paris

22
1.0 Pengenalan Persidangan damai yang dicapai selepas perang dunia pertama merupakan satu pencapaian yang dicapai dalam triti yang ditandatangani antara negara yang menang dan yang kalah dalam perang dunia pertama. Persidangan ini diadakan dan dibincangkan di Paris dalam tahun 1919 dan 1920. 1 Setiap pemimpin dunia bertemu di Paris dalam Bulan Januari 1919 bagi membincangkan masalah dan mencapai perdamaian dengan kuasa pertengahan iaitu antara Negara yang menang dalam perang dan Negara yang kalah .Triti yang paling besar yang dibincangkan dalam persidangan damai Paris ini adalah mengenai Triti Versailles yang berkenaan dengan penyelesaian ke atas Jerman yang terlibat dalam perang dunia pertama. Triti ini telah ditandatangani di Istana Versaiiles pada bulan Jun 1919. Triti ini juga telah mengubah peta utama benua Eropah terutama selepas perang dunia pertama. Melalui persidangan damai ini juga ada membincangkan penyelesaian ke atas empayar uthmaniyah yang juga tewas dalam perang dunia pertama. Penyelesaian ke atas empayar uthmaniyah dicapai dalam beberapa triti seperti Triti Sevres dan Triti Lausane. Persidangan damai ini juga adalah dengan harapan untuk 1 Christoper Condon, The Making Modern World, Macmillan Education Australia, Australia, 1994, hlm 177

Upload: baharuddinbidin

Post on 30-Sep-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

paris

TRANSCRIPT

1

1.0 PengenalanPersidangan damai yang dicapai selepas perang dunia pertama merupakan satu pencapaian yang dicapai dalam triti yang ditandatangani antara negara yang menang dan yang kalah dalam perang dunia pertama. Persidangan ini diadakan dan dibincangkan di Paris dalam tahun 1919 dan 1920. Setiap pemimpin dunia bertemu di Paris dalam Bulan Januari 1919 bagi membincangkan masalah dan mencapai perdamaian dengan kuasa pertengahan iaitu antara Negara yang menang dalam perang dan Negara yang kalah .Triti yang paling besar yang dibincangkan dalam persidangan damai Paris ini adalah mengenai Triti Versailles yang berkenaan dengan penyelesaian ke atas Jerman yang terlibat dalam perang dunia pertama. Triti ini telah ditandatangani di Istana Versaiiles pada bulan Jun 1919. Triti ini juga telah mengubah peta utama benua Eropah terutama selepas perang dunia pertama.

Melalui persidangan damai ini juga ada membincangkan penyelesaian ke atas empayar uthmaniyah yang juga tewas dalam perang dunia pertama. Penyelesaian ke atas empayar uthmaniyah dicapai dalam beberapa triti seperti Triti Sevres dan Triti Lausane. Persidangan damai ini juga adalah dengan harapan untuk mencapai perdamaian dan keselamatan yang sekali gus mempromosikan kepada dunia mengenai kepentingan kerjasama antarabangsa. Melalui persidangan ini juga satu pertubuhan yang baru telah diwujudkan iaitu liga bangsa bangsa yang terkandung dalam triti Versailles. 2.0 Empayar Uthmaniyah Menyertai Perang Dunia Pertama

Perang Dunia 1 meletus disebabkan perebutan antara perikatan Negara Negara Eropah. Pada 28 Jun 1914, pejuang kebangsaan Serbia telah membunuh waris takta kerajaan Austria Hungary, iaitu Archduke Franz Ferdinand di Sarajevo, ibu negeri Bosnia. Dalam perang dunia pertama ini penduduk di Timur Tengah djuga terlibat dalam peperangan ini. Walaupun Empayar Uthmaniyah mempunyai hubungan yang erat dengan Jerman, namun ada beberapa perkara yang menyatakan Turki Muda lebih cenderung untuk mengadakan perikatan dengan Perancis. Apabila Empayar Uthmaniyah mendapat tahu bahawa Perancis menjadi sekutu, Empayar Jerman telah mengadakan hubungan dengan Jerman sekali gus mengadakan hubungan sulit dengan Jerman. Perkara ini berlaku pada 2 Ogos 1914 apabila tentera Jerman menyerbu Luxembourg dan Belgium. Hubungan antara Empayar Uthmaniyah dengan Rusia mula rengang setelah Utmaniyah telah membeli kapal perang Jerman sehinggakan Rusia memprotes bahawa Empayar Uthmaniyah telah melanggar deklarasi bahawa mereka berkecuali dalam perang dunia pertama ini.Setelah sahaja kapal perang Uthmaniyah menyerang Rusia, Rusia sekali gus mengistiharkan perang ke atas Uthmaniyah pada 5 November 1914. Perkara ini juga telah menyebabkan Sultan Uthmaniyah iaitu Shiekh al-Islam mengistiharkan perang jihad ke atas tiga kuasa besar iaitu Britain, Perancis dan Rusia. Semasa perang dunia pertama berlaku di Eropah pada Ogos 1914, Empayar Uthmaniyah telah ditawarkan beberapa pilihan iaitu:i. Menyertai perang secepat mungkin dan menyertai Jerman

