pelan

15
Bilik sains merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya bagi mata pelajaran Sains di sekolah rendah. Pengurusan bilik darjah perlu dititikberatkan supaya susana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan ideal dapat diwujudkan. Kawasan pembelajaran yang kondusif merupakan platform bagi murid-murid supaya mampu belajar dengan lebih berkesan di samping meningkatkan prestasi pencapaian akademik mereka. Sesebuah bilik sains sepatutnya mempunyai ciri-ciri seperti hubungan yang saling menghormati antara guru dengan murid- muridnya, kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik sains yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah dan penimbulan perasaan kekitaan antara murid dan guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia. Selain itu, setiap murid akan mempunyai inisiatif untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan keilmuan. Pelajar digalakkan untuk berinteraksi sesama rakan dan guru terutamanya bagi masalah yang berkaitan rapat dengan objektif pelajaran yang ingin dicapai. Bilik sains juga perlu dikelolakan dengan baik, elok dipandang dan teratur. Keadaan ini memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan kepada para murid. Kemudahan ICT : Komputer, LCD, Skrin LCD Saya telah menjalani praktikum fasa II di SJK(C) Gunung Rapat. Bilik sains di sekolah adalah memuaskan tetapi saya

Upload: wee-dong-lau

Post on 21-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sce

TRANSCRIPT

Bilik sains merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran,

terutamanya bagi mata pelajaran Sains di sekolah rendah. Pengurusan bilik darjah

perlu dititikberatkan supaya susana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan

ideal dapat diwujudkan. Kawasan pembelajaran yang kondusif merupakan platform bagi

murid-murid supaya mampu belajar dengan lebih berkesan di samping meningkatkan

prestasi pencapaian akademik mereka.

Sesebuah bilik sains sepatutnya mempunyai ciri-ciri seperti hubungan yang

saling menghormati antara guru dengan murid-muridnya, kesukarelaan murid-murid

menerima aspirasi dan peraturan bilik sains yang diaturkan oleh pihak pentadbiran

sekolah dan penimbulan perasaan kekitaan antara murid dan guru sebagai sebuah

keluarga yang mesra dan bahagia. Selain itu, setiap murid akan mempunyai inisiatif

untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan keilmuan. Pelajar digalakkan untuk

berinteraksi sesama rakan dan guru terutamanya bagi masalah yang berkaitan rapat

dengan objektif pelajaran yang ingin dicapai. Bilik sains juga perlu dikelolakan dengan

baik, elok dipandang dan teratur. Keadaan ini memberi kesan cita rasa, semangat,

kesejahteraan kepada para murid.

Kemudahan ICT : Komputer, LCD, Skrin LCD

Saya telah menjalani praktikum fasa II di SJK(C) Gunung Rapat. Bilik sains di

sekolah adalah memuaskan tetapi saya telahpun menyusun atur sebuah bilik sains

yang lebih ideal dan efektif. Terdapat kemudahan ICT di dalam dalam bilik sains, iaitu

komputer, LCD dan skrin LCD. Pada era yang berpaksikan kecanggihan teknologi,

komputer merupakan sesuatu alat elektronik yang tidak dapat dipisahkan daripada

kehidupan manusia. Kemudahan tersebut mesti disediakan di dalam bilik sains bukan

sahaja kepada kegunaan guru semata-mata, tetapi juga diakses oleh murid kerana

mata pelajaran sains KSSR yang dilaksanakan sejak tahun 2011 telah bergabung

dengan aspek teknologi maklumat dan dikenali sebagai Dunia Sains dan Teknologi

(DST).

Gambar 1: Kemudahan LCD dan skrin LCD di dalam bilik sains.

Gambar 2 : Kemudahan komputer di dalam bilik sains untuk kegunaan guru.

