pejabat pelajaran daerah belaga - wahana … surat ini, ... rasmi saya sehingga menjejaskan kegunaan...

4
MENJULANGI BELAGA, MENJULANGI SARAWAK Telefon:086-461330 SURAT PERINGATAN Tuan, 1. KETIDAKHADIRAN BERTUGAS 2. KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN TERMA-TERMA AKUJANJI PEGAWAI AWAM 3. INGKAR PERINTAH Dengan segala hormat dan penuh takzimnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Melalui surat ini, Pejabat Pelajaran Daerah Belaga ingin memaklumkan serta menegaskan bahawa Jabatan Pelajaran Sarawak khasnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia amnya sentiasa memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut . 3. Sila maklum bahawa Ketidakhadiran Bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah adalah satu pelanggaran tatatertib dan tindakan tatatertib boleh diambil ke atas mana-mana pegawai yang berkenaan . Sila rujuk Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 iaitu "Ketidakhadiran untuk bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib” . 4. Sehubungan itu, semua pegawai awam juga dikehendaki agar sentiasa AKUR dengan AKUJANJI pegawai awam iaitu "Maka dengan ini saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya : 4.1 akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan ; 4.2 akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab ; 4.3 tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya ; 4.4 tidak akan berkelakuan dengan cara mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas awam saya ; 4.5 tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam ; 4.6 tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri ; Rujukan kami:JPS(W)/PPDBel(Perj)/153/08/09/02 Tarikh : 27.03. 2012 Semua Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Semua Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Daerah Belaga No Fax:086-461464 [email protected] [email protected] PEJABAT PELAJARAN DAERAH BELAGA JALAN DIAN DING 96900 BELAGA, SARAWAK Rujukan Tuan :

Upload: hadiep

Post on 08-May-2018

225 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEJABAT PELAJARAN DAERAH BELAGA - Wahana … surat ini, ... rasmi saya sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam ; ... antara contoh-contoh pelanggaran tatatertib yang

MENJULANGI BELAGA, MENJULANGI SARAWAK

Telefon:086-461330

SURAT PERINGATAN

Tuan,

1. KETIDAKHADIRAN BERTUGAS

2. KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN TERMA-TERMA AKUJANJI PEGAWAI AWAM

3. INGKAR PERINTAH

Dengan segala hormat dan penuh takzimnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Melalui surat ini, Pejabat Pelajaran Daerah Belaga ingin memaklumkan serta menegaskan bahawa Jabatan Pelajaran Sarawak khasnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia amnya sentiasa memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut .

3. Sila maklum bahawa Ketidakhadiran Bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah adalah satu pelanggaran tatatertib dan tindakan tatatertib boleh diambil ke atas mana-mana pegawai yang berkenaan . Sila rujuk Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 iaitu "Ketidakhadiran untuk bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib” .

4. Sehubungan itu, semua pegawai awam juga dikehendaki agar sentiasa AKUR dengan

AKUJANJI pegawai awam iaitu "Maka dengan ini saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya :

4.1 akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan ;

4.2 akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur,

amanah dan bertanggungjawab ;

4.3 tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya ;

4.4 tidak akan berkelakuan dengan cara mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas awam saya ;

4.5 tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas

rasmi saya sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam ;

4.6 tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri ;

Rujukan kami:JPS(W)/PPDBel(Perj)/153/08/09/02

Tarikh : 27.03. 2012

Semua Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan

Semua Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Daerah Belaga

No Fax:086-461464 [email protected] [email protected]

PEJABAT PELAJARAN DAERAH BELAGA

JALAN DIAN DING 96900 BELAGA,

SARAWAK

Rujukan Tuan :

Page 2: PEJABAT PELAJARAN DAERAH BELAGA - Wahana … surat ini, ... rasmi saya sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam ; ... antara contoh-contoh pelanggaran tatatertib yang

MENJULANGI BELAGA, MENJULANGI SARAWAK

4.7 tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama

perkhidmatan awam ;

4.8 tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai awam lain berhububung dengan perkhidmatan awam ;

4.9 tidak akan ingkar arahan atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai

ingkar arahan . ”

5. Tugas kawalan dan Pengawasan Tatatertib

5.1 Adalah menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dalam tiap- tiap hal pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan tatatertib.

5.2 Seseorang pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas

pegawai bawahannya, atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melakukan pelanggaran tatatertib, hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan

tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib .

6. Merujuk kepada perkara 4.7 di atas, antara contoh-contoh pelanggaran tatatertib yang berkaitan ialah ;

6.1 terlibat dalam penyalahgunaan dadah,

6.2 berjudi di pejabat/waktu bertugas,

6.3 berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai seperti mabuk, biadap, atau berkelakuan kasar,

6.4 disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah

6.5 kesusahan berat kerana hutang,

6.6 menerima rasuah .

7. Seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah . Maksud ingkar perintah boleh diambil ikhtibar daripada - Mahkamah dalam kes Laws lwn London

Chronicle (Indicator Newspaper) Ltd.(1959) 2 A11 E.R.285 dan kes Pepper lwn Webb

(1969) 1 WLR 514 menyebut bahawa seseorang dianggap ingkar perintah jika keingkaran itu dibuat secara sengaja atas sebarang arahan yang sah dan munasabah .

Ingkar perintah boleh menjadi alasan untuk dibuang kerja kerana pekerja(penjawat) itu melanggar kontrak perkhidmatannya, jika dia secara sengaja telah ingkar( tidak turut perintah /arahan ), yang dikeluarkan dengan sah dan munasabah oleh majikannya .

Mahkamah dalam kes Comell lwn Gilborne Times co. Ltd. [ (1905) 20 NZLR 299 ] dan dalam kes Adami lwn Maison Deluxe ltd. [ ( 1924 ) 35 CLR 143 ] menyebut bahawa jika keingkaran itu adalah secara penentangan atau penghinaan dengan sengaja yang berterusan oleh seseorang pekerja, maka pekerja itu juga boleh dibuang kerja .

Page 3: PEJABAT PELAJARAN DAERAH BELAGA - Wahana … surat ini, ... rasmi saya sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam ; ... antara contoh-contoh pelanggaran tatatertib yang

MENJULANGI BELAGA, MENJULANGI SARAWAK

Merujuk kepada perkara 4.9 di atas, antara contoh-contoh pelanggaran bersabit ingkar perintah/ingkar arahan ialah ;

7.1 membantah atau melawan pegawai atasan,

7.2 pegawai diplomatik berkahwin dengan warganegara asing tanpa kelulusan kerajaan (Wisma Putra) ,

7.3 membawa keluar fail terperingkat Jabatan tanpa kebenaran bertulis Ketua Jabatan (perenggan 67, Arahan Keselamatan),

7.4 membeli saham melebihi had yang dibenarkan mengikut pekeliling, PP Bil.8/1995,

7.5 keluar negara tanpa kelulusan KSU, Kementerian .

8. Semua pegawai dan kakitangan juga diperingatkan tentang kepentingan penerapan dan pengamalan nilai-nilai kejujuran dan amanah pada setiap masa . Antara contoh-contoh pelanggaran tatakelakuan yang boleh disifatkan sebagai tidak jujur dan tidak amanah ialah ;

8.1 tidak melaporkan/mengisytiharkan harta atau pelaburan yang dimiliki

8.2 membuat tuntutan palsu mengenai elaun perjalanan, perpindahan dan lain-lain

8.3 mengesahkan tuntutan bekerja lebih masa yang tidak betul dengan tujuan untuk mendapat habuan

8.4 tidak melaporkan hutang-piutang dengan tujuan untuk menipu Ketua Jabatan dan

Jawatankuasa Tatatertib mengenai betapa berat kesusahannya kerana hutang .

9. Dengan pengeluaran Surat Peringatan ini , adalah diharapkan semua pegawai dan kakitangan di daerah ini mengambil maklum dan perhatian yang serius tentang kandungannya . Semua Ketua Jabatan di Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan di daerah ini juga dikehendaki untuk memberi kerjasama serta menyebarluaskan kandungan surat ini kepada semua pegawai dan kakitangan di bawah kawalan dan seliaan masing- masing dengan cara memuat turun serta membuat salinan secukupnya untuk dibaca oleh semua pegawai dan kakitangan .

Sekian, harap maklum dan terima kasih .

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah,

(GEORGE BIDOL@ISWANDY ABDULLAH)

Pegawai Pelajaran Daerah,

Pejabat Pelajaran Daerah Belaga,

96900 Belaga . S.k 1. Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak

Bangunan Bangunan Tun Datuk Patinggi Hj. Bujang

Jalan Simpang Tiga ,93604 Kuching.

[U.p.: Georgina Apphia Ngau]

Page 4: PEJABAT PELAJARAN DAERAH BELAGA - Wahana … surat ini, ... rasmi saya sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam ; ... antara contoh-contoh pelanggaran tatatertib yang

MENJULANGI BELAGA, MENJULANGI SARAWAK