panduan pelaksanaan program bulan dakwah sekolah-sekolah kpm 2015

11
Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 1 Panduan Pelaksanaan PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015 PENDAHULUAN 1. Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah satu program yang perlu dilaksanakan oleh semua sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan aktiviti dakwah dilaksana dengan lebih bersepadu dan berkesan dengan pengembelingan semua pihak. 2. Matlamat Menyemarakkan usaha dakwah diperingkat sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah dan Syiar Islam dapat dihayati bersama. 3. Objektif 3.1 Berusaha secara bersama dalam menangani permasalahan ummah dalam membina hadharah. 3.2 Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan menyeluruh. 3.3 Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar. 3.4 Memberikan kesedaran bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab untuk berdakwah. 4. Tarikh Cadangan Pelaksanaan Sepanjang bulan Jun dan Julai 2015. 5. Tempat Semua aktiviti dilaksana di dalam premis sekolah masing-masing kecuali aktiviti Sahabat Masjid dilaksana di masjid yang berdekatan dengan sekolah.

Upload: alhuzaee-sulaiman

Post on 06-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bulan dakwah 2015

TRANSCRIPT

  • Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 1

    Panduan Pelaksanaan

    PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015

    PENDAHULUAN

    1. Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah

    satu program yang perlu dilaksanakan oleh semua sekolah-sekolah di bawah

    Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan aktiviti dakwah dilaksana

    dengan lebih bersepadu dan berkesan dengan pengembelingan semua pihak.

    2. Matlamat

    Menyemarakkan usaha dakwah diperingkat sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah

    dan Syiar Islam dapat dihayati bersama.

    3. Objektif

    3.1 Berusaha secara bersama dalam menangani permasalahan ummah dalam

    membina hadharah.

    3.2 Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan

    menyeluruh.

    3.3 Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.

    3.4 Memberikan kesedaran bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab untuk

    berdakwah.

    4. Tarikh Cadangan Pelaksanaan

    Sepanjang bulan Jun dan Julai 2015.

    5. Tempat

    Semua aktiviti dilaksana di dalam premis sekolah masing-masing kecuali aktiviti

    Sahabat Masjid dilaksana di masjid yang berdekatan dengan sekolah.

  • Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 2

    6. Sasaran

    Sekolah-sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

    dengan melibatkan:

    6.1 Murid-murid

    6.2 Guru-guru

    6.3 Kakitangan sekolah

    7. Strategi Pengurusan

    7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah.

    7.2 Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah

    7.3 Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah adalah bagi memutuskan perkara

    berikut:

    7.3.1 Memasukkan aktiviti ini dalam takwim sekolah.

    7.3.2 Menyelaras jadual dan agihan tugas guru.

    7.3.3 Memastikan penglibatan guru dan murid secara menyeluruh.

    7.3.4 Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sekurang-

    kurangnya 4 aktiviti mengikut kesesuaian masa dan kewangan.

    8. Strategi Pelaksanaan

    8.1 Mengadakan Majlis Pelancaran Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah

    Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat sekolah.

    8.2 Melaksanakan program-program yang diatur sepanjang bulan dakwah.

    8.3 Mengadakan Mesyuarat Post Mortem kekuatan dan kelemahan serta cadangan

    untuk memperbaiki kelemahan selepas tamat Program Bulan Dakwah.

    8.4 Menghantar laporan pelaksanaan dengan mengisi borang seperti di lampiran A1

    ke Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. Rumusan

    laporan pelaksanaan tersebut seperti di lampiran A2 dipanjangkan ke Sektor

    Pendidikan Islam JPN dan Bahagian Pendidikan Islam KPM.

    9. Cadangan Aktiviti

    Berikut adalah cadangan pengisian aktiviti untuk Program Bulan Dakwah peringkat

    sekolah. Sila semak Lampiran B untuk panduan pelaksanaan.

  • Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 3

    9.1 Kempen 3B Beri Salam, Beri Sapaan, Beri Laluan

    9.2 Bumiku Bersih Anugerah Tuhan

    9.3 Kempen Ihtiram (Tak Nak Buli)

    9.4 Sahabat Masjid

    9.5 Daurah Hadith

    9.6 Cinta Rasul

    9.7 Cakna Palestin

    9.8 Al-Quran di hatiku

    9.9 Syurga Milik Kita

    9.10 Sesuci Srikandi

    9.11 Jom Solat On time, Any time, Over time

    9.12 Daie Internet

    9.13 Panggilan Tanah Suci

    9.14 Lain-lain aktiviti dakwah yang difikirkan sesuai oleh sekolah.

    10. Carta Perbatuan Program

    (Rujuk Lampiran C)

    11. Implikasi Kewangan

    Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan

    Malaysia tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan disebabkan ia dilaksanakan

    mengikut kesesuaian masa dan kewangan sekolah.

