pelupusan sisa radioaktif

11
1 PELUPUSAN SISA RADIOAKTIF: INTERPRESTASI PERUNDANGAN MALAYSIA Khairul Fahzan Bin Salleh 1 , Noraminahanim Binti Abd Maulud 2 [1] Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah [2] Kolej Komuniti Jelebu ABSTRAK Kertas ini berkaitan pelupusan sisa radioaktif yang tidak sempurna di Perak sekitar tahun 1980an. Di mana ia telah mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan, yang mana boleh dilihat kepada penduduk di kawasan berhampiran kilang tersebut. Akta-akta dan perintah- perintah berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta alam sekitar yang digunapakai oleh mahkamah juga telah dimasukkan sebagai rujukan. Melalui kajian kes ini, diharapkan agar ianya tidak berulang lagi bagi menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia di masa akan datang. Kata Kunci: Sisa Buangan Radioaktif, Nadir Bumi, Pencemaran Alam Sekitar 1.0 Pendahuluan Pada April 1982, Asian Rare Earth Sdn Bhd (ARE) telah memulakan operasinya di KM 7.2 Jalan Lahat di Kawasan Perindustrian Bukit Merah setelah menerima lesen permulaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, dengan kebenaran Kementerian Kesihatan dan Akta Bahan Radioaktif 1974, untuk menguruskan bahan radioaktif. Walau bagaimanapun, selepas 1984, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 telah diwujudkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dan telah diberi tanggungjawab untuk mengawalselia standard, perlesenan, pemeriksaan dan perlindungan daripada radioaktif. Maka, pada 8 November 1985, ARE telah diarahkan oleh LPTA untuk menghentikan 1

Upload: khairul-fahzan

Post on 20-Nov-2015

85 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pelupusan nadir bumi di perak

TRANSCRIPT

9

PELUPUSAN SISA RADIOAKTIF: INTERPRESTASI PERUNDANGAN MALAYSIA

Khairul Fahzan Bin Salleh1, Noraminahanim Binti Abd Maulud2

[1] Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah[2]Kolej Komuniti Jelebu

ABSTRAK

Kertas ini berkaitan pelupusan sisa radioaktif yang tidak sempurna di Perak sekitar tahun 1980an. Di mana ia telah mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan, yang mana boleh dilihat kepada penduduk di kawasan berhampiran kilang tersebut. Akta-akta dan perintah-perintah berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta alam sekitar yang digunapakai oleh mahkamah juga telah dimasukkan sebagai rujukan. Melalui kajian kes ini, diharapkan agar ianya tidak berulang lagi bagi menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia di masa akan datang.Kata Kunci: Sisa Buangan Radioaktif, Nadir Bumi, Pencemaran Alam Sekitar

1.0PendahuluanPada April 1982, Asian Rare Earth Sdn Bhd (ARE) telah memulakan operasinya di KM 7.2 Jalan Lahat di Kawasan Perindustrian Bukit Merah setelah menerima lesen permulaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, dengan kebenaran Kementerian Kesihatan dan Akta Bahan Radioaktif 1974, untuk menguruskan bahan radioaktif. Walau bagaimanapun, selepas 1984, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 telah diwujudkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dan telah diberi tanggungjawab untuk mengawalselia standard, perlesenan, pemeriksaan dan perlindungan daripada radioaktif. Maka, pada 8 November 1985, ARE telah diarahkan oleh LPTA untuk menghentikan operasinya atas sebab beroperasi tanpa lesen. Pada 16 Jan, LPTA telah mengeluarkan lesen Kelas A (pengoperasian sementara) kepada ARE dan ARE kembali beroperasi seperti biasa.

Pada 11 Julai 1992, Mahkamah Tinggi Ipoh telah mengeluarkan perintah kepada ARE untuk menghentikan operasinya dan memindahkan kesemua sisa buangannya ke Fasiliti Simpanan Kekal (LTSF). ARE menghentikan operasinya dan menutup kilang pada 19 Januari 1994.

