patung liberty menatar kepada sistem pengawasan video ... · pdf filepengawasan video digital...

Download Patung Liberty Menatar kepada Sistem Pengawasan Video ... · PDF filePengawasan Video Digital Canggih Baharu daripada Total Recall SUFFERN, ... "Perkhidmatan Taman Negara dan Monumen

If you can't read please download the document

Upload: doantram

Post on 10-Feb-2018

219 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • Patung Liberty Menatar kepada Sistem

    Pengawasan Video Digital Canggih Baharu

    daripada Total Recall

    SUFFERN, New York, 26 Februari 2014/PRNewswire/ --

    Total Recall Corp. mengumpulkan "Pasukan Impian" yang terdiri daripada sembilan

    penyedia teknologi terbaik bagi mencipta penyelesaian video IP inovatif bagi menambah

    baik keselamatan, perlindungan serta pengendalian untuk jutaan pelawat tahunan Patung

    Lady Liberty

    Total Recall Corporation (http://www.totalrecallcorp.com), penyedia teknologi keselamatan

    berpusatkan video yang mengkhusus dalam penyelesaian pengawasan, telah mengumpulkan

    sembilan vendor teknologi canggih bagi menghasilkan penyelesaian pengawasan video

    digital berasaskan IP yang memenangi anugerah seperti yang digunakan oleh Polis Taman

    AS, Perkhidmatan Taman Negara (NPS) serta Jabatan Dalam Negeri (DOI) bagi

    meningkatkan keselamatan awam serta menambah baik kecekapan pengendalian di

    Monumen Kebangsaan Patung Liberty yang baru diubah suai dan Pulau Liberty.

    Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

    http://www.multivu.com/mnr/65017-statue-of-liberty-upgrades-system-total-recall

    Projek berprofil tinggi ini bermula pada tahun 2014 dengan anugerah Pencapaian Luar Biasa

    dalam Keselamatan dan Perlindungan Awam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Berita

    Keselamatan Kerajaan (http://bit.ly/1aRWGj7) setelah menerima Anugerah Inovasi

    Keselamatan STE Gangsa 2013 daripada Persatuan Industri Keselamatan (SIA)

    (http://bit.ly/LSqD6A).

    Patung Liberty dibuka semula kepada orang awam pada Hari Kemerdekaan, 4 Julai 2013

    setelah kerja pengubahsuaian dan pembaikan selama lapan bulan akibat kemusnahan yang

    disebabkan oleh Hurikan Sandy. Sebagai sebahagian daripada penambahbaikan itu, Total

    Recall menghubungi Polis Taman AS, NPS serta DOI dengan usul sistem pengawasan

    canggih yang akan direka, dipasang dan diselenggarakan sebagai derma oleh syarikat itu.

    Sebagai persiapan untuk pembukaan semula itu, Total Recall mereka semula sistem

    pengawasan dan keselamatan Patung itu dari atas hingga ke bawah, termasuk berhijrah

    daripada CCTV analog lapuk kepada teknologi video digital berasaskan IP terkini, membina

    pusat arahan pintar dan ultra moden bagi membantu NPS serta Polis Taman AS untuk

    menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan dan turut membolehkan pihak taman untuk

    meliputi kawasan dengan pengawasan video yang mereka tidak dapat perhatikan sebelum ini,

    seperti kemudahan pemeriksaan keselamatan.

    "Perkhidmatan Taman Negara dan Monumen Kebangsaan Patung Liberty sangat menghargai

    sistem keselamatan menyeluruh yang didermakan oleh Total Recall ini," kata Kapten

    Gregory Norman, Komander Daerah Liberty, Polis Taman AS.

  • "Kami sangat berbesar hati kerana sekali lagi kami menjadi sebahagian daripada proses

    rekaan dan pemasangan sistem pengawasan di Patung Liberty," kata Jordan Heilweil,

    presiden Total Recall Corporation. "Kami telah mengumpulkan Pasukan Impian yang terdiri

    daripada penyedia teknologi keselamatan canggih bagi memberikan perlindungan sebaik

    mungkin kepada Patung Liberty sementara membantu Polis Taman, Jabatan Dalam Negeri

    serta Perkhidmatan Taman Negara memberikan pengalaman penuh indah kepada jutaan

    keluarga yang melawat Patung itu setiap tahun."

    Teknologi berasaskan IP dan rekaan inovatif sistem itu membolehkannya meliputi

    keseluruhan perimeter Pulau Liberty, serta kemudahan pemeriksaan keselamatan taman itu

    dan juga kesemua 393 anak tangga dari lobi utama menuju mahkota Lady Liberty. Teknologi

    ini akan digunakan untuk keselamatan dan perlindungan sehari-harian pelawat taman itu

    sambil turut membantu Polis Taman AS serta NPS memantau aliran lalu lintas dan turut

    memperluas pengurusan orang ramai agar memastikan tiada barisan panjang, membantu

    pengendalian perkhidmatan feri, menemukan semula ibu bapa dengan anak-anak hilang serta

    memberi respon berkesan terhadap sebarang kes kecemasan perubatan di pulau itu atau di

    dalam Patung itu.