ii. Menyertai perang dan menyebelahi Triple Entente

iii. Memberikan bantuan moral dan peralatan perang kepada Triple Entente

iv. Memberikan bantuan kepada Triple Entente tetapi tidak menyertai perang v. Tidak menyertai apa apa bentuk perkara atau pun apa juga yang melibatkan perang ( Dasar Berkecuali)

Tawaran yang diberikan kepada Empayar Uthamaniyah ini adalah bertujuan untuk menhindarkan Uthmaniyah dari bahaya. Sementara pihak Uthmaniyah percaya kepada pihak Jerman mengenai kekuatan tenteranya sekaligus dapat mengatasi kekalahan dalam perang. Sekiranya Uthmaniyah menyertai Jerman boleh membantu pada kemerdekaan masa depan.sekiranya menyertai Triple Entente keselamatan terhadap wilayah memang terjamin tetapi Uthmaniyah akan kehilangan banyak wilayah kerana terpaksa diserahkan kepada Triple Entente atas sumbangan mereka menjaga keselamatan wilayah Empayar Uthmaniyah.

Pengistiharan Sultan Uthmaniyah akan memberikan kesan yang buruk kepada Uthmaniyah walaupun ia hanya memberikan kesan yang sedikit ke atas kawasan kawasan yang bukan dalam Empayar Uthmaniyah. Istilah jihad merupakan salah satu perkara yang bukan boleh dibawa bergurau pada umat Islam. Perkara ini telah menyebabkan pihak British berasa bimbang kerana khuwatir umat Islam dari India dan Afrika akan menyebelahi Uthmaniyah berikutan seruan jihad. Dalam penyertaan perang oleh Uthmaniyah ini, Empayar Uthmaniah yang bersekutu dengan Jerman telah mengalami kekalahan yang teruk kepada Triple Entente.2.1 Persetujuan Sulit Sykes-Picot

Perjanjian ini merupakan salah satu perjanjian yang membawa kepada penyelesaian selepas perang dunia 1. Perjanjian ini dilakukan antara British, Perancis dan Rusia. Britain diwakili oleh Sir Mark Sykes yang akan berbincang dengan Perancis mengenai masa depan Empayar Uthmaniyah. Wakil Perancis iaitu Francois George-Picot begitu memberikan pandangan mereka kepada masa depan Syria. Dalam perjanjian ini ada beberapa agenda yang tersorok dalam kalangan negara yang menyertainya iaitu mengenai pembahagian tanah yang subur di Empayar Uthmaniyah. Persetujuan ini menghadkan negara Arab yang merdeka kepada apa yang kini dikenali sebagai Arab Saudi dan Yaman. Dalam persetujuan ini Rusia akan mendapat beberapa Selat dan barat Laut Anatolia dan perancis akan mendapat Cilicia. Namun persetujuan ini tidak sesuai dan mendapat tentangan daripada penduduk setempat dan mengalami ketakselarasan kuasa kuasa raja Arab. Perjanjian ini dilakukan secara sulit tanpa pengetahuan Raja raja Arab. Pihak British juga telah memohon untuk menyemak semula persetujuan Sykes-Picot ini kerana bertujuan untuk kepentingan pihak British sendiri dan sekutunya di Arab. Walau bagaimanapun, pihak Perancis telah menolak permohonan pihak British ini kerana mereka juga mempunyai agenda sendiri iaitu untuk mendapatkan kekuasaan warga Kristian di Maronites dan sumber kekayaan minyak di tanah Arab. Pihak British juga menolak penyerahan Mosul kepada British kerana hasil minyaknya yang banyak. Walau bagaimanapun, penyerahan Mosul ini akan diselesaikan melalui perjanjian San Remo. Dalam persetujuan Sykes-Picot ini pihak British akan mula mentadbir selatan Iraq dan Palestine terutama di Haifa. Pihak Rusia pula berminat pada Gereja Ortodok di Palestine dan Sazanov iaitu wakil Rusia menolak pentadbiran pihak Perancis di Palestine. Palestine penting buat British kerana Palestine hampir dengan terusan Suez. Oleh yang demikian, Perjanjian Sykes-Picot ini akan menyebabkan pihak British akan mendapat Palestine dengan kawasan yang lebih besar termasuklah tempat Suci untuk pentadbiran antarabangsa. 2.2 Peristiharan Balfour Janji ketiga yang kurang jelas yang telah dibuat ialah berkaitan dengan Palestin yang terkandung dalam satu surat yang kini dikenali sebagai Pengisytiharan Balfour. Ia dikirim oleh Setiausaha Hal Ehwal Luar Britain, Arthur James Balfour kepada Lord Rothschild, seorang pejuang Zionis Inggeris. Surat itu berbunyi:

