pelaksanaan ibadah korban secara...

19
PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAH Prof Madya Dr Azman Mohd Noor, Interntational Institute of Islamic Banking and Finance, Universiti Islam Antarabngsa Malaysia. Drazman.net Pendahuluan Pada dasarnya, orang yang berkorban digalakkan untuk menyembelih sendiri binatang korbannya jika berkemampuan kerana ianya adalah satu ibadah sperti ibadah-ibadah yang lain yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah. Bahkan Rasulullah SAW sendiri pernah menyembelih beberapa ekor binatang korban dengan tangannya sendiri. Namun, tidak menjadi kesalahan jika orang yang berkorban mewakilkan kepada orang lain untuk menjalankan ibadah korban bagi pihaknya. Para Fuqaha berpendapat bahawa sah dan harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah dan begitu juga untuk menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu. Sekarang, ibadah korban dijalankan oleh beberapa syarikat atau organisasi yang bertanggungjawab menguruskan ibadah korban dan aqiqah. Pada kebiasaannya organisasi ini akan menjadi wakil kepada orang yang hendak menunaikan ibadah korban. Mereka bertanggungjawab untuk membeli, menyembelih dan mengedarkan daging-daging korban tersebut. Manakala orang yang berkorban hanya perlu menyediakan wang untuk membeli bahagiannya sahaja tanpa perlu menguruskan segala urusan penyembelihan. Perlaksanaan yang sedemikian itu melibatkan hukum wakalah. Konsep Wakalah: Wakalah dari segi bahasa bererti menyerahkan kuasa, pengawasan, penjagaan dan pemeliharaan. Dari segi istilah fiqh pula ialah seseorang itu menyerahkan kuasa bertindak

Upload: hoangnhi

Post on 15-Mar-2019

287 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAH

Prof Madya Dr Azman Mohd Noor, Interntational Institute of Islamic Banking and Finance,

Universiti Islam Antarabngsa Malaysia.

Drazman.net

Pendahuluan

Pada dasarnya, orang yang berkorban digalakkan untuk menyembelih sendiri binatang

korbannya jika berkemampuan kerana ianya adalah satu ibadah sperti ibadah-ibadah yang

lain yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah. Bahkan Rasulullah SAW sendiri pernah

menyembelih beberapa ekor binatang korban dengan tangannya sendiri. Namun, tidak

menjadi kesalahan jika orang yang berkorban mewakilkan kepada orang lain untuk

menjalankan ibadah korban bagi pihaknya. Para Fuqaha berpendapat bahawa sah dan harus

berwakil membeli binatang korban dan aqiqah dan begitu juga untuk menyembelihnya

sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu.

Sekarang, ibadah korban dijalankan oleh beberapa syarikat atau organisasi yang

bertanggungjawab menguruskan ibadah korban dan aqiqah. Pada kebiasaannya organisasi ini

akan menjadi wakil kepada orang yang hendak menunaikan ibadah korban. Mereka

bertanggungjawab untuk membeli, menyembelih dan mengedarkan daging-daging korban

tersebut. Manakala orang yang berkorban hanya perlu menyediakan wang untuk membeli

bahagiannya sahaja tanpa perlu menguruskan segala urusan penyembelihan. Perlaksanaan

yang sedemikian itu melibatkan hukum wakalah.

Konsep Wakalah:

Wakalah dari segi bahasa bererti menyerahkan kuasa, pengawasan, penjagaan dan

pemeliharaan. Dari segi istilah fiqh pula ialah seseorang itu menyerahkan kuasa bertindak

Page 2: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

untuk melakukan sesuatu perkara ketika hidupnya kepada orang lain dalam hal-hal yang

boleh diwakilkan. Hukum wakalah adalah harus berdasarkan Al-Qur‟an, sunnah dan ijma„

ulama. Wakalah mempunyai empat rukun iaitu:

I. Muwakkil (orang yang berwakil)

II. Wakil /Muwakkal (orang yang dijadikan wakil)

III. Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan)

IV. Shighah (ijab dan qabul)

Syarat-syarat wakil dalam ibadah korban:

1. Hendaklah seorang Muslim dan bukannya ahli kitab kerana sembelihan ahli kitab

adalah makruh. Tambahan pula tujuan sembelihan adalah untuk mendekatkan diri

kepada Allah. Adapun Majusi dan orang kafir, adalah diharamkan sembelihannya.1

2. Hendaklah mendapat keizinan orang yang berkorban.

3. Memenuhi syarat-syarat mukallaf.

Wakalah dalam Ibadat

Tidak semua amalan ibadat boleh diwakilkan. Sembahyang dan puasa sebagai contoh tak

boleh diwakilkan. Ibadat umrah, haji dan sesetengah kerja haji boleh diwakilkan bagi mereka

yang keuzuran. Wakalah juga dibenarkan untuk membayar zakat, menunaikan nazar dan

melakukan ibadat korban.