1.1 NADIR BUMI MONOZIT

Monozit adalah mineral fosfat berwarna coklat kemerahan yang mengandungi nadir bumi. Kebiasaanya berbentuk kristal kecil yang tidak bergabung.Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis monozit yang berbeza, bergantung kepada elemen komposisi yang relative di dalam mineral ini, iaitu monozit-Ce, monozit-La, monozit-Nd dan monozit Sm. Monozit adalah bijih yang penting untuk thorium, lanthanum dan cerium, dengan kekerasan sebanyak 5.0 hingga 5.5 dan tumpat kira-kira 4.6 hingga 5.7 g/cm3. Thorium yang terdapat di dalam monozit ini berguna dalam pembuatan lampu pijar tetapi penggunaannya kini telah digantikan oleh kerana kandungan nadir buminya. Sisa thorium hidroksida yang dikeluarkan oleh ARE termasuklah dengan memecahkan monazit dengan cecair kaustik soda untuk menghasilkan nadir bumi dan produk fosfat. Nadir bumi yang dihasilkan selepas proses ekstrak pelarut terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu nadir bumi ringan dan nadir bumi separa-berat. Thorium adalah elemen kimia beradioaktif secara semulajadi, dan menghasilkan gas radioaktif, radon-22, sebagai salah satu produk pereput. Proses Pemecahan Kaustik Soda di ARE adalah seperti Rajah 1.1.6

9

2.0KRONOLOGI KES

Berikut adalah kronologi penetangan Asian Rare Earth di Bukit Merah, Perak sehingga penutupannya pada 19 Januari 1994.

TahunTarikhPerkara

1979NovemberSyarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak thorium daripada monazit.

1982

JunPenduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif ARE.

30 JunEkoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru.

11 JulaiKilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.

1983

NovemberPenduduk Papan (kira-kira 16 km dari Ipoh) mendapat tahu ARE sedang mengorek lubang berhampiran tempat kediaman mereka untuk dijadikan tapak buangan sisa radioaktif. Tapak itu merupakan pilihan kerajaan

1984

24 MeiKira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

31 MeiSeramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu.

5 JunPerdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatannya dan menegaskan pembinaan tapak buangan radioaktif di Papan akan diteruskan.

18 JunKira-kira 300 penduduk Papan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tapak buangan yang dicadangkan.

28 JunMenteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong berkata, tapak buangan Papan adalah selamat kerana dibina mengikut piawaian yang ketat. Beliau mencabar pengkritik supaya membuktikan tapak itu boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar. Sementara itu, ARE meneruskan operasinya dengan menimbun sisa thorium di sebuah kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang itu.

1 JulaiKira-kira 3,000 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah tapak buangan tersebut.

4 JulaiSeramai 2,000 orang penduduk terus mengadakan tunjuk perasaan meskipun Ketua Polis Perak memberi arahan supaya bersurai.

18 JulaiPembentukan Jawatankuasa Bertindak Bukit Merah, terdiri daripada penduduk Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri Shah, sebagai tanda sokongan kepada penduduk Papan. Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri memaklumkan paras radiasi yang tinggi telah dikesan di kawasan kolam terbuka berhampiran kilang ARE di Bukit Merah. Satu bacaan yang dicatat oleh pegawai-pegawai SAM sewaktu berkunjung ke situ ialah 43,800 milirem/tahun. Paras ini melebihi 88 kali paras maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) untuk orang ramai.

29 OgosMichael O Riordan dari Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan Britishdijemput oleh kerajaan untuk memeriksa tapak buangan toksik di Papan.

19SeptemberSekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.

5 OktoberDr William Cannell, seorang ahli fizik dan penganalisis kesihatan menerima jemputan penduduk Papan untuk melawat tapak buangan tersebut. Hasil pemerhatian beliau mendapati kerja-kerja kejuruteraan yang dijalankan oleh syarikat terbabit sangat buruk.

21 OktoberSeorang pakar dari Amerika dan bekas ahli jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika bagi kesan-kesan Biologi Radiasi Mengion (BEIR), Dr Edward Radford, atas jemputan penduduk Papan, membuat tinjauan di tapak buangan sisa itu. Beliau dapati tapak itu tidak sesuai sementara lubang-lubang yang digali mempunyai dinding yang nipis atau sudah merekah.

7NovemberSeorang pakar buangan sisa industri dari Jepun, Dr. Jun Ui, menerima jemputan penduduk Papan untuk memeriksa tapak buangan ARE. Beliau juga mendapati tapak itu tidak sesuai dijadikan kawasan penimbunan sisa berbahaya.

28NovemberKabinet membincangkan laporan-laporan yang diserahkan oleh dua badan kawalan. Laporan yang dikemukan oleh Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British (NRPB) berkata, penduduk hanya akan selamat jika faktor-faktor tertentu diberi perhatian oleh kerajaan Perak dan syarikat ARE. Laporan kedua oleh IAEA pula berkata, lubang-lubang yang dibina tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

9 DisemberLebih 1,500 penduduk di Papan mengadakan mogok lapar selama sehari sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan menempatkan tapak buangan sisa di Papan. Penduduk Bukit Merah membawa masuk seorang pakar radiasi dan genetik dari Jepun, Profesor Sadao Ichikawa untuk mengukur paras radiasi di kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang ARE. Beliau dapati paras radiasi di situ terlalu tinggi malah paras tertinggi yang dicatatkan melebihi 800 kali paras yang dibenarkan.

12DisemberTimbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam menunjukkan minat secara peribadi terhadap perkembangan isu Papan ini. Beliau mengunjungi tapak buangan tersebut.

1985

11 JanuariSelepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu.

1 FebruariLapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli LPTA dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

14 OktoberHakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.

1986

22SeptemberARE mendakwa ia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk meningkatkan langkah- langkah keselamatan (sepertimana yang dikehendaki oleh perintah mahkamah), diikuti oleh piawaian IAEA. Ia menjemput pakar tenaga atom dari Amerika, Dr E.E. Fowler (Bekas kakitangan IAEA) untuk mengunjungi kilang berkenaan. Menurut beliau, paras radiasi berhampiran kawasan pembuangan yang disediakan oleh ARE memenuhi piawaian ICRP dan beliau dapati kilang itu selamat untuk beroperasi.

5 OktoberKira-kira 3,000 penduduk Bukit Merah dan kawasan sekitarnya mengadakan tunjuk perasaan terhadap rancangan ARE untuk menimbun sisa radioaktif di tapak kekalnya di Banjaran Kledang.

28 OktoberProfesor Sadao Ichikawa dalam kunjungan kali keduanya ke Bukit Merah mendapati paras radiasi di sekitar kilang ARE masih melebihi paras yang dibenarkan. Beliau dilarang masuk ke dalam kilang itu.

16NovemberSekumpulan penyiasat dari LPTA memeriksa beberapa buah tapak buangan sisa thorium yang dilonggokkan secara haram di Bukit Merah. Mereka dibantu oleh bekas kontraktor ARE, Ng Toong Foo yang pernah membuang sisa di situ. Bacaan di salah sebuah tapak ialah 0.05 0.10 milirem/jam (iaitu 438 - 876 milirem/tahun) melebihi paras keselamatan maksimum 0.057 milirem/jam yang ditetapkan oleh ICRP.

26NovemberPerwakilan dari tujuh kawasan (Bukit Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim dan Guntong) membentuk sebuah jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC).

8 DisemberMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Kasitah Gadam berkata hasil pemeriksaan LPTA di dua tapak buangan haram Bukit Merah mendapati paras radiasi di situ adalah selamat. Menurutnya, sungguhpun LPTA mendapati paras radiasi di situ melebihi paras normal, ini tidak membahayakan kerana tapak-tapak itu sangat sedikit bilangannya.

1987

6 FebruariTanpa mempedulikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasi, LPTA memberikan lesen kepada ARE supaya meneruskan operasinya.

10 AprilPARC menjemput 14 pakar asing untuk datang ke Bukit Merah-pengasas-pengasas Institut Antarabangsa bagi Kepentingan Awam di Kanada, Dr Rosalie Bertell; Setiausaha Pusat Keselamatan Industri dan Kepentingan Alam Sekitar di India, V.T. Pathmanaban; dan Presiden Institut Kesihatan dan Tenaga di Amerika Syarikat, Kathleen Tucker merupakan antara mereka yang dilarang memasuki kawasan ARE. Dalam satu forum yang berlangsung di Bukit Merah, pakar-pakar itu membuat kesimpulan bahawa ARE mendedahkan pelbagai ancaman kesihatan yang serius.

12 AprilKira-kira 10,000 orang penduduk berarak di Bukit Merah sebagai membantah operasi yang dijalankan semula oleh ARE.

24 MeiKira-kira 300 orang penduduk diperintahkan bersurai oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berhampiran ARE. Lebih 20 orang, termasuk tiga wanita mengalami kecederaan dalam dua pertelingkahan pada hari itu. Seramai 60 orang ditahan oleh pihak polis. Semua kecuali enam dibebaskan kemudian selepas disoal- siasat. Keenam-enam pemuda itu dibebaskan seminggu kemudian di mana pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan. Penduduk menghalang kerja-kerja membina jalan yang menuju ke tapak buangan kekal di Banjaran Kledang yang dicadangkan.

23 JulaiSeorang doktor Kanada, Bernie Lau, diupah oleh PARC untuk meletakkan alat pengesan gas radon di luar kilang ARE. Beliau berjaya mengesan sejumlah gas radon dibebaskan daripada kilang itu. Terdahulu dari itu, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Amar Stephen Yong berkata, kerajaan berpuas hati dengan laporan penilaian kesan alam sekitar bagi tapak buangan kekal yang dicadangkan itu. Penilaian itu dijalankan oleh ARE bersama beberapa orang pegawai Kementerian.

