panduan_edu3105

67
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI SEMESTER 1 PANDUAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN PROFESIONAL BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada November 2008

Upload: shun-luk

Post on 03-Jul-2015

1.047 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: panduan_edu3105

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

SEMESTER 1

PANDUAN PEMBELAJARAN

PENGAJIAN PROFESIONAL

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUPEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada November 2008

Page 2: panduan_edu3105

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Pertama 2008 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: panduan_edu3105

PANDUAN PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. PANDUAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan November 2008 Bahagian Pendidikan Guru Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

Page 4: panduan_edu3105

MUKA SURAT KANDUNGAN

1. Kata-Alu-aluan ii

2. Panduan Pembelajaran iii - v

3. Pengenalan 1

4. Rangka Isi Pelajaran 1

5. Strategi Menggunakan Panduan Pembelajaran 3

6. Tajuk 1 Teknologi Pengajaran

Tajuk 2 Media Pengajaran

Tajuk 3 Rekabentuk Pengajaran

Tajuk 4 Media & Bahan

Tajuk 5 Rekabentuk Visual

Tajuk 6 Penggunaan Bahan Audio

Tajuk 7 Penggunaan Video

Tajuk 8 Integrasi ICT dalam P&P

5

10

19

23

25

39

43

49

7. Rujukan 58

8. Panel Penulis Panduan Pembelajaran 59

9. Lampiran 1 & 2

i

Page 5: panduan_edu3105
Page 6: panduan_edu3105

PANDUAN PEMBELAJARAN

Panduan Pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar mengurus

aktiviti pembelajaran dengan lebih berkesan dan memenuhi keperluan

sukatan pelajaran yang disediakan. Secara keseluruhannya mod

pembelajaran yang disarankan berbentuk akses kendiri, kadar kendiri dan

terarah kendiri. Dalam konteks ini, pensyarah memainkan peranan sebagai

fasilitator kepada pelajar untuk memberi penjelasan kepada pelajar berkaitan

tugasan yang perlu disediakan oleh pelajar.

Pembelajaran kendiri dengan menggunakan panduan pembelajaran ini

memerlukan penglibatan pelajar untuk membuat perancangan rapi dan

keputusan pembelajaran masing-masing. Adalah lebih berkesan jika pelajar

dapat membentuk sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian yang

telah diperoleh. Senarai semak pengetahuan pembelajaran dan “graduate

skills” dilampirkan pada bahagian akhir panduan pembelajaran untuk

dijadikan semakan kepada pelajar.

Buku panduan ini ditulis dalam susunan tajuk-tajuk yang terdapat dalam

proforma kursus. Setiap tajuk mengandungi nota ringkas dan tugasan terarah

yang perlu disempurnakan oleh pelajar dan dimasukkan ke dalam portfolio

pembelajaran untuk dinilai. Tugasan-tugasan yang disediakan membantu

pelajar menguasai pengetahuan kandungan dan seterusnya

mengaplikasikannya dalam aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam bilik

darjah.

Pelajar juga disarankan untuk mengaplikasikan strategi pembelajaran terkini

dengan mengintegrasikan kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran

Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan kemahiran mentaksir dan menilai

yang merupakan kemahiran-kemahiran yang ditekankan dalam abad ke 21.

Strategi pembelajaran di atas boleh dilaksanakan secara kendiri dan juga

secara koperatif dengan rakan sekerja.

iii

Page 7: panduan_edu3105

iv

Panduan Pembelajaran ini disediakan untuk mencapai beberapa objektif

utama iaitu: untuk memberi panduan pembelajaran kendiri pelajar selaras

dengan pendekatan pembelajaran terkini yang berpusatkan pelajar,

meningkatkan pemerolehan ilmu, dan memantapkan serta mengukuhkan

kemahiran keguruan yang sedia ada pada diri pelajar.

Untuk membantu pelajar menguruskan aktiviti pembelajaran, senarai rujukan

dicadangkan di dalam setiap panduan pembelajaran. Rujukan lain yang

berkaitan boleh digunakan terutama rujukan secara internet. Pelajar juga

perlu merujuk pensyarah melalui e-mail untuk mendapatkan bimbingan dan

penjelasan.

Anjakan padadigma dalam sistem penyampaian yang dipraktikkan melalui

reka bentuk panduan pembelajaran ini dapat melahirkan pelajar yang terlibat

secara aktif dalam pembelajaran ( “engaged learning”) bertunjangkan

pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Di samping itu, pembelajaran

secara kendiri berpandukan panduan pembelajaran yang disediakan

membantu pelajar memahami konsep kemahiran belajar untuk belajar (“learn

how to learn”).

Diharapkan Panduan Pembelajaran ini mampu menyediakan pengalaman

belajar yang mendorong ke arah “learn how to learn” tersebut dalam kalangan

pelajar.

Beberapa tips yang boleh digunakan oleh pelajar untuk menguruskan

pembelajaran kendiri dengan menggunakan Panduan Pembelajaran yang

disediakan:

i. Pelajar perlu memahami Hasil Pembelajaran yang hendak dicapai

untuk setiap kursus.

Page 8: panduan_edu3105

v

ii. Pelajar diminta memahami konsep, istilah dan definisi berkaitan

sesuatu tajuk kursus secara kontekstual dan bukan hanya sekadar

menghafal.

iii. Konsep belajar yang perlu difahami dan dihayati oleh pelajar

merangkumi aktiviti mengakses maklumat, mengumpul maklumat,

memproses maklumat dan mengaplikasi maklumat.

iv. Pelajar dinasihatkan merujuk pelbagai sumber maklumat iaitu pada

pensyarah, bahan rujukan, dan rakan sekerja, pengalaman profesional

dan juga sumber internet.

v. Pelajar disarankan untuk menyediakan rancangan pengajaran dan

pembelajaran dalam bentuk pakej untuk digunakan sepanjang 1 tahun

pengajian.

vi. Pengetahuan kandungan dan pedagogi sentiasa dinamik dan

bertambah. Oleh itu, pelajar disarankan untuk membuat rujukan

maklumat dengan menggunakan kemudahan ICT.

vii. Pengetahuan semula jadi dan pengalaman profesional yang sedia ada

pada pelajar adalah kekuatan yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar

untuk membuat banding beza dan mengaplikasikan sebagai amalan di

bilik darjah.

Selamat maju jaya.

Page 9: panduan_edu3105

PENGENALAN

Kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bertujuan

menyediakan guru dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan

dengan memberi penekanan kepada aspek teoritikal, kemahiran dan amalan

memilih, mengguna dan menghasilkan bahan dan media P&P, seterusnya

berupaya menggunakan teknologi yang ada supaya dapat diintegrasikan

dalam proses P&P.

Pelajar didedahkan dengan pengetahuan mengenai konsep, teori dan

amalan, pengurusan sumber, serta perkembangan teknologi pengajaran

meliputi aspek reka bentuk pengajaran melibatkan pemilihan, penghasilan,

penggunaan dan penilaian media. Pendedahan ini membantu pelajar

mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN

a) Menjelaskan konsep, teori dan amalan serta perkembangan teknologi pendidikan

b) Memilih, menghasil dan menggunakan media pengajaran secara berkesan mengikut prinsip reka bentuk pengajaran

c) Mengurus media dan sumber pendidikan dengan cekap dan beretika

d) Mengaplikasi kemahiran teknikal dengan menggunakan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran

e) Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran

f) Menilai kesesuaian penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran

1

Page 10: panduan_edu3105

RANGKA ISI PELAJARAN Berdasarkan sukatan kursus, panduan pembelajaran ini mengandungi lapan (8)

tajuk utama yang telah diubahsuai untuk memudahkan proses pembelajaran

kendiri. Setiap tajuk dipecahkan kepada beberapa subtopik kecil yang

mengandungi perbincangan yang berkaitan mengikut kesesuaian. Tajuk-tajuk

utama diberi peruntukan masa seperti yang ditetapkan.