Adakah Aqad Wakalah Satu Aqad Yang Lazim (Mengikat)?

Di dalam fiqh muamalat, ada aqad yang mengikat dan ada yang tidak mengikat (ghair lazim).

Kebiasaannya aqad yang mengikat (lazim) adalah aqad yang melibatkan pertukaran

1. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, jil. 3, ms. 603

Page 3: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

(mu„awadhah). Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

yang tidak mengikat pula adalah pinjaman (barang atau duit), wakalah dan wadih. Secara

umumnya signifikan pembahagian aqad ini boleh dilihat pada kesan aqad yang berbeza. Pada

aqad lazim, tidak boleh dibatalkan aqad kecuali dengan persetujuan pihak berkontrak yang

lain. Contohnya dalam kes jual beli atau sewaan, apabila salah seorang daripada pihak

berkontrak ingin batalkan kontrak, maka dia perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak

yang berkontrak dengannya. Adapun pada aqad tidak mengikat (ghair lazim), maka ia boleh

dibatalkan tanpa persetujuan kedua dua belah pihak. Contohya jika A pinjam buku dari B,

pada bila bila masa sahaja B boleh ambil balik bukunya. Contoh lain Sekiranya A

mewakilkan B melaksanakan ibadah korban, tanpa sebarang upah, A atau B boleh sahaja

membatalkan aqad wakalah tersebut tanpa persetujuan kedua dua belah pihak. Tetapi,

sekiranya ada upah, ia hanya boleh dibatalkan sekiranya ada perstujuan daripada kedua dua

belah pihak.

Wakalah Bersama Dengan Upah (wakalah bi al-ajr)

Apabilah wakalah disertakan dengan upah, hukumnya bertukar kepada ijarah, iaitu upah

kepada sesuatu pekerjaan. Ini dianggap sebagai aqad mu„awadah seperti jual beli. Di antara

kesan fiqh ialah ia berubah daripada kontrak yang tidak mengikat (non binding/ghair lazim)

kepada kontrak yang mengikat (binding/lazim), dengan erti kata pembatalannya mestilah

dengan persetujuan kedua dua pihak (muwakkil dan wakil). Jumlah upah juga mestilah

diketahui kerana gharar (ketidaktentuan) di di dalam aqad mu„awadah membatalkan kontrak.

Sebagai contoh, sekiranya disebut harga kambing seekor RM500, perlu dijelaskan berapa

upah kepada wakil yang akan melakukan kerja penyembelihan dan pengurusan ibadah

korban.

Page 4: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

Bentuk Wakalah di dalam Ibadah Korban:

1. Wakalah Berbentuk Penyerahan Binatang Korban:

Penyerahan binatang korban kepada wakil haruslah melalui pernyataan yang jelas

dalam jenis korbannya samaada sunat atau wajib dan urusan yang diserahkannya

samada menyembelih saja atau juga membahagikan dagingnya kepada pihak ketiga.

Oleh kerana itu harus ada shighah yang jelas antara orang yang berkorban dengan

wakil tersebut dan kedua-dua pihak harus memenuhi rukun-rukun wakalah iaitu

Muwakkil (orang yang berwakil), wakil (orang yang dijadikan wakil), Muwakkal fihi

(sesuatu yang diwakilkan) dan Shighah (ijab dan qabul). 2

انكم كمل األخش ي انشد عذو دذبأ ي انهفظ فب كف صغخ ف يكم كم يكم اسثعخ أسكبب

( 292: ص 1 ءجض انجبجس) يشاسهخ ا ثكبتجخ ن نكإ فضت ا ثكزا كهتك

2. Wakalah Berbentuk Penyerahan Wang:

Dengan cara ini urusan ibadah korban dapat dilakukan dengan mudah. Melalui cara

ini orang yang ingin melakukan ibadat korban akan menyerahkan sejumlah wang

yang sama nilai dengan sebahagian atau seekor binatang korban kepada wakil. Wakil

tersebut akan menguruskan segala urusan ibadah korban bagi pihaknya. Dalam hal ini

menurut pandangan ulama hukumnya adalah harus.

Penjelasan tentang keharusan wakalah melalui penyerahan wang dijelaskan dalam

kitab I‟anah al-Talibin:3

: ص يب انختصش عه دجش اث ششح يذش انكشد سهب ث يذذ انشخ انعاليخ فتب ف: نصاةا

األضذخ أ نهعممخ يكخ ف انعى نى شتش ي تكم عه جب ثهذ أم عبدح جشد: تعبن هللا سد( سئم)

