panduan - utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_buku... · web viewmarkah diberikan...

25
USM PK/BUKU PANDUAN 2007 BUKU PANDUAN KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51/52, DU51/52,DUG 52 PENSYARAH KANAN 2007

Upload: buituong

Post on 18-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

BUKU PANDUAN KENAIKAN PANGKAT

JAWATAN PENSYARAH UNIVERSITIGRED DS51/52, DU51/52,DUG 52

PENSYARAH KANAN

2007

Page 2: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

KANDUNGAN Muka surat

Pendahuluan 3

I. A. Prinsip-Prinsip Umum 3

Kandungan dan Pengkuantifikasian 3

Kualiti 5

Ketelusan dan Keadilan 5

B. Penjelasan Butiran 5

Kriteria Penilaian 5

Penyelidikan dan Penerbitan 6

Pengajaran dan Penyeliaan 6

Sanjungan dan Kepemimpinan Akademik 7

Perundingan 7

Khidmat Kepada Universiti 7

Khidmat Kepada Masyarakat 7

C. Prinsip-Prinsip Umum Jawatan Pensyarah Kanan 8

II. Prosedur 8

Panduan Umum Permohonan 9

III. Panduan Mengisi Borang 9

Borang USM PK1/2007 9

Borang USM PK2/2007 9

Kriteria Pengesahan dan Kenaikan Pangkat Staf Akademik Pensyarah Kanan 10 – 21

Rangka Tugas dan Keanggotaan Jawatankuasa Pensyarah KananLampiran A : Jadual 1 22

2

Page 3: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

PENDAHULUANTujuan panduan ini adalah untuk menerangkan prinsip-prinsip umum dalam eksesais kenaikan pangkat staf akademik dan juga perkara-perkara yang diambil kira. Selain itu, panduan ini juga mempermudah serta menerangkan proses-proses permohonan. Ia juga mengandungi 3 perkara utama:

I. Prinsip-prinsip umumII. ProsedurIII. Panduan mengisi borang

I. A. PRINSIP-PRINSIP UMUMKandungan dan Pengkuantifikasian

1. USM merupakan sebuah institusi akademik yang bertanggungjawab memperluaskan bidang pengetahuan di samping menyebarkannya. Selaras dengan fungsi ini, kategori-kategori berikut dititikberatkan dan menjadi asas penilaian bagi staf akademik.

Aktiviti/Kategori Justifikasi

1. Penyelidikan dan Penerbitan

2. Pengajaran dan Penyeliaan

Penilaian dibuat khususnya bagi aktiviti-aktiviti akademik utama ini.

3. Sanjungan dan Kepemimpinan Akademik

Sanjungan akademik merujuk pengiktirafan yang diberikan oleh komuniti akademik kepada seseorang manakala kepemimpinan akademik merujuk keupayaan untuk memimpin kelompok akademiknya. Perkara ini meliputi anugerah akademik, penilaian tesis, artikel, jurnal kenaikan pangkat, penilai kertas kerja, penglibatan dalam persatuan akademik dan profesional, syarahan undangan, ucap utama, dilantik sebagai ahli lembaga penyunting jurnal dan sebagainya.

4. Perundingan Calon juga perlu membawa kewangan kepada Universiti demi menjayakan serta memperkembangkan aktiviti-aktiviti akademik Universiti dan sekaligus menyumbang kepada usaha pengkorporatan Universiti di samping meningkatkan moral staf. Walau bagaimanapun, Universiti memberikan penekanan terhadap kerja-kerja perundingan

3

Page 4: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

tanpa bayaran dalam kalangan staf akademik.

5. Khidmat Kepada Universiti

Penilaian juga merangkumi aktiviti pentadbiran demi menjayakan aktiviti-aktiviti akademik tersebut.

6. Khidmat Kepada Masyarakat

Calon juga diharapkan dapat memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat untuk mengharumkan nama baik Universiti di samping pembentukan ke arah personaliti yang menyeluruh.

2. Kesemua penilaian di bawah setiap kategori dikuantifikasikan dengan menggunakan markah supaya pengiraan dapat dibuat oleh pihak penilai dan pihak calon. Walau bagaimanapun, julat markah digunakan untuk mengambil kira perbezaan kualiti yang mungkin timbul.

3. Penilaian dibuat pada hasil dan bukan proses yang dijalankan. Sebagai contoh, usaha penyelidikan perlu menghasilkan penerbitan. Oleh itu hanya penerbitan diambil kira. Sama juga, penyeliaan pelajar adalah berdasarkan yang tamat dan bukan yang sedang diselia.

