panduan - · pdf filecontoh lesen eksport ... timber industries association -stia/sabah...

50

Upload: dodat

Post on 06-Feb-2018

285 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 2: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 3: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

PANDUAN PENDAFTARAN SEBAGAI

PENGEKSPORT

NO PANDUAN: FD(EIS-G) 3/2015

BAHAGIAN EKONOMI, INDUSTRI & STATISTIKIBU PEJABAT PERHUTANAN

JABATAN PERHUTANAN SABAH

Page 4: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 5: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURATBAHAGIAN A:

PENDAFTARAN SEBAGAI PENGEKSPORTI. Kecualian Dan Peralihan 1II. Prosidur Permohonan Pendaftaran Sebagai

Pengeksport3

III. Syarat Kelulusan Pendaftaran Sebagai Pengeksport 4IV. Kecualian Dan Peralihan 6V. Lampiran-Lampiran 6

Lampiran I “Definisi Kayu” Dan Kod Kategori Produk Kayu

7

Lampiran II:Borang Permohonan Pendaftaran Sebagai Pengeksport Produk Kayu

11

Lampiran III: Yuran Sijil Pendaftaran Pengeksport Produk Kayu

17

Lampiran IV:Carta Aliran Pendaftaran Sebagai Pengeksport Produk Kayu.

23

BAHAGIAN B:PERMOHONAN LESEN EKSPORT PRODUK KAYU

(SOP PERMOHONAN LESEN EKSPORT PRODUK KAYU)I. Keperluan Asas/Dokumen 27II. Pemeriksaan Fizikal 28III. Sample Lesen Eksport 28IV. Carta Aliran Proses Permohonan Lesen Eksport 28

Lampiran B-I: Contoh Borang Kastam K1

29

Lampiran B-II: Contoh Borang Kastam K3

33

Lampiran B-III: Contoh Lesen Eksport Produk Kayu.

37

Lampiran B-IV: Carta Aliran Proses Permohonan Lesen Eksport

41

KANDUNGAN

Page 6: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 7: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengeksport

1

BAHAGIAN: APENDAFTARAN SEBAGAI PENGEKSPORT PRODUK KAYU

I. KEPERLUAN PERUNDANGAN 1) Selaras dengan Seksyen 5(1) Forest (Timber) Enactment 2015 (FTE 2015) kesemua

pengeksport produk kayu hendaklah berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS). Kegagalan berbuat demikian boleh didenda tidak melebihi RM250,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

2) Definisi Pengeksport didalam FTE 2015:

“pengeksport” ertinya seseorang yang mengeksport kayu.

3) Definisi kayu:

“ kayu” ertinya keluaran atau mana-mana daripada keluaran yang disenaraikan dalam Jadual, di FTE 2015 (Rujuk Lampiran I). Pengeksport yang akan mengeksport produk yang tersenarai perlu mendapatkan Sijil Pendaftaran Pengeksport sebelum dibenarkan/dikeluarkan lesen eksport.

4) Keperluan lain-lain Perundangan:

4.1 Akta Kastam 1967/ Perintah Kastam ( Larangan Eksport dan Import)

• Kesemua pengeksport produk kayu hanya boleh mengeksport dengan lesen eksport yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah (JPS). Lesen mengeksport produk kayu hanya akan dikeluarkan kepada syarikat yang telah berdaftar dengan JPS sahaja selaras dengan FTE 2015.

• Pengeksport semua kayu dilakukan di Pelabuhan /Jeti tempat pendaratan

sah yang diwartakan oleh Jabatan Kastam Di Raja Malaysia/diluluskan oleh Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah ( LPPS) sahaja.

4.2 Akta CITES 2008

• Kesemua produk kayu yang tersenarai dalam Appendix II CITES (Kayu Gaharu dan Ramin) perlu mendapatkan lesen mengeksport atau mengeksport semula kayu berkenaan daripada Pihak Penguasa Pengurusan (Management Authority) CITES bagi produk kayu di Sabah iaitu JPS. Pengeksport produk kayu yang tersenarai dalam Appendix II CITES perlu berdaftar sebagai pengeksport dengan JPS terlebih dahulu.

Permit Eksport CITES bagi kayu yang diimport dari negara anggota CITES dan Sijil Negara Asal (Certificate of Origin) dari Negara yang bukan menganggotai CITES adalah diperlukan bagi produk kayu yang tersenarai dalam CITES, apabila dieksport semula.