    "Semua rakan kongsi kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada misi ini," Heilweil

    berkata lagi. Rakan kongsi yang dipilih oleh Total Recall untuk sistem pengawasan baharu

    Patung Liberty termasuklah:

    Axis Communications menyediakan campuran hampir 160 kamera IP dengan kualiti

    HDTV, prestasi waktu malam luar biasa, zum berkuasa, keandalan dan juga rupa yang

    tidak menonjol;

    BriefCam untuk penyelesaian perisian Sinopsis Video tersendiri mereka yang

    membolehkan pihak penguat kuasa undang-undang dan kakitangan keselamatan untuk

    menonton rakaman pengawasan selama berjam-jam dalam masa beberapa minit

    sahaja;

    DragonWave akan membekalkan radio gelombang mikro paket berbilang gigabit,

    menyediakan pengangkutan berkelas pembawa untuk komunikasi keselamatan awam

    kritikal;

    Milestone Systems untuk perisian pengurusan video IP platform terbuka yang

    menyepadukan semua komponen, membolehkan pihak maklum balas pantas untuk

    menonton video langsung atau rakaman, dan turut menggunakan peranti mudah alih;

    Pivot3 untuk simpanan digital dan peranti pengiraan andal yang direka khusus untuk

    industri video IP;

    Proxim Wireless akan memberikan jalur lebar wayarles kawasan luas, berkapasiti

    tinggi yang menggunakan teknologi WORP

    bagi menghubungkan kamera IP di

    dalam kawasan yang sistem sebelum ini tidak dapat mencapainya;

    RGB Spectrum untuk membolehkan suapan video berbilang dipaparkan di dinding

    video besar dalam pusat arahan baharu menggunakan Pemproses Paparan MediaWall

    2900;

    Scallop Imaging untuk keselamatan perimeter melalui kamera IP M6-200 keadaan

    pepejal dengan enam megapiksel, video cahaya sangat suram dan juga pandangan

    panoramik tidak herot 200 FOV;

    Winsted Corporation untuk konsol pusat arahan yang direka secara ergonomik yang

    membenarkan para pengendali menjadi secekap dan seselesa yang mungkin dalam

    persekitaran bertekanan tinggi.

  • Pemasangan penggunaan pengawasan semasa ini menandakan kali pertama sistem

    pengawasan digital sepenuhnya telah dipasang di monumen itu, yang akan membenarkan

    NPS untuk meliputi kawasan pulau itu yang sebelum ini tidak dapat diperhatikan dengan

    menggunakan sistem analog lama, hasil campuran hubungan gentian dan wayarles. Total

    Recall mereka dan turut menyelia pembaikpulihan sistem keselamatan besar-besaran terakhir

    untuk Patung Liberty dan Pulau Liberty pada tahun 1999, manakala penataran terakhir dibuat

    pada tahun 2004.

    Keadaan bagi pemasangan sistem baharu itu tidak mudah, menurut Heilweil lagi, seraya

    menyatakan persekitarannya mewujudkan cabaran tersendiri walaupun tanpa kerosakan yang

    diakibatkan Hurikan Sandy. "Ketiadaan bekalan elektrik, banjir dan juga kerosakan yang

    disebabkan oleh Sandy tidak dapat menghalang pasukan hebat ini daripada memastikan Lady

    Liberty dapat terus mengalu-alukan para pengunjung seperti yang telah dilakukan sebelum

    ini."

    Menurut Badan Pemuliharaan Pelabuhan Taman Negara New York, kira-kira 4 juta orang

    melawat Monumen Kebangsaan Patung Liberty dan Pulau Ellis setiap tahun. Bagi maklumat

    lanjut lihat http://www.nps.gov/stli/index.htm.

    Total Recall bakal membentangkan projek Patung Liberty ini semasa Persidangan dan Ekspo

    Keselamatan Kota New York ASIS yang bakal diadakan pada 13 dan 14 Mac 2014 di Pusat

    Jacob K. Javits di New York. Pertanyaan media dialu-alukan. Butiran perhubungan adalah

    seperti di bawah.

    Latar belakang Total Recall

    Total Recall Corp. ialah penyedia teknologi keselamatan berpusat video yang mengkhusus

    dalam penyelesaian pengawasan, termasuk pusat arahan dan kawalan, keterhubungan

    wayarles dan juga rekaan serta pengurusan rangkaian video. Setelah ditubuhkan pada tahun

    1985, Total Recall telah pun menyediakan penyelesaian pengawasan selama lebih 25 tahun

    kepada kerajaan perbandaran, perniagaan serta organisasi, sama ada kecil mahupun besar.

    Daripada peringkat konsep sehingga kepada pelaksanaan, Total Recall membina, menyokong

    dan turut menyelenggarakan penyelesaian tersuai khusus yang menyepadukan produk

    "terbaik dalam kategori", termasuk unit lapangan CrimeEye

    eksklusif mereka, dengan

    standard perangkaian terbuka bagi menyediakan pemasangan pantas dan boleh skala serta

    penyelenggaraan berkesan kos. Bagi maklumat lanjut: http://www.totalrecallcorp.com