paper penilaian program azam tani di malaysia

37
KEBERKESANAN PROGRAM AZAM TANI KE ATAS KOMUNITI PESISIR DI MALAYSIA Prof.Dr.Ibrahim Bin Mamat 1 , Dr.Dara Aisyah Bt H.M.Ali Puteh 2 1 Pengarah, 2 Felo Penyelidik Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD)-Universiti Malaysia Terengganu (UMT) e-mail : [email protected],[email protected] ABSTRAK Program AZAM Taniyang dilancarkan pada akhir tahun 2010 hingga masa kiniadalah satu program awam yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.Objektif program AZAM Tani ialah 1) membantu kumpulan sasar meningkatkan pendapatan, 2) meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian, dan 3) mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Antara peserta yang terpilih ialah petani, peternak, buruh kasar dan nelayan. Program 1AZAM merupakan salah satu initiatif kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk membantu penduduk miskin, keluarga berpendapatan bulanan melibatkan antara RM 460- RM 760, miskin tegar kurang dari RM 430 dan fakir. Kemudahan yang diberikan kepada peserta AZAM Tani ialah peralatan untuk menangkap ikan seperti sampan, engin bot, pukat, bubu dan penarik pukat (net hauler), peralatan untuk pemprosesan makanan seperti keropok lekor dan ketuhar untuk buat kuih, dan peralatan untuk memulakan perniagaan hasil pertanian seperti motorcar roda tiga. Walaupun terdapat jenis aktiviti ekonomi yang tidak bersifat pertanian, nama program masih kekal sebagai program AZAM Tani sebab peralatan atau bantuan disalurkan melalui MOA. Semua bantuan AZAM tani bersifat subsidi dan one off. Peserta tidak dikehendaki membayar balik kos bantuan seperti AZAM Niaga. Penduduk miskin ialah mereka yang berpendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM 760 per keluarga (sebanyak RM 190 per 1

Upload: dara-aisyah

Post on 11-Apr-2017

323 views

Category:

Government & Nonprofit


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

KEBERKESANAN PROGRAM AZAM TANI KE ATAS KOMUNITI PESISIR DI MALAYSIA

Prof.Dr.Ibrahim Bin Mamat1, Dr.Dara Aisyah Bt H.M.Ali Puteh2

1Pengarah,2Felo Penyelidik Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD)-Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

e-mail : [email protected],[email protected]

ABSTRAK

Program AZAM Taniyang dilancarkan pada akhir tahun 2010 hingga masa kiniadalah satu program awam yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.Objektif program AZAM Tani ialah 1) membantu kumpulan sasar meningkatkan pendapatan, 2) meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian, dan 3) mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Antara peserta yang terpilih ialah petani, peternak, buruh kasar dan nelayan. Program 1AZAM merupakan salah satu initiatif kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk membantu penduduk miskin, keluarga berpendapatan bulanan melibatkan antara RM 460-RM 760, miskin tegar kurang dari RM 430 dan fakir. Kemudahan yang diberikan kepada peserta AZAM Tani ialah peralatan untuk menangkap ikan seperti sampan, engin bot, pukat, bubu dan penarik pukat (net hauler), peralatan untuk pemprosesan makanan seperti keropok lekor dan ketuhar untuk buat kuih, dan peralatan untuk memulakan perniagaan hasil pertanian seperti motorcar roda tiga. Walaupun terdapat jenis aktiviti ekonomi yang tidak bersifat pertanian, nama program masih kekal sebagai program AZAM Tani sebab peralatan atau bantuan disalurkan melalui MOA. Semua bantuan AZAM tani bersifat subsidi dan one off. Peserta tidak dikehendaki membayar balik kos bantuan seperti AZAM Niaga.

Penduduk miskin ialah mereka yang berpendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM 760 per keluarga (sebanyak RM 190 per kapita). Manakala miskin tegar pula adalah mereka yang berpendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM 460 (RM 110 per kapita). Garis panduan pelaksanaan program AZAM Tani termasuk 1) jumlah pembiayaan maksimum ialah RM 10,000 seorang, 2) projek yang dipilih hendaklah cepat mengeluarkan hasil, dan 3) projek boleh dilaksanakan secara kelompok ataupun individu.

* Majelis Professor Negara dan Asosiasi Profesor Indonesia (API) di Institut Pertanian Bogor-Indonesia, tarikh 4 Disember 2013

1

Page 2: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

Pembangunan ekonomi di Malaysia telah dilaksanakan melalui dua Rancangan Malaya (1956-

1960 & 1961-1965) dan 10 Rancangan Malaysia (1966-2015). Tumpuan pembangunan berubah-

ubah dari pengeluaran dan eksport sumber asli pada peringkat awal, kepada pembinaan

prasarana, dan seterusnya perkhidmatan dan pembangunan berasaskan inovasi pada masakini.

Masalah pembangunan di Malaysia ialah bukan pertumbuhan ekonomi, tetapi pengagihan

kekayaan yang tidak saksama. Kelemahan ini telah menyebabkan jurang pendapatan antara

penduduk kaya dengan miskin, antara kaum dan antara wilayah semakin melebar. Matlamat

pembangunan untuk membasmi kemiskinan juga belum tercapai sepenuhnya. Dalam tahun 2012,

sebahagian besar penduduk (sebanyak 40%) masih berada dalam kategori pendapatan rendah

dan lebih kurang 1.7% penduduk keseluruhan masih berada dalam kategori miskin. Manakala

peratusan kemiskinan untuk kumpulan petani dan nelayan jauh lebih tinggi dari 1.7%.

Pelbagai program pembangunan telah dilaksanakan kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam

kalangan penduduk luar bandar, termasuk kaum nelayan. Antaranya ialah menganjurkan

program latihan teknikal dalam bidang pertanian dan ekonomi, menyediakan sistem kredit

mikro, memberi elaun bantuan sara diri, penyediaan rumah percuma, pembangunan tanah dan

penempatan penduduk miskin, pemberian pelbagai jenis subsidi dan sebagainya. Salah satu

program masakini untuk menghapuskan kemiskinan ialah program 1AZAM. Objektif kertas ini

ialah untuk membincangkan pelaksanaan Program AZAM Tani (salah satu program di bawah

program 1AZAM) dalam kawasan pesisir dan kesannya ke atas kumpulan sasaran iaitu keluarga

nelayan.