2. Hasyiat al-Bajuri, jilid 1, ms. 296.

3. Al-Bakri al-Dimyati, I‟anat al-Tolibin, (1992), jil. 2, ms. 381

Page 5: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

عى،( انجاة. )أفتب ال؟ أ رنك صخ فم جب ثهذ ف ع ضذ أ عك ي أ انذبل يكخ، ف زثذ

كب انعبق انضذ ثهذ غش ثجهذ ن رثذب، ف انعممخ األضذخ ششاء ف انتكم جص رنك، صخ

ف انصخ أ انتكم ثجاص صشدا األضذخ، رثخ ف رثذت تذم ي تكم ثجاص أئتب صشح فمذ أطهم

ثبألضذخ، االدكبو ف انعممخ أنذما. جت ال. أضذت انضذ دضس ستذت أ رثذب، انعى ششاء

.رنك ف األضذخ دكى دك فك استث، يب زا نس استث، يب إال

Dalam kitab Fatawa Syeikh Sulaiman al-Kurdi Muhasyyi Syarah Ibni Hajar „ala al-

Mukhtashar terdapat suatu pertanyaan: Beliau telah ditanya:

“Telah berlaku kebiasaan penduduk Jawa mewakilkan kepada seseorang agar

membelikan haiwan ternakan untuk mereka di Makkah sebagai aqiqah atau korban

dan agar menyembelihnya di Makkah, sementara orang yang melakukan ibadat

tersebut berada di Jawa. Apakah hal demikian itu sah atau tidak? Mohon diberikan

fatwa. Jawabannya “Ya, demikian itu sah. Dibenarkan perwakilan dalam pembelian

binatang korban dan aqiqah dan juga penyembelihnya sekalipun tidak dilaksanakan

di negara orang yang berqorban atau beraqiqah itu..”

Hukum Upah Bagi Wakil Yang Melaksanakan Ibadat Korban:

A: Upah Diambil Daripada Binatang Korban

1. Ulama‟ sepakat mengatakan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh mengambil

bahagian daripada sembelihan korban sebagai upah kerana terdapat larangan yang

keras daripada Nabi SAW di dalam hadis Sayyidina Ali:

“Rasulullah telah memerintahkanku supaya mengorbankan untanya (iaitu ketika hari

Nahar), dan supaya aku membahagikan kulitnya dan anggota badannya, dan supaya

tidak memberikan kepada penyembelih sesuatu daripadanya”. (Muttafaqun Alaih).

Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh menetapkan

anggota badan atau daging daripada binatang korban itu sebagai upahnya.

2. Jika hendak memberi upah hendaklah menggunakan peruntukkan lain selian dari

daging korban. Sayyidina Ali r.a berkata:

Page 6: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

“Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda

kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta

itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada

tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberikannya dari harta kami sendiri

(secara berasingan)”. (Riwayat Muslim di dalam Sahihnya)

Larangan dijadikan upah sebahagian daripada daging korban adalah kerana daging daripada

penyembelihan korban adalah bertujuan untuk ibadah korban dan kebajikan. Dengan itu ia

tidak boleh dijadikan balasan/upah kepada kerja (pengurusan penyembelihan). Ini kerana

upah bagi sesuatu pekerjaan adalah aqad mu‟awadhah yang melibatkan pertukaran dan timbal

balas dua gantian (bilateral compensation). Kedua dua pihak yang memeterai akad akan

mendapat manfaat dengan persetujuan dan suka sama suka. Membuat bayaran atau

penyerahan barang yang dibeli dalam aqad mua„wadah adalah satu obligasi. Dengan kata lain

penyerahan itu sekiranya tertangguh, dianggap sebagai hutang.

Ia berbeza dengan aqad tabarru yang bersifat unilateral dan tidak perlu kepada balasan.

Larangan ini juga ada kaitan dengan salah satu gambaran larangan gabungan dua kontrak di

dalam satu kerana tujuan dan spesifikasi yang berbeza. Contoh yang hampir sama ialah jika

membayar upah kepada tukang gunting RM10 pada masa yang sama dia niat bayar zakat atau

sedekah. Dalam contoh ini, zakat atau sedekah tidak sah.

Begitulah juga dalam konteks sembelihan korban yang merupakan satu aqad taqarrub dan

tabarru„, tidak boleh disalahgunakan daging korban yang pada asasya bertujuan melakukan

kebajikan untuk membayar upah pekerja. Upah tersebut mestilah diberikan berasingan.

Larangan ini di sokong juga oleh hadith Abu Hurairah seperti berikut:

( رواه الحاكم ف المستدرك وحسنه األلبان ف صحح الترغب، حدث رقم ته فال أضحة لهمن باع جلد أضح)

Page 7: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

.1088

Maksud: “Sesiapa yang menjual kulit binatang korbannya, maka tidak ada korban baginya”.

Hadith ini dengan jelas menunjukkan tujuan sebenar korban adalah untuk taqarrub dan

bersedekah, maka ia tidak boleh digunakan bagi tujuan “mu„awadah” pertukaran yang

mendatangkan keuntungan kepada pelaku korban. Ia bercanggah dengan tujuan korban.