Dengan mengaplikasikan kemudahan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

sains, murid akan lebih menarik dan menumpukan sepenuh perhatian semasa berada

di dalam kelas. Sebagai contoh, guru boleh menayangkan video yang bersesuaian

dengan tajuk yang ingin diajar semasa fasa orientasi. Hal ini demikian kerana murid-

murid akan tertarik dengan video dan gambar kerana mempunyai warna yang menarik,

animasi dan bunyi. Secara tidak langsung, guru dapat memupuk dan meningkatkan

minat murid untuk mempelajari ilmu sains. Sebelum mengakhiri sesi pengajaran dan

pembelajaran, guru juga boleh menggunakan CD mata pelajaran Sains supaya murid

berpeluang membuat aktiviti atau soalan yang disediakan. Hal ini akan dapat

mengukuhkan lagi konsep murid-murid terhadap sesuatu tajuk sains.

Meja Guru

Meja guru terletak di hadapan bilik sains. Keadaan ini memberi gambaran

bahawa guru berperanan sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua

muridnya. Meja guru amat sesuai untuk diletakkan di hadapan kelas kerana semua

murid dapat melihat guru dengan jelas. Guru juga boleh memerhatikan semua gerak-

geri murid dan menghulurkan bantuan atau memberi tunjuk ajar kepada murid yang

lemah. Meja komputer guru turut disediakan di dalam bilik sains. Meja tersebut terletak

berhampiran dengan meja guru. Oleh yang demikian, guru boleh mengendalikan

komputer dengan mudah dan menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar

yang berkesan.

Gambar 3 : Kedudukan meja guru dan meja komputer guru dalam bilik sains.

Papan Kenyataan

Papan kenyataan yang terletak di hadapan kelas mempunyai permukaan yang

luas. Oleh itu, guru dan murid boleh melekatkan gambar-gambar yang bekaitan dengan

tajuk sains sekolah rendah, hasil karya murid-murid, slogan atau kata-kata hikmah dan

jadual bertugas pada papan kenyataan tersebut. Papan kenyataan yang berkaca boleh

digunakan untuk mempamerkan spesimen haiwan. Dengan mempamerkan hasil karya

murid pada papan kenyataan, mereka akan lebih yakin pada diri sendiri dan seterusnya

meningkatkan minat terhadap mata pelajaran sains. Gambar-gambar yang berwarna-

warni pada papan kenyataan juga menarik minat murid untuk membaca. Lama

kelamaan, maklumat yang terpapar akan diingati oleh murid sebagai informasi

tambahan. Murid berpeluang menimba ilmu pengetahuan am dan tidak berperangai

seperti katak di bawah tempurung. Peraturan makmal dan langkah berjaga-jaga boleh

dilekatkan bersama-sama sebagai panduan kepada murid. Oleh yang demikian, murid

akan mematuhi peraturan bilik sains dan mempraktikkan nilai-nilai murni semasa

mengendalikan eksperimen supaya keselamatan diri dan rakan terjamin.

Gambar 4 : Papan kenyataan yang penuh dengan maklumat sains.

Gambar 5 : Spesimen haiwan dipamerkan di dalam papan kenyataan berkaca.

Tingkap dan Langsir

Tingkap di bilik sains memainkan peranan yang signifikan kerana membenarkan

sumber cahaya matahari menembusi ke dalam bilik dan membekalkan cahaya yang

mencukupi kepada murid. Keamatan cahaya yang sesuai amat penting untuk kesihatan

mata murid. Tambahan pula, tingkap memastikan murid dan guru mempunyai

pengudaraan yang optimum. Dengan bekalan oksigen yang mencukupi, murid akan

sentiasa berasa segar dan tidak mudah mengantuk semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan di dalam bilik sains. Langsir yang dipasang di dalam bilik pula

berkualiti baik dan tebal. Langsir tersebut adalah amat diperlukan apabila murid-murid

dikehendaki mengendalikan eksperimen dalam keadaan yang gelap supaya hasil

keputusan boleh diperhatikan dengan lebih jelas. Antara eksperimen yang bakal

dijalankan ialah eksperimen pergerakan cahaya dan pantulan cahaya. Kedua-dua

eksperimen ini memerlukan kawasan yang gelap untuk membuat pemerhatian yang

tepat.

Gambar 6 : Tingkap bilik sains. Gambar 7 : Langsir dipasangkan pada

tingkap.