kerajaan Yang di Pertuan baginda memandang baik pembentukan di Palestin sebuah tempat kediaman nasional bagi orang Yahudi dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi kemudahan-kemudahan bagi tujuan tersebut, dengan memahami sepenuhnya bahawa tiada tindakan yang tidak wajar yang boleh menimbulkan prasangka dalam hak awam dan keagamaan bagi masyarakat bukan Yahudi yang telah sedia ada di Palestin atau apa-apa hak atau taraf politik yang dipunyai oleh orang Yahudi di Negara-negara lain.

Sebelum tahun 1917, kerajaan Inggeris tidak mempedulikan usaha melobi oleh Zionis untuk mendapatkan sokongan umum di Palestin. Walau bagaimanapun, apabila revolusi Mac di Rusia mula melemahkan usaha Pihak Berikat, pemimpin-pemimpin Britain semakin menerima idea tersebut. Inggeris bukan sahaja mahu Rusia terus menyertainya dalam peperangan tetapi juga berharap untuk menarik minat Amerika terhadap peperangan.

Lord balfour berhasrat untuk memperbetulkan kesalahannya kerana menggunakan pengaruhnya sebagai seorang Perdana Menteri dengan memberi kelulusan kepada Akta Orang Asing 1905. Akta itu telah mengurangkan kemasukan orang Yahudi ke England. Terdapat juga spekulasi bahawa Inggeris ingin memberikan ganjaran kepada Chaim Weizmann di atas sumbangannya merekacipta bahan letupan bagi peperangan. Sejarawan pula berpendapat bahawa Inggeris inginkan Perancis keluar dari Palestin tetapi pihak Zionis telah mendapat persetujuan dari Perancis dan Itali terlebih dahulu tentangan rancangan penempatan mereka. Sebagai tambahan, Inggeris mungkin telah diyakinkan dengan cadangan Zionis bahawa dengan adanya Palestin Yahudi ia akan memberikan Britain sahabat di anjung Palestin.

Pada tahun 1914, gerakan Zionis beribu pejabat di Berlin. Sekutu penting kepada kempen Zionis ini berkemungkinan besar Jerman, manakala sekutu Jerman pada masa perang ialah Empayar Uthmaniah yang menguasai Palestin.

3.0 Persidangan Damai Paris 1919

Pemimpin berikat bertemu di Paris pada bulan Januari 1919 untuk mencari mekanisme penyelesaian ke atas kuasa pusat terutama ke atas Negara yang kalah dalam perang dunia pertama. Persidangan ini juga mengenakan beberapa triti penyelesaian ke atas Negara yang kalah terutama dalam empayar uthmaniyah. Terdapat pelbagai cadangan untuk diutarakan kepada segala tinggalan empayar uthmaniyah. Dengan hanya menggunakan konflik yang melanda empayar Uthmaniyah, negara yang menang ( The Victors) berminat untuk menyelesaikan segala masalah yang ada dengan menggunakan keprihatinan mereka ke atas negara yang kalah dalam perang dunia pertama. Terdapat sedikit perbezaan antara deligasi Negara Britain dan Perancis iaitu mereka tidak datang semata mata untuk Negara Turki tetapi juga ada agenda lain iaitu ingin menguasai keseluruhan Negara Arab.

