panduan penyediaan rp

19
BAHAGIAN 1 : PENGENALAN 1 Logo Logo Nama Perniagaan Nama Usahawan Pendahuluan Bahagian ini memberikan gambaran ringkas dan spesifikasi berkenaan aktiviti perniagaan dan maklumat-maklumat berkaitan. Jenis perniagaan yang diceburi Nama dan lokasi / alamat perniagaan. Tarikh perniagaan akan beroperasi Tren pasaran yang menjustifikasikan projek yang dirancang Tujuan RP Menyatakan dengan spesifik sebab RP disediakan. Antaranya ialah seperti berikut :- Memohon pembiayaan kewangan dari institusi kewangan atau berkaitan, nyatakan amaun dari institusi kewangan berkaitan. Merancang perlaksanaan projek baru. Dijadikan sebagai garis panduan menguruskan perniagaan. Menilai daya maju projek yang dicadangkan dan sebagainya.

Upload: saujanaworld

Post on 20-Nov-2014

1.012 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan penyediaan rp

BAHAGIAN 1 :

PENGENALAN

1

Logo

LogoNama PerniagaanNama Usahawan

Pendahuluan

Bahagian ini memberikan gambaran ringkas dan spesifikasi berkenaan

aktiviti perniagaan dan maklumat-maklumat berkaitan.

Jenis perniagaan yang diceburi

Nama dan lokasi / alamat perniagaan.

Tarikh perniagaan akan beroperasi

Tren pasaran yang menjustifikasikan projek yang dirancang

Tujuan RP

Menyatakan dengan spesifik sebab RP disediakan. Antaranya ialah

seperti berikut :-

Memohon pembiayaan kewangan dari institusi kewangan atau

berkaitan, nyatakan amaun dari institusi kewangan berkaitan.

Merancang perlaksanaan projek baru.

Dijadikan sebagai garis panduan menguruskan perniagaan.

Menilai daya maju projek yang dicadangkan dan sebagainya.

Page 2: Panduan penyediaan rp

Latar Belakang Perniagaan

Membentangkan maklumat-maklumat perniagaan yang dirancangkan

Alamat Nyatakan alamat perniagaan dan alamat surat menyurat

Bentuk PerniagaanNyatakan perniagaan berbentuk perseorangan atau perkongsian.

Tarikh dan No. Pendaftaran

Hanya untuk perniagaan yang telah didaftarkan. Jika belum

berdaftar, nyatakan dalam proses pendaftaran.

Modal Permulaan

Merupakan jumlah modal yang dilaburkan oleh usahawan ke

dalam perniagaan.

BankNyatakan bank di mana perniagaan mempunyai akaun.

Latar Belakang Pemilik Dan Rakan Kongsi

Menyediakan maklumat-maklumat pemilik atau pemilik-pemilik

perniagaan dan perlu disediakan untuk setiap rakan kongsi.

- Nama Penuh - Taraf Perkahwinan

- No. Kad Pengenalan - Kelulusan Akademik

- Tarikh Lahir - Kursus yang Pernah Dihadiri

- Umur - Kemahiran

- Jantina - Pengalaman

- Alamat Tatap - Pekerjaan sekarang

- No. Telefon - Perniagaan lain yang diceburi

BAHAGIAN 2 :

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

2

Page 3: Panduan penyediaan rp

BAHAGIAN 3 :

RINGKASAN EKSEKUTIF

3

Penulisan ringkasan eksekutif perlu berperenggan. Namun begitu ia

hendaklah ringkas, padat, jelas dan menarik.

Ia juga mestilah mudah dibaca dan difahami bagi mendapatkan perhatian

dan meyakinkan pelbagai pihak terhadap keseluruhan terhadap rancangan

perniagaan.

Butir-butir yang perlu dinyatakan :-

Tujuan

Menetapkan tujuan yang hendak dicapai dan dinyatakan dengan jelas

dan sesuai dengan kemampuan atau kebolehan usahawan.

Definisi perniagaan

Menjelaskan perniagaan dan sasaran pasaran bagi perkhidmatan.

Penerangan juga perlu menunjukkan kelebihan produk berbanding

pesaing serta pentingnya produk ini dalam pasaran.

