pelaksanaan program transisi bagi …worldconferences.net/proceedings/gse2015/paper gse15/g...

12
Proceeding of the 3 rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 672 PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI BAGI MEMPERSIAPKAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (BPKMP) KE ALAM KERJAYA Siti Nor Idayu Mohd Nassir dan Mohammad Hisyam Mohd Hashim Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia [email protected] ABSTRAK Cabaran paling besar bagi golongan berkeperluan khas di Malaysia pada hari ini adalah mendapat peluang pekerjaan di mana laluan kerjaya untuk mereka adalah kurang jelas. Walaubagaimanapun, program transisi kerjaya yang telah dijalankan untuk murid Berkeperluan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (BPKMP) sudah dapat dibuktikan berjaya melatih mereka yang berkemahiran dan mampu bekerja melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah menengah harian. Kajian ini bertujuan untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan program transisi kerjaya murid BPKMP di PPKI sekolah menengah. Oleh itu, kajian ini dijalankan menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif dan strategi penyelidikan kajian kes melalui pendekatan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kaedah persampelan bertujuan digunakan iaitu peserta yang bersesuaian seramai sebelas orang dipilih untuk menjawab persoalan kajian melalui kaedah temubual tidak berstruktur. Sebuah PPKI, SMK Mawar dipilih sebagai lokasi kajian kerana merupakan salah sebuah sekolah rintis bagi program transisi di peringkat Bahagian Pendidikan Khas (BPK). Selain itu, sekolah tersebut juga melibatkan semua murid BPKMP bagi melatih mereka dengan bidang kemahiran mengikut potensi individu sebagai persediaan ke alam kerjaya dan berjaya menghasilkan murid yang mendapat pekerjaan serta mengekalkan pekerjaan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh amalan terbaik yang diterapkan iaitu sekolah, perancangan berpusatkan murid, penglibatan keluarga, kolaborasi antara agensi dan pelbagai disiplin, struktur program, perkembangan murid dan kesediaan pengalaman kerja murid. Kata Kunci: Murid BPKMP, Program Transisi Kerjaya Murid BPKMP ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Pendidikan khas memainkan peranan penting dalam membantu golongan Berkeperluan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (BPKMP) menghadapi cabaran dalam pembelajaran sehinggalah memasuki alam pekerjaan (Nasri, Hamzah & Udin, 2010). Sebanyak 738 buah sekolah menengah arus perdana yang melaksanakan PPKI (KPM, 2013). Oleh itu, KPM (2012) menyatakan bahawa mereka sedar tentang kepentingan menyediakan pendidikan yang sesuai untuk murid berkeperluan khas di mana golongan ini mungkin lebih sesuai menggunakan kurikulum vokasional bagi menyediakan golongan tersebut dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik sedia ada. Secara amnya, golongan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mempunyai keupayaan fizikal yang boleh dilatih melalui pendidikan vokasional supaya dapat digunakan dalam pekerjaan- pekerjaan tertentu (Daros, Nordin & Saud, 2012). Menurut Williams-Diehm & Lynch (2007), program transisi merupakan satu gabungan aktiviti untuk murid dari sekolah ke aktiviti selepas tamat sekolah. Gabungan aktiviti tersebut merujuk kepada keperluan murid secara individu, dengan mengambil kira pilihan dan minat murid, termasuklah arahan, pengalaman komuniti, perkembangan perkerjaan dan

Upload: ngokhanh

Post on 12-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI BAGI …worldconferences.net/proceedings/gse2015/paper gse15/G 080... · dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan

Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 672

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI BAGI MEMPERSIAPKAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (BPKMP)

KE ALAM KERJAYA

Siti Nor Idayu Mohd Nassir dan Mohammad Hisyam Mohd Hashim Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia [email protected]

ABSTRAK

Cabaran paling besar bagi golongan berkeperluan khas di Malaysia pada hari ini adalah mendapat peluang pekerjaan di mana laluan kerjaya untuk mereka adalah kurang jelas. Walaubagaimanapun, program transisi kerjaya yang telah dijalankan untuk murid Berkeperluan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (BPKMP) sudah dapat dibuktikan berjaya melatih mereka yang berkemahiran dan mampu bekerja melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah menengah harian. Kajian ini bertujuan untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan program transisi kerjaya murid BPKMP di PPKI sekolah menengah. Oleh itu, kajian ini dijalankan menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif dan strategi penyelidikan kajian kes melalui pendekatan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kaedah persampelan bertujuan digunakan iaitu peserta yang bersesuaian seramai sebelas orang dipilih untuk menjawab persoalan kajian melalui kaedah temubual tidak berstruktur. Sebuah PPKI, SMK Mawar dipilih sebagai lokasi kajian kerana merupakan salah sebuah sekolah rintis bagi program transisi di peringkat Bahagian Pendidikan Khas (BPK). Selain itu, sekolah tersebut juga melibatkan semua murid BPKMP bagi melatih mereka dengan bidang kemahiran mengikut potensi individu sebagai persediaan ke alam kerjaya dan berjaya menghasilkan murid yang mendapat pekerjaan serta mengekalkan pekerjaan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh amalan terbaik yang diterapkan iaitu sekolah, perancangan berpusatkan murid, penglibatan keluarga, kolaborasi antara agensi dan pelbagai disiplin, struktur program, perkembangan murid dan kesediaan pengalaman kerja murid.