4. Bagi perkara-perkara yang tidak melibatkan hasil, khususnya yang melibatkan sesuatu pelantikan, markah diberikan kepada tahap akademik/sanjungan yang dicapai untuk memperoleh pelantikan tersebut dan bukan aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan sebagai ekoran pelantikan itu. Sebagai contoh, markah diberikan kepada pelantikan sebagai Dekan, oleh itu tiada markah diberikan kepada semua aktiviti yang memerlukan penglibatan calon sebagai seorang Dekan (iaitu yang melibatkan semua Dekan). Dalam kes yang serupa, markah diberikan bagi pelantikan sebagai seorang perunding/pemegang paten sama ada calon menerima ganjaran atau tidak. Seterusnya, markah tambahan diberikan kepada kuantum kewangan yang diterima (sekiranya ada).

5. Semua tugas rasmi diambil kira (umpamanya pengajaran, aktiviti klinikal, penyeliaan latihan industri/projek/pengajaran, dsb.) dan tugas ini diberikan markah sewajarnya supaya calon dapat memenuhkan syarat minimum sekiranya beliau menjalankan tugas seperti yang diharapkan. Oleh itu, seseorang calon akan mendapat markah tambahan sekiranya beliau membuat kerja tambahan yang berlainan jenis. Walau bagaimanapun, hanya nilai tambahan diambil kira (seperti penerbitan dll.). Perkara ini merupakan tanggungjawab calon untuk menterjemahkan aktiviti-aktiviti tersebut kepada aktiviti/hasil lain yang memberikan markah tambahan.

6. Selaras dengan era pengkorporatan USM, aktiviti perundingan, sanjungan dan kepemimpinan akademik diberikan penghargaan yang tinggi.

7. Khidmat kepada Universiti dan Masyarakat diambil kira kerana universiti merupakan sebuah institusi penggerak masyarakat.

4

Page 5: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

Kualiti

1. Aktiviti berperingkat antarabangsa diutamakan dan diberikan markah yang lebih tinggi. Akan tetapi, taraf atau peringkat aktiviti/hasil tidaklah merujuk lokasi/geografi tetapi kandungannya.

Ketelusan dan Keadilan

1. Pada amnya penilaian dibuat berdasarkan bidang disiplin dan tidak secara piawai bagi semua disiplin.

2. Apabila dokumen-dokumen yang dikemukakan menunjukkan calon itu telah mencapai tahap sesuai maka calon berkenaan boleh dipertimbangkan untuk maju ke peringkat seterusnya.

3. Calon yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan Universiti akan dimaklumkan secara bertulis dan salinannya akan dihantarkan kepada Ketua Jabatan.

4. Seseorang calon yang memohon dinilaikan berdasarkan pencapaian keseluruhan dan bukan dalam sesuatu kategori sahaja (umpamanya pentadbiran sahaja).

5. Kepentingan calon akan dijaga oleh 2 jawatankuasa:(a) Jawatankuasa Majlis Pusat Pengajian pada peringkat penilaian awal.(b) Jawatankuasa Penyelarasan pada peringkat pemilihan.

6. Penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih yang dibantu oleh Jawatankuasa Kelompok bagi tujuan penilaian awal. Calon boleh mencadangkan Jawatankuasa Kelompok yang bersesuaian dengan bidangnya,

B. PENJELASAN BUTIRAN

Kriteria Penilaian

A. Penilaian Dalam Kelompok

Istilah markah digunakan bagi pengiraan setiap aktiviti/hasil. Calon perlu memperoleh markah minimum bagi setiap kategori yang ditetapkan.

B. Pelarasan Antara Kelompok

Prosedur berikut akan digunakan bagi tujuan pelarasan antara kelompok:-

(i) Jumlah markah berpemberat untuk kategori:

1. Penyelidikan dan Penerbitan (markah = ),2. Pengajaran dan Penyeliaan (markah = ),

3. Sanjungan dan Kepemimpinan Akademik (markah = ) serta

5

Page 6: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

4. Perundingan (markah = )

diberikan sebagai:

Markah terlaras pemberat diberikan oleh

dengan = faktor pelarasan antara pusat pengajian dalam sesuatu

kelompok, (ii) Jumlah markah berpemberat untuk kategori:

5. Khidmat Universiti (markah = ) serta6. Khidmat Masyarakat (markah = )

diberikan sebagai:

(iii) Faktor pelarasan, bagi setiap kelompok ditetapkan

berdasarkan disiplin. Faktor ditentukan dengan mengambil kira median markah oleh Jawatankuasa Kelompok dengan syarat

tidak melebihi 1.5.