7SeptemberPerbicaraan saman yang dikemukakan oleh lapan orang penduduk Bukit Merah terhadap ARE bermula di hadapan Hakim Peh Swee Chin di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sebagai mengetengahkan nasib mereka, para penyokong PARC berjalan sejauh 8 km dari Bukit Merah ke Ipoh. Polis menyuraikan tunjuk perasaan mereka berhampiran Menglembu. Sembilan orang ditahan tetapi dibebaskan setelah diikat jamin. Kira-kira 1,000 orang hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan mereka.

11SeptemberPara penduduk berarak dari Bukit Merah ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari terakhir perbicaraan. Jumlah mereka yang hadir dianggarkan 3,000 orang.

18SeptemberPenduduk Bukit Merah mengemukakan permohonan perbicaraan kerana menghina mahkamah terhadap ARE memandangkan ia melanggar perintah menahan operasi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kepada mereka pada tahun 1985.

27 OktoberLebih 100 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di antaranya termasuklah pengerusi PARC, Hew Yoon Tat; timbalannya, Hiew Yew Lan; (bekas) setiausaha PARC, Lee Koon Bun; ahli jawatankuasa, Phang Kooi Yau dan peguam Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili plaintif Bukit Merah, Meenakshi Raman. Merek dibebaskan selepas dua bulan.

NovemberARE mula membina tapak buangan kekal sisa toksik di Banjaran Kledang.

198825 JanuariPerbicaraan disambung semula.

199013 FebruariPerbicaraan tamat selepas berlangsung selama 65 hari dan berlanjutan lebih 32 bulan.

199211 JulaiPenduduk Bukit Merah memenangi kes saman terhadap ARE. Mahkamah mengarahkan penutupan kilang ARE dalam tempoh 14 hari. Pihak ARE pula mengumumkan ia akan membuat rayuan di Mahkamah Agung.

23 JulaiARE mengemukan rayuan di Mahkamah Agung berhubung perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya operasinya dihentikan. Pengerusi PARC Hew Yoon Tat dan salah seorang plaintif dalam saman terhadap ARE, Lau Fong Fatt menemui kakitangan atasan Mitsubishi Chemical di Jepun. Mereka diberitahu ARE mengemukan rayuan tanpa kebenaran syarikat itu.

24 JulaiBerikutan permohonan ex-parte oleh ARE, Hakim Besar Mahkamah Agung menahan (sehingga perintah selanjutnya) perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasinya.

3 OgosLebih 2,000 orang dari Bukit Merah hadir di Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan ARE terhadap perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menggantung operasinya. Bagaimanapun, hakim-hakim Mahkamah Agung menangguhkan perbicaraan kepada 5 Ogos kerana tekanan oleh mereka yang berpiket di luar mahkamah.

5 OgosMahkamah Agung membenarkan permohonan ARE untuk menolak perintah Mahkamah Tinggi yang meminta ARE menghentikan operasinya berikutan rayuan syarikat berkenaan. Menurut hakim-hakim itu, penutupan tersebut akan menyulitkan kilang dan 183 pekerjanya.

199315 MacPerbicaraan rayuan yang dikemukan oleh ARE di Mahkamah Agung ditangguhkan pada 7 Jun.

7 JunPerbicaraan mendengar rayuan ARE sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

199419 JanuariPengumuman syarikat ARE untuk menghentikan operasi.

2.1 FAKTA KES

2.1.1 Pemprosesan nadir bumi monozit yang dilakukan di kilang ARE menghasilkan bahan radioaktif yang berbahaya, termasuklah gas-gas yang membahayakan kesihatan dan boleh mengakibatkan kesan kanser kepada penduduk berhampiran.

2.1.2 Proses penghasilan yang dilakukan juga gagal untuk menapis dan memerangkap sebarang gas radon yang berradioaktif. Radiasi yang diukur oleh saksi pakar plaintif diterima pakai kerana ianya lebih menunjukkan anggaran keseimbangan yang lebih berkemungkinan berbanding bacaan tahap radiasi saksi pakar defenden yang tidak masuk akal.

2.1.3 Antara Mei 1982 sehingga November 1985, sisa buangan yang keluarkan oleh ARE termasuklah hasil sampingan thorium hidroksida, tidak disimpan dalam keadaan yang bersesuaian.

2.2 AKTA YANG BERKAITAN DENGAN KES PENCEMARAN NADIR BUMI

Akta yang berkaitan dengan kes ini bolehlah dirumuskan seperti jadual di bawah.