Kata Kunci: Murid BPKMP, Program Transisi Kerjaya Murid BPKMP

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Pendidikan khas memainkan peranan penting dalam membantu golongan Berkeperluan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (BPKMP) menghadapi cabaran dalam pembelajaran sehinggalah memasuki alam pekerjaan (Nasri, Hamzah & Udin, 2010). Sebanyak 738 buah sekolah menengah arus perdana yang melaksanakan PPKI (KPM, 2013). Oleh itu, KPM (2012) menyatakan bahawa mereka sedar tentang kepentingan menyediakan pendidikan yang sesuai untuk murid berkeperluan khas di mana golongan ini mungkin lebih sesuai menggunakan kurikulum vokasional bagi menyediakan golongan tersebut dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik sedia ada. Secara amnya, golongan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mempunyai keupayaan fizikal yang boleh dilatih melalui pendidikan vokasional supaya dapat digunakan dalam pekerjaan-pekerjaan tertentu (Daros, Nordin & Saud, 2012). Menurut Williams-Diehm & Lynch (2007), program transisi merupakan satu gabungan aktiviti untuk murid dari sekolah ke aktiviti selepas tamat sekolah. Gabungan aktiviti tersebut merujuk kepada keperluan murid secara individu, dengan mengambil kira pilihan dan minat murid, termasuklah arahan, pengalaman komuniti, perkembangan perkerjaan dan

Page 2: PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI BAGI …worldconferences.net/proceedings/gse2015/paper gse15/G 080... · dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan

Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 673

pelbagai objektif kehidupan alam dewasa selepas tamat persekolahan. Seterusnya, perkembangan transisi yang telah dijalankan dapat dilihat berdasarkan persoalan apa, di mana dan bagaimana murid BPKMP menjalankan kehidupan seharian dan bekerja sebagai orang dewasa (Kiarie, 2006). Selain itu, program transisi yang dijalankan bagi setiap kategori kecacatan haruslah mempunyai reka bentuknya sendiri kerana perkhidmatan yang dibina melalui program transisi tersebut banyak menekankan dalam aspek pemilihan bidang kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan individu (Daros et al., 2012).

2. Murid BPKMP

Mohamed (2005) menjelaskan antara kecacatan yang dialami oleh murid BPKMP adalah seperti lembam iaitu yang disebabkan kecacatan otak, autistik, down sindrom, terencat akal ringan atau terencat akal sederhana. Selain itu, mereka juga merupakan golongan yang telah disahkan oleh pakar perubatan sama ada hiper aktif, hipo aktif, cerebral palsy, bermasalah emosi atau tingkah laku, bermasalah pertuturan, epilepsi atau melibatkan pelbagai kecacatan. Secara amnya, golongan BPKMP bukannya golongan yang terlalu lemah sehingga tidak dapat berbuat apa-apa pekerjaan. Jika mereka adalah golongan yang bermasalah fizikal, akal mereka masih boleh digunakan, manakala jika mereka bermasalah dalam pembelajaran, fizikal mereka masih lagi boleh digunakan (Daros et al., 2012). Mereka perlu dibimbing agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas (Peter et al., 2010) iaitu ke arah kehidupan bermakna.

Murid BPKMP sebenarnya perlu diberi perhatian dan galakkan supaya dapat memberi sumbangan kepada negara kerana murid ini merupakan sumber tenaga yang bakal dijanakan bagi mencapai kemajuan negara (Hassan et al., 2006). Di samping itu, murid BPKMP juga perlu dilatih dengan kemahiran komunikasi, kemahiran mengawal diri serta memupuk keyakinan diri yang tinggi bagi membolehkan mereka berdikari dan bersedia untuk bekerja selain tumpuan terhadap bidang akademik yang jelas menunjukkan kelemahan mereka dari segi ingatan jangka pendek dan kefahaman yang sangat lemah (Isa et al., 2009). Salleh, Abdullah & Buang (2001) juga berpendapat bahawa jika golongan berkeperluan khas ini diberi latihan yang sesuai dengan tahap keupayaan berdasarkan kemampuan mereka secara individu, serta memberikan motivasi dan dorongan, kumpulan ini mungkin akan menjadi pekerja yang lebih baik dan setia kepada negara.

3. Program Transisi Kerjaya Murid BPKMP

Menurut Ahmad (2004), ‘transisi’ ditakrifkan sebagai masa yang dihadapi oleh mereka yang kurang upaya selepas meninggalkan bangku sekolah sehingga mendapat pekerjaan. Namun begitu, transisi mengikut konteks murid BPKMP adalah satu gabungan aktiviti untuk murid, melalui hasil dapatan daripada orientasi yang membentuk pergerakan dan sekolah ke aktiviti selepas tamat sekolah termasuk pendidikan selepas menengah, latihan vokasional, integrasi pekerjaan secara berterusan, pendidikan dan perkhidmatan dewasa, hidup berdikari serta penglibatan komuniti (William-Diehm & Lynch, 2007). Sehubungan dengan itu, program transisi ke arah kerjaya murid BPKMP merupakan gabungan aktiviti berdasarkan keperluan murid secara individu, dengan mengambil kira pilihan dan minat murid serta mengikut pasaran kerja, termasuklah arahan, pengalaman komuniti, perkembangan pekerjaan dan pelbagai objektif kehidupan alam dewasa selepas tamat persekolahan seterusnya mempunyai masa depan dengan mendapat pekerjaan yang sesuai (Polloway, Patton & Serna, 2001).

Page 3: PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI BAGI …worldconferences.net/proceedings/gse2015/paper gse15/G 080... · dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan

Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 674

Bagi negara-negara luar seperti Amerika dan Britain, mereka menggunakan Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA. Melalui akta ini konsep pendidikan untuk semua dan pendemokrasian pendidikan diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan keperluan pendidikan anak-anak mereka (Kritzer, 2012; Paul, 2011; Worrell & Taber, 2009; Cheng & Pong, 2010). IDEA juga memberi keutamaan kepada Malaysia untuk melaksanakan pelan peralihan dan latihan vokasional untuk murid BPKMP dan polisi pendidikan khas berkaitan perkhidmatan transisi telah berkembang dengan nyata. Selain itu, IDEA juga menyatakan bahawa perkhidmatan transisi mestilah mempertimbangkan minat, pilihan dan keperluan murid seterusnya meminta agar Rancangan Pendidikan Individu (RPI) disertakan dengan komponen transisi yang spesifik seperti kenyataan mengenai keperluan perkhidmatan transisi dan agensi yang terlibat (Williams-Diehm & Lynch, 2007). Program transisi sekolah ke kerjaya bagi murid BPKMP dibentuk berasaskan dengan latihan vokasional di sekolah menengah teknik dan vokasional dan dirancang dengan lebih spesifik kerana mengambil kira keupayaan dan kebolehan individu berkeperluan khas (Hamdan, 2003).

