pembangunan aplikasi mudah alih: ratib al-attas & terjemahan

5
Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8 International Conference on Information Technology & Society 8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA 260 Pembangunan Aplikasi Mudah Alih: Ratib Al-Attas & Terjemahan Rafiza Binti Kasbun, Khodijah Binti Abdul Rahman, Rosni Binti Wazir Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [email protected], [email protected], [email protected] Abstrak. Dakwah merupakan tanggungjawab setiap individu Islam. Penyampaian dakwah telah dipelopori oleh para nabi dan rasul dan diteruskan oleh para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in sehinggakan kepada ulama dan masyarakat muslim kini. Pelbagai medium penyampaian dakwah digunakan sama ada medium komunikasi secara lisan mahupun tidak lisan. Memanfaatkan kebanjiran pelbagai jenis gajet ICT sebagai medium dakwah dengan sebaiknya amat penting bagi memastikan keberkesanan penyebaran dakwah kepada masyarakat umum khususnya di Malaysia. Penggunaan aplikasi mobil adalah alternatif terkini dalam menyampaikan dakwah secara cepat dan pantas tanpa mengira kedudukan lokasi dan masa. Kertas kerja ini cuba mengupas dan menyatakan proses perkembangan aplikasi mobil dalam penyebaran dakwah Islam khususnya di Malaysia. Kata kunci. Aplikasi mudah alih PENGENALAN Populariti telefon pintar dan tablet yang berasaskan Android semakin meningkat di seluruh dunia. Bilangan pengguna Android yang tinggi juga sekali gus telah membawa kepada perkembangan aplikasi. Menurut pakar penyelidikan peranti mudah alih, Research2guidance, Android menguasai 41 peratus dari keseluruhan aplikasi mudah alih seluruh dunia. Perkembangan tersebut boleh dimanfaatkan di pelbagai bidang seperti pengiklanan, pendidikan, kesihatan, hiburan malah dalam usaha dakwah sendiri memerlukan teknologi secara tidak langsung. Aplikasi android turut mendorong anak tempatan untuk membangunkan aplikasi mudah alih atau lebih popular dengan panggilan 'app' yang bercirikan Malaysia. Mohammad Shafiq Mohd. Mustapa, 36, merupakan salah seorang anak tempatan yang giat menceburkan diri di dalam pembangunan aplikasi untuk Android. Beliau telah menghasilkan beberapa aplikasi untuk platform Android yang berlatarbelakangkan Malaysia antaranya, Gold Price Malaysia. Aplikasi tersebut boleh menyemak harga semasa emas fizikal seperti Public Gold, BNM Kijang, Dinar Kelantan dan banyak lagi. Aplikasi android dalam pendidikan berkembang dengan sangat pantas. Ini turut memberi tempias kepada sistem pendidikan pondok dan madrasah pengajian islam di dalam menghadapi keperluan masyarakat globalisasi. Keperluan masyarakat masa kini sangat terdedah dengan kecanggihan teknologi ICT. Justeru system pendidikan pondok dan madrasah harus melakukan transformasi agar ia selari dengan permintaan masyarakat. Antaranya ialah merubah cara penyampaian supaya pengajian kitab dan bacaan qasidah serta selawat nampak lebih bertenaga dan mampu menarik minat khalayak untuk mengikutinya tanpa meninggalkan kaedah tradisi.