Peta Konsep

Teknologi Pengajaran

(2j)

Media Pengajaran

(2j)

Reka bentuk Pengajaran

(4j)

Bahan & Media (2j) +(4j)

Rekabentuk Visual

(6j) +(8j)

Penggunaan Audio

(2j) +(4j)

Penggunaan Video

(2j) +(4j)

2

3

1

5 64 7

Integrasi Teknologi dalam P&P (10j)+(10j)

8

Konsep

Produk

Aplikasi

*(Bilangan jam dalam kurungan menunjukkan bilangan jam Kuliah/Teori dan Amali)

2

Page 11: panduan_edu3105

STRATEGI MENGGUNAKAN PANDUAN PEMBELAJARAN

Di samping interaksi dengan pensyarah secara bersemuka pada masa cuti,

pelajar boleh menggunakan panduan pembelajaran ini untuk memperkukuhkan

pengetahuan dan kemahiran. Panduan pembelajaran ini dibahagikan kepada

hanya lapan tajuk. Tajuk 1 hingga Tajuk 8 disusun supaya pelajar dapat

memahami kursus ini dengan lebih mudah. Soalan-soalan di dalam panduan

pembelajaran ini membantu pelajar untuk membuat rujukan silang ke arah

penerokaan dan penemuan pengetahuan baru.

TAJUK 1 : TEKNOLOGI PENGAJARAN (2 jam)

Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi

pengajaran, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi

pengajaran, dan menjelaskan fungsi domain tersebut. Tajuk ini juga

membincangkan hubungkait konsep-konsep di atas. *rujuk perfoma (tajuk 1: teknologi pendidikan – 2 jam)

TAJUK 2 : MEDIA PENGAJARAN (2 jam) Tajuk ini mengandungi konsep media dan media pengajaran yang merupakan

salah satu domain dalam teknologi pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan

pengkelasan, kelebihan serta fungsi untuk menentukan pemilihan dan

penyediaan media pengajaran sebagai saluran komunikasi. *rujuk perfoma (tajuk 3: media pengajaran – 2 jam)

TAJUK 3 : REKA BENTUK PENGAJARAN (4 jam) Tajuk ini mengandungi huraian konsep reka bentuk pengajaran. Model

ASSURE sesuai sebagai panduan untuk mereka bentuk proses pengajaran dan

pembelajaran menggunakan media. Sebagai bandingan model ADDIE pula

digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk. *rujuk perfoma (tajuk 2: reka bentuk pengajaran – 2 jam) + (tajuk 4: Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran)

3

Page 12: panduan_edu3105

TAJUK 4 : BAHAN DAN MEDIA (2 jam + 4 jam) Tajuk ini menjelaskan kepelbagaian bahan dan media 2D dan 3D serta

bagaimana menghasilkan dan menggunakannya dalam P&P. *rujuk perfoma (tajuk 6: Penggunaan Bahan-bahan 2 Dimensi dan 3 Dimensi – 2 jam) + (Amali: Penggunaan bahan-bahan 2D dan 3D – 4 jam)

TAJUK 5 : REKA BENTUK VISUAL (6 jam + 8 jam) Tajuk ini mengandungi prinsip-prinsip visual bagi penghasilan media pengajaran.

Ia memuatkan elemen dan prinsip reka bentuk visual memandangkan

kebanyakan media mengandungi atribut visual. Prinsip-prinsip di atas

diaplikasikan melalui penghasilan bahan-bahan media unjuran dan bukan

unjuran. *rujuk perfoma (tajuk 5: Asas Grafik – 2 jam) + (tajuk 7: Asas Fotografi – 2 jam) + (tajuk 8: OHP dan transparensi – 2 jam) + (Amali: Asas Grafik – 2 jam) + (Amali: Asas Fotografi – 4 jam) + (Amali: OHP dan transparensi – 2 jam) TAJUK 6 : PENGGUNAAN AUDIO (2 jam + 4 jam) Tajuk ini menjelaskan format dan peralatan audio untuk perancangan,

penghasilan dan penggunaan audio sebagai media dalam pengajaran dan

pembelajaran. *rujuk perfoma (tajuk 9: Bahan Audio – 2 jam) + (Amali: Bahan Audio – 4 jam) TAJUK 7 : PENGGUNAAN VIDEO (2 jam + 4 jam) Tajuk ini menjelaskan format dan peralatan video untuk perancangan,

penghasilan dan penggunaan video sebagai media dalam pengajaran dan

pembelajaran. *rujuk perfoma (tajuk 10: Penerbitan Video Pendidikan – 2 jam) + (Amali: Penerbitan Video Pendidikan – 4 jam) TAJUK 8 : INTEGRASI TEKNOLOGI DALAM P&P (10 jam + 10 jam) Topik ini mengandungi perancangan, penghasilan, penggunaan dan integrasi

teknologi dalam P&P. Topik ini juga membincangkan trenda serta isu ICT dalam

perkembangan pendidikan. *rujuk perfoma (tajuk 11: Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran – 8 jam) + (tajuk 12: Isu-isu dan trenda terkini dalam Teknologi Pendidikan – 2 jam) + (Amali: Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran – 10 jam)

4

Page 13: panduan_edu3105

TAJUK 1

Teknologi Pengajaran (2 jam)

Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi

pengajaran, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi

pengajaran, dan menjelaskan fungsi domain tersebut. Tajuk ini juga

membincangkan hubungkait konsep-konsep di atas.

HASIL PEMBELAJARAN

• Menjelaskan konsep dan prinsip teknologi pengajaran.

• Mengaitkan peranan teori pembelajaran dalam teknologi pengajaran.

• Mengenal pasti domain teknologi pengajaran.

• Menghuraikan peranan dan kepentingan teknologi pengajaran.

Subtajuk :

• Teknologi pengajaran

• Peranan Teori Pembelajaran • Domain Teknologi Pengajaran

• Peranan dan kepentingan Teknologi Pengajaran dalam P&P

TEKNOLOGI PENGAJARAN RENUNGAN Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?. Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran?

Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna

kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu

5

Page 14: panduan_edu3105

amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan

semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan

teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk

mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat.

Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969)

“Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses

dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala

kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini

bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang

melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah

dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan

“pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.”

FIKIR-FIKIR Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Pengajaran ? Apakah kepentingan teknologi pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Apakah pengajaran? Apakah pembelajaran?

PERANAN TEORI PEMBELAJARAN RENUNGAN Apakah teori pembelajaran? Bagaimanakah pemindahan pembelajaran berlaku?

Teori pembelajaran menjelaskan bagaimana perlakuan dalam proses

pembelajaran dalam suatu persekitaran berlaku. Ini dapat membantu guru

merancang, menyedia dan melaksanakan strategi P&P berbantu media yang

berlandaskan teori pembelajaran yang sesuai.

6

Page 15: panduan_edu3105

Mengikut perkembangan pendidikan di Malaysia terdapat tiga (3) teori

pembelajaran yang seringkali menjadi rujukan dalam proses P&P iaitu teori

tingkahlaku, teori sains kognitif, dan teori konstruktivisme.

FIKIR-FIKIR Bagaimanakah teori pembelajaran dapat menentukan aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi p

engajaran?

OMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN

ENUNGAN n teknologi pengajaran?

ajaran? gi pengajaran?

omain Teknologi Pengajaran (1994) adalah teori dan amalan tentang mereka

eknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan

eknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan

,

n

D

RApakah domaiApakah peranan domain teknologi pengApakah perkaitan antara domain-domain teknolo

D

bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber

untuk pembelajaran. Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip dan cadangan

yang menyumbang kepada badan pengetahuan. Amalan pula bermaksud

penggunaan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.

T

kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

T

pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka

bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan

kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajara

dan pembelajaran. Untuk memudahkan, istilah teknologi pengajaran akan

digunakan seerti dengan teknologi pendidikan.

7

Page 16: panduan_edu3105

8

ingkasnya, Teknologi pengajaran ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan

IKIR-FIKIR efinasi teknologi pengajaran AECT, senaraikan

ERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENGAJARAN DALAM P&P

ENUNGAN n teknologi pengajaran terhadap pembelajaran?

ujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan memberi kesan

jaran

R

teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

FBerdasarkan dlima domain teknologi pengajaran. Huraikan maksud dan seterusnya terangkan fungsi bagi setiap domain teknologi pengajaran tersebut.