Pandangan menyeluruh

Menonjolkan kekuatan dan kemungkinan untuk terus wujud dalam

pasaran dengan menyatakan kejayaan-kejayaan lepas yang pernah

dicapai dan boleh membantu meningkatkan imej perniagaan.

Keperluan kewangan

Menjelaskan sumber kewangan yang diperoleh serta menyatakan

ramalan kewangan untuk tiga tahun pertama beroperasi, pelaburan

yang akan dibuat dan pinjaman jangka panjang untuk perkembangan

perniagaan.

Pertumbuhan

Menerangkan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan

perlaksanaan rancangan perniagaan berjalan lancar. Penjelasan

perancangan strategik dan aktiviti-aktiviti perniagaan akan memberi

jaminan pulangan ke atas pelaburan yang telah dilakukan.

Page 4: Panduan penyediaan rp

BAHAGIAN 4 :

ANALISIS INDUSTRI

4

Menggambarkan persekitaran industri perniagaan yang diceburi dengan

mengenalpasti ciri-ciri berikut :

Persaingan

Siapa pesaing yang akan dihadapi dan buat analisis terhadap pesaing

dari segi kekuatan produk, syer pasaran yang dimiliki dan strategi

promosi yang digunakan.

Pesaing Utama

Buat analisis tentang pesaing utama kepada perniagaan dan kenalpasti

sama ada produk yang dikeluarkan oleh pesaing utama mempunyai ciri

persamaan atau sebagai produk pengganti

Pemimpin Industri

Siapa pesaing yang mengawal syer pasaran yang paling besar dan

bagaimanakah ia mendahului pesaing lain dari segi harga, penawaran

produk baru dan kepelbagaian ciri produk, cakupan agiahn pasaran

dan kesungguhan dalam promosi produk.

Tingkat Jualan

Menentukan kuantiti perkhidmatan yang akan dikeluarkan,

menyatakan syer pasaran yang dijangka kan diperolehi serta buat

ramalan kuantiti jualan 1 tahun.

Produk Tandingan

Memastikan perkhidmatan sesuai dengan keperluan semasa dan

mempunyai kelebihan berbanding pesaing.

Harga

Menganalisis strategi harga pesaing samada harga tinggi @ harga

rendah. Menetapkan strategi harga seunit perkhidmatan serta

menyatakan matlamat penentuan harga dari segi aras keuntungan

(markup & margin), peratus syer pasaran dan jumlah nilai jualan.

Page 5: Panduan penyediaan rp

BAHAGIAN 5:

DESKRIPSI PERNIAGAAN

5

Menyatakan jenis produk, cara dan jumlah yang akan dikeluarkan oleh

organisasi, liputan serta syer pasaran yang dijangkakan.

Produk yang dikeluarkan mestilah bersesuaian dengan keperluan dan

kehendak pengguna, berkualiti dan dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

Perkara-perkara yang perlu dijelaskan :-

Produk yang sedang dipasarkan atau yang dirancang untuk dipasarkan.

Anggaran harga seunit setiap produk.

Anggaran kuantiti dikeluarkan sebulan dan anggaran jumlah jualan sebulan.

Kebaikan produk, kegunaan, spesifikasi, pembungkusan, reka bentuk,

keistimewaan dan faedah yang boleh diperolehi oleh pelanggan.

Perlindungan undang-undang untuk setiap produk.

Kelulusan daripada pihak-pihak tertentu sama ada telah diperolehi atau tidak

untuk menjual produk tersebut.

Page 6: Panduan penyediaan rp

BAHAGIAN 6 :

RANCANGAN OPERASI / PENGELUARAN

6

Produk

Nyatakan hasil operasi / pengeluaran atau jam operasi perkhidmatan

mengikut kesesuaian projek. Anggaran pengeluaran perlu selaras

dengan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan

Pemasaran.

Proses Operasi / Pengeluaran

Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran atau

penyediaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan.

Carta Aliran Proses

Persembahkan proses operasi / pengeluaran di dalam bentuk Carta

Aliran Proses (Carta Skematik)

Operasi Pengeluaran

Menyatakan teknik pengeluaran yang digunakan sama ada secara

manual atau menggunakan teknologi terkini.

Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian

selaras dengan keperluan pengeluaran / operasi perniagaan.

Nyatakan

Jenis dan model

Kegunaan dan kapasiti

Harga seunit

pembekal mesin dan peralatan berkenaan.

