panduan pendaftaran sesi jun 2017 lepasan · pdf filelatar belakang politeknik banting...

10
PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN SPM KATEGORI A DAN B (SPM 2014 2017) 04 JUN 2017 Pendaftaran Pelajar Masa : 8.30 Pagi Tempat : Aras 1, Bangunan Kuliah Pelajar Taklimat Ibu Bapa Masa : 10.30 Pagi Tempat : Hangar Pbs ARAHAN Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. Buku ini terdiri daripada 4 (empat) bahagian: A. Maklumat Am B. Kaedah Pembayaran C. Borang Senarai Semak D. Direktori Hotel Berhampiran Politeknik Banting Selangor

Upload: lethuy

Post on 14-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN  · PDF fileLATAR BELAKANG POLITEKNIK BANTING SELANGOR ... Mekanikal Pembuatan. ... sarung bantal dan selimut tidak disediakan

PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017

LEPASAN SPM KATEGORI A DAN B (SPM 2014 – 2017)

04 JUN 2017

Pendaftaran Pelajar

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Aras 1, Bangunan Kuliah Pelajar

Taklimat Ibu Bapa

Masa : 10.30 Pagi

Tempat : Hangar Pbs

ARAHAN

Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan

yang berkaitan dengan segera.

Buku ini terdiri daripada 4 (empat) bahagian:

A. Maklumat Am

B. Kaedah Pembayaran

C. Borang Senarai Semak

D. Direktori Hotel Berhampiran Politeknik Banting Selangor

Page 2: PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN  · PDF fileLATAR BELAKANG POLITEKNIK BANTING SELANGOR ... Mekanikal Pembuatan. ... sarung bantal dan selimut tidak disediakan

PENGENALAN

1. LATAR BELAKANG POLITEKNIK BANTING SELANGOR

Politeknik Banting Selangor(PBS) merupakan politeknik yang ke 24 ditubuhkan di Malaysia dan beroperasi di

bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Ia bertujuan untuk melatih para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi

memenuhi permintaan tenaga kerja separa profesional dalam bidang kejuruteraan dan penyelenggaraan pesawat. PBS

Mula beroperasi pada 1 November 2007 di kampus sementara di Bandar Sungai Emas, Banting, Selangor. Semasa di

kampus sementara PBS hanya menjalankan satu program sahaja iaitu Diploma Kejuruteraan Elektrik.

Pada September 2012 PBS telah berpindah ke kampus tetap terletak di dalam daerah Kuala Langat. Di Kampus

tetap terdapat tiga program yang dijalankan iaitu Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat, Mekanikal dan

Mekanikal Pembuatan. Di kampus tetap PBS, jumlah kapasiti pelajar boleh menampung sehingga mencecah 2400 orang

pelajar.

Pada bulan Mac 2017 PBS telah memperolehi pengiktirafan MS ISO 9001:2015. Pengiktirafan ini

membuktikan kemantapan dan kecekapan Sistem Pengurusan Kualiti PBS.

2. PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK BANTING SELANGOR

Kampus PBS terletak di dalam daerah Kuala Langat, Selangor di mana jaraknya 45km dari Klang dan 60km dari Kuala

Lumpur.

Koordinat Politeknik Banting Selangor :-

2°49'31.3"N

101°27'48.7"E

BAHAGIAN A : MAKLUMAT AM

Page 3: PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN  · PDF fileLATAR BELAKANG POLITEKNIK BANTING SELANGOR ... Mekanikal Pembuatan. ... sarung bantal dan selimut tidak disediakan

3. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a) Semakan dokumen asal akan dilakukan pada hari pendaftaran. Sila bawa semua dokumen asal

yang dikehendaki oleh PBS pada hari tersebut.Pendaftaran anda akan ditolak sekiranya anda

gagal menunjukkan dokumen-dokumen tersebut (Rujuk senarai semak)

b) Pengarah PBS juga berhak menarik balik tawaran belajar sekiranya terdapat percanggahan

maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon

ke Politeknik.

c) Lengkapkan semua borang (HEP1,HEP2,HEP3,HEP4,HEP5,dan HEP6) yang terdapat di laman

web www.politeknik.edu.my sebelum diserahkan semasa hari pendaftaran.

