panduan penyediaan rp

19

Click here to load reader

Post on 21-Oct-2014

2.143 views

Category:

Economy & Finance


10 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

BAHAGIAN 1 :

PAGE

BAHAGIAN 1 :

PENGENALAN

BAHAGIAN 2 :

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

BAHAGIAN 3 :

RINGKASAN EKSEKUTIF

BAHAGIAN 4 :

ANALISIS INDUSTRI

BAHAGIAN 5:

DESKRIPSI PERNIAGAAN

BAHAGIAN 6 :

RANCANGAN OPERASI / PENGELUARAN

BAHAGIAN 7 :

RANCANGAN PEMASARAN

.

BAHAGIAN 8 :

RANCANGAN ORGANISASI

BAHAGIAN 9 :

RANCANGAN KEWANGAN

BAHAGIAN 10 :

PENUTUP

LAMPIRAN

Logo

Logo

Nama Perniagaan

Nama Usahawan

Pendahuluan

Bahagian ini memberikan gambaran ringkas dan spesifikasi berkenaan aktiviti perniagaan dan maklumat-maklumat berkaitan.

Jenis perniagaan yang diceburi

Nama dan lokasi / alamat perniagaan.

Tarikh perniagaan akan beroperasi

Tren pasaran yang menjustifikasikan projek yang dirancang

Tujuan RP

Menyatakan dengan spesifik sebab RP disediakan. Antaranya ialah seperti berikut :-

Memohon pembiayaan kewangan dari institusi kewangan atau berkaitan, nyatakan amaun dari institusi kewangan berkaitan.

Merancang perlaksanaan projek baru.

Dijadikan sebagai garis panduan menguruskan perniagaan.

Menilai daya maju projek yang dicadangkan dan sebagainya.

Latar Belakang Perniagaan

Membentangkan maklumat-maklumat perniagaan yang dirancangkan

Alamat

Nyatakan alamat perniagaan dan alamat surat menyurat

Bentuk Perniagaan

Nyatakan perniagaan berbentuk perseorangan atau perkongsian.

Tarikh dan No. Pendaftaran

Hanya untuk perniagaan yang telah didaftarkan. Jika belum berdaftar, nyatakan dalam proses pendaftaran.

Modal Permulaan

Merupakan jumlah modal yang dilaburkan oleh usahawan ke dalam perniagaan.

Bank

Nyatakan bank di mana perniagaan mempunyai akaun.

Latar Belakang Pemilik Dan Rakan Kongsi

Menyediakan maklumat-maklumat pemilik atau pemilik-pemilik perniagaan dan perlu disediakan untuk setiap rakan kongsi.

- Nama Penuh- Taraf Perkahwinan

- No. Kad Pengenalan- Kelulusan Akademik

- Tarikh Lahir- Kursus yang Pernah Dihadiri

- Umur- Kemahiran

- Jantina- Pengalaman

- Alamat Tatap- Pekerjaan sekarang

- No. Telefon- Perniagaan lain yang diceburi

Penulisan ringkasan eksekutif perlu berperenggan. Namun begitu ia hendaklah ringkas, padat, jelas dan menarik.

Ia juga mestilah mudah dibaca dan difahami bagi mendapatkan perhatian dan meyakinkan pelbagai pihak terhadap keseluruhan terhadap rancangan perniagaan.

Butir-butir yang perlu dinyatakan :-

Tujuan

Menetapkan tujuan yang hendak dicapai dan dinyatakan dengan jelas dan sesuai dengan kemampuan atau kebolehan usahawan.

Definisi perniagaan

Menjelaskan perniagaan dan sasaran pasaran bagi perkhidmatan. Penerangan juga perlu menunjukkan kelebihan produk berbanding pesaing serta pentingnya produk ini dalam pasaran.

Pandangan menyeluruh

Menonjolkan kekuatan dan kemungkinan untuk terus wujud dalam pasaran dengan menyatakan kejayaan-kejayaan lepas yang pernah dicapai dan boleh membantu meningkatkan imej perniagaan.

Keperluan kewangan

Menjelaskan sumber kewangan yang diperoleh serta menyatakan ramalan kewangan untuk tiga tahun pertama beroperasi, pelaburan yang akan dibuat dan pinjaman jangka panjang untuk perkembangan perniagaan.

Pertumbuhan

Menerangkan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan perlaksanaan rancangan perniagaan berjalan lancar. Penjelasan perancangan strategik dan aktiviti-aktiviti perniagaan akan memberi jaminan pulangan ke atas pelaburan yang telah dilakukan.

Menggambarkan persekitaran industri perniagaan yang diceburi dengan mengenalpasti ciri-ciri berikut :

Persaingan

Siapa pesaing yang akan dihadapi dan buat analisis terhadap pesaing dari segi kekuatan produk, syer pasaran yang dimiliki dan strategi promosi yang digunakan.

