pelbagai kecerdasan (multi intelligence).doc

6
Teori 'Multiple Intelligences' (Pelbagai Kepintaran) Howard Gardner - Last Updated (Wednesday, 01 March 2006) Dr. Howard Gardner ialah professor pendidikan di sekolah sarjana pendidikan Harvard dan professor adjunct neurologi di sekolah perubatan Universiti Boston. Pada tahun 1983, beliau telah menghasilkan buku, 'Frames of Minds: The Theory of Multiple Intelligences' .Dalam buku ini, beliau telah memperkenalkan teorinya mengenai 'multiple intelligences' (pelbagai kepintaran). Jangkaan Gardner ialah teori itu akan membangkitkan banyak reaksi di kalangan rakan ahli-ahli psikologi. Bagaimanapun, kebanyakan response kepada teori ini adalah positif terutamanya daripada kalangan pendidik. Semasa penerbitan buku ini, sebanyak tujuh pelbagai kepintaran telah diketengahkan. Dalam tahun 1997, satu lagi jenis kepintaran telah diperkenalkan menjadikan kesemuanya lapan sehingga kini. Teori 'multiple intelligences', pada asasnya, menolak kepintaran yang semata-mata didasarkan kepada parameter logikmatematik dan linguistik, yang kebiasaannya digunakan untuk ujian-ujian IQ .kini dan rata-rata dalam sistem pendidikan. Gardner berpandangan bahawa manusia mempunyai kepintaran-kepintaran lain selain daripada kepintaran logikmatematik dan linguistik. Terdapat sekurang-kurangnya enam lagi kepintaran selain daripada dua yang disebut di atas. Enam yang lainnya ialah kepintaran-kepintaran muzikal, spatial-visual, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan 'naturalist'. Mengikut teori ini, semua manusia memiliki kesemua lapan kepintaran ini sebagai sebahagian daripada lumrah species. Disebabkan faktor- faktor genetik dan persekitaran, tiada dua individu memiliki profail kepintaran yang sama walaupun antara pasangan kembar identikal. Bagi memperjelaskan pelabagai kepintaran yang dimaksudkan, Gardner telah memilih tujuh individu yang dikatakan memiliki setiap kepintaran secara menonjol dalam bukunya, 'Creating minds: An Anatomy of Creativity' (1993). Bagi mewakili kepintaran 'naturalist' (kelapan) yang diperkenalkan pada tahun 1997, Charles Darwin telah dipilih. 1. Kepintaran Linguistik. Kepintaran linguistik terdapat pada individu yang mempamirkan kebolehan menggunakan perkataan dengan mudah dan berkesan. Bahasa menjadi sesuatu alat yang paling penting dan indah bagi melahirkan perasaan, menjelaskan sesuatu yang kompleks serta untuk menyerap maklumat. T S Eliot, seorang penyajak mewakili kepintaran linguistik. 2. Kepintaran Logikal-Matematikal. Albert Einstein, ahli fizik terkenal dikatakan memiliki kepintaran logikal-matematikal yang mengagumkan. Kepintaran ini memberi pemiliknya keupayaan memaharni perkara-perkara kompleks yang melibatkan penguasaan angka numeral bagi tujuan analisis dan penyelesaian masalah. Kekuatan adalah terletak kepada kemampuan melihat dengan jelas pola dan hubungan antara objek dan angka. 3. Kepintaran Muzikal Kepintaran ini memberi kebolehan kepada seseorang untuk memahami, mengintepretasikan, melahir serta membentuk dan memanipulasikan bunyi - bunyian secara kreatif . Individu yang mewakili kepintaran ini ialah Igor

Upload: abialhadi

Post on 23-Dec-2015

248 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: pelbagai kecerdasan (multi intelligence).doc

Teori 'Multiple Intelligences' (Pelbagai Kepintaran) Howard Gardner- Last Updated (Wednesday, 01 March 2006)Dr. Howard Gardner ialah professor pendidikan di sekolah sarjana pendidikan Harvard dan professor adjunct neurologi di sekolah perubatan Universiti Boston. Pada tahun 1983, beliau telah menghasilkan buku, 'Frames of Minds: The Theory of Multiple Intelligences' .Dalam buku ini, beliau telah memperkenalkan teorinya mengenai 'multiple intelligences' (pelbagai kepintaran). Jangkaan Gardner ialah teori itu akan membangkitkan banyak reaksi di kalangan rakan ahli-ahli psikologi.Bagaimanapun, kebanyakan response kepada teori ini adalah positif terutamanya daripada kalangan pendidik. Semasa penerbitan buku ini, sebanyak tujuh pelbagai kepintaran telah diketengahkan. Dalam tahun 1997, satu lagi jenis kepintaran telah diperkenalkan menjadikan kesemuanya lapan sehingga kini. Teori 'multiple intelligences', pada asasnya, menolak kepintaran yang semata-mata didasarkan kepada parameter logikmatematik dan linguistik, yang kebiasaannya digunakan untuk ujian-ujian IQ .kini dan rata-rata dalam sistem pendidikan.

