pelaksanaan proses kreatif terarah menerusi pelbagai strategi pembelajaran dapat merangsang...

2

Click here to load reader

Upload: nicole-buckley

Post on 30-Nov-2015

259 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelaksanaan Proses Kreatif Terarah Menerusi Pelbagai Strategi Pembelajaran Dapat Merangsang Pembelajaran Yang Lebih Efektif Dan Menarik

Pelaksanaan Proses Kreatif Terarah menerusi pelbagai strategi pembelajaran dapat merangsang pembelajaran yang lebih efektif dan menarik. Persediaan guru yang sempurna menjadi faktor utama menjayakan keseluruhan proses pendidikan di bilik darjah.

Model proses kreatif terarah mempunyai empat fasa iaitu persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran Konstruktivisme:

PersediaanOrientasi idea berasaskan pengetahuan sedia adaImaginasi Penstrukturan idea, meneroka, menjelas, konstruk idea baruPerkembangan Penjelasan lanjut dan aplikasi ideaTindakan Membuat penilaian dengan mengkaji semua perubahan idea dan penyiasatan lanjutan

Berdasarkan RPH berasaskan model konstruktivisme 5 fasa Needham yang telah dibuat, ia dapat dikaitkan dengan model 5 fasa terarah yang disarankan dalam KSSR.

Dalam fasa orientasi guru memulakan pengajaran dengan meminta murid untuk cuba mengingat 5 aktiviti yang dilakukan pada minggu sebelumnya. Ini merupakan fasa persediaan dalam model 4 fasa kreativiti terarah di mana indicator amalannya ialah mengenalpasti situasi.

Dalam fasa pencetusan idea pula, guru menayangkan slaid yang mengandungi carta situsi dan meminta murid untuk menyatakan alat yang diperlukan bagi mengatasi setiap situasi. Dalam model 4 fasa kreativiti terarah ini merupakan fasa imaginasi di mana penjanaan idea dan proses penerokaan berlaku. Indicator amalan yang terlibat ialah mengumpul maklumat berdasarkan criteria tertentu.

Seterusnya dalam fasa penstrukturan semula idea, guru menayangkan slaid dan meminta murid untuk melakukan aktiviti secara kumpulan. Ini merupakan fasa perkembangan dalam model 4 fasa kreativiti terarah. Indicator amalan yang terlibat ialah member pelbagai penerangan rasional tentang idea. Dimana murid membuatPenambahbaikan untuk mengembangkan atau mempelbagaikan sesuatu idea untukmeningkatkan mutu atau keindahan hasil karya atau ciptaan.

Dan yang terakhir iaitu fasa keempat dalam model 4 fasa kreativiti terarah adalah fasa tindakan. Dalam model pembelajaran 5 fasa Needham ia berada dalam fasa aplikasi idea. Di sini guru memberikan soalan kuiz kepadamurid