Lukiskan susun atur ruang operasi perniagaan dengan menyatakan

faktor-faktor utama yang diambilkira. Sesuaikan susun atur ruang

operasi dengan keperluan perniagaan dan sertakan pelan susunatur

berkenaan.

Lokasi

Jika pejabat pentadbiran dan kilang atau tapak operasi berada di lokasi

yang berlainan, nyatakan di sini lokasi kilang atau perniagaan

beroperasi.

Nyatakan juga status bangunan sama ada disewa, dibeli siap atau

dibina sendiri; serta sewa bulanannya. Jika bangunan disewa,

nyatakan deposit sewa yang perlu dibayar sebelum menduduki

bangunan. Nyatakan kalau ubahsuai perlu dilakukan serta kos yang

terlibat.

Page 7: Panduan penyediaan rp

7

Rancangan Operasi / Pengeluaran (Samb)

Bahan Mentah

Senaraikan bahan mentah atau barangniaga yang diperlukan. Senarai

ini perlu dilengkapkan dengan harga belian bahan berkenaan.

Nyatakan juga kalau belian dibuat secara kredit atau tunai.

Jumlah stok simpanan boleh dinyatakan sebahagian daripada

pembelian bulanan atau sebagai sebahagian daripada jumlah belian

setahun.

Sumber Tenaga Manusia

Jawatan dan Bilangan Pekerja

Nyatakan nama jawatan yang wujud dalam aktiviti pengeluaran

produk dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan berkenaan.

Spesifikasi Tugas

Huraian Tugas- nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap

jawatan yang dinyatakan

Imbuhan Gaji dan Ganjaran

Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan,

mingguan atau harian bagi setiap jawatan atau pekerja

termasuk caruman KWSP dn PERKESO yang berkaitan.

Anggaran Perbelanjaan Operasi / Pengeluaran

Kenalpasti kos pengeluaran yang terlibat dalan rancangan operasi dan

jumlahkan mengikut kategori-kategori berikut :-

Kos Overhead

Perbelanjaan Aset Tetap

Perbelanjaan Bulanan

Lain-lain Perbelanjaan

Page 8: Panduan penyediaan rp

BAHAGIAN 7 :

RANCANGAN PEMASARAN

.

8

Target jualan

Sasaran Pasaran

Nyatakan profil pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang

dipilih. Kenalpasti dan wujudkan kumpulan pelanggan yang

berbeza atau segmen pasaran di kawasan berkenaan

Saiz Pasaran

Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit atau ringgit jualan

atau kerdua-duanya sekali. Ini merupakan langkah pertama

dapat menganggarkan ramalan jualan

Pesaing

Senaraikan pesaing yang wujud dalam kawasan pasaran.

Sekiranya mempunyai ramai pesaing, senaraikan yang perlu.

Nyatakan kekuatan dan kelemahan semua pesaing yang telah

dikenalpasti

Syer Pasaran

Dengan mengambilkira saiz pasaran, pesaing-pesaing yang

ada, nyatakan pembahagian pasaran atau syer pasaran untuk

perniagaan yang dicadangkan

Ramalan Jualan

Sediakan pelunjuran bulanan untuk tahun pertama dan

seterusnya anggaran ramalan jualan tahunan untuk tahun

kedua dan ketiga.

Page 9: Panduan penyediaan rp

9

Rancangan Pemasaran (Samb)

Strategi Pemasaran

Huraikan secara ringkas strategi yang akan dilaksanakan bagi

aspek-aspek berikut :-

Strategi Produk

Bentuk barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan

kepada pelanggan (rekabentuk @ jaminan serta

perkhidmatan selepas jualan).

Strategi Promosi

jenis promosi yang dipilih dan keberkesanannya

keluasan pasaran

sasaran pelanggan

media

kos

Strategi Harga

jadi peneraju harga untuk rebut peluang pasaran

harga pesaing

harga terendah

harga tinggi

perlu berpatutan

mencerminkan pasaran

Agihan

jenis saluran agihan dan keberkesanan

jaminan produk sampai pada masa

Page 10: Panduan penyediaan rp

10

Rancangan Pemasaran (Samb)

Sumber Tenaga Manusia

Jawatan dan Bilangan Pekerja

Nyatakan nama jawatan yang wujud dalam aktiviti

pemasaran produk dan bilangan pekerja untuk setiap

jawatan tersebut.