d) Semua pembayaran perlu dibuat mulai 25 Mei 2017 sehingga 31 Mei 2017 bagi melancarkan proses pendaftaran.

kegagalan membayar yuran sebelum pendaftaran akan menyebabkan urusan pendaftaran tidak dapat dilaksanakan dengan lancar pada hari pendaftaran.

e) Pra pendaftaran secara online perlulah dibuat selepas 48 jam pembayaran atau selewat-lewatnya

sebelum 2 Jun 2017 melalui laman web www.polibanting.edu.my.

f) Sila Print Slip Pendaftaran Online dan perlu dibawa semasa hari pendaftaran.

g) Sila bawa bersama gambar berukuran passport sebanyak 3 keping.

h) Sila lakukan pemeriksaan doktor menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Doktor (HEP2) dan

sertakan Laporan Pemeriksaan Darah, Laporan Pemeriksaan Air Kencing dan Laporan X-

ray. Pemeriksaan doktor boleh dilakukan di hospital kerajaan atau klinik swasta (Gambar x-ray

tidak diperlukan)

i) Sila buka Akaun Bank Islam (BIMB) dan SSPN untuk proses permohonan pinjaman melalui

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

a) Politeknik Banting Selangor menawarkan kemudahan kamsis kepada semua pelajar.

b) Kadar Bayaran Kamsis boleh merujuk kepada Kaedah Bayaran Yuran Bagi Pelajar Baharu.

5. BANTUAN KEWANGAN

a) Pelajar boleh memohon pinjaman/biasiswa/dermasiswa dari mana-mana institusi yang

berkenaan dan perlu membuat permohonan sendiri ke institusi tersebut.

b) Pelajar juga boleh memohon Pinjaman Pendahuluan daripada PTPTN secara dalam talian

setelah menerima tawaran untuk memasuki Politeknik bagi tujuan keperluan kewangan semasa

hari pendaftaran.

Page 4: PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN  · PDF fileLATAR BELAKANG POLITEKNIK BANTING SELANGOR ... Mekanikal Pembuatan. ... sarung bantal dan selimut tidak disediakan

6. RUPADIRI PELAJAR SEMASA PENDAFTARAN

Semua pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia tertakluk kepada Akta Institusi-

Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Pindaan 1997 (Akta 174) dan semua peraturan bertulis di

Politeknik. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup

aurat (bagi pelajar Islam) dan sopan. Semua jenis pakaian yang “menjolok mata” dan tidak menepati

peraturan Politeknik adalah dilarang sama sekali.

a) Pakaian dan Rupadiri Pelajar Lelaki

i. Baju

Baju kemeja putih berlengan panjang atau pendek

Baju perlu sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in) dan semua butang dikenakan

dengan sempurna.

Bertali leher.

ii. Seluar

Seluar „slack‟ panjang berwarna hitam.

Seluar „jeans‟ tidak dibenarkan.

iii. Kasut

Pelajar hendaklah memakai kasut yang sesuai untuk kerja di pejabat dan memakai sarung

kaki dengan sempurna.

Kasut sukan dibenarkan.

Pemakaian selipar, terompah, capal dan seumpamanya dilarang semasa pelajar berada

dalam kampus.

iv. Rambut

Rambut sentiasa pendek dan kemas. Rambut berfesyen seperti „afro‟, „punk‟, berekor dan

diwarnakan adalah dilarang.

v. Perhiasan

Pelajar dilarang memakai sebarang bentuk perhiasan kecuali bagi keperluan agama.

b) Pakaian dan Rupadiri Pelajar Perempuan

i. Baju

Baju kurung/ baju kemeja berwarna putih dan kain/ skirt labuh berwarna hitam

Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar Islam.

Pakaian yang menjolok mata dilarang (contoh pakaian yang ketat, jarang, pendek,

berbelah,nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan

belakang).

Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai kepergelangan tangan.

Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.

Pelajar bukan Islam dilarang memakai „skirt‟ yang pendek dari paras lutut. Baju-T berkolar

bulat dilarang.

