pelan intergeriti nasional

12
By:Nurul Murni Yanti Binti Sulaiman Pelan Intergeriti Nasional

Upload: pa3stpm

Post on 14-Jun-2015

20.447 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

Nota

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan intergeriti nasional

By:Nurul Murni Yanti Binti Sulaiman

Pelan Intergeriti Nasional

Page 2: Pelan intergeriti nasional

Satu pelan atau rancangan yang dirancang serta dilancar oleh kerajaan malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan intergeriti di kalangan semua lapisan masyarakat malaysia.

Budaya etika dan intergeriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan pelaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta berertika.

Pelan ini membolehksn kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan intergeriti masyarat .

Pelan Intergeriti Nasional .

Page 3: Pelan intergeriti nasional

INTEGRITIIntegriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

Integriti IndividuIntegriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya.

Integriti OrganisasiSelain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.

Integriti Penjawat AwamBagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.

Intergriti

Page 4: Pelan intergeriti nasional

PENJELASANNilai, Etika dan Integriti adalah tiga kata kunci terpenting yang mendasari PIN perlu diperjelaskan.

NILAISatu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakuan individu. Set pegangan ini menentukan kriteria perlakuan yang baik atau sebaliknya, yang diingini atau tidak dan positif atau negatif.

ETIKAEtika ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen.

Nilai,Etika dan Intergriti

Page 5: Pelan intergeriti nasional

Etika individuEtika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang patut dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Pemilihan antara perkara-perkara ini sentiasa berlaku semasa menjalankan tugas, dalam kehidupan sehari-hari, ataupun apabila berinteraksi dengan pihak lain.

Etika OrganisasiBagi yang bekerja dalam sesebuah organisasi, etika organisasi menjadi garis panduan baginya menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Oleh sebab organisasi berurusan dengan orang ramai, maka etika organisasi juga menuntut penjawat itu mematuhi Piagam Pelanggan.

Etika ProfesyenEtika profesyen ialah kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan tidak harus dibuat oleh pengamal profesyen berkenaan. Antara profesyen yang mempunyai kod etikanya termasuk kedoktoran, kehakiman, undang-undang, perakaunan, kewartawanan dan perguruan. Misalnya, seorang doktor atau hakim terikat dengan etika profesyen yang dipraktikkannya. Seorang editor, pengarang atau wartawan pula perlu berpegang pada etika kewartawanan dalam penyebaran maklumat melalui media. Begitu juga seorang guru mesti mematuhi etika perguruan.

Etika terbahagi kepada tiga :

Page 6: Pelan intergeriti nasional

Dilaksanakan pada 23 April 2004 oleh YAB perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaras dengan cabaran ke empat wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ,moral dan etikanya.

Masa Dilaksanakan :

Page 7: Pelan intergeriti nasional

Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu,berharmani,berintergriti,bermoral dan beretika.

Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip intergriti dan bergerak cergas menegakkan intrgriti.

Meningkatkan kesedaran,komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan intergriti supaya intergriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.

Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara.

Meningkatkan daya saing dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Objektif Khusus PIN :

Page 8: Pelan intergeriti nasional

Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Objektif Umum

Page 9: Pelan intergeriti nasional

Sistem Intergriti Nasional

Page 10: Pelan intergeriti nasional

Faktor Yang Menjejaskan Intergriti

Page 11: Pelan intergeriti nasional

RasuahKhianatBirokrasiPecah amanahMengingkari janjiPendusta atau pembohong

Kesan dan Halangan mencapai PIN

Page 12: Pelan intergeriti nasional

By:nini

SEKIAN TERIMA KASIH