pelaporan pentaksiran sekolah rendah · pdf filepelajaran akademik berdasarkan kurikulum...

33

Upload: lebao

Post on 06-Feb-2018

261 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017
Page 2: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH

TAHUN 2017

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 3: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

1

PENDAHULUAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah digubal pada tahun 1988

telah menggariskan tujuan pendidikan di Malaysia ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

dengan matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan.

Sejak penggubalannya, FPK merupakan asas dan rujukan utama

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melakukan perubahan,

merangka pelan pembangunan pendidikan, kurikulum, inisiatif, program,

aktiviti dan pentaksiran pendidikan di negara ini.

Di peringkat sekolah rendah, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang

dilaksanakan mulai tahun 1987 merupakan satu kayu ukur yang menunjukkan

pencapaian murid dalam mata pelajaran akademik dan keputusan UPSR

adalah indikator kejayaan yang ditunggu-tunggu murid, guru, ibu bapa, media,

masyarakat dan pelbagai pihak lain.

Atas kesedaran bahawa pentaksiran yang holistik harus mengiringi

pendidikan yang holistik, KPM mula mengambil inisiatif untuk mengkaji

semula sistem peperiksaan yang ada pada tahun 2005. Konsep pentaksiran

holistik dan bersepadu melalui satu sistem pentaksiran baharu dinamakan

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan diluluskan oleh YB Menteri

Pendidikan pada tahun 2007 yang merangkumi peperiksaan pusat dan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) supaya dapat mengumpul maklumat

murid yang menyeluruh dan lebih bermakna.

Melalui PBS, empat kaedah mengumpul maklumat murid diketengahkan iaitu

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Page 4: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

2

Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat.

Maklumat murid yang dikumpul daripada empat komponen PBS ini adalah

maklumat tentang profil, penglibatan atau penyertaan, perkembangan dan

pencapaian. Sekolah melaksanakan PBD, PAJSK dan PPsi manakala

Lembaga Peperiksaan (LP) melaksanakan UPSR. Walau bagaimanapun,

keputusan UPSR masih menjadi tumpuan utama sehingga sekarang.

Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,

semangat FPK diterjemah dengan memperlihatkan enam ciri murid yang

menjadi aspirasi negara iaitu murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir,

berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan

berkerohanian, serta mempunyai identiti nasional.

KPM telah memutuskan bahawa keberhasilan utama pendidikan Malaysia

dilihat daripada dua perspektif penting dalam PPPM 2013-2025, iaitu kualiti

sekolah dan kemenjadian murid. Kemenjadian murid dilihat melalui hasil

keberkesanan proses persekolahan dan bukan lagi difokuskan kepada Gred

Purata yang dijana daripada keputusan UPSR. Kualiti murid dilihat dari segi

pencapaian akademik dengan tahap penguasaan minimum dalam UPSR.

Mulai tahun 2017, KPM mengambil pendekatan berbeza dalam melaporkan

kejayaan murid yang telah melalui persekolahan peringkat rendah selama

enam tahun. Pelaporan kejayaan murid sekolah rendah yang lebih

menyeluruh dan bermakna, tidak lagi hanya berfokus kepada keputusan

UPSR, malah melaporkan secara formal tentang profil murid dari segi

kecerdasan semula jadi dan aptitud, tahap penguasaan dalam mata pelajaran

di sekolah, serta kecergasan, tahap kesihatan dan penglibatan dalam aktiviti

luar bilik darjah. Aspek kejayaan murid ini diperlihatkan melalui laporan yang

lebih menyeluruh dinamakan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah.

Page 5: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

3

KOMPONEN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat

tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD

lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dan

membantu guru membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan

pembelajaran murid dari semasa ke semasa. Melalui PBD guru dapat:

Menggalakkan pemikiran ingin tahu (inquisitive), kritis dan kreatif.

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.

Menerapkan nilai ketuhanan, nilai murni, estetika dan patriotisme.

Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

Mengetahui keberkesanan pengajarannya.

Merancang dan mengubah suai kaedah pengajarannya.

Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

PBD dilaksanakan dalam semua mata pelajaran berdasarkan tahap

penguasaan murid dan bukan untuk perbandingan antara individu. Guru

menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran yang menepati kurikulum dan

bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21, serta kaedah pentaksiran

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menentukan tahap

penguasaan murid. Melalui aktiviti pembelajaran seperti tugasan individu atau

kumpulan, sumbang saran, debat, sketsa, pembentangan, atau eksperimen,

serta menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, kerja projek,

laporan amali, peperiksaan, ujian bertulis, atau ujian lisan; guru dapat

menentukan tahap penguasaan murid berdasarkan standard pembelajaran

yang ditetapkan dalam kurikulum.

Page 6: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

4

PBD dilaporkan dalam bentuk tahap penguasaan murid. Terdapat enam tahap

penguasaan bagi setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini merujuk

kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai seperti yang terdapat dalam

LAMPIRAN 1.

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) merupakan

pentaksiran kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi tiga aktiviti

utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan

Sukan/Permainan. PAJSK bertujuan untuk menyediakan satu kaedah

pentaksiran aktiviti kokurikulum dan kecergasan murid yang standard dan

boleh diterima pakai oleh semua sekolah dan dilaksanakan pada setiap tahun

sepanjang persekolahannya. Keputusan Pentaksiran kokurikulum akan

dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (Grade Point

Average) dan Himpunan Prestasi sepanjang tempoh persekolahan

(Cumulative Grade Point Average). PAJSK dilaksanakan sepanjang tempoh

persekolahan setiap tahun.

Pelaporan PAJSK memaparkan maklumat penglibatan, penyertaan dan

prestasi bagi setiap aktiviti yang diceburi murid. Maklumat tersebut

mengandungi perincian ringkas berkenaan penglibatan, jawatan yang

disandang, peringkat penyertaan program/aktiviti yang disertai, kehadiran,

komitmen dan khidmat sumbangan. Selain itu, aktiviti ekstra kurikulum turut

diambil kira melalui perkhidmatan yang telah diberikan oleh murid kepada

sekolah dan masyarakat, anugerah yang diterima, program NILAM dan tugas

khas yang dilaksanakan oleh murid sepanjang tahun persekolahannya.

