panduan penulisan portfolio

46
SYARAT BAHARU PEMILIHAN PENGETUA DAN GURU BESAR (mulai 1/7/2014)

Upload: samsudin-ahmad

Post on 21-Nov-2015

239 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Akademik

TRANSCRIPT

  • SYARAT BAHARU PEMILIHAN PENGETUA DAN GURU BESAR(mulai 1/7/2014)

  • ASPIRASI ANJAKAN 5 PPPM

  • Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolahKualiti kepimpinan sekolah merupakan faktor berasaskan sekolah yang kedua terpenting, selepas kualiti guru dalam menentukan keberhasilan murid;Walau bagaimanapun, kriteria pemilihan yang diamalkan pada masa kini sebahagian besarnya ditentukan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya kecekapan kepimpinan;

  • 55% daripada semua pengetua/guru besar yang ada pada masa kini tidak pernah mengikuti latihan persediaan atau induksi sebelum atau semasa mereka berada dalam perkhidmatan;Setiap sekolah akan mempunyai pengetua /guru besar berprestasi tinggi yang sentiasa gigih dalam matlamatnya untuk meningkatkan keberhasilan murid; danPengetua/guru besar cemerlang akan diberi insentif untuk berkhidmat di sekolah berprestasi rendah dan akan berperanan sebagai mentor dalam komuniti yang lebih luas.

    Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah

  • Berkualiti tinggi merangkumi:

    Mempunyai professional will;Mempunyai tahap/nilai humility; danMempunyai tahap/nilai integriti tinggi

  • Jangkaan PGB yang akan bersara

  • Syarat Umum

  • Syarat khusus

  • MEMPUNYAI BAKI PERKHIDMATAN TIGA (3) TAHUN SEBELUM BERSARA

    Contoh:Iklan Urusan Pemangkuan Tahun 2015

    BILNAMATARIKH BERSARALAYAKTIDAK LAYAK1.Encik Ali Bin Ismail31.12.2018/2.Encik Ismail Bin Ramli01.01.2018X3.Puan Ramlah Binti Ali02.01.2018/4.Puan Latifah Binti Omar31.12.2017X

  • Komponen PentaksiranPortfolioPerbincangan Berkumpulan Tidak Terpimpin (PBTT)Temuduga Berstruktur (TDB)Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

  • Dimensi Yang DitaksirPrestasi -Predictor kepada potensi calon

    Kompetensi-Teras kepada pencapaian

  • PANDUAN PENULISAN PORTFOLIO UNTUK CALON PENGETUA DAN GURU BESAR

  • PENGENALANPortfolio adalah kaedah penilaian berasaskan bukti (evidence)

    Digunakan untuk menilai kompetensi calon

  • OBJEKTIFPortfolio adalah dokumentasi bertulis beserta bukti pelaksanaan

    Digunakan oleh pentaksir untuk menilai kompetensi calon dalam mengurus dan memimpin organisasi/ sekolah

  • OBJEKTIFCalon dinilai daripada aspek penguasaan kompetensi dalam amalan pengurusan dan kepimpinan.

    Berdasarkan mana-mana satu daripada 9 bidang dalam Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM, IAB, 2003).

  • SKKSM IAB 2003Pengetua dan guru besar sebagai peneraju sekolah hendaklah bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan.

  • SKKSM IAB 2003Dalam konteks ini Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) dapat dijadikan suatu piawaian minimum yang perlu ada pada pengetua dan guru besar sekolah.

  • SKKSM IAB 2003SKKSM menyediakan standard kompetensi dalam sembilan bidang iaitu:1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi;2. Pengurusan Kurikulum;3. Pengurusan Kokurikulum;4. Pengurusan Hal Ehwal Murid;

  • SKKSM IAB 20035. Pengurusan Kewangan;6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat;7. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal;8. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia; dan9. Pengurusan Perhubungan Luar

  • 1. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN ORGANISASI Bidang ini menghuraikan kompetensi yang harus dimiliki oleh seseorang pengetua/ guru besar dalam menggerakkan sumber bagi mencapai objektif organisasi dan mencakupi aspek pembentukan hala tuju organisasi, konsep pembelajaran sepanjang hayat, menangani perubahan serta kualiti peribadi dan profesional.

  • 2. PENGURUSAN KURIKULUMBidang ini memberikan fokus kepada fungsi pemimpin sebagai pengurus kurikulum yang menggerakkan segala sumber untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan kejayaan semua murid.

  • 3. PENGURUSAN KOKURIKULUMBidang ini menekankan tanggungjawab pengetua/ guru besar memimpin dan mengurus akitiviti kokurikulum untuk menyokong dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.

  • 4. PENGURUSAN HAL EHWAL MURIDBidang ini menekankan tanggungjawab pengetua/ guru besar dalam mewujudkan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan. Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan, kebajikan, keselamatan, disiplin, keselesaan, keharmonian dan kesejahteraan murid bagi mencapai pendidikan berkualiti.

  • 5. PENGURUSAN KEWANGANBidang ini memberikan penekanan kepada tanggungjawab pengetua/ guru besar dalam pengendalian urusan kewangan sekolah yang kos efektif, cekap dan berkesan bagi menyokong program pendidikan untuk membolehkan murid menikmati pendidikan yang bermakna.