Page 8: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengeksport

2

4.3 Enakmen Perhutanan 1968/Peraturan-peraturan Hutan 1969

• Kesemua pemindahan produk kayu yang akan dieksport perlu mendapatkan/diliputi dengan Pas Memindah (Removal Pass) sehinggalah ke Pelabuhan/jeti (kapal bagi midstream loading/wharf) dan telah dibayar royalti, kecuali yang diberi pengecualian.

4.4 Enakmen Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah/Akta Kastam 1967

• Kesemua Jeti yang digunakan untuk tujuan pengeksportan produk kayu perlu mempunyai lesen Jeti dari Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (Enakmen Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah 1981) Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (Akta Kastam 1967).

• Jeti-jeti Persendirian/Midstream yang diistiharkan sebagai “sufferance Wharf” dibawah Seksyen 2, Akta Kastam 1967 (yang diluluskan sebagai pendaratan sah dibawah Seksyen 30 atau Seksyen 33 Akta Kastam 1967) adalah juga dianggap diiktiraf sebagai “Pelabuhan” di bawah Enakmen Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah 1981.

4.5 Syarat-syarat khas untuk pengeksportan kayu Belian :

• Kesemua pengeluaran kayu Belian daripada kawasan Natural Forest Management (NFM) adalah diharamkan. Pengeluaran yang dibenarkan adalah hanya daripada kawasan ITP, Tanah Kerajaan dan Tanah Milik sahaja.

• Kesemua pengeksportan kayu Belian (Balak dan Kayu digergaji) perlu mendapat Permit Khas untuk mengeksport Belian daripada Pengarah Perhutanan Sabah.

4.6 Pengeksportan Rotan:

• Kesemua pengeksportan rotan keluaran negeri Sabah dalam semua bentuk adalah diharamkan untuk dieksport kecuali dalam bentuk siap seperti perabot, tatami mat dan sebagainya.

• Hanya rotan yang dimport dalam bentuk mentah yang dibenarkan untuk dieksport dengan syarat salinan asal Borang K1 dan surat kebenaran masuk Jabatan Kastam disertakan semasa permohonan untuk mengeskport semula.

Page 9: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengeksport

3

II. PROSIDUR PERMOHONAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGEKSPORT

1) Syarikat hendaklah memohon melalui Pegawai Perhutanan Daerah di mana aktiviti pengeksportan akan dilakukan dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

2) Senarai dokumen yang diperlukan:

i. Borang permohonan seperti di Lampiran II.

ii. Dokumen-dokumen lain yang perlu dikemukakan semasa permohonan:- a) Memorandum Of Article Of Incoporation. b) Sijil Pendaftaran Syarikat (disahkan oleh Setiausaha Syarikat). c) Salinan Borang 8 (Certificate of Incorporation of Public Company) di

bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

d) Salinan Borang 9 (Borang Pemerbadanan Syarikat) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

e) Salinan Borang 13 (Certificate of Incorporation on Change of Name of Company) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

f) Salinan Borang 24 (Senarai Pemegang Saham) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

g) Salinan Borang 44 (Notice of Situation of Office and Office Hours and Notice of Changes) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

h) Salinan Borang 49 (Senarai Lembaga Pengarah) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

i) Salinan Perjanjian Jual Beli/Kontrak bekalan yang dibuat dengan pembekal [Bagi kayu diproses].

j) Surat rekomendasi/komen dari Pegawai Perhutanan Daerah. k) Lesen Berniaga yang sah. l) Peta kedudukan tempat penyimpanan kayu import dengan bacaan GPS

(bagi kayu import diproses yang akan dieksport semula). m) Modal Berbayar Minima RM 100,000.00 bagi syarikat berdaftar, RM

50,000.00 bagi syarikat bukan Sdn.Bhd. Bagi rotan RM10,000.00. n) Salinan lesen Pembalakan (Jika melibatkan balak). o) Salinan Sijil Pengimport (Bagi Rotan import yang dieksport semula). p) Salinan Surat Pengusaha Ladang Kayu Tanaman atau surat Perjanjian Jual

Beli ( jika Kayu Tanaman ).

