pel. 7 segera bertaubat dan beristighfar

23
PELAJARAN 7 SEGERA BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR

Upload: izzatjagua

Post on 20-Jul-2015

64 views

Category:

Presentations & Public Speaking


3 download

TRANSCRIPT

PELAJARAN 7

SEGERA BERTAUBAT

DAN BERISTIGHFAR

AL- IMRAN 133-136

MAKSUDNYA :

AYAT 133

Dan bersegeralah kamu kepada

keampunan daripada Tuhanmu, dan

syurga yang luasnya seluas langit dan

bumi yang disediakan untuk orang

yang bertaqwa.

AYAT 134

Iaitu orang yang menafkahkan hartanya

pada masa senang dan susah, dan

yang sanggup menahan marahnya, dan

orang yang memaafkan kesalahan

orang lain. Allah menyukai orang yang

berbuat kebaikan.

AYAT 135

Dan ( juga ) orang yang apabila

melakukan perkara keji atau

menganiayai diri sendiri , mereka ingat

kepada Allah, lalu memohon ampun

terhadap dosa mereka. Siapa lagi yang

mengampuni dosa selain Allah? Dan

mereka tidak terus mengulangi

perbuatan yang buruk itu, sedang

mereka mengetahui.

AYAT 136

Orang yang demikian itu sifatnya,

balasannya ialah keampunan daripada

Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang

mengalir di bawahnya beberapa sungai.

Mereka kekal di dalamnya dan yang

demikian itulah sebaik-baik balasan

untuk orang yang beramal.

SIFAT-SIFAT

ORANG BERTAQWA

1-MEMBELANJAKAN HARTA DI JALAN ALLAH SWT.

2-MENGAWAL DIRI KETIKA MARAH.

3-MEMAAFKAN KESILAPAN ORANG LAIN.

4-SEGERA BERTAUBAT APABILA MELAKUKAN DOSA

1-MEMBELANJAKAN HARTA

DI JALAN ALLAH SWT

• Mudah

membelanjakan

harta untuk kebaikan

diri dan orang lain

pada waktu senang

dan susah.

• Tidak pentingkan diri

sendiri

2-MENGAWAL DIRI

KETIKA MARAH

• Tidak bertindak melulu mengikut perasaan.

• Sentiasa tenang dan bersabar.

CARA BAGI

MENGHILANGKAN KEMARAHAN

1 Mengambil wuduk

2 Membaca istiazah

3 Duduk jika sedang

berdiri

4 Berbaring jika sedang

duduk

KATEGORI ORANG MARAH

1 Lambat marah , cepat

hilang kemarahan.

2 Cepat marah , cepat

hilang kemarahan.

3 Lambat marah ,

lambat hilang

kemarahan.

4 Cepat marah , lambat

hilang kemarahan.

3-MEMAAFKAN KESILAPAN

ORANG LAIN

• Berlapang dada

walaupun orang

melakukan kesilapan

kepadanya.

4-SEGERA BERTAUBAT

APABILA MELAKUKAN DOSA

• Segera menginsafi dan memperbaiki diri apabila terlanjur dan

melakukan dosa.

CARA BERTAUBAT DAN

BERISTIGHFAR

1-NIAT

2-UCAPAN

3-TINDAKAN

1-NIAT

• Menyesal di atas perbuatan yang dilakukan.

• Berazam tidak mengulanginya lagi.

2-UCAPAN

• Beristighfar

• Memohon maaf atas kesalahan

terhadap manusia

3-TINDAKAN

• Meninggalkan

perbuatan dosa yang

pernah dilakukan.

• Kembalikan hak orang

lain yang diambil

seperti harta yang

dirampas.

• Meningkatkan amalan

soleh dan kebajikan.

KESAN DAN GANJARAN

ORANG

YANG BERTAUBAT

INDIVIDU

1 Menikmati ketenangan hati.

2 Mendapat kejernihan jiwa

3 Bertambah iman dan amal

soleh

4 Bertanggungjawab

terhadap ilmu, keluarga,

bangsa dan negara

MASYARAKAT

1 Hak masyarakat terpelihara dan terjamin

2 Gejala sosial berkurangan

3 Terdorong melakukan kebaikan

4 Tidak mementingkan diri

NEGARA1 Pembanggunan negara berjalan

dengan lebih pesat

2 Pengurusan dan pentadbiran yang

telus, adil, berani,jujur dan amanah.

GANJARAN BAGI

ORANG BERTAUBAT

1 Mendapat keampunan dan keredhaan dari Allah SWT.

2 Dimurahkan rezeki dan mendapat pertolongan Allah SWT.

3 Disayangi dan dihormati oleh masyarakat.

4 Mendapat ganjaran syurga yang penuh dengan nikmat yang berkekalan.

PENGAJARAN AYAT

1. Manusia wajib bertaubat atas dosa dan kesalahan yang dilakukan.

2. Orang yang bertaqwa membelanjakan harta ke arah yang bermanfaat ketika susah dan senang.

3. Sifat pemaaf membentuk peribadi yang tenang dan berketerampilan.

4. Mengingati Allahdapat mencetuskan rasa insaf dan bertaubat kepadanya.

5. Ganjaran kepada orang yang bertaubat ialah keampunan dan dimasukkan ke syurga yang penuh kenikmatan.