pekeliling perbendaharaan negeri...

5
__________________________________________________________________________ PERB.TR.U/16/01/01/2 - ( 22 ) Bertarikh : 5 Disember 2011 Bersamaan : 9 Muharam 1432 Semua Ketua Jabatan Negeri, Terengganu. Tuan/puan, PEKELILING PERBENDAHARAAN NEGERI TERENGGANU BIL. 4 TAHUN 2011 TARIKH BERKAITAN PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2012 DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKAITAN DENGANNYA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 1. TUJUAN 1.1 Tujuan Surat Pekeliling ini adalah untuk :- 1.1.1 Memaklumkan tarikh-tarikh berkaitan pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2012. 1.1.2 Menetapkan peraturan untuk memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan gaji dapat dibayar mengikut jadual yang ditetapkan. 1.1.3 Memastikan bahawa rekod gaji kakitangan sentiasa kemaskini. 1.1.4 Memberi peringatan terhadap beberapa kesilapan yang sering terdapat dalam penyediaan gaji kakitangan untuk diperbetulkan. 2. TARIKH-TARIKH BERKAITAN PEMBAYARAN GAJI 2.1 Tarikh-tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2012 adalah seperti di LAMPIRAN A dan ianya ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan Perkara 105 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2004 bertajuk “Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 Mengenai Tarikh Membayar Gaji”.

Upload: vudieu

Post on 27-Feb-2018

266 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEKELILING PERBENDAHARAAN NEGERI …perbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pekeliling/2011/pekeliling... · 1.1.3 Memastikan bahawa rekod gaji kakitangan sentiasa kemaskini

__________________________________________________________________________

PERB.TR.U/16/01/01/2 - ( 22 ) Bertarikh : 5 Disember 2011 Bersamaan : 9 Muharam 1432

Semua Ketua Jabatan Negeri, Terengganu. Tuan/puan,

PEKELILING PERBENDAHARAAN NEGERI TERENGGANU BIL. 4 TAHUN 2011

TARIKH BERKAITAN PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2012 DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKAITAN DENGANNYA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 1. TUJUAN

1.1 Tujuan Surat Pekeliling ini adalah untuk :-

1.1.1 Memaklumkan tarikh-tarikh berkaitan pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2012.

1.1.2 Menetapkan peraturan untuk memastikan penyediaan gaji dapat

diuruskan dengan sempurna dan gaji dapat dibayar mengikut jadual yang ditetapkan.

1.1.3 Memastikan bahawa rekod gaji kakitangan sentiasa kemaskini.

1.1.4 Memberi peringatan terhadap beberapa kesilapan yang sering terdapat

dalam penyediaan gaji kakitangan untuk diperbetulkan. 2. TARIKH-TARIKH BERKAITAN PEMBAYARAN GAJI

2.1 Tarikh-tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2012 adalah seperti di LAMPIRAN A dan ianya ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan Perkara 105 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2004 bertajuk “Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 Mengenai Tarikh Membayar Gaji”.

Page 2: PEKELILING PERBENDAHARAAN NEGERI …perbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pekeliling/2011/pekeliling... · 1.1.3 Memastikan bahawa rekod gaji kakitangan sentiasa kemaskini

…2/- - 2 -

2.2 Pegawai Pengawal hendaklah mempastikan kemasukan data perubahan gaji

dikemaskini dalam Sistem SPEKS sebelum 4 haribulan setiap bulan. Jika tiada perubahan dibuat sehingga tarikh tersebut, proses bayaran gaji bulan berkenaan akan diteruskan dengan maklumat yang sama seperti bulan sebelumnya.

2.3 Bendahari Negeri (BN) tidak akan mengambil kira sebarang Perubahan Gaji

(Kew.320) yang dikemukakan selepas tarikh tutup kecuali kes kematian, letak jawatan, persaraan, cuti tanpa gaji dan tindakan tatatertib yang mana gaji kakitangan terpaksa dihentikan segera, hendaklah diberitahu kepada Pejabat Bendahari Negeri terlebih dahulu.