BilAkta / Perintah / Peraturan yang berkaitan

1.Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984Bahagian III: Kawalan dan Perlesenan Seksyen 12 (1)

Bahagian V: Kesihatan dan KeselamatanSeksyen 25 (1)

Bahagian VI: Pelupusan Sisa RadioaktifSeksyen 26 (1), Seksyen 27 (1) & Seksyen 30 (1)

2.Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989Buangan Terjadual yang diangkut di luar premis pengeluar buangan hendaklah disertakan dengan maklumatPeraturan 13 (1) & Peraturan 13 (2)

3.Exclusive Economic Zone Act 1984Part IV: Protection and preservation of the marine environmentSection 10 (1) & Section 10 (4)

4.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974Bahagian IV: Melepaskan buangan ke dalam perairan Malaysia dilarangSeksyen 29 (1) & Seksyen 29 (2)

5.Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989Pemberitahuan tentang pengeluaran buangan terjadualPeraturan 3 (1) & Peraturan 3 (2)

Pelupusan buangan terjadualPeraturan 4 (1)

Pengolahan buangan terjadualPeraturan 5 (1)

Pemerolehan kembali bahan atau hasil daripada buangan terjadualPeraturan 6

Permohonan bagi pengurusan khas buangan terjadualPeraturan 7

Tanggungjawab pengeluar buanganPeraturan 8 (1), Peraturan 8 (2), Peraturan 8 (3) & Peraturan 8 (4)

Penstoran buangan terjadualPeraturan 9

Pelabelan buangan terjadualPeraturan 10 (1)

Pengeluar buangan hendaklah menyimpan inventori buangan terjadualPeraturan 11 (1)

Maklumat hendaklah diberikan oleh pengeluar buangan, kontraktor dan penduduk premis yang ditetapkan Peraturan 12 (1), Peraturan 12 (2) & Peraturan 12 (3)

6.Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994Bahagian IV: Kewajipan am majikan dan orang yang bekerja sendiriSeksyen 15 & Seksyen 17

Bahagian V: Kewajipan am perekabentuk, pengilang dan pembekalSeksyen 20

Bahagian VII: Organisasi Keselamatan dan KesihatanSeksyen 28

3.0PERBINCANGAN

Hasil dari rentetan kronologi kes dan pendakwaan di Mahkamah Tinggi Ipoh. Mahkamah telah memutuskan bahawa:

i) ARE tidak berhak untuk meneruskan operasi kilangnya dan menyimpan sisa radioaktif dan bahan toksik di kawasan yang ditentukan di Bukit Merah.

ii) Hakim Datuk Anuar Zainal Abidin telah memberi perintah kepada penduduk untuk menahan dan memberhentikan produk ARE dan longgokan sisa radioaktif sehingga kawalan keselamatan telah mencukupi. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah berada di mahkamah untuk mendengar keputusan tersebut.

iii) ARE dikehendaki mengalihkan segala sisa toksik dan bahan radioaktifnya ke tempat penyimpanankekal di Belanja, Perak secepat mungkin.

iv) Lesen kebenaran yang telah dikeluarkan oleh LPTA tidak memberi hak kepada ARE untuk membuat kacau-ganggu awam yang mana akta tersebut tidak digunapakai di kawasan defenden. Tambahan lagi kilang defenden tidak menjalankan kewajipan berkanun tetapi hanya lesen berkebenaran untuk mengilang nadir bumi secara komersial.

4.0 KESIMPULAN

Keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah ternyata telah berlaku adil kepada penduduk setempat, yang mana kilang tersebut tidak sepatutnya diberi kebenaran untuk beroperasi tanpa menunjukkan model proses penghasilan produk, pengoperasian, storan, pengeluaran hasil sampingan dan model ekosistem seperti kajian terhadap hidupan air, pengangkutan dan pelupusan sisa buangan. Tambahan lagi, kawalan kejuruteraan yang unik dan khusus diperlukan untuk merawat dan memerangkap gas-gas yang dikeluarkan ke udara. Sistem pelupusan yang sempurna seharusnya direkabentuk untuk kegunaan pembuangan sisa dan storan di kilang tersebut.

5.0 RUJUKAN

Meor Yusoff M.S., The Asian Rare Earth Experience and Related Research Activities by Nuclear Malaysia.

Meor Yusoff M.S., Recovery Of Uranium From Malaysian Non-Conventional Sources.Journal of Nuclear and Related Technologies, Vol. 7, 2010. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), Peraturan-Peraturan & Perintah-Perintah

Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984

Exclusive Economic Zone Act 1984

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994