calon perdana menteri: p akatan harapan tidak sekata pkr kali ke-12 pada ahad 21 mei 2017 merakamkan...

4
9/16/2017 Calon Perdana Menteri: Pakatan Harapan tidak sekata | Sarawakvoice.com http://sarawakvoice.com/2017/05/22/calon-perdana-menteri-pakatan-harapan-tidak-sekata/ 1/4 Calon Perdana Menteri: Pakatan Harapan tidak sekata 23 Kata orang, gambar adalah lebih baik daripada seribu perkataan. Kongres PKR kali ke-12 pada Ahad 21 Mei 2017 merakamkan sekeping gambar yang agak menarik. Gambar yang dengan cepat menjadi popular itu menunjukkan tujuh orang berdiri sambil empat orang memegang pelakat tertulis ‘Anwar PM Ke-7’, seorang memandang telefon bimbit dan dua orang lagi hanya berdiri tanpa mememang apa-apa. Ketujuh-tujuh orang yang berdiri itu bukannya orang biasa-biasa. Tiga daripada mereka ialah presiden parti (Muhyiddin, Mat Sabu dan Wan Azizah). Dua orang penasihat parti (Tun Mahathir dan Lim Kit Siang), seorang Timbalan Presiden (Azmin Ali) dan Setiausaha Agung (Saifudin Nasution). Yang memegang pelakat ‘Anwar PM Ke- 7’ hanyalah Saifudin, Lim Kit Siang, Azmin Ali dan Wan Azizah. Tun Mahathir hanya buat-buat memandang telefon bimbit, Muhyiddin dan Mat Sabu tidak memegang sebarang pelakat. Oleh Dr Muhammad Asri Mohd Ali - May 22, 2017 23 SHARES

Upload: hadat

Post on 02-Mar-2018

235 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Calon Perdana Menteri: P akatan Harapan tidak sekata PKR kali ke-12 pada Ahad 21 Mei 2017 merakamkan sekeping gambar yang agak menarik. ... ini kan pula diberi tugas untuk menjadi

9/16/2017 Calon Perdana Menteri: Pakatan Harapan tidak sekata | Sarawakvoice.com

http://sarawakvoice.com/2017/05/22/calon-perdana-menteri-pakatan-harapan-tidak-sekata/ 1/4

Calon Perdana Menteri: Pakatan Harapan tidaksekata

23 o

Kata orang, gambar adalah lebih baik daripada seribu perkataan. Kongres PKR kali ke-12 pada

Ahad 21 Mei 2017 merakamkan sekeping gambar yang agak menarik.

Gambar yang dengan cepat menjadi popular itu menunjukkan tujuh orang berdiri sambil

empat orang memegang pelakat tertulis ‘Anwar PM Ke-7’, seorang memandang telefon bimbit

dan dua orang lagi hanya berdiri tanpa mememang apa-apa.

Ketujuh-tujuh orang yang berdiri itu bukannya orang biasa-biasa. Tiga daripada mereka ialah

presiden parti (Muhyiddin, Mat Sabu dan Wan Azizah). Dua orang penasihat parti (Tun

Mahathir dan Lim Kit Siang), seorang Timbalan Presiden (Azmin Ali) dan Setiausaha Agung

(Saifudin Nasution).

Yang memegang pelakat ‘Anwar PM Ke- 7’ hanyalah Saifudin, Lim Kit Siang, Azmin Ali dan

Wan Azizah. Tun Mahathir hanya buat-buat memandang telefon bimbit, Muhyiddin dan Mat

Sabu tidak memegang sebarang pelakat.