Almari Buku

Almari buku kecil disediakan di bahagian tepi bilik. Hal ini menyumbangkan

kepada kewujudan sudut bacaan di dalam bilik sains. Pelbagai jenis buku ilmiah boleh

didapati dalam almari tersebut. Antaranya ialah buku latihan tambahan, buku cerita

tentang tokoh-tokoh ahli saintis, buku komik yang menerangkan konsep sains melalui

lukisan dan sebagainya. Buku-buku yang mudah difahami tersebut meluaskan

pengetahuan murid, di samping memupuk amalan membaca dalam kalangan murid

sejak kecil lagi. Oleh itu, murid dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang

bermanfaat dan tidak membazirkan masa.

Gambar 8 : Almari buku di dalam bilik sains.

Kabinet

Kabinet perlu wujud dalam bilik sains kerana dalam bilik sains terdapat banyak

benda yang berharga seperti microskop, spesimen dan alat-alat sains yang lain.

Kabinet yang diletakkan dalam bilik sains perlulah boleh dikunci kerana guru sains

dapat menyimpan peralatan ini dalam kabinet supaya barang yang berharga ini dapat

disimpan dengan selamat dan tidak akan dicuri dan dirosakkan. Kabinet juga penting

kerana guru boleh menyimpan peralatan secara teratur dan semua peralatan mesti

dilabelkan supaya tidak berselerak dan kelihatan kemas. Selain itu, guru sains juga

dapat mencari dan menggunakan peralatan dengan mudah dan senang. Radas dan

alat haruslah lengkap dan dapat menampung keperluan semua pelajar. Hal ini demikian

kerana pelajar dapat menggunakan alat dan radas untuk menjalankan eksperimen

supaya mereka melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran, di

samping dapat mengukuhkan pengetahuan yang dipelajari. Guru juga boleh memupuk

amalan baik pelajar iaitu meletakkan radas dan alatan yang telah digunakan ke tempat

asalnya. Dalam bilik sains, kabinet diletakkan di belakang kelas. Tindakan ini

merupakan keputusan yang wajar dan tepat kerana kabinet merupakan peralatan yang

besar dan berat. Kabinet harus diletakkan di belakang kelas supaya tidak mengganggu

pergerakan pelajar dan penglihatan pelajar. Saya bersetuju dengan keputusan ini, oleh

itu, saya tidak melakukan sebarang pengubahsuaian.

Gambar 9 : Kabinet besar untuk menyimpan radas-radas terletak di belakang bilik.

Sinki

Sinki merupakan tempat untuk mencuci peralatan dan tangan. Semasa

menjalankan eksperimen dan aktiviti sains, murid mungkin akan mengotorkan

tangannya dan perlu membersihkan tangan serta-merta. Dengan kemudahan sinki air di

dalam bilik sains, murid boleh mencuci tangan dan alat radas yang telah digunakan.

Murid-murid juga dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu berjalan kaki ke tandas

yang jauh. Hal ini bukan sahaja memudahkan murid, tetapi guru juga mampu

mengawal kelas dengan lebih baik. Selain itu, keselamatan murid juga terjami kerana

murid boleh mengelakkan diri daripada memecahkan peralatan ataupun radas dalam

perjalanan ke tandas. Bahkan, guru juga dapat menjaga keselamatan pelajar dan

mengambil tindakan dengan cepat sekiranya kemalangan yang tidak diingini berlaku.

Sinki diletakkan di belakang kelas dan kedudukannya jauh daripada plag elektrik.

Hal ini demikian untuk menjamin keselamatan murid kerana kemalangan yang

berpunca daripada elektrik mungkin akan berlaku atas kecuaian murid. Kedudukan sinki

adalah strategik kerana pelajar yang perlu mencuci tangan hanya perlu berjalan ke

belakang kelas dan tidak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran

kelas. Oleh itu, saya tidak mengubah kedudukan sinki dalam bilik sains.

Gambar 10 : Sinki yang terletak di belakang bilik sains.

Pengubahsuaian

Meja Komputer Murid

Murid juga seharusnya diberi peluang untuk mengakses komputer. Oleh yang

demikian, saya bercadang untuk menyediakan meja komputer murid di bahagian tepi

kelas. Dengan berbuat sedemikian, murid boleh melayari internet semasa waktu sains

untuk mendapatkan maklumat lanjutan tentang tajuk atau tugasan yang diarahkan oleh

guru. Perbuatan tersebut juga memanfaatkan murid yang tidak berkemampuan dan

tidak mempunyai komputer di rumah kerana memberi peluang dan mendedahkan

mereka kepada kemudahan teknologi sejak kecil lagi.