Kawasan pesisir (coastal zone) merupakan suatu kawasan yang menjadi rebutan manusia untuk

penempatan, perhubungan dan penjanaan aktiviti ekonomi mereka. Walaupunbegitu, definisi

kawasan ini belum dipersetujui secara mutlak oleh para penulis. Secara amnya, kawasan pesisir

ialah satu zon pertemuan antara udara-air-darat di sekeling benua dan pulau; keluasannya

berubah-ubah mengikut air pasang surut, hakisan pantai, sais ombak, pemendapan pasir dan

aktiviti manusia. Pihak JPS Malaysia menyatakan sempadan kawasan pesisir pantai ialah sejauh

5 km ke sebelah darat (back shore) dan 16.1 km nautika ke sebelah laut. Di Malaysia, sejumlah

73 daerah perikanan dianggap sebagai kawasan pesisir utama kerana mempunyai prasarana yang

2

Page 3: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

baik seperti jeti tempat pendaratan ikan laut dalam. Daerah ini merupakan kawasan yang didiami

oleh para nelayan, pekerja dalam industri yang berkaitan, peniaga dan petani.

Sejak dilancarkan, program ini telah membantu seramai 15,700 orang peserta. Daripada jumlah

tersebut, seramai 1,234 keluarga telah berjaya keluar dari kategori miskin dengan purata

pendapatan meningkat di antara RM200 hingga RM2,000 sebulan, malah beberapa peserta telah

berjaya mendapat pendapatan melebihi RM10 ribu sebulan. Selain dari meningkatkan

pendapatan peserta, program ini telah meningkatkan jalinan kerjasama antara agensi, terutama

dalam kalangan agensi di bawah MOA. Seterusnya, hubungan antara rakyat atau penduduk

miskin dengan pegawai kerajaan, dan pemimpin tempatan juga seperti JKKK semakin mesra.

Justeru, peserta bersedia memberi sokongan kepada semua initiatif kerajaan. Kebanyakan peserta

program AZAM tani menerima insuran perlindungan percuma dari AgroBank. Skim ini telah

menimbulkan kesedaran kepada peserta tentang pentingnya perlindungan insuran, lebih-lebih

lagi apabila mereka terlibat dengan pekerjaan yang menggunakan peralatan merbahaya seperti

engin. Secara keseluruhannya, penduduk yang menjadi peserta telah berubah menjadi satu

kumpulan penduduk yang tinggi kualiti modal insan mereka. Mereka telah dilatih dalam pelbagai

bidang termasuk literasi kewangan, keusahawan dan motivasi. Mereka akhirnya menjadi

sekumpulan penduduk yang produktif dan bersahsiah tinggi.

Pengenalan

Pembangunan ekonomi Malaysia dilaksanakan secara terancang sejak sebelum merdeka lagi.

Pembangunan terancang bermula dari Rancangan Malaya Pertama (1956-60). Selepas merdeka,

pembangunan ekonomi dipacu oleh 10 rancangan pembangunan lima tahun Malaysia yang

bermula dari Rancangan Malaysia Pertama (1966-70) hingga Rancangan Malaysia ke Sepuluh

(2011-15) sekarang. Tumpuan pembangunan berubah-ubah mengikut masa. Pada awalnya,

pembangunan Malaysia tertumpu kepada pengeluaran dan ekspot sumber asli seperti biji timah,

getah dan kayu-kayuan, pembangunan prasarana kepada pembangunan pertanian, industri dan

perkhidmatan terutama pelancongan.

3

Page 4: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

Masalah utama pembangunan di Malaysia bukan terhad kepada produktiviti penduduk yang

rendah, tetapi yang lebih penting ialah pengagihan kekayaan Negara yang tidak serata. Jurang

antara penduduk kaya dan miskin telah menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga tercetus

rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah dijadikan asas kepada penggubalan Dasar

Ekonomi Baharu (DEB) (1971-1990) yang menekankan kepada pertumbuhan ekonomi dan

pengagihan kekayaan yang lebih adil di antara kaum. Tujuan DEB ialah untuk membetulkan

kepincangan masyarakat Malaysia. Walau bagaimana pun, di penghujung tempoh DEB, iaitu

selepas 20 tahun dilaksanakan, kaum bumiputra masih belum mencapai sasaran iaitu memiliki

sekurang-kurangnya 30% kekayaan Negara. Namun begitu, kadar kemiskinanan keseluruhan

penduduk dapat dikurangkan sedikit dari 49.3% dalam tahun 1970 kepada 16.7% pada tahun

1990. Kadar kemiskinan cuba diturunkan lagi dibawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN

(1991-2000) dengan memantapkan syarikat bumiputra dalam pelbagai industri dan

perdagangan.Dasar pembangunan disambung lagi dengan penggubalan Dasar Wawasan Negara

(2001-2010) untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang berupaya bersaing dalam pasaran

global.

Kedua-dua DPN dan DWN dirangkumkan dibawah satu wawasan yang dinamakan Wawasan

2020 (1991-2020), yang memerlukan tempoh 30 tahun lagi (selepas DEB) untuk menjadikan

Malaysia sebagai sebuah Negara industri yang membangunmenjelang tahun 2020. Antara ciri

kemajuan yang ingin dicapai ialah penduduk Malaysia mempunyai pendapatan tinggi, manakala

ekonomi Negara pula akan berasaskan teknologi, inovasi dan perdagangan terbuka. Namun,

ramai penyelidik masih ragu-ragu sama ada matlamat Wawasan 2020 dapat dicapai kerana

jurang pendapatan antara kaum dan antara yang kaya dengan yang miskin semakin membesar.

Indek Kadar Gini juga bertambah dari 0.452 kepada 0.462, sehinggakan the United Nations

Development Programme (UNDP) menyatakan bahawa Malaysia merupakan negara yang paling

teruk di kalangan ASEAN dari aspek pengagihan kekayaan (Chander, 2013).Pada tahun 2012,

seramai 40% penduduk kategori terbawah memiiliki hanya 13.5 % dari jumlah pendapatan, trens

yang menurun dari 14 % pada tahun 2000. Masalah ketidakadilan dalam pengagihan kekayaan

seperti kronism, rasuah dan ketidaktelusan dalam pentadbiran yang telah berlaku dalam tempoh

DEB masihwujud dan berulang lagi semasa Wawasan 2020.

4

Page 5: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

Walaupun kadar kemiskinan keseluruhan telah berjaya dikurangkan, namun sektor pertanian dan

perikanan masih lagi mempunyai insiden kemiskinan yang tinggi. Hakikat ini telah diakui oleh

pihak Bank Dunia yang menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah ekonomi yang

Berjaya, namun masih terdapat masyarakat petani, penternak dan nelayan yang masih belum

mengecapi nikmat pembangunan tersebut seolah-olah mereka berada di pinggiran proses

pembangunan negara (Muhyiddin, 2004). Banyak program telah dilaksanakan untuk

meningkatkan pendapatan penduduk miskin termasuk memberi latihan dalam pelbagai bidang

teknikal, menyediakan sistem kredit mikro, penyediaan rumah percuma, menjadikan pertanian

sebagai satu perniagaan, menyalurkan pelbagai jenis subsidi dan sebagainya. Namun,

kemiskinan tidak juga dapat dihapuskan. Salah satu program yang hangat diperbincangkan

masakini untuk menghapuskan kemiskinan ialah program 1AZAM.