Pelaporan kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan diukur melalui

Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah

Malaysia (SEGAK). Ujian ini bertujuan untuk mendapat maklumat tentang

Page 7: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

5

pengetahuan dan amalan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan

mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

Komponen ini terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah

rendah dan menengah. Ujian SEGAK terdiri daripada Ujian Indeks Jisim

Badan (BMI) dan Ujian Fizikal yang dilaksanakan di semua sekolah pada

bulan Mac dan Ogos setiap tahun.

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) merupakan satu kaedah sistematik yang

digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri,

atribut atau tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau

afektif. PPsi diperkenalkan untuk mengukur kebolehan semula jadi (innate

ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) seperti personaliti,

minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah,

dan kemahiran berfikir. Pelaksanaan PPsi di sekolah rendah bagi Tahun 6

berfokus kepada Ujian Aptitud Khusus. Ujian Aptitud Khusus mengukur ciri

yang menggambarkan potensi seseorang murid untuk menceburi bidang

pembelajaran, aliran persekolahan atau bidang pekerjaan pada masa akan

datang. Ujian Aptitud Khusus direka bentuk untuk mengenal pasti sama ada

murid memiliki kecerdasan seperti Verbal Linguistik, Visual Ruang, Logik

Matematik, Muzik, Naturalis, Kinestatik, Interpersonal, Intrapersonal dan

Eksistensial (LAMPIRAN 2).

Page 8: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

6

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menilai pencapaian murid dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di

samping Bahasa Cina atau Bahasa Tamil bagi murid di Sekolah Jenis

Kebangsaan (SJK). UPSR berperanan sebagai check point untuk mengukur

kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul selama enam tahun di

sekolah rendah.

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH

Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) yang dilaksanakan mulai

tahun 2016 untuk menggalakkan penglibatan dan pembelajaran bermakna

melalui kemahiran dalam situasi kehidupan sebenar murid. PASR bertujuan

untuk menyediakan pelaporan komprehensif khusus bagi Murid Berkeperluan

Khas (MBK) masalah pembelajaran. Pencapaian murid diukur dalam mata

pelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pembelajaran melalui pentaksiran

bersepadu (integrated assessment) yang terdiri daripada dua instrumen, iaitu

Projek Pendidikan Khas (ProKhas) 1 dan ProKhas 2.

ProKhas 1 mengukur penguasaan dalam kemahiran Bahasa Melayu,

Matematik dan Kemahiran Hidup (KH). Murid boleh memilih satu daripada

empat komponen KH yang ditawarkan, iaitu masakan, jahitan, penternakan

atau perkebunan. Manakala ProKhas 2 pula melibatkan Bahasa Inggeris dan

Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar (PSSAS).

Page 9: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

7

PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH

ANALISIS PERINGKAT NASIONAL

Dalam pelaporan peringkat nasional, PAJSK, PPsi, UPSR dan PASR akan

memberi gambaran umum tentang status pendidikan sekolah rendah.

Maklumat ini penting bagi KPM mengorak langkah untuk memastikan kualiti

pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai asas kepada pendidikan

seterusnya.

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

Kecemerlangan murid dalam aktiviti kokurikulum ditunjukkan melalui

penglibatan dan penyertaan yang sangat aktif, komited dan menunjukkan

potensi diri yang tinggi dalam aktiviti yang disertai di peringkat sekolah,

daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Prestasi yang baik serta kepujian dalam aktiviti kokurikulum telah ditunjukkan

oleh sebilangan besar murid. Berdasarkan penglibatan, penyertaan dan

prestasi murid dalam aktiviti kokurikulum, hanya segelintir murid yang

menunjukkan tahap penglibatan tidak memuaskan dalam ketiga-tiga aktiviti

kokurikulum di sekolah.

Gred A B C D E TL Jumlah

Jumlah 24,612 302,018 100,331 10,598 637 19 438,215

Peratus 5.6 68.9 22.9 2.4 0.2 0 100.0

Jadual 1 Analisis Tahap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum

Page 10: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

8

Seramai 24,612 (5.6%) murid menunjukkan tahap penglibatan dalam aktiviti

kokurikulum yang sangat aktif, komited dan menunjukkan potensi diri yang

tinggi dalam aktiviti yang disertai. Murid yang aktif, komited dan menunjukkan

minat yang memuaskan dalam aktiviti yang disertai adalah seramai 302,018

(68.9%) murid. Manakala penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum pada

tahap memuaskan adalah seramai 100,331 (22.9%) murid. Tafsiran gred bagi

tahap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum boleh dirujuk di

LAMPIRAN 3.

Secara keseluruhan, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti

kokurikulum adalah seramai 444,961 (97.4%) murid.

STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID

SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

Data yang diperoleh daripada ujian SEGAK bulan Mac dan Ogos direkodkan

dalam Aplikasi Sistem PAJSK. Data SEGAK bulan Ogos sahaja digunakan

dalam pelaporan peringkat KPM supaya status kecergasan yang diperoleh

oleh murid adalah lebih baik berbanding bulan Mac setelah menjalani program

intervensi kecergasan. Berikut adalah keputusan keseluruhan SEGAK bagi

murid Tahun 6 2017 seluruh negara seperti dalam Jadual 2.

Tahap Kecergasan Fizikal Bilangan murid Peratus

Kecergasan Sangat Tinggi 40,957 9.5

Kecergasan Tinggi 168,101 38.8

Cergas 189,929 43.9

Kurang Cergas 27,031 6.2

Tidak Cergas 3,644 0.8

Tidak melengkapkan Ujian SEGAK 3,259 0.8

Jumlah 432,921 100.0

Jadual 2 Analisis Keputusan SEGAK bagi Murid Tahun 6

Page 11: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

9

Berdasarkan Jadual 2, seramai 398,987 (92.2%) murid Tahun 6 melepasi

tahap kecergasan fizikal yang memuaskan iaitu 189,929 (43.9%) murid

berada pada tahap Cergas, 168,101 (38.8%) murid berada pada tahap

Kecergasan Tinggi dan 40,957 (9.5%) murid berada pada tahap Kecergasan

Sangat Tinggi.

