pembentangan sistem penjana solar

5
PENJANAAN SOLAR TENAGA PHOTOVOLTAIC IALAH PENUKARAN TENAGA DARI CAHAYA MATAHARI K BEKALAN ELEKTRIK MELALUI PHOTOVOLTAIC (PVs),KEBIASAANNYA DIPANGG SEBAGAI SEL SURIA.

Upload: yusnezawati-azizan

Post on 05-Dec-2014

153 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentangan Sistem Penjana Solar

PENJANAAN SOLAR

TENAGA PHOTOVOLTAIC IALAH PENUKARAN TENAGA DARI CAHAYA MATAHARI KE BEKALAN ELEKTRIK MELALUI PHOTOVOLTAIC (PVs),KEBIASAANNYA DIPANGGILSEBAGAI SEL SURIA.

Page 2: Pembentangan Sistem Penjana Solar

Penggunaan tenaga solar amat terhad di negara kita. Penggunaan solar yang utama adalah sistem pemanasan air bersolar di hotel-hotel, industri kecil makanan dan minuman serta di rumah-rumah golongan kelas pertengahan atas. Adalah dianggarkan tidak kurang daripada 10,000 unit sistem air panas domestik telah dipasang setakat ini.Satu pertiga daripada jumlah peruntukan kerajaan yang bernilai RM469 juta bagi program-program pengelektrikan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh telah diperuntukkan bagi tujuan pemasangan kuasa solar untuk kegunaan penduduk di kawasan luar bandar mahupun pedalaman.Sebuah projek yang diberi nama '100kWp Demonstration Photovoltaic Project' telah dilaksanakan atas inisiatif Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dengan Kerajaan Jepun yang diwakili oleh NEDA di Marak, Sabah. Projek ini telahpun siap pada tahun 1995. Projek ini telah menjadi permulaan bagi pemindahan teknologi yang lebih cekap dan berkesan dalam aspek penjanaan kuasa PV.TNB Research Sdn Bhd sedang menjalankan sebuah projek penyelidikan tentang 'Photovoltaic Grid Connected Roof Solar 3kW'. Ia dibiayai tabung amanah tersebut (RM500,000).Selain itu, terdapat sebuah projek demonstrasi 'Hybrid Diesel Solar PV' oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia yang juga dibiayai tabung amanah tersebut (RM472,000).

Dimanakah Sistem penjana solar digunakan

Page 3: Pembentangan Sistem Penjana Solar

Para saintis telah lama mencari sumber tenaga alternatif yang boleh membekalkan elektrik pada kadar yang lebih murah dan tidak menjejaskan alam sekitar. Sumber tenaga pada masa ini adalah yang tidak boleh diperbaharui dan ia menjejaskan atmosfera bumi kerana gas berbahaya yang dilepaskan apabila sumber-sumber ini dibakar. Semasa carian ini, saintis telah menemui bahawa tenaga solar adalah bekalan yang tidak pernah berakhir dan boleh digunakan untuk menerangi rumah dan bangunan.

Kendalian

Page 4: Pembentangan Sistem Penjana Solar

Tenaga solar adalah berpecah dan malap, maka sebuah syarikat perlu memasang panel solar yang besar untuk mengumpul sejumlah besar tenaga yang berfungsi mengikut keperluan pepasangan. Bagaimanapun panel solar yang besar perlu diagihkan ke seluruh kawasan yang besar untuk menjana elektrik bagi keperluan yang lebih besar. Secara puratanya sebuah panel solar untuk sebuah rumah boleh boleh dipasang di atas bumbung atau di tepi dinding.

Page 5: Pembentangan Sistem Penjana Solar

CONTOH PENJANAAN STESEN PENJANA SOLAR