Emir Faisal datang dalam persidangan damai ini sebagai wakil utama arab, kebinggungan dengan tindakan diplomasi Eropah. Kemunculan utama Faisal dalam persidangan ini adalah disebabkan oleh tuntutan utama kemerdekaan tanah Arab. Permohonan Emir Faisal ini ditolak oleh The Victors. Lawrence yang hadir dalam persidangan tersebut sebagai penasihat dan penterjemah kepada Emir Faisal. Lawrence menyokong sepenuhnya faisal menentang Perancis tetapi tidak menyokong sebarang tindakan membelakangi pihak Zionis yang juga pada masa itu ada kaitan dengan dasar British. Pihak Zionis yang hadir dalam persidangan tersebut diketuai oleh Weizman, menyatakan mengenai pembentukan Negara kebangsaan Yahudi di Palestin yang juga meliputi sebahagian besar daripada Jordan, Lubnan, dan Syria dan sedikit bahagian Arab. Mesyuarat yang diadakan di London, Weizman dan Faisal mencapai persetujuan dalam bulan Januari sebagai kerjasama antara masa depan Negara Yahudi dan Arab, walau bagaimanapun dalam mesyuarat tersebut Faisal lebih menumpukan mengenai kemerdekaan ke atas Arab secepat yang mungkin.

Perancis bimbang dan curiga dengan British, iaitu kuasa yang amat besar dalam perang dengan Empayar Uthmaniyah. British juga muncul sebagai kuasa yang dominan di Timur Tengah dan mengikut pihak Berikat untuk melakukan beberapa perkara di dalam bekas Negara Empayar Uthmaniyah sebagai satu keprihatinan mereka terhadap Negara Empayar Utmaniyah yang kalah dalam perang dunia pertama.

Dalam perjanjian damai 1919 ini, terdapat beberapa Triti yang wujud sebagai salah satu daripada syarat utama ke arah perdamaian wilayah yang kalah. Antara Triti yang yang wujud dalam perjanjian damai 1919 ini adalah seperti Triti Versailles yang membincangkan mengenai tindakan yang perlu diambil ke atas Jerman kerana mencetuskan peperangan, Triti St Germain yang memerdekakan Czezhoslovakia, Poland, Yugoslavia dan Hungary, Triti Trianon yang membincangkan mengenai Hungary dan Triti Neuilly yang membincangkan mengenai Bulgaria. Terdapat juga beberapa Triti yang wujud untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam Empayar Uthmaniyah iaitu Triti Sevres dan Triti Lausanne.3.1 Perjanjian Lausanne: Pengiktirfan Turki Baru

Perjanjian Lausanne ditandatangani pada 24 Julai 1923 antara Bulgarian, England, Perancis, Greece, Itali, Jepun, Rumania, Soviet Union, Turki dan Yugoslavia. Walaupun Amerika Syarikat pada awalnya beminat kepada kawasan ini, tetapi kemudiannya menarik diri daripada hal ehwal dunia. Amerika Syarikat hanya menghantar pemerhatiannya sahaja ke Lausanne. Dalam perbincangan secara berhati hati, Presiden Ismet dari Turki tidak mahu dipermainkan oleh Lord Curzon dari Britain dan wakil wakil Negara berikat yang lain. Sebagai penyelesaian muktamad, Turki, Greece, dan Itali membahagikan kepulauan Aegean yang menjadi rebutan. Rusia berusaha supaya Turki menguasai sepenuhnya selat selat. Persetujuan Mudanya tentang Thrace juga disahkan. Pertukaran wajib dilakukan antara orang Greek dan orang Turki, kecuali Istanbul ataupun orang Turki di barat Thrace. Ini menyebabkan orang Greek dan Armenia masih terdapat di Istanbul sehingga ke hari ini. Walau bagaimana pun, 1.5 juta orang Greek (orang Turki Greek Ortodoks) berpindah dari Anatolia ke Greece, manakala 500 000 orang Turki (Orang Greek Islam).