  • 6. PENGURUSAN PENTADBIRAN PEJABATBidang ini menghuraikan kompetensi dan tanggungjawab pengetua/ guru besar dalam mewujudkan sistem pentadbiran dan perkhidmatan pejabat yang cekap ke arah pengurusan pendidikan yang mantap lagi berkesan supaya dapat memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada stake-holders.

  • 7. PENGURUSAN PERSEKITARAN DAN KEMUDAHAN FIZIKALBidang ini menjelaskan kompetensi dan tanggungjawab pengetua / guru besar dalam mengurus persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah secara cekap dan berkesan bagi mewujudkan iklim yang aman dan kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dalam keadaan selamat, tenang, selesa dan seronok.

  • 8. PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIABidang ini menyenaraikan kompetensi dan tanggungjawab pengetua/ guru besar dalam mewujudkan pengurusan pembangunan sumber manusia yang cekap, berkesan serta secara berterusan bagi meningkatkan tahap profesionalisme staf untuk memajukan sekolah.

  • 9. PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUARBidang ini menghuraikan kompetensi dan tanggungjawab pengetua/ guru besar sekolah untuk menjalin hubungan baik dengan ibu bapa/ penjaga, pihak luar dan komuniti setempat. Pengetua/ guru besar sekolah hendaklah berusaha melibatkan mereka dalam perkongsian pintar bagi meningkatkan prestasi murid.

  • OBJEKTIF (samb.)Kompetensi yang dinilai melalui portfolio adalah:Berfikiran strategik (BS)Membangunkan instruksi berfokuskan kurikulum (MI)Menganalisis dan menyelesaikan masalah (AM)

  • OBJEKTIF (samb.)

    Menguruskan kewangan (MW)Memantau secara menyeluruh (MM)Membangunkan kapasiti manusia (KM)Menyedari dan mengurus kendiri (UK)

  • KANDUNGAN PORTFOLIOBahagian A: Maklumat Peribadi Calon

    Bahagian ini perlu diisi oleh calonPenulisan butir-butir peribadi calon sebagaimana yang diberikan dalam Borang Maklumat Peribadi.

  • KANDUNGAN PORTFOLIOBahagian B: Dokumentasi Projek/ Inovasi/ Program Penambahbaikan (15% dari markah keseluruhan)

    Bahagian ini menghuraikan sumbangan calon kepada organisasi yang signifikan dalam tempoh masa 3 5 tahun terakhir (2008 2013).Selaras dengan 9 bidang dalam SKKSM.

  • KANDUNGAN PORTFOLIO

    Calon pilih SATU projek/ inovasi/ program penambahbaikan yang memberi impak kepada prestasi sekolah untuk dihuraikan secara terperinci.

    Penulisan huraian adalah antara 300 700 patah perkataan. (Jenis huruf Times New Roman; saiz 12; langkau 1.5 baris)

  • FORMAT PENULISANDalam bentuk karangan, menggunakan perisian Microsoft Word dan mempunyai struktur kandungan seperti berikut:

    Nama projek/ inovasi/ program penambahbaikanJustifikasi projek/ inovasi/ program penambahbaikan dijalankan (rasional) (AM)

  • FORMAT PENULISAN

    Objektif projek/ inovasi/ program penambahbaikan yang dijalankan (BS)Adakah projek/ inovasi/ program penambahbaikan selaras dengan visi dan misi organisasi (BS)Bila dan di mana projek/ inovasi/ program penambahbaikan dijalankan (BS)

  • FORMAT PENULISAN

    Siapa yang terlibat (KM)Apakah peranan calon dalam projek/ inovasi/ program penambahbaikan ini (MI)Bagaimana projek/ inovasi/ program penambahbaikan ini dijalankan (MI)Bagaimana projek/ inovasi/ program penambahbaikan ini berkait dengan pembangunan instruksi (MI)

  • FORMAT PENULISAN

    Apakah perkaitan antara projek/ inovasi/ program penambahbaikan dengan pembangunan kapasiti manusia (KM)Bagaimana pemantauan projek/ inovasi/ program penambahbaikan dijalankan (BS)(MM)Bagaimana pengurusan kewangan projek/ inovasi/ program penambahbaikan berkenaan diuruskan (MW)

  • FORMAT PENULISAN

    Apakah impak projek/ inovasi/ program penambahbaikan kepada pencapaian organisasi/ sekolah (cth: anugerah, pingat/ peningkatan GPS/ peratus pencapaian/ Baiah/ peningkatan band/ peningkatan kemahiran, penyertaan dll (KM)(Lampiran sokongan hendaklah disertakan)

  • FORMAT PENULISAN

    Apakah aspek pembangunan kepimpinan dan pengurusan yang diperoleh daripada pengalaman melaksanakan projek/ inovasi/ program penambahbaikan (AM) (UK)Cadangan untuk menambahbaik projek/ inovasi/ program penambahbaikan yang telah dijalankan (AM) (MM) (UK)

  • TUGAS CALONCalon hendaklah menyediakan portfolio mengikut format yang ditetapkan

    Serahkan portfolio pada hari temuduga kepada urus setia (satu salinan portfolio dibawa oleh calon ke Temuduga Berstruktur)