Gardner berpandangan bahawa manusia mempunyai kepintaran-kepintaran lain selain daripada kepintaran logikmatematik dan linguistik. Terdapat sekurang-kurangnya enam lagi kepintaran selain daripada dua yang disebut di atas. Enam yang lainnya ialah kepintaran-kepintaran muzikal, spatial-visual, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan 'naturalist'. Mengikut teori ini, semua manusia memiliki kesemua lapan kepintaran ini sebagai sebahagian daripada lumrah species. Disebabkan faktor-faktor genetik dan persekitaran, tiada dua individu memiliki profail kepintaran yang sama walaupun antara pasangan kembar identikal. Bagi memperjelaskan pelabagai kepintaran yang dimaksudkan, Gardner telah memilih tujuh individu yang dikatakan memiliki setiap kepintaran secara menonjol dalam bukunya, 'Creating minds: An Anatomy of Creativity' (1993).

Bagi mewakili kepintaran 'naturalist' (kelapan) yang diperkenalkan pada tahun 1997, Charles Darwin telah dipilih. 1. Kepintaran Linguistik. Kepintaran linguistik terdapat pada individu yang mempamirkan kebolehan menggunakan perkataan dengan mudah dan berkesan. Bahasa menjadi sesuatu alat yang paling penting dan indah bagi melahirkan perasaan, menjelaskan sesuatu yang kompleks serta untuk menyerap maklumat. T S Eliot, seorang penyajak mewakili kepintaran linguistik.

2. Kepintaran Logikal-Matematikal. Albert Einstein, ahli fizik terkenal dikatakan memiliki kepintaran logikal-matematikal yang mengagumkan. Kepintaran ini memberi pemiliknya keupayaan memaharni perkara-perkara kompleks yang melibatkan penguasaan angka numeral bagi tujuan analisis dan penyelesaian masalah. Kekuatan adalah terletak kepada kemampuan melihat dengan jelas pola dan hubungan antara objek dan angka.

3. Kepintaran Muzikal Kepintaran ini memberi kebolehan kepada seseorang untuk memahami, mengintepretasikan, melahir serta membentuk dan memanipulasikan bunyi -bunyian secara kreatif . Individu yang mewakili kepintaran ini ialah Igor Stravinsky, seorang pemuzik. Mereka yang mempunyai kepintaran ini sangat sensitif kepada prinsip-prinsip melodi, rentak dan kualiti tone dalam seni muzik.

4. Kepintaran Visual-Spatial Individu yang memiliki kepintaran Inl berkebolehan melihat persekitaran dalam tiga dimensi dan menilai ruang daripada perspektif perhubungan elemen-elemen dalam persekitaran. Kepintaran Ini memberi kelebihan kepada pemiliknya untuk membaca, mentafsir dan menghasil peta, carta, pelan dan lukisan serta mempunyai daya arah yang baik. Kepintaran ini diwakili oleh pelukis Pablo Picasso.

5. Kepintaran Kinestetik Kepintaran ini dimiliki oleh individu-individu yang telah menguasai pergerakan motor badan sehingga mampu membawanya ke satu tahap yang membolehkannya mahir dalam bidang-bidang seperti sukan padang, jimnastik, renang dan aktiviti fizikal yang lainnya. Gardner telah memilih Martha Graham, seorang penari untuk mewakili kepintaran ini. Mereka yang mempunyai kepintaran ini biasanya suka kepada pekerjaan atau usaha yang melibatkan manipulasi objek dan pergerakan.

6. Kepintaran Interpersonal Kepintaran ini diwakili oleh Mahatma Gandhi, yang dikatakan memiliki kelebihan dalam berkomunikasi dengan manusia daripada pelbagai etnik dan agama untuk mencapai sesuatu kebaikan kepada semua. Individu seperti ini mempunyai keupayaan memahami dan mampu membezakan perasaan dan tujuan orang serta boleh berinteraksi dan memberi arah tuju.

7. Kepintaran Intrapersonal Kepintaran ini berrnaksud kebolehan memproses/berkomunikasi secara dalaman ke arah membentuk kefahaman mengenai diri dan menggunakannya untuk sesuatu kebaikan. Sigmund Freud (ahli neurologi/ psikologi) dipilih oleh Gardner sebagai mewakili kepintaran ini.