Terdapat beberapa perkara yang menjadi penentu kejayaan program transisi kerjaya murid BPKMP iaitu perancangan berpusatkan pelajar, perkembangan pelajar, kolaborasi antara agensi dan pelbagai disiplin, penglibatan keluarga dan struktur program (Kohler & Field, 2003). Selain itu, bagi membolehkan program transisi kerjaya murid BPKMP dapat dilaksanakan dengan berkesan, Standard Transisi dan Petunjuk Kualiti untuk Pendidikan Menengah dan Transisi (Kedewasaan) yang telah digunakan oleh Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat juga dijadikan sebagai rujukan bagi menyokong amalan yang telah digariskan kerana ianya dilaksanakan terhadap murid berkeperluan khas yang merujuk kepada IDEA. Terdapat lima perkara yang menjadi kunci kejayaan dan amalan transisi ke arah kedewasaan pelajar berkeperluan khas iaitu sekolah, kesediaan pengalaman kerja, perkembangan kedewasaan dan kepimpinan, penglibatan ibu bapa dan aktiviti berkaitan (Blackmon, 2007).

4. Metodologi

4.1 Reka Bentuk Kajian

Penyelidikan ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dan strategi penyelidikan kajian kes bagi mencapai tujuan penyelidikan iaitu untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan program transisi kerjaya murid BPKMP di PPKI sekolah menengah di Malaysia. Kes yang dipilih dalam penyelidikan ini ialah pelaksanaan program transisi bagi mempersiapkan murid BPKMP ke arah kerjaya. Reka bentuk ini dipilih adalah disebabkan masalah yang ingin dikaji berkait dengan bidang pendidikan yang melibatkan manusia dalam konteks tertentu yang memerlukan penyelesaian yang realistik dan berasas.

4.2 Peserta & Lapangan Kajian

Dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan kaedah persampelan bertujuan iaitu peserta yang bersesuaian seramai 11 orang digunakan untuk menjawab persoalan kajian melalui kaedah temubual tidak berstruktur. Pemilihan peserta kajian merangkumi pengalaman individu dalam dunia pendidikan khas dan dalam program transisi kerjaya murid BPKMP. Seterusnya penyelidik menggunakan snowball sampling iaitu dengan mendapatkan peserta kajian seterusnya berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada peserta kajian sebelum. Namun demikian, proses pemilihan dan bilangan peserta kajian adalah berdasarkan kepada tahap ketepuan yang dicapai semasa proses pengumpulan data sedang dijalankan. Apabila data didapati telah tepu, penyelidik telah menamatkan proses pengumpulan data. Lapangan kajian yang dipilih adalah sebuah PPKI sekolah

Page 4: PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI BAGI …worldconferences.net/proceedings/gse2015/paper gse15/G 080... · dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan

Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 675

menengah, SMK Mawar yang merupakan sekolah rintis bagi program transisi kerjaya dan kedewasaan.

4.3 Pengumpulan Data

Penyelidikan ini menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data yang melibatkan penyelidik berada di tempat kajian. Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah temu bual tidak berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Penyelidik adalah instrumen utama bagi penyelidikan ini. Keterlibatan secara langsung di tempat yang dikaji membolehkan penyelidik mendengar, melihat dan mengalami realiti sebagaimana yang dialami oleh peserta kajian (Lebar, 2009). Penyelidik yang juga seorang guru pendidikan khas di PPKI sekolah menengah, memudahkan proses mengumpul dan menginterpretasi data bagi mendapatkan pemahaman yang jelas dan mendalam berdasarkan persoalan kajian yang ingin dijawab. Hal ini juga memudahkan penyelidik untuk mempunyai hubungan yang baik dengan peserta kajian.

4.4 Analisis Data

Menurut Strauss & Corbin (1998), analisis adalah interaksi di antara penyelidik dan data. Dalam kajian kes kualitatif ini, analisis data yang dilakukan menggunakan proses yang berterusan dari permulaan kajian dengan penggunaan perisian NVivo dalam menyimpan dan mengekod data, membentuk sistem klasifikasi, mencari perhubungan dan menghasilkan grafik. Penggunaan perisian ini adalah bertujuan untuk membantu penyelidik menyimpan analisis data awalan yang belum diinterpretasi. Walaupun perisian tersebut mampu dengan pantas dan mudah membentuk kod-kod dan membuat carian data-data yang dikehendaki, namun ia tidak boleh menginterpretasi secara mendalam yang melibatkan penerokaan dan pencarian makna (Lebar, 2009). Menjadi tanggungjawab penyelidik sepenuhnya untuk menginterpretasi data secara mendalam berdasarkan semua data yang diperolehi daripada pelbagai kaedah pengutipan data yang dibuat.

Pengumpulan dan analisis data berjalan serentak supaya dapat membina interpretasi data yang mempunyai kesinambungan seterusnya dapat membentuk konsep-konsep tertentu dalam pelaksanaan program transisi kerjaya murid BPKMP. Penyelidik menggunakan soalan kajian awalan dan literatur yang berkaitan yang telah dibentuk di peringkat awal untuk menyediakan panduan dalam menganalisis data. Perancangan awal ini boleh dijadikan asas dalam pembentukan kod dan konsep bagi analisis data selanjutnya. Kaedah analisis yang boleh dijadikan panduan oleh penyelidik adalah dengan merujuk dan mengadaptasikan peringkat-peringkat di dalam analisis data grounded theory. Namun begitu, penyelidik hanya menggunakan dua peringkat analisis data yang diadaptasikan dari peringkat analisis data grounded theory iaitu peringkat pengkodan dan pembinaan konsep. Hal ini adalah kerana penyelidik berpendapat sudah memadai dengan menggunakan dua peringkat analisis data ini kerana strategi penyelidikan kajian kes sekadar untuk menjana kategori bagi pembentukan konsep untuk menghasilkan sebuah Kerangka Amalan Transisi Kerjaya Murid BPKMP. Selain itu, proses analisis yang dilakukan juga merujuk kepada tiga tugasan utama yang telah berjaya digunakan oleh Malakolunthu (2001) dalam kajiannya terhadap bidang pendidikan iaitu pembersihan data, memahami data dan penghasilan kategori analitikal dan konsep.

