pantang larang kaum cina selepas bersalin

11
PANTANG LARANG ORANG CINA SEMASA MENGANDUNG DAN SELEPAS BERSALIN Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita masih tekun dan rel a men gik ut tradis i ini . Dikata kan wanit a yang raj in ber pan tang dij ami n aka n mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami. Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cin a dalam aspek ini dan ia mer ang kumi per ing kat sew akt u mengandu ng dan selepas bersalin. Sewaktu Mengandung Pel bag ai ben tuk adat resam dan pan tan g lar ang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita wanita masy ar akat Cina yang meng andung sentiasa dib eri kan kaw alan ket at di dal am set iap tindak tanduk dan kegiatan seh ari an mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. !ni kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. "nak perempuan hany a menj adi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya. Pantang Larang Sewaktu Mengandung #erdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaran ya ialah tid ak dibenarkan melakukan ker ja ker ja sep erti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan katakata kesat dan dilarang memukul binatang. !ni bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. $ebarang kon%lik atau perselisihan perlu

Upload: aegeanymak

Post on 11-Oct-2015

1.517 views

Category:

Documents


49 download

DESCRIPTION

ADAT RESAM

TRANSCRIPT

PANTANG LARANG ORANG CINA SEMASA MENGANDUNG DAN SELEPAS BERSALIN

Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita masih tekun dan rela mengikut tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami.

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas bersalin. Sewaktu Mengandung

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya. Pantang Larang Sewaktu Mengandung

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.

Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang seperti nanas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

Selepas Bersalin

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

Berpantang

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar nasihat.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga.

Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan,bunyi nama mestilah sedap didengar, nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan, nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat, nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

Makanan

Seseorang ibu yang melahirkan anak akan dijaga selama 44 hari. Masa ini juga dikenali sebagai masa berpantang dan ibu yang baru bersalin akan dikenakan beberapa pantang larang. Dalam tempoh ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi. Di antara makanan-makanan yang dilarang semasa dalam pantang adalah seperti berikut: a) Makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain.

b) Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, teh dan lain-lain. c) Makanan yang tajam seperti nanas, air tebu dan sebagainya. d) Makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya. e) Makanan yang beracun atau berbisa seperti pisang, roti yang dicampur dengan ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan sebagainya.

f) Makanan yang berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan sebagainya.

Makanan ibu semasa dalam pantang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Jika hal ini tidak diambil berat, kesihatan anak juga turut terjejas umpamanya anak terkena ruam panas, kembung perut dan sebagainya.

Selain itu makanan sejuk boleh menyebabkan kebas, pening, sakit urat saraf, sesak nafas, sakit sendi, kejang-kejang otot, kancing gigi dan turun darah. KEWAJARAN PANTANG LARANG DIAMALKAN DAN DIPERTAHANKAN OLEH GENERASI KINI

Hidup dilingkari adat dan budaya. Tradisi lama tidak dibuang meskipun cara hidup moden semakin kuat mengasak. Itulah yang terus dipertahankan masyarakat Cina memastikan mereka kekal dalam memelihara budaya sejak lahir hingga dewasa.

Ia dapat dilihat dan dibuktikan dengan amalan ibu mengandung dan menguruskan bayi baru lahir. Walaupun pada generasi kini tidak banyak yang mengikuti pantang larang tersebut terutamanya di rumah mereka tidak mempunyai orang tua. Kewajaran pantang larang ini harus diamalkan oleh generasi kini untuk mewujudkan satu suasana yang aman dalam keluarga.

Sekiranya generasi kini tidak mengamalkan pantang larang tersebut, ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam keluarga tersebut sekiranya dalam keluarga tersebut mempunyai orang tua. Ini sebab orang tua akan memegang teguh terhadap pendirian sendiri supaya pantang larang tersebut dimalkan oleh anak-anak mereka.

Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai tradisi ini menjadi satu cara yang paling mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada generasi muda. Genarasi kini bukan sahaja mampu membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran sanggup mengekalkan tradisi ini.

Salah satu kepentingan mengekalkan tradisi kerana ia mempunyai nilai-nilai murni dan sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis daripada diri generasi kini Jadi, pengekalan dan pengamalan tradisi ini sudah pasti akan menonjolkan rasa hormat dan sikap atau jati diri yang murni.