Objektif kertas ini ialah untuk membincangkan pelaksanaan Program AZAM Tani (di bawah

program 1AZAM) dalam kawasan pesisir dan kesannya keatas kumpulan sasaran iaitu keluarga

nelayan.

Penilaian Keberkesanan Program

Penilaian program adalah kajian formal yang melibatkan analisis yang sistematik terhadap

sesuatu program dengan tujuan mendapat gambaran sebenar mengenai pencapaian,

keberkesanan, dan kecekapannya. Oleh itu, Semua program pembangunan yang dilaksanakan

oleh pihak pemerintah semestinya dinilai keberkesanannya supaya semua pihak mengetahui

samaada objektif program sudah dicapai atau sebaliknya. Antara criteria penilaian program yang

boleh digunapakai termasuk kecekapan, kerelevanan, pengagihan faedah, kelestarian, tindak

balas awam dan kualiti produk (Pollitt, 2002).

Sesetengah pengkaji pula menggunakan produktiviti sebagai pengukur untuk menilai sesuatu

program. Produktiviti adalah nisbah input kepada output (Shafritz & Russell, 2003). Konsep

produktiviti pula dapat diperluaskan hingga bukan sahaja meliputi keberkesanan tetapi juga

ukuran keberkesanan itu sendiri iaitu sejauh mana hasil yang diharapkan itu memenuhi sasaran

sehingga perubahan yang signifikan dapat dikesan (Perry, 1989).

5

Page 6: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

Sehubungan dengan kenyatan betapa pentingnya penilaian program dilaksanakan, kertas ini

bertujuan untuk menilai pencapaian program AZAM Tani di Malaysia dalam meningkatkan

pendapatan penduduk pesisir dan seterusnya menentukan sama ada program ini telah berjaya

mengeluarkan mereka dari kategori penduduk miskin. Penilaian akan dibuat berdasarkan

pertambahan pendapatan bulanan peserta dengan cara membandingkan pendapatan sebelum

menyertai program dengan pendapatan semasa atau selepas menjadi peserta program AZAM

Tani.

Komuniti Pesisir

Wilayah pesisir (coastal zone) adalah merupakan suatu kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan

manusia untuk penempatan dan menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi mereka. Walaupun

menjadi kawasan tumpuan dan rebutan, namun kawasan ini tidak mempunyai satu tafsiran yang

konkrit. Justeru, definisi wilayah persisir pantai adalah berbeza-beza mengikut negara, agensi

yang terlibat atau dari segi perspektif penulis. Dari perspektif geomorfologi, wilayah pesisir

didefinisikan sebagai satu zon pertemuan antara udara-air-darat di sekeling benua dan pulau.

Keluasan wilayah pesisir merangkumi kawasan daratan dan lautan; luas di sebelah daratan

bergantung kepada jarak maksimum sea-spray dan luas sebelah lautan pula melangkaui sehingga

the continental shelf.

Definisi berdasarkan geomorfologi ini disokong oleh Dahuri, et. al., 2001 yang menyatakan

wilayah pesisir pantai adalah wilayah transisi yang menandai tempat persempadanan antara

wilayah daratan dan laut atau sebaliknya. Garis sempadan atau tempat di mana darat dan laut

bertemu adalah berubah-ubah mengikut air pasang surut, hakisan pantai, sais ombak,

pemendapan pasir dan aktiviti manusia. Manakala Pihak Jabatan Parit dan Saliran Malaysia

(2010) pula telah menetapkan sempadan kawasan pesisir pantai iaitu sejauh 5 km ke sebelah

darat (back shore) dan 16.1 km nautika ke sebelah laut bermula dari paras purata air pasang

perdani (shore front). Kawasan di sebelah darat merangkumi sungai dan rizab air hingga ke

kawasan yang dipengaruhi oleh air masin.

Manakala Di Australia pula, tafsiran kawasan pesisir terkandung dalam Akta Pengurusan dan

Perlindungan Pesisir Pantai di sana. Akta ini menyatakan bahawa wilayah pesisir merangkumi

6

Page 7: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

semua kawasan sebelah darat perairan pantai di mana terdapat ciri-ciri fizikal, ekologi atau

proses semula jadi atau aktiviti manusia yang menjejaskan atau berpotensi memberikan impak

kepada pantai dan sumber pantai. Kawasan pesisir tidak termasuk kawasan air di laut.

Definisi wilayah pesisir boleh juga dibuat mengikut pendekatan atau perspektif

ekonomi.Perspektif ekonomi mendefinisikan wilayah pesisir sebagai suatu kawasan di mana

penduduknya bergantung kepada ikan sebagai sumber makanan, manakala pihak industri pula

menggunakan pelabuhan untuk pengangkutan.

Malaysia mempunyai sejumlah 73 daerah perikanan yang merupakan wilayah pesisir. Pecahan

daerah perikanan mengikut kawasan ialah 41 daerah perikanan di Semenanjung Malaysia, 15 di

Sarawak dan 17 di Sabah (sila rujuk Peta 1, Lamipan A). Lampiran A menunjukkan Negeri

Terengganu sahaja mempunyai kawasan pesisir yang berpasir, jalur pantai sepanjang 225 km dan

7 daerah perikanan.Daerah ini merupakan kawasan yang didiami oleh para nelayan, justeru pihak

kerajaan seperti Lembaga Kemajian Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan menyediakan

pelbagai kemudahan untuk mereka seperti pembinaan kompleks pendaratan dan pemasaran ikan.

Komuniti nelayan merupakan kumpulan komuniti yang pekerjaannya melaut untuk menangkap

ikan, sebahagian hasil tangkapan tersebut digunakan untuk keperluan sendiri atau untuk dijual.

Dalam tahun 2009, bilangan nelayan yang berdaftar di Semenanjung Malaysia ialah seramai

83,873 orang.Selain dari itu, ada juga penduduk dalam wilayah pesisir bekerja sebagai awak-

awak atau buruk upahan untuk menangkap ikan.

Nelayan pesisir pantai adalah komuniti yang tinggal dan hidup berhampiran dengan pantai.

Sebahagian penduduk bergantung kepada sumber laut dan mengusahakannya secara langsung

mahupun tidak langsung. Sebahagian besar penduduk pesisir pantai bekerja sebagai nelayan,

pekerja dalam industri yang berkait dengan pemprosesan sumber laut, peniaga dan petani.

Kumpulan komuniti nelayan merupakan kumpulan utama dan unsur terpenting bagi kewujudan

komuniti pesisir pantai (Kusnadi, 2006).