Plag Elektrik

Plag elektrik disediakan di bahagian hadapan bilik sains. Kedudukan soket

elektrik adalah sesuai kerana terletak menjauhi sinki air. Selain itu, plag yang

disediakan adalah berhampiran dengan komputer. Oleh itu, wayar yang panjang tidak

akan bersepah-sepah di atas lantai. Dengan berbuat sedemikian, murid atau guru boleh

mengelakkan diri daripada jatuh akibat tersangkut wayar. Namun, bilangan plag elektrik

adalah tidak mencukupi. Sekiranya komputer murid disediakan di dalam bilik sains,

bilangan plag haruslah diperbanyakkan. Hal ini akan dapat mengelakkan guru dan

murid membuat sambungan yang terlalu banyak pada satu punca elektrik bagi

menjamin keselamatan diri dan orang lain.

Gambar 11 : Plag elektrik terletak berhampiran dengan komputer guru.

Rak Penyimpanan Carta

Bilik sains menyediakan suatu rak untuk menyimpan carta atau bahan bantu

mengajar. Namun, rak tersebut adalah tidak kemas dan memakan ruang yang besar.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya pihak berkuasa menyediakan

penggantung carta di bahagian hadapan kelas supaya carta-carta yang dibeli tidak

berselerak di atas lantai. Di sebaliknya, carta dapat memainkan peranannya sebagai

bahan bantu mengajar yang berkesan. Carta yang berwarna-warni dan ringkas

memudahkan murid memahami sesuatu konsep sains. Pengurusan grafik juga boleh

mengukuhkan konsep sains yang diajar kepada murid-murid dan dapat memanjangkan

jangka ingatan sesuatu maklumat secara tidak langsung.

Gambar 12 : Rak yang menyimpan carta-carta kelihatan tidak kemas.

Meja dan Kerusi Pelajar

Meja pelajar di dalam bilik sains disusun dengan cara tradisional. Kedudukan

tersebut mengehadkan interaksi antara murid dengan murid. Oleh yang demikian, saya

berpendapat bahawa susun atur meja dalam bilik sains seharusnya berbeza dengan

kelas lain. Saya mencadangkan bahawa kedudukan meja dan kerusi diubahsuai

kepada kedudukan berkumpulan, di mana murid dapat duduk bersemuka dengan

rakannya dalam suatu kumpulan kecil.

Dengan berbuat sedemikian, pendekatan konstruktivisme mudah tercapai. Hal ini

demikian kerana kedudukan meja dan kerusi secara berkumpulan menggalakkan

pembelajaran koperatif. Murid-murid bukan sahaja menerima ilmu pengetahuan

daripada guru, tetapi juga menjalankan perbincangan dan saling bertukar pendapat

sesama ahli kumpulan. Secara tidak langsung, murid-murid menyemai nilai hormat-

menghormati antara satu sama lain dan bersikap keterbukaan kerana sudi menerima

dan memberi kritikan daripada orang lain. Kedudukan secara berkumpulan mewujudkan

kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang

dalam kalangan murid. Tidak dapat dinafikan bahawa emosi yang tenang

memaksimumkan pembelajaran di dalam kelas.

Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Satu

cara paling mudah untuk mengagihkan tempat duduk adalah mengikut giliran abjad

nama murid. Penyusunan tersebut akan mengurangkan masalah disiplin dalam kelas di

mana muridnya terdiri daripada jantina yang berlainan. Hal ini demikian kerana murid-

murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama-sama dan suka berbuat

bising di dalam kelas sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru juga seharusnya bijak menentukan kedudukan murid mengikut perbezaan

kebolehan mereka. Program mentor-mentee boleh dilaksanakan di dalam kelas. Murid

yang bijak dikehendaki berduduk sekumpulan dengan murid yang lemah supaya dapat

meningkatkan prestasi murid tersebut.

Gambar 11 : Penyusunan meja dan kerusi secara tradisional.

