panduan permohonan bantuan zakat fakir …maidam.gov.my/index.php/files/panduan_permohon… · ·...
TRANSCRIPT
PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT FAKIR MISKIN
1) Pemohon perlu melayari http://www.espmb.com/maidam_zakat/ menggunakan perisian
google chrome. Rajah 1 di bawah ialah senarai borang permohonan dalam sistem permohonan
zakat. Pemohon perlu memilih borang permohonan Bantuan Sosial & Ekonomi.
Rajah 1
2) Pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan/Nombor Pasport/Nombor kad memeluk
Islam seperti Paparan Rajah 2. Seterusnya tekan butang Masuk dan paparan seperti Rajah 3
akan dipaparkan.
Rajah 2
3) Isi semua maklumat pemohon seperti Rajah 3. Seterusnya akhir sekali, selepas semua maklumat
diisi, tekan butang Hantar Permohonan.
Rajah 3
4) Sekiranya permohonan berjaya di hantar, paparan yang dipaparkan adalah seperti Rajah 4 di
bawah. Seterusnya tekan butang Cetak Maklumat dan paparan seperti Rajah 5 akan dipaparkan.
Rajah 4
5) Seterusnya cetak maklumat seperti Paparan Rajah 5 dan sila buat pengesahan daripada Amil
Zakat / Jkkk / Penghulu / YB pada item no 11. Seterusnya hantar dokumen yang diperlukan
seperti pada item Senarai Semak Permohonan Bantuan Zakat ke Bahagian Agihan Zakat Majlis
Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.
Rajah 5