pekeliling tuntutan elauns,etc

5
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) Bahagian Kewangan MARA Bil. MARA: BK/1001 Tingkat 14 & 15, Ibu Pejabat MARA Bil.Pendaftaran: UUM/SPK/002 21, Jalan Raja Laut Tarikh : 1 November 2010 50609 Kuala Lumpur ________________________________________________________________________________ SURAT PEKELILING KEWANGAN MARA BIL. 2/2010 PINDAAN KEPADA SURAT PEKELILING KEWANGAN MARA BIL. 9/2009 KADAR-KADAR DAN SYARAT-SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN BAGI PEGAWAI-PEGAWAI MARA SEMASA BERTUGAS RASMI (KECUALI BERKURSUS) TUJUAN Tujuan pekeliling ini adalah untuk memaklumkan mengenai pindaan para 4.3, 4.5, 4.6, 13 dan tambahan syarat tuntutan perjalanan selepas waktu bekerja dan hari cuti dan tuntutan perjalanan bagi menghadiri acara rasmi Kerajaan di dalam Surat Pekeliling Kewangan (SPK) MARA Bil. 9/2009 di atas tajuk “Kadar-Kadar Dan Syarat-Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Bagi Pegawai-Pegawai MARA Semasa Bertugas Rasmi (Kecuali Berkursus)” selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2010. ERTIKATA 2. Melainkan sesuatu itu terjelas maksudnya di dalam Pekeliling ini, tafsiran di bawah ini hendaklah diikuti : 2.1 ”Pegawai” bermakna seseorang pegawai di dalam Perkhidmatan MARA termasuk yang dilantik secara sementara atau sangkut. 2.2 ”Tugas Rasmi” bermakna tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain daripada menghadiri kursus yang dibenarkan. 2.3 ”PMP” bermakna Pegawai Mengawal Pusat yang bertanggungjawab ke atas sesuatu pusat seperti yang dinyatakan di Surat Pekeliling Peraturan MARA Bil. 1/94 bertarikh 17 Januari 1994 atau lain-lain Pekeliling Kewangan atas tajuk yang sama yang dikuatkuasakan dari masa ke semasa.

Upload: zarinaahmd8069

Post on 28-Apr-2015

95 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pekeliling Tuntutan Elauns,Etc

MAJLIS AMANAH RAKYAT

(MARA) Bahagian Kewangan MARA Bil. MARA: BK/1001 Tingkat 14 & 15, Ibu Pejabat MARA Bil.Pendaftaran: UUM/SPK/002 21, Jalan Raja Laut Tarikh : 1 November 2010 50609 Kuala Lumpur ________________________________________________________________________________ SURAT PEKELILING KEWANGAN MARA BIL. 2/2010

PINDAAN KEPADA SURAT PEKELILING KEWANGAN MARA BIL. 9/2009 KADAR-KADAR DAN SYARAT-SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN BAGI PEGAWAI-PEGAWAI MARA SEMASA BERTUGAS RASMI (KECUALI BERKURSUS)

TUJUAN Tujuan pekeliling ini adalah untuk memaklumkan mengenai pindaan para 4.3, 4.5, 4.6, 13 dan tambahan syarat tuntutan perjalanan selepas waktu bekerja dan hari cuti dan tuntutan perjalanan bagi menghadiri acara rasmi Kerajaan di dalam Surat Pekeliling Kewangan (SPK) MARA Bil. 9/2009 di atas tajuk “Kadar-Kadar Dan Syarat-Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Bagi Pegawai-Pegawai MARA Semasa Bertugas Rasmi (Kecuali Berkursus)” selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2010. ERTIKATA 2. Melainkan sesuatu itu terjelas maksudnya di dalam Pekeliling ini, tafsiran di bawah ini hendaklah diikuti :

2.1 ”Pegawai” bermakna seseorang pegawai di dalam Perkhidmatan MARA termasuk yang dilantik secara sementara atau sangkut.

2.2 ”Tugas Rasmi” bermakna tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain

daripada menghadiri kursus yang dibenarkan.

2.3 ”PMP” bermakna Pegawai Mengawal Pusat yang bertanggungjawab ke atas sesuatu pusat seperti yang dinyatakan di Surat Pekeliling Peraturan MARA Bil. 1/94 bertarikh 17 Januari 1994 atau lain-lain Pekeliling Kewangan atas tajuk yang sama yang dikuatkuasakan dari masa ke semasa.

Page 2: Pekeliling Tuntutan Elauns,Etc

2

BAYARAN SEWA HOTEL

3. Para 4.3 SPK MARA Bil. 9/2009 adalah dipinda seperti berikut:-

4.3.1 Seseorang Pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya dan perlu menginap adalah layak menuntut Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit tertakluk kepada had maksimumnya atau Elaun Lojing mengikut kadar-kadar seperti berikut :

(a) Semenanjung Malaysia

GRED

SEWA HOTEL (MAKSIMUM)

(RM)

ELAUN LOJING

(RM) Utama/Khas ”A” dan ke atas Sebenar (Standard Suite) 80.00

Utama/Khas ”B” dan ”C” Sebenar (Bilik Superior) 75.00

53 dan 54 Sebenar (Bilik Biasa) 70.00

45 hingga 52 180.00 60.00

41 hingga 44 160.00 55.00

27 hingga 40 140.00 45.00

17 hingga 26 130.00 40.00

1 hingga 16 120.00 35.00

(b) Sabah, Labuan dan Sarawak

GRED SEWA HOTEL (MAKSIMUM)