(iv) Jumlah markah terlaras diberikan sebagai:

;

(v) Calon diberi pangkat berdasarkan .

Penyelidikan dan Penerbitan

Penyelidikan dan Penerbitan diberikan keutamaan tertinggi kerana aktiviti ini bukan sahaja dapat memperluaskan bidang pengetahuan tetapi juga menyumbang kepada aktiviti pengajaran yang lebih berkesan (lebih terkini, lebih hands-on, dsb.). Malah, aktiviti ini akan menyumbang kepada semua aktiviti lain yang disenaraikan.

Pengajaran dan Penyeliaan

Kategori ini mengukur tugas rasmi calon. Walaupun pengajaran diutamakan, penyeliaan projek tahun akhir/latihan amali dan perkhidmatan klinikal turut dipertimbangkan. Calon seharusnya mencapai markah minimum melalui aktiviti-aktiviti ini. Keunggulan calon digambarkan oleh bilangan siswazah yang diselia dengan jayanya (tamat pengajian ijazah).

Sanjungan dan Kepemimpinan Akademik

6

Page 7: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

Sanjungan akademik merujuk pengiktirafan yang diberikan komuniti akademik kepada seseorang manakala kepemimpinan akademik merujuk kepada keupayaan untuk memimpin kelompok akademiknya. Hal ini meliputi anugerah akademik penilaian tesis, artikel, jurnal kenaikan pangkat, penilai kertas kerja, penglibatan dalam persatuan akademik dan profesional, syarahan undangan, ucap utama, dilantik sebagai ahli lembaga penyunting jurnal dan sebagainya.

Perundingan

Kategori ini merujuk keupayaan seseorang ahli akademik untuk memberikan khidmat perundingan dalam bidang kepakarannya melalui pelantikan untuk menyelesaikan masalah tertentu. Oleh yang demikian, pemberian markah akan berdasarkan projek dan calon perlulah dilantik sebagai perunding.

Pada asasnya, dua jenis perundingan dikena pasti, iaitu perundingan yang mempunyai ganjaran dan perundingan yang tidak mempunyai ganjaran. Perbezaan asas antara kedua-duanya ialah ganjaran kewangan yang diperoleh calon (tidak termasuk honorarium, per diem, dsb.), dan sama ada projek ini melibatkan pembayaran kepada Universiti atau tidak.

Khidmat Kepada Universiti

Kategori ini merujuk kepada penglibatan dan sumbangan seseorang ahli akademik dalam semua aktiviti universiti untuk menjayakan wawasan, perancangan dan hala tuju universiti.

Terdapat dua jenis penglibatan :

(a) berasaskan jawatan pentadbiran (contoh: Dekan/Pengarah, Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah, Pengerusi/Penyelaras).

(b) berasaskan keupayaan dan kepakaran individu.

Markah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi tugas-tugas yang dikaitkan kepada jawatan yang dipegangnya. Walau bagaimanapun, markah tambahan diberikan sekiranya beliau dilantik sebagai ahli sesuatu jawatankuasa atas dasar peribadi.

Khidmat Kepada Masyarakat

Kategori in merujuk sumbangan seseorang ahli akademik kepada masyarakat di luar universiti, khususnya dalam bidang/aktiviti bukan akademik. Markah diberikan kepada sesuatu pelantikan dan tidak mengambil kira beban tugas yang terlibat.

7

Page 8: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

C. PRINSIP-PRINSIP UMUM JAWATAN PENSYARAH KANANAgihan pemberat bagi jawatan Pensyarah Kanan adalah sebanyak 20% untuk sumbangan Penyelidikan dan Penerbitan, 50% untuk Pengajaran dan Penyeliaan, 5% untuk Sanjungan dan Kepemimpinan Akademik, 5% untuk Perundingan, 10% untuk Khidmat Kepada Universiti dan akhirnya 10% untuk Khidmat Kepada Masyarakat.

Kesemua sumbangan ini dapat mencerminkan all-roundedness seseorang calon tetapi masih mementingkan aktiviti-aktiviti akademik yang utama seperti penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan penyeliaan.