Terdapat juga peruntukan ekonomi yang penting dalam perjanjian Lausane. Turki berjaya mendapat penghapusan dasar kapitalis dan pentadbiran hutang. Kawasan kawasan Empayar Uthmaniyah tetapi kini diduduki oleh tentera asing bersetuju untuk bertanggungjawab ke atas hutang hutang tersebut mengikut pembahagian tertentu. Pihak berikat pula bersetuju membatalkan persetujuan ekonomi dan konsesi yang dibuat sebelum perang manakala pihak Turki pula bersetuju mengekalkan tingkat tarif yang sedang digunakan. Dengan itu, Turki telah mendapat kebebasan untuk membentuk satu rangka konsesi pada masa akan datang dan kemudiannya digunakan dalam satu persetujuan dengan Amerika Syarikat yang berminat dengan hasil minyak dan komunikasi. Amerika Syarikat berjaya mendapat hak minyak di Asia Barat buat kali pertama. Dalam proses ini Turki telah dapat mengekalkan kemerdekaannya yang telah diperjuangkan dengan gigih di kawasan yang penting.

Negera baru yang kini bersifat majmuk yang dilahirkan di Anatolia telah memindahkan ibu negerinya ke Ankara. Pada 29 Oktober 1923, Turki menjadi sebuah republik. Menjelang bulan Mac 1924, dibawah arahan Presiden Mustafa Kemal, kerajaan Turki membuat keputusan bahawa pemerintahan berkhalifah tidak sesuai dalam sebuah republik yang mempunyai kuasa pemerintahan sendiri. Dengan in, Abdul Majid II dan keluarganya dibuang negeri. Kerajaan kini mengambil alih segala urusan yang sebelum ini ditadbirkan oleh allim ulama. Empayar Uthmaniyah telah lenyap tetapi sebuah kerajaan Turki di Anatolia dan barat Thrace telah menggantikannya. Ibu kota diraja Istanbul yang ditinggalkan, serangan ke atas urusan urusan keagamaan merupakan tanda tanda yang menunjukkan ke arah mana tujuan kepimpinan baru Turki.

3.3 Perjanjian Sevres

Pihak berikat terus membahagikan Empayar Uthmaniyah tanpa menghiraukan rancangan Empayar Uthmaniyah. Pihak Berikat telah menyerahkan barat dan timur Thrace dan Edirne kepada Greece. Dalam perjanjian ini juga pihak Berikat memperakui kemerdekaan Armenia dan autonomi Kurdistan. Greek memperoleh Smyra dengan syarat satu pungutan suara mesti diadakan selepas lima tahun bagi menentukan tarafnya. Pihak Berikat menyerahkan kuasa ke atas selat kepada sebuah suruhanjaya antarabangsa. Inggeris, Itali dan Perancis tidak menghapuskan kapitulasi yang dibenci, tetapi sebaliknya mentadbir segala bentuk hutang Uthmaniyah yang lalu dan sekali gus menguasai kewangan Turki. Daripada pembahagian yang dilakukan di Asia Barat ini, orang Turki dapat melihat bahawa mereka yang menang itu kurang berminat dengan usaha ke arah pemerintahan sendiri tetapi lebih cenderung kepada memperbesarkan tanah jajahan masing masing. Dengan menghadkan bilangan tentera kepada 50 000 orang dan dengan menguasai kelengkapan senjata Turki, pihak Eropah menjangkakan bahawa mereka dapat menyekat segala usaha Turki menggangu penyelesaian tersebut. Dalam perjanjian ini juga akan wujud negara negara yang akan ditadbir oleh Liga Bangsa Bangsa sehingga satu masa yang membolehkan mereka memerintah negara mereka sendiri tanpa campur tangan asing. Istilah yang sesuai dalam pentadbiran Liga Bangsa Bangsa ini ialah sistem mandat seperti mana yang diperoleh di Palestine, Mesopotamia (Iraq), Tranjordan yang berada di bawah mandat British dan Syria dan Lubnan berada di bawah mandat Perancis.

3.4 Sistem MandatPerlantikan Samuel, seorang Yahudi Zionis oleh Inggeris sebagai seorang Pesuruhjaya Tinggi bagi Palestin menandakan bahawa mereka memandang serius janji dan tanggungjawab bagi mencari sebuah kediaman bagi orang Yahudi. Keputusan San Remo untuk memberikan mandate Pelestin kepada Britain disambut dengan tunjuk perasaan oleh orang Arab dan orang Yahudi di Baitulmaqdis dan Jaffa.