Page 10: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengeksport

4

q) Salinan Sijil Pendaftaran Timber Association of Sabah (TAS)/ Sabah Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA (yang berkaitan).

5) Yuran Tahunan Pendaftaran.

Rujuk Lampiran III

6) Carta Aliran Permohonan Pendaftaran Sebagai Pengeksport:

Rujuk Lampiran IV III. SYARAT KELULUSAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGEKSPORT

Kesemua aktiviti pengeksportan produk kayu yang diluluskan pendaftarannya adalah tertakluk dengan syarat-syarat berikut:

1. Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan kepada Pengarah mengenai kayu yang dieksport sebelum pengeksportan kayu tersebut dibuat (Section 12(1) FTE 2015) untuk pengeluaran lesen eksport oleh JPS. Denda kerana melanggar Seksyen 12(1) tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

2. Pengeksport hendaklah mempamerkan Sijil Pendaftaran di premis perniagaan [Rule 6(1) Forest (Timber) (Registration) Regulations 2015 (FTRR 2015)]. Kegagalan mempamerkan Sijil boleh dikenakan denda RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

3. Di bawah Peraturan 7 (1)(2) FTRR 2015, syarikat berdaftar tidak dibenarkan memindah Sijil Pendaftaran kepada orang lain atau membenarkan orang lain menggunakan Sijil Pendaftarannya untuk pengeksportan produk kayu. Sekiranya didapati melanggar peraturan ini, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM150,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

4. Pembaharuan Sijil Pendaftaran hendaklah dilaksanakan tidak lewat dari 60 hari sebelum habis tempoh pendaftaran. (Seksyen 9(1) FTE 2015).

5. Kegagalan untuk membaharui Sijil Pendaftaran selepas tempoh tamat Sijil Pendaftaran adalah RM500.00.

6. Pengeksportan produk kayu yang akan dieksport adalah hanya dibenarkan di pelabuhan/jeti yang telah didaftarkan/diluluskan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah sahaja.

7. Laporan Polis dan Sijil Akuan bersumpah hendaklah dibuat bagi kehilangan Sijil Pendaftaran/Kerosakan Sijil Pendaftaran sebelum pengeluaran semula Sijil gantian dipohon kepada Pengarah Perhutanan Sabah. Bayaran RM500.00 akan dikenakan bagi pengeluaran Sijil Pendaftaran yang disahkan untuk menggantikan Sijil Pendaftaran yang rosak/hilang. [Peraturan 10(a) (b) FTRR 2015].

8. Jika terdapat sebarang perubahan kepada maklumat-maklumat syarikat yang telah didaftarkan, perubahan berkenaan hendaklah dimaklumkan kepada Pengarah Perhutanan dalam tempoh 14 hari selepas perubahan. Kegagalan berbuat demikian

Page 11: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengeksport

5

boleh mengakibatkan denda dikenakan tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali jika tersabit kesalahan selaras dengan Peraturan 9(1)(2) FTRR 2015.

9. Pengarah Perhutanan Sabah boleh membatalkan pendaftaran orang yang berdaftar yang telah melanggar mana-mana peruntukan Enakmen, memungkiri syarat perakuan pendaftaran, telah memberikan representasi salah yang mempengaruhi pendaftaran atau telah disabitkan kesalahan dibawah FTE 2015. [Seksyen 10(1)(a)(b)(c)(d)].

10. Pengarah Perhutanan Sabah boleh mengenakan syarat tambahan atau mengubah syarat Sijil Pendaftaran pada bila-bila masa (Seksyen 8 FTE 2015).

11. Pemuatan Kayu Bulat adalah tidak dibenarkan kecuali kelulusan Log Shipment Clearance telah dikeluarkan, dan semasa aktiviti pemuatan dilakukan, ianya hendaklah dibuat hanya dengan kehadiran kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah

12. Aktiviti memuat (loading) produk kayu yang lain adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kehadiran kakitangan JPS.

13. Kesemua produk kayu yang hendak dieksport mestilah mempunyai Pas Memindah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah, kecuali dikecualikan oleh Jabatan Perhutanan Sabah.

14. Kesemua produk yang dieksport hendaklah telah dibayar cukai (kecuali dikecualikan cukai-FDRP tidak diperlukan) dan dibubuh tanda tukul FD dan FDRP termasuk di setiap kotak pembungkusannya selaras dengan Pekeliling CF 19/82.