Kulit tersebut boleh disedekahkan atau dipakai untuk kegunaan sendiri dan tidak sepatutnya

dibazirkan.

Alasan („illah) lain kepada larangan tersebut adalah kerana unsur gharar pada daging korban

dan kualitinya. Contohnya sekiranya dikatakan kepada tukang sembelih dan pelapah, “upah

bagi kamu adalah paha lembu”, belum pasti lagi upah itu setimpal dan sudah pasti terdedah

kepada gharar.

Penulis berpandangan alasan larangan gabungan dua kontrak dalam satu atau salah guna aqad

tabarru„ dan taqarrub adalah lebih kuat.

B. Upah Diberi Secara Berasingan

Ini adalah harus berdasarkan kepada athar Sayyidina Ali di atas: “Kami memberikannya dari

harta kami sendiri (secara berasingan).”

C. Mengambil Upah ke atas wakalah Korban

Oleh kerana kerja pelaksanaan korban boleh diwakilkan kepada orang lain untuk

melaksanakannya, wakalah tersebut boleh berlaku samada dengan upah atau tanpa upah.

Page 8: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

Sekiranya ada upah, upah tersebut mestilah diketahui dan dipersetujui oleh wakil dan

muwakkil.

Jawapan bekas Mufti Jordan Dr Noh Ali Salman

جوز للتكة أن تكون وكلة عن المضحن ف شراء وذبح األضاح مقابل مبلغ . الم على سدنا رسول هللالحمد هلل، والصالة والسا

محدد من المال، كما جوز للمضح أن قول لمدر التكة: "هذا مبلغ اشتر به أضحة واذبحها ووزعها عن". وما زاد عن الثمن

الغ الت قبضت )أجر شراء وذبح األضحة(، والت زادت عن ثمن األضحة نفقها فهو للتكة، وعندئذ نفق مدر التكة من هذه المب

ف إدارة مشارع التكة وتغطة المصارف وزادة عدد األضاح، ونوي عند ذبح ما زاد من األضاح أنها عن فقراء معنن أو

م كبشن، أحدهما عن نفسه وأهل بته، وذبح اآلخر عن مجموعة من شارك ف هذه األضاح، فقد ذبح رسول هللا صلى هللا عله وسل

عن نفسه وعن أمته. وهللا أعلم4 2010/05/10 :انتبسخ 725 :سلى انفت

Cara Cara Pelaksanaan Program Ibadah Korban Semasa Secara Wakalah

1. Program Ibadah Korban Secara Komersial Yang Dianjurkan oleh Organisasi

Yang Terlibat Secara Langsung.

Disebut dengan jelas harga penyelenggaraan (pakej) satu bahagian lembu atau seekor

kambing untuk ibadah korban contohnya RM500 tanpa dinyatakan upah dan kos

pengurusan dan keuntungan (walaupun ia sudah diambil kira dalam menentukan

harga). Ini harus bagi penganjur korban yang melakukan sendiri kerja kerja

penyembelihan, melapah dan mengagihkan daging korban, yang pada kebiasaanya

mempunyai petugas petugas sendiri, bukannya mewakilkan kerja tersebut kepada

pihak ke tiga dengan harga yang lebih murah untuk mengambil untung di atas angin.

Sesetengah sharikat yang menganjur kerja korban sebegini kebiasaannya memiliki

ladang sendiri, rumah sembelih sendiri, pekerja sendiri dan senarai harga berdasarkan

saiz dan jenis ternakan yang jelas dan boleh dipilih oleh peserta.

4 http://www.aliftaa.jo/index.php/fatwa/show/id/725. 27/9/13

Page 9: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

Di Mekah sebagai contoh, Syarikat Al-Rajhi ada menawarkan khidmat sembelihan

korban dan Dam haji di mana pelanggan hanya membeli kupon korban. Segala kerja

penyelenggaraan dan agihan dilaksanakan oleh syarikat tersebut. Boleh dianggap

jualan kupon tersebut sudah merangkumi wakalah iaitu peserta mewakilkan syarikat

untuk melakukan ibadah korban bagi pihaknya yang merangkumi kerja kerja

pemilihan binatang untuk disembelih, sembelihan, pembersihan dan agihan danging.

Sebaik-baiknya dinyatakan di dalam kupon atau sijil korban tersebut wakalah

daripada pelanggan kepada pengurus untuk melakukan kerja korban.

Sesetengah bank Islam di Timur Tengah seperti Saudi dan Mesir menawarkan produk

“sak al-adhahi” iaitu pakej ibadat korban yang merangkumi wakalah untuk

sembelihan pengurusan dan agihan daging korban. Ini dibenarkan oleh kebanyakan

ulama semasa.