Sementara itu, 27,031 (6.2%) murid berada pada tahap Kurang Cergas dan

3,644 (0.8%) murid berada pada tahap Tidak Cergas. Manakala 3,259 (0.8%)

murid dikecualikan daripada menjalani ujian SEGAK disebabkan oleh

masalah kesihatan yang disahkan oleh pegawai perubatan.

Bagi Indeks Jisim Badan (BMI), 268,314 (63.4%) murid mempunyai jisim

badan normal. Seramai 56,584 (13.4%) murid dikategorikan sebagai berisiko

berat berlebihan, 58,294 (13.8%) murid mempunyai berat badan berlebihan

manakala 40,347 (9.5%) murid mempunyai kurang berat badan.

Indeks Jisim Badan Bilangan murid Peratus

Normal 268,314 63.4

Berisiko Berat Berlebihan 56,584 13.4

Berat Berlebihan 58,294 13.8

Kurang Berat Badan 40,347 9.5

Jumlah 423,539

Jadual 3 Analisis Indeks Jisim Badan (BMI) bagi Murid Tahun 6

Page 12: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

10

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) telah ditadbir kepada semua murid

tahun 6 pada bulan Julai 2017. Sebanyak tujuh konstruk yang menunjukkan

peratus kecenderungan murid tinggi iaitu Eksistensial 77.7%, Intrapersonal

77.3%, Interpersonal 68.9%, Naturalistik 63.2%, Kinestetik 54.4%, Logik

Matematik 50.3% dan Visual Ruang 43.4%. Analisis keseluruhan bagi IKeP

mengikut tahap ditunjukkan dalam Jadual 4.

Konstruk

Tahap

Rendah (%) Sederhana (%) Tinggi (%)

Eksistensial 7.6 14.7 77.7

Intrapersonal 6.1 16.7 77.3

Interpersonal 10.6 20.5 68.9

Naturalistik 13.9 22.9 63.2

Kinestetik 17.7 27.9 54.4

Matematik 18.6 31.1 50.3

Visual Ruang 23.0 33.6 43.4

Muzik 47.3 24.1 28.6

Verbal Linguistik 46.8 29.0 24.2

Jadual 4 Peratus Analisis Keseluruhan IKeP Mengikut Tahap

Page 13: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

11

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

Pada tahun 2017, seramai 443,794 orang calon telah mendaftar untuk

menduduki UPSR. Daripada jumlah itu, 433,536 (97.7%) adalah calon

sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala 10,258 (2.3%)

adalah calon sekolah swasta. UPSR telah dijalankan pada 11 hingga 14 dan

18 September 2017 di 8,085 pusat peperiksaan.

Pencapaian Calon

Pencapaian calon UPSR tahun 2017 ini memberi fokus kepada tahap

penguasaan minimum iaitu calon mencapai sekurang-kurangnya gred D

dalam semua mata pelajaran. Jika dibandingkan dengan peratusan mencapai

tahap penguasaan minimum tahun 2016, peratusan calon yang mencapai

penguasaan tahap minimum meningkat sebanyak 1.6% iaitu seramai 293,514

(68.1%) calon pada tahun 2017 berbanding 293,184 (66.5%) calon pada

tahun 2016. Peratusan calon yang belum mencapai tahap penguasaan

minimum iaitu mendapat sekurang-kurangnya satu gred E turun sebanyak

0.9% iaitu 30.2% pada tahun 2017 berbanding 31.1% pada tahun 2016.

Manakala peratusan calon yang belum mencapai tahap penguasaan minimum

iaitu gred E dalam semua mata pelajaran turun sebanyak 0.7% iaitu 1.5%

pada tahun 2017 berbanding 2.2% pada tahun 2016. Hal ini menunjukkan

prestasi calon UPSR tahun 2017 meningkat berbanding tahun 2016. Jadual 5

menunjukkan tahap penguasaan minimum calon bagi tahun 2017 berbanding

tahun 2016.

Page 14: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

12

Tahap Penguasaan Minimum 2017 2016

Bil. % Bil. %

Mencapai 293,514 68.1 293,184 66.5

Belum mencapai sekurang-kurangnya satu mata pelajaran

130,027 30.2 137,262 31.1

Belum mencapai semua mata pelajaran

6,663 1.5 9,519 2.2

Jumlah 430,807 100.0 440,782 100.0

Jadual 5 Perbandingan Tahap Penguasaan Minimum Tahun 2017 dengan 2016

Analisis tahap penguasaan minimum terperinci ditunjukkan seperti Jadual 6.

Peratusan calon yang mendapat semua A pada tahun ini telah meningkat

seramai 4,062 (1.0%) calon iaitu 8,958 (2.1%) calon pada tahun 2017

berbanding 4,896 (1.1%) calon pada tahun 2016.

Pencapaian Calon 2017 2016 Beza

Semua A 8,958 2.1%

4,896 1.1%

4,062 1.0%

Maksimum 1B 10,957 2.5%

8,345 1.9%

2,612 0.6%

Minimum 2B 32,298 7.5%

35,752 8.1%

-3,454 -0.6%

Minimum 1C 89,201 20.7%

91,366 20.7%

-2,165 0.0%

Minimum 1D 152,100 35.3%

152,825 34.7%

-725 0.6%

Minimum 1E 130,027 30.2%

137,262 31.1%

-7,235 -0.9%

Semua E 6,663 1.5%

9,519 2.2%

-2,856 -0.7%

Lain-lain Kombinasi 603

0.1% 817

0.2% -214

-0.1%

Jadual 6 Perbandingan Pencapaian Calon Peperiksaan UPSR Tahun

2017 dengan Tahun 2016

Page 15: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

13

Prestasi Mata Pelajaran

Pencapaian calon dalam mata pelajaran bahasa diukur melalui tahap

pengetahuan sistem bahasa, kemahiran aplikasi bahasa, kemahiran aplikasi

maklumat, serta kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa yang dipamerkan

oleh calon dalam bentuk pemahaman dan penulisan yang berkesan.

Mata pelajaran Matematik pula mengukur keupayaan mengetahui, memahami

dan mengaplikasi operasi matematik, kemahiran menilai dan mencipta, serta

keupayaan menyelesaikan masalah harian secara sistematik, tepat dan teliti.