15. Kesemua eksport kayu diproses hendaklah disertakan dengan dokumen Form EIS 1/2000.

Salinan surat kelulusan Sijil Pendaftaran dan pembaharuan Sijil Pendaftaran akan disalinkan kepada:

i. Pengarah Kastam DiRaja Malaysia Sabah Urusetia Perkastaman Lot No. A-3-7, Tingkat 3 Plaza Tanjung Aru, Jalan Mat Salleh 88100 KOTA-KINABALU Fax: 088-538435

ii. Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah Bangunan Ibu Pejabat LPPS, Jalan Tun Fuad, Tanjung Lipat Beg Berkunci No. 2005 88617 Kota Kinabalu Fax: 088-223036

Page 12: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengeksport

6

iii. Jabatan Perhutanan Sabah

a) Pegawai Perhutanan Daerah, berkenaan.

b) Pegawai MCEE berkenaan.

c) Ketua Unit Pendaftaran & Perlesenan Bahagian EIS Pejabat Perhutanan Daerah

V. KECUALIAN DAN PERALIHAN

Selaras dengan peruntukan Seksyen 52(1)(2) FTE 2015 mana-mana Sijil Pendaftaran Pengeksport yang telah dikeluarkan oleh pihak MTIB dibawah Akta 105 adalah disifatkan telah didaftarkan dibawah FTE 2015 sehinggalah validiti Sijil Pendaftaran tamat. Pengarah Perhutanan boleh mengubah syarat- syarat dan sekatan-sekatan yang dikenakan bagi Sijil Pendaftaran berkenaan untuk diselaraskan oleh FTE 2015.

IV LAMPIRAN-LAMPIRAN

i. Lampiran I: Definisi “kayu” ii. Lampiran II: Borang Permohonan. iii. Lampiran III: Yuran Sijil Pengeksportan Produk Kayu. iv. Lampiran IV: Carta Permohonan Pendaftaran Sebagai Pengeksport.

Page 13: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

7

LAMPIRAN I:

DEFINISI KAYU DAN KOD KATEGORI PRODUK KAYU

Page 14: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 15: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

i

SCHEDULE[Section 2] Forest (Timber) Enactment 2015

DEFINITION OF TIMBER

Timber Products

Assembled parquet panelsBambooBarkBarrelsBattenboardBio-composite productBlockboardBox palletsBriquetteBroomBrush bodies and handlesCable drumsCases of jewellery or cutlery and similar articlesCasksCement bonded particle boardCharcoalCoconut trunkCoffin/CasketCooperageCordwoodCore veneerCork, Bark based productCrateDensified woodDoorDoor frameDoorskinDowelDrumDunnageFibreboardFlakeboardFlitchFuel woodFurnitureFurniture partGaharu oilGaharu wood/Sandalwood/AgarwoodGlued laminated timber

Ground wood (wood wool, wood flour)HandicraftHardboardHewn timberHigh density fibreboardHoopwoodJoineryJoss-stickLaminated boardLaminated postLaminated veneer lumberLoadboardLogLow density fibreboardLumber coreMedium density fibreboardMouldingNibong trunkOil Palm trunkOriented strand boardOther thing of woodPacking blockPacking casesPalletPallet collarsPaperParticle blockParticle boardPickets/StakesPicture framePilesPlaned timberPlywoodPolePrefabricated buildings, of woodRailway sleeperRattanRotary cut veneerRubberwood

... continued

Page 16: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

ii

SawdustSawn timberScented wood (Gaharu)ScrapShakesShingleSkidSliced veneerStatuettes and other ornaments, of woodTableware and kitchenware, of woodToolsTubsTurneryVatsVeneered panelWaferboardWindowWindow frameWood chipWood marquetry and inlaid woodWood particleWood pulpWood residueWood wool (shaving)WoodchipboardWooden boxWooden fenceWooden flooringWooden handleWooden latticeWooden sticksWooden toyWoodplastic composite

SCHEDULE[Section 2] Forest (Timber) Enactment 2015

DEFINITION OF TIMBER

... continued

Page 17: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

11

LAMPIRAN II:

BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGEKSPORT

Page 18: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 19: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

i

FORM FD/EIS (EXP)

