panduan penjaminan kualiti pt3

Upload: geogarang

Post on 03-Jun-2018

331 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    1/42

    1

    PANDUANPENJAMINAN KUALITI

    PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

    LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    2014

    PEMENTORAN PENGESANAN

    PENYELARASAN PEMANTAUAN

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    2/42

    2

    PRAKATA

    Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,

    Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menerbitkan

    Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Justeru, sayamengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima

    kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dokumen ini.

    Penghasilan Panduan Penjaminan Kualiti PT3 ini ialah usaha Lembaga Peperiksaan

    untuk memastikan penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PT3 yang menggunakan

    instrumen pentaksiran berbentuk Ujian Bertulis, Ujian Lisan dan Pelbagai Instrumen

    seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67,

    Seksyen 68, Seksyen 69 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan

    Peperiksaan) 1997 adalah mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi

    keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor

    pentaksiran.

    Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan PT3 iaitu

    pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai

    di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan

    Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang menjalankan tugas penjaminan kualiti

    dalam pentadbiran dan pemeriksaan.

    Kejayaan PT3 amat bergantung kepada kerjasama, komitmen dan integriti yang

    berterusan daripada semua pihak bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan PT3

    demi menjaga imej negara di mata dunia. Saya berharap budaya kerja ini dipelihara

    demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.

    Terima kasih.

    DR NAIMAH BINTI ISHAK

    Pengarah PeperiksaanLembaga PeperiksaanKementerian Pendidikan Malaysia

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    3/42

    3

    KANDUNGAN

    HALAMAN

    PRAKATA

    1.0 PERNYATAAN DASAR PT3

    1.1 Definisi Pentaksiran Pusat

    1.2 Syarat Calon PT3

    1.3 Mata Pelajaran PT3

    2.0 PENJAMINAN KUALITI PT3

    2.1 Komponen Penjaminan Kualiti

    2.2 Peranan Personel Pentaksiran

    3.0 PERSONEL PENTAKSIRAN

    3.1 Carta Organisasi Personel Pentaksiran

    3.2 Pelantikan Personel Pentaksiran

    3.3 Syarat Pelantikan Personel Pentaksiran

    3.4 Kriteria Personel Pentaksiran

    3.5 Surat Pelantikan Personel Pentaksiran

    3.6 Senarai Semak Personel Pentaksiran

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    4/42

    4

    1.0

    PERNYATAAN DASAR PT3

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    5/42

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    6/42

    6

    1.3 MATA PELAJARAN PT3

    ELAJARAN PENTAKSIRAN PERINGKAT MENENGAH RENDAHMurid Sekolah - Menganut agama Islam

    Pilihan Pertama Pilihan Kedua

    1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu

    2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris

    3 Science Science

    4 Mathematics Mathematics

    5 Pendidikan Islam Pendidikan Islam

    6 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu

    7 Sejarah Sejarah

    8 Geografi Geografi

    9 Bahasa Cina

    Bahasa Tamil

    Bahasa Arab

    Bahasa Kadazandusun

    Bahasa Iban

    Murid Sekolah - Tidak menganut agama Islam

    Pilihan Pertama Pilihan Kedua

    1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu

    2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris

    3 Science Science

    4 Mathematics Mathematics

    5 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu

    6 Sejarah Sejarah

    7 Geografi Geografi

    8 Bahasa Cina

    Bahasa TamilBahasa Arab

    Bahasa Kadazandusun

    Bahasa Iban

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    7/42

    7

    Calon Persendirian - Menganut agama Islam

    Pilihan Pertama Pilihan Kedua

    1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu

    2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris3 Science Science

    4 Mathematics Mathematics

    5 Pendidikan Islam Pendidikan Islam

    6 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu

    7 Bahasa Cina

    Bahasa Tamil

    Bahasa Arab

    Bahasa Kadazandusun

    Bahasa Iban

    Calon Pensendirian - Tidak menganut agama Islam

    Pilihan Pertama Pilihan Kedua

    1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu

    2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris

    3 Science Science

    4 Mathematics Mathematics

    5 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu

    6 Bahasa Cina

    Bahasa Tamil

    Bahasa Arab

    Bahasa Kadazandusun

    Bahasa Iban

    Nota : Calon Persendirian hanya dibenarkan menduduki Ujian Bertulis sahaja.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    8/42

    8

    2.0

    PENJAMINAN KUALITI PT3

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    9/42

    9

    2.1 KOMPONEN PENJAMINAN KUALITI

    Penjaminan kualiti adalah piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PT3

    mengikut garis panduan yang ditetapkan untuk menjaga kesahan dan

    kebolehpercayaan skor demi keadilan kepada calon. Penjaminan kualiti PT3

    dilaksanakan oleh Personel Pentaksiran yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan,

    Jabatan Pendidikan Negeri dan Pengetua Sekolah.

    Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PT3 dilakukan melalui aktiviti Pementoran,

    Pengesanan, Pemantauan dan Penyelarasan.

    PEMENTORAN Pementoran dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat mengenai

    pelaksanaan PT3. Ini dilakukan dengan memberi latihan peningkatanprofesionalisme kepada Personel Pentaksiran dalam aspek

    Pemasangan Instrumen Pentaksiran dan Pemeriksaan Skrip

    Jawapan. Pentaksir diberi pendedahan dan latihan mengenai ilmu

    pentaksiran dan pemeriksaan skrip jawapan bagi memastikan tugas

    pentaksiran dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah demi

    menjaga kesahan dan kebolehpercayaan skor calon.

    PEMANTAUAN Pemantauan dilaksanakan bagi mengawal selia pelaksanaan PT3. Ini

    dilakukan bagi memastikan instrumen PT3 disediakan dan ditadbir

    mengikut Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Pentadbiran PT3,Takwim, Jadual Kerja, Peraturan Pentadbiran dan Arahan Tugasan

    yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

    PENGESANAN Pengesanan dilaksanakan bagi menilai instrumen pentaksiran. Ini

    dilakukan dengan membuat Verifikasi Pemasangan Instrumen

    Pentaksiran iaitu mengesahkan instrumen telah disediakan mengikut

    Panduan Pemasangan Instrumen dan dicetak mengikut spesifikasi

    yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

    PENYELARASAN Penyelarasan dilaksanakan bagi memastikan keseragaman

    penskoran. Ini dilakukan dengan membuat moderasi pemeriksaan danverifikasi skor. Moderasi Pemeriksaan bertujuan untuk memastikan

    keseragaman dan ketekalan pemeriksaan skrip jawapan calon

    berpandukan Panduan Penskoran yang disediakan oleh Lembaga

    Peperiksaan. Verifikasi Penskoran bertujuan memastikan skor yang

    diberikan kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan

    menepati keupayaan sebenar calon serta pengiraan markah calon

    dibuat dengan tepat.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    10/42

    10

    2.2 PERANAN PERSONEL PENTAKSIRAN

    2.2.1 PEMENTORAN

    Pementoran dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan

    PT3. Ini dilakukan dengan memberi latihan peningkatan profesionalisme kepada

    Personel Pentaksiran dalam aspek Pemasangan Instrumen Pentaksiran dan

    Pemeriksaan Skrip Jawapan. Pentaksir diberi pendedahan dan latihan mengenai

    ilmu pentaksiran dan pemeriksaan skrip jawapan bagi memastikan tugas pentaksiran

    dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah demi menjaga kesahan dan

    kebolehpercayaan skor calon.

    PEMENTORAN

    i. Mengadakan latihan pemasangan instrumen bagi meningkatkan kompetensi

    guru dan memastikan guru faham kaedah pemasangan instrumen

    pentaksiran PT3.

    ii. Mengadakan latihan pemeriksaan skrip jawapan bagi meningkatkan

    kompetensi guru dan memastikan guru dapat memeriksa skrip jawapan PT3

    dengan adil, sahih dan amanah demi menjaga kesahan dan

    kebolehpercayaan skor calon.

    iii. Menilai kefahaman guru dan kesediaan guru untuk menjalankan pentaksiran.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    11/42

    11

    PT3/P

    PEMENTORAN

    Nama Guru : ..

    Sekolah : ..

    Mata Pelajaran : ..

    ARAHAN

    Sila tandakan () pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

    BIL PERNYATAANYA TIDAK

    A. Kefahaman mengenai Pemasangan Instrumen Pentaksiran.

    1. Pemilihan item berdasarkan blok item pentaksiran.

    2. Percetakan instrumen mengikut blok item.

    3. Penyusunan instrumen mengikut nombor soalan dan halaman.

    4. Keperluan semakan teknikal dari aspek cetakan.

    5. Kepentingan penyimpanan mengikut prosedur keselamatan.

    B. Kefahaman mengenai Pemeriksaan Skrip Jawapan.

    1. Kepentingan memahami kehendak soalan.

    2. Kepentingan mematuhi panduan penskoran.

    3. Perbezaan teknik pemeriksaan secara holistik dan analitik.

    4. Kepentingan Moderasi bagi tujuan penyelarasan pemeriksaan.

    5. Keperluan Verifikasi skor bagi tujuan semakan teknikal dankesahan skor.

    Tandatangan : Tarikh:

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    12/42

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    13/42

    13

    2.2.2 PENGESANAN

    Pengesanan dilaksanakan bagi menilai instrumen pentaksiran. Ini dilakukan dengan

    membuat Verifikasi Pemasangan Instrumen Pentaksiran iaitu mengesahkaninstrumen telah disediakan mengikut Panduan Pemasangan Instrumen dan dicetakmengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

    PENGESANAN- VERIFIKASI PEMASANGAN INSTRUMEN

    i. Menyemak instrumen yang telah dipasang oleh guru yang dilantik oleh

    Pengetua.

    ii. Memastikan instrumen menepati Panduan Pemasangan Instrumen.

    iii. Memastikan instrumen menepati aspek cetakan teknikal.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    14/42

    14

    PT3/VI

    VERIFIKASI INSTRUMEN PENTAKSIRAN

    Nama Pentaksir : ..

