mengenal adobe photoshopp
DESCRIPTION
JJJJTRANSCRIPT
Photoshop ialah produk perisian penyunting imej yang boleh digunakan untuk
memperelok foto dan lukisan dengan menambah dan mengurus warna pada imej grafik.
Photoshop didatangkan dengan pelbagai fungsi bagi memudahkan pengguna untuk
memilih, melukis, dan menyunting imej. Antara peralatan yang disediakan di dalam
photoshop ialah seperti multiple undo, pengurusan warna dan pengurusan layer.
Kemudahan Photoshop
Toolbox
Toolbox disediakan bagi membolehkan anda memilih pelbagai fungsi seperti alat
pemadam, alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan
warna, membuat mask, menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan-kemudahan
ini digabungkan dengan Brushes iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk
mengesan dan mengubah sesuatu imej secara digital
.
Rajah 1: Alat Toolbox
Palettes
Tiga jenis palettes yang biasa digunakan iaitu:
Layers
Kemudahan Layers telah menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang
berkuasa berbanding perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers
sebagai kepingan-kepingan garam asid yang bertindih satu sama lain. Jika tidak
terdapat apa-apa imej pada layer atas, anda boleh menyelak layer di bawahnya. Di
bahagian bawah sekali adalah lapisan bagi latar belakang imej atau background.
Background adalah lapisan yang dilindungi dimana filter dan effects tidak boleh
digunakan pada lapisan ini.
Rajah 2: Layers
History
History ialah papan yang mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imej
anda. Ini membolehkan anda bekerja pada imej-imej yang asli tanpa perlu membuka fail
yang baru, hanya klik pada history. Jika anda telah melakukan kesilapan semasa
proses menyunting, anda boleh memilih imej asli iaitu imej asal tanpa perlu risau jika
anda kehilangan punca semasa proses suntingan dilakukan.
Rajah 3: History
Kegunaan Photoshop
Terlalu banyak kegunaan adobe photoshop untuk ditunjukkan di sini. Secara umumnya
anda boleh melakukan apa saja ke atas imej anda menggunakan Photoshop seperti
membersihkan kotoran pada foto lama, memotong (crop) bahagian-bahagian tertentu,
mengecilkan saiz gambar, menghasilkan efek tertentu dan pelbagai kegunaan lain.
Saya lebih gemar untuk menunjukkan beberapa hasil penggunaan perisian Photoshop
yang telah ditunjukkan oleh beberapa pengguna dari forum putera.com.
Foto lama diperbaharui
Menambah rambut
Membotakkan kepala
Dan banyak lagi kegunaan untuk disenaraikan di sini.
Kelebihan Photoshop
Kelebihan Adobe Photoshop terletak pada filter dimana anda boleh menggunakan filter
yang sedia ada untuk menghasilkan efek-efek tertentu pada imej dan gambar. Anda
boleh memasang filter plug-in yang dibangunkan oleh pembangun perisian lain. Sebaik
sahaja dipasang, filter baru akan dipaparkan di bahagian menu Filter bersama-sama
dengan filter sedia ada. Jika anda berminat untuk menghasilkan modul plug-in sendiri,
anda boleh lakukannya dengan menghubungi Adobe Systems Developer Support.
Selain filter, kemudahan layer disediakan untuk melakukan banyak tugas seperti
membentuk, menyembunyi, mempamer, menyalin dan membuang layer.
Membuat sensor pada gambar
Dalam tutorial Photoshop kali ini saya akan tunjukkan cara-cara membuat imej sensor
(censored image). Teknik yang akan saya gunakan ialah mosaic blur.
1) Dalam Photoshop, buka imej yang diinginkan. Saya akan gunakan foto di bawah
berikut:
2) Pilih alat Elliptical Marquee Tool (Lihat Rajah 2)
Gambarajah 2
2) Dengan Elliptical Marquee Tool, buat pilihan pada wajah dalam foto. (Lihat Rajah 3)
Gambarajah 3
4) Klik kanan pada imej dan pilih Feather. Tetapkan parameter Feather Radius. (Lihat
Rajah 4)
Gambarajah 4
5) Sekarang, pergi ke menu Filter -> Pixelate -> Mosaic (Lihat Rajah 5) dan tetapkan
nilai parameter bagi mosaic. (Lihat Rajah 6)
Gambarajah 5
Gambarajah 6
Lihat hasil efek sensor pada foto. Teknik ini boleh digunakan untuk tujuan sensor dan
penapisan gambar:
Foto kredit kepada zafrulismail
Membentuk kecerunanan warna
Apa itu kecerunan Warna?