Page 2: pelbagai kecerdasan (multi intelligence).doc

8. Kepintaran Naturalist Kepintaran ini adalah tambahan terakhir, sungguhpun diperkatakan bahawa kepintaran'spiritual/existentialist' mungkin dipertimbangkan sebagai yang kesembilan. Kepintaran 'naturalist' yang diwakili oleh Charles Darwin dikatakan satu kebolehan mengasing, mengklasifikasi dan mempergunakan ciri-ciri alam persekitaran. Dalam kehidupan harian, mereka yang mempunyai kepintaran ini lebih sensitif dan mendekati kepada kebimbangan/isu persekitaran global, isu kemanusiaan dan kehidupan sejagat.

Teori Howard Gardner ini menarik untuk kita berfikir bersama. Jika kita perhatikan, kemahiran-kemahiran yang dikatakan 'pelbagai kepintaran' ini memang boleh diperhatikan wujud di kalangan kita. Tetapi sama ada kemahiran-kemahiran ini berdiri sebagai 'kepintaran berasingan' (walaupun kesemuanya bertindak bukan secara berasingan) atau dipacu oleh satu 'kepintaran' yang pada asasnya menentukan keupayaan kita untuk menguasai lain-lain kemahiran adalah satu perkara yang patut direnungi.

Tapi sebelum sesuatu posisi diambil, elok juga dikaji dahulu definisi kepintaran dan juga premis-premis asas (8 kriteria bagi mengenalpasti kepintaran: lihat http://surfaquarium.com/micrit.htm yang ditetapkan oleh Howard Gardner dalam mengutarakan teorinya. (Kepintaran, mengikut Gardner ialah kebolehan mencari dan menyelesaikan masalah dan menghasilkan produk-produk bernilai dalam conteks budaya sendiri ). Apa pun, teori Gardner telah banyak mencetuskan minat di kalangan pendidik untuk terus mengkaji dan mencipta gaya dan metodologi pembelajaran daripada sudut bagaimana seseorang itu belajar, berlainan dengan cara yang berlandaskan linguistik dan logik-matematik semata-mata.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI, MULTIPLE INTELLIGENCES, Howard GardnerOleh matseri - 14/03/2008 18:08_____________________________________RUJUKAN DEFINISI: http://www.cikgu.net.my & http://www.thomasarmstrong.comSUSUNAN SEMULA: Amiene Rev

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalambidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia,iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yangberbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasankecerdasanyang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

1. Linguistic intelligence ("word smart"):2. Logical-mathematical intelligence ("number/reasoning smart")3. Spatial intelligence ("picture smart")4. Bodily-Kinesthetic intelligence ("body smart")5. Musical intelligence ("music smart")6. Interpersonal intelligence ("people smart")7. Intrapersonal intelligence ("self smart")8. Naturalist intelligence ("nature smart")

Berikut adalah bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaransecara hubungan berikut:

1. PERKATAAN (linguistic intelligence)2. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence)3. GAMBAR (spatial intelligence)4. MUZIK (musical intelligence)5. REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence)6. PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence)7. PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or8. PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence)

Page 3: pelbagai kecerdasan (multi intelligence).doc

1. Kecerdasan Verbal - Linguistik

Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk - kebolebanmemanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenakadan bercerita.

KERJAYA: Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera.CONTOH: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare, Rene Blanco, Sir Arthur Conan Doyle

2. Kecerdasan Logik - Matematik

Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik).Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens,mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik),penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, AkauntanCONTOH: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton

3. Kecerdasan Fizikal - Kinestatik

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan.Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanandiri.

KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.CONTOH: Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali, Shah Rukh Khan, RosyamFORUM KOMUNITI GURU HULU LANGAT - PORTAL RASMI PEJABAT PELAJARVAeNrs iD KAoEmRpAoHne HnU FLoUru LmA NFiGreABTo a::r:d: :P 1P.D0.H4L :::: Dijana: 23 July, 2009, 15:09

Noor, Jackie Chan

4. Kecerdasan Visual - Spatial

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk danruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif,peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek.CONTOH: Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci

5. Kecerdasan Muzikal-Ritma

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasukkepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.

Page 4: pelbagai kecerdasan (multi intelligence).doc

KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.CONTOH: Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee, Siti Nurhaliza, Misha Omar

6. Kecerdasan Intrapersonal

Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambarann yang tepat tentang dirisendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untukmendisipIinkan diri dan jati diri.Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan tahap tinggi, disiplindiri dan amalan pemusatan.

KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli PsikologiCONTOH: H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget

7. Kecerdasan Interpersonal

Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkornunikasi denganberkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategipernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, UsahawanCONTOH: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi

8. Kecerdasan Naturalis

Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna

KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, GeologistCONTOH: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin

Dengan memanfaatkan kecerdasan masing-masing. Semua tokoh di atas menempa nama dalam bidang masingmasing.Masa depan yang cerah, menjadi penyumbang utama dalam sejarah manusia, dihormati sepanjang zaman.