    Sekolah : ..

    Mata Pelajaran : ..

    ARAHAN

    Sila tandakan () pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

    BIL PERNYATAAN YA TIDAK

    1. Instrumen dipasang berpandukan Panduan PemasanganIntrumen.

    2. Instrumen dipasang dari item yang dimuat turun dari Aplikasi PT3.

    3. Bilangan soalan cukup.

    4. Susunan soalan mengikut turutan.

    5. Jumlah halaman cukup.

    6. Cetakan gambar rajah jelas.

    7. Cetakan soalan jelas.

    8. Halaman hadapan memaparkan mata pelajaran yang betul.

    9. Halaman hadapan memaparkan tempohn masa yang betul.

    10. Instrumen menepati Panduan Pemasangan Instrumen dan boleh

    disahkan oleh Pengetua.

    Tandatangan : Tarikh:

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    15/42

    15

    CARTA ALIR PEMASANGAN DAN VERIFIKASI INSTRUMEN

    OLEH PERSONEL PENTAKSIR SEKOLAH

    MULA

    Guru yang dilantik oleh Pengetua membuat

    pemasangan instrumen berdasarkan

    Panduan Pemasangan Instrumen.

    Guru menyerahkan instrumen kepada

    Ketua Panitia untuk diverifikasi.

    Ketua Panitia membuat verifikasi instrumenbagi memastikan instrumen menepati

    Panduan Pemasangan Instrumen.

    Instrumen menepati Panduan Pemasangan

    Instrumen.

    Ketua Panitia menyerahkan instrumenpentaksiran kepada Personel Pentaksiran

    untuk verifikasi instrumen.

    A

    Ya

    Tidak

    Guru memasang

    dan mencetak

    semula instrumen

    Sekolah memuat turun Item dan Panduan

    Pemasangan Instrumen dari Aplikasi PT3.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    16/42

    16

    CARTA ALIR VERIFIKASI INSTRUMENOLEH KPK, KPN, KPKw DAN PKw

    A

    Ketua Panitia menyerahkan instrumen

    pentaksiran kepada Personel Pentaksiran

    untuk diverifikasi.

    Personel Pentaksiran membuat verifikasi

    instrumen bagi memastikan instrumenmenepati Panduan Pemasangan Instrumen.

    Instrumen menepati Panduan Pemasangan

    Instrumen.

    Personel Pentaksiran membuat verifikasi

    instrumen.

    Instrumen diserahkan kepada Pengetua

    untuk Pengesahan.

    Guru memperbanyakkan instrumen

    pentaksiran dan menyimpan mengikut

    prosedur keselamatan.

    TAMAT

    Ya

    Tidak

    Guru memasang

    semula instrumen

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    17/42

    17

    2.2.3 PEMANTAUAN

    Pemantauan dilaksanakan bagi mengawal selia pelaksanaan PT3. Ini dilakukan

    bagi memastikan instrumen PT3 disediakan dan ditadbir mengikut Garis Panduan

    Pengurusan Keselamatan Pentadbiran PT3, Takwim, Jadual Kerja, PeraturanPentadbiran dan Arahan Tugasan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

    PEMANTAUAN PENTADBIRAN

    i. Memastikan penyediaan dan pentadbiran Instrumen PT3 mematuhi dokumenLembaga Peperiksaan.

    ii. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PT3.

    iii. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PT3.

    iv. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran dalampelaksanaan PT3.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    18/42

    18

    PT3/PP

    PEMANTAUAN PENTADBIRAN

    Nama Pentaksir : ..

    Sekolah : ..

    Instrumen : Ujian Bertulis/ Ujian Lisan/ Pelbagai Instrumen

    ARAHAN

    Sila tandakan () pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

    BIL PERNYATAAN YA TIDAK

    A. Pematuhan kepada dokumen Lembaga Peperiksaan.

    1. Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Pentadbiran PT3.