JABATAN PERHUTANAN SABAHBORANG PERMOHONAN/PEMBAHARUAN SIJIL PENDAFTARAN

PENGEKSPORT PRODUK KAYU (APPLICATION/RENEWAL FORM FOR REGISTRATION CERTIFICATE AS AN

EXPOTER OF TIMBER PRODUCTS)

A. BUTIR-BUTIR SYARIKAT (COMPANY’S PARTICULARS)Nombor rujukan Sijil Pendaftaran Pengeksport dari MTIB (jika telah mendaftar dengan MTIB):________________________________________________________________________(Certificate to export timber products reference no from MTIB-If the company has registered with MTIB):Tempoh validiti Sijil Pendaftaran Pengeksport:______________________________(Validity period of the Registration Certificate as an exporter):1. Nama Syarikat:

(Name of company)2. Alamat Syarikat:

(Company’s address)

3. Nombor Syarikat:(Company’s number)

4. Tarikh syarikat diperbadankan:(Date of company’s incorporation)

5. No Telefon:(Telephone no.)

6. No Fax:(Fax no)

7. Jenis produk kayu yang akan dieksport:(Type of timber products to be exported )

No. Jenis Produk(Type of Product)

Kod Produk(Product Code)

Nama Pembekal(Name of Supplier)

8. Pelabuhan/Jeti untuk pengeksportan (Port/Jetty of Loading)

Page 20: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

ii

9. Tempoh pembaharuan yang akan dipohon (Untuk pembaharuan sahaja)

[Renewal period to be applied (For renewal only)]10. Nama Pengurus:

(Name of Manager)11. Tanda-tangan:

(Signature)

12. Tarikh Permohonan:(Date of application)

13. Cop Syarikat:(Company’s stamp)

B. DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN DENGAN BORANG PERMOHONAN

(DOCUMENTS TO BE ATTACHED WITH THE APPLICATION FORM)1. Sijil Pendaftaran Syarikat (disahkan oleh Setiausaha Syarikat)

(Company’s Registration Certificate-certified by Company’s Secretary).2. Lesen Perniagaan semasa.

(Current Trading Licence).3. Salinan Borang 8 (Certificate of Incorporation of Public Company) di bawah Akta

Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

4. Salinan Borang 9 (Borang Pemerbadanan Syarikat) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

5. Salinan Borang 13 (Certificate of Incorporation on Change of Name of Company) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

6. Salinan Borang 24 (Senarai Pemegang Saham) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

7. Salinan Borang 44 (Notice of Situation of Office and Office Hours and Notice of Changes) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

8. Salinan Borang 49 (Senarai Lembaga Pengarah) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

9. Sijil Keahlian TAS atau STIA atau SFA

Page 21: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

iii

C. PENGESAHAN PEGAWAI PERHUTANAN DAERAH (CERTIFICATION BY THE DISTRICT FORESTRY OFFICER)Senarai semak pematuhan keperluan dokumen [ Tandakan X ](Compliance of required documents check list [Mark X ]1. Sijil Pendaftaran Syarikat (disahkan oleh Setiausaha Syarikat)

(Company’s Registration Certificate-certified by Company’s Secretary).2. Lesen Perniagaan semasa.

(Current Trading Licence).3. Salinan Borang 8 (Certificate of Incorporation of Public Company) di bawah Akta

Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

4. Salinan Borang 9 (Borang Pemerbadanan Syarikat) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

5. Salinan Borang 13 (Certificate of Incorporation on Change of Name of Company) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

6. Salinan Borang 24 (Senarai Pemegang Saham) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

7. Salinan Borang 44 (Notice of Situation of Office and Office Hours and Notce of Changes) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

8. Salinan Borang 49 (Senarai Lembaga Pengarah) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

Disahkan oleh(Certified by)

Tanda-tangan Pegawai Perhutanan Daerah:(Signature of District Forestry Officer)

Daerah Perhutanan:(Forestry District)

Nama Pegawai:(Name of Officer)

Tarikh:(Date)

Note: Pegawai Perhutanan Daerah perlu mengemukakan komen berasingan mengenai permohonan. (District Forest Officer must submit separate comments on the application).