5. Dapatan & Perbincangan

5.1 Amalan Terbaik Program Transisi Kerjaya Murid BPKMP

Berdasarkan dapatan kajian, antara amalan terbaik berdasarkan pelaksanaan program transisi kerjaya murid BPKMP di sekolah tersebut adalah sekolah, perancangan berpusatkan murid BPKMP, penglibatan keluarga, kolaborasi antara agensi dan pelbagai disiplin, struktur program,

Page 5: PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI BAGI …worldconferences.net/proceedings/gse2015/paper gse15/G 080... · dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan

Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 676

perkembangan murid BPKMP dan kesediaan pengalaman kerja murid BPKMP. Amalan-amalan ini menjadi kunci kepada keberkesanan pelaksanaan program transisi bagi mempersiapkan murid BPKMP ke alam kerjaya. Hal ini adalah kerana sekolah ini telah berjaya melahirkan ramai murid yang mendapat pekerjaan dan masih mengekalkan pekerjaan tersebut.

5.1.1 Sekolah

Sekolah yang mempunyai PPKI merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab menguruskan pendidikan murid BPKMP. PPKI yang merupakan sebuah program di bawah seliaan sesebuah sekolah perlu menyediakan murid BPKMP dengan bidang pendidikan ke arah kehidupan bermakna mereka. Menurut peserta kajian, peranan PPKI sekolah menengah adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai advokasi diri untuk hidup bermasyarakat iaitu satu peralihan dari sekolah ke kerjaya. Oleh yang demikian, sekolah berperanan memberi sokongan kepada PPKI dalam menjalankan program transisi ke arah kerjaya untuk murid BPKMP. Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan, pihak pentadbiran sekolah ini berperanan dengan baik bagi memastikan PPKI menjalankan program transisi kerjaya yang telah dirancang.

Pihak sekolah berperanan dalam memastikan PPKI menjalankan proses PdP mengikut peraturan dan kurikulum yang telah ditetapkan oleh BPK. PPKI sekolah tersebut telah mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan sekolah bagi melaksanakan Program Keusahawanan dalam bidang masakan berdasarkan kurikulum Kemahiran Hidup Masakan dan kraftangan berdasarkan kurikulum Pendidikan Seni. Melalui temu bual dan pemerhatian yang dijalankan, guru pendidikan khas akan memainkan peranan sebagai fasilitator dan bertindak sebagai pengurus bagi membolehkan murid dilatih menjadi seorang pekerja yang dapat mengaplikasikan kemahiran untuk tujuan pekerjaan dengan baik di industri.

Peserta kajian memaklumkan bahawa program tersebut dibenarkan dijalankan tiga kali seminggu dengan persetujuan pentadbiran sekolah dan pihak kantin. Program Keusahawanan tersebut dijalankan pada waktu rehat murid aliran perdana mengikut butiran yang telah dinyatakan di dalam kertas cadangan. Penyediaan dan penjualan makanan seperti wedges merupakan satu bidang yang berkait dengan industri penyediaan dan pembuatan makanan. Kejayaan sekolah melaksanakan program tersebut dapat dibuktikan dengan dapat menghantar murid untuk menjalani latihan industri di tempat yang berkaitan dan murid dapat diserapkan menjadi pekerja tetap serta kekal bekerja. Penilaian yang direkodkan di dalam RPI murid adalah supaya mereka dapat menjadi pekerja tetap. Penggunaan RPI ini sangat penting kerana ianya merupakan satu syarat dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas. Di samping itu, melalui RPI tersebut, murid BPKMP akan dinilai dan ditentukan arah tuju pekerjaan mereka dengan menghantar mereka menjalani latihan industri atau ke kolej kemahiran.

Menurut peserta kajian, sebelum latihan industri dijalankan, perbincangan akan dibuat di antara tiga pihak iaitu pihak sekolah, ibu bapa dan industri. Seterusnya semua pihak perlu menandatangani surat perjanjian sebagai langkah keselamatan. Sekolah hanya berperanan sebagai pemantau dan pembantu sepanjang program tersebut dijalankan. Keluarga dan pihak majikan bertanggungjawab menguruskan program latihan murid BPKMP. Ini adalah kerana program tersebut melibatkan kawasan di luar sekolah. Seterusnya, segala laporan pencapaian murid BPKMP yang menjalani program transisi tersebut akan dirujuk terlebih dahulu kepada pihak pentadbir sekolah untuk tindakan selanjutnya. Pihak sekolah akan membuat perbincangan dengan keluarga sekiranya anak mereka layak untuk bekerja kerana memerlukan murid menamatkan persekolahan sekiranya umur mereka layak untuk bekerja bagi membolehkan mereka menerima elaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Page 6: PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI BAGI …worldconferences.net/proceedings/gse2015/paper gse15/G 080... · dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan

Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 677

Peserta kajian menyatakan bahawa pihak sekolah hanya menjadi pemudah cara dan sebagai juru runding di antara pihak majikan dan keluarga. Segala keputusan adalah bergantung kepada murid dan keluarga. Sekiranya murid BPKMP yang menjalani latihan berjaya diserapkan ke pekerjaan, matlamat sekolah dapat dicapai kerana dapat menempatkan murid dalam kehidupan bermasyarakat. Pihak sekolah juga hanya membantu sebagai perunding dan pemudah cara kepada keluarga dan murid BPKMP bagi mencungkil bakat yang ada melalui kursus kemahiran yang dijalankan bersama agensi luar.