Untuk pembelian kupon atu “pakej korban” yang boleh dipercayai dan terjamin

dilakukan sebaik-baiknya oleh penganjur, maka tidak ada isu Syariah dibangkitkan

sekiranya ada lebihan daripada kos, bahkan ia boleh dianggap sebagai keuntungan

kepada pihak penganjur. Penganjur mestilah memastikan tanggungjawab dan amanah

dilakukan dengan betul, saiz atau berat lembu atau kambing yang ditawarkan untuk

ditempah juga mestilah sebagaimana yang dimaklumkan kepada peserta. Ini adalah

penting untuk mengelakkan gharar kerana kebiasaannya lembu atau kambing yang

ditempah bukannya boleh dilihat oleh peserta di depan matanya, munkin juga ia

belum ditempah atau dibeli. Sebarang penipuan samada dengan membeli binatang

ternakan yang jauh lebih murah atau tidak melaksanakan langsung ibadah korban

Page 10: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

adalah satu dosa besar kerana ia adalah penghianatan ke atas amanah, tambahan pula

amanah yang melibatkan ibadah yang besar seperti ibadah korban.

2. Penganjuran Program Ibadah Korban Bukan Secara Komersial yang Dilakukan

oleh Surau, Masjid atau Organisasi.

Disebut bahawa RM500 adalah harga sebahagian lembu atau seekor kambing korban.

Perlu disebut kos adalah termasuk kos pengurusan, dan sekiranya ada lebihan duit,

maka ia disedekah kepada badan kebajikan/sekolah agama/rumah anak yatim, surau

atau untuk aktiviti agama dan kebajikan. Sudah tentu kos ini merangkumi upah

kepada petugas. Upah kepada petugas adalah aqad yang berasingan di antara

penganjur contohnya AJK surau dengan petugas di mana upah dan skop kerja

mestilah diketahui dan dipersetujui. Ia akan diambil dariapada kos pengurusan

tersebut.

Sekiranya tidak dinyatakan status duit lebihan kos korban, penganjur perlu

memulangkannya kepada peserta.

3. Individu atau Organisasi yang mengambil upah daripada kutipan penyertaan.

Kemunkinan mereka adalah wakil kepada penganjur, atau menjadi penganjur dan

memungut sendiri penyertaan program korban kemudian mewakilkan pihak lain

untuk melakukan ibadah korban dengan harga yang lebih rendah. Dalam keadaan

bertindak sebagai wakil kepada penganjur, dengan upah atau komisyen yang sudah

dipersetujui dengan penganjur, munkin boleh dipertimbangkan dan dianggap harus

walaupun tidak diketahui oleh peserta, sekiraya upah wakalah kepada penganjur atau

Page 11: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

harga untuk sebahagian sudah diketahui dengan jelas. Sebaik baiknya komisyen itu

juga diketahui oleh peserta.

Adapun yang mengambil inisiatif sendiri menganjur ibadah korban, dan mengambil

upah secara komersial, perlu dinyatakan jumlah upah dan spesifikasi tugasan.

Contohnya Harga kambing RM600, upah RM50. Upah RM 50 munkin hanya untuk

pengesahan penyertaan, tidak termasuk pengurusan penyembelihan dan agihan. Perlu

dinyatakan sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan oleh pihak lain. Ini

termasuk di dalam hukum wakalah ke atas wakalah, di mana wakil lapis pertama

perlu mendapatkan kebenaran daripada muwakkil (mereka yang ingin melakukan

Qurban) untuk mewakilkan kepada pihak ke tiga. Dalam kes ini wakil pertama hanya

berkongsi upah yang diterima untuk melakukan ibadah korban (RM50), tanpa

menjejaskan harga bintang korban sepenuhnya atau sebahagiannya.

Samada dilakukan sendiri oleh wakil, atau wakil lapis kedua, perlu dinyatakan juga

apa yang dilakukan kepada lebihan baki penyelenggaraan ibadah korban. Ia boleh

dianggap hibah kepada wakil atau disalurkan kepada aktiviti kebajikan. Sekiranya

tidak dinyatakan, maka perlu dikembalikan kepada peserta.

Perlu diingatkan bahawa wakil tidak dibolehkan menjual kutipan bayaran korban

“pakej korban” kepada pihak lain contohnya kutipan yang dibuat RM600 sebahagian,

kemudian dijual kepada peganjur kedua atau pihak lain dengan harga RM500. Ini

kerana peserta tidak pernah bersetuju dengan harga sebahagian korban yang lebih

murah dan tidak memberikan kebenaran untuk penganjur berbuat demikian. Peserta

Page 12: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

menyangka pelaksanaan ibadah korban dilakukan sendiri oleh penganjur atau

wakilnya. Penganjur boleh mendapatkan keuntungan di atas angin.

Larangan perbuatan sedemikian juga berdasarkan hujjah bahawa oleh kerana

pendapatan yang diperolehi bukan lagi upah, maka di atas dasar apakah penganjur

layak megambil untung? Adakah ia keuntungan kerana menjual barang yang tidak

dimiliki? Ia dilarang oleh Rasulullah SAW.