Beberapa kajian lepas mengenai komuniti pesisir di Malaysia seperti Kajian oleh Firth (1940an

dan 1960an), Ungku Aziz (1950an), Ishak (1980an), Tengku Mahmud (1990an) dan Nor Hayati

7

Page 8: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

(2000-an) telah menjelaskan ciri-ciri masyarakat pesisir dan mengenalpasti pelbagai masalah

yang dihadapi penduduk.Nor Hayati dan Roslina, 2013 menyatakan bahawa antara ciri

masyarakat nelayan ialah mereka masih bergantung hidup sepenuhnya kepada alam semula jadi

yang menyebabkan keadaan hidup dan persekitaran mereka mempunyai kelain berbanding

komuniti lain di Malaysia. ManakalaFifth, 1945 pula menjelaskan bahawa nelayan menghadapi

masalah produktiviti yang rendah. Mereka tidakmenggunakan teknologi moden dan kekurangan

modal untuk menjadi usahawan. Oleh yang demikian, mereka terus berada dalam kategori

komuniti miskin.

Nor Hayati dan Roslina, (2013) merumus kajian Ungku Aziz tahun 1987 tentang komuniti

pesisir di Beserah, Pahang dengan menyatakan bahawa nelayan menjadi miskin kerana

penindasan orang tengah. Berbeza sedikit dengan komuniti nelayan di Perupok, Kelantan di

mana nelayan mula keluar dari putaran ganas kemiskinan dengan mempelbagaikan punca

pendapatan. Mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada penangkapan ikan,sebaliknya mereka

juga menanam tembakau sebagai aktiviti sampingan yang dapat memberi hasil yang lumayan.

Walaupun penduduk pesisir berkerja dalam lingkungan perikanan, namun ciri-ciri

kemasyarakatannya adalah heterogen dan memiliki stratifikasi sosial tersendiri. Struktur sosial

teratas biasanya terdiri daripada para pemodal dan pemilik kapal laut dalam, diikuti oleh

kumpulan menengah iaitu juragan yang berpengetahuan dan berpengalaman yang berperanan

sebagai kapten kapal. Selain dari juragan, peraih atau orang tengah yang membeli dan menjual

ikan dalam kawasan pendaratan ikan juga dianggap sebagai kumpulan menengah. Pengusaha

didalam memproses hasil laut seperti pengilang keropok, pengusaha ikan kering dan sebagainya

juga termasuk dalam ketegori kelas menengah. Manakala kumpulan sosial paling bawah terdiri

dari nelayan tradisional dan buruh nelayan.

Sebagai perbandingan secara sepintas lalu, ciri-ciri komuniti pesisir di Indonesia tidak banyak

berbezadengan profil penduduk pesisir di Malaysia. Indonesia mempunyai seramai 16.4 juta

penduduk yang mendiami 8,090 buah desa pesisir. Rata-rata mereka bekerja sebagai nelayan,

nelayan buruh, pedagang hasil laut, pemodal dan pengusaha-pengusaha lain yang punca

pendapatan mereka bergantung kepada perikanan dan kelautan seperti pelancongan (PT.

8

Page 9: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

Gandamega Serasi, 2012).Sebanyak 32% keluarga pesisir keselurahannyamasih berada di bawah

paras kemiskinan.Dalam masyarakat yang sama, kemiskinanan dalam kalangan keluarga nelayan

yang masih miskin adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 70%. Banyak sudah pengkaji

mengemukakan penyebab kemiskinan dan resolusi untuk mengatasinya.

Antara penyebab kemiskinan komuniti pesisir di Indonesia ialah pendapatan nelayan bergantung

kepada musim yang tidak menentu dan bersifat harian di mana mereka sulit untuk merencanakan

perbelanjaan keluarga. Implikasinya, mereka terpaksa berhutang dan tidak berupaya menabung.

Faktor lain yang menyebabkan kemiskinan ialah taraf pendidikan yang rendah dan sifat produk

(hasil laut) yang mudah rosak, sehingga kuasa menentukan harga berada ditangan pedagang.

Manakala buruh nelayan pula (anak buah kapal) diberi bahagian atau upah yang kecil, sedangkan

pemilik kapal yang tinggal di daratan mendapat bahagian yang jauh lebih besar. Sistem

pembahagian hasil tangkapan jelas tidak adil. Komuniti nelayan terus menjadi miskin kerana

tidak banyak peluang perniagaan yang wujud dalam wilayah pesisir. Ditambah pula dengan

masalah sumber laut yang dikatakan semakin berkurangan dan ketiadaan prasarana seperti jeti

untuk pendaratan ikan. Statistik tahun 2002, Indonesia mempunyai potensi sumber ikan sebayak

6,258 juta tan setahun; 4,400 juta tan dari perairan territorial dan perairan wilayah, dan 1,858 juta

tan dari perairan ZEEI (PT. Gandamega Serasi, 2012). Jika diambilkira bilangan nelayan dalam

tahun 2002 (3.8 juta orang) dan jumlah hari kelaut dalam setahun (200 hari setahun), maka

produktivi nelayan dianggap sangat rendah iaitu sebanyak 6.63 kg ikan per orang per hari sahaja.

Produktivi yang rendah dan persaingan hebat untuk merebut sumber yang terhad juga menjadi

penyebab kemiskinan dalam kalangan nelayan.

Sama ada di Malaysia atau Indonesia, kawasan pesisir merupakan suatu kawasan yang sentiasa

menjadi tumpuan penduduk dan pendatang untuk penempatan dan melaksanakan pelbagai

aktiviti ekonomi mereka. Kawasan pesisir merupakan tempat di mana wujudnya tamaddun awal.

Sejarah telah membuktikan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto telah wujud di pesisir

Malaysia seawal abad ke-2 Masihi lagi. Pada awal abad ke-15 pula, Kesultanan Melaka wujud di

Selat Melaka dan telah menarik minat penjajah Portugis dalam tahun 1511, diikuti oleh Belanda

dan British. Bandar-bandar besar seperti Kuala Terengganu, Kuantan dan Johor Baharu juga

9

Page 10: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

terletak dalam wilayah pesisir. Walaupun menjadi tempat bertapaknya tamadun awal, kawasan

pesisir juga merupakan suatu kawasan sensitif dan terdedah kepada unsur luar seperti pengaruh

negatif budaya asing yang boleh mencemarkan budaya tempatan. Di samping itu, pengaruh luar

juga boleh membawa gejala sosial seperti kemasukan dadah melalui awak-awak perikanan laut

dalam dan para pelancong di pulau peranginan.

Program AZAM Tani

1. Latar Belakang Program

Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) mempunyai empat program iaitu AZAM Kerja

(penempatan pekerjaan), AZAM Niaga (menyedia peluang perniagaan), AZAM Khidmat

(bidang perkhidmatan) dan AZAM Tani (berasaskan pertanian). Program 1AZAM ini

dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sejak tahun

2010. Progam 1AZAM merupakan satu program transformasi kerajaan di bawah Bidang

Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatan pendapatan golongan miskin dan miskin

tegar yang bermatlamat membasmi kemiskinan.