Upload: lydan

Post on 28-Dec-2016

240 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembangunan Aplikasi Mudah Alih: Ratib Al-Attas & Terjemahan

Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8

International Conference on Information Technology & Society

8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

260

Pembangunan Aplikasi Mudah Alih:

Ratib Al-Attas & Terjemahan

Rafiza Binti Kasbun, Khodijah Binti Abdul Rahman, Rosni Binti Wazir

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected], [email protected], [email protected]

Abstrak. Dakwah merupakan tanggungjawab setiap individu Islam. Penyampaian dakwah telah

dipelopori oleh para nabi dan rasul dan diteruskan oleh para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in

sehinggakan kepada ulama dan masyarakat muslim kini. Pelbagai medium penyampaian dakwah

digunakan sama ada medium komunikasi secara lisan mahupun tidak lisan. Memanfaatkan

kebanjiran pelbagai jenis gajet ICT sebagai medium dakwah dengan sebaiknya amat penting bagi

memastikan keberkesanan penyebaran dakwah kepada masyarakat umum khususnya di

Malaysia. Penggunaan aplikasi mobil adalah alternatif terkini dalam menyampaikan dakwah

secara cepat dan pantas tanpa mengira kedudukan lokasi dan masa. Kertas kerja ini cuba

mengupas dan menyatakan proses perkembangan aplikasi mobil dalam penyebaran dakwah

Islam khususnya di Malaysia.

Kata kunci. Aplikasi mudah alih

PENGENALAN

Populariti telefon pintar dan tablet yang berasaskan Android semakin meningkat di

seluruh dunia. Bilangan pengguna Android yang tinggi juga sekali gus telah membawa kepada

perkembangan aplikasi. Menurut pakar penyelidikan peranti mudah alih, Research2guidance,

Android menguasai 41 peratus dari keseluruhan aplikasi mudah alih seluruh dunia.

Perkembangan tersebut boleh dimanfaatkan di pelbagai bidang seperti pengiklanan, pendidikan,

kesihatan, hiburan malah dalam usaha dakwah sendiri memerlukan teknologi secara tidak

langsung.

Aplikasi android turut mendorong anak tempatan untuk membangunkan aplikasi mudah

alih atau lebih popular dengan panggilan 'app' yang bercirikan Malaysia. Mohammad Shafiq

Mohd. Mustapa, 36, merupakan salah seorang anak tempatan yang giat menceburkan diri di

dalam pembangunan aplikasi untuk Android. Beliau telah menghasilkan beberapa aplikasi untuk

platform Android yang berlatarbelakangkan Malaysia antaranya, Gold Price Malaysia. Aplikasi

tersebut boleh menyemak harga semasa emas fizikal seperti Public Gold, BNM Kijang, Dinar

Kelantan dan banyak lagi.

Aplikasi android dalam pendidikan berkembang dengan sangat pantas. Ini turut memberi

tempias kepada sistem pendidikan pondok dan madrasah pengajian islam di dalam menghadapi

keperluan masyarakat globalisasi. Keperluan masyarakat masa kini sangat terdedah dengan

kecanggihan teknologi ICT. Justeru system pendidikan pondok dan madrasah harus melakukan

transformasi agar ia selari dengan permintaan masyarakat. Antaranya ialah merubah cara

penyampaian supaya pengajian kitab dan bacaan qasidah serta selawat nampak lebih bertenaga

dan mampu menarik minat khalayak untuk mengikutinya tanpa meninggalkan kaedah tradisi.

Page 2: Pembangunan Aplikasi Mudah Alih: Ratib Al-Attas & Terjemahan

Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8

International Conference on Information Technology & Society

8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

261

Contohnya, pengunaan media elektronik seumpama radio, televisyen serta internet. Penggunaan

media elektronik secara cekap mampu memberi kesan positif di dalam menyebar luaskan

pengajian tentang agama Islam ke pengetahuan umat Islam khususnya dan masyarakat

umumnya.

Selari dengan perkembangan teknologi inilah yang mendorong kepada pembangunan

aplikasi mudah alih Ratib Al-Attas dan Terjemahan. Ratib Al Attas ini merupakan satu

himpunan zikir, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang telah sedia tersusun oleh al-Habib Umar

bin Abdul Rahman al-Attas yang juga dibaca pada waktu-waktu yang tertentu. Ratib ini telah

lama sampai di Malaya, Singapura, Brunei dan Indonesia. Antara keterangan ratib ini yang

diterbitkan dalam bahasa Melayu di Singapura adalah sebuah kitab kecil yang bernama Fathu

Rabbin-Nas yang dikarang oleh al-Habib Husein bin Abdullah bin Muhammad bin Mohsen bin

Husein al-Attas. Ratib ini banyak diamalkan di madrasah-madrasah pengajian pondok di

Malaysia, antaranya Yayasan Al-Jenderami, Madrasah Al-Hidayah, Pusat Tahfiz Al-Amin dan

banyak lagi.