II. PROSEDURProsedur merupakan salah satu perkara yang paling penting dalam keseluruhan langkah kenaikan pangkat. Oleh yang demikian, sistem yang diamalkan adalah bertujuan meringkaskan prosedur permohonan kenaikan pangkat di samping memastikan bahawa cara pelantikan adalah telus (adil dan saksama). Sistem pelantikan adalah seperti Rajah 1 di bawah:

Perwakilan Calon Perwakilan Universiti

Rajah 1

Bagi tujuan ini, dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Majlis Pusat Pengajian dan Jawatankuasa Penyelarasan pada peringkat Universiti akan menjamin ketelusan dalam proses permohonan dan pemilihan. Proses Penilaian ditetapkan sebanyak sekali dalam tempoh 12 bulan. Rangka tugas dan keanggotaan untuk jawatankuasa-jawatankuasa ini dirumuskan di dalam Lampiran A: Jadual 1.

Tarikh mula proses ditetapkan pada setiap tahun, calon boleh memohon pada bila-bila masa tetapi proses penilaian akan bermula pada tarikh yang ditetapkan.

8

Lembaga Pengarah Universiti

Jawatankuasa PusatTanggungjawab (PTJ)(Internal Committee)

Jawatankuasa Pemilih Pengerusi:Timbalan Naib Canselor

(HEAA)

Jawatankuasa Penyelarasan(External Committee)

Calon

Jawatankuasa Kelompok Pensyarah Kanan

Page 9: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

Panduan Umum Permohonan

1. Garis panduan lengkap diberikan kepada semua staf.

2. Borang Permohonan:

(i) Ruang disediakan untuk calon memberikan keterangan kelayakannya memegang jawatan yang dipohon.

(ii) Ketua Jabatan perlu mengesahkan butiran maklumat borang permohonan.

III. PANDUAN MENGISI BORANG

Semua calon mesti mengisi borang yang telah disediakan iaitu Borang USM PK1/2007. Calon juga dikehendaki menyediakan vitae kurikulum (cv) sendiri mengikut format Borang USM PK2/2007.

Borang USM PK1/2007

Format Borang USM PK1/2007 mempunyai dua bahagian A dan B. Bahagian A ialah butir-butir peribadi, B ialah ulasan ketua jabatan.

Calon hanya perlu mengisi bahagian A sahaja dan halaman pertama borang tersebut merupakan suatu senarai semakan (checklist). Bahagian A adalah mudah dan tidak memerlukan sebarang penjelasan.

Borang USM PK2/2007

Borang kedua sebenarnya merupakan suatu vitae kurikulum terpandu (guided cv).

Pada sebelah kanan setiap aktiviti/hasil, terdapat satu lajur ‘markah yang diberikan oleh anda’. Calon dikehendaki menghitung markah bagi setiap bahagian atau kategori pada ruang yang disediakan secara jujur.

Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki menyertakan SATU salinan bagi setiap penerbitan dan apa-apa dokumen lain yang berkaitan dengan hasil dan aktiviti yang disenaraikan di dalam vitae kurikulum terpandu (guided cv) anda.

9

Page 10: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

KRITERIA PENGESAHAN DAN KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIKPENSYARAH KANAN

Jadual Pemberat dan Markah

Peratus Pemberat

1. Penyelidikan dan Penerbitan 20

2. Pengajaran dan Penyeliaan 50

3. Sanjungan dan Kepemimpinan Akademik 5

4. Perundingan 5

5. Khidmat Kepada Universiti 10

6. Khidmat Kepada Masyarakat 10

100

1.0 Penyelidikan dan Penerbitan

1.1 Penerbitan Sebagai Hasil Penyelidikan

Hasil Markah Setiap Hasil Catatan

(a) (i) Buku Penyelidikan • Hasil Penyelidikan• Antarabangsa 21 - 24 • Diwasit dan disunting• Kebangsaan 12 - 15 • Penerbit yang diiktiraf

(ii) Monograf• Antarabangsa 9 -10 Buku Penyelidikan merupa-

kan terbitan Penerbit• Kebangsaan 7 - 8 Monograf merupakan hasil penerbitan jabatan.

(b) Jurnal, E-Jurnal dan Jurnal Prosiding 1. Non - ISI Serial (sila sertakan salinan author search Asas pertimbangan :pangkalan data ISI atau pangkalan data • Sidang Editorantarabangsa lain) • Negara penyumbang• Antarabangsa 3 – 5

7 (non-ISI tetapi dalam pangkalan

data antarabangsa)

• Penilaian/wasit • Readership• Disorot/indeks • pangkalan data

10

Page 11: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

10 (ISI)

Berdasarkan perakuan JK PTJ dan JK Penyelarasan

• Kebangsaan 3 2. Bilangan Penulis• 1-2 : markah penuh

3 ke atas : separuh markah

Penilai diminta memberikan ulasan jika makalah bukan dalam bidang pengkhususan calon.

Mesti mempunyai penulisan ilmiah dalam Bahasa Malaysia (kecuali bukan warganegara).