Page 22: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 23: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

17

LAMPIRAN III:

YURAN SIJIL PENDAFTARAN PRODUK KAYU

Page 24: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 25: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

i

REGISTRATION AND RENEWAL FEES

SECOND SCHEDULE[Regulation 8]

REGISTRATION AND RENEWAL FEES

REGISTRATION Fees per annum (RM)Exporter

Category A1 Logs (Natural Forest Production) 3000Category A2, A3 A2: Logs (plantation logs) including

rubberwood.A3: Pole and piles.

2500

Category A4 Oil palm trunk, coconut trunk and Nibong trunk.

500

Category A5 (A5A to A5X) A5A: Lumber core, cordwood, flitch, hewn timber and battenwood.

A5B: Blockboard, laminated board, and cement bonded particle board and particle board.

A5C: Waferboard, woodchipboard, bio-composite product, particle block, flakeboard, oriented strand board, woodplastic composite and hardboard.

A5D: Medium density fiberwood, high density fibre board, low density fibre board and fiberboard.

A5E: Railway sleeper.A5F: Moulding, dowel and picture frame.A5G: Veneered panel, plywood and laminated

veneer lumber.A5H: Sawn timber and planed timber.A5I: Densified wood, assembled parquet

panels, door, doorskin, door frame, joinery and shingle.

A5J: Window, window frame, wooden flooring, shakes, glued laminated timber, laminated post, wooden lattice and wooden fence.

A5K: Core veneer, rotary cut veneer and sliced veneer.

A5L: Wood chip and wood particle.A5M: Wood pulp and paper.A5N: Pickets/stakes, hoopwood and wooden

sticks.A5O: Saw dust, wood residue, scrap and bark.

2500

Page 26: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

ii

A5P: Fuel wood, briquette and charcoal.A5Q: Wood wool (shaving) and ground

wood (wood wool, wood flour).A5R: Box pallets, crate, drum, dunnage. load

board, packing block, packing cases, pallets, skid, wooden box, cable drums, cooperage and pallet collars.

A5S: Prefabricated buildings, of wood.A5T: Furniture (wooden) and picture part.A5U: Barrel, vats, tubs and casks.A5V: Tableware and kitchenware, of wood,

cases of jewellery or cutlery and similar articles, statuettes and other ornaments, of wood, turnery, handicraft, coffin/casket, wooden toy, wood marquetry and inlaid wood.

A5W: Broom; tools, brush bodies and handles and wooden handle.

A5X: Joss-stick, other things of wood, cork and bark based product.

Category AA Bamboo and rattan. 100Category AB Gaharu wood/Sandal wood/Agarwood &

scented wood (Gaharu)100

Category AC Gaharu oil. 100Note:If an exporter is registered to export multiple products under different categories, the

exporter shall only pay the highest fee.Importer irrespective of type of product 500Jetty Operator 100Supplier 500

RENEWAL Fees per annum (RM)Exporter

Category A1 Logs (Natural Forest Production) 3000Category A2, A3 A2: Logs (plantation logs) including

rubberwood.A3: Pole and piles.

2500

Category A4 Oil palm trunk, coconut trunk and Nibong trunk.

500

Category A5 (A5A to A5X) A5A: Lumber core, cordwood, flitch, hewn timber and battenwood.

A5B: Blockboard, laminated board, and cement bonded particle board and particle board.

2500

Page 27: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

iii

A5C: Waferboard, woodchipboard, bio-composite product, particle block, flakeboard, oriented strand board, woodplastic composite and hardboard.

A5D: Medium density fiberwood, high density fibre board, low density fibre board and fiberboard.

A5E: Railway sleeper.A5F: Moulding, dowel and picture frame.A5G: Veneered panel, plywood and laminated

veneer lumber.A5H: Sawn timber and planed timber.A5I: Densified wood, assembled parquet

panels, door, doorskin, door frame, joinery and shingle.

A5J: Window, window frame, wooden flooring, shakes, glued laminated timber, laminated post, wooden lattice and wooden fence.

A5K: Core veneer, rotary cut veneer and sliced veneer.

A5L: Wood chip and wood particle.A5M: Wood pulp and paper.A5N: Pickets/stakes, hoopwood and wooden

sticks.A5O: Saw dust, wood residue, scrap and bark.A5P: Fuel wood, briquette and charcoal.A5Q: Wood wool (shaving) and ground wood

(wood wool, wood flour).A5R: Box pallets, crate, drum, dunnage. load

board, packing block, packing cases, pallets, skid, wooden box, cable drums, cooperage and pallet collars.