Manakala mata pelajaran Sains pula mengukur pengetahuan dan

pemahaman sains, kemahiran proses sains, kemahiran mengaplikasi,

menganalisis, menilai dan mencipta.

Dalam kertas pemahaman semua bahasa, calon pada tahap cemerlang

berupaya menguasai pengetahuan dan kefahaman sistem bahasa dengan

kosa kata yang tepat dan luas. Mereka juga menguasai kemahiran aplikasi

bahasa dan maklumat serta kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa dalam

menyampaikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai bahan dengan

cemerlang. Calon pada tahap memuaskan menguasai pengetahuan dan

kefahaman tatabahasa dan berupaya menyampaikan sebahagian maklumat

yang diperoleh pada tahap sederhana. Calon yang belum mencapai tahap

minimum menunjukkan penguasaan pengetahuan dan kefahaman sistem

bahasa pada tahap rendah dengan kosa kata terhad serta penyampaian

maklumat yang kurang memuaskan.

Bagi kertas penulisan dalam semua bahasa, calon cemerlang mempamerkan

penguasaan dalam penggunaan pelbagai ayat yang gramatis, penggunaan

pelbagai kata dan kosa kata yang tepat dan luas serta pengolahan idea yang

sangat baik dengan penyampaian yang sangat jelas dan sangat menarik.

Calon pada tahap memuaskan menguasai kosa kata yang betul pada tahap

Page 16: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

14

sederhana serta berupaya menyampaikan sebahagian maklumat yang

diperoleh daripada pelbagai bahan dengan memuaskan. Bagi calon yang

belum mencapai tahap minimum, penguasaan dalam kata dan kosa kata

adalah sangat terhad, ayat tidak gramatis serta penyampaian dan pengolahan

idea bercampur aduk dan tidak menarik.

Keputusan UPSR berdasarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil dilaporkan melalui pencapaian

tahap penguasaan minimum ditunjukkan dalam Jadual 7.

Kertas Peperiksaan Tahun

Tahap Penguasaan Minimum(%) Bilangan

Duduki Mencapai

Belum mencapai

Bahasa Melayu - Pemahaman (SK)

2017 96.5 3.5 330,349

2016 94.6 5.4 338,571

Bahasa Melayu - Penulisan (SK)

2017 95.3 4.7 330,380

2016 93.9 6.1 338,602

Bahasa Melayu - Pemahaman (SJK)

2017 90.8 9.2 100,170

2016 89.3 10.7 101,903

Bahasa Melayu - Penulisan (SJK)

2017 83.8 16.2 100,170

2016 81.9 18.1 101,906

Bahasa Inggeris -Pemahaman (SK)

2017 85.6 14.4 330,307

2016 82.5 17.5 337,633

Bahasa Inggeris - Penulisan (SK)

2017 73.6 26.4 330,321

2016 77.1 22.9 337,669

Bahasa Inggeris - Pemahaman (SJK)

2017 88.3 11.7 100,314

2016 87.8 12.2 102,891

Bahasa Inggeris - Penulisan (SJK)

2017 79.6 20.4 100,315

2016 78.7 21.3 102,896

Page 17: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

15

Kertas Peperiksaan Tahun

Tahap Penguasaan Minimum(%) Bilangan

Duduki Mencapai

Belum mencapai

Bahasa Cina - Pemahaman

2017 89.9 10.1 86,705

2016 86.9 13.1 88,214

Bahasa Cina – Penulisan

2017 89.7 10.3 86,707

2016 88.7 11.3 88,226

Bahasa Tamil - Pemahaman

2017 90.2 9.8 13,564

2016 89.6 10.4 14,643

Bahasa Tamil – Penulisan

2017 92.0 8.0 13,565

2016 91.2 8.8 14,651

Jadual 7 Analisis Tahap Penguasaan Mata Pelajaran Bahasa

Bagi mata pelajaran Matematik, calon cemerlang berupaya menguasai

pengetahuan dan kemahiran asas matematik secara sistematik dalam semua

konteks; menguasai kemahiran asas matematik; dan kemahiran

menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai strategi betul dan

tepat dalam semua konteks. Calon pada tahap memuaskan hanya menguasai

pengetahuan dan kemahiran asas matematik secara sistematik serta

menguasai kemahiran menyelesaikan masalah menggunakan pelbagai

strategi betul dan tepat dalam sebahagian konteks. Calon yang belum

mencapai tahap penguasaan minimum hanya menguasai pengetahuan dan

kemahiran asas matematik yang rendah.

Bagi mata pelajaran Sains pula, calon cemerlang berupaya mempamerkan

penguasaan pengetahuan dan pemahaman dalam semua fakta dan konsep

asas sains, kemahiran proses sains dan kemahiran menyelesaikan masalah

dalam semua situasi. Bagi calon pada tahap memuaskan, calon hanya

menguasai pengetahuan dan pemahaman dalam sebahagian fakta dan

konsep asas sains, sebahagian kemahiran proses sains dan kemahiran

menyelesaikan masalah dalam sebahagian situasi. Calon yang belum

mencapai tahap minimum dalam mata pelajaran Sains hanya menguasai

Page 18: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

16

pengetahuan, pemahaman dan kemahiran proses sains serta kemahiran

menyelesaikan masalah pada tahap minimum. Keputusan UPSR Matematik

dan Sains dilaporkan melalui tahap penguasaan ditunjukkan dalam Jadual 8.

Kertas Peperiksaan Tahun

Tahap Penguasaan Minimum(%) Bilangan

Duduki Mencapai

Belum mencapai

Matematik 2017 81.4 18.6 430,622

2016 78.3 21.7 440,496

Sains 2017 95.5 4.5 430,598

2016 94.3 5.7 440,514

Jadual 8 Analisis Tahap Penguasaan Mata Pelajaran Matematik dan Sains

Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah

Tahun 2017 merupakan tahun kedua PASR dilaksanakan kepada murid

berkeperluan khas masalah pembelajaran. Seramai 3,095 murid telah

menduduki PASR pada tahun ini. ProKhas 1 telah dijalankan bermula 3 Julai

hingga 30 Ogos 2017 manakala ProKhas 2 dijalankan mulai 4 hingga

29 September 2017 melibatkan 909 sekolah.

Secara keseluruhannya, pencapaian murid amat memberangsangkan.