Kecerunan warna ialah peralihan dari satu warna kepada warna yang lain. Anda boleh
menghasilkan kecerunan warna melalui perisian Photoshop menggunakan Gradient
Tool.
Untuk tutorial ini, saya gunakan imej di bawah berikut:
Masukkan imej di atas ke dalam perisian Photoshop. Kemudian pilih Gradient Tool dari
Tool anda (Lihat Rajah 1):
Rajah 1: Gradient Tool
Langkah seterusnya ialah dengan memilih warna putih untuk Foreground dan warna
hitam untuk Background. Pilihan ini juga terdapat di bahagian Tool (Lihat Rajah 3)
Rajah 3: Warna Foreground dan background
Untuk menghasilkan kecerunan, klik Linear Gradient dan pilih Foreground to
Transparent (Lihat Rajah 4).
Rajah 4: Linear Gradient
Kemudian buat kecerunan lurus pada gambar. Caranya ialah dengan meletakkan
tetikus pada bahagian hujung gambar, dan buat satu garisan lurus ke bahagian tengah
gambar. (Lihat Rajah 5)
Hasilnya:
Efek yang anda dapat lihat ini dipanggil sebagai efek kecerunan (Gradient Effect).
Dengan efek ini, anda boleh menghasilkan pelbagai jenis brosur, flyers, bunting, poster
dan lain-lain bahan penerbitan dengan mencantumkan dua jenis gambar dan membuat
pertindihan imej secara digital seperti yang dapat anda lihat pada contoh di bawah.
Saya memasukkan teks "menjana pertumbuhan ekonomi" dan juga teks "Pertanian
adalah perniagaan" di atas layer baru dan disusuli dengan sebuah logo Koridor Utara.
Selamat Mencuba!
Mengubah dan membesarkan mata
Tutorial ini akan menunjukkan cara bagaimana untuk membesarkan mata seseorang
menggunakan Adobe Photoshop. Saya ambil contoh foto Fazura berikut:
1) Pilih bahagian mata sebelah kanan menggunakan "Rectangular Marquee", klik kanan
dan pilih "Layer via Copy". Lihat Rajah 1
Rajah 1
2) Satu layer baru akan dihasilkan dalam Layers. Lihat rajah 2
Rajah 2
4) Pilih layer "mata kanan" dan tekan kekunci CTRL + T
5) Dalam "Options", tekan butang "Maintain Aspect Ratio", kemudian naikkan saiz
kelebaran (width) kepada 120%. Lihat Rajah 3
Rajah 3
* Ulang langkah 1 hingga 5 untuk mata sebelah kiri.
Membersihkan Bahagian Mata
Selepas selesai membesarkan saiz kedua-dua bahagian mata, sekarang anda perlu
membersihkan sudut-sudut di bahagian matanya pula.
Untuk membersihkan sudut-sudut di bahagian mata, gunakan "Eraser Tool". Caranya
ialah dengan memilih layer "mata kanan" dan padamkan sudut-sudut lebihan di
sekitarnya menggunakan "Eraser Tool". Ulang cara yang sama untuk layer "mata kiri".
Lihat Hasilnya:
Halaman Berkaitan
Cara mewarna rambut
Membuat border gambar
Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk membuat border gambar dalam
Photoshop. Untuk tutorial ini, saya akan gunakan teknik stroke.
Gambar asal.
1) Masukkan / Salin gambar di atas ke dalam Adobe Photoshop
3) Pilih keseluruhan kawasan gambar dengan menekan (Ctrl + A)
4) Pilih menu Edit -> Stroke
Gambarajah: Stroke
4) Masukkan nilai lebar (width). Semakin tinggi nilai, semakin tebal border anda. Pilih
warna border jika perlu.
5) Klik OK
Hasil
Lukisan cat air
Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan gambar foto yang
mempunyai kesan cat air. Sekeping foto beresolusi tinggi diperlukan untuk kerja-kerja
ini. Untuk tutorial ini saya akan menggunakan foto Kumpulan Ratu berikut:
Imej di atas dipilih kerana ia fokus dan jelas memudahkan saya untuk menghasilkan
apa sahaja efek yang difikirkan. Jadi saya tidak perlu lagi untuk zoom dan memotong
bahagian tertentu.
Mula-mula sekali buat pendua layer (duplicate layer) terhadap imej (Lihat Rajah 2)
Rajah 2
Pada layer baru, pilih menu Filter -> Artistic -> Cutout dan pilih level seperti yang tertera
pada Rajah di bawah ini dan klik OK
Pada Layer yang sama, Create New Fill dan pilih Gradient (Lihat Rajah 3).