Spesifikasi Tugas

Nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan yang

dinyatakan

Imbuhan Gaji dan Ganjaran

Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan,

mingguan atau harian bagi setiap jawatan atau pekerja

termasuk caruman KWSP dan PERKESO yang berkaitan.

Anggaran Perbelanjaan Pemasaran

Kategorikan perbelanjaan-perbelanjaan pemasaran yang terlibat di

dalam Rancangan Pemasaran mengikut kategori-kategori berikut

Perbelanjaan aset tetap / modal

Perbelanjaan bulanan

Lain-lain perbelanjaan

Page 11: Panduan penyediaan rp

BAHAGIAN 8 :

RANCANGAN ORGANISASI

11

Pengenalan

Menerangkan alamat penuh serta meukis pelan lokasi ringkas yang

menunjukkan jalan-jalan utama, bangunan-bangunan berhampiran

yang utama serta tapak perniagaan.

Jelaskan juga bentuk bangunan yang dipilih iaitu dari jenis rumah

kedai, bangunan kilang, ruang di dalam kompleks membeli belah,

bengkel dan sebagainya.

Nyatakan samada premis perniagaan disewa, dibeli atau dibina.

Jelaskan juga kemudahan infreastruktur yang ada seperti bekalan air,

elektrik, telefon dan sebagainya.

Matlamat dan Strategi Organisasi

Menyatakan matlamat organisasi dengan jelas. Cth : meningkatkan

jumlah jualan, jumlah keuntungan dsbnya.

Menjelaskan strategi yang dibentuk / pendekatan yang sistematik untuk

mencapai matlamat tersebut.

Struktur dan Perancangan Organisasi

Menjelaskan tenaga penggerak utama organisasi, pengalaman,

kelulusan, tugas dan tanggungjawab merekabentuk aktiviti yang

dijalankan dan pelaksanaan aktiviti peniagaan yang dirancang.

Jelaskan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap

organisasi serta pendekatan / kaedah dan faktor-faktor yang boleh

membawa kejayaan.

Carta organisasi

Lukis dan jelaskan secara ringkas carta organisasi yang dirancangkan.

Page 12: Panduan penyediaan rp

12

Rancangan Organisasi (Samb)

Sumber Tenaga Manusia

Jawatan dan Bilangan Pekerja

Nyatakan jawatan yang wujud dalam pentadbiran perniagaan

dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan berkenaan.

Spesifikasi Tugas

Nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan yang

dinyatakan.

Imbuhan Gaji dan Ganjaran

Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan,

mingguan atau harian bagi setiap jawatan serta pekerja

termasuk caruman KWSP dan PERKESO yang berkaitan.

Keperluan Pejabat

Nyatakan keperluan pejabat pentadbiran perniagaan :-

Perabot

Peralatan dan kelengkapan pejabat

Bekalan pejabat.

Anggaran Perbelanjaan Organisasi / Pentadbiran

Kategorikan perbelanjaan-perbelanjaan yang terlibat di dalam

organisasi perniagaan mengikut kategori berikut :-

Perbelanjaan aset tetap

Perbelanjaan bulanan

Lain-lain perbelanjaan

Page 13: Panduan penyediaan rp

Kos Perlaksanaan Projek

Pelaburan Aset Tetap

Merujuk kepada perbelanjaan harta yang diperlukan termasuk

semua aset tetap yang dibeli dengan tunai, sewabeli atau pinjaman.

Nyatakan harga belian aset-aset

Modal Pusingan

Merujuk kepada kpeperluan jangka pendek perniagaan bagi

membolehkan perniagaan beroperasi dengan licin. Modal pusingan

merangkumi keperluan jangka pendek perbelanjaan organisasi,

pemasaran dan operasi / pengeluaran.

Lain-lain Perbelanjaan

Merujuk kepada lain-lain perbelanjaan yang perlu dibuat untuk

membolehkan perniagaan atau projek dilaksanakan. Contoh lain-

lain perbelanjaan ialah seperti bayaran deposit, pendaftaran

perniagaan, kursus-kursus yang perlu dihadiri dan lesen-lesen

tertentu yang perlu dibayar.

Perbelanjaan Luar jangka

Merupakan sejumlah wang tambahan yang diperuntukkan untuk

melaksanakan projek atau perniagaan yang dirancang.

