p.b.e

Upload: intanyuslee

Post on 08-Mar-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.,

TRANSCRIPT

PENAMBAHBAIKAN DAN MEMBAIKI SISTEM PEPASANGAN DOMESTIK ELEKTRIK DI KOMPLEKS SUKAN KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH,SELANGOR

INTAN NURNAJWA BINTI YUSLI

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH,SELANGOR

KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN 22.0 - TAJUK 33.0 - LATAR BELAKANG 34.0 - PERNYATAAN MASALAH 4-65.0 - OBJEKTIF 76.0 - KEPENTINGAN PROJEK 87.0 - LOKASI 9-118.0 - ANGGARAN KOS 129.0 - PERANCANGAN PROJEK 1310.0 KESIMPULAN 1411.0 RUJUKAN 15

PENGHARGAANBismillahirahmanirahim..Alhamdullilah ,bersyukur keatas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Pertamanya,saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, En.Saiful Shaari Bin Mohd. Subki kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa.Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.Akhir madah,saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima Kasih.

TAJUK PROJEKPenambahbaikan dan membaiki sistem pepasangan domestik elektrik di kompleks sukan Kolej Vokasional Sungai Buloh,Selangor

LATAR BELAKANG PROJEKPada tahun 1980, Kementerian Pelajaran telah merancang pembinaan sebuah sekolah menengah vokasional yang dibiayai sepenuhnya oleh Bank Pembangunan Asia ( ADB ) dikawasan Sungai Buloh.Projek pembinaan ini hanya berjaya disiapkan pada 30 April 1988.Sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh.Sekolah ini mula beroperasi pada Oktober 1988.Pada Awal Jan tahun 1989 memulakan pengambilan, Pengetua pertama ialah Encik Baharum B. Endut, sekolah mula dibuka pada 20 Februari 1989.Kompleks sukan merupakan bilik yang disediakan oleh pengurusan unit sukan dalam menyediakan kemudahan kepada warga kolej dalam melaksanakan aktiviti sukan yang ingin dilaksanakan .Projek ini merupakan perkhidmatan penambahbaikan dan membaiki sistem pepasangan domestik elektrik di kompleks sukan Kolej Vokasional Sungai Buloh daripada pelajar kursus Teknologi Elektrik.Perkhidmatan yang disediakan adalah membaik pulih dan memulih peralatan-peralatan dan poin-poin elektrik yang mengalami kerosakan.Tujuan projek ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada para pengguna stor sukan untuk mendapatkan perkhidmatan yang berasaskan daripada peralatan elektrik seperti soket,poin lampu dan sebagainya.Bahan dan peralatan yang digunakan adalah mengikut keperluan kerosakan.Kerja membaikpulih ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Elektrik Kolej Vokasional Sungai Buloh.Motif projek ini dijalankan adalah untuk menunjukkan kebolehan serta kepakaran yang boleh ditonjolkan serta dapat memberi agar kebaikan tersebut dapat dinikmati oleh warga kolej.

PERNYATAAN MASALAHDi kompleks sukan ini terdapat beberapa gelanggang sukan lain seperti gelanggang takraw,gelanggang bola tampar serta futsal.Sepanjang pemerhatian saya semasa tinjauan dilakukan,saya mendapati kompleks sukan ini mengalami kerosakan dan memerlukan penambahan pepasangan elektrik ditempat-tempat tertentu..Antaranya yang dapat saya kenalpasti ialah :No.LokasiKerosakan/PenambahanTindakan

1.Bilik guru-1 X Soket Alur Keluar-7 X Soket Alur Keluar-Pendawaian tidak kemas-Tukar yang baru-Penambahan-Mencantikkan pendawaian dengan memasang casing

2.Stor alatan sukan utama-1 X Mentol lampu pendaflour-1 X Soket Alur Keluar-Tukar yang baru-Penambahan

3.Stor alatan sukan 2-2 X Lampu Pendaflour-Penambahan

4.Ruang solat-Pendawaian tidak kemas

-Mencantikkan pendawaian dengan memasang casing

5.Bilik air-Pendawaian tidak kemas-Mencantikkan pendawaian dengan memasang casing

Rajah 1 : Pendawaian tidak kemas dan tiada pelindungan

Rajah 2 : Tinjauan Kerosakkan di Kompleks Sukan

Rajah 3 : Pepasangan Soket Alur Keluar yang tidak kemas dan merbahaya

Rajah 4 : Pemeriksaan kerosakan yang dihadapi

OBJEKTIF PROJEKObjektif projek ini adalah untuk :i. Menambah pengetahuan dalam pelbagai kerosakan yang dihadapi.ii. Memberi kemudahan yang terbaik kepada warga kolej agar dapat menggunakan kemudahan sedia ada dengan lebih selesa.iii. Memupuk proses bekerja yang lebih sistematik dan profesional.iv. Mengetahui kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan projek tersebut.