Kementeriam Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dilantik sebagai champion bagi

menggendalikan Program Azam Tani. Agensi di bawah MOA seperti LKIM, MARDI, KADA,

MADA, LPP dan sebagainya dijadikanlead agency bagi sesuatu negeri atau kawasan untuk

melaksanakan program AZAM Tani.

Program AZAM Tani adalah satu program pembasmian kemiskinan dalam kalangan penduduk

miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.Objektif program AZAM Tani

ialah 1) membantu kumpulan sasar meningkatkan pendapatan, 2) meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran dalam bidang pertanian, dan 3) mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.

Sistem e-Kasih (sistem maklumat kemiskinan Negara) ialah satu pengkalan data mengenai

penduduk miskin di seluruh Malaysia yang mula dibangunkan dalam tahun 2007. Objektif e-

Kasih ialah untuk membantu pihak kerajaan merancang, melaksana dan memantau program

10

Page 11: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

pembasmian kemiskinan. Sehingga bulan Januari 2011, terdapat seramai 67,033 (0.83%) ketua

isi rumah telah mendaftar dalam sistem e-Kasih (Kamarudin dan Shahriman, 2013).

Fenomena kemiskinan diukur melalui pendapatansebulan isi rumah. Kategori penduduk miskin

ialah mereka yang berpendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM 760 per

keluarga(sebanyak RM 190 per kapita). Manakala miskin tegarpula adalah mereka yang

berpendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM 460(RM 110per kapita). Skop projek

AZAM Tani termasuk 1) jumlah pembiayaan maksimum ialah RM 10,000 seorang. Kos ini

meliputi kos projek, 5% kos latihan, dan 5% kos elaun tuntutan perjalanan pegawai pemantau,

2) projek yang dipilih hendaklah cepat mengeluarkan hasil, berdaya maju dan berdaya tahan, dan

3) projek boleh dilaksanakan secara kelompok ataupun individu yang berdasarkan minat dan

kemahiran peserta.

2. Pelaksanaan Program

i. Projek-projek AZAM Tani yang dilaksana secara individu hendaklah memberi

tumpuan kepada jenis-jenis projek yang mengeluarkan hasil dalam tempoh

pendek (Quick Win Project) iaitu diantara 3 hingga 6 bulan pelaksanaannya.

ii. Projek yang dilaksana di dalam kelompok komuniti, boleh dipertimbangkan untuk

melaksana kombinasi projek jangka panjang dan projek jangka pendek (Quick

Win) iaitu agihan 50-50 daripada kadar bantuan setiap peserta.

iii. Bagi projek yang dilaksana secara individu, keutamaan hendaklah diberi kepada

peserta yang produktif. Pemilihan projek hendaklah berdasar kepada minat,

pengalaman dan kemahiran peserta.

iv. Manakala bagi projek berkelompok, dimana peserta hanya penerima dividen

pelaksanaan projek, keutamaan hendaklah mencapai nilai bantuan maksimum

RM10,000 kerana ia bergantung kepada jenis projek.

11

Page 12: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

v. Kos bagi projek peralatan menangkap ikan seperti bot, enjin dan pukat,

berkemungkinan melebihi kadar bantuan maksimum RM10,000. Bagi projek ini,

jabatan dan agensi pelaksana hendaklah mendapat kelulusan khas daripada

Kementerian sebelum perolehan peralatan dilaksanakan.

vi. Jabatan dan agensi pelaksana yang menjalankan kerja-kerja pemantauan projek

boleh mengenakan caj khidmat pengurusan tidak melebihi 5% atau RM500

daripada kos projek bagi tujuan perbelanjaan kos operasi dan kos lain yang

telah diluluskan oleh Jawatankuasa AZAM Tani dengan syarat ia adalah selaras

dengan peraturan kewangan sedia ada.

vii. Bantuan diberikan dalam pelbagai bentuk termasuk mesin peralatan, input

pertanian/ benih-benih tanaman dan ternakan, bengkel/ ruangniaga, kos

pengeluaran/ bahan mentah/ kos operasi, latihan teknikal, latihan motivasi/

jatidiri, latihan pengurusan kewangan, bimbingan serta kos khidmat pengurusan

yang disampaikan melalui agensi pelaksana.

viii. Kos pelaksanaan projek (in-kind) seperti kos peralatan, mesin, bengkel/

ruangniaga, bahan mentah, modal pembangunan dan operasi adalah tertakluk

kepada kadar bantuan maksimum RM10,000. Bagi projek yang bernilai melebihi

RM10,000, jabatan dan agensi pelaksana hendaklah memajukan kertas cadangan

pelaksanaan projek berkelompok/ berkomuniti untuk pertimbangan Kementerian.

ix. Jabatan dan agensi yang memberikan bantuan berbentuk peralatan menangkap

ikan hendaklah memastikan peserta mempunyai lesen menangkap ikan. Jabatan

dan agensi perlu memajukan permohonan lesen menangkap ikan untuk

peserta e-Kasih/projek AZAM Tani kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan

Malaysia.

3. Pemantauan Program

i. Jabatan dan agensi pelaksana perlu mula melaporkan kemajuan fizikal dan

kewangan projek kepada Kementerian sebaik sahaja peruntukan projek diterima.

12

Page 13: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

Laporan ini hendaklah dilaporkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal

Projek AZAM Tani yang diadakan setiap bulan.

ii. Laporan penyata kewangan projek yang berakhir pada 30 Jun dan Disember perlu

dikemukakan kepada Kementerian selewatnya pada 31 Julai dan 31 Januari

berikutnya.

iii. Sekiranya terdapat sebarang isu dan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan

projek, laporkan segera kepada Kementerian untuk tindakan lanjut.

iv. Prestasi kemajuan projek yang dilaksana secara komersil/berkelompok oleh

jabatan dan agensi pelaksana perlu dipantau dan dikawalselia oleh satu

Jawatankuasa Pemandu Projek (peringkat agensi pelaksana ibupejabat).

Jawatankuasa tersebut perlu mengadakan mesyuarat sekurangnya tiga (3) bulan

sekali dan turut disertai wakil daripada Kementerian. Jawatankuasa ini

berperanan memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual dan membuat

pemantauan serta pelaporan setiap bulan.

v. Jabatan dan agensi pelaksana perlu menggantikan peserta asal projek dengan

peserta baru yang berkelayakan jika peserta asal mempunyai masalah seperti

telah berpindah negeri, tidak berminat lagi, tidak dapat dikesan atau tidak layak.

Penggantian peserta perlu dilaporkan kepada Kementeriandengan segera

dengan memaklumkan maklumat peserta-peserta yang terlibat dengan perubahan

tersebut.

vi. Jabatan dan agensi pelaksana perlu mempertimbangkan penggantian Ketua Isi

Rumah (KIR) yang meninggal dunia dengan Ahli Isi Rumah (AIR) yang layak

memandangkan ahli keluarga tersebut masih memerlukan sumber kewangan bagi

meneruskan kehidupan. Penggantian ini hendaklah dilaporkan kepada pihak

JPP/PPPN untuk proses pertukaran status AIR kepada KIR di dalam sistem e-

Kasih.