Pesaing Utama

Buat analisis tentang pesaing utama kepada perniagaan dan kenalpasti sama ada produk yang dikeluarkan oleh pesaing utama mempunyai ciri persamaan atau sebagai produk pengganti

Pemimpin Industri

Siapa pesaing yang mengawal syer pasaran yang paling besar dan bagaimanakah ia mendahului pesaing lain dari segi harga, penawaran produk baru dan kepelbagaian ciri produk, cakupan agiahn pasaran dan kesungguhan dalam promosi produk.

Tingkat Jualan

Menentukan kuantiti perkhidmatan yang akan dikeluarkan, menyatakan syer pasaran yang dijangka kan diperolehi serta buat ramalan kuantiti jualan 1 tahun.

Produk Tandingan

Memastikan perkhidmatan sesuai dengan keperluan semasa dan mempunyai kelebihan berbanding pesaing.

Harga

Menganalisis strategi harga pesaing samada harga tinggi @ harga rendah. Menetapkan strategi harga seunit perkhidmatan serta menyatakan matlamat penentuan harga dari segi aras keuntungan (markup & margin), peratus syer pasaran dan jumlah nilai jualan.

Menyatakan jenis produk, cara dan jumlah yang akan dikeluarkan oleh organisasi, liputan serta syer pasaran yang dijangkakan.

Produk yang dikeluarkan mestilah bersesuaian dengan keperluan dan kehendak pengguna, berkualiti dan dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

Perkara-perkara yang perlu dijelaskan :-

Produk yang sedang dipasarkan atau yang dirancang untuk dipasarkan.

Anggaran harga seunit setiap produk.

Anggaran kuantiti dikeluarkan sebulan dan anggaran jumlah jualan sebulan.

Kebaikan produk, kegunaan, spesifikasi, pembungkusan, reka bentuk, keistimewaan dan faedah yang boleh diperolehi oleh pelanggan.

Perlindungan undang-undang untuk setiap produk.

Kelulusan daripada pihak-pihak tertentu sama ada telah diperolehi atau tidak untuk menjual produk tersebut.

Produk

Nyatakan hasil operasi / pengeluaran atau jam operasi perkhidmatan mengikut kesesuaian projek. Anggaran pengeluaran perlu selaras dengan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.

Proses Operasi / Pengeluaran

Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran atau penyediaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan.

Carta Aliran Proses

Persembahkan proses operasi / pengeluaran di dalam bentuk Carta Aliran Proses (Carta Skematik)

Operasi Pengeluaran

Menyatakan teknik pengeluaran yang digunakan sama ada secara manual atau menggunakan teknologi terkini.

Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran / operasi perniagaan. Nyatakan

Jenis dan model

Kegunaan dan kapasiti

Harga seunit

pembekal mesin dan peralatan berkenaan.

Lukiskan susun atur ruang operasi perniagaan dengan menyatakan faktor-faktor utama yang diambilkira. Sesuaikan susun atur ruang operasi dengan keperluan perniagaan dan sertakan pelan susunatur berkenaan.

Lokasi

Jika pejabat pentadbiran dan kilang atau tapak operasi berada di lokasi yang berlainan, nyatakan di sini lokasi kilang atau perniagaan beroperasi.

Nyatakan juga status bangunan sama ada disewa, dibeli siap atau dibina sendiri; serta sewa bulanannya. Jika bangunan disewa, nyatakan deposit sewa yang perlu dibayar sebelum menduduki bangunan. Nyatakan kalau ubahsuai perlu dilakukan serta kos yang terlibat.

Rancangan Operasi / Pengeluaran (Samb)

Bahan Mentah

Senaraikan bahan mentah atau barangniaga yang diperlukan. Senarai ini perlu dilengkapkan dengan harga belian bahan berkenaan. Nyatakan juga kalau belian dibuat secara kredit atau tunai.

Jumlah stok simpanan boleh dinyatakan sebahagian daripada pembelian bulanan atau sebagai sebahagian daripada jumlah belian setahun.

Sumber Tenaga Manusia

Jawatan dan Bilangan Pekerja

Nyatakan nama jawatan yang wujud dalam aktiviti pengeluaran produk dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan berkenaan.

Spesifikasi Tugas

Huraian Tugas- nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan yang dinyatakan

Imbuhan Gaji dan Ganjaran

Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan, mingguan atau harian bagi setiap jawatan atau pekerja termasuk caruman KWSP dn PERKESO yang berkaitan.