Oleh Dr Muhammad Asri Mohd Ali - May 22, 2017

j s h b 23SHARES

Page 2: Calon Perdana Menteri: P akatan Harapan tidak sekata PKR kali ke-12 pada Ahad 21 Mei 2017 merakamkan sekeping gambar yang agak menarik. ... ini kan pula diberi tugas untuk menjadi

9/16/2017 Calon Perdana Menteri: Pakatan Harapan tidak sekata | Sarawakvoice.com

http://sarawakvoice.com/2017/05/22/calon-perdana-menteri-pakatan-harapan-tidak-sekata/ 2/4

Kenapa tindakan mereka tidak seia-sekata? Bukankah mereka semua daripada satu gabungan

parti yang dikenali sebagai Pakatan Harapan. Siapa lagi bakal PM Malaysia kalau bukan

Anwar?

Sebelum itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad semasa ucapan

perasmian sayap parti itu menyarankan supaya Dr Wan Azizah menjadi PM Malaysia

sementara menunggu suami beliau, iaitu Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara

sekiranya pembangkang menang PRU ke-14.

Pemimpin Pakatan seperti Muhyiddin Yassin, Mat Sabu dan Tun Mahathir tahu sejauhmana

kebolehan dan kemampuan Dr Wan Azizah.

Azmin Ali yang secara terang berani membelakangi keputusan PKR untuk memutuskan

kerjasama dengan PAS tidak dapat diuruskan oleh Dr Wan Azizah, ini kan pula diberi tugas

untuk menjadi PM Malaysia.

Menyedari kesilapan yang dilakukan oleh barisan AMK makanya Presiden PKR Setiausaha

Agungnya cuba membuat gimik dengan mengajak pemimpin-pemimpin Pakatan yang hadir

untuk sama-sama mengangkat pelakat ‘Anwar PM Ke 7’.

Page 3: Calon Perdana Menteri: P akatan Harapan tidak sekata PKR kali ke-12 pada Ahad 21 Mei 2017 merakamkan sekeping gambar yang agak menarik. ... ini kan pula diberi tugas untuk menjadi

9/16/2017 Calon Perdana Menteri: Pakatan Harapan tidak sekata | Sarawakvoice.com

http://sarawakvoice.com/2017/05/22/calon-perdana-menteri-pakatan-harapan-tidak-sekata/ 3/4

Namun gimik itu seperti yang dirancangkan. Bukan semua yang hadir mengangkat pelakat

tersebut. Apapun, pujian patut diberikan kepada pemimpin Pakatan yang tidak turut sama

mememang pelakat ‘Anwar PM Ke-7’ di atas keberanian untuk berterus terang.

Mereka mendedahkan kepada rakyat bahawa Pakatan Harapan tidak ada calon PM yang boleh

diterima oleh semua parti komponen.

Mereka mendedahkan kepada rakyat bahawa walaupun mereka berpakat tetapi senarai PM

yang mereka ada adalah tidak sama.

Tun Mahathir tidak perlu untuk bersusah payah kembali aktif ke lapangan politik dan

menggadaikan legasinya jika beliau mahu Anwar menjadi PM Malaysia.

Tun Mahathir pernah melontarkan cadangan agar Muhyiddin diterima sebagai PM Malaysia

sekiranya pembangkang memang dalam PRU-14 kelak. Tetapi cadangan itu tidak dipersetujui

oleh DAP dan PKR.

Page 4: Calon Perdana Menteri: P akatan Harapan tidak sekata PKR kali ke-12 pada Ahad 21 Mei 2017 merakamkan sekeping gambar yang agak menarik. ... ini kan pula diberi tugas untuk menjadi

9/16/2017 Calon Perdana Menteri: Pakatan Harapan tidak sekata | Sarawakvoice.com

http://sarawakvoice.com/2017/05/22/calon-perdana-menteri-pakatan-harapan-tidak-sekata/ 4/4

Ternyata soal bakal PM bagi komponan Pakatan bukan suatu perkara mudah untuk

diselesaikan. Ia semacam agenda yang tidak pernah selesai kepada Pakatan Harapan,

khususnya selepas penyertaan Tun Mahathir dan PPBM. – Sarawakvoice

23 oj s h b 23SHARES