13

Page 14: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

vii. Peserta baru yang digantikan mengikut syarat yang ditetapkan secara automatik

akanbertanggungjawab ke atas aset/ premis/ mesin/ peralatan bantuan.

4. Penilaian Program

i. Jabatan dan agensi pelaksana bertanggungjawab memastikan maklumat bantuan

projek ekonomi ini dikemaskini ke dalam sistem e-Kasih dalam tempoh

selewatnya sebulan selepas persetujuan jenis projek yang akan dilaksanakan oleh

peserta.

ii. Jabatan dan agensi pelaksana juga bertanggungjawab untuk mengemaskini

maklumat pendapatan hasil projek ke dalam sistem e-Kasih sekurang-

kurangnya 3 bulan sekali. Ini bagi memastikan impak projek kepada peserta dapat

dilaporkan kepada stakeholdersyang berminat.

iii. Peserta projek AZAM Tani yang berjaya meningkatkan pendapatan keluarga,

terkeluar daripada garis kemiskinan dan berdaya maju hendaklah dikenalpasti

dan dibimbing untuk berkongsi pengalaman dan menjadi mentor kepada peserta

baru.

Pencapaian dan Kesan Program AZAM Tani

Sejak Program 1AZAMdilancarkan pada akhir tahun 2010 hingga masa kini,pihak Kerajaan

telah menyediakan pelbagai peluangmenjana pendapatan kepada golongan berpendapatanrendah.

Antara program di bawah inisiatif ini adalah AzamKerja, Azam Tani, Azam Niaga dan Azam

Khidmat. Untuk ini,Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 400 juta untuk memberi

manfaatkepada 58,330 orang peserta.

Manakala bagi program AZAM Tani sahaja, kerajaan telah mensasarkan seramai 15,700 orang

peserta yang diagihkan kepada 11 buah agensi di bawah MOA (sila rujuk Jadual 1).

14

Page 15: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

Jadual 1: Bilangan Peserta AZAM Tani (Kuota) Mengikut Jabatan/ Agensi dan Tahun

Bil Jabatan/ Agensi Bilangan Peserta 2011

Bilangan Peserta 2012

Bilangan Peserta 2013

1 DOA 1,400 450 400

2 DOF 700 400 350

3 DVS 900 400 250

4 FAMA 197 400 350

5 MARDI 800 460 450

6 LPP 1,150 470 450

7 LKIM 1,000 600 400

8 MADA 600 200 250

9 KADA 650 120 150

10 LPNM 600 300 250

11 TEKUN 203 200 200

Jumlah 8,200 4,000 3,500

(Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani/MOA)

Pelbagai projek tani telah dilaksanakan dalam semua kawasan, terutama kampung traditional dan

kawasan pesisir. Antara peserta yang terpilih ialah petani, peternak, buruh kasar dan nelayan.

Antara kemudahan yang diberikan kepada peserta ialah peralatan untuk menangkap ikan seperti

sampan, engin bot, pukat, bubu dan penarik pukat (net hauler), peralatan untuk pemprosesan

makanan seperti keropok lekor dan oven untuk buat kuih, dan peralatan untuk memulakan

perniagaan hasil pertanian seperti motorcar roda tiga. Peserta menjalankan pelbagai projek yang

15

Page 16: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

berkonsepkan quick win di mana projek yang dipilih berupaya mendatangkan hasil dengan cepat

iaitu dalam tempoh antara 3 hingga 6 bulan.

Semasa perlaksanaan program AZAM tani, pelbagai isu telah dihadapi oleh agensi pelaksana.

Antaranya ialah peserta yang dipilih tidak menepati sasaran walaupun proses pemilihan telah

melalui satu saringan yang teliti dan mendapat persetujuan JKKK. Sebagai contoh, bantuan

peralatan menangkap ikan kepada peserta nelayan hanya diberikan kepada mereka yang

mempunyai kad nelayan (nelayan tulen) sahaja. Bantuan ini diluluskan setelah pegawai

pelaksana membuat satu bancian dan penelitian ke atas calon peserta dengan persetujuan JKKK.

Persatuan nelayan kawasan tidak terlibat dalam pemilihan peserta dan pelaksanaan program

AZAM Tani.

Selain dari itu, sebilangan peserta tidak mempunyai maklumat yang lengkap seperti number kad

pengenalan yang betul. Sesetengah peserta pula tidak termasuk dalam kategori ketua isi rumah

(KIR); mereka hanya sebagai ahli isi rumah.Banyak projek yang diceburi peserta tidak bersifat

atau tidak berkait dengan pertanian. Walaupun jenis aktiviti ekonomi tidak bersifat pertanian,

nama program masih kekal sebagai program AZAM Tani dengan alasan bantuan tersebut

disalurkan melalui MOA. Semua bantuan AZAM tani bersifat subsidi dan one off. Peserta tidak

dikehendaki membayar balik kos bantuan seperti AZAM Niaga.

Setakat ini, program AZAM Tani ini telah berjaya mengeluarkan seramai 5,280 keluarga (2,400

dalam tahun 2012 dan 2,880 dalam tahun 2013) daripada garis kemiskinan (dari senarai e-kasih)

dengan purata pendapatan meningkat di antara RM 200 hingga RM 2,000 sebulan, malah

beberapa peserta telah berjaya mendapat pendapatan melebihi RM 10 ribu sebulan. Kebanyakan

mereka telah berjaya meningkatkan pendapatankeluarga sebanyak RM 300 sebulan selama tiga

bulan berturut-turut.Kadar kejayaan projek AZAM Tani berbeza-beza mengikut lead agency.

Sebagai contoh, dalam tempoh tiga tahun, MARDI telah mengeluarkan 70% daripada jumlah

penerima bantuan dari kategori miskin dengan pendapatan bulanan antara RM 800 hingga RM

1,500 sebulan (Berita Harian, 7 Oktober 2013). Ini menunjukan program AZAM Tani berjaya

meningkatkan pendapatan penduduk miskin dan mempunyai daya tahan yang baik.

16

Page 17: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

Selain dari berjaya meningkatkan pendapatan,program AZAM Tani juga telah menghasilkan

pelbagai kesan positif. Antara kesan sampingan yang positif ialah tahap kerjasama antara agensi,

terutama dalam kalangan agensi dan jabatan di bawah MOA menjadi semakin erat. Hubungan

antara rakyat atau penduduk miskin dengan pegawai kerajaan, dan pemimpin tempatan seperti

JKKK juga semakin mesra. Justeru, mereka sedia memberi sokongan kepada semua initiatif

kerajaan.