A5S: Prefabricated buildings, of wood.A5T: Furniture (wooden) and picture part.A5U: Barrel, vats, tubs and casks.A5V: Tableware and kitchenware, of wood,

cases of jewellery or cutlery and similar articles, statuettes and other ornaments, of wood, turnery, handicraft, coffin/casket, wooden toy, wood marquetry and inlaid wood.

A5W: Broom; tools, brush bodies and handles and wooden handle.

A5X: Joss-stick, other things of wood, cork and bark based product.

Page 28: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

iv

Category AA Bamboo and rattan. 100Category AB Gaharu wood/Sandal wood/Agarwood &

scented wood (Gaharu)100

Category AC Gaharu oil. 100Note:If an exporter is registered to export multiple products under different categories, the

exporter shall only pay the highest fee.Importer irrespective of type of product. 500Jetty Operator 100Supplier 500

Page 29: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

23

LAMPIRAN IV:

CARTA PERMOHONAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGEKSPORT PRODUK KAYU

Page 30: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 31: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

CARTA PERMOHONAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGEKSPORT

Syarikat mengemukakan Form FD/EIS (EXP) dan dokumen lengkap Kepada PPD

PPD menyemak dokumen

PPD mengemukakan komen dan permohonan kepada Pengarah Perhutanan

Bahagian EIS membuat semakan dokumen dan pematuhan prosidur

Bahagian EIS mengemukakan rumusan permohonan/komen kepada Pengarah Perhutanan

Ketetapan dimaklumkan kepada PPD dan Pemohon

Surat kelulusan dan makluman pembayaran yuran dikeluarkan oleh Bahagian EIS

kepada PPD dan pemohon.

Surat kelulusan dan makluman pembayaran yuran dikeluarkan oleh Bahagian EIS

kepada PPD dan pemohon.

Maklumat syarikat direkod di Bahagian EIS

Nota:PPD: Pegawai Perhutanan DaerahEIS: Ekonomi, Industri & Statistik

Tidak Lengkap

Tidak Teratur

Tidak Lulus

Lengkap

Teratur

Lulus

Page 32: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 33: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengeksport

27

BAHAGIAN: BPERMOHONAN LESEN EKSPORT PRODUK KAYU

( SOP PERMOHONAN LESEN EKSPORT PRODUK KAYU)

I. KEPERLUAN ASAS/DOKUMEN: 1) Selepas memperolehi Sijil Pendaftaran sebagai pengeksport, pengeksport mestilah

mendapatkan lesen eksport bagi setiap produk yang akan dieksport (satu konsignasi satu lesen eksport) melalui Pegawai Perhutanan Daerah dimana letaknya pelabuhan mengeksport.

2) Tempoh sah laku bagi setiap lesen eksport adalah 60 hari dari tarikh diluluskan dan untuk satu pengeksportan sahaja (satu konsignasi sahaja).

3) Pengeksport wajib mengemukakan dokumen-dokumen berikut: a. Lesen Eksport (Laluan laut): i. Borang Kastam K2 (Contoh: Lampiran B-1) atau Borang Kastam K3

(bagi eksport ke lain negeri dalam Malaysia-Contoh: Lampiran B-II). ii. Packing List (Untuk kayu diproses). iii. Log List dan Salinan TDP bagi Balak. iv. Permit Mengeksport Belian (bagi balak dan kayu terubah/kayu geraji

jenis Belian). v. Salinan lesen import bagi rotan yang dieksport semula. vi. Permit CITES (jika berkaitan). vii. Sijil KD/Pengawetan (jika berkaitan). viii. Borang JHP1 dan JHP2. ix. Borang EIS 1/2000 untuk kayu diproses. x. Salinan Removal Pass. xi. Kontrak Jual Beli. xii. Invois. xiii. Salinan resit pembayaran Royalti bagi produk yang dikenakan cukai

royalti yang berkenaan. xiv. Salinan Letter of Undertaking (LU) bagi balak jika berkenaan. xv. Laporan Pemeriksaan fizikal Jabatan Perhutanan Sabah.

b. Lesen Eksport (Laluan Udara)

i. Borang Ikrar Kastam (K2) ii. AWB ‘Air Way Bill’ iii. Invoice/Packing List. iv. Permit CITES (Certificate of Origin) untuk kayu karas/Gaharu,jika

berkaitan. v. Salinan resit pembayaran Royalti bagi produk yang dikenakan cukai

royalti. vi. Laporan Pemeriksaan fizikal Jabatan Perhutanan Sabah.