    12. Syor

    Ahli mesyuarat dipohon memberi pandangan dan kelulusan pelaksanaan Program

    Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Disediakan oleh:

    Sektor Dakwah dan Kepimpinan

    Bahagian Pendidikan Islam

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    April 2015M / Jamadil Akhir 1436H

  • Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 4

    Lampiran A1

    LAPORAN PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015

    Nama Sekolah : ____________________________________

    Alamat Sekolah : ____________________________________

    ____________________________________

    No. Tel. : ____________________________________

    Nama Ketua Panitia Pendidikan Islam : ____________________________________

    No. Tel. Bimbit : ____________________________________

    Bil Aktiviti Dilaksana Tidak

    Dilaksana

    1 Kempen 3B Beri Salam, Beri Sapaan, Beri Laluan

    2 Bumiku Bersih Anugerah Tuhan

    3 Kempen Ihtiram

    4 Sahabat Masjid

    5 Daurah Hadis

    6 Cinta Rasul

    7 Cakna Palestin

    8 Al-Quran di hatiku

    9 Syurga Milik Kita

    10 Sesuci Srikandi

    11 Jom Solat On time, Any time, Over time

    12 Daie Internet

    13 Panggilan Tanah Suci

    14 Lain-lain aktiviti dakwah yang difikirkan sesuai oleh sekolah.

    Kekuatan :

    Kelemahan :

    Cadangan Penambahbaikan:

    Disediakan Oleh Disahkan Oleh

    .. ..

    ( ) ( )

  • Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 5

    Lampiran A2

    LAPORAN PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015

    PPD / JPN : ____________________________________

    Penyelia UPI / Pegawai SPI : ____________________________________

    No. Tel. Bimbit : ____________________________________

    Bil Aktiviti Bilangan Sekolah yang

    Melaksanakan

    1 Kempen 3B Beri Salam, Beri Sapaan, Beri Laluan

    2 Bumiku Bersih Anugerah Tuhan

    3 Kempen Ihtiram

    4 Sahabat Masjid

    5 Daurah Hadith

    6 Cinta Rasul

    7 Cakna Palestin

    8 Al-Quran di hatiku

    9 Syurga Milik Kita

    10 Sesuci Srikandi

    11 Jom Solat Ontime, Anytime, Overtime

    12 Daie Internet

    13 Panggilan Tanah Suci

    14 Lain-lain aktiviti dakwah yang difikirkan sesuai oleh sekolah.

    Kekuatan :

    Kelemahan :

    Cadangan Penambahbaikan:

  • Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 6

    Lampiran B

    Cadangan Pengisian

    PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015

    Berikut adalah cadangan pengisian program untuk bulan dakwah peringkat sekolah bagi

    tahun 2015.

    1. Tajuk : Kempen 3B Beri Salam, Beri Sapaan, Beri Laluan

    Objektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat :

    1. Mengucapkan salam dengan sebutan yang betul, senyum dan sapaan

    mengikut panduan dari Al-Quran dan Hadith.

    2. Mengamalkan kaedah salam, senyum dan sapaan dalam kehidupan

    seharian.

    3. Memberikan laluan kepada orang lain dengan cara yang betul dan

    bersopan.

    Cadangan Aktiviti:

    1. Taklimat kaedah, adab-adab dan kelebihan pengucapan salam serta

    memberikan laluan dengan yang betul.

    2. Brosur / poster / banting kaedah, adab-adab dan kelebihan salam serta

    memberi laluan.

    3. Penekanan kepentingan salam setiap kali pertemuan dan memberi laluan.

    2. Tajuk : Bumiku Bersih Anugerah Tuhan

    Objektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat :

    1. Memahami kepentingan menjaga kebersihan bersesuaian dengan Al-

    Quran dan Hadith

    2. Mengamalkan budaya menjaga kebersihan di dalam dan luar kawasan

    sekolah.

    3. Bekerjasama bergotong-royong dan menjaga kebersihan persekitaran.

    Cadangan aktiviti :

    1. Ceramah Kebersihan sebahagian dari kesempurnaan Iman

    2. Kempen penggunaan tong sampah dengan betul

    3. Gotong-royong kebersihan kelas, tandas dan sudut pengumpulan

    sampah.

    3. Tajuk : Kempen Ihtiram

    Objektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat :

    4. Mengeratkan hubungan antara murid yang senior dan junior.

  • Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 7

    5. Mengamalkan adab-adab bersahabat dengan menekankan prinsip ithar,

    ikram dan rahmah.

    6. Mencegah gejala buli di sekolah

    Cadangan aktiviti :

    4. Ceramah pencegahan buli

    5. Tayangan video berkaitan buli

    6. Signboard Saya benci buli di kawasan sekolah

    7. Halaqah / Usrah / Latihan dalam kumpulan (LDK)

    Sasaran : Pelajar muslim yang berisiko atau berpotensi terlibat dengan

    gejala buli (pembuli dan mangsa buli)

    Kekerapan : Satu kali perjumpaan setiap bulan

    1. Taaruf

    2. Adab-adab bersahabat

    3. Konsep ithar (mengutamakan orang lain terlebih dahulu)

    4. Konsep ikram (memuliakan orang lain)

    5. Konsep rahmah (mengasihani orang lain)

    6. Menjauhi permusuhan dan dendam

    7. Riadhah dan jamuan makan bersama

    4. Tajuk : Sahabat Masjid

    Objektif : Di akhir kempen, peserta akan dapat :

    1. Membantu pihak masjid mengawal disiplin murid semasa berada di

    masjid.

    2. Menambahkan ilmu berkaitan adab-adab di masjid

    3. Melazimikan diri dengan solat berjemaah di masjid

    4. Melahirkan generasi yang beradab dan cintakan masjid

    Cadangan aktiviti :

    1. Jadual petugas disiplin di Masjid semasa solat Jumaat dalam kalangan

    guru dan murid.

    2. Ceramah adab-adab di masjid berdasarkan kitab turath dan Surat

    Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1991: Tatakelakuan Pelajar Ketika Di Masjid

    3. Ziarah dan khidmat masyarakat gotong-royong di masjid.

    4. Meletakkan bunting / papan tanda nama sekolah di kawasan murid

    semasa solat Jumaat.

    5. Sahabat basikal masjid

    5. Tajuk : Daurah Hadith

    Objektif : Di akhir kempen, peserta akan dapat :

    1. Mengamalkan pengajaran daripada hadith

    2. Mencintai hadith Rasulullah s.a.w.

    3. Memelihara hadith Rasulullah s.a.w.

  • Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 8

    Cadangan aktiviti :

    1. Marathon bacaan hadith 40 secara terus menerus dengan ulasan

    ringkas dalam tempoh 3-4 jam.

    2. Pertandingan hafazan hadith ringkas (Matan sahaja)

    3. Ceramah pengenalan ilmu Mustolah Hadith

    4. Kuiz berkaitan Hadith

    6. Tajuk : Cinta Rasul

    Objektif : Di akhir program peserta akan dapat

    1. Memupuk kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.

    2. Mengenali akhlak Rasulullah s.a.w. dan sifat fizikal baginda.

    3. Mengamalkan sunnah harian dalam kehidupan

    Cadangan aktiviti :

    1. Persembahan nasyid, marhaban dan selawat

    2. Pertandingan buku skrap Cinta Rasul

    3. Tayangan video Muhammad Utusan Terakhir / Ar Risalah

    4. Bacaan kitab Syamail atau seumpamanya seperti Marifah Rasulullah

    tulisan Dr. Zulkifli Al-Bakri

    5. Majlis seribu selawat

    7. Tajuk : Cakna Palestin dan Syria

    Objektif : Di akhir program, peserta akan dapat

    1. Mewujudkan sensitiviti terhadap nasib umat Islam di Palestin dan Syria

    2. Menggalakkan infaq di kalangan warga sekolah

    3. Mengukuhkan perasaan ukhwah di kalangan umat Islam

    Cadangan aktiviti :

    1. Ceramah kesedaran sejarah dan isu Palestin dan Syria

    2. Tayangan video kesengsaraan rakyat Palestin dan Syria

    3. Sembang santai bersama NGO yang menguruskan tabung Palestin dan

    Syria

    4. Pelancaran Tabung Palestin dan Syria

    8. Tajuk : Al-Quran di hatiku

    Objektif : Di akhir kempen, peserta akan dapat

    1. Menanam minat menjadikan Al Quran sebagai bacaan harian.

    2. Setiap warga sekolah dapat membaca satu muka surat setiap hari.

    3. Menyuburkan semangat mempelajari Al Quran

    4. Khatam Al-Quran secara berjemaah sekurang-kurangnya satu kali

    dalam bulan Ramadhan

  • Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 9

    Cadangan aktiviti :