Kebanyakan peserta program AZAM Tani menerima insuran dari AgroBank. Kos insuran ialah

RM 50 per tahun telah diberi percuma oleh pihak Bank untuk tahun pertama sahaja. Skim ini

telah menimbulkan kesedaran kepada peserta tentang pentingnya perlindungan insuran, lebih-

lebih lagi apabila mereka terlibat dengan pekerjaan yang menggunakan peralatan merbahaya

seperti engin.

Secara keseluruhannya, penduduk miskin yang menjadi peserta telah berubah menjadi satu

kumpulan penduduk yang tinggi kualiti modal insan. Mereka telah dilatih dalam bidang literasi

kewangan, keusahawan dan motivasi. Mereka dibimbing dan dipantau oleh sekumpulan pegawai

pelaksana yang terlatih lagi bertanggungjawab. Akhirnya, penduduk miskin yang dahulunya

menganggur telah berubah menjadipenduduk yang produktif dan bersahsiah tinggi.

Rumusan

Program 1AZAM merupakan salah satu initiatif kerajaan di bawahProgram Transformasi

Ekonomi (ETP) untuk membantu penduduk miskin, keluarga berpendapatan bulanan melibatkan

antara RM 460-RM 760, miskin tegar kurang dari RM 430 dan fakir. ‘Transformasi’ adalah kata

kunci kepada pendekatan baharu ini untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang tidak

berkesudahan.

Usaha pembangunan sosioekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan penduduk

berpendapatan rendah menerima pakai falsafah pembangunan luar bandar iaitu melibatkan

kumpulan sasar secara aktif dalam projek pembangunan yang dapat memberi manfaat secara

langsung kepada mereka. Namun proses transformasi adalah agak perlahan. Pembangunan luar

17

Page 18: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

bandar yang berlaku sebelum ini adalah lebih cenderung kepada pembinaan infrastruktur,

kebanyakannya bersaiz mega yang tidak semestinya meningkatkan kualiti hidup kerana kuasa

kewangan penduduk masih lemah akibat kegagalan meningkatkan pendapatan. Ini bermakna

banyak sumber kewangan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun terdahulu telah digunakan

untuk pembinaann infrastruktur, sedangkan taraf hidup rakyat atau sumber manusia berada di

tahap lama. Situasi ini boleh dikaitkan dengan faktor “mismatch” di antara apa yang disediakan

kerajaan dengan apa yang diperlukan oleh rakyat untuk meningkatkan kesejahteraan hidup

mereka. Projek mega dan prasarana tidak berupaya memberi manfaat kepada kebanyakan

penduduk miskin dan berkemahiran rendah.

Ratusan projek ekonomi telah dijalankan yang merangkumi projek pertanian, perikanan,

ternakan, perkhidmatan dan industri kecil. Anggaran hanya sebanyak 30% sahaja yang terlibat

berjaya keluar dari putaran ganas kemiskinan. Di samping itu, masih ramai lagi penduduk yang

benar-benar miskin tidak terlibat dalam sebarang projek ekonomi. Projek-projek ini diselaraskan

oleh beberapa agensi kerajaan. Masalah yang dihadapi di sini ialah kelemahansistem pendaftaran

yang tidak menyeneraikanorang yang benar-benar miskin, kelemahan penyelarasan dan

pemantauan projek yang mampu melahirkan nilai sinergi, projek yang tidak berdaya maju dan

penyelewengan oleh peserta projek. Sebagai contoh, projek pertanian dan perusahaan desa yang

dijalankan secara kecil-kecilan dari segi modal pelaburan, jumlah pekerja,menggunakan

peralatan traditional dan kaedah pengeluaran yang tidak produktif selalunya tidak berdaya maju.

Perusahaan sedemikian menghadapi masalah faktor dalaman (tiada skala pengeluaran, dll) serta

faktor luaran (pembekalan bahan mentah dan pasaran produk tidak stabil). Pengusaha

menghadapi masalah mendapat khidmat nasihat dari aspek pentadbiran, pasaran, teknologi,

pengeluaran dan kewangan. Majorti pengusaha melaksanakan projek secara “trial and

error.”Jangka hayat projek berakhir sebaik sahaja subsidi dihentikan. Trend sedemikian tidak

akan melahirkan penduduk yang cemerlang.

Strategi pelengkap untuk memajukan ekonomi pendudukpesisiryang miskin merangkumi

khidmat nasihat termasuk pengembangan, penggabungan perusahaan yang sama (contoh

pembuatan bahan binaan, perabot, makanan ringan) untuk mencapai skala ekonomi, penggunaan

18

Page 19: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

teknologi lebih tinggi, amalan lestari dari segi penggunaan sumber asli seperti kaedah

penangkapan ikan yang dibenarkan dan penerokaan pasaran yang luas.

Untuk keluar dari belenggu kemiskinan, setiap ketua isi rumah miskin mestilah mempunyai lima

jenis modal; modal manusia, fisikal, sosial, sumber asli, dan kewangan. Lima jenis modal ini

membentuk Campuran Aset (Asset Mix)sesebuah isi rumah miskin. Setiap isi rumah miskin

mempunyai aset penghidupan yang berbeza dan penghidupan isirumah dipengaruhi oleh

kepelbagaian aset, jumlah aset dan keseimbangan di antara aset.Kestabilan hidup keluarga juga

dipengaruhi oleh persekitaran yang berada di luar kawalan mereka atau tahap ‘vulnerability’ si

miskin. Ini termasuk kejutan akibat banjir, kemarau, inflasi, faktor musim, trens, perubahan

teknologi, pasaran, dan sebagainya. Setakat manakah si miskin dapat menyesuaikan

perusahannya kepada konteks vulnerability bergantung kepada status lima aset tersebut. Dalam

konteks AZAM Tani, peserta dilindungi insuran tajaan AgroBank.

Dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk yang berpendapatan rendah,

persoalannya,apa lagi yang harus dilakukan? Dasar makro dan mikroekonomi telah digubal,

institusi-institusi pro-kemiskinan telah wujud, prasarana telah dibina, pinjamandan subsidi telah

diberikan, ratusan jenis projek telah dijalankan, dan kadar kemiskinan telah turun dengan

banyak. Namun begitu, kita yakin masih ada lagi beberapa strategi baharuyang boleh

mempercepatkan lagi peningkatan pendapatan yang lebih menyeluruh dan berkekalan.

Bagi mencapai kejayaan yang berkekalan,strategi untuk meningkatkan pendapatan haruslah

berbentuk strategi politik yang disokong oleh tindakan ekonomi dan sosial. Persoalan etika yang

paling mendesak berhubung kemiskinan ialah bagaimana kita dapat mengeksploitasikankuasa

politik yang kita sudah ada bagi meningkatkan pendapatan penduduk miskin?