Page 5: PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN  · PDF fileLATAR BELAKANG POLITEKNIK BANTING SELANGOR ... Mekanikal Pembuatan. ... sarung bantal dan selimut tidak disediakan

ii. Seluar

Pelajar perempuan boleh memakai seluar „slack‟ panjang yang longgar dan tidak ketat

serta tidak menjolok mata.

Seluar „slack‟ yang digalakkan adalah yang berwarna hitam

Seluar „jeans‟ dilarang.

iii. Kasut

Pelajar hendaklah memakai kasut bertutup semasa menghadiri kuliah, berurusan di

pejabat dan memakai sarung kaki dengan sempurna.

Kasut sukan dibenarkan.

Pemakaian selipar, terompah, capal dan seumpamanya dilarang semasa pelajar berada

dalam kampus.

iv. Rambut

Pelajar Islam WAJIB berpakaian yang menutup aurat (contoh bertudung) seperti yang

disyariatkan Islam.

Rambut hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.

Rambut fesyen seperti „afro‟, „punk‟, berekor, diwarnakan atau seumpamanya adalah

dilarang.

v. Perhiasan

TIDAK digalakkan memakai barang kemas dan solekan yang berlebihan.

7. HAL-HAL LAIN

• Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian yang mencukupi serta pakaian sukan atau lain

yang sesuai dan memenuhi syarat-syarat cara berpakaian.

• Pelajar perempuan dikehendaki membawa „skirt‟ labuh berwarna hitam.

• Pelajar lelaki muslim diminta membawa pakaian melayu lengkap, sampin dan songkok.

• Pelajar Islam dikehendaki membawa senaskah Al-Quran dan pakaian bersolat yang lengkap.

• Pelajar dikehendaki membawa mesinkira(calculator) saintifik. Sekiranya memiliki mesin kira

saintifik, ia hendaklah dari jenis yang tidak boleh diprogramkan.

• Jika ibu/bapa atau penjaga berkerja dalam sektor awam atau swasta, sila bawa salinan Borang J

(Cukai Pendapatan – jika ada) untuk tujuan biasiswa/pinjaman pelajaran yang berkaitan.

• Pelajar yang tinggal di kamsis digalakkan membawa peralatan mandian yang cukup atau boleh

didapati dari kedai koperasi.

• Alas tilam, sarung bantal dan selimut tidak disediakan. Bagaimanapun segala kelengkapan ini

boleh di beli dari Kedai Koperasi.

Page 6: PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN  · PDF fileLATAR BELAKANG POLITEKNIK BANTING SELANGOR ... Mekanikal Pembuatan. ... sarung bantal dan selimut tidak disediakan

BAHAGIAN B :KAEDAH BAYARAN YURAN BAGI PELAJAR BAHARU

1. Terdapat TIGA (3) jenis yuran yang perlu dijelaskan oleh semua pelajar baharu. Kedua-dua yuran

tersebut menggunakan nombor akaun yang berbeza. Yuran-yuran tersebut adalah seperti berikut:

i. Yuran Pengajian

ii. Yuran Kamsis

iii. Bayaran Pelbagai

2. Yuran Pengajian dan yuran kamsis hendaklah dibuat mengikut Kaedah Pembayaran Yuran Pengajian

dan Yuran Kamsis seperti yang dilampirkan manakala yuran Pelbagai boleh dibayar dengan menggunakan

apa pun kaedah bayaran. Resit bayaran hendaklah dibawa semasa hari pendaftaran. Sila buat salinan jika

hanya ada satu resit bagi tujuan simpanan. Salinan juga digalakkan atas tujuan dibimbangi tulisan pada resit

yang diterima dari mesin atm akan hilang dalam tempoh terdekat berikutan karbon cetakan yang tidak

tahan lama.

3. Semua bayaran yuran boleh dijelaskan di mana-mana cawangan Bank Islam yang berdekatan dengan

tempat kediaman pelajar mengikut langkah berikut :

Bil Perkara Akaun

(a)

BIMB1: Yuran Pengajian

POLITEKNIK KPT

Jumlah : RM 200.00

BIMB2: Yuran Kamsis

Semua pelajar diwajibkan

menduduki kamsis sepanjang

tempoh pengajian

Jumlah : RM 630.00

(b)

BIMB3 : Bayaran Pelbagai Akaun: 12074010066261

Jumlah : RM 600

(KOPERASI POLITEKNIK

BANTING SELANGOR BHD(HEP))

Pastikan JUMLAH yang dibayar adalah TEPAT dengan Rujuk Maklumat Bayaran di dalam

jadual bayaran dan resit hendaklah disimpan dengan baik sebagai bukti pembayaran telah

dibuat.

