papa

5
PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!) Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) ialah peristiwa semasa Intan Julia telah berada di tingkatan lima. Jeffri telah membelikan beberapa kelengkapan bayi sebagai persediaan menyambut kelahiran walaupun ditegah oleh Mak Cik Noraini. Intan Maliana sakit hendak bersalin pada pukul empat pagi. Dia dibawa ke

Upload: shaarrveena

Post on 12-Feb-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NOVEL PAPA

TRANSCRIPT

Page 1: Papa

PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!)

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) ialah peristiwa semasa Intan Julia telah berada di tingkatan lima. Jeffri telah membelikan beberapa kelengkapan bayi sebagai persediaan menyambut kelahiran walaupun ditegah oleh Mak Cik Noraini. Intan Maliana sakit hendak bersalin pada pukul empat pagi. Dia dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Intan Maliana terpaksa melalui satu pembedahan. Dia melahirkan dia orang anak lelaki kembar siam yang telah meninggal dalam rahim. Intan Maliana dimasukkan ke bilik ICU dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Jeffri

Page 2: Papa

membawa jenazah anaknya pulang dan menguruskan pengkebumiannya. Peristiwa ini menarik kepada ia menimbulkan perasaan suspens dan sedih pada diri pembaca.

Peristiwa lain yang menarik ialah semasa Intan Julia pulang ke rumah dari asrama. Dia tidak senang hati dengan perbuatan bapanya yang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Tambahan apabila mengingatkan hubungan bapanya dengan Aisyah. Intan Julia sudah berani menjawab kata-kata bapanya kerana tidak tahan lagi menanggung rasa marah terhadap sikap bapanya. Intan Julia dengan jelas menyuarakan perasaan tidak senang hati dengan hubungan bapanya dengan Aisyah. Seterusnya dia mengatakan bahawa bapanya telah tidak setia dengan ibunya. Malah Intan Julia menuduh bapanya curang. Kata-kata itu menyebabkan bapanya marah

Page 3: Papa

dan Intan Julia ditempeleng. Intan Julia kecewa dengan tindakan bapanya dan pulangke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Dia hanya berada di asrama dan tidak pulang selama beberapa minggu. Peristiwa itu menarik kerana ia menunjukkan rasa sayang yang mendalam Intan Julia terhadap ibunya.

Satu lagi peristiwa menarik bagi saya dalam novel ini ialah peristiwa pada bahagian akhir cerita. Intan Julia dan Jeffri masuk ke bilik Intan Maliana. Intan Maliana sekonyong-konyong membuka mata. Intan Julia dan bapanya terkejut dengan perkembangan itu. Tiba-tiba Aisyah masuk ke bilik. Dia telah diperkenalkan oleh Jeffri kepada Intan Maliana. Intan Maliana terkejut dan marah. Dia melepaskan tangan Jeffri dan memalingkah mukanya. Dia menangis. Tiba-tiba dada Intan Maliana bergoncang kencang

Page 4: Papa

dan Intan Julia sempat menjagarnya mengucap kalimah syahadah. Dia kemudian meninggal dunia. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia menjadi puncak kepada perasaan sedih Intan Julia.