التزمذي أخزجه نهى النب صلى هللا عله وسلم عن ربح ما لم ضمن: وقال عبد هللا بن عمز

Maksud: “Rasulullah SAW melarang keuntungan daripada sesuatu yang tidak

ditanggung (dimiliki).”

Keuntungan daripada barang yang dijual mestilah diperolehi hasil daripada

penaggungan risiko (doman) termasuk kemampuan penyerahan dan pelaksanaan tugas

penyelenggaraan ibadah korban iaitu barang yang djual beli secara tempahan dan

perkhimatan yang dijual. Di dalam kes di atas terdapat kejanggalan dan kegagalan

untuk menyerahkan barang yang dijual (binatang korban) dan pelaksanaan sendiri

oleh penjual. Keuntungan di atas angin sedemikian adalah tidak wajar. Jual-beli

sedemikian tanpa kebenaran peserta korban adalah tidak sah kerana tidak berlaku

pertukaran dua perkara pertukaran („iwadain /considerations) iaitu bayaran harga

pakej korban dan pelaksanaannya dengan sempurna oleh penganjur.

Adapun tawar-menawar pihak penganjur dengan penternak binatang korban adalah

harus, dengan syarat penganjur melakukan kerja-kerja korban dan agihan daging

dilakukan sehingga selesai.

4. Hibah bersyarat ke atas lebihan kos korban. Hibah bersyarat tidak sepatutnya

dianggap sebagai upah. Ini kerana upah mestilah diketahui dan di persetujui. Hibah

Page 13: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

bersyarat bagi lebihan kos penyelenggaraan ibadah korban boleh dibahagikan kepada

tiga keadaan:

(a) Hibah bersyarat disebut di samping upah yang ditentukan pada permulaan

(upfront), sekiranya ada baki, diberikan juga kepada wakil. Dalam hal ini ia boleh

diambil oleh wakil. Sama seperti no 3 di atas.

(b) Hibah bersyarat tidak bersama upah, (wakalah tanpa upah), tetapi lebihan

diberikan kepada penganjur. Sekiranya ada lebihan, maka ia boleh diambil oleh

wakil.

(c) Tidak dinyatakan upah dan tidak dinyatakan juga apa yang akan dibuat dengan

lebihan. Ini dikira wakalah tanpa upah. Dalam keadaan ini, haram bagi wakil

mengambil lebihan kos.

Dalam keadaan (b) seperti di atas, iaitu hibah bersyarat tanpa disebut atau diberikan

upah lain, ia boleh dilakukan dengan menganggarkan/menentukan nilai seekor

kambing atau 1/7 lembu, contohnya RM500, baki diberikan kepada wakil/penganjur.

Contoh: “Saya bayar duit RM500 ini untuk sebahagian lembu korban yang

dianggarkan lebih kurang RM460-RM480 atau ditetapkan seperti carilah kambing

dengan harga RM475, yang selebihnya/baki adalah diberikan kepada

kamu/penganjur.”

Konsep ini disebut oleh fuqaha sebagai:

بع العين بكذا، فما زاد فهو لكإذا قال الموكل للوكيل:

“Apabila berkata pewakil kepada wakil: “Jual barang ini dengan harga sekian-sekian,

apa yang lebih adalah untukmu”

Di antara ulama yang yang mengharuskan konsep ini (upah bersyarat) ialah Ibn

Abbas, Al-Zuhri, Qotadah, Ayub al-Sakhtiyani, Ibn Sirin, Al-Sya‟bi, Hassan al-Basri,

Page 14: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

Ishaq Ibn Rahawaih, Ahmad bin Hanbal, dan juga ulama mazhab Hanbali.5 Ulama

yang bersandarkan kepada pandangan ini juga mengharuskan membeli dengan harga

sekian-sekian, sekiranya harga yang diperolehi lebih rendah, maka perbezaan harga

itu deberikan kepada wakil.

Perbincangan ulama berkenaan masalah upah berdasarkan lebihan harga jualan atau

pengurangan harga pembelian ini adalah pada asalnya dalam transaksi jual-beli biasa

dan tawaran insentif kepada ejen yang boleh menjual barang atau membeli barang

yang dikehendaki (simsarah). Walau bagaimanapun penggunannya boleh

dipertimbangkan di dalam jual beli haiwan yang akan dikorbankan melalui wakalah.

Contoh pelaksanaanya di dalam ibadah korban: “Belikan saya sebahagian lembu

korban atau seekor kambing dengan saiznya sekian-sekian atau beratnya dalam kilo

sekian sekian dengan harga RM600, sekiranya kamu boleh dapatkan harga yang lebih

rendah, perbezaan harga saya berikan kepada kamu.”