(c) Bab dalam buku penyelidikan (bukan prosiding)

1. Jumlah markah tidak melebihi markah satu buku

• Antarabangsa 8(setiap bahan) Asas pertimbangan :

• Sidang Editor• Kebangsaan 5

(setiap bahan)••

PenyumbangPenerbit

• Penilaian / wasit • Suntingan

2. Bab dalam buku bukan merupakan hasil persem-bahan persidangan

(d) Prosiding 1. Sertakan makalah lengkap

2. Prosiding dalam bentuk hard copy atau CD perlu dihasilkan oleh penganjur persidangan.

• Antarabangsa 3• Kebangsaan 2

(e) Persembahan persidangan Kertas kerja yang tidak diterbitkan dalam prosiding atau jurnal. Jumlah markah maksimum ialah 20.

(oral & poster)• Antarabangsa 2• Kebangsaan 1

(f) Paten Permarkahan diberikan kepada produk yang dipaten dan bukan pada bilangan lokasi paten tersebut difaikan.

• Antarabangsa 4• Kebangsaan 3

11

Page 12: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

1.2 Penerbitan Pengajaran

Hasil Markah Setiap Hasil Catatan

(a) (i) Buku Teks Universiti 10 Asas pertimbangan :(Karya Asal) • Proses penilaian dan

penyuntingan(ii) Bab dalam buku teks Universiti 3 • Percetakan Pusat Pengajian

atau yang setaraf dengan-nya.

(b) (i) Edisi Awal 6 • Proses penilaian dan penyuntingan.

(ii) Buku Terjemahan 4 • Diterbitkan oleh Penerbit USM atau yang setaraf dengannya.

(c) (i) Modul Terancang 2 1. Bantuan pengajaran

(ii) Edisi fast print 2 2. Proses penilaian dan penyuntingan.

3. Modul yang diluluskan oleh JK PTJ yang setaraf dengannya.

(d) Karya Kreatif Profesional/Studio/Lukisan/Tulisan Muzik

1. Bagi Pusat Pengajian Seni, Pusat Pengajian berikut mungkin juga terlibat :

• P. P Perumahan, Bangunan dan Perancangan • P.P. Ilmu Kemanusiaan Perincian dan pemarkahan dibuat oleh PTJ untuk kelulusan JK Penyelarasan.

Penilaian menerima pakaibeberapa prinsip :

(i) Karya asal dalam seni halus, reka bentuk, muzik, drama dan teater (individu/solo) (setiap hasil)(Sila nyatakan tajuk penerbitan, tarikh, tempat dan maklumat lain yang berkenaan)[Setiap projek/karya asal mestilah dipersembahkan/dirakam/dipamer/ditayang/diprototaipkan]

2.

• Antarabangsa 6 - 8

4 - 5• Kebangsaan

• Negeri 2 - 3 a. Karya asal seni halus, muzik, drama dan teater mestilah diiktiraf oleh badan luar. Seperti juga penerbitan, penilaian yang dibuat berasaskan badan penerbit bukan penerbitan tersebut.

12

Page 13: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

Seperti yang dinyatakan ia mestilah dirakamkan, diterbitkan, dipamerkan, ditayangkan, atau dipro-totaipkan oleh badan luar dari USM. Hal ini bermakna satu senarai badan-badan yang berkenaan mestilah dise-diakan bersama-sama dengan pemarkahan yang wajar. Contohnya, bagi pementasan di Istana Budaya – berapakah markah yang diberikan dll.

(ii) Karya asal dalam seni halus, reka bentuk, muzik, drama dan teater(Kumpulan/kompilasi/susunan) (setiap hasil)

• Antarabangsa 5 - 6

• Kebangsaan 3 - 4

• Negeri 1 - 2

(iii) Kurator/Pengarah/Konduktor/Ahli Pasukan Kreatif(Sila nyatakan tajuk penerbitan, tarikh, tempat dan maklumat lain yang berkenaan)[Setiap projek/karya asal mestilah dipersembahkan/dirakam/dipamer/ditayang/diprototaipkan]

b. Penilaian mestilah terha-dap satu hasil sahaja. Contohnya, drama yang dipentaskan beberapa kali di beberapa tempat akan dikira sekali saja (dengan mengambil peni-laian tertinggi)

• Antarabangsa 5 - 6

• Kebangsaan 3 - 4

• Negeri 1 - 2

(iv) Pendaftaran Reka Bentuk/Akta Reka Bentuk Industri/Jenama(Sila nyatakan tajuk, nombor, tahun dan negara)