Banyak kajian yang lepas mendapati majoriti daripada kumpulan tidak maju menggunakan

tenaga kerja secara tidak penuh.Bagi mencapai guna tenaga penuh, konsep berkerja sendiri

mestilah diperluaskan. AZAM Tani sememangnya berkonsepkan kerja sendiri. Kerajaan telah

mewujudkan satu mekanisme dengan memberi peluang kepada golongan ini untuk keluar

daripada belenggu kemiskinan dengan melakukannya sendiri. Mereka membantu diri sendiri

19

Page 20: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

dengan mewujudkan perniagaan sendiri. Tindakan yang lebih effektif ialah dengan

memperbanyakkan projek tani yang berbentuk kumpulan. Mereka seharusnya dibangunkan

secara berkumpulan, bukan secara individu. Pembangunan secara berkumpulan dapat mengatasi

banyak masalah yang wujud dalam projek secara kecil-kecilan dan projek bersifat sara diri.

Projek besar lebih ekonomik dan lebih mudah untuk dikomersialkan.

Strategi tambahan untukmeningkatkan pendapatan isi rumah miskin ialah dengan memantapkan

lagi pendekatan multi-disiplin dan multi-kementerian. Pegawai pelaksana AZAM Tani yang

datang dari pelbagai agensi mempunyai pelbagai kemudahan dan kepakaran yang berguna untuk

membantu peserta projek. Mereka juga hendaklah terdiri daripada pegawai yang terlatih dan

100% komited kepada visi untuk membasmi kemiskinan. Mereka mesti mahir dan profesional di

dalam bidang-bidang seperti analisis masalah, mengenalpasti keperluan dan minat penduduk,

perancangan dan pelaksanaan projek, penilaian perbelanjaan awam dan pemantauan penyertaan

golongan miskin dalam projek yang dijalankan.

Usaha murni pihak kerajan untuk membantu secara khusus kumpulan miskin melalui program

1AZAM, termasuk AZAM Tani dapat mengelakkan kumpulan ini dari terus terpinggir. Sebelum

ini, tidak ramai penduduk miskin dilibatkan secara langsung dalam projek pembangunan,

walaupun mereka merupakan penerima pelbagai bentuk subsidi. Kumpulan ini seharusnya diberi

perhatian yang lebih dan pastikan projek untuk mereka berjaya dilaksanakan. Lakukan yang

betul pada pertama kali. Konsep ini perlu diberi perhatian kerana kajian mendapati majoriti

peserta yang gagal dalam projek yang pertama kali diceburi akan menjadikan mereka tawar hati

untuk menyertai projek lain. Oleh itu pemilihan peserta dalam satu-satu projek perlu dilakukan

secara berhati-hati untuk mempastikan hanya mereka yang berminat dan memenuhi semua syarat

sahaja dipilih untuk menyertai projek.

Sebagai kesimpulan, bagi mempastikan Negara mencapai kemajuan secara berkekalan, dasar

pembangunan Negara hendaklah berteraskan kepada pembangunan lestari yang bukan sahaja

mementingkan pembinaan prasarana dan pertumbuhan ekonomi, tetapi juga perlindungan

sumber asli dan kesejahteraan penduduk, terutama mereka yang berada di bawah.Penganjuran

program AZAM Tani dalam kawasan pesisir telah membantu meningkatkan pendapatan

komuniti nelayan, tetapi belum cukup untuk mengeluarkan keluarga mereka dari putaran ganas

20

Page 21: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

kemiskinanan. Strategi pembangunan yang berteraskan masyarakat pesisir, sumber pesisir dan

teknologi pesisir telah memberi harapan baru dalam scenario pembangunan desa Malaysia.

Rujukan

Chander, Ramesh. 2013. Abdullah Badawi’s Economic Policies: Between Promise and

Delivery. In Bridget Welsh and James U.H.Chjin (editors), Awakening: The Abdullah

Badawi Years in Malaysia. Strategic Information and Research Development Center,

Petaling jaya, Malaysia.

Dahuri, Rokhmin. et. al. 2001. Pengelolaan Sumber Daya Wilayah Pesisir dan Lautan. Secara

Terpadu. Pradnya Paramita. Jakarta.

Dara Aisyah, Ibrahim Mamat,Noor Fadhiha Mokhtar&Mohamad Arif Awang Nawi. 2013.

Programme of Social Welfare Development among Coastal Community (SPKMP) in

Kuala Terengganu: a Preliminary Assessment on the Performance of the Programme.

Kertas ini akan dibentangkan di 6th International Congress of Environmental Research,

Aurangabad, India, 19-21 Disember 2013.

Firth, R. 1966. Malay Fishermen: The Peasant Economy. 2nd ed. London: Routledge and Kegan

Paul.

Jabatan Parit dan Saliran, Malaysia (2010). http.//www.water.gov.my/

Ishak Shari. 1990. Ekonomi Nelayan: Pengumpulan Modal, Perubahan Teknologi dan

Pembezaan Ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Muhamed dan Shahriman Haron, 2013. Poverty Mapping: An Effective Approach in

Determining the Poor Area- Case Study of Johor. Kertas yang tidak diterbitkan.

Kusnadi. 2006. Filosofi Pemberdayaan Masyarakat Pesisir. Bandung:  Humaniora.

21

Page 22: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

Muhyiddin Mohd Yassin. 2004. Ucaptama YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,

Persidangan Halatuju Sektor Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian,

http://agrolink.moa.my/ darimejamenteri/exco 520pertanian pada 31/12/2005, Wisma

Tani, Kuala Lumpur.

Nor Hayati Sa’at dan Roslin Ismail. 2013. Wacana Pembangunan Komuniti Nelayan Pesisir

Pantai di Pantai Timur. In Ibrahim Mamat, et. al. (editors), Pembangunan Komuniti

Nelayan dan Sumber Perikanan. Akan diterbitkan oleh Penerbit UMT.

Perry, J.L. 1989. Handbook of Public Administration. Organizational Behavior and Public

Management. San Francisco: Prentice Hall.

Pollitt, C. 2002. The New Public Management in International Perspectives: An Analysis of

Impacts and Effect, in K. McLaughlin, S. Osborne & E. Ferlie. The New Public

Management: Current Trends and Future Prospects. London: Routledge, 274-292.

PT. Gandamega Serasi. 2012. Kajian Dampak Program PEMP. Departmen Kelautan dan

Perikanan, Jakarta Pusat 10110.

Shafritz, J. & Russell, E. 1997. Introduction to Public Administration. New York: Longman.

Tengku Mahmud Mansor. 1996. Konsep Kawasan Pembangunan Nelayan (KPN) Sebagai Satu

Strategi Pembangunan: Satu Kajian Kes KPN di Besut, Terengganu. Tesis Ph.D:

Universiti Malaya [tidak diterbitkan].

Ungku A. Aziz. 1987. Jejak-jejak di Pantai Zaman. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti

Malaya.

22

Page 23: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

LAMPIRAN A

Peta 1: Daerah Perikanan Malaysia

23

Page 24: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

24

Page 25: Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

25