pantang larang semasa pekahwinan orang india

4
Pantang Larang Semasa Pekahwinan Orang India Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan . Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan. Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar . Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu. Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india . Pantang Larang Semasa Deepavali Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.

Upload: tiong-ning-doreen

Post on 12-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dt

TRANSCRIPT

Page 1: Pantang Larang Semasa Pekahwinan Orang India

Pantang Larang Semasa Pekahwinan Orang India

Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan .

Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.

Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .

Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.

Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .

Pantang Larang Semasa Deepavali

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.

Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Page 2: Pantang Larang Semasa Pekahwinan Orang India

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India

Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung.

Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat,

membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya. Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri

daripada melakukan kerja-kerja yang berat.

Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.

Pantang larang ketika tetamu berkunjung ke rumah

- tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial.Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah.

Pantang jangan bersiul waktu malam ular masuk.

- Bising, menganggu

Jangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi bersama hantu.

-takut-takut termakan benda lain atau bersepah.

Jangan asah pensel di kedua-dua belah, dipercayai ibu bapa akan sentiasa bergaduh.

Page 3: Pantang Larang Semasa Pekahwinan Orang India

- nanti tercucuk ke mata atau tangan.

Pantang larang kematian

- gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik.

- barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu.

- ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda

penghormatan.

- sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir.

看看可以吗。只有 pantang larang

Kepercayaan 和 adat resam 还没进。^^