PERINGATAN :

**SILA SEMAK BUTIRAN PEMBAYARAN SEBELUM KELUAR DARI BANK supaya tidak

berlaku masalah semasa membuat Pendaftaran.

Page 7: PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN  · PDF fileLATAR BELAKANG POLITEKNIK BANTING SELANGOR ... Mekanikal Pembuatan. ... sarung bantal dan selimut tidak disediakan

KAEDAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN DAN YURAN KAMSIS DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

______________________________________________________________________________________

TERDAPAT TIGA KAEDAH BAYARAN SEPERTI DI BAWAH:

A PERBANKAN INTERNET

1. Layari www.bankislam.com.my

2. KlikAlerts” logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security

3. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet

Bank Islam.

4. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.

5. Pilih POLITEKNIK KPT pada bahagian senarai Universiti.

6. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”

7. Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay”

8. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang

hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”

9. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan..

10. Klik "Confirm" untuk menuruskan pembayaran atau sebaliknya.

11. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pastikan

butir bayaran dicetak dan membuat salinan untuk di bawa pada hari pendaftaran.

Page 8: PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN  · PDF fileLATAR BELAKANG POLITEKNIK BANTING SELANGOR ... Mekanikal Pembuatan. ... sarung bantal dan selimut tidak disediakan

KAEDAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN DAN YURAN KAMSIS DI BANK ISLAM

MALAYSIA BERHAD (BIMB)

B MESIN ATM BANK ISLAM

1. Pilih menu LAIN-LAIN

2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

3. Pilih menu YURAN IPT

4. Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit )

5. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

6. Pilih Bil yang ingin dibayar

7. Sahkan amaun yang ingin dibayar

8. Transaksi selesai dan ambil resit serta buat salinan untuk di bawa semasa hari

pendaftaran.

C MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BANK ISLAM

1. Pilih menu YURAN IPT

2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

3. Pilih POLITEKNIK KPT

4. Sahkan data dan masukkan wang

5. Sahkan jumlah kemasukkan wang

6. Transaksi selesai dan ambil Resit serta buat salinan untuk di bawa semasa hari

pendaftaran.

KAEDAH MEMBAYAR YURAN PELBAGAI DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Bayaran hanya boleh dilakukan di kaunter BIMB atas akaun 12074010066261

(Koperasi Politeknik Banting)

Page 9: PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN  · PDF fileLATAR BELAKANG POLITEKNIK BANTING SELANGOR ... Mekanikal Pembuatan. ... sarung bantal dan selimut tidak disediakan

SENARAI SEMAK PERKARA YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN

BIL PERKARA √

1 Kad Pengenalan yang Asal

2 Keputusan SPM yang Asal

3 Surat Tawaran yang Asal

4

Slip Bayaran bagi :

1) Yuran Pengajian (RM200.00)

2) Yuran Kamsis (RM630.00)

3) Bayaran Pelbagai (RM600.00)

*Sila buat Salinan bagi setiap Slip Bayaran bagi tujuan simpanan pelajar

5

Borang-borang :

1) HEP 1

2) HEP 2 (Sertakan sekali laporan ujian darah, ujian air kencing dan X-Ray yang di keluarkan oleh doktor)

3) HEP 3

4) HEP 4

5) HEP 5

6) HEP 6

6 Slip Pendaftaran Online

7 Gambar Berukuran Passport (3 Keping)

8 Keperluan Kamsis

1) Cadar, Sarung Bantal dan Selimut

2) Barang-barang Keperluan Harian

* bagi perkara 1, 2, 3dan 4 dan BJT, anda dikehendaki membawa salinan yang disahkan juga

semasa hari pendaftaran.

Page 10: PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN  · PDF fileLATAR BELAKANG POLITEKNIK BANTING SELANGOR ... Mekanikal Pembuatan. ... sarung bantal dan selimut tidak disediakan