P RApakah peranaBagaimanakah teknologi pengajaran memberi kesan terhadap proses P&P?

T

terhadap pembelajaran. Pembelajaran adalah matlamat, manakala penga

8

Page 17: panduan_edu3105

adalah cara untuk mencapai matlamat ini. Guru harus memahami maksud

pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju.

Antara peranan teknologi pengajaran ialah:

(a) Mengubah Peringkat Membuat Keputusan

(b) Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran

(c) Mengubah Pengalaman Pembelajaran

FIKIR-FIKIR Senaraikan peranan lain teknologi pengajaran mengikut pengetahuan anda. Mengapakah teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini? Adakah pengajaran tradisional tidak berkesan yang menyebabkan teknologi diperlukan? Bincangkan.

Ingat: Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam

portfolio anda.

9

Page 18: panduan_edu3105

TAJUK 2

Media Pengajaran (2 jam)

Tajuk ini mengandungi konsep media dan media pengajaran yang merupakan

salah satu domain dalam teknologi pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan

pengkelasan, kelebihan serta fungsi untuk menentukan pemilihan, pembinaan

dan penggunaan media pengajaran sebagai saluran komunikasi.

HASIL PEMBELAJARAN

• Menjelaskan konsep media dan media pengajaran

• Merumuskan fungsi media pengajaran

• Menyatakan pengkelasan media pengajaran

• Menganalisis faktor dan cara permilihan media pengajaran

• Menyata dan menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran

Subtajuk:

• Konsep Media Pengajaran

• Jenis-jenis dan klasifikasi media

• Fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran

10

Page 19: panduan_edu3105

KONSEP MEDIA PENGAJARAN

RENUNGAN Apakah media pengajaran? Bagaimana media boleh meningkatkan keberkesanan proses P&P? Bagaimana media boleh diklasifikasikan? Apakah fungsi media pengajaran? Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan di dalam memilih

media pengajaran? Apakah langkah-langkah yang perlu di dalam menyediakan bahan media pengajaran?

Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang

kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan

media pengajaran menjadi pengasas kepada

penubuhan bidang teknologi pendidikan.

Media atau medium bermakna saluran

komunikasi. Istilah ini berasal daripada

perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia

merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai

kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman

audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Media pengajaran

adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan

daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran,

perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya

proses pembelajaran.

11

Page 20: panduan_edu3105

12

Page 21: panduan_edu3105

FIKIR-FIKIR Nyatakan kelebihan menggunakan media dalam pengajaran Apakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar: (a) Sains mengenai rupa atom; (b) Matematik mengenai set, subset dan tindanan:(c) Perbezaan lagu-lagu klasik Timur; dan (d) Contoh binatang-binatang terancam di Malaysia?

JENIS-JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA

Media boleh dibezakan melalui:

a. Bentuk fizikal atau format

b. Atribut atau ciri

Media pengajaran terbahagai kepada dua:

a. Media Cetak

b. Media bukan cetak

Pengkelasan Media

1. Media Tayang Kaku contoh: transparensi, slaid dan mikrofilem

2. Media Tayang Bergerak contoh: pita video, cakera padat digital dan

filem

3. Bahan Grafik contoh: lukisan, poster, kartun, carta dan graf

4. Gambar Kaku gambar contoh: foto, kad imbasan dan poskad

5. Bahan Pameran Tiga-Dimensi contoh: model, boneka, diorama dan pupet

6. Papan Paparan/Pameran contoh: papan kapur, papan putih, papan flanel

dan papan buletin

7. Media Audio contoh: pita kaset, cakera padat dan komputer

8. Media Cetak contoh: modul, buku teks, surat khabar,

majalah dan risalah

13

Page 22: panduan_edu3105

FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RENUNGAN Apakah fungsi media di dalam proses P&P? Bagaimanakah media dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses P&P?

Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif

pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya

dimulakan daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah

difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak.

14

Page 23: panduan_edu3105

15

Page 24: panduan_edu3105

Antara fungsi media pengajaran ialah:

(a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej

Anggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej

seringkali menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah komunikasi. Adalah

lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih

konkrit maknanya. Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan

akan lebih berkesan dan menarik seperti melalui penggunaan animasi, bunyi dan

muzik dapat dilakukan.

(b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera

Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan

pancaindera:

(i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar,

transparensi, filem atau video.

(ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse

atau high-speed photography.

(iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem,

gambar foto mahupun secara lisan.

(iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam

bentuk model, gambar rajah, dll.

(v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi

Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi

sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan

kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut

kemampuan dan keselesaan masing-masing.

16

Page 25: panduan_edu3105

(d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama

Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar,

sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang

berbeza membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi

dengan media pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan

rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian

kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan

asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi

yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

FIKIR-FIKIR Anda adalah seorang guru di sebuah sekolah. Penggunaan Media Pengajaran memainkan peranan yang penting dalam proses P&P.

i. Terangkan maksud media pengajaran ii. Nyatakan pengkelasan media pengajaran iii. Nyatakan kelebihan penggunaan media pengajaran

Langkah-langkah membina media pengajaran haruslah mengandungi aspek

berikut;

• Analisis o Keperluan o Kandungan Topik o Pelajar

• Hasilan pembelajaran o Objektif.

• Pemilihan Bahan o Jenis Media o Ciri Media o Kesesuaian

• Reka bentuk o Media o Proses pengintegrasian dalam P&P o Rancangkan penglibatan pelajar.

• Pembinaan o Pengguaan perkakasan, peralatan dan perisian o Penerbitan.

• Pelaksanaan o Penggunaan dalam P&P

17

Page 26: panduan_edu3105

• Penilaian o Semak perancangan anda. o Maklumbalas sebelum pelaksanaan o Maklumbalas semasa pelaksanaan o Maklumbalas selepas pelaksanaan

FIKIR-FIKIR a) Bincangkan apa yang dimaksudkan media

pengajaran?, b) Nyatakan ciri-ciri dan jenis-jenis media pengajaran. c) Bincangkan apakah kesan dan kepentingan media

pengajaran dalam proses P&P. d) Dengan menggunakan persembahan elektronik atau

perisian yang sesuai bina carta atau pengurusan grafik yang sesuai untuk menunjukkan klasifikasi media pengajaran.

REFLEKSI

• Apakah yang kita faham tentang media pengajaran? • Apakah perbezaan antara “teknologi pengajaran”

berbanding dengan “media pengajaran” ? • Apakah perbezaan antara media pengajaran dengan

sumber pengajaran?

Ingat: Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam

portfolio anda.

18

Page 27: panduan_edu3105

TAJUK 3

Rekabentuk Pengajaran (Instructional Design) (4 jam)

Tajuk ini mengandungi huraian konsep reka bentuk pengajaran. Model

ASSURE sesuai sebagai panduan untuk mereka bentuk proses pengajaran dan

pembelajaran menggunakan media. Sebagai bandingan model ADDIE pula

digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk. HASIL PEMBELAJARAN

• Menghuraikan konsep reka bentuk pengajaran;

• Menyenaraikan kepentingan reka bentuk pengajaran; dan

• Menganalisis model ASSURE atau model ADDIE

• Mengaplikasikan model ASSURE atau model ADDIE dalam pengajaran. Subtajuk :

• Reka bentuk Pengajaran (RP)

• Peranan dan kepentingan reka bentuk pengajaran

• Model-model reka bentuk pengajaran (ASSURE atau ADDIE) REKA BENTUK PENGAJARAN (RP)

RENUNGAN Kenapa guru perlu merancang pengajaran? Bagaimana untuk merancang pengajaran?

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat

mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Terdapat banyak model reka bentuk

pengajaran yang boleh menjadi panduan menghasilkan proses atau bahan

pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi perkara asas berikut:

19

Page 28: panduan_edu3105

(a) menentukan keperluan pelajar;

(b) menentukan matlamat dan objektif;

(c) membina prosedur penilaian;

(d) mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian;

(e) mencuba sistem pengajaran; dan

(f) menilai keseluruhan sistem.

PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN

RENUNGAN Apakah tujuan reka bentuk pengajaran? Bagaimana reka bentuk pengajaran membantu proses P&P?

Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran

yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan

dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Pengajaran yang

dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan

perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang

positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan

menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.

FIKIR-FIKIR Apakah peranan dan kepentingan rekabentuk pengajaran dalam merancang sesuatu proses P&P?

20

Page 29: panduan_edu3105

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN RENUNGAN Apakah elemen-elemen yang biasanya ada dalam sesuatu model reka bentuk pengajaran?

Model ASSURE dan ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran yang

biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media. Berikut adalah

perbandingan langkah-langkah dalam kedua-dua model tersebut.

Model ASSURE mengandungi 6

langkah iaitu:

A–Analyse learner (Analisis pelajar)

S–State objective (Nyatakan objektif)

S–Select method, media, and

materials (Pilih kaedah, media dan

bahan)

U–Utilise media and materials

(Gunakan media dan bahan)

R–Require learner participation

(Memerlukan penglibatan pelajar)

E–Evaluate and revise (Nilai dan

semak)

Model ADDIE mengandungi 5 langkah

iaitu:

A – Analyse (Analisis)

D – Design (Reka bentuk)

D – Develop (Bina)

I – Implement (Laksana)

E – Evaluate (Nilai)

21

Page 30: panduan_edu3105

FIKIR-FIKIR Anda adalah seorang guru satu matapelajaran di sebuah sekolah. Sebagai seorang guru anda memilih MODEL ASSURE untuk merancang dan menghasilkan pengajaran yang berkesan. i. Mengapakah anda memilih MODEL ASSURE berbanding

ikasikan

Ingat: segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam

MODEL ADDIE sebagai rekabentuk pengajaran anda? ii. Terangkan bagaimana MODEL ASSURE ini diapldalam proses P & P anda?

Simpan

portfolio anda.

22

Page 31: panduan_edu3105

TAJUK 4

edia & Bahan (2 jam + 4 jam) M

ajuk ini menjelaskan kepelbagaian bahan dan media 2D dan 3D serta

ASIL PEMBELAJARAN

a) Mengenalpasti contoh-contoh media dan bahan yang digunakan dalam

b) hurai kesesuaian penggunaan media dan bahan dalam P&P

ubtajuk :

n 3D dan 2D dalam pengalaman sebenar.

AHAN 3D DAN 2D

RENUNGAN faktor yang perlu dipertimbangkan di dalam memilih

gi

ahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau

.

:

Gambar, Grafik, Carta, Peta, Graf, Poster, Kad Imbasan, Kad Gambar

Bahan-bahan 2D mungkin memerlukan cara untuk memaparkannya biasanya

T

bagaimana menghasilkan dan menggunakannya dalam P&P.

H

P&P Meng

c) Menggunakan bahan 2D dan 3D dalam P&P

S• Baha• Objek maujud/realia• Bahan Bercetak

B

Apakah faktor-media pengajaran? Bagaimanakah bahan 2D dan 3D berkesan sebagai bahan bantu mengajar? Nyatakan contoh-contoh penggunaan bahan 2D dan bahan 3D yang bersesuaian basesuatu tajuk.

B

dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata

Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah

menggunakan papan paparan. Antara papan paparan yang boleh digunakan

ialah papan hitam, papan putih, papan pelabagai guna, papan magnetik, dan ‘flip

charts’.

23

Page 32: panduan_edu3105

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta

menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam

kumpulan ini.

Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara

lain termasuklah Realia, Model, Diorama, Akuarium , Boneka, ‘Mobile', dan

Topeng .

FIKIR-FIKIR Pilih satu topik sesuatu matapelajaran dan buat perancangan apakah bahan-bahan 2D atau 3D yang bersesuai dapat dibina untuk topik tersebut. Buat semakan semula (review) sama ada bahan-bahan yang ingin dibina itu sememangnya bersesuaian dengan topik matapelajaran itu.

Dalam Rancangan Pengajaran Harian perlu ada beberapa kemahiran. Nyatakan

kemahiran tersebut. Media pengajaran yang bagaimanakah perlu diambilkira

untuk kemahiran tersebut

REFLEKSI Melalui pengalaman mengajar anda, apakah aspek-aspek yang harus diberi perhatian dalam pemilihan media supaya pembelajaran boleh berlaku dengan berkesan. Cuba buat renungan kembali tentang perkara ini dan simpankan refleksi anda dalam portfolio anda.

Ingat: Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam

portfolio anda.

24

Page 33: panduan_edu3105

TAJUK 5

Reka Bentuk Visual (6 jam + 8 jam)

Tajuk ini mengandungi prinsip-prinsip visual bagi penghasilan media pengajaran.

Ia memuatkan elemen dan prinsip reka bentuk visual memandangkan

kebanyakan media mengandungi atribut visual. Prinsip-prinsip di atas

diaplikasikan melalui penghasilan bahan-bahan media unjuran dan bukan

unjuran.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Menghuraikan kepentingan visual dalam pengajaran.

2. Menyatakan peranan visual dalam pengajaran

3. Menyatakan prinsip reka bentuk visual.

4. Menyenarai dan menjelaskan komposisi visual yang menggabungkan elemen

dan prinsip visual dengan baik.

Sub-tajuk:

• Rekabentuk Visual

• Peranan Visual Dalam Pengajaran

• Prinsip Asas Rekabentuk Visual

• Asas Grafik

• Grafik digital

• Asas Fotografi

• OHP

25

Page 34: panduan_edu3105

REKABENTUK VISUAL

RENUNGAN Berikan contoh-contoh reka bentuk visual semula jadi yang terdapat di sekeliling anda? Apakah kelebihan bentuk tiga dimensi? Kenapa grafik perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih

baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama

visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Justeru,

peranan visual dalam pembelajaran adalah amat penting. Namun, sebahagian

besar daripada kejayaan kerana bahan visual, adalah berdasarkan kualiti yang

ada pada visual tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi dan

kesesuaian teknik yang digunakan.

PERANAN VISUAL DALAM PENGAJARAN

Visual membantu menyediakan panduan konkrit sesuatu idea. Visual ikonik

umpamanya membantu ingatan untuk menghubungkan idea. Visual

memotivasikan pelajar dengan cara menarik perhatian, mengekal perhatian dan

menghasilkan maklum balas emosi. Visual dapat menghuraikan maklumat yang

sukar difahami. Visual juga dapat menggambarkan perkaitan antara unsur-unsur

berlainan.

Visual jika digunakan bersama teknologi pengajaran dapat meningkatkan

pencapaian

n Menjadikan idea (perkataan) lebih konkrit

n Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan perhatian

pelajar

n Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami

n Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dan tutur

26

Page 35: panduan_edu3105

n Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi bentuk bukan visual

seperti tutur atau perkataan

Rebentuk visual yang baik dapat meningkat komunikasi antara punca (Guru) dan

penerima (pelajar)

n Mempastikan kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imej dengan

jelas)

n Mudah untuk interpretasi mesej

n Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar

n Dapat tarik perhatian kepada perkara yang terpenting

Tipografi adalah olahan visual teks untuk menjelaskan jadual, carta, peta,

gambar rajah atau ilustrasi. Tipografi melibatkan pemilihan jenis huruf/fon, reka

letak dan penempatan teks di atas skrin berbanding dengan saiz skrin dan teks

lain dan penggunaan petanda atau ‘signal’ seperti tajuk, prakata, rumusan, dan

lain-lain lagi

Untuk menyediakan visual yang baik dalam media, guru harus pertimbangkan

tiga elemen reka bentuk visual berikut:

n Elemen Visual (Pilih jenis visual)

n Elemen Verbal (Pilih jenis huruf)

n Elemen yang menarik perhatian (Kejutan, tektur, interaksi)

PRINSIP ASAS REKABENTUK VISUAL Prinsip Asas Rekabentuk Visual dibahagikan kepada tiga kumpulan

• Elemen : memilih dan mengendalikan elemen visual

• Corak : memilih corak untuk memapar elemen

• Susunan : menyusun elemen membentuk corak

27

Page 36: panduan_edu3105

Elemen Reka Bentuk Visual

Elemen Visual Elemen Lisan Elemen Tarikan

Realistik Stail Huruf

Bilangan

Luar Biasa

Permukaan

Interaksi Warna

Saiz

Jarak

Analogi

Organisasi

ATRIBUT VISUAL

Atribut Visual

Visual Unjuran Visual Bukan Unjuran

Tranparensi

Video

Objek sebenar

Model

Bahan Bercetak

Kerja Lapangan

Papan Paparan

KONSEP DAN FUNGSI VISUAL

Visual boleh didapati dalam tiga bentuk, iaitu fotografik, elektronik dan grafik.