5.1.2 Perancangan Berpusatkan Murid BPKMP

Perancangan berpusatkan murid merupakan pembentukan matlamat murid BPKMP sekolah tersebut yang dilakukan dengan menggunakan maklumat penaksiran yang releven seperti RPI sebagai asas perancangan, penglibatan pelajar tersebut dalam perancangan dan membuat keputusan serta penilaian pelajar terhadap kemajuan diri dalam menuju matlamat program transisi kerjaya mereka iaitu mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Berdasarkan penyelidikan ini, terdapat dua peringkat perancangan berpusatkan murid BPKMP yang dijalankan oleh sekolah ini iaitu berdasarkan peringkat umur. Peringkat-peringkat tersebut adalah murid BPKMP berumur 13 hingga 16 tahun dan 16 hingga 19 tahun.

Berdasarkan analisis dokumen, pada peringkat ini, selain aktiviti PdP, murid BPKMP di sekolah ini didedahkan dengan semua program yang dirancang oleh pihak PPKI seperti minggu orientasi, majlis jamuan hari jadi, marhaban, ceramah agama, lawatan sambil belajar, majlis apresiasi, bulan kemerdekaan, program kemahiran dan program inklusif. Matlamat utama perancangan seperti ini dibuat adalah untuk memupuk advokasi diri murid BPKMP dari segi keupayaan mereka seperti kemahiran mengurus diri, tingkah laku, kemahiran sosial, penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira serta mencungkil bakat dan kebolehan murid BPKMP. Perancangan ini juga dibuat bagi meningkatkan keyakinan diri serta menyuntik motivasi mereka untuk menjadi individu yang boleh hidup berdikari.

Pada peringkat umur 16 Tahun hingga 19 Tahun, matlamat perancangan adalah murid BPKMP yang telah mempunyai keupayaan diri dari segi pengurusan diri dan tingkah laku serta dapat menguasi kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira dengan baik. Perancangan yang dibuat adalah lebih kepada menilai dan mencungkil kebolehan diri, potensi serta minat mereka sama ada mereka ke arah akademik atau pun kemahiran. Dalam peringkat umur ini, murid BPKMP akan difokuskan kepada program inklusif dan program kemahiran.

Menurut peserta kajian, analisis tugasan memainkan peranan penting dalam menentukan tahap penguasaan murid dapat sesuatu perkara. Ini adalah kerana murid BPKMP mempunyai tahap keupayaan individu yang berbeza. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan sewaktu proses PdP, pendekatan yang guru gunakan di dalam kelas menarik perhatian murid untuk menguasai pembelajaran di mana guru menggunakan pembelajaran amali secara individu, penggunaan bahasa yang mudah, pertanyaan berulang kali, pertanyaan yang memerlukan murid berfikir di sebalik aktiviti yang dijalankan dan bimbingan secara lembut tanpa paksaan terhadap murid. Kemudian, berdasarkan aktiviti PdP yang telah dijalankan, Program Keusahawanan dirancang dan dijalankan untuk murid tersebut. Dalam program tersebut, murid BPKMP didedahkan dengan pelbagai kemahiran untuk bekerja yang sebenar. Selain itu, guru juga perlu kreatif dalam menentukan minat murid BPKMP.

Peserta kajian menyatakan bahawa hala tuju murid BPKMP akan dijuruskan mengikut minat mereka setelah mereka mempunyai tahap keupayaan dan tingkah laku yang baik. Kemahiran bekerja yang diperolehi melalui Program Keusahawanan tersebut membolehkan murid layak menjalani latihan industri melalui Program Job Caoching dan seterusnya diserap menjadi pekerja tetap. Selain itu,

Page 7: PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI BAGI …worldconferences.net/proceedings/gse2015/paper gse15/G 080... · dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan

Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 678

pendekatan yang digunakan oleh PPKI sekolah ini juga adalah dengan menempatkan murid BPKMP yang berkelayakan di kelas hadapan. Kemudian, mereka dinilai berdasarkan RPI. Sekiranya mereka menunjukkan sikap, keyakinan diri dan motivasi untuk bekerja serta melibatkan diri dalam persekitaran sosial dengan baik, mereka akan dicalonkan untuk program inklusif iaitu belajar di kelas perdana, Program Job Coaching, Program Buying Seats atau Program PK Possible.

5.1.3 Penglibatan Keluarga

Penglibatan keluarga merupakan penyertaan ibu bapa serta keluarga dalam merancang dan memberi perkhidmatan pendidikan serta transisi. Dalam penyelidikan ini, didapati terdapat tiga aspek yang difokus dalam amalan oleh pihak sekolah dan kelurga iaitu penglibatan dan peranan, hak dan latihan. Amalan penglibatan memfokus peranan yang tersusun luas di mana keluarga terlibat dalam perancangan dan perjalanan transisi kerjaya murid BPKMP, membuat keputusan pembentukan polisi dan juga sebagai jurulatih. Amalan ini dapat dibuktikan melalui perjumpaan di antara pihak sekolah, industri dan keluarga di mana keluarga terlibat secara langsung dalam perancangan, membuat keputusan dan membantu anak mereka supaya dapat menjalani latihan dan seterusnya layak bekerja di industri tersebut.

Menurut peserta kajian, ibu bapa dan keluarga bertanggungjawab membuat keputusan untuk menanggung sebarang risiko dan melepaskan anak mereka untuk menjalani latihan berdasarkan program transisi yang telah dirancang. Melalui persetujuan tersebut, ibu bapa akan bertanggungjawab sepanjang program latihan dijalankan dengan memastikan kebajikan anak mereka sebagai seorang pelatih untuk menjadi seorang pekerja. Hal ini merupakan strategi hak yang termasuk dalam amalan yang memudahkan penglibatan ibu bapa sepenuhnya dalam aktiviti program transisi kerjaya tersebut. Keluarga mengambil tanggungjawab menghantar anak mereka ke tempat kerja dan sanggup menanggung sebarang risiko yang berlaku sepanjang latihan industri dijalankan. Berdasarkan dapatan kajian juga, dari segi amalan latihan, terdapat juga sebilangan keluarga hanya menyerahkan kepada pihak yang terlibat dalam memberikan latihan kepada anak mereka.