Ini adalah pendapat yang dipegang oleh bekas Mufti Jordan seperti yang disebut di

atas. Walaupun begitu, perlu diingatkan supaya tidak berlaku ghubn fahish iaitu

kerugian disebabkan penipuan bagi muwakkil iaitu pelaku ibadah korban di mana,

kadang kadang lembu yang disembelih adalah yang kurus atau tidak cukup sharat sah

sembelih, kerana dibeli dengan harga yang begitu rendah disebabkan pengambilan

upah yang tinggi.

5 Musannaf Abd Al-Razzaq, (11011) , Ibn Qudamah, al-Kafi, jilid 2, ms. 252.

Page 15: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

Kaedah ini boleh dipakai sekiranya sesuatu yang dibeli (mahal al-aqad/subject

matter) diketahui kualiti, spesifikasi dan harga di pasaran, terkawal dalam bagi

transaksi biasa. Lebihan kos yang maksima melalui perbezaan harga yang besar pula

tidak sepatutnya dijadikan tujuan utama bagi mengaut keuntung yang tinggi kerana ia

melibatkan pelaksanaan ibadah korban.

Walau bagaimanapun penulis tidak berapa menggalakkan kaedah ini dalam

pelaksanaan ibadah korban kerana sebab-sebab berikut:

1. Jumhur ulama tidak membenarkan kaedah ini kerana ada unsur gharar (ketidak

pastian) pada upah. Penetapan dan persetujuan ke atas jumlah upah adalah penting

dan merupakan syarat utama aqad mu„awadah untuk kebaikan dan keadilan

kedua-dua pihak yang berkontrak, muwakkil dan wakil dalam wakalah bi al ujrah

(wakalah berserta upah).

2. Ia boleh terdedah kepada penipuan (moral hazard). Munkin penganjur akan

mencari lembu yang jauh lebih murah atau tidak memenuhi syarat sah korban

untuk memaksimakan keuntungan.

Walaubagaimanapun sekiranya masalah penipuan dapat dielakkan seperti ia dilakukan oleh

organisasi dan penganjur yang bersih, telus, cekap dan amanah, siap dengan pematauan yang

berterusan beserta laporan pelaksanaan yang tepat, maka konsep ini boleh dipertimbangkan.

Kesilapan Yang Kerap Berlaku Dalam Wakalah Korban adalah seperti berikut:

1. Tidak ada aqad langsung. Bayaran bagi 1/7 seekor lembu dilakukan tanpa aqad yang

jelas.

Page 16: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

2. Di antara kesilapan yang biasa berlaku ialah tidak dinyatakan akad perwakilan

(wakalah) ketika mengambil tempahan. Tidak juga dibezakan antara wakalah secara

mutlak ataupun secara khusus. Perwakilan secara khusus berlaku apabila mereka yang

melakukan ibadat korban mewakilkan seseorang tukang sembelih yang dikenalpasti

untuk melakukan penyembelihan, di samping ditentukan haiwan sembelihan. Bagi

wakil yang akan melakukan ibadat korban di tempat lain atau tanpa kehadiran peserta,

ia boleh dianggap sebagai wakalah secara mutlak.

3. Tidak disebut berapa upah wakalah. Ini menyebabkan gharar dalam wakalah bi al-ajr.

Sekiranya wakil mengambil upah daripada kos korban tanpa pengetahuan muwakkil

dan keizinannya, maka pendapatan itu adalah haram.

4. Tidak dinyatakan apa akan dibuat dengan lebihan kos korban. Sekiranya tidak

dinyatakan, maka wakil perlu pulangkan balik duit lebihan tersebut kepada muwakkil.

5. Tidak dinyatakan wakalah ke atas wakalah di dalam aqad. Sesetengah

pengendali/pengajur yang melakukan ibadat korban luar Negara tidak menyatakan

dengan jelas yang mereka akan mewakilkan pihak ke tiga dalam melaksanakan ibadah

korban. Tanpa persetujuan Muwakkil, ia boleh menjejaskan kesahihan aqad.

Hukum Memindahkan Daging Korban/ Melakukan Ibadah Korban ke Tempat Atau

Negeri/Negara lain:

1. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa makruh hukumnya memindahkan sembelihan

korban ke negeri lain seperti zakat, kecuali jika diberikan kepada saudara maranya

Page 17: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

yang berada di negeri lain atau kepada penduduk negeri lain yang lebih berhajat

kepada daging itu berbanding penduduk di negeri sendiri.6

2. Mazhab Maliki pula berpandangan bahawa tidak diharuskan memindahkannya ke

kawasan atau negeri yang jaraknya tidak jauh dari tempat korban tersebut

dilaksanakan, kecuali penduduk kawasan tersebut lebih berhajat daripada penduduk di

kawasan atau negeri sendiri.

