pantang larang cina

7
Pantang Larang Ketika Mengandung Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya ialah : mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang “tajam” seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5725-warisan-budaya- cina.html ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM CINA Penyapu Terdapat pelbagai pantang larang yang wujud di kalangan kaum cina tentang kegunaan penyapu. Ia dipercayai mempunyai roh atau semangat

Upload: mohamad-fahmi

Post on 23-Oct-2015

80 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

........

TRANSCRIPT

Page 1: Pantang Larang Cina

Pantang Larang Ketika Mengandung

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung.  Antaranya ialah :

mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana

dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.

Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-

kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari

terkena badi.

Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara

pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan

kecewa bila harapan tidak tercapai.

Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan

yang “tajam” seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana

ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5725-warisan-budaya-cina.html

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM CINA

Penyapu

Terdapat pelbagai pantang larang yang wujud di kalangan kaum cina tentang kegunaan penyapu. Ia dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri dan oleh itu tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah and kedai sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan kawasan sembahyang di rumah orang cina. Hanya kain bersih dan berus khas boleh dibenarkan. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, menyapu rumah ataupun kedai milik orang cina tidak dibenarkan pada 3 hari pertama perayaan ini kerana ia boleh menghilangkan tuah. Memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama beberapa tahun. Dalam aktiviti perjudian, roh ataupun semangat penyapu itu boleh‘diugut’ sehingga kembalinya tuah kepada pertaruhan yang sedang dilaksanakan.

Page 2: Pantang Larang Cina

Adakalanya penyapu digunakan untuk menhilangkan semangat buruk atau lemah seseorang dengan menyapu seluruh badan sambil menghadap patung-patung pujaan. Sejurus selepas itu penyapu tersebut akan dipukul and dipijat seumpama untuk mengeluarkan semangat yang tidak diingini itu.

Nombor

Nombor memainkan peranan yang kedua penting selepas makanan dalam budaya kaum Cina. Ia sunggguh penting sehingga digunakan untuk menafsir nasib seperti menghasilkan nama seseorang bayi. Oleh demikian itu adanya nombor yang dipercayai boleh membawa tuah dan ada yang tidak. Sebagai contoh, nombor 8 adalah paling digemari oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah.

Nombor 4 pula melambangkan kematian oleh itu ia jarang digunakan sebagai nombor plat kereta, alamat dan lain-lain. Nombor-nombor lain yang dielakkan kegunaan secara umum adalah 7 dan 1 kerana mereka melambangkan kematian dan kesunyian masing-masing.

Misai dan Janggut

Sesiapa yang gemar menyimpan misaim ataupun janggut boleh dikatakan membawa kecelakaan ke atas si kerluaga and saudara mara lelaki itu. Walaupun terdapatnya wira-wira dan dewa dewa Cina yang memilikinya pada zaman dahulu, ia masih di percayai tidak akan membawa tuah kepadanya. Seorang yang memiliki misai ataupun janggut akan di kategorikan sebagaipekerja buruh atau pekerja bawahan, kerana ia tidak mempunyai masa untuk bercukur, justeru itu dikaitkan dengan kelas bawahan.

http://acll5a2.blogspot.com/2012/06/adat-resam-dan-pantang-larang-kaum-cina.html

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.

Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu

Page 3: Pantang Larang Cina

bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

· Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.

· Hindari Permasaalahan

Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin. Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.

· Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang Tajam

Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang “tajam” seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan sam ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

Berpantang

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Page 4: Pantang Larang Cina

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula tenaga.

Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

· Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

· Bunyi nama mestilah sedap didengar.

· Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

· Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.

· Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5725-warisan-budaya-cina.html

Page 5: Pantang Larang Cina

Kuku jari kaki dan tangan Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat. Sisa sisa kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi, kerana mengikut adat, ia boleh digunakan untuk menjatuhkan umpahan terhadap pemilik kuku itu.

Airmata anjingAdalah dipercayai, anjing berkebolehan melihat mahluk ghaib dan akan menyalak apabila terserempak dengannya. Jikalau anjing itu menyalak tidak terhenti-henti, bererti satu kematian akan terlangsung tidak lama lagi. Mengikut kepercayan orang Cina, airmata dari seekor anjing jika disapukan di atas mata seseorang, akan memperolehi keupayaan untuk melihat ke dalam alam roh-roh, terutama roh nenek moyang. Seorang perantara biasanya akan menyapu airmata anjing keatas mata tersebut untuk melihat ke dalam dunia ghaib itu.Ada yang percaya bahawa sesiapa yang melakukannya dengan sesuka hati, mereka akan ditimpa kematian.

Lain-lain kepercayaan dan pantang larang.- Mimpi tentang salji ataupun gigi bererti kematian mungkin tertimpa ke atas ibuatau ayahnya- Jikalau terdengar bunyi burung gagak diantara jam 3 dan 7 pagi berertiseseorang itu akan mendapati hadiah. Hujan dan ribut akan menjelangsekiranya terdengar bunyi burung itu di antara 7 pagi dan 11 pagi dan diantara11 pagi dan 1 petang, satu pergaduhan akan berlaku.- Yarrow, iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan dan cangkerang kura-kura dianggapsebagai benda pembawa tuah.

http://site4daie.blogspot.com/2008/01/adat-resam-pantang-larang-kaum-cina.html