    2. Takwim PT3.

    3. Jadual Kerja PT3.

    4. Peraturan Pentadbiran PT3.

    5. Arahan Penyediaan Instrumen dan Arahan Pelaksanaan Tugasan.

    B. Pematuhan kepada dokumen Sekolah.

    1. Jadual Waktu Ujian Bertulis.

    2. Jadual Kerja / Senarai Semak Pelbagai Instrumen.

    3. Jadual Sidang Ujian Lisan-Mendengar / Jadual Ujian Lisan-Bertutur.

    4. Peraturan Penyediaan dan Penyimpanan Instrumen Pentaksiran.

    5. Peraturan Pemeriksaan dan Penyimpanan Skrip Jawapan Calon.

    CATATAN PENTAKSIR:

    a. PT3 ditadbir dengan MEMATUHI / TIDAK MEMATUHI peraturan dalam dokumen PT3 LembagaPeperiksaan.

    b. Dokumen PT3 peringkat sekolah disediakan dengan MEMATUHI / TIDAK MEMATUHIperaturan dalam dokumen PT3 Lembaga Peperiksaan.

    Tandatangan : Tarikh:

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    19/42

    19

    CARTA ALIR PEMANTAUAN PENTADBIRAN PT3

    MULA

    Dokumen pentadbiran PT3 sekolah akur

    dengan dokumen Lembaga Peperiksaan.

    Pegawai LP/JPN/PPD memantau

    pentadbiran PT3 menepati arahan danpentadbiran Lembaga Peperiksaan.

    Pentadbiran PT3 menepati arahan dan

    pentadbiran Lembaga Peperiksaan.

    Pegawai LP/JPN/PPD mengesahkan

    pentadbiran PT3 menepati arahan dan

    pentadbiran Lembaga Peperiksaan.

    TAMAT

    Tidak

    Pentadbir sekolah

    menyediakan semula

    dokumen.

    Pegawai LP/JPN/PPD menyemak dokumenpentadbiran PT3 yang disediakan oleh

    Sekolah.

    Ya

    Ya

    Tidak

    Pentadbir sekolah

    membuat teguran danmembetulkan cara

    pentadbiran PT3.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    20/42

    20

    2.2.4 PENYELARASAN

    Penyelarasan dilaksanakan bagi memastikan keseragaman penskoran. Ini dilakukan

    dengan membuat moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor. Moderasi Pemeriksaan

    bertujuan untuk memastikan keseragaman dan ketekalan pemeriksaan skripjawapan calon berpandukan Panduan Penskoran yang disediakan oleh Lembaga

    Peperiksaan. Verifikasi Penskoran bertujuan memastikan skor yang diberikan

    kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati keupayaan

    sebenar calon serta pengiraan markah calon dibuat dengan tepat.

    PENYELARASANMODERASI PEMERIKSAAN

    i. Mengadakan latihan pemeriksaan bagi memastikan guru faham dengan panduan

    penskoran.

    ii. Menjalankan pemeriksaan rawak / semak balas sepuluh peratus (10%) atau

    sekurang-kurangnya sepuluh (10) sampel hasil kerja murid yang telah diperiksa

    oleh guru mata pelajaran bagi memastikan pemeriksaan menepati panduan

    penskoran, ketekalan dalam pemeriksaan dan konsistensi dalam pemberian skor.

    Pemilihan skrip jawapan adalah berdasarkan tiga aras pencapaian murid iaitu

    rendah, sederhana dan tinggi.

    iii. Memastikan guru menjalankan pemeriksaan semula sekiranya pemeriksaan guru

    tidak menepati panduan penskoran.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    21/42

    21

    Guru perlu menyemak semula cara pemeriksaan dan keakuran pada panduan

    penskoran sekiranya beza skor antara pemeriksaan guru dan pentaksir

    adalah/melebihi 5 %markah.

    Contohnya:

    Markah penuh 100 markah

    ANGKA

    GILIRAN

    CALON

    SKOR

    GURU

    SKOR

    PENTAKSIR

    BEZA (+-) CATATAN

    V100 A001 80 85 5% Guru perlu

    menyemak semula

    cara pemeriksaan

    skrip jawapan dan

    memastikan

    pemeriksaanmematuhi panduan

    penskoran

    V100 A100 70 65 5%

    V100 A150 59 64 5%

    V100 A185 60 61 1% Guru telah

    memeriksa skrip

    jawapan dengan

    mematuhi panduan

    penskoran

    V100 A190 70 68 2%

    V100 A200 68 69 1%

    Guru perlu memeriksa semula kesemua skrip jawapan sekiranya 25 % atau

    lebih skrip jawapan yang dimoderasi menunjukkan perbezaan skor adalah/melebihi

    5 %.

    Contohnya:

    BILANGAN

    CALON

    PERATUS/BILANGAN

    SKRIP JAWAPAN

    YANG

    DIMODERASI

    PERATUS/BILANGAN SKRIP

    JAWAPAN YANG BEZA SKOR

    ANTARA MARKAH GURU DAN

    SKOR PENTAKSIR

    ADALAH/MELEBIHI 5 %

    CATATAN

    200 10 %

    (20 skrip jawapan)

    30%

    (6 skrip jawapan) Guru memeriksa semulasemua skrip jawapan

    di bawahtanggungjawabnya.

