pelaburan emas public gold patuh syariah

6
www.PelaburanEmasPublicGoldMalaysia.com 1 PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH Pelaburan emas dan perak Public Gold dapat pengesahan patuh syariah pertama di Malaysia dalam urusniaga jual beli emas Pelaburan jongkong emas atau pelaburan jongkong perak melibatkan proses jual beli jongkong emas dan perak untuk pelaburan masa depan, menjana pendapatan, penyelamat kejatuhan nilai wang, bekalan dana kecemasan dan pelindung dari inflasi atau ekonomi yang tidak stabil. Emas dan perak telah diguna sebelum kedatangan Islam lagi di Rom dan Parsi sebagai matawang. Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW menetapkan penggunaan dinar dan dirham sebagai mata wang dimana 1 dinar nilainya setara dengan 4.25 gram emas dan 1 dirham nilainya setara dengan 2.975 gram perak. Emas dan perak wajib dijadikan sebagai standard dalam menilai barang dan perkhidmatan serta sebagai dasar urusniaga namun wang kertas, wang polimer atau bahan-bahan lainnya masih boleh diguna pakai dalam sesuatu urusniaga dengan syarat wang tersebut mestilah dicetak oleh negara dengan nilainya diback up setara dengan nilai nominal emas atau perak yang ada dalam simpanan negara. Jadi berdasarkan nas atau hukum adanya back-up emas dan perak adalah wajib untuk mengelak berlakunya inflasi dalam ekonomi sesebuah negara.

Upload: zaidi-emas-public-gold

Post on 07-Feb-2017

104 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelaburan emas public gold patuh syariah

www.PelaburanEmasPublicGoldMalaysia.com 1

PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH

Pelaburan emas dan perak Public Gold dapat pengesahan patuh syariah pertama diMalaysia dalam urusniaga jual beli emas

Pelaburan jongkong emas atau pelaburan jongkong perak melibatkanproses jual beli jongkong emas dan perak untuk pelaburanmasa depan,menjana pendapatan, penyelamat kejatuhan nilai wang, bekalan danakecemasan dan pelindung dari inflasi atau ekonomi yang tidak stabil.Emas dan perak telah diguna sebelum kedatangan Islam lagi di Rom dan Parsisebagai matawang. Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAWmenetapkan

penggunaan dinar dan dirham sebagai mata wang dimana 1 dinar nilainya setaradengan 4.25 gram emas dan 1 dirham nilainya setara dengan 2.975 gram perak.Emas dan perak wajib dijadikan sebagai standard dalam menilai barang dan

perkhidmatan serta sebagai dasar urusniaga namun wang kertas, wang polimer ataubahan-bahan lainnya masih boleh diguna pakai dalam sesuatu urusniaga dengansyarat wang tersebut mestilah dicetak oleh negara dengan nilainya diback up setaradengan nilai nominal emas atau perak yang ada dalam simpanan negara. Jadi

berdasarkan nas atau hukum adanya back-up emas dan perak adalah wajib untukmengelak berlakunya inflasi dalam ekonomi sesebuah negara.

Page 2: Pelaburan emas public gold patuh syariah

www.PelaburanEmasPublicGoldMalaysia.com 2

Kini, wang yang diguna pakai dalam transaksi seharian adalah berbentuk wangkertas yang dicetak oleh pemerintah dengan nilai nominal tertentu tanpa adajaminan atau back-up emas dan perak telah membawa bencana, kezaliman danmalapetaka kepada seisi dunia kerana penggunaan wang kertas yang amat tidakstabil, mudah terdedah pada kejatuhan nilai dan permainan spekulator, yang

menjadi penyumbang utama kepada ketidakstabilan ekonomi dunia . Wang kertaskini hanyalah kertas biasa yang tidak bernilai dan ianya menjadi bernilai keranapemerintah menetapkan nilai dengan menulis di atasnya “wang kertas ini sah

diperlakukan dengan nilai” untuk memberi nilai tertentu kepada kertas yang tidakbernilai, mudah jatuh nilai atau mudah musnah.

Jadi penyimpanan emas dan perak amat penting sebagai jaminan ataupelindung terhadap kejatuhan nilai wang yang mudah terdedah dari

permainan spekulator dan ketidakstabilan ekonomi sesuatu negara. Kiniemas dan perak digunakan sebagai emas pelaburan bagi mengelak inflasi ataukejatuhan nilai wang seperti yang dikehendaki dalam islam. Islam itu mudah,bersederhana dan sentiasa sesuai untuk sepanjang zaman yang membolehkan

urusniaga emas dan perak patuh syariah dengan kemajuan, inovasi dan peredaranmasa kini. Urusniaga patuh syariah adalah untuk mengelak daripada riba disebabkan

emas tertangguh ataupun penipuan dalam jual beli emas.

