panduan pengguna bayaran zakat secara online melalui epay

9
PANDUAN PENGGUNA BAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE MELALUI EPAY PANDUAN PENGGUNA BAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE Khidmat bayaran zakat secara online ini menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar Zakat Harta (Pendapatan, Simpanan, Perniagaan, Emas dan lain-lain). Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan elektronik dengan mana-mana bank yang menyertainya. Bank-bank yang terlibat adalah : LANGKAH 1 NOTA PENTING :- Sila pastikan anda memilih "Turn Off Pop-up Blocker" sebelum meneruskan transaksi. Lihat gambarajah di bawah :

Upload: trinhtuyen

Post on 24-Jan-2017

276 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: panduan pengguna bayaran zakat secara online melalui epay

PANDUAN PENGGUNA BAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE

MELALUI EPAY PANDUAN PENGGUNA BAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE Khidmat bayaran zakat secara online ini menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar Zakat Harta (Pendapatan, Simpanan, Perniagaan, Emas dan lain-lain). Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan elektronik dengan mana-mana bank yang menyertainya. Bank-bank yang terlibat adalah :

LANGKAH 1 NOTA PENTING :- Sila pastikan anda memilih "Turn Off Pop-up Blocker" sebelum meneruskan transaksi. Lihat gambarajah di bawah :

Page 2: panduan pengguna bayaran zakat secara online melalui epay

LANGKAH 2 Klik pada menu eZakatPay di menu tepi kanan untuk membuat pembayaran zakat menggunakan EzakatPay.

Page 3: panduan pengguna bayaran zakat secara online melalui epay

LANGKAH 3 Sila masukkan maklumat yang diperlukan dengan tepat untuk membuat bayaran:

NOTA PENTING :-Sila isi semua bahagian yang bertanda (*) • Nama Pembayar -Nama pembayar zakat ( ditulis pada resit rasmi bayaran zakat) • No KP Baru dan Lama – No Kad Pengenalan pembayar.Alamat – Sila lengkapkan alamat pembayar bagi tujuan penghantara resit zakat. • No Telefon – Nombor telefon yang perlu dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah. • Jenis Zakat – Jenis Zakat Harta yang dilaksanakan sama ada Pendapatan, Simpanan dll. • Tahun Haul – Tahun bayaran zakat tersebut dibuat. • Jumlah Zakat – Jumlah Zakat yang ingin dibayar. Selepas selesai mengisi semua maklumat tersebut dengan betul, klik pada “ Bayar ONLINE Sekarang” untuk meneruskan pembayaran zakat.

Page 4: panduan pengguna bayaran zakat secara online melalui epay

LANGKAH 4 Sila buat semakan maklumat pembayar dan jumlah zakat dan klik “YA” untuk meneruskan pembayaran zakat anda. Sekiranya maklumat salah, sila klik "TIDAK".

NOTA PENTING :-Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul terutamanya Nombor Kad Pengenalan dan alamat anda. Kemudian sila KLIK pada "Ya" untuk meneruskan pembayaran.

Page 5: panduan pengguna bayaran zakat secara online melalui epay

LANGKAH 5 Seterusnya, anda akan berada pada skrin MEPS. Klik pilih bank anda dan Klik "Please tick to agree on our Terms and Conditions" kemudian klik "Proceed" untuk meneruskan transaksi. Jika anda ingin membatalkan proses bayaran, sila klik "Cancel"

NOTA PENTING :-Sila isi semua bahagian berikut :

• Sila pilih nama Bank anda • Klik pada butang "Please tick to agree on our Terms and Conditions" • Klik "Proceed" untuk meneruskan pembayaran

Page 6: panduan pengguna bayaran zakat secara online melalui epay

LANGKAH 6 Kemudian, anda akan berada di Laman Perbankan Internet Bank yang dipilih. Pada skrin ini, anda perlu memasukkan "USER ID" dan "PASSWORD" dan klik pada butang "LOGIN" untuk ke memasuki akaun bank anda. Contoh skrin di bawah ialah halaman Bank Islam Malaysia Berhad.

NOTA PENTING :- Anda perlu mempunyai "i-Access Code" ( berbeza mengikut bank ) terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan bayaran zakat.

LANGKAH 7 Pastikan semua maklumat betul. Sila klik "Pay" meneruskan bayaran zakat anda.

Page 7: panduan pengguna bayaran zakat secara online melalui epay

LANGKAH 8 Maklumat pengesahan pembayaran daripada pihak bank seperti gambar di bawah akan di paparkan. Klik "Confirm" bagi mengesahkan bayaran zakat anda.

LANGKAH 9 Memasukkan "i-Access Code" dan klik "Ok" sebagai langkah terakhir bayaran zakat anda dan amaun bayaran akan terus ditolak dari akaun anda.

Page 8: panduan pengguna bayaran zakat secara online melalui epay

LANGKAH 10 Status maklumat bayaran dari pihak bank juga akan dipaparkan bagi pengesahan bayaran. Sila klik pada butang “Print” untuk mencetak maklumat pembayaran dari bank tersebut sebagai bukti pembayaran anda.

NOTA PENTING :- Pastikan anda "Logout" halaman bank ini untuk keselamatan.

LANGKAH 11 Maklumat Transaksi dari MEPS akan dipaparkan. Sila klik pada butang “Print” untuk mencetak maklumat pembayaran tersebut sebagai bukti pembayaran anda. Dan tutup tetingkap tersebut dengan klik pada butang pangkah.

Page 9: panduan pengguna bayaran zakat secara online melalui epay

LANGKAH 12 LZS juga menyediakan resit sementara bagi tujuan bukti pembayaran yang telah dilakukan sebelum resit rasmi di poskan kepada pembayar selewat-lewatnya 14 hari dari tarikh penerimaan maklumat pembayaran anda dari pihak bank. Sila klik pada butang “Cetak Resit” untuk cetak resit.

LANGKAH 13 Akhir sekali pengesahan bayaran tersebut akan dipaparkan. Pengguna boleh memilih untuk membayar zakat lagi dengan klik pada link "Bayar Zakat Lagi".

NOTA PENTING :- Resit rasmi akan dihantar ke alamat anda selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh pembayaran dibuat. Sekiranya anda tidak menerima resit dalam tempoh tersebut, sila hubungi Lembaga Zakat Selangor di talian 03-55227777 (Khidmat Pelanggan).