Setelah mengiktiraf Faysal di Syria sebagai seorang pemimpin Arab yang popular sebelumnya, kepimpinan Zionis melantik Weizmann untuk menemui beliau bagi mendapatkan kerjasama antara orang Arab dan Yahudi di Palestin. Pada tahun 1918 dan 1919, kedua-duanya, Faysal dan Weizmann telah mengadakan perbincangan di Palestin dan England untuk menyatakan aspirasi masing-masing. Weizmann dan rakan Yahudinya dari Rusia, Nahum Sokolow telah dipilih oleh orang Yahudi di Palestin untuk mewakili kepentingn mereka dalam Persidangan Paris. Mereka adalah perunding rasmi masyarakat Yahudi Palestin. Faysal juga diminta menghadiri persidangan tersebut.

Kemuncak kepada persidangan mereka telah membawa kepada persetujuan Faysal-Weizmann pada bulan Januari 1919. faysal mengiktiraf pengisytiharan Balfour dan membenarkan kemasukan orang Yahudi di Palestin. Sebagai balasan, Weizmann akan menjaga dan membantu meningkatkan taraf ekonomi orang Arab. Perkara terpenting yang dimasukkan oleh Faysal dalam persetujuan tersebut ialah bahawa beliau tidak akan tertakluk oleh walaupun satu perkataan dalam persetujuan yang dibuat itu yang dikira batal dan tidak sah, sekiranya permintaan bagi mendapatkan kemerdekaan orang Arab tidak dipedulikan.

Setelah diberitahu tentang persetujuan Faysal-Weizmann, perwakilan Syria di Persidangan Damai Paris tanpa ragu-ragu membuat tuntutan ke atas Palestin tetapi membenarkan orang Yahudi untuk membuat penempatan disitu. Walaupun Zionis membuat perbincangan dengan Faysal, namun mereka tetap mendesak agar Palestin disediakan untuk membentuk sebuah Komanwel Yahudi akhirnya.

Mandat Palestin yang disahkan oleh Liga Bangsa-Bangsa pada tahun 1923 tidak berkuatkuasa sepenuhnya kemudiannya, kerana pendukung Zionis mahukan bukan kawasan kediaman di Palestin, tetapi sebaliknya keseluruhan bumi Palestin dijadikan Negara Yahudi. 3.3.1 Pembentukan Sistem Mandat

Di kawasan-kawasan yang penduduknya bertutur bahasa Arab dalam Empayar Uthmaniah, penyertaan beberapa ratus ribu orang Arab terutamanya orang Mesir dalam peperangan, gagal untuk memenuhi janji pihak bersekutu kea rah pemerintahan sendiri. Anggapan orang Arab bahawa mereka mempunyai taraf yang sama seperti mereka yang menang sebenarnya tidak kekal lama. Mereka tidak memandang ringan sikap mungkir janji yang ditunjukkan ini. Di setiap wilayah, orang Arab terus menentang penjajahan cara baru., dimana kuasa asing mengambil alih pemerintahan daripada golongan pemerintah tempatan. Hanya Arab Saudi sahaja, iaitu sebuah Negara tandus yang dianggap tidak berguna sahaja, dibenarkan membentuk sebuah kerajaan bebas di bawah pemerintahan tempatan.

3.3.2 Penentangan Syria

Kerana khuatir hasrat mereka tidak dilayani, nasional kongres Damsyik mengisytiharkan kemerdekaan Syria pada bulan mac 1920 di bawah Faysal dengan kongres sebagai perundangan kebangsaan. Pada bulan april 1920, di San Remo, pihak berikat telah menyetujui mandat Perancis ke atas Syria, satu keputusan yang diperakui oleh Liga Bangsa-Bangsa pada tahun 1922. Jeneral Perancis, Gouraud yang telahpun berada di pantai mengarahkan Faysal mengakui mandat pada bulan Julai.

Sebelum mandat menerima pengesahan secara rasmi, pihak Perancis terus menjalankan dasar pecah dan perintah. Pada tahun 1920, Lubnan dan Syria telah dipecahkan kepada empat bahagian mengikut kumpulan etnik dan agama. Perancis tidak cuba membentuk sebuah kerajaan satu bangsa di Lubnan tetapi sebaliknya menempatkan orang islam di sepanjang kawasan pantai dan pedalaman. Sehingga kini, Syria dan Lubnan masih lagi menerima akibat daripada keputusan ini.