Fotografik dan video adalah visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang

paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar.

28

Page 37: panduan_edu3105

Bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik dan ia

terdiri daripada dua kategori visual iaitu:

tu

sep tersebut. Sebagai contoh, sebuah

i,

grafik ialah ruang, garisan, permukaan, bentuk 2 dimensi dan

entuk 3 dimensi.

RENUNGAN enapa dalam kehidupan kita warna memain peranan yang enting? Kenapa bentuk sesuatu objek kadangkala memberi

pelajar? Berikan SATU contoh bagaimana

rinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen

rafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak

isiti;

• Visual analogik menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesua

simbol yang dianggap dapat mewakili kon

kartun dilukis bagi mewakili peristiwa sel darah putih menyerang bakteria. Di sin

setiap karektor kartun dilukis menyamai konsep asal.

• Visual organisasi merangkumi carta aliran graf, peta, carta kategori dan

sebagainya.

Lima elemen

b

ASAS GRAFIK

Kpkesan kepadabentuk objek boleh memberi kesan dalam satu proses P&P.

P

g

harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan

tentangnya dapat memandu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan visual

yang baik.

Enam prinsip grafik akan dibincangkan iaitu:

• simpl

• dominan;

• pola;

• seimbang;

29

Page 38: panduan_edu3105

• variasi; dan

Kenapa kita perlu mengambil kira prinsip rekaan, dalam penghasilan bahan dan

bagaimana ia boleh membantu pembelajaran murid.

insip visual berperanan

n nda. Kaji prinsip grafik yang digunakan dan mengapa ia

bagai seorang ‘graphic designer’, anda diminta

h

• harmoni.

Visual memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi. Huraikan ciri-

ciri yang boleh menghidupkan komunikasi. Pr

menghasilkan sesuatu produk yang menarik dan berkesan. Huraikan tiga unsur

penting dalam prinsip tersebut. Nyatakan bagaimana elemen rekaan seni visual,

dapat diterapkan dalam menghasilkan bahan-bahan pembelajaran murid.

FIKIR-FIKIR Pilih beberapa keping gambar atau rekaan visual kesukaaadigunakan. Semenghasilkan satu lakaran grafik yang menerapkan prinsip grafik dan elemen grafik. Bincangkan dan huraikan apakaprinsip grafik dan elemen grafik yang terdapat dalam gambar tersebut.

30

Page 39: panduan_edu3105

ASAS FOTOGRAFI

Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah

mahupun yang mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak

yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya pada satu bahagian

dan mempunyai ruang untukmeletakkan filem dibahagian yang lainnya.

Lubang ini membolehkan cahaya masukke dalam kotak dan menyinari

filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentukimej.

FIKIR-FIKIR Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajarandan pembelajaran?Berdasarkan topik sesuatu matapelajaran, hasilkan sekurang-kurang 5 keping cetakan fotografi dengan menggunakan beberapa teknik-teknik pengambaran. Lekatkan gambar-gambar yang diambil pada kertas A4, dan terangkan apakah teknik-teknik pengambilan foto yang telah digunakan ketika mengambil gambar tersebut.

Anda ialah seorang jurufoto bertauliah yang bekerja di sebuah institut pengajian tinggi. Anda diminta memberi satu taklimat tentang Kamera SLR (single lens reflex), Kamera TLR (twin lens reflex) dan Kamera Digital. Maklumat anda juga perlu menekankan aspek pemilihan filem dan pemahaman tentang bacaan aperture dan shutter speed.

31

Page 40: panduan_edu3105

PENGGUNAAN BAHAN TRANSPARENSI (LUTSINAR) Subtajuk:

• Prinsip Penghasilan Transparensi

• Bahagian-bahagian dan fungsi OHP

• Pengendalian OHP

• Jenis-jenis transparensi

• Teknik penyediaan dan persembahan transparensi

RENUNGAN Jelaskan bagaimana untuk menghasilkan transparensi dan juga cara penggunaannya bagi membantu proses P&P menjadi lebih berkesan.

Keperluan perkakasan yang diperlukan ialah Projektor Over Head/Projektor lutsinar (OHP)

32

Page 41: panduan_edu3105

33

Page 42: panduan_edu3105

Teknik Penghasilan Transparensi

a. Tulis Terus

b. Bertingkap

c. Berjalur

d. Bertindih

e. Pusingan

34

Page 43: panduan_edu3105

35

Page 44: panduan_edu3105

Jenis-Jenis Lutsinar

a. Tulis Terus (write-on) b. Thermal (infra-merah) c. Fotokopi d. Ink-jet Film

36

Page 45: panduan_edu3105

37

Page 46: panduan_edu3105

FIKIR-FIKIR Kenapa tranparensi masih menjadi pilihan guru dalam pengajaran walaupun terdapat pelbagai pilihan teknologi yang lain? Bincangkan juga kekangan atau had penggunaan OHP.

Ingat: Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam

portfolio anda.

38

Page 47: panduan_edu3105

TAJUK 6 Penggunaan Bahan Audio (2 jam + 4 jam)

Tajuk ini menjelaskan format dan peralatan audio untuk perancangan,

penghasilan dan penggunaan audio sebagai media dalam pengajaran dan

pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN

(1) Merancang dan melaksanakan rakaman audio. (2) Menyunting audio. (3) Menggunakan media audio dalam P&P.

Sub-tajuk:

• Penggunaan peralatan audio • Perancangan dan penyediaan rakaman • Rakaman • Suntingan • Audio digital

RENUNGAN Terangkan perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk memainkan bahan rakaman audio. Bagaimanakah rakaman audio dapat dihasilkan dan huraikan format fail yang kerapkali digunakan.

Pendengaran merupakan salah satu saluran untuk menerima maklumat dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Rakaman audio yang diperdengarkan

mampu memberi gambaran kepada pelajar tentang sesuatu situasi atau

informasi melalui penganalisisan terhadap apa yang dituturkan atau melalui

kesan bunyi maupun melalui muzik latar yang terdapat pada rakaman tersebut.

Rakaman audio boleh disimpan dalam pelbagai format seperti kaset, cakera

padat atau dalam bentuk klip audio digital (digital audio clip). Ia dapat dimainkan

39

Page 48: panduan_edu3105

semula melalui perkakasan yang bersesuaian dengan perisiannya. Sebagai

contoh kaset audio boleh dimainkan melalui pemain kaset (cassette player),

cakera padat boleh dimainkan melalui pemain cakera (CD player) dan klip audio

boleh dimainkan melalui perisian pemain media (media player).

Bahan audio yang disimpan dalam bentuk digital mempunyai file extension yang

berbeza mengikut proses audio streaming yang dilakukan. Sebagai contoh fail

MP3 (MPEG Audio Layer 3) melalui proses pemampatan (compression) dimana

saiz failnya lebih kecil dan mudah diakses melalui internet. Fail Midi (.mid)

adalah hasil bunyi daripada alat muzik sintizer seperti keyboard yang

menghasilkan nada muzik tiruan. Manakala fail Wave (.wav) adalah fail audio

yang kerapkali digunakan untuk membuat penyuntingan kerana bunyinya lebih

berkualiti tetapi mempunyai saiz fail yang lebih besar. Terdapat beberapa fail

audio yang lain mengikut perisian dan tujuan penggunaan yang tertentu. Fail

audio boleh ditukar ke dalam pelbagai format melalui perisian audio converter.

Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada

pada kaset audio. Mikrofon yang berasingan (external microphone) pengadun

audio (audio mixer) boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar

atau kesan bunyi.

