pembetulan big3

Upload: hieng-han-lau

Post on 06-Oct-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Ahli Jawatankuasa :Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Moral : Cathrine Bong Pengerusi Jawatankuasa Peralatan : Yii Tiew SengPengerusi Jawatankuasa Makanan : Luk Teck LingPengerusi Jawatankuasa Aktiviti : Luk Teck LingPengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan : Cathrine Bong Pengerusi Kebersihan (Tapak & Dewan) : Luk Teck Ling Cathrine BongPengerusi Jawatankuasa Cendarahati : Yii Tiew Seng

1. Ucapan Aluan Pengerusi:

1.1 Luk Teck Ling mengucapkan terima kasih terhadap kepercayaan ahli kumpulan kerana memilih beliau sebagai pengerusi.1.2 Beliau berjanji akan memberi komitmen yang baik dan mengharapkan kerjasama daripada semua pihak.1.3 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru dari SJKC Methodist kerana sudi membantu.

2. Perbincangan Aktiviti Program:

2.1 Luk Teck Ling membuat keputusan (selepas berbincang dengan guru besar) dengan memilih dua kawasan bawah tangga,blok B untuk dijadikan tempat membaca buku cerita bagi semua murid di SJKC Methodist pada masa rehat dan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran2.2 Dua tempat dihias dan dijadikan sudut membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .Pengurusan tempat tersebut dipelihara dan dijaga sepanjang masa dengan bantuan panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.2.3 Satu aktiviti tambahan dalam program ini ialah membersihkan dan menceriakan dewan kantin .

16akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).Bina Insan Guru ini sebenarnya dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru untuk membentuk guru yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai ketahanan yang tinggi dalam menghadapi apa jua halangan yang dihadapi setelah menjadi pendidik sebenar kelak. Kerjaya sebagai guru boleh dianggap suatu bidang yang mencabar dalam mendidik anak-anak bangsa dan pelapis negara. Matlamat Bina Insan Guru ini dilaksanakan adalah untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang tinggi, kukuh, berketrampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Ia juga mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah dan berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru. Selain itu, program ini juga mampu melahirkan insan yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sentiasa berubah-ubah.Di samping itu, program ini merupakan salah satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai profesyen keguruan. Melalui tujuan program Bina Insan Guru ini maka konsep modal insan diberi penekanan yang serius sejajar dengan perancangan negara untuk menjadi negara maju dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan sendiri dan memenuhi hasrat Wawasan 2020. Program ini menetapkan sasaran iaitu untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta mempunyai aura 7keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. BIG Peringkat III bertujuan untuk memberi peluang kepada guru PPG melaksanakan satu aktiviti yang diakhirnya dapat mencungkil pengalaman pelajar sekolah mereka dalam menanam nilai-nilai positif seperti kebertanggungjawaban, amanah, menyayangi dan sebagainya. Guru PPG akan merancang, melaksana dan menguruskan satu aktiviti yang berlandaskan kepada sikap kepunyaan dalam kalangan pelajar sekolah. Pelajar diberikan satu kawasan angkat mereka dan menjadi satu tarikan atau mercu tanda di sekolah. Sikap kepunyaan terhadap kawasan angkat tersebut akan terserlah di fasa pengurusan dan penjagaan kawasan tersebut pada sepanjang masa.

ObjektifProgram Bina Insan Guru (BIG) Peringkat III mempunyai objektif yang dipegang untuk dicapai. Terdapat sembilan objektif yang disenaraikan bagi program ini dimana melalui program ini pelajar dapat:-1.0 Merancang dan menyusun strategi pengalaman dengan mengambil kira faktor tertentu untuk melaksanakan sesuatu tugasan secara kritis, kreatif dan inovatif untuk melaksanakan sesuatu tugasan.2.0 Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan sebagai contoh yang baik.3.0 Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan.4.0 Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.5.0 Berkomunikasi dengan pelbagai cara secara efektif.6.0 Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan.7.0 Menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi berasas untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.88.0 Menggunakan pertimbangan sendiri.9.0 Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjalankan idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan.

Objektif-objektif yang disenaraikan di atas perlu dicapai melalui aktiviti program yang telah dirancangkan bagi melahirkan guru-guru yang mantap dari aspek akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan serta mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi. Pengisian slot ceramah yang dijalankan turut berfokus kepada objektif-objektif yang perlu dicapai oleh para peserta yang terlibat di dalam program ini.

Tarikh Pelaksanaan: Tarikh: 19 JULAI 2014Hari: Sabtu

Tempat Pelaksanaan:

Tempat :SJKC METHODIST, SIBU

9