Seramai 373 murid yang menduduki ProKhas 1 mencapai tahap Kompeten

Terpuji dan seramai 171 murid mencapai tahap Kompeten Terpuji dalam

ProKhas 2. Daripada jumlah tersebut 109 calon mencapai tahap Kompeten

Terpuji bagi kedua-dua ProKhas. Tahap pencapaian murid bagi semua

konstruk ditunjukkan dalam LAMPIRAN 5 dan 6.

Page 19: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

17

Penutup

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah yang terdiri daripada PBD, PAJSK,

PPsi, keputusan UPSR dan PASR mengandungi pelbagai maklumat

mengenai murid secara menyeluruh. Maklumat ini harus digunakan oleh

semua pihak kerana pelaporan ini menggambarkan profil murid sebagai

modal insan untuk negara pada masa akan datang. Laporan peringkat

Nasional juga menggambarkan status pendidikan sekolah rendah di Malaysia.

Peranan guru dalam bilik darjah adalah sangat penting bagi memastikan

hasrat FPK dapat dicapai. Kejayaan pendidikan sekolah rendah bermula dari

Tahun 1 sehingga Tahun 6. Usaha pentadbir sekolah dan guru dapat dilihat

dengan jelas dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah ini. Terima kasih

kepada para guru kerana telah menjalankan tugas dengan baik dalam

memastikan pembelajaran dan pentaksiran berjalan lancar. Setinggi-tinggi

penghargaan kepada semua pihak yang mengambil berat tentang pendidikan

murid khasnya kepada pentadbir sekolah, guru, persatuan ibu bapa dan guru,

badan-badan sukarela, serta pihak media. Semoga hasrat

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid yang digariskan dalam PPPM

dapat dilaksanakan dengan sistematik dan baik.

KPM juga mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga

kepada pegawai di peringkat Bahagian Kementerian Pendidikan, Jabatan

Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah yang terlibat

dalam mengurus dan mengendalikan pendidikan peringkat rendah dengan

penuh bertanggungjawab dan berintegriti.

Page 20: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

LAMPIRAN 1

TAFSIRAN TAHAP PENGUASAAN

Tahap

penguasaan Tafsiran

6

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran

sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara

sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam

penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi

5

Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan

sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut

prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap

positif

4

Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan

sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut

prosedur atau secara analitik dan sistematik

3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan

sesuatu kemahiran pada suatu situasi

2 Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan

sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi

1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran

asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas

Page 21: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

LAMPIRAN 2

TAFSIRAN KONSTRUK INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKeP)

Konstruk Tafsiran

Verbal Linguistik

Keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa,

memahami maklumat dan memberi respons dalam

pelbagai bentuk set komunikasi.

Visual Ruang

Bukan verbal (pintar visual dan ruang): keupayaan

seseorang individu mengguna, menganggar dan

mengintepretasi ruang.

Logik Matematik

Keupayaan seseorang individu menggunakan nombor

dalam kehidupan seharian untuk membuat

penyelesaian secara logikal.

Muzik Keupayaan seseorang individu menghargai,

menghayati dan menggubah lagu.

Naturalis Keupayaan seseorang individu mengenal pasti,

menghargai alam semula jadi.

Kinestatik Jasmani (pintar jasmani): keupayaan seseorang

individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh.

Interpersonal Keupayaan seseorang individu berkomunikasi,

berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain.

Intrapersonal Keupayaan seseorang individu memahami dan menilai

kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri.

Eksistensial Peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal

kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan.

Page 22: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

LAMPIRAN 3

TAFSIRAN GRED TAHAP PENGLIBATAN MURID DALAM

KOKURIKULUM

GRED PERNYATAAN

A Murid seorang yang sangat aktif, komited dan menunjukan potensi diri yang tinggi dalam aktiviti yang disertai.

B Murid merupakan seorang yang aktif, komited dan menunjukkan minat yang memuaskan dalam aktiviti yang disertai.

C Penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti yang disertai adalah memuaskan.

D Penglibatan murid kurang dan tidak menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti yang disertai.

E Penglibatan dan tahap pencapaian murid tidak memuaskan dalam aktiviti yang disertai.

TL Murid tidak melaksanakan aktiviti (Kes Khas).

Page 23: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

LAMPIRAN 4

ANALISIS PENCAPAIAN CALON MENGIKUT MATA PELAJARAN

Kertas Peperiksaan Tahun Pencapaian Calon (%) Bilangan

Duduki A B C D E

Bahasa Melayu - Pemahaman (SK)

2017 27.7 30.7 25.3 12.8 3.5 330,349

2016 23.8 35.5 21.7 13.5 5.4 338,571

Bahasa Melayu - Penulisan (SK)

2017 29.2 28.8 24.1 13.2 4.7 330,380

2016 24.1 26.2 26.6 17.0 6.1 338,602

Bahasa Melayu - Pemahaman (SJK)

2017 16.6 22.6 26.6 24.9 9.2 100,170

2016 15.7 24.5 23.7 25.4 10.7 101,903

Bahasa Melayu - Penulisan (SJK)

2017 20.8 17.7 26.5 18.8 16.2 100,170

2016 19.2 18.5 24.8 19.3 18.1 101,906

Bahasa Inggeris -Pemahaman (SK)

2017 13.9 19.1 23.3 29.3 14.4 330,307

2016 12.1 19.9 22.3 28.3 17.5 337,633

Bahasa Inggeris - Penulisan (SK)

2017 11.1 7.7 20.7 34.2 26.4 330,321

2016 6.8 11.6 22.9 35.8 22.9 337,669

Bahasa Inggeris - Pemahaman (SJK)

2017 24.0 22.4 20.5 21.4 11.7 100,314

2016 21.2 24.3 20.6 21.8 12.2 102,891

Bahasa Inggeris - Penulisan (SJK)