Temu bual yang dijalankan bersama murid BPKMP yang merupakan murid sekolah ini yang cemerlang di sebuah kolej di bawah Program Buying Seats berpendapat bahawa keyakinan diri untuk memulakan sesuatu perkara adalah dengan sokongan keluarga. Penglibatan keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam sebarang pelaksanaan program transisi murid BPKMP. Perancangan yang dibuat oleh pihak sekolah dengan melibatkan kolaborasi agensi dan pelbagai disiplin akan dapat dilaksanakan dengan baik melalui penglibatan keluarga.

5.1.4 Kolaborasi Antara Agensi dan Pelbagai Disiplin

Berdasarkan peserta kajian, wakil-wakil dari pelbagai agensi yang bekerjasama dengan PPKI sekolah ini telah berjaya membantu menguruskan latihan pekerjaan, pendidikan dan membuka peluang pekerjaan kepada murid BPKMP yang mengikuti program yang telah dirancang. Dengan memberikan peluang untuk murid BPKMP menjalani latihan ke arah pekerjaan seterusnya menerima murid tersebut sebagai pekerja menunjukkan bukti bahawa pihak agensi dan pelbagai disiplin telah mempunyai keyakinan dan kepercayaan bahawa murid BPKMP boleh dilatih untuk bekerja dan boleh menjadi seorang pekerja berkemampuan melaksanakan tanggungjawab dan tugasan yang diberikan. Kolaborasi antara agensi dapat membuka laluan yang lebih luas dalam pelbagai aspek dalam program transisi kerjaya murid BPKMP. Ia merupakan satu langkah dalam mencari peluang dan ruang untuk mereka mendapat peluang pekerjaan melalui pelbagai agensi dan interaksi dengan komuniti. Perancangan yang dibuat oleh pihak sekolah dengan kolaborasi agensi dan pelbagai disiplin serta penglibatan keluarga membolehkan pelaksanaan program transisi kerjaya murid BPKMP dijalankan dengan baik dan berkesan melalui struktur program yang sistematik.

Page 8: PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI BAGI …worldconferences.net/proceedings/gse2015/paper gse15/G 080... · dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan

Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 679

5.1.5 Struktur Program

Peserta kajian menyatakan bahawa program transisi dilaksanakan agar murid BPKMP berupaya menjadi seorang pekerja dan ahli masyarakat yang berdikari serta dapat memberi sumbangan kepada negara. Antara program transisi yang telah dijalankan di PPKI adalah Program Buying Seats (membeli tempat di institut latihan atau organisasi yang boleh memberikan kerjasama untuk memberikan latihan seterusnya peluang pekerjaan kepada murid BPKMP), Program Job Coaching (kerjasama dengan pihak industri dan badan swasta dalam memberi latihan pekerjaan kepada murid BPKMP) dan Program PK Possible (Program Kemahiran Pendidikan Khas : Potensi Individu Berkualiti Terbilang). Peserta kajian berpendapat bahawa Program Buying Seats merupakan satu program yang dapat memberi peluang kepada murid BPKMP sebagai persediaan ke alam kerjaya kerana mereka layak mendapat SKM. Melalui analisis dokumen yang telah dijalankan, seramai 12 orang murid BPKMP di SMK Mawar telah berjaya ditempatkan di lima daripada enam buah kolej atau pusat bertauliah di seluruh Malaysia dalam bidang tertentu dengan tempoh pembelajaran selama dua tahun.

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan juga, salah seorang murid dari sekolah tersebut merupakan antara murid yang cemerlang di sebuah pusat pentauliahan dalam bidang perhotelan serta menjadi contoh kepada murid-murid yang lain dan merupakan salah seorang peserta kajian bagi penyelidikan ini. Bilangan murid di sekolah tersebut yang berjaya mendapat tempat dalam Program Buying Seats ini merupakan satu jumlah yang besar untuk tempoh masa yang singkat kerana merangkumi dua buah kelas. Sekolah ini dikatakan berjaya kerana dapat melahirkan bilangan murid yang ramai layak mendapat tempat dalam program tersebut walaupun Program Buying Seats terikat dengan kouta yang telah ditentukan oleh pihak Bahagian Pendidikan Khas (BPK).

Peserta kajian menyatakan bahawa Program Job Coaching dapat memberikan peluang yang lebih besar kepada murid BPKMP untuk mendapat peluang pekerjaan. Disebabkan program tersebut masih lagi berstatus rintis, sekolah ini juga merupakan sekolah yang berjaya kerana terpilih sebagai salah sebuah sekolah di seluruh Malaysia yang mewakili negeri Johor bagi projek rintis tersebut. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mempunyai kekuatan kerana sekolah ini telah berjaya menjalankan program transisi ke arah kerjaya murid BPKMP dengan kerjasama agensi dan industri. Sekolah ini juga telah melahirkan seramai 7 orang murid BPKMP yang mampu bekerja dan masih kekal bekerja melalui program transisi kerjaya bermula pada tahun 2012.

Selain itu, program transisi ke arah kerjaya murid BPKMP yang dijalankan oleh sekolah ini adalah Program PK Possible. Program ini diperkenalkan oleh JPN Johor untuk diperluaskan ke semua PPKI di negeri Johor samada di peringkat rendah atau menengah. Peserta kajian menyatakan bahawa Program PK Possible juga merupakan satu program yang memberi laluan yang lebih luas kepada murid BPKMP ke arah kerjaya mereka kerana mempunyai peluang untuk menjalankan kursus latihan dengan pelbagai agensi dan badan swasta. Berdasarkan analisis dokumen yang dijalankan, PPKI sekolah ini telah menjalankan pelbagai Program PK Possible yang melibatkan agensi dan pelbagai disiplin. Antaranya adalah sepanjang tahun 2012 sehingga 2014, seramai 19 orang murid BPKMP layak mendapatkan lesen memandu dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). PPKI sekolah ini juga menjalankan kerjasama bersama Kolej Komuniti bagi kursus Pembuatan Roti, Jahitan Manik dan Sulaman Riben dengan melibatkan murid-murid mengikut keupayaan dan minat mereka. Selain itu, PPKI sekolah ini juga menjalankan kerjasama dengan Plus Berhad Wilayah Selatan bagi Program Hari Komuniti Plus 2014 dengan melibatkan semua murid BPKMP di sekolah tersebut. Sebuah universiti awam juga memilih PPKI sekolah ini bagi Program “Science Is Fun! A Day With Special Education Students” dengan penglibatan semua murid BPKMP sepanjang satu hari program yang dijalankan.