• Setiap Negara 3

13

Page 14: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

1.3 Geran Penyelidikan

Hasil Markah Setiap Hasil Catatan

(a) Antarabangsa Contoh :• Ketua Program

(top dowm multiple projects)10 •

••

Badan AntarabangsaPersatuan ProfesionalIndustri

Ketua Projek

Penyelidik bersama

5

2

(b) Kebangsaan Contoh :• Ketua Program 5 • Kementerian

- Techno Fund- PR/SR- Science Fund- SAGA- FRGSAgensi Kerajaan- FELDAIndusrti- INTEL- TORAY

Ketua Projek

Penyelidik bersama

3

1

(c) Universiti Geran Penyelidikan Jangka Pendek atau yang setaraf dengannya

• Ketua Projek 2

• Penyelidik bersama 1

1.4 Penerbitan Lain

Hasil Markah Setiap Hasil Catatan

(a) (i) Buku Teks 1 - 4 1. Perlu kelulusan Kementerian- Prauniversiti

- Sekolah Menengah - Sekolah Rendah 2. Proses penilaian dan

penyuntingan- Prasekolah

(ii) Buku Ilmiah Popular 2 3. Penerbit yang diiktiraf

Perlu berkaitan dengan bidang kepakaran.

14

Page 15: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

(b) Kerja Penyuntingan Buku/Video dan lain-lain

1 - 4 Perlu diperakui oleh PTJ atau yang setaraf dengannya

(c) CAI/Multimedia 1 - 3 Penilaian dibuat oleh PTPM atau JK pada peringkat PTJ.

(d) Video/Audio 1 - 2 Penilaian dibuat oleh PTPM atau JK pada peringkat PTJ.

(e) Novel/Antologi Cerpen/Antologi/ Puisi 1 - 2

(f) Media Massa (Arus Perdana) 1 Penulisan / skrip untuk diterbitkan dalam surat khabar, majalah, radio, televisyen dan sebagainya

(g) Laporan Contoh :Prosedur operasi standard :• Malaysian Standard

• Klinikal 1

• Teknikal 1 • Garis Panduan Amalan Klinikal (Clinical Pratice Guideline)

• Prosedur Operasi Standard 1 - 2

2.0 Pengajaran dan Penyeliaan

Hasil Markah Setiap Hasil Catatan

(a) Pengajaran Siswazah / Prasiswazah 1 Pengalaman mengajar sebelum berkhidmat dengan USM juga diambil kira.

• Kursus dengan enrolmen melebihi 200 pelajar akan memperoleh 1 markah tambahan

• Bagi pengajaran berkumpulan (team teaching), markah akan dibahagikan dengan bilangan pensyarah

(b) Penyeliaan Siswazah (setiap pelajar yang berijazah)

1. Markah untuk bahagian (iii), (iv) dan (v) akan dibahagi-kan dengan bilangan penyelia jika diselia secara bersama.

(i) PhD• Penyelia Utama 8 • Penyelia Bersama 4

(ii) Sarjana (Penyelidikan) 2. Penilai diminta memberikan ulasan jika calon :• Penyelia Utama 4

• Penyelia Bersama 2 • tidak pernah menyelia•

15

Page 16: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

menjadi penyelia sama tetapi tidak pernah menjadi penyelia utama

(iii) Disertasi Kedoktoran (Mod Campuran)/MMed (Mod Campuran)

3. Pengalaman menyelia sebelum berkhidmat dengan USM juga diambil kira.

• Penyelia Utama 2• Penyelia Bersama 1

(iv) Disertasi Sarjana (Mod Campuran) 1

(v) Projek (Mod Kerja kursus) 1(1 markah bagi setiap 2 projek)

(c) Penyeliaan Prasiswazah (setiap projek yang selesai – sertakan salinan halaman penghargaan laporan)(i) Tahun akhir 1

(1 markah bagi setiap 5 pelajar)

(ii) Tahun-tahun yang berlainan(100% kerja kursus)(1 markah bagi setiap 5 pelajar)

1

(iii) Latihan Industri/Amali(1 markah bagi setiap 5 pelajar)

1

(d) Perkhidmatan Profesional(i) Pendidikan Berterusan

(bagi setiap persembahan)1

(ii) Praktis (bagi setiap tahun)• Klinikal 1• Kejuruteraan 1• Seni Bina 1• lain-lain 1

(iii) Penyeliaan (bagi setiap tahun)• Houseman 1• Chambering 1• lain-lain 1

16

Page 17: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

3.0 Sanjungan dan Kepemimpinan Akademik

Hasil Markah Setiap Hasil Catatan

(a) Anugerah Akademik (Pengiktirafan yang diperoleh daripada badan berprestij berasaskan pencapaian akademik)

• PTJ sediakan senarai tambahan

• Anugerah yang dicalon atau memohon sendiri• Antabangsa 8 - 12

• Kebangsaan 6 - 10

(b) Penilai/Pemeriksa Pemeriksa Dalam Projek / Tesis Mod Kerja Kursus tidak diambil kira.