Anggaran Perbelanjaan Operasi / Pengeluaran

Kenalpasti kos pengeluaran yang terlibat dalan rancangan operasi dan jumlahkan mengikut kategori-kategori berikut :-

Kos Overhead

Perbelanjaan Aset Tetap

Perbelanjaan Bulanan

Lain-lain Perbelanjaan

Target jualan

Sasaran Pasaran

Nyatakan profil pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti dan wujudkan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen pasaran di kawasan berkenaan

Saiz Pasaran

Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit atau ringgit jualan atau kerdua-duanya sekali. Ini merupakan langkah pertama dapat menganggarkan ramalan jualan

Pesaing

Senaraikan pesaing yang wujud dalam kawasan pasaran. Sekiranya mempunyai ramai pesaing, senaraikan yang perlu. Nyatakan kekuatan dan kelemahan semua pesaing yang telah dikenalpasti

Syer Pasaran

Dengan mengambilkira saiz pasaran, pesaing-pesaing yang ada, nyatakan pembahagian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan

Ramalan Jualan

Sediakan pelunjuran bulanan untuk tahun pertama dan seterusnya anggaran ramalan jualan tahunan untuk tahun kedua dan ketiga.

Rancangan Pemasaran (Samb)

Strategi Pemasaran

Huraikan secara ringkas strategi yang akan dilaksanakan bagi aspek-aspek berikut :-

Strategi Produk

Bentuk barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan (rekabentuk @ jaminan serta perkhidmatan selepas jualan).

Strategi Promosi

jenis promosi yang dipilih dan keberkesanannya

keluasan pasaran

sasaran pelanggan

media

kos

Strategi Harga

jadi peneraju harga untuk rebut peluang pasaran

harga pesaing

harga terendah

harga tinggi

perlu berpatutan

mencerminkan pasaran

Agihan

jenis saluran agihan dan keberkesanan

jaminan produk sampai pada masa

Rancangan Pemasaran (Samb)

Sumber Tenaga Manusia

Jawatan dan Bilangan Pekerja

Nyatakan nama jawatan yang wujud dalam aktiviti pemasaran produk dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan tersebut.

Spesifikasi Tugas

Nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan yang dinyatakan

Imbuhan Gaji dan Ganjaran

Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan, mingguan atau harian bagi setiap jawatan atau pekerja termasuk caruman KWSP dan PERKESO yang berkaitan.

Anggaran Perbelanjaan Pemasaran

Kategorikan perbelanjaan-perbelanjaan pemasaran yang terlibat di dalam Rancangan Pemasaran mengikut kategori-kategori berikut

Perbelanjaan aset tetap / modal

Perbelanjaan bulanan

Lain-lain perbelanjaan

Pengenalan

Menerangkan alamat penuh serta meukis pelan lokasi ringkas yang menunjukkan jalan-jalan utama, bangunan-bangunan berhampiran yang utama serta tapak perniagaan.

Jelaskan juga bentuk bangunan yang dipilih iaitu dari jenis rumah kedai, bangunan kilang, ruang di dalam kompleks membeli belah, bengkel dan sebagainya.

Nyatakan samada premis perniagaan disewa, dibeli atau dibina. Jelaskan juga kemudahan infreastruktur yang ada seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya.

Matlamat dan Strategi Organisasi

Menyatakan matlamat organisasi dengan jelas. Cth : meningkatkan jumlah jualan, jumlah keuntungan dsbnya.

Menjelaskan strategi yang dibentuk / pendekatan yang sistematik untuk mencapai matlamat tersebut.

Struktur dan Perancangan Organisasi

Menjelaskan tenaga penggerak utama organisasi, pengalaman, kelulusan, tugas dan tanggungjawab merekabentuk aktiviti yang dijalankan dan pelaksanaan aktiviti peniagaan yang dirancang.

Jelaskan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap organisasi serta pendekatan / kaedah dan faktor-faktor yang boleh membawa kejayaan.

Carta organisasi

Lukis dan jelaskan secara ringkas carta organisasi yang dirancangkan.

Rancangan Organisasi (Samb)

Sumber Tenaga Manusia

Jawatan dan Bilangan Pekerja

Nyatakan jawatan yang wujud dalam pentadbiran perniagaan dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan berkenaan.

Spesifikasi Tugas

Nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan yang dinyatakan.

Imbuhan Gaji dan Ganjaran

Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan, mingguan atau harian bagi setiap jawatan serta pekerja termasuk caruman KWSP dan PERKESO yang berkaitan.

Keperluan Pejabat

Nyatakan keperluan pejabat pentadbiran perniagaan :-

Perabot

Peralatan dan kelengkapan pejabat

Bekalan pejabat.

Anggaran Perbelanjaan Organisasi / Pentadbiran

Kategorikan perbelanjaan-perbelanjaan yang terlibat di dalam organisasi perniagaan mengikut kategori berikut :-

Perbelanjaan aset tetap

Perbelanjaan bulanan

Lain-lain perbelanjaan

Kos Perlaksanaan Projek

Pelaburan Aset Tetap

Merujuk kepada perbelanjaan harta yang diperlukan termasuk semua aset tetap yang dibeli dengan tunai, sewabeli atau pinjaman. Nyatakan harga belian aset-aset

Modal Pusingan

Merujuk kepada kpeperluan jangka pendek perniagaan bagi membolehkan perniagaan beroperasi dengan licin. Modal pusingan merangkumi keperluan jangka pendek perbelanjaan organisasi, pemasaran dan operasi / pengeluaran.