Dalam perkembangan teknologi sekarang, rakaman audio boleh dibuat secara

digital melalui pekakasan komputer serta mengikut perisian penyuntingan audio

(audio editing software) yang tertentu daripada yang mudah kepada yang lebih

canggih. Perisian yang sedia ada pada sistem operasi windows seperti audio

recorder atau audacity (perisian daripada open source) mampu membuat

rakaman audio yang mudah. Manakala perisian komersial seperti Sound Forge,

Ulead Media Studio, Sonar 6, Neundo mampu mengadun dan menyunting audio

dengan lebih canggih melalui bilangan trek audio yang banyak serta

menghasilkan audio dalam pelbagai format fail.

40

Page 49: panduan_edu3105

Perisian Audio recorder daripada komponen sistem windows

Rakaman dan penyuntingan audio boleh dilakukan melalui perisian Audacity

41

Page 50: panduan_edu3105

• Apakah langkah-langkah perancangan yang perlu dilakukan dalam proses

penyediaan media audio untuk tujuan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran?

• Pada pandangan anda apakah kebaikan media audio dalam proses

pengajaran dan pembelajaran? Perancangan dan penyediaan rakaman

1. Tetapkan matlamat mengikut topik dan hasilan pembelajaran 2. Mengumpul dan memilih bahan seperti fakta, kesan bunyi dan muzik latar

yang sesuai. 3. Memilih format audio yang sesuai untuk dihasilkan dengan perisian yang

akan dimainkan nanti 4. Memilih dan menyediakan perisian dan perkakasan yang sesuai dengan

format penghasilan audio 5. Menulis skrip dalam format papan cerita (story board) yang mudah 6. Membuat rakaman dan penyuntingan 7. Ujilari hasil rakaman 8. Pengubahsuaian dari aspek isi kandungan (content) dan teknikal 9. Menyediakan format penyimpanan sama ada dalam bentuk CD-Audio,

kaset atau fail klip audio 10. Penggunaan bahan audio 11. Maklum balas dan penilaian daripada pengguna

FIKIR-FIKIR Bina satu skrip yang sesuai untuk dibuat rakaman. Kemudian buat rakaman serta penyuntingan dengan menggunakan perkakasan dan peralatan atau perisian komputer yang sesuai. Bincangkan bagaimana cara atau langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghasilkan satu rakaman audio untuk dipersembahkan dalam satu pementasan atau pengajaran.

Ingat: Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam

portfolio anda.

42

Page 51: panduan_edu3105

TAJUK 7

Penggunaan Video (2 jam + 4 jam)

Tajuk ini menjelaskan format dan peralatan video untuk perancangan,

penghasilan dan penggunaan video sebagai media dalam pengajaran dan

pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN (1) Merancang dan melaksanakan rakaman video.

(2) Menyunting video.

(3) Menggunakan media video dalam P&P.

Sub-tajuk

• Jenis-jenis kamera video

• Bahagian-bahagian dan fungsi kamera video

• Jenis-jenis syot

• Pergerakan kamera video

• Proses penerbitan video

• Penerbitan Video Pendidikan

• Video digital

• Animasi

Video adalah merupakan salah satu daripada media bergerak. Ia boleh

menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian

sesuatu mesej kepada penonton. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

media ini mempunyai beberapa keistimewaan; Selain daripada keupayaannya

menunjukkan imej yang bergerak seperti merakam seekor harimau bintang

ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan

43

Page 52: panduan_edu3105

pergerakan. Pergerakan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan

dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan Video juga

berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau

peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik

darjah. Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh

memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat

oleh penonton.

nis-jenis syot akan menentukan tujuan dan fungsinya dalam proses

embelajaran. Sebagai contoh BCU (Big close up) memaparkan objek secara

emapar

ng

rdapat pada kamera. Kamera juga dapat digerakkan ke kiri atau ke kanan (pan

Je

p

mikro, CU (close up) memaparkan objek secara dekat, MS (Mid shot) m

sebahagian daripada objek, LS (long shot) memaparkan keseluruhan objek dan

VLS (Very long shot) memaparkan objek dan kedudukan di persekitarannya.

Untuk mendapat syot yang tertentu ia dapat dilakukan melalui butang zoom ya

te

right, pan left) atau ke atas atau ke bawah (tilt up, tilt down).

44

Page 53: panduan_edu3105

Video boleh dirakam melalui kamera video digital yang menggunakan mini kaset

ni kaset DV boleh terus

elbagai perisian boleh digunakan untuk tujuan merakam dan menyunting video

udio

DV (DV cassette) atau analog yang menggunakan Pita Video format VHS. Pita

Video VHS boleh dimainkan semula pada pemain video (video player) tetapi

memerlukan peralatan khas iaitu kad perakam video (video capture card) pada

komputer untuk ditukarkan ke bentuk klip video digital.

Sedangkan kamera video digital yang menggunakan mi

dirakam ke cakera keras pada komputer melalui penyambungan kabel USB

dengan menggunakan perisian tertentu.

P

dari yang mudah seperti Windows movie maker yang tersedia ada pada sistem

operasi windows atau perisian yang lebih canggih seperti Adobe Premier, Ulead

media studio, Ulead video studio, Penicles, Edius, Let’s Edit, Vegas, Avid dan

sebagainya. Setiap perisian mempunyai keistimewaannya masing-masing

terutama dalam menghasilkan pelbagai bentuk kesan khas (special effect) a

dan video yang mampu memberi penarikan kepada penonton.

45

Perisian Windows movie maker mampu merakam dan menyunting video secara mudah dan cepat.

Page 54: panduan_edu3105

Bahan video juga boleh diambil sebahagian daripada Video-CD (fail format .dat)

perisian

atau DVD (fail format .vob) melalui perisian seperti VCD cutter atau Chopper XP

dan disimpan semula dalam fail format .mpeg (mpeg 1) atau .wmv (Windows

media video) agar ia sesuai (compatible) apabila disisip (insert) pada

kebanyakan perisian. Penyesuaian format fail boleh dilakukan melalui

seperti Any file converter, Total video converter atau seumpama dengannya.

Perisian VCD cutter dan Chopper XP untuk penyuntingan VCD dan DVD

Perisian Any video converter untuk penyesuaian pelbagai format video

46

Page 55: panduan_edu3105

Bahan audio dan video boleh juga dimuat turun daripada pelbagai sumber laman

.html)

ahan video yang telah disunting boleh dijadikan klip video dan disimpan ke

ana-

ifat informatif, mudah difahami,

erancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran;

memilih bahan grafik dan bahan audio

bentuk klip

an video

untuk tujuan penyimpanan (storage)

web tertentu seperti yang terdapat pada youtube. Walau bagaimanapun

penggunaannya tertakluk kepada terma dan syarat yang terdapat dalam

Panduan Penggunaan Bahan Hak Cipta (sila rujuk Fair use guidelines for

educational multimedia – www.libraries.psu.edu/mtss/fairuse/guideline.doc

B

cakera keras atau disimpan dalam format VCD atau DVD dengan perisian

tertentu seperti Windows movie maker, DVD movie maker (terdapat pada

Windows Vista), Ulead movie factory, Roxio creater DE, Nero burner atau m

mana perisian yang seumpama dengannya.

Perlu diingat, penerbitan video haruslah bers

ringkas, menarik , dalam jangka masa yang besesuaian dengan tujuan

pengajaran.

M

1. Tetapkan Tujuan dan Objektif dalam pengajaran 2. Buat Penyelidikan

ang sesuai 3. Pilih bahan (fakta) y4. Mengenalpasti, mengumpul dan

yang sesuai 5. Menulis Skrip melalui format papan cerita (story board) 6. Bersedia Membuat Penggambaran 7. Sediakan Bahan dan Peralatan 8. Mulakan Penggambaran

i DV ke9. Proses menukar video dar10. Membuat Rakaman Audio

pengadunan audio d11. Proses penyuntingan dan 12. Prebiu hasil rakaman

untingan 13. pengubahsuaian/peny14. menukar ke format yang sesuai15. Gunakan Dalam Pengajaran 16. maklum balas dan penilaian

47

Page 56: panduan_edu3105

FIKIR-FIKIR menerbitkan satu video yang dapat digunakan

Ingat: segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam

Anda diminta dalam proses P & P . Dokumenkan proses penerbitan video tersebut

Simpan

portfolio anda.