Syarikat pelaburan emas dan perak Public Gold adalah SATU-SATUNYAsyarikat pelaburan emas Malaysia yang telah mendapat pengesahan urusniaga yangpatuh syariah kerana telah disahkan oleh penasihat syariah yang dilantik oleh Public

Gold iaitu Amanie Advisors iaitu Global Islamic Finance Advisorshttp://www.amanieadvisors.com/. Sijil pengiktirafan telah dikeluarkan bagi

mengesahkan perkara ini seperti gambar di atas. Penasihat syariah, Amanie Advisorsdiketuai oleh seorang pakar dalam bidang syariah iaitu Datuk Dr. Mohd Daud Bakaryang merupakan PENGERUSI SHARIAH ADVISORY COUNCIL (SAC) UNTUK

BANK NEGARAMALAYSIA (BNM). Urusniaga atau transaksi emas dan perak patuhsyariah melibatkan 3 syarat dimana urusniaga dalam pelaburan emas Public

Gold patuh syariah kerana telah memenuhi syarat-syarat tersebut.

Page 3: Pelaburan emas public gold patuh syariah

www.PelaburanEmasPublicGoldMalaysia.com 3

Syarat urusniaga emas dan perak patuh syariah dan hubungan urusniagajual beli emas dan perak Public Gold adalah seperti di bawah :

Syarat 1 : Kewujudan Emas dan Perak FizikalStok emas dan perak fizikal yang hendak di jual ada atau wujud untuk menjalankanurusniaga. Penjual tidak boleh menjual barang yang tidak wujud atau pun belumdimiliki oleh penjual. Barang jualan mesti sesuatu yang boleh diserahkan. Penjualjuga tidak boleh menjual sesuatu yang mustahil untuk diserahkan kepada pembeli.Penjual tidak boleh menjual emas yang mempunyai sekatan tertentu seperti emastertangguh, perjanjian kontrak atau emas yang masih dalam pajakan atau gadaian(ar-rahnu). Janji sebelah pihak (wa’ad / promise) dibenarkan untuk membeli ataumenjual emas iaitu aplikasi wa’ad atau mekanisma ‘lock’ harga adalah patuh Syariah.

Public Gold mempunyai kilang emas sendiri berserta usahasama dengansyarikat emas terbesar Turki kepunyaan orang islam, iaituNADER

METAL RAFINERI TURKI YANGMENGELUARKAN EMAS LBMA untukdapat pengecualian cukai gst sememangnya stok emas dan perak Public Goldsentiasa ada, wujud danmencukupi. Pembelian emas Public Gold boleh

dilakukan secara belian biasa, COD Cash On delivery iaitu terus ke cawangan PublicGold untuk membeli emas dan terus dapat emas atau boleh juga tempah “lock” harga

emas secara online. Semasa “lock” atau kunci harga emas, akad jual beli belumberlaku ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu

Syarat 2 : Pembayaran Secara TunaiPembayaran secara tunai bermaksub wang mesti cukup untuk membeli emas, tidaksemestinya bayar dengan wang tunai, tetapi boleh juga bayar melalui bank, cek, Cash

deposit, ATM transfer, debit card transfer ataupun perbankan internet.

Pembayaran pembelian emas Public Gold boleh dilakukan secara tunaiatau melalui bank dimana ketika ini juga akad jual beli emas belum berlaku. Iahanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan

komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

Syarat 3 – Penyerahan Emas Perak Secara TunaiPenyerahan emas atau perak secara tunai adalah dapatkan emas atau perak yang

dibeli dimana tidak semestinya emas dan perak fizikal berubah tangan. Penjual jugadapat memberikan resit atau sijil yang membuktikan kewujudan emas dan perak danpaling penting sijil yang dikeluarkan berdasarkan emas dan perak yang memang ada

dalam simpanan penjual.

Penyerahan emas Public Gold adalah secara lani (spot) ketikapengambilan emas dan padamasa ini berlaku akad jual beli tanpa

sebarang penangguhan yang dapat mencetuskan aktiviti riba yang tidakpatuh syariah. Pada masa ini berlaku akad jual beli dimana emas telah sedia danslip bayaran pembelian emas sebagai bukti pembayaran juga telah tersedia. Maka

akad jual beli berlaku antara pembeli dengan staf Public Gold di cawangan. Emas danharga pada ketika itu akan bertukar secara lani atau spot. Pemilikan emas pula

bertukar secara sebenar (actual possession) daripada Public Gold kepada pembeli.Bukti akad diterjemahkan dalam bentuk dokumen yang ditandatangani oleh pembelidan juga staf Public Gold. Maka berlaku akad jual beli emas melalui urusniaga emas

dan perak yang patuh Syariah.

