peribahasa a. membina ayat daripada peribahasa b ... a. membina ayat daripada peribahasa 1. bagai...

3
PERIBAHASA A. Membina ayat daripada peribahasa 1. bagai menatang minyak yang penuh Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa. B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal. i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang) ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan) iii. anak emas (anak kesayangan) iv. air muka (diri, peribadi) C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya. * keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya. D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai 1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama …………(i)…………… Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ……(ii)…….. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah …………(iii)………..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak. i. rumah siap pahat berbunyi ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. iii. anak buah

Upload: trannhi

Post on 09-Feb-2018

275 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERIBAHASA A. Membina ayat daripada peribahasa B ... A. Membina ayat daripada peribahasa 1. bagai menatang minyak yang penuh Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka

PERIBAHASA

A. Membina ayat daripada peribahasa

1. bagai menatang minyak yang penuh

Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa.

B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal. i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang) ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan) iii. anak emas (anak kesayangan) iv. air muka (diri, peribadi) C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya. * keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai 1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama …………(i)…………… Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ……(ii)…….. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah …………(iii)………..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak. i. rumah siap pahat berbunyi ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. iii. anak buah

Page 2: PERIBAHASA A. Membina ayat daripada peribahasa B ... A. Membina ayat daripada peribahasa 1. bagai menatang minyak yang penuh Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut. Latihan 1: 1. bagaikan kera mendapat bunga 2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit 3. burung terbang dipipiskan lada 4. menegakkan benang yang basah 5. bagaikan telur dihujung tanduk 6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya 7. bagaikan tikus jatuh di kepuk 8. matinya semut kerana gula 9. air dicincang tidak akan putus 10. bagaikan embun di hujung rumput Latihan 2: 1. seperti mendukung biawak hidup 2. sudah jatuh ditimpa tangga 3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan 4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak 5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah 6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang 7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina 8. genggam bara api biar sampai menjadi arang 9. bagai mencurah air ke daun keladi 10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak Latihan 3: 1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi 2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan 3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain 4. seperti pelanduk dua serupa 5. melentur buluh biarlah dari rebungnya 6. seperti ular kena palu 7. mati semut kerana gula 8. bagai mendapat durian runtuh 9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain 10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

Page 3: PERIBAHASA A. Membina ayat daripada peribahasa B ... A. Membina ayat daripada peribahasa 1. bagai menatang minyak yang penuh Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka

Latihan 4: Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut. 1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu. 2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala. 3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya. 4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru yang baik hari ,lemah lembut, dan penyanyang. 5. Walaupun keluarga Encik Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai. 6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal. 7. Walaupun asalnya Saidiyah seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh- sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang. 8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah. 9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan. 10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama Farislullah supaya berhenti merokok

sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.