48

Page 57: panduan_edu3105

TAJUK 8

Integrasi ICT Dalam P&P (10 jam + 10 jam)

HASIL PEMBELAJARAN (4) Menghuraikan peranan ICT dalam bidang pendidikan

(5) Mengenalpasti pasti kesesuaian perisian untuk kegunaan P&P

(6) Mengintegrasikan aspek ICT dalam P&P

(7) Menentukan trenda ICT dalam perkembangan pendidikan.

Sub-tajuk

• Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

• Integrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

a. Pemilihan software

b. Menyediakan bahan pembelajaran berasaskan multimedia

c. Penggunaan multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran

d. Internet & Pengunaan Internet

e. Pembelajaran Atas Talian (online)

• Isu-isu dan trenda terkini dalam Teknologi Pendidikan

a. Hak cipta terpelihara (Copyright)

b. Keselamatan & Kerahsiaan

c. Trenda dalam Media & Teknologi

d. Sekolah & Ruangkerja di masa depan

49

Page 58: panduan_edu3105

PERANAN ICT DALAM PEMBELAJARAN

RENUNGAN Bagaimanakah mengintegrasikan ICT dalam P&P? Bincangkan perkembangan teknologi multimedia di dalam internet dari dahulu sehingga kini ?

Penggunaan teknologi atau ICT dalam P&P, bertujuan untuk meningkatkan

keberkesanan dan kecekapan proses P&P. Untuk itu kita seharus dapat

menggunakannya secara berfikrah, terancang dan bersesuaian (iaitu, bila perlu,

bila tidak, dan bagaimana?). Penggunaan ICT secara tidak langsung akan

membantu dan mendorong kita untuk melakukan anjakan pradigma dalam

proses P&P. Ini seterusnya akan melahirkan satu persekitaran pembelajaran

yang lebih baik.

Anjakan dari sistem pendidikan masyarakat industri ke masyarakat maklumat

dikatakan berlaku apabila pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi.

Pelaku Sistem Pendidikan Masyarakat Industri

Sistem Pendidikan Masyarakat Maklumat

Guru • Pencetus pengajaran • Pengajaran secara

keseluruhan kelas • Menilai pelajar • Meletakkan kemahiran

komunikasi pada tahap yang rendah

• Bantu pelajar mendapatkan laluan pengajaran

• Bimbing pelajar belajar kendiri

• Bantu pelajar menilai progress sendiri

• Meletakkan kemahiran komunikasi pada tahap yang tinggi.

Pelajar • Kebanyakkannya pasif • Belajar kebanyakannya di

sekolah • Sukar dalam kerja

berkumpulan • Ambil soalan dari buku atau

guru • Belajar menjawab soalan • Minat belajar rendah

• Lebih aktif • Belajar di sekolah dan di luar

sekolah • Lebih kerja berkumpulan • Bertanya soalan • Mendapat jawapan untuk

menjawab soalan • Minat yang tinggi.

50

Page 59: panduan_edu3105

Persekitaran Pembelajaran kini yang lebih baik apabila teknologi digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Persekitaran Pembelajaran Tradisional Persekitaran Pembelajaran Kini

Pemusatan Guru Pemusatan Pelajar

Simulasi satu cara/arah Pelbagai simulasi

Perkembangan satu laluan Pelbagai laluan perkembangan

Satu media Pelbagai media

Kerja bersendirian Kerja secara kolaboratif

Menyalurkan maklumat Bertukar maklumat

Pembelajaran pasif Pembelajaran aktif / penerokaan / inkuri-penemuan

Pembelajaran berasaskan pengetahuan dan fakta

Pemikiran kritikal dan membuat keputusan dengan bermaklumat

Maklum balas reaktif Tindakan proaktif / merancang

Konteks terpisah dan tidak benar Konteks dunia nyata dan authentic

Sumber : International Society for Technology in Education

INTEGRASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Teknologi Maklumat dan Komunikasi amat penting dalam rutin harian sebagai

seorang pendidik. Perkembangan ICT begitu pantas, untuk itu kita tidak perlu lari

darinya tetapi yang penting, kita perlu tahu yang mana perlu untuk keperluan kita

sebagai seorang pengguna dan sebagai seorang pendidik.

RENUNGAN Apakah perisian-perisian aplikasi yang sesuai digunakan untuk proses P & P ? Terangkan dan huraikan 3 daripada yang dinyatakan? Apakah impak pemerosesan perkataan dalam pendidikan dan isu-isu berkait dengan pemerosesan perkataan?

Integrasi teknologi atau ICT dalam P&P tidak semestinya berkehendakkan kita

menguasi kemahiran ICT tahap tinggi, tetapi yang lebih penting dan utama ialah

bagaimana kita dapat menghasilkan bahan atau media yang memenuhi

51

Page 60: panduan_edu3105

kesesuaian dan keperluan pembelajaran pelajar. Untuk itu kita seharus

menguasi kemahiran pedagogi (disamping konten dan psikologi) dan yang

berkaitan. Kita juga harus memahami apa yang dimaksudkan dengan integrasi

teknologi dalam P&P, perancangan dan pelaksanaannya .

Sebagai renungan:

“… all the educational technology is worth nothing if teacher don’t know how to use it effectively. Computer aren’t magic, teachers are.”

Graig Barrett. CEO, Intel Corporation.

Bagi menghasilkan bahan atau media P&P yang menepati kesesuaian dan

keperluan pembelajaran yang optimum, kita seharusnya perlu mengetahui dan

memahami aspek-aspek rancangan pengajaran (instructional planning),

rekabentuk pengajaran (instructional design) dan yang cukup penting ialah

teori pembelajaran (learning theory) yang mendasari perkara di atas.

Sesuatu yang perlu diingatkan semasa kita melakukan proses integrasi

teknologi/ict dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kita tidak sama sekali

mengajar bagaimana menggunakan teknologi tersebut – apa yang kita lakukan

menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu yang dapat membantu

memudahkan proses kita sebagai guru dan memudahkan pelajar untuk belajar

memahami dan membina sesuatu ilmu pengetahuan.

Semasa menghasilkan media-media anda digalakkan menggunakan perisian-

perisian mudah yang boleh didapati dari sumber open source atau freeware,

semuanya boleh didapati dari internet, kerana ia perisian percuma dan sah

digunakan. Antaranya seperti dibawah:

52

Page 61: panduan_edu3105

Perisian Kegunaan

Gimp ; Avtive Pixels ; Free Image editor

Grafik atau image editor

Paint.Net Editor untuk mengolah foto.

Audacity Editor untuk merekod dan mengolah audio

Hotpotato Perisian untuk membina pelbagai latihan dalam persekitaran web.

Photo Flash Maker Professional

Perisian untuk membina slaid foto berasaskan flash dan dapat digunakan dalam laman web.

PPtFlash Perisian menukar format power point kepada format flash (.swf)

eXe (dicadangkan untuk digunakan meghasilkan produk P&P multimedia)

Editor menghasil e-pembelajaran dalam persekitaran web. Anda boleh mengabungkan pelbagai media yang telah dihasilkan dalam editor ini.

Xerte Editor menghasil e-pembelajaran dalam persekitaran flash. Anda boleh menggabungkan pelbagai media yang telah dihasilkan dalam editor ini.

Blender Perisian untuk menghasilkan animasi 3D

virtualdub Perisian editor video

Wax Perisian editor video

FIKIR-FIKIR Persembahan Multimedia Interaktif adalah penting untuk keberkesanan dalam PPBK (Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer). Apakah perisian alat pengarangan tersebut? Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membina satu perisian multimedia interaktif bagi satu topik matapelajaran opsyen anda.

53

Page 62: panduan_edu3105

ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

RENUNGAN Terangkan apakah maksud Hakcipta Terpelihara. Bagaimana ia boleh diaplikasikan dalam pendidikan yang berasaskan komputer.? Bagaimanakah cara yang beretika untuk menggunakan bahan-bahan yang ada bagi membina bahan P&P tanpa melanggar Akta Hak Cipta?