3. PERATURAN UNTUK PEMBAYARAN GAJI MENGIKUT JADUAL

3.1 Untuk memastikan bahawa Pejabat Pembayar dapat membuat pembayaran gaji mengikut tarikh yang ditetapkan, Pusat Gaji dikehendaki mematuhi perkara-perkara berikut:-

3.1.1 Menghantar Borang Perubahan Gaji (Kew.320) mengikut jadual yang

telah ditetapkan oleh Pejabat Pembayar bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

3.1.2 Menyemak maklumat dalam Fail Induk Gaji setiap bulan sebaik sahaja

laporan berkenaan dikemaskini dalam sistem SPEKS dan mengambil tindakan serta merta untuk membetulkan sebarang kesilapan dan membuat pelarasan.

3.1.3 Mengambil tindakan serta merta bagi membetulkan sebarang kesilapan

yang terdapat dalam Fail Induk Gaji termasuk butir-butir peribadi, nombor akaun bank dan nombor rujukan potongan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Cukai Pendapatan, Pinjaman Perumahan dan sebagainya.

3.1.4 Memastikan supaya kakitangan tidak menutup akaun bank setelah

borang perubahan gaji (Kew.320) diserah dan diproses oleh Pejabat Pembayar. Sebarang penukaran akaun bank hendaklah diberitahu kepada Pejabat Pembayar melalui Borang Perubahan Gaji (Kew.320) selewat-lewatnya pada akhir tarikh penghantaran sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pembayar masing-masing.

3.1.5 PTJ tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan gaji jika berlaku

pertukaran pada bulan berkenaan. Perubahan seperti kenaikan gaji, bayaran elaun memangku, elaun tanggung kerja dan lain-lain perubahan perlu dibuat pada bulan berikutnya.

Page 3: PEKELILING PERBENDAHARAAN NEGERI …perbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pekeliling/2011/pekeliling... · 1.1.3 Memastikan bahawa rekod gaji kakitangan sentiasa kemaskini

…3/- - 3 -

3.1.6 Memastikan pelarasan dengan segera bagi setiap lebihan bayaran atau lain-lain perubahan yang tidak sempat diambilkira dalam bulan yang dikehendaki.

3.1.7 PTJ hendaklah memastikan semua pembayaran gaji penjawat awam yang berjawatan tetap hendaklah dibayar melalui Sistem Gaji Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui Baucer Bayaran Berasingan adalah tidak dibenarkan.

4. PENYEDIAAN GAJI BAGI KAKITANGAN SANDARAN DAN SAMBILAN 2012

4.1 Bagi membolehkan kakitangan yang dilantik secara sandaran dan sambilan menerima gaji pada tarikh yang sama seperti kakitangan Kerajaan yang lain, pentadbiran ini berharap mendapat kerjasama semua Ketua Jabatan dan Pegawai Pengawal untuk menyediakan baucer bayaran gaji bagi mereka yang terlibat pada tarikh yang dinyatakan di dalam jadual di bawah.

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Bagi

Kakitangan Sandaran/Sambilan Bagi Tahun 2012

Bulan Tarikh Gaji Tempoh Gaji Tarikh Akhir Hantar Baucer

Januari 16/01/2012 12/12/2011 - 10/01/2012 (30 hari)

11/01/2012

Februari 23/02/2012 11/01/2012 - 09/02/2012 (30 hari)

10/02/2012

Mac 22/03/2012 10/02/2012 - 11/03/2012 (31 hari)

12/03/2012

April 25/04/2012 12/03/2012 - 10/04/2012 (30 hari)

11/04/2012

Mei 23/05/2012 11/04/2012 - 10/05/2012 (30 hari)

11/05/2012

Jun 25/06/2012 11/05/2012 - 10/06/2012 (31 hari)

11/06/2012

Julai 25/07/2012 11/06/2012 - 10/07/2012 (30 hari)

11/07/2012

Ogos 13/08/2012 11/07/2012 - 09/08/2012 (30 hari)

10/08/2012

September 25/09/2012 10/08/2012 - 09/09/2012 (31 hari)

10/09/2012

Oktober 22/10/2012 10/09/2012 -09/10/2012 (30 hari)

10/10/2012

November 06/11/2012 10/10/2012 - 08/11/2012 (30 hari)

09/11/2012

Disember 18/12/2012 09/11/2012 -09/12/2012 (31 hari)

10/12/2012

Page 4: PEKELILING PERBENDAHARAAN NEGERI …perbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pekeliling/2011/pekeliling... · 1.1.3 Memastikan bahawa rekod gaji kakitangan sentiasa kemaskini

…4/- - 4 -

5. PERINGATAN

5.1 Potongan Caruman KWSP, Pinjaman Perumahan Kerajaan, Cukai Pendapatan dan lain-lain potongan.

5.1.1 Semakan mendapati masih terdapat Pejabat Pembayar yang menerima

arahan bagi membuat potongan di atas tanpa diberi rujukan yang tepat dan lengkap seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun potongan. Amalan ini telah meningkatkan masalah penyelenggaraan akaun potongan di pihak Agensi/Jabatan tersebut, dimana potongan tidak dapat dikredit ke akaun yang betul dan baki akaun tidak dapat dikemaskini. Amalan ini juga akan menimbulkan kelewatan semasa penyediaan kertas pencen kakitangan awam yang berkelayakan. Untuk mengatasi masalah ini, semua Borang Perubahan Gaji (Kew.320) perlu disokong dengan No. Kad Pengenalan dan nombor rujukan akaun potongan. Borang Perubahan Gaji (Kew.320) yang tidak disokong tidak akan diproses oleh Pejabat Pembayar.

6. PENUTUP

6.1 Semua pihak yang menguruskan gaji adalah dikehendaki mematuhi jadual dalam pekeliling ini supaya tarikh pembayaran gaji dapat diseragamkan.

6.2 Peraturan-peraturan yang digariskan juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan

masalah kepada semua yang terlibat terutama kepada kakitangan yang diberi khidmat.

Sekian, terima kasih. “ MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN ” “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menurut perintah,

( DATO’ HAJI ABDUL RAZAK BIN ISMAIL) Pegawai Kewangan Negeri, Terengganu. s.k. Pengarah Audit Negeri,

Terengganu. Akauntan Negara Cawangan Terengganu, Kuala Terengganu. Semua Ketua Jabatan Badan-Badan Berkanun, Negeri Terengganu. Semua Ketua Jabatan Penguasa-Penguasa Tempatan, Negeri Terengganu Fail timbul

Page 5: PEKELILING PERBENDAHARAAN NEGERI …perbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pekeliling/2011/pekeliling... · 1.1.3 Memastikan bahawa rekod gaji kakitangan sentiasa kemaskini

LAMPIRAN A

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2012

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BULAN TARIKH HARI CATATAN

Januari 16/01/2012 Isnin (Tahun Baru Cina 23 & 24/01/2012)

Februari 23/02/2012 Khamis

Mac 22/03/2012 Khamis

April 25/04/2012 Rabu

Mei 23/05/2012 Rabu

Jun 25/06/2012 Isnin

Julai 25/07/2012 Rabu

Ogos 13/08/2012 Isnin (Hari Raya Puasa 19 & 20/08/2012)

September 25/09/2012 Selasa

Oktober 22/10/2012 Isnin (Hari Raya Haji 26/10/2012)

November 06/11/2012 Selasa (Deepavali 13/11/2012)

Disember 18/12/2012 Selasa (Hari Krismas 25/12/2012)

Perhatian: Pegawai Pengawal hendaklah mempastikan kemasukan data perubahan gaji dikemaskini dalam Sistem SPEKS sebelum 4 haribulan setiap bulan. Jika tiada perubahan dibuat sehingga tarikh tersebut, proses bayaran gaji bulan berkenaan akan diteruskan dengan maklumat yang sama seperti bulan sebelumnya.