(i) Penilai Akademik / Pemeriksa Luar / Ahli Lembaga Pengajian

5

(ii) Pemeriksa Luar Tesis• Doktor Falsafah 5• Doktor Falsafah (Mod Campuran) 3• Doktor Falsafah (Kerja Kursus) 2• Sarjana 3• Sarjana (Mod Campuran) 2• Sarjana (Kerja Kursus) 1

(iii) Pemeriksa Dalam Tesis• Doktor Falsafah 3• Doktor Falsafah (Mod Campuran) 2• Sarjana 2• Sarjana (Mod Campuran) 1

(iv) Penilai Luar Kenaikan Pangkat• Profesor• Profesor Madya

32

(c) (i) Pensyarah Kunjungan / Saintis Kunjungan / Felo Kunjungan / Profesor Kunjungan (tempoh pelantikan minimum sebulan)

Mesti mempunyai surat lantikan berbayar / honorarium daripada Institusi yang dikunjungi.

• Antarabangsa 3 - 5• Kebangsaan 1 - 2

(ii) Pensyarah Kunjungan / Saintis Kunjungan / Felo Kunjungan / Profesor Kunjungan (kurang dari sebulan)• Antarabangsa 3• Kebangsaan 1

17

Page 18: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

(iii) Zamalah• Antarabangsa 6 - 8• Kebangsaan 3 - 5

(d) (i) Wasit Makalah Jurnal Akademik / Penilai Kertas Kerja / Wasit Buku• Antarabangsa 3 - 4• Kebangsaan 1 - 2

(ii) Penilai Teknikal (bagi setiap pelantikan)/Penilai Permohonan Geran (bagi setiap pelantikan)• Antarabangsa 2 - 3• Kebangsaan 1 - 2

(iii) Ahli Panel Forum/Perbincang• Antarabangsa 4 - 5• Kebangsaan 2 - 3

(e) Sidang Editorial (bagi setiap pelantikan)• Antarabangsa 8 (ISI)

6(non-ISI tetapi

diindeks/disorot dalam pangkalan

data antarabangsa)

4 (selainnya)

• Kebangsaan 3

(f) Penyampai Syarahan Ucaptama (Persidangan, Seminar, Simposium serta forum akademik lain yang seumpama dengannya)

• Antarabangsa 6 - 8• Kebangsaan 3 - 5

(g) Anugerah Inovasi Ambil kira markah yang tertinggi sahaja berdasarkan produk. Pembahagian markah dengan pencipta lain bagi produk yang sama

• Antarabangsa 2• Kebangsaan 1

18

Page 19: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

(h) Keahlian Persatuan Profesional/ Akademik(i) Exco (bagi setiap pelantikan)

• Antarabangsa 2• Kebangsaan 1

(ii) Ahli (bagi setiap persatuan)• Antarabangsa 2• Kebangsaan 1

(iii) AJK Persidangan/Seminar/Bengkel• Antarabangsa 2• Kebangsaan 1

4.0 Perundingan

Hasil Markah Setiap Hasil Catatan

(a) Perundingan Dengan Ganjaran Kewangan Universiti/Pusat Pengajian/ Personal(i) Ketua Perunding

• Bercorak Akademik- Antarabangsa

(per RM100,000 per projek)3

- Kebangsaan(per RM100,000 per projek)

2

• Bercorak Penyelidikan - Antarabangsa

(per RM50,000 per projek)3

- Kebangsaan(per RM50,000 per projek)

2

Nilai kontrak boleh dijumlahkan• Bercorak Perkhidmatan

- Antarabangsa(per RM10,000 per kontrak)

2 Markah per projek dibahagikan dengan bilangan perunding

- Kebangsaan(per RM10,000 per kontrak)

1

(ii) Perunding Bersama• Bercorak Akademik

- Antarabangsa(per RM100,000 per projek)

1

- Kebangsaan(per RM100,000 per projek)

1

19

Page 20: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

• Bercorak Penyelidikan- Antarabangsa

(per RM50,000 per projek)1

- Kebangsaan(per RM50,000 per projek)

