pecahan.docx

7
Tajuk : Pecahan Objektif : Pecahan Bercampur Tahun : 5 Tahap : 2 Bahan-bahan Utama : Bahan maujud (pIzza), potongan kertas A4 berbentuk bulatan, segiempat sama dan segi empat tepat. Bahan-bahan Sampingan : Gam dan pensel warna. Prosedur Aktiviti : 1. Guru membawa 3 biji pizza. Pada pizza yang ke 3, terdapat hanya 1 bahagian pizza yang tinggal di atas pinggan daripada 4 bahagian yang di potong sama besar. Cadangan komunikasi : 1. Apakah yang dapat kamu lihat? 2. Berapakah pizza yang belum dipotong?

Upload: azmirulnazmer

Post on 08-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: pecahan.docx

Tajuk : Pecahan

Objektif : Pecahan Bercampur

Tahun : 5

Tahap : 2

Bahan-bahan Utama : Bahan maujud (pIzza), potongan kertas A4

berbentuk bulatan, segiempat sama dan segi

empat tepat.

Bahan-bahan Sampingan : Gam dan pensel warna.

Prosedur Aktiviti :

1. Guru membawa 3 biji pizza. Pada pizza yang ke 3, terdapat hanya 1

bahagian pizza yang tinggal di atas pinggan daripada 4 bahagian yang di

potong sama besar.

Cadangan komunikasi :

1. Apakah yang dapat kamu lihat?

2. Berapakah pizza yang belum dipotong?

3. Cuba kamu lihat pada pinggan ke-3, apa yang kamu dapat lihat?

Page 2: pecahan.docx

2. Murid diterangkan bahawa apabila dijumlahkan kesemua pizza adalah seperti berikut :

1 + 1 + 14 = 2

14

Murid diminta menyebut ‘Dua satu perempat’

3. Murid diterangkan bahawa 214 adalah nombor bercampur yang terhasil dari

gabungan nombor bulat dan nombor pecahan.

4. Setiap murid diberikan 3 potongan kertas putih yang berbentuk bulatan, 6

potongan kertas segiempat sama dan 8 potongan kertas segiempat tepat.

5. Untuk aktiviti pertama, murid diminta mengambil kertas berbentuk bulatan dan

mewarnakan 2 bahagian penuh bulatan tersebut.

6. Pada bulatan ketiga murid diminta menggunakan teknik lipatan untuk

menghasilkan 4 bahagian yang sama.

Page 3: pecahan.docx

7. Guru menunjukcara teknik lipatan untuk bentuk bulatan bagi menghasilkan 4

bahagian yang sama besar.

8. Murid diminta menggariskan kesan lipatan dan mewarnakan satu bahagian

daripada 4 bahagian yang telah dihasilkan.

Page 4: pecahan.docx

9. Kemudian, murid diminta menggamkan bulatan yang telah diwarnakan ke

dalam buku latihan mereka dan menulis angka pada setiap bentuk bulatan

yang digamkan dan menulis jumlah dalam bentuk nombor dan perkataan.

10.Murid diminta membuat pemerhatian hasil mereka dengan pizza yang

ditunjukkan diawal sesi pembelajaran.

Cadangan komunikasi:

1. Cuba kamu lihat hasil bentuk bulatan yang telah kamu tampal di buku?

2. Cuba kamu lihat kembali pizza yang cikgu tunjukkan diawal pembelajaran?

3. Apa yang dapat kamu ceritakan?

4. Apakah jenis nombor yang kamu telah hasilkan?

11.Guru menegaskan sekali lagi bahawa nombor bercampur adalah hasil

gabungan nombor bulat dan nombor pecahan.

12.Murid diminta meneruskan langkah aktiviti seperti diatas dan menghasilkan

nombor bercampur dengan menggunakan potongan kertas yang berikan

seperti dibawah.

Segiempat sama - 5 58

Segiempat tepat - 7 23

Page 5: pecahan.docx

13.Guru menunjukkcara teknik lipatan bagi potongan segiempat sama.

Page 6: pecahan.docx

14.Guru menunjukkcara teknik lipatan bagi potongan segiempat tepat.

15.Murid diberikan lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan.