalam bahasa

Melayu terutama sekali bagi mata pelajaran Biologi. Ini menyebabkan para pelajar

yang lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris akan terus ketinggalan. Secara tidak

langsung keadaan ini akan membantutkan minat mereka untuk terus mendalami bidang

Biologi dengan lebih bermakna dan meyeluruh. Menurut Ee (1999 : 131) :

“Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah

perlu diperkukuhkan lagi dengan penekanan yang baik, tertib dan jitu. Ini

dilakukan melalui sterategi bahasa Melayu Merentasi Kurikulum.”

Seperti yang kita ketahui, Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum merupakan satu

lagi penekanan dalam KBSM. Ini bermakna penguasaan bahasa bukan sahaja

diperolehi melalui pengajaran Bahasa Melayu semata-mata tetapi dapat dikuasai

melalui semua mata pelajaran (Ee,1997).

Di atas kesedaran ini, penyelidik rasa bertanggungjawab untuk memartabatkan

bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan membina MPK. Semoga para pelajar

Page 28: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

11

mendapat manfaat daripadanya dan dalam masa yang sama kedudukan bahasa Melayu

sebagai bahasa ilmu dapat diperkukuhkan.

1.2 Pernyataan Masalah

Dalam konteks kajian yang dilaksanakan, penyelidik ingin mengetahui sejauh

manakah kesesuaian tiga MPK Enzim yang dibina bagi mata pelajaran Biologi untuk

digunakan sebagai bahan P & P oleh para pelajar tingkatan empat aliran sains menerusi

penilaian formatif yang dilakukan ke atas guru mata pelajaran Biologi.

1.3 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian ini ialah:

1. Membina tiga MPK Enzim bagi mata pelajaran Biologi tingkatan empat

berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Biologi KBSM Tingkatan Empat 2001,

PPK, (KPM, 2001) dengan menggunakan model Teras-Cabang Shaharom

(1994). Ketiga-tiga MPK Enzim tersebut ialah:

MPK 1 : Pengenalan Kepada Enzim.

MPK 2 : Penghasilan Enzim.

MPK 3 : Aktiviti Enzim

2. Menilai status kesesuaian ke atas tiga MPK Enzim yang dibina sama ada MPK

tersebut memenuhi keperluan sukatan pelajaran dan memberi penekanan ke atas

penglibatan pelajar secara aktif di dalam pembelajaran.

Page 29: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN …€¦ · 1.8.4 Biologi KBSM 23 ... E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132 Empat 2001, PPK (KPM, 2001) F Surat Kebenaran Menjalankan

12

3. Mengenal pasti status kesesuaian ke atas tiga MPK Enzim merentas tempoh

mengajar oleh guru mata pelajaran Biologi.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini diharapkan empat persoalan kajian dapat dijawab:

1. Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru Biologi

terhadap MPK Enzim (Pengenalan Kepada Enzim, Penghasilan Enzim dan

Aktiviti Enzim) menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai bahan P & P bagi

mata pelajaran Biologi tingkatan empat ?

2. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru Biologi terhadap

MPK Enzim (Pengenalan Kepada Enzim, Penghasilan Enzim dan Aktiviti

Enzim) menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai bahan P & P bagi mata

pelajaran Biologi tingkatan empat ?

3. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Enzim (Pengenalan Kepada

Enzim, Penghasilan Enzim dan Aktiviti Enzim) dalam penilaian Formatif Satu

Dengan Satu (PFSS) oleh guru Biologi merentas tempoh mengajar ?

4. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Enzim (Pengenalan Kepada

Enzim, Penghasilan Enzim dan Aktiviti Enzim) dalam Penilaian Formatif

Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru Biologi merentas tempoh mengajar ?