PERBINCANGAN

Masyarakat kini amat terpengaruh dengan apa yang boleh didapati di media massa

terutama telefon mudah alih. Maka, dengan fenomena ini peluang untuk para pendakwah

menggunakan ruang teknologi dalam bidang masing- masing sangat diperlukan bagi menakluki

hati masyarakat agar terpaut dengan amalan Islam yang murni dan harmoni. Contoh adalah

seperti jualan CD ‘SYED ABDUL KADIR AL JOOFRE - RATIB AL-HADDAD’ mendapat

sambutan pelbagai pihak yang ingin mengamalkan bacaan ratib tetapi mungkin kesuntukan

waktu untuk mengamalkan pada waktu-waktu tertentu. Semestinya ini pendekatan yang positif di

mana seseorang itu boleh mendengar bacaan ini di dalam kereta sambal memandu sekaligus

berzikir bersama.

Rajah 1: CD Ratib Al-Haddad

Bagi aplikasi mudah alih khusus dalam konteks pembangunan Ratib Al-Attas, terdapat

beberapa aplikasi mudah alih yang boleh didapati di dalam Google Play Store. Antaranya adalah

Ratib Al-Attas oleh Kreatif Muslim 2013. Namun, terdapat kekurangan di dalam aplikasi ini

kerana tiada terjemahan bagi bacaan ratib (Rajah 2). Walau bagaimanapun, pilihan butang

Page 3: Pembangunan Aplikasi Mudah Alih: Ratib Al-Attas & Terjemahan

Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8

International Conference on Information Technology & Society

8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

262

membaca ratib bersama Audio atau tidak merupakan pendekatan yang baik untuk menarik minat

pembaca.

Rajah 2: Ratib Al-Attas oleh Kreatif Muslim

Selain itu, Ratib dan Wirid keluaran Daarul Hijrah Technology (2014) dari Jakarta

Selatan, Indonesia juga sangat memberi manfaat kerana banyak kumpulan wirid yang

dikompilasikan di dalam satu aplikasi. Namun, seperti juga masalah di atas iaitu tiada terjemahan

bagi bacaan ratib dan wirid yang menyebabkan ramai yang akan tertanya-tanya akan apa yang

dibaca di dalam ratib ini. (Rajah 3)

Rajah 3: Ratib & Wirid oleh Daarul Hijrah

Sama juga bagi Ratib Maulid Al-Atthas hasil pembangunan Payback Multimedia (Mac

2015) di mana ia seolah-olah kitab yang diselak melalui skrin telefon pintar namun masih tiada

terjemahan disediakan. (Rajah 4)

Page 4: Pembangunan Aplikasi Mudah Alih: Ratib Al-Attas & Terjemahan

Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8

International Conference on Information Technology & Society

8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

263

Rajah 4: Ratib Maulid Al-Atthas oleh Payback Multimedia

Antara perkara yang dititikberatkan dalam pembangunan aplikasi mudah alih Ratib Al-

Attas dan Terjemahan adalah penterjemahan makna bacan ratib. Ini membolehkan seseorang

yang tidak faham akan bahasa arab boleh memahami sekaligus menghayati bacaan ratib tersebut.

Pendekatan ini semestinya lebih terkesan di hati seseorang kerana bacaan ratib merupakan doa.

Doa pula merupakan satu kemestian bagi setiap muslim dalam memohon keredhaan Allah swt.