    12010 %

    (12 skrip jawapan)

    25%

    (3 skrip jawapan)

    20010 %

    (20 skrip jawapan)

    20%

    (4 skrip jawapan)Guru tidak perlu

    memeriksa semulasemua skrip jawapan

    di bawahtanggungjawabnya.120

    10 %

    (12 skrip jawapan)

    17%

    (2 skrip jawapan)

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    22/42

    22

    PENYELARASAN - VERIFIKASI SKOR

    i. Memastikan skor diberikan adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati

    keupayaan sebenar calon.

    ii. Memastikan guru konsisten dalam pemberian skor bagi menjamin kesahan dankebolehpercayaan skor.

    iii. Menyemak secara rawak sepuluh peratus (10%) atau sekurang-kurangnya sepuluh

    (10) sampel hasil kerja murid bagi memastikan tiada kesilapan dalam pemberian

    dan pengiraan skor.

    iv. Memaklumkan bahawa guru perlu memeriksa semula kesemua skrip jawapan

    sekiranya 25 % atau lebih skrip jawapan yang dimoderasi menunjukkan perbezaan

    skor adalah/melebihi 5 %.

    Contohnya:

    BIL ANGKAGILIRANCALON

    SKORGURU

    SKORPENTAKSIR

    PERATUSBEZASKOR

    AKURPANDUAN

    PENSKORAN

    TIDAK AKURPANDUAN

    PENSKORAN

    KESILAPANMENJUMLAH

    1 V 100 A001 80 84 4

    2 V 100 A 005 90 90 0

    3 V 100 A010 95 92 3

    4 V 100 A015 93 87 6

    5 V 100 A018 90 89 1

    6 V 100 A021 80 86 6

    7 V 100 A025 80 83 3

    8 V 100 A027 90 94 4

    9 V 100 A031 80 77 3

    10 V 100 A034 80 81 1

    11 V 100 A100 70 75 5

    12 V 100 A111 80 83 3

    JUMLAH 9 3

    PERATUS 75% 25%

    CATATAN PENTAKSIR:

    a. Guru PERLU/ TIDAK PERLU memeriksa semula SEMUA skrip jawapan di bawah tanggungjawabnya.b. Ketua Panitia PERLU/ TIDAK PERLU menjalankan semula moderasi pemeriksaan skrip jawapan bagi skrip

    yang diperiksa semula.c. Skor BOLEH / TIDAK BOLEH dihantar ke Lembaga Peperiksaan.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    23/42

    23

    PT3/MP

    MODERASI PEMERIKSAAN

    Nama Pentaksir : ..

    Sekolah : ..

    Nama Guru : ..

    Tingkatan : ..

    Mata Pelajaran : ..

    Bilangan skrip yang diselaras : ..

    ARAHAN

    Senarai semak ini berkaitan moderasi pemeriksaan skrip jawapan. Sila tandakan () padaYa atau Tidak pada pernyataan di bawah.

    BIL PERNYATAAN YA TIDAK

    1. Guru mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentangkandungan mata pelajaran yang diperiksa.

    2. Guru mengajar mata pelajaran yang diperiksa.

    3. Guru memahami tugasan.

    4. Guru menguasai panduan penskoran.

    5. Guru mempunyai kefahaman yang selaras dengan guru laintentang panduan penskoran.

    6. Guru kompeten dalam menjalankan pemeriksaan skrip jawapanberdasarkan panduan penskoran dan akur panduan penskoran.

    7. Guru memberi skor yang menepati jawapan murid.

    8. Guru konsisten dalam pemberian skor.

    9. Guru menjumlahkan markah dengan tepat.

    10. Guru tidak perlu membuat pemeriksaan semula kerana telahmenepati panduan penskoran.

    Tandatangan : Tarikh:

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    24/42

    24

    PT3/VS

    VERIFIKASI SKOR

    Nama Pentaksir : ..

    Sekolah : ..

    Nama Guru : ..

    Mata Pelajaran : ..

    BIL ANGKA GILIRAN CALON SKORGURU

    SKORPENTAKSIR

    PERATUSBEZA SKOR

    AKURPANDUAN

    PENSKORAN

    TIDAK AKURPANDUAN

    PENSKORAN

    KESILAPANMENJUMLAH

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    JUMLAH

    PERATUS

    CATATAN PENTAKSIR:

    a. Guru PERLU / TIDAK PERLU memeriksa semula SEMUA skrip jawapan di bawahtanggungjawabnya.

    b. Ketua Panitia PERLU / TIDAK PERLU menjalankan semula moderasi pemeriksaan skripjawapan bagi skrip yang diperiksa semula.

    c. Skor BOLEH / TIDAK BOLEH dihantar ke Lembaga Peperiksaan.

    Tandatangan : Tarikh:

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    25/42

    25

    PT3/LMV

    LAPORAN MODERASI PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI SKOR

    Nama Pentaksir : ..