Meja Panjang

Meja panjang boleh diletakkan di belakang bilik sains kerana terdapat masih

terdapat ruangan kosong di bahagian belakang. Sebelum memulakan eksperimen

masing-masing, guru boleh mengarah murid bergerak mengikut kumpulan ke meja

panjang untuk memerhatikan demonstrasi guru. Setelah eksperimen dijalankan, murid

boleh kembali semula radas-radas ataupun meletakkan hasil eksperimen mereka di

atas meja panjang untuk perbincangan selanjutnya. Hasil eksperimen yang

memerlukan pemerhatian selama 4-5 hari turut boleh diletakkan di atas meja panjang.

Alat Pemadam Api

Alat pemadam api merupakan peralatan infrastruktur yang mesti dibekalkan

dalam bilik sains kerana semasa pelajar melakukan esperimen yang melibatkan bahan

kimia dan api, kebakaran mungkin akan berlaku pada bila-bila masa sahaja kerana

malang tidak berbau. Masalahnya, alat pemadam api diletakkan di luar bilik sains.

Perlakuan ini ialah tidak betul kerana kemungkinan besar guru tidak dapat mencapai

alat pemadam api dengan segera sekiranya kebakaran berlaku dalam bilik sains. Oleh

itu, saya mencadangkan bahawa alat pemadam api seharusnya disediakan di dalam

bilik sains dan diletakkan di tempat yang senang dilihat. Hal ini demikian kerana alat

pemadam api berperanan penting untuk memadam api sekiranya kebakaran berlaku

dalam bilik sains.

Gambar 12 : Alat pemadam api terletak di luar

bilik sains.

Peti kecemasan

Peti kecemasan juga merupakan barang ataupun peralatan yang mesti

dilengkapi dalam bilik sains. Tetapi, selepas memerhati bilik sains sekolah ini, saya

mendapati bahawa peti kecemasan tidak disediakan di dalam bilik sains. Jadi, saya

mencadangkan bahawa sekolah membeli peti kecemasan yang lengkap dengan ubat-

ubat dan alat kecemasan. Seterusnya, peti kecemasan tersebut heruslah diletakkan di

hadapan bilik sains bagi mengatasi sebarang situasi kecemasan. Peti kecemasan yang

lengkap mesti disediakan kerana murid-murid terdedah kepada radas dan bahan yang

berbahaya semasa menjalankan eksperimen. Murid mungkin akan tercedera ataupun

terluka semasa menjalankan eksperimen. Oleh itu, guru bolehlah menggunakan ubat-

ubatan dalam peti kecemasan dan memberi rawatan kecemasan yang sesuai kepada

murid. Hal ini akan dapat mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan murid sebelum

mereka mendapat rawatan yang selanjutnya di klinik.

Model Kerangka Tulang

Pada asalnya, bilik sains tidak mempunyai model kerangka tulang manusia. Oleh

yang demikian, saya mencadangkan model kerangka tulang manusia diletakkan di bilik

sains kerana model tersebut merupakan bahan bantu mengajar yang sesuai kerana

membolehkan kanak-kanak menerokai dan memahami tentang pengetahuan sains dari

aspek Biologi. Pengubahsuaian ini juga membolehkan anak murid memahami struktur

badan dan struktur tulang badan manusia. Murid juga berpeluang memahami dan

mengenali badan sendiri dengan lebih mendalam dan meluas.

Bakul sampah

Pada asalnya, satu bakul sampah yang diletakkan di belakang kelas sahaja.

Bakul sampah mestilah diletakkan dalam bilik sains kerana kadang kala pelajar perlu

membuang sampah sarap ke dalam tong sampah. Saya mencadangkan bahawa

bilangan bakul sampah diperbanyakkan dan diletakkan di setiap kumpulan meja pelajar.

Hal ini akan memudahkan murid untuk membuang sampah semasa mereka

menjalankan aktiviti kumpulan. Selain itu, pengubahsuaian ini juga akan memastikan

bilik sains sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Secara tidak langsung,

tindakan ini akan meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga

kebersihan alam sekeliling dan alam sekitar. Amalan yang betul dan positif seperti

menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata juga dapat disemai

dalam kalangan murid.