2017 14.0 17.2 25.2 23.2 20.4 100,315

2016 11.7 16.7 24.7 25.5 21.3 102,896

Bahasa Cina - Pemahaman

2017 17.6 30.4 22.3 19.6 10.1 86,705

2016 15.7 30.5 21.4 19.2 13.1 88,214

Bahasa Cina - Penulisan

2017 24.8 22.3 30.5 12.1 10.3 86,707

2016 21.9 24.5 28.9 13.3 11.3 88,226

Bahasa Tamil - Pemahaman

2017 21.1 33.1 20.6 15.5 9.8 13,564

2016 18.1 31.9 23.5 16.0 10.4 14,643

Bahasa Tamil - Penulisan

2017 26.7 36.5 20.8 7.9 8.0 13,565

2016 26.8 35.4 20.3 8.7 8.8 14,651

Matematik 2017 15.3 17.4 18.5 30.2 18.6 430,622

2016 14.7 18.3 18.4 27.0 21.7 440,496

Sains 2017 10.0 28.7 37.8 18.9 4.5 430,598

2016 6.8 32.0 36.2 19.4 5.7 440,514

Page 24: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

LAMPIRAN 5

TAHAP PENCAPAIAN MURID DALAM PROKHAS 1

Konstruk

Kompeten Terpuji

Kompeten Belum

Kompeten Jumlah

Bil % Bil % Bil % Bil %

BM Kemahiran Mendengar 1,592 51.5 1,436 46.4 66 2.1 3,094 100.0

BM Kemahiran Menulis 1,047 33.8 1,848 59.7 199 6.4 3,094 100.0

BM Kemahiran Membaca & Memahami Maklumat

989 32.0 1,530 49.5 575 18.6 3,094 100.0

BM Kemahiran Bertutur 1,218 39.4 1,674 54.1 202 6.5 3,094 100.0

KH Pengetahuan & Kefahaman

1,569 50.7 1,401 45.3 123 4.0 3,093 100.0

KH Kemahiran Aplikasi 1,447 46.8 1,499 48.5 147 4.8 3,093 100.0

KH Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif

837 27.1 1,808 58.5 448 14.5 3,093 100.0

Kemahiran Aplikasi Matematik

1,103 35.7 1,693 54.7 297 9.6 3,093 100.0

Kemahiran Asas Matematik

1,565 50.6 1,358 43.9 170 5.5 3,093 100.0

Amalan Nilai Positif Bermasyarakat

1,813 58.6 1,211 39.2 69 2.2 3,093 100.0

Page 25: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

LAMPIRAN 6

TAHAP PENCAPAIAN MURID DALAM PROKHAS 2

Konstruk

Kompeten Terpuji

Kompeten Belum

Kompeten Jumlah

Bil % Bil % Bil % Bil %

BI Kemahiran Bertutur 540 17.6 1,760 57.3 769 25.1 3,069 100.0

BI Kemahiran Membaca & Memahami Maklumat

523 17.0 1,609 52.3 942 30.6 3,074 100.0

BI Kemahiran Mendengar 942 30.6 1,896 61.7 237 7.7 3,075 100.0

BI Kemahiran Menulis 645 21.0 2,137 69.5 292 9.5 3,074 100.0

SN Kemahiran Aplikasi 662 21.5 1,941 63.1 471 15.3 3,074 100.0

SN Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif

1,074 34.9 1,727 56.2 274 8.9 3,075 100.0

SN Kemahiran Komunikasi & Interaksi Sosial

572 18.6 1,826 59.4 677 22.0 3,075 100.0

SN Kemahiran Proses Sains

758 24.7 1,968 64.0 348 11.3 3,074 100.0

SN Pengetahuan & Kefahaman

958 31.2 1,798 58.5 319 10.4 3,075 100.0

Amalan Nilai Positif Kendiri 1,639 53.3 1,343 43.7 93 3.0 3,075 100.0

Page 26: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

CONTOH PELAPORAN DAN PERNYATAAN

Page 27: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

NAMA MURID : AZALI BIN MOHD GHAZI

KELAS : 6 BISTARI

NO. MY KID / NO. SURAT BERANAK : 040709-07-2361

BULAN PENTAKSIRAN SEPTEMBER

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN PRESINT 16

JALAN PRESINT 16, PUTRAJAYA

WILAYAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA

1 BAHASA MELAYU 5

Azali berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya

mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan

bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan

pembelajaran secara kendiri dalam kemahiran bahasa.

2 BAHASA INGGERIS 4

Azali shows good command of the language. He has the ability to use language fairly independently but requires

guidance for more complex language tasks.

Azali mununjukkan kemahiran berbahasa yang baik. Beliau mempunyai kemampuan menggunakan bahasa

tetapi memerlukan bimbingan untuk melaksanakan tugasan bahasa yang bersifat kompleks.

3 SAINS 4Azali menganalisis pengetahuan dan kemahiran sains untuk diaplikasikan dalam melaksanakan tugasan pada

suatu situasi dengan cara yang bersistematik

4 MATEMATIK 5

Azali boleh:

1. Menyelesaikan masalah rutin yang kompleks dalam kehidupan seharian dengan menggunakan pelbagai

strategi penyelesaian masalah.

2. Menggunakan kemahiran proses matematik bagi menyelesaikan masalah rutin yang kompleks.

3. sentiasa mengamalkan sikap dan nilai berkaitan matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5 SEJARAH 5 Azali membuat penilaian berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

6REKA BENTUK

TEKNOLOGI5

Azali melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik

serta tekal dan bersikap positif.

7

TEKNOLOGI

MAKLUMAT

KOMUNIKASI

3 Azali menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi dalam TMK.

8 PENDIDIKAN MUZIK 3 Azali boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada sesuatu situasi.

9PENDIDIKAN SENI

VISUAL3 Azali menguasai bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya yang sederhana

10PENDIDIKAN

KESIHATAN4

Azali berupaya menganalisis maklumat, produk dan perkhidmatan kesihatan bagi meningkatkan pengurusan

penjagaan diri, kesihatan dan keselamatan diri.

11 PENDIDIKAN JASMANI 4Azali boleh melakukan aktiviti memanaskan badan sehingga kadar nadi meningkat melebihi 120 denyutan

seminit dan menyejukkan badan dalam kumpulan kecil mengikut prosedur yang betul.