Page 34: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengeksport

28

II. PEMERIKSAAN FIZIKAL: Pemeriksaan fizikal perlu dijalankan ka atas konsignasi sebelum Lesen Eksport

dikeluarkan.

Pemeriksaan fizikal akan mengambilkira perkara-perkara berikut:

i. Bungkusan kayu telah disediakan di lokasi untuk diperiksa. ii. Lokasi premis kayu dinyatakan dalam borang permohonan pemeriksaan. iii. Pemeriksaan fizikal adalah dilaksanakan berdasarkan CF 1/81 (Versi 2006). iv. Pembayaran cukai royalti disemak samada mencukupi dan selaras dengan

pembayaran awal yang telah dikemukakan dan selaras dengan keadaan fizikal produk kayu yang diperiksa di lapangan.

v. Jika bungkusan kayu tidak disediakan/ tidak lengkap semasa di lokasi pemeriksaan, permohonan pemeriksaaan/permohonan lesen eksport akan dibatalkan.

vi. Pengeksport dikehendaki membuat permohonan lesen eksport dan permohonan pemeriksaan fizikal baru jika perubahan berlaku disebabkan (iv).

III. SAMPLE LESEN EKSPORT: Produk kayu yang diluluskan untuk eksport dikeluarkan lesen eksport seperti di Lampiran

B-III.

IV. CARTA ALIRAN PROSES PERMOHONAN LESEN EKSPORT: Rujuk Lampiran B-IV.

Page 35: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

29

LAMPIRAN: B-I

CONTOH BORANG KASTAM K1

Page 36: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 37: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengeksport

31

CONTOH BORANG KASTAM K1

CONTOH

Page 38: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 39: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengeksport

33

LAMPIRAN: B-II

CONTOH BORANG KASTAM K3

Page 40: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 41: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengeksport

35

CONTOH BORANG KASTAM K3

CONTOH

Page 42: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 43: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

37

LAMPIRAN: B-III

CONTOH LESEN EKSPORT PRODUK KAYU

Page 44: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 45: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengeksport

39

CONTOH LESEN EKSPORT PRODUK KAYU

CONTOH

Page 46: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 47: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

41

LAMPIRAN: B-IV

CARTA ALIRAN PERMOHONAN LESEN EKSPORT PRODUK KAYU

Page 48: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan
Page 49: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengeksport

43

CARTA ALIRAN PERMOHONAN LESEN EKSPORT PRODUK KAYU

Terima permohonan lesen eksport dengan dokumen daripada pengeksport.

PPD [KU(EIS)] menyemak jika dokumen teratur.

Lengkap?

Ya

Tidak

Tidak

Ya

Tepat

Arahan Pemeriksaan oleh Pegawai Perhutanan Daerah.

Pegawai Pemeriksa mengemukakan laporan dan PPD meneliti laporan. Jika teratur, PPD meluluskan pemprosesan ED.

Kerani data mendaftar ED dan memasukkan data dalam sistem SJHP dan E-Lesen untuk proses verifikasi oleh Pegawai Verifikasi sistem.

Lesen eksport diserahkan kepada pemohon

Proses verifikasi dilaksanakan oleh Pegawai Verifikasi sistem E-lesen

Pemohon mengemukakan dokumen lesen eksport kepada pihak Kastam untuk tindakan seterusnya.

Pegawai Perhutanan Daerah meluluskan pengeluaran lesen eksport dan lesen eksport dicetak.

Unit Kewangan mengutip cukai.

Pemeriksaan di lapangan oleh Pegawai Pemeriksa yang dilantik dan kesemua agensi yang terlibat.

PPD [KU(EIS)]: Pejabat Perhutanan Daerah-Ketua Unit Ekonomi, Industri & Statistik.ED: Export Declaration

Page 50: PANDUAN -  · PDF fileContoh Lesen Eksport ... Timber Industries Association -STIA/Sabah Furniture Association –SFA ... Pengeksport hendaklah membuat suatu pengistiharan