Seperti Iraq dan Transjordan, Syria juga terletak di bawah kategori Mandat Kelas A, satu kawasan yang telah bersedia menerima taraf kemerdekaan tetapi masih memerlukan pengawasan daripada satu kuasa besar. Walau bagaimanapun. Iraq dapat mengelakkan diri daripada dikuasai oleh satu bentuk mandat yang rasmi. Pada mulanya pihak Inggeris telah menempatkannya di bawah jajahan India. Tidak seperti Jajahan Hal Ehwal Luar, pegawai-pegawai pentadbir di India mengelakkan diri daripada mencampuri hal pemerintah tempatan. Mereka mulai menganggap Iraq sebagai sebuah tanah jajahan, iaitu dengan mengekalkan kuasa ke atas kerajaan dan pentadbirannya di bawah pimpinan Sir Arnold Wilson.

3.4 Suruhanjaya King-Crane

Suruhanjaya King-Crane ini telah dicadangkan oleh Woodrow Wilson. Ia adalah bertujuan bagi memastikan sama ada Perancis benar-benar diperlukan di Syria, Inggeris di Iraq dan Zionis di Palestin. Suruhanjaya ini juga mempersoalkan sama ada perlu atau tidak pembentukan negara Armenia dan Kurdistan. Memandangkan perjumpaan itu diadakan antara bulan Mei dan Ogos 1919, Kongres Nasional Arab Khas telah diadakan di Damsyik bagi memberi bukti sokongan penuh mereka terhadap ancaman tersebut. Ia telah memperkukuhkan lagi matlamat mereka untuk perpaduan Syria termasuklah Lubnan dan Palestin, tetapi dengan memberi taraf autonomi kepada Lubnan dan hak-hak orang Yahudi di Palestin. Negara bebas ini akan berpusat di Damsyik dan dipimpin oleh Faysal, iaitu calon yang telah dipilih oleh umat islam, Greek Ortodoks dan Druze.

Rakyat Syria pula membantah sistem mandat separa-merdeka itu, tetapi jika dibuktikan perlu, kongres lebih menyukai pengawasan dari Amerika. Hanya orang Maronite Lubnan sahaja yang menerima mandat Perancis. Di Palestin, para pesuruhjaya mendapati tentangan menyeluruh terhadap Zionisme kecuali oleh beberapa kumpulan kecil penduduk Yahudi. Orang Armenia dan Kurdistan telah menyatakan hasrat mereka untuk mendapat taraf kemerdekaan.

Berdasarkan beberapa penyiasatan yang dijalankan, King dan Crane telah mencadangkan kepada sidang tersebut satu mandat terhad bagi Syria. Faysal pula dilantik menjadi ketua negara. Iraq pula menerima sistem mandat. Mereka memutuskan bahawa dakwaan selama 2000 tahun orang Yahudi terhadap palestin adalah tidak wajar. Pelaksanaan Pengisytiharan Balfour pula memerlukan tidak kurang daripada 50 000 orang tentera disebabkan oleh penentangan yang meluas daripada penduduk. Disebabkan orang Eropah menentang penyiasatan tersebut, mereka tidak menghiraukan keputusannya. Malahan, Presiden Wilson yang terpaksa meninggalkan perjumpaan itu kerana sakit mungkin tidak pernah melihat laporan tersebut. Dengan penarikan diri Amerika dari arena dunia serta bantahan daripada pihak Inggeris, Perancis dan Zionis, laporan King-Crane itu dirahsiakan dan tidak diterbitkan sehingga tahun 1922, ketika sistem mandat telahpun diwujudkan.