Lain-lain Perbelanjaan

Merujuk kepada lain-lain perbelanjaan yang perlu dibuat untuk membolehkan perniagaan atau projek dilaksanakan. Contoh lain-lain perbelanjaan ialah seperti bayaran deposit, pendaftaran perniagaan, kursus-kursus yang perlu dihadiri dan lesen-lesen tertentu yang perlu dibayar.

Perbelanjaan Luar jangka

Merupakan sejumlah wang tambahan yang diperuntukkan untuk melaksanakan projek atau perniagaan yang dirancang. Kebiasaannya jumlah yang diperuntukkan ialah sebanyak 5 hingga 10 peratus daripada keseluruhan kos.

Sumber Pembiayaan

Modal sendiri

Merujuk kepada modal usahawan dan rakan kongsi perniagaan yang disumbangkan kepada perniagaan. Modal sendiri ini meliputi wang tunai dan aset-aset yang lain.

Rancangan Kewangan (Samb)

Pinjaman

Merujuk kepada pinjaman berpenggal yang dibuat dengan institusi kewangan ataupun pinjaman jangka pendek yang ditawarkan oleh pembekal atau pihak institusi kewangan yang tertentu.

Sewabeli

Merujuk kepada pembiayaan untuk pembelian aset-aset tetap perniagaan seperti kenderaan, mesin, peralatan-peralatan pejabat dan perabot. Jumlah pembiayaan kebiasaannya pada tahap 80 peratus dari nilai aset berkenaan. Bakinya perlu diserap dalam modal tunai sebagai bayaran muka pembiayaan aset tersebut.

Jadual-Jadual Bayaran Balik dan Susut Nilai

Jadual Bayaran Balik Pinjaman

Jadual ini disediakan untuk merancang amaun yang perlu dibayar balik oleh usahawan atas pinjaman yang dibuat.

Jadual Bayaran Balik Sewa Beli

Jadual ini disedia untuk merancang amaun bayaran balik sewa beli yang perlu dibuat oleh usahawan terhadap kemudahan yang diperolehi.

Jadual Susutnilai Aset Tetap

Jadual perlu disediakan bagi kesemua aset tetap milik perniagaan, sama ada yang disumbangkan atau yang dibeli secara sewabeli atau pinjaman.

Rancangan Kewangan (Samb)

Proforma Penyata Kewangan (tempoh perakaunan 1 tahun)

Proforma bermaksud ramalan atau jangkaan.

Proforma Penyata Aliran Tunai (12 bulan)

Penyata aliran wang tunai disediakan untuk tempoh 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Seterusnya aliran wang tunai secara tahunan disediakan bagi tahun kedua dan ketiga.

Proforma Penyata Pengeluaran

Penyata ini disediakan bagi perniagaan dalam bidang pengeluaran atau pengilangan sahaja. kOs pengeluaran yang diperolehi dipindahkan ke Penyata Perdagangan untuk pengiraan Untng Kasar. Penyata ini disediakan pada akhir tahun 1, 2 dan 3.

Proforma Penyata Perdagangan

Penyata Perdagangan disediakan bagi perniagaan dalam bidang pembuatan dan perdagangan. Untung kasar yang diperolehi seterusnya dipindahkan ke Penyata Untung dan Rugi. Penyata ini disediakan pada akhir tahun 1, 2 dan 3.

Proforma Penyata Pendapatan

Penyata Pendapatan disediakan bagi perniagaan dalam semua bidang iaitu pembuatan, perdagangan dan perkhidmatan. Untung Bersih yang diperolehi merupakan untung bersih sebelum cukai. Penyata ini disediakan pada akhir tahun 1, 2 dan 3.

Proforma Penyata Kunci Kira-kira

Penyata Kunci Kira-Kira disediakan untuk menunjukkan aset-aset perniagaan dan hubungannya dengan sumber-sumber perniagaan. Penyata Kira-kira juga disediakan pada akhir tahun 1, 2 dan 3

Merumuskan semua perancangan yang telah dilaksanakan secara ringkas, tepat dan padat. Di sini usahawan boleh menghuraikan secara ringkas tentang daya maju projek yang dirancangkannya.

Memuatkan semua perkara tambahan yang perlu untuk memantapkan lagi RP. Ini termasuklah dokumen-dokumen sokongan, sebut harga pembekal, tempahan dari pelanggan, salinan lesen-lesen perniagaan dan sebagainya.

PAGE

16