Akad jual beli ialah gabungan ijab (offer) dan qabul (acceptance). Akad yang kitafaham biasa dalam bahasa ialah “aku jual” dan “aku beli”. Akad sebenarnya

simbol kerelaan hati pembeli dan penjual bertukar barang dan harga dalam bentuk

Page 4: Pelaburan emas public gold patuh syariah

www.PelaburanEmasPublicGoldMalaysia.com 4

duit. Oleh itu ia boleh berlaku dalam apa saja aksi dan gerak badan yang difahamioleh penjual dan pembeli. Sebab itu kita boleh melakukan jual beli dengan mesin air

mineral, secara atas talian (online), secara tulisan email dan whatsapp danmacam-macam cara lagi tanpa ada lafaz “aku jual” dan “aku beli”. Yang lebih penting,akad juga boleh berlaku dan sah walaupun dengan orang yang bukan Islam. Jadijangan bimbang berakad jual beli dengan Public Gold walaupun pemiliknya

beragama bukan Islam, namun hakikat sebenarnya emas dan perak LBMAPublic Gold keluaran orang islammelalui syarikat Nadir Metal Rafinari

Turki.

Pelaburan emas kini dicemari oleh skim pelaburan emas tipu, pelaburan emas haramatau skim cepat kaya yang antaranya mengakui patuh syariah atau menggunakan

istilah islam untuk mengkaburi mata pelabur yang menjanjikan pendapatan lumayantanpa kewujudan emas fizikal atau emas tertangguh. Akad jual beli emas mesti wujud

emas untuk jual dan beli. Jika serahkan sejumlah wang dengan mengharapkankeuntungan, itu bukan akad jual beli. Itu dipanggil akad pelaburan (mudharabah).Dalam akad mudharabah, jika untung dibahagi mengikut persetujuan. Jika rugi, iamesti ditanggung oleh pemodal. Akad pelaburan, modal dan keuntungan tidak bolehdijamin. Kalau dijamin, maka tidak sah dan haram. Jadi melabur dalam skim cepatkaya emas dengan jadual keuntungan bulanan adalah pelaburan haram, tidak sahdan riba. Rujuk CARAMENGENALI SKIM CEPAT KAYA untuk mengelakdaripada pelaburan yang tidak sah, riba atau pelaburan haram yang boleh

menyebabkan kerugian wang atau nama tercemar.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat serta pihak pengurusan Public Gold yang telahberusaha selama 8 tahun untuk memenuhi serta mendapatkan urusniaga emas danperak Public Gold yang patuh syariah, terutama Ustaz Khairul Anuar Basri yang

pakar dan berpengalaman dalam syariah. Maklumat lanjut mengenai pelaburan emaspatuh syariah boleh lihat video youtube atau follow Facebook beliau Ustaz Emas dan

Dinar.

Page 5: Pelaburan emas public gold patuh syariah

www.PelaburanEmasPublicGoldMalaysia.com 5

Maklumat terkini dan berita baik bagi penduduk Bandar Baru Bangi keranacawangan Public Gold Kajang telah berpindah ke bangunan Public Gold sendiri di

Bandar Baru Bangi bermula 23 Januari 2017 beralamat di No. 27, Jalan Medan Pusat2D, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Kekukuhan dan kemajuan PublicGold tidak boleh disangkal lagi dengan pertambahan aset kekal dengan memiliki

bangunan sendiri, muzium emas sendiri, arrahnu sendiri, bangunan simpanan emassendiri dan sebagainya dimana cawangan Public Gold Bangi adalah cawangan Public

Gold ke empat berada pada bangunan sendiri.Pengiktirafan pelaburan emas Public Gold yang patuh syariah akan

memberi keyakinan dalam urusan jual beli yang berlandaskan syariahyang di tuntut dalam islam. Bertindak sekarang menyimpan emas pelaburanPublic Gold yang patuh syariah, termurah dan bebas gst untuk perlindungan

kejatuhan nilai wang kertas yang mudah termusnah kerana kejatuhan nilai ataubencana. Whatsapp 019-9185593, Mohd Zaidi Junus iaitumaster dealer PublicGold berpengalaman untuk sebarang pertanyaan serta panduan atau mula

pelaburan emas Public Gold dengan membeli minima gold bar 0.5g 24karat LBMAbebas gst dan patuh syariah klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD TERUS

JADI AHLI PUBLIC GOLD.

Page 6: Pelaburan emas public gold patuh syariah

www.PelaburanEmasPublicGoldMalaysia.com 6

Bagaimana, cara, syarat, urusniaga, emas, perak, patuh syariah, jual beli emas,pelaburan emas, public gold, pelaburan emas patuh syariah, pelaburan emas danperak, urusniaga emas patuh syariah, jual beli emas patuh syariah, syarat urusniagaemas patuh syariah, emas Public Gold, pelaburan emas public gold patuh syariah

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_about&pg=en_thebank&ac=439&lang=en

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/apakah-lbma-dan-kenapa-beli-emas-dan-perak-lbma/

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-mengenali-skim-cepat-kaya/

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-mengenali-skim-cepat-kaya/