pedoman menjadi penyabar

Upload: fahmi2010

Post on 27-Mar-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tazkirah

TRANSCRIPT

  • Pedoman Menjadi Penyabar

    Soalan: Saya seorang lelaki berumur 30an, dan akan berkahwin tidak lama lagi, saya dapati diri saya cepat marah orangnya dan sensitif, bolehkah ustaz beri pedoman supaya saya boleh menjadi orang yang sabar? Zawawi, MelakaJawapan: Dalam kitab Syarah Al-Arbain An-Nawawiyah dikemukakan sebuah hadis yang melarang seseorang itu marah dengan tidak bertempat. Rasulullah SAW mengulanginya sebanyak 3 kali. Ini menunjukkan marah tidak bertempat itu adalah sesuatu yang dibenci oleh baginda Rasulullah SAW. Untuk mengelakkan rasa marah dari menguasai diri seseorang adalah dinasihatkan supaya ia memperbanyakkan istighfar dan mengucapkan "La Hawla Wa la Quwwata Illa Billah Hil Aliyyi Al-Azim", apabila timbul rasa ingin marah.

    Ia juga hendaklah membaca "Auzubillah mina Syaitanir Rajim". Ini kerana marah itu sebenarnya datang dari syaitan. Selain itu ia hendaklah juga memperbanyakkan doa berikut: "Allahummaj'alli Sabura Waj'alli Syakura Waj'alli Fi Aini Saghira Wa Fi A'yuninnasi Kabira". Jangan lupa membaca buku sejarah hidup para sahabat kerana kesannya yang begitu besar dalam melembutkan hati.

    Sila rujuk buku Penawar Jiwa DN 049 , Hajat Untuk Rawatan, Pelindung dan Doa - (Al-Quran sebagai Penawar, Pelindung & Doa-doa Keperluan Harian) DN001 & DN002 , 'Asmaul Husna' Rahsia dan Amalannya DN 041 , Amalan Hikmat dan Rahsia dari Al Quran DN087