Penilaian (tidak penuh lagi perlu di edit)

Kehancuran Empayar Uthmaniyah bermula lebih kurang dalam tahun 1908 1923, dan menjadikan ini sebagai satu turning point kepada sejarah timur tengah atau pun timur dekat. Perkara ini dapat dilihat dalam proses tranformasi dalam struktur politik dan sosial. Perkara ini juga sama seperti yang melanda Empayar Tsar dan Jerman. Dalam kehancuran Empayar Uthamaniyah ini juga kita dapat melihat beberapa Negara yag dahulunya dikuasai oleh Utmaniyah telah dipecah - pecahkan tanpa mengira ideoogi, perasaan orang Arab pada ketika itu. Hasilnya banyak negara yang dulunya dalam Empayar Uthmaniyah telah menerima satu istilah dalam pemenerintah iaitu sistem mandat yang telah diberikan kepada negara Palestine, Iraq, Syria dan sebagainya. Sistem mandat yang diberikan ini terbahagi kepada 2 iaitu sistem mandat A dan sistem mandat B.

Kesan yang wujud setelah berakhirnya Empayar Utmaniyah ini ialah menjadikan Timur Tengah atau Timur Dekat itu yang dahulunya begitu gemilang dengan pemerintahan Islam disana menjadi tidak lagi bermakna. Bagi Jerman, berakhirnya Empayar mereka bermaksud berakhir juga persoalan timur, hubungan yang erat antara 2 buah Empayar, keagamaan, ekonomi dan persoalan strategik yang dahulunya mendominasi dalam Politik Eropah dan hubungan diplomasi sesebuah negara. Tidak begitu panjang adalah menjadi keperluan kepada pemerintah Rusia untuk menggunakan temannya di Eropah mencipta halangan dalam struktur pemerintahan Uthmaniyah yang sememangnya sudah hancur. Tidak begitu panjang juga menjadi keperluan kepada British dan Perancis untuk membina pengaruh mereka dalam Empayar Uthmaniyah dan pada masa yang sama untuk menghalang kekuasaan Rusia dan kemudiannya Jerman menguasai Uthmaniyah Christoper Condon, The Making Modern World, Macmillan Education Australia, Australia, 1994, hlm 177

Lois A. Aroian Et All ( Terjemahan Mohammad Redzuan Othman), Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm166

Glenn E.Perry. Op. Cit. hlm 161

Pihak tentera Uthmaniyah telah melancarkan serangan ke atas kapal perang Rusia yang berpengkalan di Laut Hitam. Perkara ini telah menyebabkan kabinet Rusia itu mengadakan mesyuarat tergempar yang menyatakan untuk mengistiharkan perang ke atas Uthmaniyah.

A.L Macfie, The End of The Ottman Empire, Longman, London, 1998 hlm 120

Ibid hlm 121

Rusia boleh mengawal selat dan akan mengambil kesempatan perang di Eropah untuk menguasai beberapa negeri yang berada di selat. Begitu juga terhadap Britain yang berminat kepada Mesopotamia, Perancis yang berminat kepada Syria dan Itali berminat untuk menguasai selatan Anatolia.

Glenn E.Perry. Op. Cit. hlm 167

Glenn E.Perry. Op. Cit. hlm 167

The Roots Of Arab Bitterness, hlm 191

Hurewitz, Middle East and North Africa in World Politics,Jil 2 British French Supremacy 1914-1945, New Haven dan London, Percetakan University Yale, 1979, hlm 101-106

Mohammad Redzuan Othman (terj.), Timur Tengah dan Afrika Utara, Kuala Lumpur, Percetakan Maziza Sdn.Bhd, 1991, hlm 172

Glenn E. Perry, The Middle East: Foutteen Islamic Centuries Third Edition, Prentice Hall, New Jersy 1997, hlm 176

The Rise of modern Turkey (1808 1975) hlm330

Emir Faisal mengaku dirinya sebagai Raja seluruh tanah Arab. Walau bagaimanapun, Eropah hanya mengiktiraf dirinya sebagai Raja di Hijaz sahaja bukan sepertimana tuntutannya sebagai Raja seluruh tanah Arab.

Glenn E.Perry. Op. Cit. hlm 177

Glenn E.Perry. Op. Cit. hlm 177

Lois A. Aroian Et All ( Terjemahan Mohammad Redzuan Othman), Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm 183

Christoper Condon, The Making Modern World, Macmillan Education Australia, Australia, 1994, hlm 181

George Antonius, The Arab Awakening, Philadelphia, New York, J.B. Lippincott, 1939, hlm 439.

Mohammad Redzuan Othman (terj.), Timur Tengah dan Afrika Utara, Kuala Lumpur, Percetakan Maziza Sdn.Bhd, 1991, hlm 185