    Sekolah : ..

    Mata Pelajaran : ..

    Bilangan guru yang diselaras : ..

    ARAHAN

    Senarai semak berikut berkaitan dengan aktiviti moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor .Sila tuliskan peratus Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

    BIL PERNYATAAN PERATUS

    YA TIDAK

    1. Guru mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentangkandungan mata pelajaran yang diperiksa.

    2. Guru mengajar mata pelajaran yang diperiksa.

    3. Guru memahami tugasan.

    4. Guru menguasai panduan penskoran

    5. Guru mempunyai kefahaman yang selaras dengan guru laintentang panduan penskoran

    6. Guru kompeten dalam menjalankan pemeriksaan skrip jawapanberdasarkan panduan penskoran

    7. Guru memberi skor yang menepati jawapan murid

    8. Guru konsisten dalam pemberian skor

    9. Guru menjumlahkan markah dengan tepat.

    10. Guru tidak perlu membuat pemeriksaan semula keranapemeriksaan telah menepati panduan penskoran

    CATATAN:

    ....................................................................................................................................................

    ....................................................................................................................................................

    Tandatangan : Tarikh:

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    26/42

    26

    CARTA ALIR MODERASI PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI SKOROLEH PENTADBIR SEKOLAH

    MULA

    Guru mata pelajaran Tingkatan 3 yang

    dilantik oleh Pengetua memeriksa skrip

    jawapan calon berpandukan PanduanPenskoran.

    Guru mata pelajaran Tingkatan 3menyerahkan skrip jawapan calon kepada

    Ketua Panitia untuk dimoderasi

    pemeriksaan dan diverifikasi skor.

    Ketua Panitia membuat moderasi

    pemeriksaan dan verifikasi skor

    bagi memastikan pemeriksaan menepatiPanduan Penskoran.

    Pemeriksaan menepati Panduan

    Penskoran.

    Guru mata pelajaran meneruskan

    pemeriksaan skrip jawapan calon.

    A

    Ya

    Tidak

    Guru mata

    pelajaranmemeriksa semula

    skrip jawapan

    calon.

    Sekolah memuat turun Aplikasi PT3 yang

    mengandungi item dan Panduan Penskoran.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    27/42

    27

    CARTA ALIR MODERASI PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI SKOROLEH KPK, KPN, KPKw DAN PKw

    A

    Ketua Panitia membuat moderasi

    pemeriksaan dan verifikasi skorbagi memastikan pemeriksaan menepati

    Panduan Penskoran.

    Ketua Panitia menyerahkan skrip jawapan

    calon kepada Personel Pentaksiran untuk

    dimoderasi pemeriksaan dan diverifikasi

    skor.

    Personel Pentaksiran membuat moderasi

    pemeriksaan dan verifikasi skorbagi memastikan pemeriksaan menepati

    Panduan Penskoran.

    Pemeriksaan menepati PanduanPenskoran.

    Personel Pentaksiran membuat verifikasi

    skor.

    TAMAT

    Ya

    Tidak

    Guru mata

    pelajaran

    memeriksa semula

    skrip jawapan

    calon.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    28/42

    28

    3.0

    PERSONEL PENTAKSIRAN PT3

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    29/42

    29

    3.1 CARTA ORGANISASI PERSONEL PENTAKSIRAN

    KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN (KPK)

    (1 KPK untuk setiap mata pelajaran)

    KETUA PENTAKSIR NEGERI (KPN)

    (1 KPN untuk setiap mata pelajaran di setiap negeri)

    KETUA PENTAKSIR KAWASAN (KPKw)

    (1 KPKw untuk setiap mata pelajaran di setiap daerah)

    PENTAKSIR KAWASAN (PKw)

    (1 PKw untuk setiap mata pelajaran bagi setiap lima sekolah)

    KETUA PENTAKSIR SEKOLAH (KPS)

    (1 KPS untuk setiap sekolah terdiri daripada Pengetua sekolah)

    KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN (KPMp)(1 KPMp untuk setiap mata pelajaran terdiri daripada Ketua Panitia)

    PENTAKSIR MATA PELAJARAN (PMp)

    (1 PMpuntuk setiap mata pelajaran terdiri daripada guru tingkatan 3)

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    30/42

    30

    3.2 PELANTIKAN PERSONEL PENTAKSIRAN

    JAWATAN PELANTIKAN

    Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK)

    Lembaga PeperiksaanKetua Pentaksir Negeri (KPN)

    Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw)

    Pentaksir Kawasan (PKw) Jabatan Pendidikan Negeri

    Ketua Pentaksir Sekolah (PS)

    SekolahKetua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMp)

    Pentaksir Mata Pelajaran (PMp)

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    31/42

    31

    3.3 SYARAT PELANTIKAN PERSONEL PENTAKSIRAN

    KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN (KPK)

    i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan.

    ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.

    iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 7 tahun atau lebih.

    iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.

    v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.

    KETUA PENTAKSIR NEGERI (KPN)

    i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan.

    ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.

    iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 7 tahun atau lebih.

    iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.

    v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.

    KETUA PENTAKSIR KAWASAN (KPKw)

    i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan.

    ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.

    iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 5 tahun atau lebih.

    iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.

    v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    32/42

    32

    PENTAKSIR KAWASAN (PKw)

    i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan.

    ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.

    iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 3 tahun atau lebih.

    iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.

    v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.

    KETUA PENTAKSIR SEKOLAH (KPS)

    i. Pengetua Sekolah.

    ii. Memahami komponen Penjaminan Kualiti PT3 dan cara pelaksanaan.

    iii. Memahami prinsip pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.

    iv. Memahami prinsip moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    33/42

    33

    KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN (KPMp)

    i. Ketua Panitia bagi setiap mata pelajaran tingkatan tiga.

    ii. Mempunyai pengetahuan mengenai kandungan mata pelajaran.

    iii. Memahami prinsip pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.

    iv. Memahami prinsip moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.

    PENTAKSIR MATA PELAJARAN (PMp)

    i. Pelantikan oleh Pengetua sekolah

    ii. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga.

    iii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.

    iv. Menerima latihan pemasangan instrumen.

    v. Menerima latihan pemeriksaan skrip jawapan.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    34/42

    34

    3.4 KRITERIA PERSONEL PENTAKSIRAN

    Personel Pentaksiran yang berkualiti perlu mempunyai pengetahuan khusus dalam

    mata pelajaran yang ditaksir, ilmu pentaksiran dan pemeriksaan serta mempraktiskanintegriti dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sebagai personel

    pentaksiran.

    Personel Pentaksiran hendaklah

    PENGETAHUAN AKADEMIK

    i. Mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan

    ii. Menguasai sukatan dan huraian sukatan mata pelajaran berkenaan.

    iii. Mengajar mata pelajaran di peringkat Tingkatan 1 hingga 3.

    PENGETAHUAN PENTAKSIRAN

    i. Mengetahui konsep dan definisi pentaksiran.

    ii. Memahami maksud konstruk dan konteks pada item.

    iii. Memahami kata tugas, aras kesukaran item dan pembahagian markah bagi setiapitem.

    iv. Memahami cara pemasangan instrumen.

    v.Memahami peraturan pemarkahan dan perbezaan cara penskoran analitik danholistik.

    vi. Mengetahui prinsip moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    35/42

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    36/42

    36

    SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN

    Nombor Rujukan dan Tarikh

    Nama dan Alamat Personel Pentaksiran

    Tuan/Puan,

    PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KEBANGSAANKOD PENTAKSIR :NAMA KERTAS : KOD KERTAS :

    Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

    2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puansebagai Ketua Pentaksir Kebangsaan.

    3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

    3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja;

    3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skripjawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;

    3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada haripersekolahan;

    3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan;

    3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat PekelilingPerbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagiperkara berikut:

    i. skrip jawapan yang diperiksa;

    ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan/elaun harian dan elaun sewahotel/lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;

    3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugaspemeriksaan;

    3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puandan Pengarah Peperiksaan (u.p.:Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankantugas ini;

    4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkanpelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas.

    5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semuaurusan berkaitan PT3 dengan Lembaga Peperiksaan.

    6. Senarai nama Ketua Pentaksir Negeridalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan oleh LembagaPeperiksaan.

    7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan denganpenuh tanggungjawab.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    Tandatangan, Nama dan Alamat

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    37/42

    37

    SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR NEGERI

    Nombor Rujukan dan Tarikh

    Nama dan Alamat Personel Pentaksiran

    Tuan/Puan,

    PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) 2014PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR NEGERIKOD PENTAKSIR :NAMA KERTAS : KOD KERTAS :

    Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

    2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puansebagai Ketua Pentaksir Negeri.

    3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

    3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja;

    3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skripjawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;

    3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada hari sekolah;

    3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan;

    3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat PekelilingPerbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagiperkara berikut:

    i. skrip jawapan yang diperiksa;

    ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan/elaun harian dan elaun sewahotel/lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;

    3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugaspemeriksaan;

    3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puandan Pengarah Peperiksaan (u.p.:Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankantugas ini;

    4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkanpelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas.

    5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semuaurusan berkaitan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dengan Lembaga Peperiksaan.

    6. Senarai nama Ketua Pentaksir Kawasan dalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan olehLembaga Peperiksaan.

    7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan denganpenuh tanggungjawab.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    Tandatangan, Nama dan Alamat

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    38/42

    38

    SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KAWASAN

    Nombor Rujukan dan Tarikh

    Nama dan Alamat Personel Pentaksiran

    Tuan/Puan,

    PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KAWASAN

    KOD PENTAKSIR :NAMA KERTAS : KOD KERTAS :

    Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

    2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puansebagai Ketua Pentaksir Kawasan.