12 BAHASA ARAB 4

.تعّرف التلميذ وقدرته على التطبيق بالمهارات اللغوية األساسية مع كونه ثابتا ومناسبا بالمواقف

Azali mengetahui kemahiran asas bahasa Arab dan mempraktikkannya dengan betul secara konsisten dan

menepati situasi

13 PENDIDIKAN ISLAM 4Azali berkebolehan menghuraikan dan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada kandungan

yang dipelajari secara bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab melaksanakannya dalam kehidupan harian.

ULASAN GURU

…………………………………………………………………………………

( )Nama,Tandatangan Guru Besar dan cap rasmi sekolah

Tarikh: ...........................................................

PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH TAHUN 6 (PBDT6)

TAHUN 2016

Pencapaian boleh dipertingkatkan lagi terutama dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

BIL. MATA PELAJARAN

TAHAP

PENGUASAAN

KESELURUHAN

PENYATAAN

Page 28: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

TA

HU

N:

PE

LA

PO

RA

NP

EN

TA

KS

IRA

NA

KT

IVIT

IJA

SM

AN

ISU

KA

ND

AN

KO

KU

RIK

UL

UM

2017

Kel

as:

Nam

a:

No.

Kad

Pen

gena

lan

/No.

Mur

id/N

o.P

aspo

rt:

AIS

YA

SO

FE

AB

INT

IAB

DU

LLA

H

Sek

olah

:K

odS

ekol

ah:

SE

KO

LAH

KE

BA

NG

SA

AN

PE

ND

ITA

ZA

'BA

AB

A00

02

IBN

UK

HA

LDU

N

0512

2908

1006

ELE

ME

NA

SP

EK

SU

KA

N/P

ER

MA

INA

NK

ELA

B/P

ER

SA

TU

AN

BA

DA

NB

ER

UN

IFO

RM

EK

ST

RA

KU

RIK

ULU

M

PE

NG

LIB

AT

AN

Jeni

s

Jaw

atan

Per

ingk

at

Kom

itmen

Khi

dmat

Sum

bang

an

PE

NY

ER

TA

AN

Keh

adira

n

PR

ES

TA

SI

Tah

apP

enca

paia

n

PE

LAP

OR

AN

MA

RK

AH

SK

OR

ELE

ME

N

JUM

LAH

SK

OR

(%)

GP

A

GR

ED

/CG

PA

10%

PE

NY

AT

AA

NLA

PO

RA

N

Nam

a,T

anda

tang

anda

nca

pra

smis

ekol

ah

Nam

aJa

wat

an

Anu

gera

hK

has

Khi

dmat

Mas

yara

kat

Pro

gram

Nila

m

Tug

as-t

ugas

Kha

s

()

Tar

ikh

:....

......

......

......

......

......

......

....

......

......

......

......

......

......

......

..

BO

LAJA

RIN

G

Ben

daha

ri

Sek

olah

Men

unju

kkan

Kep

impi

nan,

Mem

bant

uG

uru

Ata

uR

akan

,Men

giku

tAra

han,

Mem

beri

Ker

jasa

ma

Mem

bant

uD

ariS

egiM

enja

yaka

nA

ktiv

itiK

elab

Suk

anD

anA

ktiv

itiS

ukan

Sek

olah

Sep

erti

Men

gam

bilB

ahag

ian

Dal

amP

erba

risan

Ata

uP

erse

mba

han,

Kum

pula

nS

orak

/Pen

yoko

ng,M

engh

ias

Khe

mah

Rum

ahS

ukan

Dan

Yan

gB

erka

itan.

12

56.3

6

INO

VA

SI/R

EK

AC

IPT

A

Pen

olon

gS

etia

usah

a

Sek

olah

Men

unju

kkan

Kep

impi

nan,

Mem

bant

uG

uru

Ata

uR

akan

,Men

giku

tAra

han,

Mem

beri

Ker

jasa

ma

Mem

bant

uD

ariS

egiM

enja

yaka

nA

ktiv

itiK

elab

Suk

anD

anA

ktiv

itiS

ukan

Sek

olah

Sep

erti

Men

gam

bilB

ahag

ian

Dal

amP

erba

risan

Ata

uP

erse

mba

han,

Kum

pula

nS

orak

/Pen

yoko

ng,M

engh

ias

Khe

mah

Rum

ahS

ukan

Dan

Yan

gB

erka

itan.

12

54.5

5

PE

RG

ER

AK

AN

TU

NA

SP

UT

ER

IIS

LAM

MA

LAY

SIA

(PP

IM)

Ahl

iBia

sa/A

hliB

erda

ftar

Sek

olah

Men

unju

kkan

Kep

impi

nan,

Men

guru

sA

ktiv

iti,

Mem

bant

uG

uru

Ata

uR

akan

,Men

unju

kkan

Min

at

Pen

glib

atan

Mur

idY

ang

Ter

libat

Dal

amA

ktiv

itiS

eper

tiP

erse

mba

han

Sel

inga

n

12

54.5

5

Ahl

i-ahl

iJ/K

uasa

Per

khid

mat

anda

nS

okon

gan

-A

JKK

ecil

Biro

/Ket

uaB

ilik

/Ket

uaD

orm

/Ket

uaT

ingk

atan

/Pen

erim

asi

jilS

LAD

/PR

OS

TA

R/

Pen

olon

gK

etua

Kel

as/P

enol

ong

Ket

uaB

ilik

/..

Akt

iviti

Ker

ohan

ian

3

5.8

Pen

glib

atan

dan

peny

erta

anan

dada

lam

aktiv

itiya

ngdi

sert

aiad

alah

mem

uask

an.A

nda

perlu

dan

mam

puun

tuk

lebi

hbe

rusa

haba

gim

enin

gkat

kan

pres

tasi

keta

hap

penc

apai

anya

ngle

bih

baik

dala

mak

tiviti

yang

dise

rtai

62.0

060

.00

60.0

0

58.4

6

D4

:B

/60

.27

D5

:C

/57

.55

D6

:C

/58

.01

PP

KI:

/

lpm
Typewritten Text
lpm
Typewritten Text
Page 29: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

TA

HU

N

Nam

a:

No.