Kebiasaannya jumlah yang diperuntukkan ialah sebanyak 5 hingga

10 peratus daripada keseluruhan kos.

Sumber Pembiayaan

Modal sendiri

Merujuk kepada modal usahawan dan rakan kongsi perniagaan

yang disumbangkan kepada perniagaan. Modal sendiri ini meliputi

wang tunai dan aset-aset yang lain.

BAHAGIAN 9 :

RANCANGAN KEWANGAN

13

Page 14: Panduan penyediaan rp

Rancangan Kewangan (Samb)

Pinjaman

Merujuk kepada pinjaman berpenggal yang dibuat dengan institusi

kewangan ataupun pinjaman jangka pendek yang ditawarkan oleh

pembekal atau pihak institusi kewangan yang tertentu.

Sewabeli

Merujuk kepada pembiayaan untuk pembelian aset-aset tetap

perniagaan seperti kenderaan, mesin, peralatan-peralatan pejabat

dan perabot. Jumlah pembiayaan kebiasaannya pada tahap 80

peratus dari nilai aset berkenaan. Bakinya perlu diserap dalam

modal tunai sebagai bayaran muka pembiayaan aset tersebut.

Jadual-Jadual Bayaran Balik dan Susut Nilai

Jadual Bayaran Balik Pinjaman

Jadual ini disediakan untuk merancang amaun yang perlu

dibayar balik oleh usahawan atas pinjaman yang dibuat.

Jadual Bayaran Balik Sewa Beli

Jadual ini disedia untuk merancang amaun bayaran balik sewa

beli yang perlu dibuat oleh usahawan terhadap kemudahan

yang diperolehi.

Jadual Susutnilai Aset Tetap

Jadual perlu disediakan bagi kesemua aset tetap milik

perniagaan, sama ada yang disumbangkan atau yang dibeli

secara sewabeli atau pinjaman.

14

Page 15: Panduan penyediaan rp

Rancangan Kewangan (Samb)

Proforma Penyata Kewangan (tempoh perakaunan 1 tahun)

Proforma bermaksud ramalan atau jangkaan.

Proforma Penyata Aliran Tunai (12 bulan)

Penyata aliran wang tunai disediakan untuk tempoh 12 bulan

bagi tahun pertama perniagaan. Seterusnya aliran wang tunai

secara tahunan disediakan bagi tahun kedua dan ketiga.

Proforma Penyata Pengeluaran

Penyata ini disediakan bagi perniagaan dalam bidang

pengeluaran atau pengilangan sahaja. kOs pengeluaran yang

diperolehi dipindahkan ke Penyata Perdagangan untuk

pengiraan Untng Kasar. Penyata ini disediakan pada akhir

tahun 1, 2 dan 3.

Proforma Penyata Perdagangan

Penyata Perdagangan disediakan bagi perniagaan dalam

bidang pembuatan dan perdagangan. Untung kasar yang

diperolehi seterusnya dipindahkan ke Penyata Untung dan

Rugi. Penyata ini disediakan pada akhir tahun 1, 2 dan 3.

Proforma Penyata Pendapatan

Penyata Pendapatan disediakan bagi perniagaan dalam

semua bidang iaitu pembuatan, perdagangan dan

perkhidmatan. Untung Bersih yang diperolehi merupakan

untung bersih sebelum cukai. Penyata ini disediakan pada

akhir tahun 1, 2 dan 3.

Proforma Penyata Kunci Kira-kira

Penyata Kunci Kira-Kira disediakan untuk menunjukkan aset-

aset perniagaan dan hubungannya dengan sumber-sumber

perniagaan. Penyata Kira-kira juga disediakan pada akhir

tahun 1, 2 dan 3

15

Page 16: Panduan penyediaan rp

BAHAGIAN 10 :

PENUTUP

LAMPIRAN

16

Merumuskan semua perancangan yang telah dilaksanakan secara ringkas, tepat

dan padat. Di sini usahawan boleh menghuraikan secara ringkas tentang daya

maju projek yang dirancangkannya.

Memuatkan semua perkara tambahan yang perlu untuk memantapkan lagi RP. Ini

termasuklah dokumen-dokumen sokongan, sebut harga pembekal, tempahan dari

pelanggan, salinan lesen-lesen perniagaan dan sebagainya.