Malah, sikap menghargai tradisi memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput ditelan zaman. Kesimpulannya, tradisi atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus dipertahankan oleh kita. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan sehingga menganggap tradisi sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat tradisi sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. REFLEKSI

NAMA: LEW YEE MING

NO. MATRIK: 28305

ANGKA GILIRAN: 2011241360310

Pantang larang yang diamalkan oleh setiap kaum di Negara kita ada sebabnya. Sebagai generasi masa kini, kita haruslah mengamalkan tradisi ini secara turun temurun untuk mengelakkan ia pupus di tangan generasi muda sekarang.

Semasa menjalankan tugasan ini, banyak maklumat yang dapat dicari berkenaan pantang larang setiap kaum. Akhirnya, saya memilih pantang larang kaum Cina semasa bersalin dan selepas bersalin sebagai tajuk tugasan saya.

Dalam tajuk ini, nampaknya banyak pantang larang kepada wanita yang mengandung dan selepas bersalin. Sebahagiannya saya pernah dengar daripada orang-orang tua, tetapi sebahagiannya saya tidak pernah dengar. Ini boleh dikatakan tradisi turun-temurun setiap kaum. Dan saya juga mendapati pantang larang ini hampir sama untuk setiap kaum. Apa yang penting ialah tradisi ini telah diwarisi oleh nenek moyang kita sejak dulu lagi, jadi sebagai generasi muda kita haruslah mengikut apa yang diwarisi oleh mereka.

Pada pendapat saya, pantang larang yang diwarisi oleh mereka ada sebabnya. Salah satu ialah untuk kesihatan atau kebaikan ibu yang bersalin dan anak yang baru lahir. Pantang larang yang diamalkan ada sebabnya. Ibu yang mengandung atau baru bersalin dan anak dalam kandungan atau yang baru dilahirkan adalah lemah. Jadi, pantang larang ini adalah untuk melindungi ibu dan anak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Selepas melakukan tugasan ini, saya lebih memahami pantang-larang yang diamalkan oleh setiap kaum terutamanya pantang larang yang diamalkan oleh ibu mengandung dan yang baru bersalin. Sebagai generasi muda sekarang, saya akan mengamalkan pantang larang yang diwarisi oleh orang tua demi kebaikan bersama.PELAN LANTAI BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYANAMA: LEW YEE MING

NO. MATRIK: 28305

ANGKA GILIRAN: 2011241360310

Bilik darjah Bilik darjah seharusnya tempat yang paling seronok bagi murid-murid. Bilik darjah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu ruang di mana murid-murid akan menjalani rutin belajar atau menerima seberapa banyak input yang berguna sebagai persediaan menjadi insan yang cemerlang.

Konsep bilik darjah yang mesra budaya. Sebagai seorang guru, sudah menjadi kemestian bagi kita untuk mengkaji terlebih dahulu latar balakang murid-murid. Di dalam sebuah bilik darjah mengandungi murid yang pelbagai latar belakang atau budaya dan melalui perbezaan ini akan mempengaruhi tingkah laku mereka. Setiap murid bukan sahaja berbeza dari segi individu seperti dari segi jantina, keistimewaan dan cara pembelajaran yang tertentu, tetapi mereka juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masing-masing.

Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan yang diusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang pendidikan dengan mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari segi individu dan budaya. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, seorang guru harus peka dengan kepercayaan dan amalan sosio-budaya yang berbeza dalam kalangan muridnya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Secar ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan ketidakprihatinan terhadap keperluan mereka. Keadaan ini juga dapat mempengaruhi cara murid berkomunikasi dan memahami dunia di sekeliling mereka.

Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid. Di samping itu, terdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia.

Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung.

Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. BIBLIOGRAFIBUKU

Wan Seng Ann. 1994. Adat dan pantang larang orang Cina. Fajar Bakti

Pusat Dawah Islamiah. 24 Jun 2009. Kepercayaan masyarakat Cina, Iban, dan Dusun di Negara Brunei Darussalam. Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, 2005

Dewan Bahasa dan Pustaka.2004. Dewan budaya, Volume 26, Issues 1-10. Dewan Bahasa dan Pustaka

INTERNET

Panitia Sivik.2010.Adat Resam.Methodist BoysSecondary school Kuala LumpurDidapati daripada:http://mbsskl.edu.my/pantang-larang/kaum cinaPerpustakaan Negara Malaysia .2012.Warisan Budaya Cina

Didapati daripada:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu nasionalMEJA GURU

M

C

I

M

I

M

C

PAPAN PUTIH

M

C

I

M

I

M

C

M

C

I

M

I

M

C

M

C

I

M

I

M

C

M

C

I

M

I

M

C

RAK BUKU

SUDUT BACAAN/ SUDUT BUDAYA

ALMARI

PAPAN KENYATAAN

SUDUT ICT