Kad

Pen

gena

lan

/No.

Mur

id/N

o.P

aspo

rt:PE

LA

PO

RA

NP

EN

TA

KS

IRA

NS

TA

ND

AR

DK

EC

ER

GA

SA

NF

IZIK

AL

KE

BA

NG

SA

AN

SE

GA

K

AIS

YA

SO

FE

AB

INT

IAB

DU

LLA

H

PE

NG

GA

L1

SE

KO

LAH

KE

BA

NG

SA

AN

PE

ND

ITA

ZA

'BA

AB

A00

02N

ama

Sek

olah

:K

odS

ekol

ah:

Kel

as:

IBN

UK

HA

LDU

N

2017

0512

2908

1006

Nai

kT

urun

Ban

gku

(kad

arna

dise

min

it)

Tek

anT

ubi(

ulan

gan)

Rin

gkuk

Tub

iSep

ara

Jang

kaua

nM

elun

jur

(jara

k-

cm)

Jum

lah

Sko

r

Gre

d

Pen

capa

ian

JEN

ISU

JIA

N

PE

LA

PO

RA

NP

EN

TA

KS

IRA

NS

TA

ND

AR

DK

EC

ER

GA

SA

NF

IZIK

AL

KE

BA

NG

SA

AN

SE

GA

K

SK

OR

Ber

at(k

g)

BM

I

Tak

sira

n

NO

RM

AU

JIA

NK

EC

ER

GA

SA

NF

IZIK

AL

MU

RID

IND

EK

SJI

SIM

BA

DA

N

Nai

kT

urun

Ban

gku

(kad

arna

dise

min

it)

Tek

anT

ubi(

ulan

gan)

Rin

gkuk

Tub

iSep

ara

Jang

kaua

nM

elun

jur

(jara

k-

cm)

Jum

lah

Sko

r

Pen

capa

ian

Gre

d

Tin

ggi(

cm)

JEN

ISU

JIA

NS

KO

R

D D

1bi

ntan

g

31 16.5

Nor

mal

137

PE

NG

GA

L2

Tar

ikh

:....

......

......

......

......

......

.....

82123 72113

1bi

ntan

g(

)

Nam

a,T

anda

tang

anda

nca

pra

smis

ekol

ah

Tin

ggi(

cm)

BM

I

Ber

at(k

g)

Tak

sira

n

144

Nor

mal

18.3

38

Page 30: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

PELAPORAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIKINVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKeP)

TAHUN 6TAHUN 2017

NAMA : AHMAD IMAN HAZIM BIN MOHD SHIHABUDDINNO PENGENALAN DIRI : 050603160157NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 14(1)NAMA KELAS : AMBER

Bil KONSTRUK SKOR % 1. VERBAL LINGUISTIK 60 2. LOGIK MATEMATIK 80 3. INTRAPERSONAL 90 4. VISUAL RUANG 90 5. NATURALIS 60 6. INTERPERSONAL 90 7. KINESTETIK 90 8. MUZIK 80 9. EKSISTENSIAL 100

Penerangan Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP)

KONSTRUK PENERANGANVERBAL LINGUISTIK Keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam

pelbagai bentuk set komunikasi.

LOGIK MATEMATIK Keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuatpenyelesaian secara logikal.

VISUAL RUANG Bukan Verbal (pintar visual dan ruang); keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar danmenginterpretasi ruang.

MUZIK Keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik.

NATURALIS Keupayaan seseorang individu mengenalpasti, menghargai alam semulajadi.

INTRAPERSONAL Keupayaan seseorang individu memahami dan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri.

INTERPERSONAL Keupayaan seseorang individu berkomunikasi, berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain.

KINESTATIK Jasmani (pintar jasmani); Keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh.

EKSISTENTIAL Peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan.

Interpretasi Skor Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP)

INTERPRETASI SKOR SKOR DALAM PERATUSTINGGI 75% hingga 100%

SEDERHANA 50% hingga 74%

RENDAH 0% hingga 49%

Disahkan oleh,

..............................................( )Nama dan Cap Guru Besar

TARIKH :

Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

page 1 / 1

lpm
Typewritten Text
Page 31: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017
Page 32: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017

SULIT

1 SULIT

INSTRUMEN KEMAHIRAN KONSTRUK TAHAP KOMPETENSI

ProKhas 1

Kemahiran Literasi (Bahasa Melayu)

Kemahiran mendengar Kompeten Terpuji

Kemahiran menulis Kompeten Terpuji

Kemahiran membaca dan memahami maklumat Kompeten Terpuji

Kemahiran bertutur Kompeten Terpuji

Kemahiran Hidup (Jahitan)

Pengetahuan dan kefahaman Kompeten

Kemahiran aplikasi Kompeten

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Kompeten

Kemahiran Numerasi

Kemahiran asas matematik Kompeten Terpuji

Kemahiran aplikasi matematik Kompeten

Nilai Murni Amalan nilai positif bermasyarakat seperti hormat-menghormati, toleransi, kerjasama dan tolong-menolong

Kompeten Terpuji

ProKhas 2

Kemahiran Literasi (Bahasa Inggeris)

Kemahiran mendengar Kompeten

Kemahiran menulis Belum Kompeten

Kemahiran membaca dan memahami maklumat Belum Kompeten

Kemahiran bertutur Kompeten

Kemahiran Asas Sains

Pengetahuan dan kefahaman Kompeten Terpuji

Kemahiran proses sains Kompeten Terpuji

Kemahiran aplikasi Belum Kompeten

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Kompeten

Kemahiran komunikasi dan interaksi sosial Kompeten

Nilai Murni Amalan nilai positif kendiri seperti kemas, berdikari dan beradab Kompeten Terpuji

Tandatangan Guru Besar, Cop Sekolah

.........................................

Tarikh :

PELAPORAN

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN 2016

NAMA : ABU BIN HASAN ANGKA GILIRAN : 1234

NAMA SEKOLAH : SK TEMENGGONG No. KAD PENGENALAN : 123456789102

LOGO SEKOLAH

Page 33: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH · PDF filepelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ... pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai ... murid Tahun 6 2017