Rajah 3
Satu dialog Gradient Fill akan dipaparkan dan pilih jenis Gradient Transparent Rainbow
dan klik OK. Sekarang satu Layer baru akan tercipta. Buat pilihan Overlay pada layer
tersebut. (Lihat Rajah 4).
Rajah 4
Sekarang ciptakan satu Layer baru Create a new layer (Lihat Rajah 5)
Rajah 5
Pilih Smudge Tool pada Toolbox dan pilih jenis berus seperti yang tertera dengan saiz
36. Pastikan memilih mode Normal dan tandakan pada Use All Layers (Lihat Rajah 6)
Rajah 6
Gunakan Smudge Tool pada layer ini dengan mencomotkan pada bahagian sekeliling.
Sekarang gunakan Brightness / Contrast dan selaraskan supaya kesan Smudge dapat
kelihatan dengan jelas. (Lihat Rajah 7)
Rajah 7
Hasilnya seperti yang dapat anda lihat pada rajah di atas, sebuah imej dengan kesan-
kesan cat air.
cara mewarnakan rambut
Jika anda ingin menukar warna rambut, anda boleh menggunakan cara berikut.
Dapatkan gambar yang sesuai. Bagi contoh ini saya menggunakan gambar superhero
ini.
1. Lihat pada layer palette. Klik pada icon 'Create a new fill or adjustment layer' dan pilih
Hue/Saturation.
2. Pop up hue/saturan akan keluar.
3. Tanda atau tick pada colorize.
4. Gerakkan slider Hue, Saturation dan Lightness sehingga anda mendapat warna yang
dikehendaki. Tidak mengapa jika keseluruhan warna gambar bertukar. Anda hanya
perlu dapatkan warna rambut yang diingini.
5. Jika berpuas hati dengan warna yang dipilih, klik OK.
6. Pastikan layer Hue/Saturation 1 di pilih.
7. Lihat pada tools dan pastikan foreground adalah hitam. klik Paint Bucket Tool (G)
dan warnakan keseluruhan layer Hue/Saturation 1 dengan warna hitam. (Jika
background color adalah hitam anda boleh tekan Ctrl+backspace).
8. Warna layer Hue/Saturation 1 bertukar dan warna gambar kembali pada warna asal.
9. Sekarang kita akan mewarnakan rambut dengan Brush Tool (B).
10. Pastikan fore ground berwarna putih dan pilih saiz berus yang sesuai.
11. Mulakan mewarna pada layer Hue/Saturation 1.
Warna pada bahagian rambut sahaja. Gunakan saiz berus yang lebih kecil pada
hujung rambut.
12. Anda berjaya menukar warna rambut pada subjek anda!
Halaman Berkaitan
Mengubah dan membesarkan mata
Jika anda bekerja dengan banyak layer, mungkin akan menyebabkan kesukaran untuk
mencari layer yang dikehendaki. Oleh itu dengan menggunakan Layer Set kerja anda
menjadi lebih efektif.
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat 'Layer Set'. Saya gunakan fail Fish.psd
(folder samples Adobe Photoshop CS).
1. Lihat layer palette. Ada beberapa layer dalam kumpulan yang sama yang boleh kita
satukan.
2. Klik pada 3 segi di hujung kiri pallete dan pilih 'New Layer Set'.
3. Pop up 'New Layer Set' keluar.
4. Tukarkan nama set yang bersesuaian. Sebagai contoh saya namakan 'bubbles'.
Anda mempunyai pilihan untuk menukar warna layer set.
5. Set bubles telah terhasil. Anda boleh drag-and-drop layer-layer yang berkaitan dalam
set tersebut.
6. Selepas selesai, anda boleh hasilkan set seterusnya dengan menggunakan langkah
2 hingga 4.
7. 'Layer Set' ini boleh ditutup untuk menjadikan layer lebih kemas.
8. Anda juga boleh terus hasilkan 'layer set' menggunakan icon layer set (berbentuk
folder) di bahagian bawah palette.
9. Cara lain untuk menghasilkan layer set ialah dengan menghasilkan link pada layer-
layer yang berkaitan. Kemudian klik pada 3 segi dihujung kanan palette dan pilih 'New
Set From Linked...'
10. Anda berjaya menghasilkan layer set dan menguruskan layer-layer dengan baik!
save preset
Jika anda selalu design artwork yang mempunyai saiz yang sama, anda boleh gunakan
fungsi 'save preset'. Ini akan menjimatkan masa anda kerana saiz telah ditetapkan dan
anda hanya perlu pilih dari menu File -> New.