(RM)

ELAUN LOJING

(RM)

Utama/Khas ”A” dan ke atas Sebenar (Standard Suite) 85.00

Utama/Khas ”B” dan ”C” Sebenar (Bilik Superior) 80.00

53 dan 54 Sebenar (Bilik Biasa) 75.00

45 hingga 52 200.00 70.00

41 hingga 44 170.00 60.00

27 hingga 40 160.00 50.00

17 hingga 26 150.00 45.00

1 hingga 16 140.00 40.00

Page 3: Pekeliling Tuntutan Elauns,Etc

3

ELAUN BANTUAN GAJI PEMANDU 4. Perkataan ’drebar’ di para 4.5 dan 4.6 SPK Bil. 9/2009 dipinda kepada ’pemandu’. 5. Syarat tuntutan bulanan bagi mendapatkan Elaun Bantuan Gaji Pemandu di para 4.5.2 SPK Bil. 9/2009 dipinda seperti berikut :

i. Pegawai berkenaan menggaji sepenuh masa seorang pemandu yang berlesen.

ii. Tuntutan dibuat dengan menyertakan dokumen sokongan seperti salinan surat lantikan pemandu oleh pegawai, Lesen Memandu dan Kad Pengenalan pemandu.

iii. Tiada pemandu MARA yang diperuntukkan khas kepada pegawai.

iv. Pegawai tidak boleh menggunakan kereta dan pemandu MARA

melainkan dalam keadaan tertentu.

v. Elaun ini tidak boleh dibayar kepada ibu bapa, ibu bapa mertua, suami/isteri dan anak pegawai.

TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA 6. Para 13 SPK Bil. 9/2009 adalah dipinda seperti berikut : 13. Seseorang Pegawai yang baru pertama kali dilantik ke dalam

Perkhidmatan MARA layak membuat tuntutan perjalanan mengikut kelayakan Pegawai setelah memegang jawatan yang ditawarkan terhad kepada perkara berikut :

i. Pegawai layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam / Elaun

Perjalanan Kenderaan / tiket kapal terbang dari tempat kediaman ke mana-mana tempat yang diarahkan untuk melapor diri / berkursus / menghadiri taklimat dan sebagainya sehingga ke Pejabat yang diarahkan bertugas secara tetap.

ii. Tambang Pengangkutan Awam / Tuntutan Perjalanan Kenderaan / tiket kapal terbang yang boleh dituntut bagi keluarga hanyalah dari tempat kediaman ke tempat penempatan tetap Pegawai. Bagi tujuan tuntutan ini, keluarga bermaksud bagi pegawai lelaki ialah isteri dan anak-anaknya dan bagi Pegawai perempuan ialah suami dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh

Page 4: Pekeliling Tuntutan Elauns,Etc

4

Pegawai yang belum mencapai umur 21 tahun termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf oleh undang-undang. Walaubagaimanapun, anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur ini tidak terpakai.

TUNTUTAN PERJALANAN SELEPAS WAKTU BEKERJA DAN HARI CUTI 7. Tambahan syarat kepada SPK BIL. 9/2009 adalah seperti berikut : 7.1 Seseorang Pegawai tidak dibenarkan membuat tuntutan perjalanan iaitu

Elaun Perjalanan Kenderaan, Elaun Perjalanan Motobot / Motosangkut dan Tambang Pengangkutan Awam bagi perjalanan dari rumah ke Pejabat atau sebaliknya pada setiap hari bekerja biasa.

7.2 Walaubagaimanapun, Pegawai layak membuat tuntutan perjalanan jika

diarahkan secara bertulis oleh PMP untuk datang ke Pejabat atau mana-mana tempat yang diarahkan bagi menjalankan tugas rasmi selepas waktu bekerja biasanya atau pada hari rehat mingguan dan hari kelepasan am.

TUNTUTAN PERJALANAN BAGI MENGHADIRI ACARA RASMI KERAJAAN 8. Pegawai layak membuat tuntutan perjalanan sekiranya diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk menghadiri acara rasmi Kerajaan pada hari bekerja biasa, hari rehat mingguan dan hari kelepasan am terhad kepada syarat berikut : 8.1 Majlis berkenaan merupakan acara rasmi anjuran Kerajaan bagi

sambutan hari-hari kebesaran yang diisytiharkan sebagai kelepasan cuti am di peringkat kebangsaan / negeri sahaja seperti Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Pekerja dan seumpamanya.

8.2 Pegawai mendapat arahan bertulis daripada PMP untuk hadir ke majlis

tersebut. RUJUKAN 9. Surat Pekeliling Kewangan ini adalah dirujuk daripada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2010 bertarikh 31 Julai 2010.

Page 5: Pekeliling Tuntutan Elauns,Etc

5

PENUTUP 10. Peraturan dan syarat-syarat lain di dalam SPK MARA Bil. 9/2009 adalah tidak berubah. 11. Surat Pekeliling Kewangan MARA ini berkuatkuasa serta merta.

Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ”1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” DATO’ IBRAHIM B. MUHAMAD Ketua Pengarah MARA