1

• Bercorak Perkhidmatan- Antarabangsa

(per RM10,000 per kontrak)1

- Kebangsaan(per RM10,000 per kontrak)

1

(b) Pengkomersialan Produk Penyelidikan (per produk)

5

(c) Perundingan Tanpa Ganjaran Kewangan (dengan surat pelantikan / laporan perundingan)

- Antarabangsa 3- Kebangsaan 2

5.0 Khidmat Kepada Universiti

Hasil Markah Setiap Hasil Catatan

(a) Pentadbiran (bagi setiap pelantikan)- Naib Canselor 10- Timbalan Naib Canselor 8- Dekan / Pengarah 6- Timbalan Dekan / Timbalan

Pengarah / Penyelaras Unit / Penggawa

4

- Pengerusi Rancangan / Penolong Penggawa / Felo / Pengurus Program

2

(b) Jawatankuasa Universiti- Ahli atas dasar peribadi 1 - 2

(c) Jawatankuasa Pusat Pengajian- Ahli atas dasar peribadi 1

(d) Mewakili Universiti(Sukan dan Kegiatan Bukan Akademik)

1

20

Page 21: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

6.0 Khidmat Kepada Masyarakat

Hasil Markah Setiap Hasil Catatan

Penglibatan dalam aktiviti pada peringkat :(a) Antarabangsa 4

(b) Kebangsaan 3

(c) Negeri 2

(d) Daerah / Kampung / Institusi (contoh: PIBG, JKKK, RELA, Rukun Tetangga)

1

TNC(A&A)/MSH/HAH/MKMT/SGY Panduan PK 2007

21

Page 22: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007

LAMPIRAN A RANGKA TUGAS DAN KEANGGOTAAN JAWATANKUASA PENSYARAH KANAN

Perwakilan UniversitiJawatankuasa Jawatankuasa Penilaian Awal Jawatankuasa Pemilih Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Jawatankuasa Rayuan

Rangka Tugas Jawatankuasa

1. Menilai borang permohonan

2. Menyediakan faktor penormalan

3. Menetapkan titik "cut-off" untuk penentuan calon-calon yang vitae kurikulumnya dihantarkan kepada Penilai Luar bagi Prof. Madya dan Profesor dan ke Jawatankuasa Pemilih untuk Pensyarah Kanan

4. Berbincang dengan Dekan kes-kes khas jika perlu

5. Menghantar senarai pendek kepada sekretariat untuk tindakan dan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Naib Canselor untuk pertimbangan

1. Menerima perakuan daripada:�6 Jawatankuasa Kelompok

(6 senarai keutamaan)

2. Menimbang setiap permohonan dengan mengambil kira perakuan Dekan dan Penilai-Penilai Luar

3. Menyediakan perakuan kepada LPU:� Senarai keutamaan muktamad

4. Temu duga semua calon yang disenarai pendekkan (kecuali bagi jawatan Pensyarah Kanan)

1. Meluluskan perakuan Jawatan-kuasa Pemilih

2. Menimbang rayuan pemohon

Menimbangkan rayuan daripada calon Tidak melepasi titik ”cut off”

PengerusiJawatankuasa

Dilantik oleh Naib Canselor Naib Canselor (Profesor) Timbalan Naib Canselor(Akademik dan Antarabangsa)(Profesor Madya dan Pensyarah Kanan)

Pengerusi LPU dilantik oleh Menteri Pengajian Tinggi

Dilantik oleh Universiti

Ahli Jawatankuasa Dilantik oleh Naib Canselor Seperti yang ditetapkan oleh Statut Universiti.

Ahli LPU seperti yang ditetapkan oleh Akta dan dilantik oleh Menteri Pengajian Tinggi

Ahli-ahli mestilah bukan daripada kalangan Ahli J/K Penilaian Awal dan J/K Pemilih

Sekretariat Unit Kenaikan Pangkat Akademik (UKPA)

Unit Kenaikan Pangkat Akademik (UKPA) Unit Kenaikan Pangkat Akademik (UKPA)

Unit Kenaikan Pangkat Akademik (UKPA)

Catatan Terdapat 6 Jawatankuasa Kelompok:� Sains Tulen� Kejuruteraan� Sains Gunaan

Jawatankuasa yang ditetapkan oleh Statut Universiti

Badan Tertinggi Universiti

Page 23: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007� Sastera Tulen� Bio-Perubatan � Sastera Gunaan

23

Page 24: Panduan - Utamaregistry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/upps_Buku... · Web viewMarkah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan: Tiada markah tambahan akan diberikan bagi

USM PK/BUKU PANDUAN 2007