    3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

    3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja;

    3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skripjawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;

    3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada haripersekolahan;

    3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan;

    3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat PekelilingPerbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagiperkara berikut:

    i. skrip jawapan yang diperiksa;

    ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan/elaun harian dan elaun sewahotel/lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;

    3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugaspemeriksaan;

    3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puandan Pengarah Peperiksaan (u.p.:Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankantugas ini;

    4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkanpelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas.

    5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semuaurusan berkaitan PT3 dengan Lembaga Peperiksaan.

    6. Senarai nama Pentaksir Kawasan dalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan oleh SektorPenilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.

    7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan denganpenuh tanggungjawab.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    Tandatangan, Nama dan Alamat

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    39/42

    39

    SURAT PELANTIKAN PENTAKSIR KAWASAN

    Nombor Rujukan dan Tarikh

    Nama dan Alamat Personel Pentaksiran

    Tuan/Puan,

    PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014PELANTIKAN PENTAKSIR KAWASAN

    KOD PENTAKSIR :NAMA KERTAS : KOD KERTAS :

    Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

    2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puansebagai Pentaksir Kawasan.

    3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

    3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja;

    3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skripjawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;

    3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada haripersekolahan;

    3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan;

    3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat PekelilingPerbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagiperkara berikut:

    i. skrip jawapan yang diperiksa;

    ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan/elaun harian dan elaun sewahotel/lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;

    3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugaspemeriksaan;

    3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puandan Pengarah Peperiksaan (u.p.:Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankantugas ini;

    4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkanpelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas.

    5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semuaurusan berkaitan PT3 dengan Lembaga Peperiksaan.

    6. Senarai nama sekolah dalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan oleh Sektor Penilaian danPeperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.

    7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan denganpenuh tanggungjawab.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    Tandatangan, Nama dan Alamat

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    40/42

    40

    SURAT IRINGAN KEPADA PENGETUAMEMAKLUMKAN PELANTIKAN PENTAKSIR

    OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN /JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

    Nombor Rujukan dan Tarikh

    Nama dan Alamat Sekolah

    Tuan/Puan,

    PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014PELANTIKAN PENTAKSIR

    Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

    2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri telah melantik guru dari sekolah tuan/puan

    sebagai Pentaksir PT3. Surat pelantikan sebagai Pentaksir telah dihantar kepada guru-guru seperti diLampiran A.

    3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

    3.1 Memastikan guru-guru berkenaan tidak mengikuti sebarang kursus sepanjangmenjalankan tugas pentaksiran.

    3.2 Mengesahkan senarai nama guru di Lampiran A dan mengembalikan denganSEGERA kepada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan/ PengarahPendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri.

    3.3 Memaklumkan kepada Lembaga Peperiksaan sekiranya guru-guru berkenaan

    telah bertukar ke sekolah lain.

    4. Bersama- sama ini disertakan Lampiran A: Senarai Pentaksir PT3 untuk makluman dantindakan tuan/puan.Tuan/Puan boleh menghubungi ........................... di talian .........................untuksebarang pertanyaan.

    .

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    TandatanganNama dan Alamat

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    41/42

    41

    Lampiran A

    SENARAI NAMA PENTAKSIR PT3

    BIL NAMA PENTAKSIR KOD MP CATATAN

    Nota:

    Sila kembalikan senarai ini kepada Lembaga Peperiksaan / Jabatan Pendidikan Negeri (u.p:

    )sebelum atau pada .

    Nama dan tandatangan Pengetua

    Tarikh:.

  • 8/12/2019 Panduan Penjaminan Kualiti Pt3

    42/42

    3.6 SENARAI SEMAK PERSONEL PENTAKSIRAN

    SENARAI SEMAKPERSONEL PENTAKSIRAN

    BIL TINDAKAN TANDAKAN () TARIKH

    1 Menerima latihan Verifikasi Instrumen, ModerasiPemeriksaan dan Verifikasi Skor

    2 Menerima surat pelantikan sebagai PersonelPentaksiran.

    4 Menandatangani borang Akta Rahsia Rasmi.

    5 Menerima surat arahan menjalankan penjaminankualiti.

    6 Menerima senarai sekolah.

    7 Menjalankan Verifikasi Instrumen

    Sekolah 1

    Sekolah 2

    Sekolah 3

    Sekolah 4

    Sekolah 5

    8 Menjalankan Moderasi Pemeriksaan dan VerifikasiSkor

    Sekolah 1

    Sekolah 2

    Sekolah 3

    Sekolah 4

    Sekolah 5

    9 Memaklumkan kepada Lembaga Peperiksaansekiranya berlaku ketidakaturan di sekolah.

    10 Menghantar laporan ke Lembaga Peperiksaan.