    1. Memperdengarkan bacaan Al Quran setiap hari sebelum pdp

    2. Kuiz tajwid

    3. Kelas celik al Quran (Iqra atau Muqaddam)

    4. Pertandingan hafazan surah-surah lazim

    5. Tahsin bacaan surah al-Fatihah dan kefahamannya

    6. Kempen One Day One Page Al-Quran.

    9. Tajuk : Syurga Milik Kita

    Objektif : Di akhir program, peserta akan dapat

    1. Muhasabah diri tentang umur dan alam akhirat

    2. Mengetahui adab ziarah kematian

    3. Menjauhkan diri daripada dosa dan maksiat

    Cadangan aktiviti :

    1. Ceramah Alam Barzakh & adab ziarah kematian

    2. Tayangan video majlis pengkebumian orang Islam yang menepati

    syariat.

    3. Gotong-royong di tanah perkuburan Islam

    4. Banner info tentang persiapan kematian dan adab ziarah kubur

    10. Tajuk : Sesuci Srikandi

    Objektif : Di akhir program, peserta akan dapat

    1. Mengetahui hukum-hakam darah wanita

    (haidh/nifas/wiladah/istihadhoh)

    2. Dapat mempraktikkan mandi hadas besar dengan betul

    3. Meningkatkan kesedaran tatacara yang betul pembersihan tuala wanita

    dengan betul

    4. Kesedaran peralihan zaman kanak-kanak ke alam dewasa (mukallaf)

    Cadangan aktiviti :

    1. Ceramah hukum-hakam darah wanita

    2. Kuiz soal jawab yang berkaitan

    3. Edaran risalah yang berkaitan

    4. Amali mandi hadas dan pembersihan tuala wanita

    11. Tajuk : Jom Solat Ontime, Anytime, Overtime

    Objektif : Di akhir program, peserta akan dapat

    1. Maklumat yang jelas tatacara mendirikan beberapa jenis solat dan sujud

    dalam pelbagai situasi

    2. Dapat mengetahui tatacara solat di dalam kenderaan.

    3. Dapat mengetahui tatacara sujud syukur

  • Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 10

    Cadangan aktiviti :

    1. Ceramah tatacara solat khauf dan solat menghormati waktu

    2. Edaran risalah yang berkaitan

    3. Amali solat khauf, solat dalam pesawat, sujud syukur

    12. Tajuk : Daie Internet

    Objektif : Di akhir program, murid akan dapat

    1. Mewujudkan group berunsur keislaman di Facebook dan media-media

    sosial yang lain

    2. Berkongsi maklumat berkaitan Islam

    3. Meningkat kemahiran ICT di kalangan murid

    4. Mengelakkan remaja dari salah faham terhadap jihad

    Cadangan aktiviti :

    1. Majlis pelancaran Daie Internet

    2. Ceramah adab-adab di alam siber

    3. Pertandingan video pendek berunsur islamik

    4. Usrah maya

    13. Tajuk : Panggilan Tanah Suci

    Objektif : Di akhir program, peserta akan dapat

    1. Mendalami ilmu tentang haji dan umrah secara teori dan amali

    2. Menanam keazaman yang tinggi untuk menunaikan ibadah haji dan

    umrah

    3. Pendedahan awal bagi ibadah haji dan umrah

    Cadangan aktiviti :

    1. Ceramah tatacara menunaikan haji dan umrah

    2. Amali ibadah haji dan umrah (Sekolah Menengah)

    3. Amali ibadah umrah (SekolahRendah)

    4. Tayangan video

    5. Pameran alat kelengkapan haji

  • Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 11

    Lampiran C

    Carta Perbatuan

    PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    MALAYSIA TAHUN 2015

    Bil. Aktiviti Mei Jun Julai Ogos Sep Okt Nov Dis

    1. Edaran Surat Makluman

    Mei

    2.

    Pelaksanaan Program Bulan Dakwah di sekolah

    1 Jun

    31 Julai

    3.

    Penghantaran Pelaporan ke UPI, PPD

    1 Ogos 30

    Sept

    4.

    Penghantaran Pelaporan ke SPI, JPN

    1 Okt 15 Okt

    5.

    Penghantaran Pelaporan ke BPI, KPM

    16

    30 Okt

    6. Pembentangan Pelaporan

    1 Nov