pantang larang an pelbagai kaum

Upload: nurul-janah

Post on 16-Jul-2015

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah biar mati anak, jangan mati adat.

Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini. Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa menganudung. Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.

PANTANG LARANG PERKAHWINAN

MASYARAKAT MELAYU Dilarang keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. Pasangan tersebut juga tidak dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir. Pasangan juga dilarang membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh melemahkan organ seks.

Mereka dianggap berdarah manis dan juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

MASYARAKAT CINA Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan. Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau. Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik. Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.

MASYARAKAT INDIA

Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan.

Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .

Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.

PANTANG LARANG UMUM MASYARAKAT MELAY, CINA DAN INDIA

MASYARAKAT MELAYUPantang Larang Ketika Makan 1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding. 2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu. 3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar. 4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu. 5. Makan sisa anak, anak akan degil. 6. Tidur selepas makan, nanti perut buncit. 7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.

8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang. 9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki. 10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua. 11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah. 12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing. 13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh. 14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas. 15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.

Pantang Larang Ke Atas Perempuan1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua. 2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang. 3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin. 4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh. 5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh. 6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua. 7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.

8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama. 9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap. 10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja. 11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang. 12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki. 13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial. 14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai. 15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.

Pantang Larang Ke Atas Lelaki1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. 2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan. 3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit. 4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati. 5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu. 6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

PANTANG LARANG UMUM MASYARAKAT CINA Nombor Nombor memainkan peranan yang kedua penting selepas makanan dalam budaya kaum Cina. Ia sunggguh penting sehingga digunakan untuk menafsir nasib seperti menghasilkan nama seseorang bayi. Oleh demikian itu adanya nombor yang dipercayai boleh membawa tuah dan ada yang tidak. Sebagai contoh, nombor 8 adalah paling digemari oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah. Nombor 4 pula melambangkan kematian oleh itu ia jarang digunakan sebagai nombor plat kereta, alamat dan lain-lain. Nombor-nombor lain yang dielakkan kegunaan secara umum adalah 7 dan 1 kerana mereka melambangkan kematian dan kesunyian masingmasing.

Misai dan Janggut

Sesiapa yang gemar menyimpan misai ataupun janggut boleh dikatakan membawa kecelakaan ke atas si keluaRga and saudara mara lelaki itu. Walaupun terdapatnya wira-wira dan dewa dewa Cina yang memilikinya pada zaman dahulu, ia masih di percayai tidak akan membawa tuah kepadanya. Seorang yang memiliki misai ataupun janggut akan di kategorikan sebagai pekerja buruh atau pekerja bawahan, kerana ia tidak mempunyai masa untuk bercukur, justeru itu dikaitkan dengan kelas bawahan.

PEnyapu Terdapat pelbagai pantang larang yang wujud di kalangan kaum cina tentang kegunaan penyapu. I a dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri dan oleh itu tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah and kedai sahaja. I ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan kawasan sembahyang di rumah orang cina. Hanya kain bersih dan berus khas boleh dibenarkan. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, menyapu rumah ataupun kedai milik orang cina tidak dibenarkan pada 3 hari pertama perayaan ini kerana ia boleh menghilangkan tuah. Memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama beberapa tahun. Dalam aktiviti perjudian, roh ataupun semangat penyapu itu bolehdiugut sehingga kembalinya tuah kepada pertaruhan yang sedang dilaksanakan. Adakalanya penyapu digunakan untuk menhilangkan semangat buruk atau lemah seseorang dengan menyapu seluruh badan sambil menghadap patung-patung pujaan. Sejurus selepas itu penyapu tersebut akan dipukul and dipijat seumpama untuk mengeluarkan semangat yang tidak diingini itu.