Pembangunan aplikasi mudah alih Ratib Al-Attas dan Terjemahan menggunapakai

konsep ringkas tapi pada masa yang sama isi kandungan adalah padat dan tepat. Antara elemen

multimedia utama adalah audio di mana pengguna aplikasi boleh memilih untuk mengaktifkan

bacaan bersama audio atau tanpa audio. Grafik bagi muka utama aplikasi juga menggunakan

khidmat pereka khaligrafi yang baik. (Rajah 5)

Rajah 5: Prototaip Ratib Al-Attas dan Terjemahan

Manakala terjemahan juga dilakukan dengan menggunapakai terjemahan yang ada di

dalam buku Ratib Al-Attas dan juga melalui semakan penterjemah yang bertauliah. Oleh itu,

jelas bacaan ratib tidak bertentangan dengan bacaan doa ahli sunnah wal jamaah. Diharap dengan

adanya terjemahan ini, maka lebih ramai lagi pengguna akan menggunakan aplikasi ini di dalam

bacaan ratib mereka kerana kesan terjamahan ini mungkin membuka minda dan hati mereka

Page 5: Pembangunan Aplikasi Mudah Alih: Ratib Al-Attas & Terjemahan

Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8

International Conference on Information Technology & Society

8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

264

untuk lebih mendalami akan perkara-perkara sunnah di dalam kehidupan sebagai seorang

muslim.

KESIMPULAN

Selain daripada pelbagai jenis aplikasi mudah alih yang terdapat di pasaran dalam

penyebaran dakwah islam, tidak dinafikan banyak aplikasi ini yang memerlukan

penambahbaikan dan juga pemantapan dari segi grafik dan juga keberkesanan penggunaan.

Selain ianya perlu bersifat mesra pengguna, namun pada masa yang sama ia perlu bersifat

memberi kesan dan impak yang mendalam pada seseorang dalam mengamalkan ibadat yang

dituntut dalam islam. Berdasarkan beberapa pandangan dari para muallim di sekolah pondok dan

beberapa buah sekolah agama mendapati sememangnya teknologi perlu digunapakai di dalam

penyebaran dakwah. Maka, pembangunan aplikasi mudah alih Ratib Al-Attas dan Terjemahan

ini merupakan titik permulaan dalam penyebaran amalan ahli sunnah wal jamaah untuk

dimanfaatkan pada masa kini dan akan datang. Konsep yang diketengahkan oleh aplikasi ini

diharap dapat memberi satu pemilihan gaya atau tren baru dalam perlaksanaan ibadat sebagai

seorang muslim tanpa sedikitpun meminggirkan amalan tradisi yang sememangnya masih perlu

dilaksanakan.

RUJUKAN

1. Mikalajunaite E. (2011). Android Market is the fastest growing mobile content platform since

the beginning of 2011. Research2Guidance.com

2. Stephanus Hermawan S. (2011). Mudah Membuat Aplikasi Android. Yogyakarta: Penerbit

ANDI.

3. Resti, Y., Jaslin, I. & Lis Permana, S. (2014). The Development Of Android Mobile Game As

Senior High School Learning Media On Rate Reaction And Chemical Equilibrium.

Proceeding of International Conference On Research, Implementation And Education Of

Mathematics And Sciences 2014, Yogyakarta State University, 18-20 May 2014.

4. Aplikasi Android Makin Popular. (2015). Kosmo! Online. 28 April 2015.

5. Syed Abdul Kadir Al Joofre - Ratib Al-Haddad (Cd). (2012). Unic Records Sdn. Bhd.

6. Ratib Al-Attas. (2013). Kreatif Muslim. Google Play.

7. Ratib dan Wirid. (2014). Daarul Hijrah Technology. Google Play.

8. Ratib Maulid Al-Atthas. (2015). Payback Multimedia. Google Play.

9. Nadzri. A.Bakar. (2011). Ratib AlAttas AlHaddad Terjemahan Complete. www.scribd.com.