Page 9: PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI BAGI …worldconferences.net/proceedings/gse2015/paper gse15/G 080... · dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan

Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 680

Di samping itu, melalui Program PK Possible juga, PPKI sekolah ini juga mencari peluang dan ruang bagi menempatkan murid mereka di pusat latihan kemahiran yang boleh membuka laluan pekerjaan kepada murid mereka yang gagal mendapat tempat dalam Program Buying Seats. Antaranya adalah dengan menghantar 7 orang murid mereka ke Kolej Vokasional, 2 orang ke Pusat Giatmara dan seorang ke Construction Industry Development Board (CIDB). Bagi murid yang dihantar ke Kolej Vokasional, mereka akan menamatkan persekolahan di PPKI sekolah ini kerana sepenuh masa selama 2 atau 3 tahun di kolej tersebut bagi melayakkan mereka mendapatkan SKM. Manakala bagi murid yang dihantar ke Pusat Giatmara dan CIDB, mereka akan kembali ke sekolah semula sekiranya tamat latihan selama 6 bulan untuk SKM Tahap 1 mengikut bidang yang diambil.

Selain itu, PPKI juga menjalankan program transisi ke arah kesediaan murid BPKMP ke alam kerjaya melalui Program Keusahawanan dan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) murid di sekolah. Melalui pemerhatian dan analisis dokumen yang dijalankan, murid BPKMP diberi pendedahan kemahiran untuk bekerja di dalam aktiviti PdP Kemahiran Hidup (KH) Masakan dan Kraftangan. Mereka diajar menghasilkan dan memasarkan produk. Peserta kajian menyatakan bahawa murid BPKMP diberi pendedahan melalui jualan atau Program Keusahawanan dengan menjual hasil masakan dan kraftangan yang telah dipelajari di dalam kelas dengan bimbingan guru. Berdasarkan pemerhatian, melalui program jualan tersebut, mereka berpeluang belajar menghasilkan sendiri produk, bekerja di dalam kumpulan, berkomunikasi dengan pelanggan, menerima arahan dan membuat kiraan dalam proses jualan sesuatu produk.

5.1.6 Perkembangan Murid BPKMP

Perkembangan murid BPKMP dilihat berdasarkan RPI mereka iaitu yang menitikberatkan tentang kehidupan, pekerjaan dan kemajuan kemahiran pekerjaan melalui pengalaman pembelajaran berasaskan sekolah dan tempat kerja. Berdasarkan dapatan kajian terhadap murid BPKMP yang telah bekerja dan menjalani latihan kemahiran di kolej-kolej swasta, perkembangan murid yang efektif dapat meningkatkan pengetahuan, mengembangkan kemahiran dan memberi panduan untuk mereka mengaplikasikan kemahiran dan peluang yang diberikan. Faktor ini yang menentukan sama ada mereka mampu bekerja dan mengekalkan bidang pekerjaan tersebut. Selain itu, dapatan juga mendapati bahawa murid-murid tersebut juga mampu mempunyai kehidupan yang selesa dengan dapat membeli motosikal, kereta dan barangan keperluan diri serta membantu keluarga. Peserta kajian berpendapat bahawa keluarga dan guru di sekolah memainkan peranan dalam memberikan sokongan kepada mereka.

5.1.7 Kesediaan Pengalaman Kerja Murid BPKMP

Kesediaan pengalaman kerja adalah untuk membantu murid BPKMP bersedia untuk mendapat kejayaan di sekolah, kerjaya dan hidup berdikari. Menurut peserta kajian, murid yang menjalani latihan transisi kerjaya asas di sekolah hanya menggunakan sijil kemahiran yang dikeluarkan oleh pihak sekolah untuk bekerja dan terbukti dapat digunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Hal ini menunjukkan murid BPKMP yang berpeluang mendapatkan latihan di kolej dan industri lebih mempunyai peluang yang sangat cerah dalam kerjaya mereka kerana mereka akan mendapat SKM yang dikeluarkan oleh JPK. Dengan demikian, aktiviti persediaan kerjaya ini dapat membantu murid BPKMP membuat keputusan melalui program transisi ke arah menentukan kehidupan mereka sebagai seorang pekerja dan ahli masyarakat.

Page 10: PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI BAGI …worldconferences.net/proceedings/gse2015/paper gse15/G 080... · dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan

Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 681

6. Cadangan & Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan oleh penyelidik dalam memantapkan lagi pelaksanaan program transisi kerjaya murid BPKMP iaitu cadangan kepada pihak BPK, PPKI sekolah menengah dan rendah, keluarga, agensi dan pelbagai disiplin.

i. Pihak BPK perlu menyediakan garis panduan atau modul yang terperinci dan mengadakan kursus-kursus yang selari kepada semua guru PPKI tentang pelaksanaan program transisi kerjaya murid BPKMP. Pihak BPK juga perlu mempunyai persefahaman yang baik dengan pihak jabatan dan agensi pelbagai disiplin.

ii. Semua guru PPKI perlu memahami dengan jelas dan mengambil tindakan tentang hala tuju murid BPKMP. PPKI sekolah rendah perlu menyiapkan murid BPKMP yang dapat menguasai kemahiran asas seperti pengurusan diri, komunikasi dan tingkah laku sebelum murid melangkah ke menengah. PPKI sekolah menengah pula perlu kreatif merangka, mencari dan membuat kolaborasi bersama agensi dan pelbagai disiplin dan melaksanakan program ke arah kemahiran murid untuk bekerja dan berdikari.

iii. Keluarga perlu memainkan peranan dengan melibatkan diri dalam semua program yang dijalankan di sekolah.

iv. Agensi dan pelbagai disiplin sama ada awam atau swasta perlu membuka peluang untuk murid BPKMP menerima latihan dan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak PPKI dalam melibatkan diri dengan murid BPKMP. Mereka juga perlu diberi banyak pendedahan tentang murid BPKMP.