KEPENTINGAN PROJEKKepentingan projek ini adalah :i. Satu perkhidmatan yang disediakan untuk memberi kemudahan kepada pengurusan Unit Sukan Kolej agar dapat melancarkan sesuatu urusan.ii. Sebagai tempat melatih penuntut-penuntut Jabatan Elektrik KV.Sungai Buloh untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang dipelajari semasa di bilik kuliah.iii. Sebagai usaha untuk menyemai sikap profesional dan mengaplikasikan akta keselamatan

LOKASIBangunan Unit Pengurusan Sukan ini berada di kompleks sukan kolej yang berdekatan dengan padang kolej.

Rajah 5 : Kawasan luar Kompleks Sukan

Rajah 6

Rajah 7 : Pejabat guru Pengurusan Unit Sukan

Rajah 8 : Kawasan Stor Alatan Utama

Lampiran 1 : Pelan dalaman bangunan kompleks sukan

ANGGARAN BAJET MEMBELI BARANG/PERALATAN UNTUK MEMBAIKI KEROSAKANBIL.Peralatan/BarangKuantitiHarga seunitJumlahCatatan

1 Lampu Pendaflour2RM25.00RM50.00

2 Soket Alir Keluar 13A9RM3.50RM31.50

3Perumah soket9RM1.00RM9.00

4 Tiub Lampu Pendaflour1RM7.00RM7.00

5"casing"5RM2.50RM12.50

6Kabel 1.5MM Merah2RM 88.00RM 176.00

7Kabel 1.5MM Biru2RM 88.00RM 176.00

8Kabel 1.5MM Hitam2RM 88.00RM 176.00

9Kabel 2.5 MM Merah2RM 95.00RM 190.00

10Kabel 2.5MM Biru2RM95.00RM 190.00

11Kabel 2.5MM Hitam2RM 95.00RM 190.00

12Peralatan Pendawaian 1RM 100RM 100.00

13Kotak Suis 1 hala2RM 5.00RM 10.00

Jumlah Keseluruhan RM 1318.00

ANGGARAN BAJET KOS MAKAN & MINUM

BIL.PERALATAN/BARANGBILANGAN AHLIHARGA SEKEPALABIL. HARIJUMLAH

1Makan5RM10.005 hari5 X RM10 X 5hari = RM 250.00

2Minum5RM3.005 hari5 X RM3 X 5 hari = RM 75.00

Jumlah KeseluruhanRM 325.00

ANGGARAN BAJET KESELURUHANBIL.PERKARAJUMLAH

1.Peralatan/BarangRM1318.00

2.Makan & MinumRM325.00

Jumlah Keseluruhan (RM)RM 1643.00

Perancangan projek/CARTA GANTT

AKTIVITISEM 1SEM 2SEM 3

123456789

Penerangan P.B.E/

Mesyuarat bersama guru penasihat/

Mesyuarat ahli kumpulan/

Membuat lawatan ke tempat projek/

Membincangkan pelan kedudukan/

Menyediakan proposal projek/

Membuat pembentangan projek/

Penyediaan bahan /

Membuat lakaran pepasangan/

Pembahagian tugas projek untuk ahli/

Permulaan projek/

Membuat penambahbaikan proposal/

Menyiapkan proposal/

Pelaksanaan projek/

Menyiapkan projek /

Penilaian projek/

Projek bakal dilaksanakan pada semester 3 semester pendek . Seramai 5 orang pelajar akan melaksanakan projek tersebut. Dijangka siap dalam masa 5 hari . Projek dapat dinilai dengan serta merta.

KESIMPULANKesimpulannya dengan melakukan projek ini , kami dapat memanfaatkan segala kemudahan teknologi yang sudah sedia ada dan mengaplikasikan segala kemahiran yang telah kami pelajari ke dalam projek ini. Dengan melakukan projek ini, kami juga dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran mereka. Selain itu,dengan melakukan projek ini segala kemudahan yang diperlukan dapat digunakan dengan lebih baik lagi.Projek ini juga membantu kami dalam mengasah kebolehan kami dalam melakukan pendawaian.

RUJUKANMedia Elektronik-www.google.com.Diperoleh pada 24 Mei 2015 dari https://www.academia.edu/3415586/Panduan_Penulisan_Proposal_Thesis

-www.google.com.Diperoleh pada 24 Mei 2015 dari https://www.google.com/search?q=objektif+proposal&oq=objektif+proposal&aqs=chrome..69i57.6847j0j7&sourceid=chrome&es_sm=122&ie=UTF-8#q=objektif+proposal&start=10

-www.google.com.Diperoleh pada 24 Mei 2015 dari http://kajiantindakanpontian.blogspot.com/2008/10/contoh-kertas-cadangan-atau-proposal.html

Individu Encik Saiful Shaari Bin Mohd Subki,Pensyarah Kolej Vokasional Sungai Buloh,Selangor

Encik Suhaimi ,Ketua Pengurusan Unit Sukan Kolej Vokasional Sungai Buloh,Selangor

INTAN NURNAJWA BINTI YUSLIPage 15