Berikut adalah langkah-langkah untuk 'Save Preset'
1. Buka fail baru.
2. Pop up 'New' keluar dan anda masukkan saiz yang diingini. Contohnya saya
tetapkan saiz 18 cm x 25 cm dan resolusi 300.
3. Kemudian klik pada 'Save Preset'
4. Pop up 'New document Preset' keluar. Tukarkan Preset Name kepada nama yang
sesuai. Contoh di sini saya letakkan nama 'card'. Kemudian klik OK
5. Sekarang preset baru yang dinamakan 'card' ada dalam senarai Preset. Anda boleh
gunakannya untuk rekaan seterusnya.
Menghasilkan efek hitam putih dan bewarna
Kali ini saya akan menunjukkan Tips efek dengan mencampuraduk bahagian berwarna
dan hitam putih. Ini sangat mudah bagi mereka yang telah mahir dengan perisian
Photoshop.
Ini adalah asas tutorial bagaimana untuk menghasilkan warna imej warna campuran
hitam dan putih.
Kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak untuk menggunakan Photoshop, inilah
masanya untuk mempelajari asas dan saya percaya tips ini selain bermanfaat ia juga
sangat menghiburkan.
Mari kita mulakan.
Bayangkan saya telah mengambil gambar foto menggunakan kamera digital dan telah
dipindah turunkan ke dalam PC saya. Saya kemudiannya mengaktifkan program
Photoshop, dan memilih File dan Open, dan telah memilih gambar imej yang relevan.
Dalam kes ini, saya akan manipulasi imej berikut:
Setelah imej dibuka, saya menekan Ctrl-A untuk memilih semua (select all). Ini akan
meletakkan mask (garisan kecil bertitik) disekitar kawasan imej tersebut. Kemudian
saya menekan Ctrl-C (menyalin) dan saya pergi ke menu File, dan pilih New. Ini akan
membawa satu image properties dengan dimensi kawasan yang telah saya salin tadi,
dan saya tukarkan karakter fail baru dari RGB ke Grayscale.
Ini akan menghasilkan satu salinan imej dalam hitam putih:
Di dalam imej baru ini, saya menekan Ctrl-A untuk memilih seluruh kawasan, dan
menekan Ctrl-C untuk menyalin. Sekarang saya boleh menutup imej hitam putih ini
(tidak perlu disimpan). Di bawah tetingkap ini terdapat imej asal yang berwarna.
Dengan menekan Ctrl-V, saya menindih (paste) imej hitam putih di atas imej berwarna
tadi, dengan layer berasingan. Saya mahukan imej hitam putih berada di layer teratas,
jadi saya pergi ke layers pallete dan heret (drag) layer ke bawah.
OK sekarang saya perlukan imej berwarna duduk diatas imej putih. Saya membuat
zoom ke starfish (layer berwarna) dan cuba memilih kawasan yang membentuk ikan
starfish itu. Dalam kes saya, saya menggunakan tool magic mask dan juga elliptical tool
(utk mendapatkan sudut bulatan starfish). Setiap kali saya memilih kawasan itu, saya
terpaksa menekan butang shift untuk memudahkan pilihan baru dibuat. Jika saya dapati
saya memilih terlalu banyak kawasan, saya cuma undo aksi terakhir (last action) atau
pergi balik menggunakan history. Setelah pemilihan dibuat pada starfish
keseluruhannya, saya songsangkan (inverse) pilihan tadi dan menekan butang delete.
Ini akan membuang seluruh layer berwarna, kecuali ikan starfish.
Barangkali ada jalan untuk melakukan ini dengan mudah, tapi bagi saya method yang
saya jelaskan tadi tidak menjadi masalah bagi saya. Anda perlu sama menggunakan
eraser dan perlahan-lahan membuang bahagian detail pada starfish, perlahan-lahan
dedahkan warna hitam/putih disebalik imej tersebut.
Dan keputusannya.. ? Ini dia:
Mungkin tiada yang menariknya pada imej sebegini, tapi sekurang-kurangnya ia
menunjukkan efek yang berhubungkait dengan kemudahan yang ada pada Photoshop.
Teknik yang sama boleh digunakan untuk semua jenis keadaan dan senario.
Contohnya, jika anda mempunyai gambar produk, anda boleh membuang gambar
background produk tersebut jika anda mahu.
Semua kerja tangan ini berhasil menggunakan resolusi imej yang tinggi, jadi
ketidaksempurnaan hasil kerja is pretty much unnoticeable pada imej yang sekecil ini.
Selamat mencuba.