Kesimpulannya, bagi kebanyakan orang, pekerjaan adalah penting untuk kesejahteraan hidup, rasa dihargai dan menunjukkan prestasi pencapaian ataupun kejayaan dan mencapai kepuasan dalam kehidupan. Menurut Isa et al. (2009), corak kerjaya di masa hadapan adalah bertumpu kepada bidang-bidang kerjaya yang memerlukan kemahiran. Ini bermakna hanya orang yang berkemahiran sahaja yang berpotensi mendapat peluang bekerja di masa hadapan. Hal ini menunjukkan bahawa program transisi kerjaya murid BPKMP amat diperlukan dalam membentuk murid yang berkemahiran dalam bidang yang bersesuaian dengan keupayaan, potensi dan minat supaya membolehkan mereka berpeluang mendapatkan pekerjaan yang sesuai apabila tamat persekolahan dan mampu menjadi ahli masyarakat yang berdikari. Program yang baik adalah program yang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Keberkesanan sesuatu program bergantung kepada pelaksanaan yang sistematik melalui kerjasama semua pihak yang terlibat memainkan peranan masing-masing.

Rujukan

Blackmon, D. (2007). Transition to Adult Living: An Information and Resource Guide. [versi

elektronik]. Dicapai pada Januari 30, 2014, dari

www.calstat.org/publications/pdfs/transition_guide_07.pdf.

Cheng, M. L. D & Pong, K. Y. (2010). The Development Of Special Education In Macau. International

Journal of Special Education. 25(2), 119 – 126.

Daros, M. M., Nordin, M.S., & Saud, M.S. (2012). Pelajar Berkeperluan Khas dan Bermasalah

Pembelajaran Dari Sekolah Ke Kerjaya. Journal Of Social Science. 5(1), 42 – 46.

Isa, Z. M., Salleh, N., Mustapha,R., & Yassin, H. M. (2009). Analisis Keperluan Kurikulum Pendidikan

Vokasional Pelajar Bermasalah Pembelajaran (LD) Di Malaysia. Malaysian Education Deans’

Council Journal. 3(2), 87- 97.

Page 11: PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI BAGI …worldconferences.net/proceedings/gse2015/paper gse15/G 080... · dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan

Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 682

Hamdan, A. R. (2003). Satu Kajian Mengenai Program Transisi Bagi Pelajar Berkeperluan Khas. Projek

Sarjana: Universiti Kebangsaan Malaysia. “Tidak diterbitkan”.

Hassan, Z., Yusof, S. M., & Wahab, S. (2006). Pengaplikasian Kemahiran Amali Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup dalam Kehidupan Pelajar Berkeperluan Khas [versi elektronik]. Dicapai

pada Disember 20, 2012. dari

http://eprints.utm.my/1512/1/Zainudin_Hassan_UTM__JPPG.pdf

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025. Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:

Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah. Putrajaya.

Kiarie, M. W. (2006). Educational Services For Students With Mental Retardation In Kenya.

International Journal of Special Education. 21(2), 47 – 54.

Kritzer, J. B. (2012). Comparing Special Education in The United States and China. International

Journal of Special Education. 27(2), 51 – 55.

Kohler, P. D. & Field, S. (2003). Transition-Focused Education: Foundation for the Future. The Journal

of Special Education. 37(3), 174–183.

Lebar, O. (2009). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metod. 3rd ed. Tanjong

Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Malakolunthu, S (2001). Pengumpulan dan Analisis Data Kualitatif. dlm. Marohaini Yusoff.

Penyelidikan Kualitatif Pengalaman Kerja Lapangan Kajian. Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya. 121.

Mohamed, J. K. A. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. 1st ed. Pahang: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

Nasri, M. S., Hamzah. R. & Udin, A (2010). Falsafah Pendidikan Kebangsaan Memperkasakan Peranan

Pendidikan Teknik Vokasional dan Pendidikan Khas [versi elektronik]. Dicapai pada Oktober

2, 2012, dari

http://eprints.utm.my/14948/1/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan_Memperkasakan_Perana

n_Pendidikan_Teknik-eprint8.pdf.

Paul, S. M. (2011). Outcomes of Students With Disabilities in A Developing Country: Tobago.

International Journal of Special Education. 26(3), 194 – 211.

Peter, C.J., Elias, E. & Nasri, M.S. (2010). Perkembangan Kurikulum Pendidikan Khas Teknik dan

Vokasional. Dicapai pada September 14, 2012, dari ms. 1 di

http://eprints.utm.my/14941/1/Perkembangan_Kurikulum_Pendidikan_Khas_Teknik_dan_V

okasional.pdf.

Polloway, E. A., Patton, J. R. & Serna, L. (2001). Strategies for Teaching Learners with Special Needs.

7th ed. Upper Saddle River, N.J: Merrill/Prentice Hall.

Page 12: PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI BAGI …worldconferences.net/proceedings/gse2015/paper gse15/G 080... · dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan

Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 683

Salleh, N. M, Abdullah, K. & Buang, N. A. (2001). Job Opportunities for Special Education Population

in Malaysia. Jurnal Pendidikan. 27, 77 – 85.

Strauss, A & Corbin, J (1998). Basics of Qualitative Research : Techniques and Procedures for

Developing Grounded Theory. 2nd ed. United Kingdom: SAGE Publications.

William-Diehm, K. L. & Lynch, P. S. (2007). Student Knowledge and Perceptions of Individual

Transition Planning and Its Process. The Journal For Vocational Special Needs Education.

29(3), 13 – 21.

Worrell, J. L. & Taber, M. (2009). Special Education Practices in China and The United States: What is

To Come Next? International Journal of Special Education. 24(3), 132 – 142.