3. Mazhab Hanbali dan Syafi‟e juga berpandangan seperti Mazhab Maliki.7 Hukumnya

adalah harus menurut mazhab Shafi‟e berasarkan kaedah qiyas dengan pengeluaran zakat di

luar Negara di mana sepatutnya didahulukan tempat sendiri.8

4. Di Malaysia Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 Nov 2004 telah

memutuskan bahawa harus menggagihkan daging Korban ke tempat atau negara lain.9

Berkenaan melakukan ibadat Korban di luar negeri/Negara, guru kami Sheikh

Muhammad bin Muhammad bin Mukhtar al-Shanqiti berpendapat bahawa ibadah Korban

di luar Negara adalah sah dan pelakunya akan mendapat pahala melakukan ibadat

Korban. Tetapi yang afdhalnya dilakukan di kawasan tempat tinggalnya. Lebih afdhal

lagi sekiranya dilakukan ibadat Korban di kawasan kediamannya dan juga di luar Negara

yang berdepan dengan kesukaran.10

Dr. Nazim al-Misbah juga menyokong pandangan ini.

Beliau menolak pandangan yang mendakwa ibadat Korban di luar Negara adalah sama

dengan sedekah biasa11

. Menurutnya lagi pendapat ini tidak ada dalil yang kuat. Bahkan

ia bercanggah dengan fakta yang meyatakan bahawa Rasulullah SAW mewakilkan

Sayyidina Ali untuk melakukan penyembelihan Korban baginda ketika Haji Wada‟.

6. Fiqh al-Islām Wa Adilattuh 3/ 630

7. Ibid., 630

8 Kifāyat al-Akhyār 534.

9. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wakalah-dan-beberapa-perkara-berbangkit-dalam-

ibadat-Korban 10

http://ar.islamway.com/fatwa/5759. Accessed 11/10/2012. 11

http://www.alaan.cc/pagedetails.asp?nid=121971&cid=30. 11/10/2012.

Page 18: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

Kesimpulan, yang afdhal dan hukum asal bagi ibadah Korban ialah dilaksanakan di

negeri sendiri. Sekiranya dibuat di luar Negara, tidak menjadi kesalahan. Bagi mereka

yang mampu, boleh buat kedua-duanya sekali.

KESIMPULAN

Ibadah korban merupakan ibadah yang mulia di sisi Allah SWT dan ganjaran amatlah besar.

Di dalamnya terkandung seribu satu hikmah. Oleh kerana ianya adalah sunat muakkad, umat

Islam amat digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban, tambahan pula pada masa kini

terdapat banyak kemudahan yang dapat membantu memudahkan lagi ibadah ini dijalankan.

Namun, dalam kesibukan kita mengejar ibadah ini jangan sampai terlepas pandang akan

syarat-syarat dan sunnah-sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Supaya ibadat korban

dilaksanakan dengan sempurna, kefahaman tentang hukum hakam yang berkaitan dengan

ibadah korban sangatlah penting. Perhatian juga perlu diberikan dalam memenuhi tuntutan-

tuntutan lain yang berkaitan seperti berwakil membeli dan menyembelih sebagaimana yang

dijelaskan di atas supaya amalan berkorban itu benar-benar menepati kehendak Syara‟. Aqad

wakalah, harga, upah dan lebihan kos mestilah disebut dengan jelas dan dipersetujui oleh

wakil dan muwakkil.

Dicadangkan bagi mereka yang menganjurkan ibadat korban secara komersial, agar mengabil

upah secara berpatutan menurut uruf, sebagaimana Al-Quran membenarkan penjaga anak

yatim mangambil upah di atas kerjanya sekiranya tidak ada kemampuan dengan syarat ianya

berpatutan menurut uruf semasa dan tempat pengurusan korban “bi al-makruf”.

Aktiviti penganjuran ibadat korban secara komersial perlu kepada pematauan pihak berkuasa

untuk memastikan pelaksanaan dilakukan dengan sempurna termasuklah aqad wakalah,

Page 19: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAHdrazman.net/wp-content/uploads/2018/07/pelaksanaan-ibadah-korban... · Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

penentuan harga dan upah dan pengagihan supaya patuh kepada Shariah dan tidak berlaku

penyelewangan dan penipuan. Pengajur juga mestilah berwaspada dan melaksanakannya

dengan cara yang penuh perihatin dan tekun kerana ia adalah amanah daripada orang ramai

dan dipersoalkan pada hari Qiyamat.

Wallahu a„lam.

Senarai Rujukan

1. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, (Dimasyq: Dar al-Fikr, Edisi

ke-6. 2008).

2. Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, (Al-Qahirah: Dar al-Hadis,

2004)

3. Kifayat al-Akhyar.

4. Imam Taqiyuddin al-Husaini, Kifayat al- Akhyar.

5. Imam al-Nawawi, al-Majmu„ Sharh al-Muhazzab, Jeddah:Maktabah al-Irshad.

6. Al-Bakri al-Dimyati, I‟anat al-Tolibin, (1992), jil. 2.

7. Musannaf Abd Al-Razzaq, (11011) , Ibn Qudamah, al-Kafi, jilid 2.

8. Dorar.net.