pantun dua kerat edited

3
Pantun Dua Kerat (Nasihat) Maksud Sajak Rangkap 1 Maksud Berapa jauh wujud dengan sifat Sejauh lutut dengan pelipat Hubungan antara Tuhan dengan manusia amat dekat kerana manusia diciptakan oleh Tuhan. Oleh itu, manusia harus mentaati perintah Tuhan dan menjauhi larangan-Nya. Rangkap 2 Sarang semut dalam gelap Orang selimut selalu lelap Penyajak berpendapat bahawa orang yang berselimut iaitu kiasan kepada orang yang tidak mahu melakukan apa-apa akan menyebabkan orang itu menjadi malas. Rangkap 3 Hitam-hitam pucuk kawa Sungguh hitam dipandang lawa Setiap manusia dilahirkan dengan warna kulit yang berbeza namun orang yang berkulit hitam manis tetap cantik pada pandangan penyajak. Rangkap 4

Upload: zirdee-blackeye

Post on 12-Sep-2015

185 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PANTUN 2 KERAT

TRANSCRIPT

Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Maksud SajakRangkap 1Maksud

Berapa jauh wujud dengan sifatSejauh lutut dengan pelipat

Hubungan antara Tuhan dengan manusia amat dekat kerana manusia diciptakan oleh Tuhan. Oleh itu, manusia harus mentaati perintah Tuhan dan menjauhi larangan-Nya.

Rangkap 2

Sarang semut dalam gelapOrang selimut selalu lelap

Penyajak berpendapat bahawa orang yang berselimut iaitu kiasan kepada orang yang tidak mahu melakukan apa-apa akan menyebabkan orang itu menjadi malas.

Rangkap 3

Hitam-hitam pucuk kawaSungguh hitam dipandang lawa

Setiap manusia dilahirkan dengan warna kulit yang berbeza namun orang yang berkulit hitam manis tetap cantik pada pandangan penyajak.

Rangkap 4

Emas , perak tembaga suasaMalas bergerak tidak merasa

Penyajak menyatakan bahawa orang yang tidak mahu berusaha tidak akan dapat menikmati kehidupan yang senang.

Rangkap 5

Buah sintang buah senikulSatu memegang satu memikul

Menurut penyajak, kedua-dua belah tangan memiliki fungsi masing-masing. Kedua-duanya mesti kita gunakan dengan baik untuk berusaha memajukan diri.

TemaKepelbagaian ragam manusia.Menurut penyajak, manusia memiliki tingkah laku yang berbeza-beza.Persoalani. Sikap malas merugikan diriContoh : Penyajak menyatakan bahawa manusia yang malas berusaha akan terus hidup dalam kedaifan. ii. Ketaatan kepada TuhanContoh : Penyajak menyatakan bahawa manusia sebagai ciptaan Tuhan harus taat kepada Tuhan.iii. Setiap manusia memiliki keistimewaan tersendiriContoh : Penyajak menggambarkan orang yang berkulit hitam manis tetap cantik dipandang.iv. Kegigihan untuk mencapai kejayaan

Contoh : Penyajak berpendapat bahawa kedua-dua belah tangan mesti digunakan untuk mencapai kejayaan dalam hidup.