peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)

4
THNING/BPK/PEERS.2014 1 PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN 1. Latar Belakang 1.1. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dijalankan melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan dalam sistem pendidikan Malaysia. 1.2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan PEERS sejak 1989 di sekolah menengah dan sejak 1994 di sekolah rendah, khususnya melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan secara merentas kurikulum mata pelajaran lain seperti bahasa, Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. 1.3. PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. 1.4. PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya berfokus kepada isu seksual. 2. Penggunaan Istilah 2.1 “Pendidikan Kesihatan Keluarga” (1989 – 2002). 2.2 “Pendidikan Seksualiti” (2003 – 2005). 2.3 “Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial” digunakan susulan daripada kelulusan Kabinet pada 20 Disember 2006. 2.4 Istilah “Pendidikan Seks” tidak digunakan sama sekali dalam konteks pendidikan di Malaysia kerana ia memberi konotasi yang negatif dalam kalangan masyarakat kita. 3. Konsep dan Objektif 3.1 Konsep dan objektif PEERS merupakan aspek penting yang perlu difahami secara jelas dan mendalam dalam menentukan kerangka serta hala tuju pelaksanaan pendidikan tersebut. 3.2 Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif, bijak dan bertanggungjawab dalam menangani situasi berisiko. 3.3 PEERS memberi kesedaran dan membantu murid : 3.3.1 membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial 3.3.2 menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil berat tentang kesihatan seksual

Upload: razah-dollah

Post on 03-Aug-2015

52 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)

THNING/BPK/PEERS.2014 1

PPEENDIDIKAN KEESIHATAN RREPRODUKTIF DAN SSOSIAL (PPEEEERRSS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Latar Belakang

1.1. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dijalankan melalui kurikulum

Pendidikan Kesihatan dalam sistem pendidikan Malaysia.

1.2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan PEERS sejak 1989 di

sekolah menengah dan sejak 1994 di sekolah rendah, khususnya melalui mata

pelajaran Pendidikan Kesihatan dan secara merentas kurikulum mata pelajaran lain

seperti bahasa, Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

1.3. PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan

membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan

keintiman sesama insan.

1.4. PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan

kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya

berfokus kepada isu seksual.

2. Penggunaan Istilah

2.1 “Pendidikan Kesihatan Keluarga” (1989 – 2002).

2.2 “Pendidikan Seksualiti” (2003 – 2005).

2.3 “Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial” digunakan susulan daripada kelulusan

Kabinet pada 20 Disember 2006.

2.4 Istilah “Pendidikan Seks” tidak digunakan sama sekali dalam konteks pendidikan di

Malaysia kerana ia memberi konotasi yang negatif dalam kalangan masyarakat kita.

3. Konsep dan Objektif

3.1 Konsep dan objektif PEERS merupakan aspek penting yang perlu difahami secara jelas

dan mendalam dalam menentukan kerangka serta hala tuju pelaksanaan pendidikan

tersebut.

3.2 Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif,

bijak dan bertanggungjawab dalam menangani situasi berisiko.

3.3 PEERS memberi kesedaran dan membantu murid :

3.3.1 membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial

3.3.2 menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil

berat tentang kesihatan seksual

Page 2: Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)

THNING/BPK/PEERS.2014 2

3.3.3 membantu mereka memperoleh kemahiran membuat keputusan yang

bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan.

4. Kandungan PEERS (75%) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan - digubal berdasarkan

kepada tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran.

Rajah 1 : Skop Kurikulum Pendidikan Kesihatan

4.1 Kesihatan diri dan reproduktif - aspek perkembangan dan perubahan fizikal,

fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif.

4.2 Penyalahgunaan bahan - kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok,

dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran berkata TIDAK.

4.3 Kemahiran pengurusan mental dan emosi - kemahiran pengurusan konflik dan stres

dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.

4.4 Kekeluargaan - kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan

tanggungjawab ahli dalam keluarga.

4.5 Perhubungan - kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang

positif dalam persaudaraan serta persahabatan.

4.6 Pencegahan penyakit - pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada

penyakit berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental.

4.7 Keselamatan - langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan

dan tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita,

termasuk kemahiran mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan

orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan.

PEERS (75%)

Kesihatan diri dan reproduktif

Penyalahgunaan bahan

Kemahiran pengurusan mental dan emosi

Kekeluargaan

Perhubungan

Pencegahan penyakit

Keselamatan

Pemakanan (15%)

Pertolongan Cemas (10%)

Page 3: Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)

THNING/BPK/PEERS.2014 3

5. Fokus PEERS dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan

5.1 Tahap Satu Sekolah Rendah

Perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri,

kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara

kehormatan diri serta pengurusan perasaan.

5.2 Tahap Dua Sekolah Rendah

Pengurusan konflik, perubahan fizikal, akil baligh, sistem reproduktif, kemahiran

memelihara kehormatan diri, risiko hubungan seks sebelum nikah, jangkitan penyakit

seksual dan kemahiran berkata TIDAK kepada rokok, alkohol serta dadah.

5.3 Menengah Rendah

Kemahiran kecekapan psikososial (life skills) menangani situasi berisiko, pengurusan

stres, jangkitan penyakit seksual, perkembangan sifat seksual sekunder, identiti seksual,

orientasi seksual, perhubungan, dan kesan buruk rokok, alkohol serta dadah.

5.4 Menengah Atas

Kemahiran kecekapan psikososial menangani situasi berisiko, kestabilan emosi dan

mental, kehamilan remaja, kekeluargaan, jangkitan penyakit seksual, pemerdagangan

manusia, langkah pengawalan dan pencegahan rokok, alkohol serta dadah.

6. Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Kesihatan

6.1 Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran

Pendidikan Kesihatan, maka kurikulum Pendidikan Kesihatan sentiasa disemak dan

ditambah baik dari semasa ke semasa.

6.2 Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai

satu mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain.

6.3 Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan diajar

sebagai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).

6.4 Pendidikan Kesihatan diberi peruntukan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula

dengan Tahun 1 KSSR pada tahun 2011. Kurikulum Pendidikan Kesihatan merangkumi

75% elemen PEERS.

7. Hasrat KPM

7.1 Gejala sosial dan salah laku seksual mengakibatkan pelbagai masalah, baik pada

peringkat keluarga, masyarakat mahupun negara. Masyarakat Malaysia perlu

berganding tenaga dalam membanteras gejala sosial. Kita ingin melihat generasi muda

yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa depan terdiri daripada insan

Page 4: Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)

THNING/BPK/PEERS.2014 4

yang sihat sejahtera. Ini adalah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan daya saing negara melalui

peningkatan kualiti modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita.

7.2 Adalah menjadi hasrat KPM untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan

masyarakat dan seterusnya merealisasikan kejayaan PEERS. Kejayaan ini memerlukan

penggemblengan usaha dan kerjasama berterusan daripada semua pihak terutamanya

ibu bapa dalam mendidik anak dengan maklumat dan pengetahuan PEERS yang

sempurna.

7.3 Justeru, KPM ingin menjelaskan bahawa dalam konteks pendidikan di Malaysia, kita

menggunakan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dan singkatannya

ialah PEERS.

7.4 PEERS dilaksanakan secara komprehensif dan kohesif dari sekolah rendah

hingga sekolah menengah untuk meningkatkan kesedaran dan membantu murid

memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bijak serta bertanggungjawab pada

masa kini dan masa depan.

Unit Pendidikan Kesihatan Sektor Kesenian dan Kesihatan Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

01 Mac 2014