Hakcipta terpelihara (Copyright) merupakan hak ekslusif yang diberi oleh

undang-undang kepada pencipta/penerima haknya untuk kawal pengeluaran

semula atau pelbagai bentuk penggunaan hasil ciptaan berkenaan bagi sesuatu

tempoh. Hakcipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai ‘hak

kepunyaan’ terhadap ciptaan mereka.

Undang-Undang Hakcipta menyediakan perlindungan monopoli secara sah

kepada mereka yang mencipta idea atau pengetahuan. Ia juga memberi kuasa

monopoli secara ekslusif kepada pencipta atau pemunya intelektual,yang

diberikan hak secara sah dari segi undang-undang terhadap ciptaan mereka,

untuk mengelakkan daripada orang lain membuat atau menggunakan ciptaan

mereka tanpa kebenaran.

Terdapat 4 undang-undang hak intelek iaitu;

Undang-undang hak cipta: kawal ketulenan kerja seseorang

Undang-undang paten: kawal penemuan baru dan berguna dan juga

proses penemuan

Undang-undang tanda perdagangan: kawal perkataan, nama, simbol,

yang digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam pembuatan untuk

mengenalpasti produk dan perkhidmatan mereka.

Undang-undang rahsia perdagangan: Kawal maklumat penting yang tidak

diketahui umum tetapi dirahsiakan oleh empunya.

54

Page 63: panduan_edu3105

Antara bahan-bahan yang dikawal di bawah undang-undang hakcipta ialah

bahan bercerak seperti novel, puisi, artikel dan sebagainya, muzik atau kesan

audio, pantomin, gambar dan grafik, -audio visual, dan rakaman suara. Tanda

hakcipta mengandungi 3 elemen penting iaitu simbol © atau perkataan

“Copyright” atau “Hakcipta Terpelihara”, tahun pertama penerbitan, dan nama

pemilik hakcipta tersebut

Cara untuk memperolehi bahan-bahan untuk pembangunan perisian multimedia:

Mendapatkan hak untuk menggunakan bahan-bahan yang telah

mempunyai hakcipta

Menggunakan bahan-bahan yang tidak mempunyai status hakcipta yang

tepat atau ‘public domain material’

Membina atau mencipta bahan itu sendiri

Mendapatkan kontrak atau perjanjian untuk menggunakan bahan asal

Apakah implikasi yang wujud berkaitan dengan keselamatan dan privasi pelajar

di sekolah? Apakah peranan guru dalam isu keselamatan dan privasi?

Pengguna komputer dan internet sentiasa terdedah dengan pelbagai ancaman

keselamatan. Antara isu keselamatan yang berkaitan dengan ICT ialah;

Penipuan

Kerosakan/Pengubahsuaian Program/Data Komputer

Kecurian maklumat

Menyalin perisian secara tidak sah

Pengintipan

Judi Siber

Skim cepat kaya

Pornografi

Pengodam/Hacker

Penyebar Virus

55

Page 64: panduan_edu3105

FIKIR-FIKIR Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan dalam penggunaan internet seperti emel, chat, newsgroup, buletin, dan sebagainya. Sebagai seorang guru yang patuh kepada prosedur dan etika penggunaan internet, bagaimanakah cara atau langkah yang perlu diambilkira untuk melindungi kerahsiaan anda supaya segala maklumat anda tidak boleh dicerobohi.

Ingat: Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam

portfolio anda.

LATIHAN KENDIRI Anda dikehendaki mengumpul dan mengemukakan sekurang-kurangnya 2

bahan dari sumber yang berbeza bagi setiap topik, yang meliputi topik 1, topik 2

dan topik 3.

Berpandukan kepada bahan yang dikumpulkan, anda perlu merumuskan dengan

bantuan satu pengurusan grafik atau nota ringkas untuk menjelaskan perkaitan

antara teknologi pengajaran, media pengajaran, reka bentuk pengajaran dalam

proses P&P.

(Soalan-soalan yang diberi di dalam panduan pembelajaran ini mungkin dapat

membantu anda membuat rumusan di atas.)

Sila muatkan hasil kerja dan bahan-bahan yang dikumpulkan di atas ke dalam

satu portfolio untuk tujuan perbincangan dengan pensyarah anda.

REFLEKSI KURSUS Anda perlu membuat refleksi tentang model ASSURE serta menganalisis sejauh

manakah model reka bentuk itu berguna dalam proses pemilihan, penggunaan

dan penghasilan media pengajaran dalam proses P&P berpandukan kepada

mata pelajaran major masing-masing.

56

Page 65: panduan_edu3105

RUJUKAN Dick,N. ,Carey,L.& Carey,J.O.(2005).The systematic design of instruction (6th ed.)New York:Pearson, Allyn and Bacon. Heinich,R.,Molenda,M.,Russel,J.D.,& Smaldino,S.E.(2005). Instructional Media and

Technologies for learning.(8thed.). New Jersey:Prentice Hall. Ismail Md. Zain. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors. Joyce, B.R. (2000). Models of teaching. (6th ed).Boston:Allyn and Bacon. Newby, T.J, 1996. Instructional technology for teaching and learning. New Jersey: Prentice Hall. Priscilla, N. & Karin, M.W. (2003). Teaching with technology: Designing opportunities to learn. (2nd ed.).Canada:Thomson Wadsworth. Roblyer M.D. & Edwards J. (2000). Integrating Educational Technology into Teaching: Prentise Hall Timothy, J. Newby, Donald, A. Stepich, James, D. Lehman & James, D. R.(2006).Educational technology for teaching and learning (3th ed.). Ohio:Merill Prentice Hall. Yusuf Hashim (1998).Teknologi pengajaran.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti.

57

Page 66: panduan_edu3105

PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN ILMU PENDIDIKAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

(EDU 3105)

NAMA KELAYAKAN Dr Noriati bt Rashid Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia [email protected][email protected]

Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

Dr. Chin Peng Yee Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia [email protected]

Kelulusan: PhD.(Pedagogi dan Kurikulum), Beijing M.M. (Pengurusan), UPM B.A. Hons.(Pengajian Tionghua & Matematik), UM Dip. Pendidikan (Pengajian Cina), MPIP Pengalaman: Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pengajian Bahasa Cina) Pensyarah Bahasa Cina (8 tahun) Ketua Bidang Teknik & Vokasional (2 tahun)Guru Sekolah Menengah (9 tahun)

Dr. Ismail Md. Zain Pensyarah Institut Perguruan Ipoh, Perak Hulu Kinta Perak [email protected]

Kelulusan: Ph.D (Teknologi Pendidikan), USM M.Ed (Teknologi Pendidikan), USM B.A. (Hons) Dengan Pendidikan , USM Pengalaman: Pensyarah Teknologi Pendidikan (18 tahun) Guru Sekolah Menengah (11 tahun)

58

Page 67: panduan_edu3105

Nik Ibrahim bin Nik Mat Pensyarah Institut Perguruan Tuanku Bainun,Pulau Pinang [email protected]

Kelulusan: M.Sc.(IT), UUM B.Sc (Hons) Dengan Pendidikan , UTM Dip.Sc. Dengan Pendidikan , UTM Pengalaman: Pensyarah Teknologi Pendidikan (14 tahun) Guru Sekolah Menengah (9 tahun)

Kamaludin Bin Ahmad Pensyarah Institut Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru [email protected]

Kelulusan: M.Ed. (Pendidikan Matematik) UTM B.A. Geo&Mate UKM Diploma Pendidikan UKM Pengalaman: Pensyarah Teknologi Pendidikan (14 tahun) Guru Sekolah Menengah (10 tahun)

Wan Kamarudin Wan Hasan Pensyarah Institut Perguruan Tuanku Bainun,Pulau Pinang [email protected]

Kelulusan: M.Ed (Penilaian Kendalian Sekolah), Un. Nottingham B.A. (Hons) Geografi & Seni Halus, USM Sijil Guru MPIK (PJPK) Pengalaman: Pensyarah Teknologi Pendidikan (15 tahun) Guru Sekolah Menengah (7 tahun)

59